Anda di halaman 1dari 25

1 / 25

Forum 1: Perubahan dan pembangunan penting sesebuah negara adalah melalui


sistem pendidikan yang mantap dan jitu. Bincangkan bagaimana Malaysia menyusun
dan membawa negara menjadi lebih bertamadun dan dihormati dunia?

Kehebatan negara malaysia dalam menyediakan peluang pendidikan dalam tempoh yang
pendek sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan telah diakui oleh unesco dan world bank
sendiri. (sumber: pelan pembangunan pendidikan 2013-2025, 2013).

Menurut bekas perdana menteri malaysia, dato’ seri najib tun abdul razak, beliau menegaskan
bahawa persaingan di peringkat global telah menjadi semakin sengit, maka, hal ini penting
untuk diberi perhatian oleh pihak kementerian pendidikan untuk mentransformasikan sistem
pendidikan sedia ada dan menjadikan setiap murid memiliki dan menguasai setiap kemahiran
yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global pada abad ke-21. Kesimpulannya,
transformasi yang dilakukan bukanlah hanya menambah jumlah kakitangan dan kemudahan
yang tersedia, malah ianya perlulah merangkumi setiap usaha yang memahami dan
menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai panduan ke arah usaha ini,
pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 telah dibangunkan, yang mana
prosesnya telah melibatkan pandangan dari pakar pakar luar seperti unesco, oecd, dan juga
world bank. Terdapat lima dimensi yang menjadi tumpuan utama dalam pelan ini iaitu akses,
kualiti, perpaduan, kecekapan, serta ekuiti, sejajar dengan penyata razak 1956, akta pelajaran
1961, akta pendidikan 1996, dan pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010.
Transformasi yang dipandang serius oleh pihak kementerian termasuklah aspek pendekatan
pembelajaran murid, kaedah pemilihan dan pelantikan guru, ganjaran kepada tenaga pengajar
dan pemimpin sekolah, serta pengoperasian kementerian.

Cita cita yang ingin dicapai melalui transformasi ini adalah antaranya memperkecil jurang
pencapaian pelajaran antara kelompok kaya dan miskin, bandar dan luar bandar, serta
mempertingkatkan kedudukan pencapaian negara daripada kelompok sepertiga terbawah
kepada kelompok sepertiga teratas dalam kalangan negara negara yang menyertai pentaksiran
antarabangsa seperti programme for international student assessment (pisa) dan trends in
international mathematics and science study (timss) dalam masa 15 tahun akan datang, dan
yang paling penting ialah mendidik kanak kanak untuk belajar menghargai keunikan identiti
sebagai warganegara malaysia yang mana adalah sangat penting untuk memperkukuhkan
perpaduan di kalangan rakyat.

1 / 25
2 / 25

Keputusan peperiksaan awam menunjukkan prestasi murid meningkat secara berterusan.


Namun begitu, adalah penting Malaysia membandingkan sistem pendidikannya dengan tanda
aras antarabangsa bagi memastikannya bergerak seiring dengan pembangunan pendidikan
antarabangsa. Bagi memahami prestasi murid Malaysia, keputusan penyertaan negara dalam
dua pentaksiran antarabangsa yang utama, iaitu TIMSS dan PISA, telah dikaji. Prestasi
Malaysia dalam TIMSS telah menurun antara 1999 dengan 2011. Keputusan PISA
2009+ menunjukkan daripada 74 negara peserta, Malaysia berada dalam kelompok sepertiga
terbawah, serta lebih rendah daripada purata antarabangsa dan OECD. Kementerian
berpandangan adalah penting penilaian lanjut tentang keberhasilan pentaksiran ini dilakukan
bagi memahami sebarang kekurangan dalam standard
pendidikan.

Kurikulum dan pentaksiran mesti selaras dengan tanda aras antarabangsa bagi memastikan
murid di negara ini memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya
pada abad ke-21 dan seterusnya, seiring dengan semangat pembelajaran sepanjang hayat.
Kementerian akan meningkatkan kualiti pendidikan STEM. Dasar bahasa akan dikemas kini
bagi meningkatkan kemahiran berbahasa, sekurang-kurangnya bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris.

kementerian akan memastikan penyediaan kurikulum yang bersepadu berdasarkan tanda aras
antarabangsa bagi melahirkan murid dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing pada
peringkat global. kurikulum ini akan memberi tumpuan kepada dimensi intelek, rohani,
emosi, dan fizikal setiap murid, serta menekankan aplikasi pengetahuan, dan perkembangan
kemahiran
berfikir secara kritis, kreatif, dan inovatif. kurikulum ini memberikan murid peluang
mempelajari seni, melibatkan diri dalam sekurangkurangnya satu aktiviti sukan dan aktviti
kokurikulum yang lain. kementerian juga akan memastikan pentaksiran secara holistik
dilaksanakan melalui peperiksaan awam dan Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBs). antara
langkah yang akan dijalankan adalah seperti Penjajaran semula kurikulum sekolah rendah
dan menengah selaras dengan standard antarabangsa; Meningkatkan kerangka pentaksiran
bagi menambahkan item yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi dan bergerak ke arah
menggunakan rujukan standard dalam PBS; Memperhebat sokongan guru bagi memastikan
kurikulum bertulis diterjemahkan dengan betul dalam pengajaran di dalam bilik darjah
melalui bahan pengajaran yang lebih baik dan peluasan peranan Pembimbing Pakar

2 / 25
3 / 25

Peningkatan sekolah (sisC+) ; dan Memperkenal saringan literasi dan numerasi (linUs) 2.0
dengan skop yang lebih luas bagi menangani literasi bahasa inggeris.

