Anda di halaman 1dari 2

NUR FATIN NASUHA BINTI MOHAMED ZUKRI (960816065738)

Menurut Sufean Hussin (2004), bidang pendidikan sentiasa mengalami transformasi


signifikan dengan keperluan arus globalisasi. Transformasi tersebut membawa kepada
perubahan dalam dasar dan hala tuju bidang pendidikan. Dalam konteks sistem
pendidikan Malaysia, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menetapkan
hala tuju sistem pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perkara dapat dilihat menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
yang dilihat sebagai satu perancangan yang sistematik ke arah meningkatkan kualiti
sistem pendidikan negara. Secara amnya, terdapat beberapa hala tuju yang difokuskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).Hala tuju sistem
pendidikan Malaysia seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa. Dalam hal ini, KPM telah melakukan penambahbaikan terhadap
pelaksanaan kurikulum pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Hal ini dapat
dibuktikan menerusi pelaksanaan semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah pada tahun 2017 untuk memastikan
kurikulum di negara sejajar dengan kurikulum pendidikan di negara maju. Pihak KPM
juga turut menambah baik aspek penilaian dan pentaksiran menerusi pengintegrasian
elemen kemahiran berfikir aras tinggi menjelang tahun 2016. Keupayaan kemahiran
membaca, matematik dan sains juga ditanda aras mengikut standard pentaksiran
antarabangsa seperti Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan
Programme for International Students Assessment (PISA). Intihanya, meningkatkan
kualiti sistem pendidikan sejajar dengan standard pendidikan antarabangsa merupakan
salah satu hala tuju pendidikan negara.
Signifikan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menetapkan agar setiap murid profesion dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pada peringkat pendidikan rendah, KPM telah
memperkenalkan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang meliputi literasi
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Selain daripada LINUS, dasar Memartabatkan
Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) juga diperkenalkan.
Secara umum, MBMMBI memberi fokus terhadap usaha memartabatkan bahasa Melayu
dan memperkukuh bahasa Inggeris bagi melahirkan masyarakat yang mampu
berkomunikasi dengan berkesan. Disebabkan oleh penguasaan bahasa Inggeris masih
rendah, KPM telah memperkenalkan kurikulum bahasa Inggeris yang baharu iaitu
Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) dan High Immersive
Programme (HIP). Deduksinya, hala tuju sistem pendidikan negara adalah untuk
memastikan profesion dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
NUR FATIN NASUHA BINTI MOHAMED ZUKRI (960816065738)

Penghayatan nilai dalam kalangan rakyat amatlah penting bagi negara multietnik seperti
Malaysia. Sejajar dengan pernyataan tersebut, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) telah menetapkan hala tuju sistem pendidikan negara untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Untuk merealisasikan hasrat tersebut,
pihak KPM telah memperkukuh Pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan
komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang tahun 2017. Dalam
pada itu, kurikulum Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral turut diperkukuh dengan
memberi lebih penekanan terhadap teras nilai dan falsafah agama utama menjelang
tahun 2017. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum merupakan salah satu medium
fundamental dalam konteks penghayatan nilai. Berdasarkan pernyataan tersebut, murid
diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum yang terdiri daripada badan beruniform, kelab
dan persatuan serta sukan dan permainan. Program Rancangan Integrasi Murid untuk
Perpaduan (RIMUP) juga diperluaskan bermula tahun 2016 untuk memudahkan cara
interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosioekonomi. Konklusinya, KPM telah
menetapkan hala tuju pendidikan negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai.
Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) perlu dalam sistem
pendidikan. Bertepatan dengan pernyataan tersebut, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) telah menetapkan hala tuju iaitu memanfaatkan TMK untuk
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Sejajar dengan itu, pihak KPM berhasrat
untuk meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui
1BestariNet untuk semua sekolah. Dalam pada itu, kandungan dalam talian untuk
perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik
menyampaikan pengajaran dalam mata pelajarna kritikal juga diberi penekanan.
Penggunaan TMK untuk pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk
meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih spesifik. Situasi ini dapat dilihat menerus
kewujudan platform Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). DELIMa
merupakan platform yang menyediakan sumber pembelajaran yang boleh digunakan
oleh para pendidik dan murid untuk belajar dalam talian. Tuntasnya, pengintegrasian
TMK dalam pendidikan merupakan hala tuju yang relevan dalam bidang pendidikan.
Secara kesimpulan, hala tuju sistem pendidikan negara yang terdapat Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) memberi fokus terhadap peningkatkan kualiti sistem
pendidikan setaraf dengan pendidikan antarabangsa. Oleh yang demikian, warga KPM
seharusnya merealisasikan hasrat tersebut. Warga KPM juga seharusnya meningkatkan
kompetensi diri untuk tujuan tersebut. Menerusi komitmen semua warga KPM, hala tuju
yang digariskan dalam Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dapat
direalisasikan dengan mudah.

Anda mungkin juga menyukai