Pada 2011, Kementerian melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara
berperingkat mulai Tahun 1. Menjelang 2016, KSSR akan dilaksanakan di semua peringkat
sekolah rendah, manakala Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang berasaskan
standard yang setanding akan mula dilaksanakan untuk murid Tingkatan 1 pada 2017. KSSR
yang disemak semula juga akan dilaksanakan pada 2017.

Kebanyakan negara menerima hakikat bahawa kurikulum perlu merangkumi kemahiran dan
kompetensi baharu yang terarah kepada keperluan abad ke-21 dan seterusnya, namun masih
belum ada kesepakatan tentang apakah sebenarnya kemahiran dan kompetensi ini. Di
Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang membolehkan murid Malaysia bersaing pada
peringkat antarabangsa. Bagi mencapai hasrat tersebut, kurikulum kebangsaan digubal untuk
melahirkan murid Malaysia yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu,
berprinsip, bermaklumat, penyayang, patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi, dan bekerja dalam pasukan dengan berkesan. Kurikulum KSSR dan KSSM
yang akan diwujudkan mencerminkan kemahiran dan kompetensi ini.

Kementerian membangunkan kurikulum bertulis menggunakan pelbagai tanda aras daripada


sistem pendidikan berprestasi tinggi supaya selaras dengan standard antarabangsa dengan
penekanan pada aspek pengetahuan dan kemahiran sesuai dengan peringkat umur murid.
Tanda aras antarabangsa ini juga telah diselaraskan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bagi menghasilkan kurikulum yang sesuai dalam konteks Malaysia. Selain pembelajaran
akademik, kurikulum ini memberikan tumpuan kepada aspek kerohanian serta kebolehan
dalam seni dan sukan untuk pembangunan murid secara holistik. Komponen ini dibangunkan
melalui program dan inisiatif yang dilaksanakan pada waktu persekolahan formal dan melalui
pelbagai aktiviti sukan dan kokurikulum di luar waktu persekolahan.

Selaras dengan dasar mewajibkan setiap murid beragama Islam menerima Pendidikan Agama
Islam di sekolah, KSSR (dan KBSR sebelumnya) memperuntukkan 160 minit seminggu
untuk mata pelajaran berkenaan bagi murid beragama Islam dan 120 minit seminggu bagi
mata pelajaran Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam. Selain itu, semua sekolah
melaksanakan kelas Pendidikan Seni Visual, Muzik dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

3 / 25
4 / 25

yang juga menjadi sebahagian kurikulum serta melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan dengan
memastikan setiap murid mengambil bahagian dalam sekurangkurangnya satu aktiviti sukan.

Di luar waktu persekolahan formal, Kementerian menggalakkan penyertaan aktif murid


dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Semua murid digalakkan menyertai satu sukan, satu
kelab, dan satu badan beruniform bagi memastikan mereka memperoleh pelbagai jenis
pengalaman. Dalam usaha memperkaya pengalaman murid dalam aktiviti sukan dan
kokurikulum dan memastikan murid didedahkan kepada kepelbagaian masyarakat di
Malaysia, Kementerian sedang memperluas program Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) bagi membolehkan murid dari pelbagai jenis sekolah, termasuk sekolah
awam dan swasta, bersama-sama menjayakan aktiviti sukan dan kokurikulum.

Dokumen standard KSSR berasaskan dua komponen, iaitu standard kandungan dan standard
pembelajaran. Standard kandungan menyatakan secara jelas pengetahuan, kemahiran, dan
nilai khusus yang perlu dikuasai oleh murid. Berbeza dengan KBSR, KSSR lebih memberi
penekanan kepada kemahiran seperti penaakulan, kreativiti, inovasi, dan keusahawanan.
Standard pembelajaran pula menerangkan tahap kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
bagi setiap standard kandungan tahun demi tahun. Standard pembelajaran seperti ini berbeza
daripada KBSR dan KBSM yang menyatakan objektif pembelajaran di akhir setiap fasa
sahaja. Perancangan juga telah dibuat untuk memasukkan satu lagi komponen ke dalam
dokumen standard KSSR, iaitu standard prestasi yang memberikan tahap-tahap penguasaan
bagi standard kandungan dan standard pembelajaran yang boleh dicapai oleh murid.
Pelaksanaan KSSM yang dijangkakan bermula pada 2017 akan mempunyai pendekatan yang
sama mengikut standard.

Lembaga Peperiksaan (LP) telah memulakan beberapa langkah penambahbaikan bagi


memastikan pentaksiran dijalankan secara holistik, seperti yang ditetapkan dalam dasar
Kementerian. Pada 2011, selaras dengan KSSR, LP melaksanakan format PBS baharu yang
lebih holisitik, kukuh, dan selari dengan kurikulum rujukan standard. Terdapat empat
komponen dalam PBS baharu iaitu Pentaksiran sekolah yang merujuk pelbagai bentuk
pentaksiran autentik dan kontekstual yang mengukur tahap penguasaan pembelajaran murid
bagi sesuatu mata pelajaran. Pentaksiran sekolah dilaksanakan secara formatif dan sumatif
bagi melihat perkembangan pembelajaran murid serta menambah baik pengajaran dan
pembelajaran; Pentaksiran berpusat yang merujuk ujian bertulis, tugasan projek, atau ujian
lisan (bagi mata pelajaran bahasa) yang mentaksir pembelajaran sesuatu mata pelajaran. LP

4 / 25
5 / 25

membangunkan soalan ujian, skema pemarkahan, instrumen pentaksiran, peraturan


penskoran, penggredan, dan menyediakan pelaporan. Pentaksiran ditadbir dan diskor oleh
guru sekolah berdasarkan panduan yang disediakan oleh LP; Pentaksiran psikometrik yang
merujuk ujian aptitud dan inventori personaliti yang mentaksir kemahiran, minat, aptitud,
sikap, dan
personaliti murid. Ujian aptitud digunakan bagi menilai bakat semula jadi dan kebolehan
diperoleh, seperti kebolehan berfikir dan menyelesai masalah. Inventori personaliti digunakan
bagi mengenal pasti trait dan ciri utama yang membentuk personaliti murid. LP menghasilkan
instrumen ini dan menyediakan garis panduan cara menggunakannya; dan Pentaksiran
aktiviti jasmani, sukan, dan kokurikulum yang merujuk pentaksiran ketahanan fizikal dan
indeks jisim badan murid dan penyertaan, pelibatan serta prestasi murid dalam sukan, badan
beruniform, kelab dan persatuan, dan aktiviti lain bukan tajaan sekolah. Sekolah
melaksanakan pentaksiran ini berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh LP. Format
pentaksiran baharu membolehkan murid dinilai berdasarkan keberhasilan yang lebih luas
dalam jangka masa lebih panjang. Format ini juga dapat memberi guru maklumat secara tetap
bagi mengambil langkah pemulihan untuk murid mereka. Perubahan ini diharapkan dapat
mengurangkan penekanan kepada pengajaran untuk peperiksaan supaya guru dapat
menumpukan lebih masa bagi melaksanakan proses pengajaran yang lebih bermakna seperti
dihasratkan dalam kurikulum.

Reply komen:

benar, malah ketika Malaysia mula menyertai TIMSS pada 1999, skor Matematik
mengatasi purata antarabangsa dengan 519 mata dan terletak di tangga ke-16 daripada 38
negara manakala skor Sains pula ialah 492 mata, juga mengatasi purata antarabangsa
walaupun kedudukannya lebih rendah, iaitu di tangga ke-22. Prestasi Malaysia dalam
pusingan pada 2003 menunjukkan beberapa penambahbaikan dalam pencapaian
pentaksiran tersebut. Skor Matematik menurun sedikit kepada 508 walaupun negara kekal
mengatasi purata antarabangsa dan kedudukannya meningkat ke tangga ke-10 daripada 45
negara. Prestasi Sains meningkat 18 mata kepada 510, jauh mengatasi purata antarabangsa
dan terletak di tangga ke-20 daripada 45 negara. Keputusan pada 2007 dan 2011 pula
menunjukkan penurunan ketara bagi skor Matematik dan Sains di bawah purata
antarabangsa. Sehingga kitaran 2011, skor Matematik telah menurun kepada 440 mata
(kedudukan 26 daripada 42 negara). Skor Sains merosot kepada 426 mata (kedudukan 32
daripada 42 negara). Dalam hal ini, 38% murid di Malaysia tidak mencapai tanda aras

5 / 25
6 / 25

minimum dalam Matematik dan Sains pada 2011, peningkatan dua kali ganda sejak 2007
dan sehingga lima kali ganda sejak 1999. Keputusan menunjukkan murid tersebut
memahami asas konsep Matematik dan Sains, tetapi pada amnya mereka menghadapi
kesukaran mengaplikasi pengetahuan ini. Perincian prestasi murid dalam TIMSS 2011
berbanding sistem lain menunjukkan bahawa bilangan murid Malaysia yang cemerlang
adalah sedikit. Hanya 1-2% murid Malaysia mencapai tanda aras tertinggi, seperti
penyelesaian masalah yang kompleks; berbanding dengan lebih 40% murid di Singapura
mencapai skor pada tahap lanjutan dalam Matematik dan Sains. Penganalisisan data
TIMSS memberi gambaran lanjut tentang prestasi sistem pendidikan dalam Matematik dan
Sains. TIMSS mentaksir penguasaan kemahiran murid dalam ketiga-tiga jenis kemahiran
kognitif yang berlainan, iaitu mengingat kembali pengetahuan, mengaplikasi pengetahuan
dalam penyelesaian masalah, dan kebolehan menaakul dalam menyelesaikan masalah.
Murid Malaysia tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik dalam ketiga-tiga dimensi ini.
Malaysia mula menyertai pentaksiran PISA buat kali pertama dalam pusingan 2009+.
Daripada 74 negara, pencapaian Malaysia ialah dalam kelompok sepertiga terbawah bagi
Bacaan, Matematik dan Sains, jauh di bawah purata antarabangsa dan OECD bagi ketiga-
tiga dimensi. Dalam pentaksiran terkini, prestasi Malaysia berada sekurang kurangnya 100
mata di bawah negara serantau seperti Singapura, Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong
dalam ketiga-tiga dimensi. Dalam PISA 2009+, perbezaan 38 mata bersamaan dengan
pembelajaran satu tahun persekolahan. Ini bermakna, murid berusia 15 tahun di Malaysia
dianggap ketinggalan hampir tiga tahun persekolahan berbanding dengan murid yang
seusia di negara tersebut, iaitu negara pesaing Malaysia dalam ekonomi pengetahuan masa
kini. Berbanding dengan Shanghai yang mempunyai sistem sekolah dengan prestasi terbaik
di dunia dalam PISA 2009+, murid Malaysia ketinggalan empat tahun persekolahan.
Hampir 60% murid Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam Matematik, iaitu
profisiensi penguasaan kemahiran asas yang diperlukan murid untuk menjalani kehidupan
secara efektif dan produktif. Begitu juga, 44% dan 43% murid tidak mencapai tanda aras
minimum masing-masing dalam Bacaan dan Sains.

benar sistem pendidikan adalah elemen terpenting dalam mencapai perpaduan rakyat dalam
negara malaysia, hal ini sejajar dengan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) yang dibangunkan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah
pelbagai etnik melalui program-program yang dijalankan.

setuju, malahan, dalam usaha kementerian melakukan penambahbaikan ini, perhatian

6 / 25
7 / 25

khusus turut diberikan kepada kumpulan murid yang keperluannya berbeza daripada murid
arus perdana, supaya mereka berpeluang mengembangkan potensi diri.

benar, seiring dengan pelan kementerian yang telah mengenal pasti kemahiran dan
kompetensi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang melahirkan modal
insan yang mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. Bagi mencapai hasrat tersebut,
kurikulum kebangsaan digubal untuk melahirkan murid Malaysia yang seimbang, berdaya
tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, patriotik, serta
mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja dalam pasukan dengan
berkesan. Kurikulum KSSR dan KSSM yang akan diwujudkan mencerminkan kemahiran
dan kompetensi ini. Dokumen standard KSSR berasaskan dua komponen, iaitu standard
kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan menyatakan secara jelas
pengetahuan, kemahiran, dan nilai khusus yang perlu dikuasai oleh murid. Berbeza dengan
KBSR, KSSR lebih memberi penekanan kepada kemahiran seperti penaakulan, kreativiti,
inovasi, dan keusahawanan. Standard pembelajaran pula menerangkan tahap kemahiran
yang perlu dikuasai oleh murid bagi setiap standard kandungan tahun demi tahun. Standard
pembelajaran seperti ini berbeza daripada KBSR dan KBSM yang menyatakan objektif
pembelajaran di akhir setiap fasa sahaja. Perancangan juga telah dibuat untuk memasukkan
satu lagi komponen ke dalam dokumen standard KSSR, iaitu standard prestasi yang
memberikan tahap-tahap penguasaan bagi standard kandungan dan standard pembelajaran
yang boleh dicapai oleh murid. Pelaksanaan KSSM yang dijangkakan bermula pada 2017
akan mempunyai pendekatan yang sama mengikut standard.

Saya setuju, hal ini dapat dilihat melalui perbelanjaan yang diperuntukkan oleh kerajaan ke
dalam bidang pendidikan. Pada 2011, perbelanjaan pendidikan asas Malaysia ialah RM36
bilion (berdasarkan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan). Jumlah ini
mewakili 16% daripada jumlah bajet persekutuan 2011— bahagian terbesar antara
Kementerian. Selain bajet ini, sebanyak RM12 bilion lagi diperuntukkan kepada
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan kementerian lain yang menyediakan
perkhidmatan berkaitan pendidikan. Secara kolektif, perbelanjaan ini menunjukkan
komitmen Malaysia yang serius dari segi kewangan untuk meningkatkan pendidikan
kanak-kanak, dan langkah ini harus disambut baik. Beberapa ukuran boleh digunakan bagi
membandingkan perbelanjaan Kementerian untuk pendidikan dengan perbelanjaan yang
sama oleh sistem lain. Dua ukuran yang pertama, iaitu perbelanjaan sebagai peratusan
KDNK dan sebagai peratus jumlah perbelanjaan Kerajaan yang lazimnya digunakan untuk

7 / 25
8 / 25

perbelanjaan relatif kepada bidang keutamaan lain dalam negara, dan bagi perbezaan tahap
pembangunan ekonomi antara negara. Ukuran ketiga, iaitu perbelanjaan setiap murid
(diselaraskan mengikut pariti kuasa beli) digunakan untuk membandingkan tahap
perbelanjaan mutlak. Kajian semula Bank Dunia 2011 tentang perbelanjaan Kerajaan
mendapati perbelanjaan awam Malaysia untuk pendidikan asas, seperti prasekolah hingga
menengah, sebagai peratusan KDNK, melebihi dua kali ganda perbelanjaan negara
ASEAN lain (3.8% berbanding 1.8%), dan 1.6% lebih tinggi daripada Asian Tiger
economies, iaitu Korea Selatan, Hong Kong, Jepun dan Singapura. Perbelanjaan ini juga
lebih tinggi daripada purata OECD sebanyak 3.4%. Perbelanjaan pendidikan sebagai
peratusan jumlah perbelanjaan Kerajaan juga agak tinggi, iaitu 16% pada 2011.
Berbanding negara serantau yang setara, iaitu Thailand, Indonesia, Singapura, Hong Kong,
Korea Selatan dan Jepun, serta negara yang setanding KDNK per kapita iaitu Mexico dan
Chile, Malaysia di tempat kedua selepas Thailand. Perbelanjaan Malaysia juga hampir dua
kali ganda purata OECD, iaitu 8.7% daripada perbelanjaan Kerajaan. Akhir sekali,
penelitian terhadap perbelanjaan untuk setiap murid menunjukkan perbelanjaan Malaysia
juga lebih tinggi berbanding negara setara dengan KDNK per kapita yang sama. Apabila
ditukar kepada USD per kapita, Malaysia membelanjakan lebih kurang USD1,800 untuk
setiap murid setahun, dan ini selari dengan negara seperti Chile dan Romania.

8 / 25
9 / 25

Forum 2: Bincangkan komponen-komponen dalam FALSAFAH BARAT, TIMUR SERTA


FALSAFAH ISLAM yang diadun ke dalam pembentukan FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN. (300 pp shj)

Perenialisme adalah berasaskan pemikiran Aristotle dan Plato. Mazhab ini berpendapat
bahawa kebenaran adalah sejagat dan tidak berubah dari satu generasi ke generasi yang
berikutnya. Tujuan pendidikan ialah mencari kebenaran yang berkekalan sepanjang
peradaban manusia. Pendidikan juga sebagai latihan untuk memperkembangkan mental
manusia ke arah kebenaran.

Antara tokoh mazhab falsafah pendidikan esensialisme ialah William Bagley, Thomas Briggs
dan Frederick Breed. Pendidikan adalah bertujuan untuk menyampaikan warisan budaya dan
sejarah yang terkumpul dan berkekalan buat sekian lama. Mazhab ini berpendapat, ilmu
pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap adalah penting untuk disampaikan kepada generasi
muda.

Mazhab progresivisme dipelopori oleh ahli-ahli falsafah seperti Charles Pierce, William
James dan John Dewey. Mazhab ini meletakkan persekitaran dan masyarakat sebagai faktor
penting dalam pembentuk generasi masa hadapan. Kurikulum adalah berfokuskan kepada
mata pelajaran sains sosial dan merentas disiplin.

Mazhab rekonstuksionisme merupakan mazhab moden falsafah pendidikan Barat yang


dipelopori oleh George Counts dan Harold Rugg. Mazhab ini memberi perhatian terhadap
pembentukan semula masyarakat iaitu untuk perubahan dan reformasi sosial. Tujuan
pendidikan adalah untuk menyedarkan pelajar tentang masalah-masalah sosial, ekonomi dan
politik yang berlaku.

Tiada komponen falsafah Timur dalam pembentukan FPK.

Falsafah dalam Islam adalah berteraskan kepada ketetapan Allah. Falsafah bermaksud
penaakulan bijaksana untuk mencari kebenaran dan diamalkan.

Dari sudut metafizik, kewujudan alam dan makhluknya adalah berdasarkan ketentuan Allah.
Setiap yang berlaku boleh dirujuk kepada al-Quran. Epistemologi dalam falsafah Islam

9 / 25
10 / 25

menjadikan ilmu wahyu sebagai sumber utamanya kerana keterbatasan kemampuan akal
manusia.

Dari sudut aksiologi, nilai adalah bersifat mutlak. Suatu nilai yang baik adalah seperti yang
telah ditentukan oleh Allah swt dan nilai ini kekal dan tetap tanpa mengira masa dan tempat.
Nilai seperti ketentuan Allah swt adalah tidak bertentangan dengan penerimaan akal manusia.
Dari segi logik, walaupun manusia boleh menggunakan akal fikiran untuk berfikir secara
logik dan rasional, namun manusia tidak boleh menggunakan pemikiran logik semata-mata.

Reply komen:

benar saya sokong pendapat saudari kerana dalam Islam, pendidikan adalah wajib.
Pendidikan bukan setakat melatih akal tetapi juga rohani, jasmani, tingkah laku serta
akhlak berasaskan nilai-nilai yang ditetapkan dalam Islam agar individu menjadi insan
yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt. Hal ini adalah ke arah kejayaan
hidup di dunia dan di akhirat. Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan al-Quran.

benar pendapat saudari. Empat mazhab utama adalah perenialisme, esensialisme,


progresivisme dan rekonstruksionisme. Perenialisme dan esensialisme ialah mazhab
tradisional falsafah pendidikan Barat manakala progresivisme dan rekonstruksionisme pula
ialah mazhab moden falsafah pendidikan Barat.

saya bersetuju dengan saudari, FPK menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan
warganegara yang baik iaitu insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketerampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga keharmonian keluarga, masyarakat
dan negara. Hasrat negara ini dijayakan melalui pendidikan yang merupakan proses yang
berterusan. Selain daripada itu, FPK juga menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan
yang dlaksanakan di negara ini.

10 / 25
11 / 25

11 / 25
12 / 25

Forum 2: Jelaskan PERANAN GURU-GURU BERDASARKAN STANDARD GURU


MALAYSIA dalam merealisasikan hasrat dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Komponen Standard (S) adalah Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh
guru.

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan: Standard ini memperincikan kompetensi amalan


nilai profesionalisme keguruan.

1. Domain Diri

Nilai diri guru yang memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan
seperti kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi
bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat,
kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

2. Domain Profesion

Nilai yang patut diamalkan oleh guru dalam menjalankan tugasnya seperti kecintaan terhadap
profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif
dan inovatif.

3. Domain Sosial

Guru adalah agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilainya
adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan
terhadap alam sekitar.

Pengetahuan dan Kefahaman: Guru perlu berkompetensi dalam ilmu pengetahuan dan
kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang
patut ada pada seseorang guru. Bidang pengetahuan adalah:

12 / 25
13 / 25

1. Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
2. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.
3. Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
4. Kandungan Ilmu Pendidikan.
5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.
6. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
7. Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik
amalan pengajaran dan pembelajaran.
8. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.

Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran: Guru berperanan untuk membuat perancangan,


pelaksanaan dan penilaian, pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum:

1. Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan


Pelajaran.
2. Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai
pendekatan.
3. Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
4. Kemahiran mengurus bilik darjah.

Reply komen:

Saya sokong pernyataan saudara kerana menurut SGM: Komponen Standard (S): Standard
Pengetahuan dan Kefahaman: telah menyatakan bahawa guru perlu memiliki kompetensi
dalam ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan,
kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Malahan dalam Domain
Diri, para guru mestilah memiliki nilai nilai amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar,
budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif
dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

13 / 25
14 / 25

saya bersetuju dengan perkongsian saudara, malah di dalam standard Kemahiran


Pembelajaran dan Pembelajaran juga telah menyatakan bahawa guru berperanan untuk
membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian, pengajaran dan pembelajaran akademik
dan kokurikulum seperti berkemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran, berkemahiran melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, berkemahiran memantau,
mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, dan berkemahiran
mengurus bilik darjah.

14 / 25
15 / 25

3. Forum 3:

a) BAGAIMANAKAH GURU-GURU dapat melaksanakan tanggungjawabnya secara


berkesan untuk MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU
PELAJAR secara menyeluruh dan bersepadu? (PENDEKATAN)

i. Menjalankan tanggungjawab mendidik berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


kerana FPK telah menyatakan bahawa: “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu...”
ii. Terdapat sembilan perkara yang membentuk pemikiran dan amalan profesionalisme
keguruan di dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG), antaranya ialah Menjamin
perkembangan individu di mana para guru perlulah sentiasa memberikan keutamaan
dan mempastikan setiap murid diberikan peluang mengembangkan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani secara terbimbing dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran dan
kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.
iii. Standard Guru Malaysia mengandungi tiga komponen utama. Terdapat Komponen
Standard (S) 2 iaitu Pengetahuan dan Kefahaman yang memperincikan kompetensi
ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan,
kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Guru yang memiliki
dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan,
melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan
inovatif. Antara bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah S 2.8:
Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.
Makanya para guru perlulah menguasai bidang ilmu potensi murid agar dapat
mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.

b) MENGAPAKAH pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia mesti memberi


penekanan untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi INTELEK,
ROHANI, EMOSI DAN JASMANI? (JUSTIFIKASI)

15 / 25
16 / 25

i. Perkembangan unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak boleh secara terasing
(compartmentalised) antara satu sama lain. Seharusnya perkembangan perlu berlaku
secara bersepadu (intergrated) dan berpaksikan kepada kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Penekanan kepada setiap satu unsur secara bersepadu akan menjadikan
individu yang seimbang. Seterusnya tujuan pendidikan adalah ke arah melahirkan
warganegara yang berpengetahuan, berketrampilan, berahklak mulia, bertanggung
jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri hingga seterusnya dapat
memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
ii. Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang daripada aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Potensi intelek perlu diperkembangkan kerana seseorang
perlu mempunyai kemampuan untuk berfikir secara logik dan rasional; membuat
keputusan dengan tepat dan menyelesaikan masalah dalam kehidupannya secara
bijaksana. Pemikiran kreatif dan kritis perlu diperkembangkan secara seimbang.
Perkara ini penting kerana didapati ramai yang boleh bertindak secara kreatif tanpa
memikirkan secara kritis akan kesan-kesannya. Sebagai contoh ramai remaja yang
menunggang motorsikal dengan pelbagai gaya atau aksi rempit tanpa secara kritis
memikirkan kesannya jika mengalami kemalangan. Selain itu, individu yang terdidik
perlu mempunyai kemampuan untuk berkomunikasi dengan berkesan; berinteraksi
dengan persekitaran; dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kehidupan.
Individu juga perlu mempunyai keimanan dan kepatuhan kepada tuhan bagi
melandasi segala aktiviti dalam kehidupannya.
iii. Potensi Jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia
berkaitan dengan kecergasan fizikal diri manusia. Perkembangan unsur jasmani
adalah bagi memastikan seseorang individu berkeupayaan menjaga kesihatan badan,
melakukan riadah, mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif,
memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari, menggunakan tenaga fizikal untuk
berdikari, menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan rakyat, dan berusaha
meningkatkan daya pengeluaran.
iv. Pembangunan Emosi dititik beratkan kerana emso mempengaruhi seseorang dalan
tingkahlaku dan tindakannya. Dalam FPK, perkembangan emosi adalah bagi
memastikan perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal, memiliki dan memupuk
perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaan dan perpaduan, menghargai serta
menilai keindahan dan kesenian.

16 / 25
17 / 25

v. Potensi Rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang melibatkan hubungan
seseorang dengan tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan individu
yang murni akhlak dan insaf kepada Pencipta. Oleh itu, unsur rohani dikembangkan
bagi membentuk individu yang menyedari dan menginsafi adanya Pencipta,
menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta, menyedari dan menginsafi
tanggung jawab, membentuk akhlak mulia, dan memupuk dan membina disiplin
kendiri.
vi. Perkembangan Potensi Intelek adalah bagi memastikan seseorang itu memperoleh
kemahiran asas 3M (Menulis, membaca, mengira), mampu berfikir secara kreatif dan
kritis, mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu, dan memanfaatkan ilmu
untuk diri dan orang lain. Dalam hal ini, perkembangan potensi intelek adalah
merujuk kepada bidang ilmu yang bermanfaat di samping membawa kepada
kemakmuran dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar serta tidak bertentangan
dengan agama. Pemikiran kreatif adalah ke arah melahirkan rakyat yang inovatif
tetapi kritis dalam menjangkakan kesan dan akibat sesuatu pembaharuan kepada
manusia sejagat dan alam agar sesuatu pembaharuan atau perubahan itu tidak
membawa kepada kemudaratan dan kerosakan.
vii. Perkembangan keempat-empat potensi iaitu jasmani, emosi, rohani, dan intelek adalah
bagi membolehkan penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai. Ilmu, kemahiran dan nilai
diperlukan oleh manusia dalam memenuhi pelbagai keperluan kehidupannya, oleh itu,
perkembangan keempatempatnya hendaklah dilakukan secara menyeluruh kerana
kesemuanya adalah sama penting. Kesemua potensi juga hendaklah hubungkaitkan
antara satu dengan yang lain dan dikembangkan secara bersepadu bukannya satu
persatu. Perkembangan potensi-potensi ini adalah berpaksikan prinsip ketuhanan iaitu
penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai tidak boleh bertentangan dengan prinsip
ketuhanan.
viii. Sebagai sebuah negara yang merdeka, keperluan terhadap tenaga manusia untuk
membangunkan negara tidak dapat dinafikan. Adalah penting bagi rakyat Malaysia
sihat, berkemahiran dan cergas tubuh badan agar dapat menjadi insan yang mampu
melaksanakan apa sahaja tugas dan bidang yang diceburi. Sekiranya rakyat sesebuah
negara tidak cergas serta tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang
yang diperlukan oleh negara, tentulah sukar bagi negara berkenaan maju dan
membangun. Malaysia sebagai sebuah negara yang bakal menjadi negara maju pada

17 / 25
18 / 25

tahun 2020 tentulah memerlukan rakyat yang cergas, sihat, memiliki kemahiran dan
kepakaran untuk terus membangunkan negara dan bersaing di peringkat global.

18 / 25
19 / 25

4. Forum 4:

a) PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) yang


dilaksanakan semasa penularan kes Covid-19 adalah berkait rapat dengan DASAR
KEBAJIKAN, DASAR INOVASI DAN DASAR PENYELESAIAN MASALAH
DALAM PENDIDIKAN. BINCANGKAN. (BUAH FIKIRAN).

KPM melaksanakan pemantauan terhadap sesi PdPR yang dilaksanakan guru dan
murid. Berdasarkan laporan pemantauan PdPR di bawah Jawatankuasa Pengurusan
Pembukaan Semula Sekolah (JPPSS) KPM dari 17 hingga 30 November 2020,
sebanyak 2,699,942 sesi PdPR telah dilaksanakan oleh guru dan murid di sekolah
rendah dan menengah KPM di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64
peratus PdPR dilaksanakan secara dalam talian, 17 peratus secara luar talian dan 19
peratus gabungan kedua-dua kaedah tersebut.

Pelaksanaan PdP secara dalam talian dapat membantu meningkatkan kemahiran dan
kecekapan murid dalam penggunaan ICT. Pembelajaran secara dalam talian juga
membolehkan murid meneroka pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mendapatkan
maklumat dan mengaplikasikan teori yang dipelajari.

KPM juga telah meningkatkan akses internet dan pemilikan peranti murid di sekolah
seluruh negara terutamanya di Sabah dan Sarawak. KPM telah menyediakan capaian
jalur internet dengan kelajuan 30Mbps hingga 100Mbps kepada 10,066 buah sekolah.
KPM sedang dalam usaha menyediakan capaian internet teknologi VSAT berkelajuan
30Mbps bagi 141 buah sekolah KPM yang tiada infrastruktur jalur lebar di kawasan
sekolah berkenaan. Pemasangan akan dijangka siap pada Februari 2021.

Sebanyak 36 peratus pelajar Malaysia tidak memiliki peranti, maka KPM telah
meluluskan ataupun Kementerian Kewangan telah meluluskan lebih kurang 150 ribu
buah peranti untuk 500 buah sekolah.

Statistik ini membuktikan bahawa kerajaan amat menitikberatkan pendidikan kepada


setiap anak anak di Malaysia dan tidak membiarkan mereka ketinggalan dalam
menimba ilmu pengetahuan.

19 / 25
20 / 25

terdapat pelbagai aspek yang terlibat dalam cabaran pelaksanaan PdPr online
sepanjang tempoh PKP ini. Kekangan utama adalah berteraskan ketiadaan gajet,
ketiadaan data internet, tiada liputan internet, faktor keberadaan pelajar di kawasan
luar bandar dan tahap sosio ekonomi keluarga yang tidak menentu. Namun, satu hal
yang lebih utama daripada itu adalah sikap pelajar itu sendiri dari sudut keinginan dan
kemahuan mereka untuk menuntut ilmu. Mereka tidak boleh menjadikan alasan
tersebut sebagai satu mekanisme dan menidakkan kepentingan ilmu pengetahuan
yang sepatutnya mereka pelajari. Sebagai seorang pelajar yang cemerlang, mereka
sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk meneruskan kelangsungan ilmu dalam
situasi pandemik Covid-19 ini dan bukan semata-mata hanya menadah ilmu yang
dicurahkan oleh guru dalam kelas PdPr. Kecanggihan teknologi masa kini sebenarnya
mampu melahirkan generasi yang lebih kreatif dan inovatif sekiranya pemikiran
pelajar terarah kepada kepentingan ilmu. Dengan adanya pelbagai bentuk aplikasi
pembelajaran atas talian dan media massa dapat memberikan input yang baik kepada
pelajar sebagai pendokong kepada kelas secara maya. Pelajar yang menggunakan
kaedah ini dapat melancarkan lagi proses PdPr sekaligus menjadikan Pengajaran dan
Pembelajaran secara online sangat seronok dan memudahkan.

b) Berdasarkan pernyataan di bawah, bincangkan KESAN pelaksanaan DASAR


PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP PERPADUAN dalam kalangan
rakyat Malaysia (FAKTA KESAN).

“Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dibentuk untuk mewujudkan satu sistem


pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan vernakular yang
diperkenalkan semasa pemerintahan British.”

Rakyat Malaysia bersatu padu di bawah penggunaan satu bahasa ibunda yang sama
iaitu Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan di dalam Kurikulum Kebangsaan
dan perkara ini akan mencapai objektif pembentukan masyarakat Malaysia yang
bersatu padu seperti di dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Hal ini akan
menurunkan prejudis antara kaum yang berbeza beza, sekaligus membawa kepada
merapatkan jurang sosial antara kaum dan kemudiannya melahirkan masyarakat yang
bersatupadu, berdisplin dan terlatih, seterusnya menyediakan tenaga kerja ("tenaga

20 / 25
21 / 25

rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) yang berkualiti
dalam jangka panjang dan pendek bagi untuk keperluan ekonomi.

5. Forum 5:

a) Prinsip X adalah merujuk kepada jumlah timbun-tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang
dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu. Prinsip ini
menyarankan pembelajaran hendaklah berdasarkan pengalaman lalu, supaya murid
berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan mendalam.

Pada PENDAPAT anda, mengapakah prinsip X penting dalam MENTERJEMAHKAN


KURIKULUM KEBANGSAAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN yang berkesan? (PENDAPAT TENTANG KEPENTINGAN
PRINSIP KETERTIBAN)

Prinsip X ialah Prinsip Ketertiban atau Principle of Sequence.

Prinsip penyusunan kurikulum menjadi panduan dalam menentukan tujuan dan halatuju
pendidikan, isi kandungan, proses pelaksanaan, aktiviti atau pengalaman pembelajaran
dan penilaian, dan Prinsip Ketertiban menjadi panduan bagi tahap penyusunan hierarki
ilmu yang telah dipilih dan disusun dengan teliti mengikut tahap pertumbuhan fizikal dan
kecerdasan intelek agar dapat menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan
berkesan. Prinsip Ketertiban adalah salah satu daripada tiga prinsip dalam penyusunan
kandungan hasil cadangan Tyler, R (1949).

b) Bincangkan CIRI-CIRI KHUSUS orientasi reka bentuk KURIKULUM


KEBANGSAAN yang dilaksanakan pada peringkat SEKOLAH RENDAH dan
SEKOLAH MENENGAH di Malaysia.

Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum Malaysia memaparkan Pendidikan Sekolah


Rendah menekankan 4M (membaca, mengira, menulis, menaakul) dan Perkembangan

21 / 25
22 / 25

Sosial; manakala Pendidikan Menengah Atas dan Pendidikan Menengah Rendah


menumpukan kepada Perkembangan Potensi.

KSSR:

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Prinsip-prinsip tersebut adalah Pendekatan Bersepadu, Pendidikan yang
Saksama kepada Semua Murid, Perkembangan Individu secara Menyeluruh, dan
Pendidikan Seumur Hidup.

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk


pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas
kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang
tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai
yang perlu dikuasai oleh murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran
yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin
ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan
Moral bagi murid bukan Islam.

Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran


berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi
fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis,
serta nilai tambah menaakul. Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu
mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-
tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat
pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. Disiplin ilmu
dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina,
Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah
Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

22 / 25
23 / 25

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan pengetahuan sains,
kemahiran dan sikap saintifik, pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik, dan
pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi. Disiplin ilmu yang terdapat dalam
Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang
kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan
semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang
Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan


sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang
menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan
mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum
seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid
meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan
masyarakat.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan


jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti,
bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi
penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal atau logik.

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.


Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai
kemahiran tersebut.  Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu
kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.

23 / 25
24 / 25

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di


samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

KSSM:

KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM iaitu Kesinambungan Pendidikan Rendah


dengan Pendidikan Menengah, Pendidikan Umum untuk Semua Murid, Penggunaan
Disiplin Ilmu Yang Ada, Kesepaduan Antara Unsur-unsur Intelek, Rohani, Emosi dan
Jasmani, Penekanan Nilai-nilai Murni, Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu, dan
Pendidikan Sepanjang Hayat.

Reka Bentuk Kurikulum menjadi asas dalam penggubalan kurikulum. Ia merangkumi


kerangka kurikulum, organisasi kurikulum, kaedah penyampaian dan pentaksiran.
Kerangka kurikulum sekolah menengah dibina berasaskan kerangka kurikulum sekolah
rendah yang menekankan kesepaduan tunjang-tunjang tertentu bagi melahirkan insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI), berfikiran kreatif,
kritis dan inovatif.

Tunjang-tunjang yang dizahirkan dalam KSSM merupakan kesinambungan daripada


kerangka KSSR untuk mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang meluas sebagai
asas kepada pembangunan modal insan. Pengisian setiap tunjang pada peringkat sekolah
menengah adalah perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari pada
peringkat rendah. Kesemua tunjang tersebut diambil kira di peringkat penggubalan
kandungan mata pelajaran dengan memastikan kesepaduan interaksi antara tunjang.

Tunjang kerohanian, sikap, dan nilai pula ialah penghayatan amalan agama, sikap dan
nilai murni dalam kehidupan, peningkatan kepatuhan kepada Tuhan secara berterusan
dalam kehidupan harian, dan pembentukan insan berakhlak mulia, berintegrasi dan
akauntabiliti.

Tunjang kemanusiaan pula ialah pembinaan warganegara untuk menghadapi cabaran


abad ke 21, penguasaan ilmu dan pengetahuan konsepsi, perkembangan kemahiran

24 / 25
25 / 25

intelektual, penghayatan nilai asas demokrasi, dan pembinaan kemahiran menyelesaikan


masalah.

Tunjang komunikasi ialah penguasaan kemahiran berbahasa secara lisan dan bukan lisan
semasa berinteraksi dalam kehidupan seharian untuk melengkapkan diri kea lam kerjaya.

Tunjang sains dan teknologi adalah penguasaan ilmu sains, matematik, dan teknologi, dan
pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran sains, matematik, dan teknologi secara
bertanggungjawab dalam kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai dalam sains,
matematik, dan teknologi.

Tunjang keterampilan diri pula ialah pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum, penghayatan nilai positif, penonjolan potensi,
kemahiran yang ada pada diri, dan daya kreatif, dan membina hubungan yang bermakna
dengan individu dan masyarakat.

Tunjang perkembangan fizikal dan estetika adalah pengaplikasian pengetahuan,


kemahiran serta amalan nilai dalam jasmani dan kesihatan bagi mencapai kesejahteraan
diri, dan pengaplikasian daya imaginasi, bakat, apresiasi, kreativiti, dan inovasi dalam
menzahirkan idea dan menghasilkan karya.

KSSM memastikan murid mencapai Standard Pembelajaran yang ditetapkan. Kurikulum


di peringkat menengah rendah memberi penekanan kepada pendidikan umum,
peningkatan kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah rendah, perkembangan bakat
dan minat, asas pravokasional, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai.

Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan
minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan
tinggi.

25 / 25

Anda mungkin juga menyukai