Anda di halaman 1dari 21

M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

LETHCHUMY A/P SEGAR

M20182002266

PENGURUSAN KURIKULUM I KPF 60404

1
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 PERLAKSANAAN KURIKULUM

3.0 KONSISTENSI PERLAKSANAAN DAN KURIKULUM

4.0 KBERKESANAN KURIKULUM

5.0 KURIKULUM YANG DIUJI

6.0 KESIMPULAN

7.0 RUJUKAN

2
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

1.0 PENGENALAN

Dasawarsa ini, masyarakat 5.0 merupakan satu perkataan yang sering diwar-warkan sebagai

puncak kejayaan sesuatu masyarakat yang berjaya. Masyarakat 5.0 menggambarkan generasi

ke-5 trend masyarakat dalam sejarah dunia berdasarkan kronologi bermula daripada

masyarakat perburuan atau hunting society (Society 1.0), masyarakat pertanian atau agrarian

society (Society 2.0), masyarakat industri atau industrial society (Society 3.0), masyarakat

informasi atau information society (Society 4.0). Manakala, Masyarakat 5.0 menciptakan

layanan, nilai-nilai dan cara baharu dalam kehidupan.

Masyarakat 5.0 yang cukup mengajaibkan ini merupakan satu cabaran yang amat besar

kepada Negara Malaysia yang sedang mendukung status Negara sedang maju. Walaupun

bukan pegang status Negara maju, Malaysia tidak berputus asa dalam membina masyarakat

yang proaktif yang mampu berdaya saing pada peringkat global.

Sistem pendidikan dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian

meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk

menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat

terhadap dasar pendidikan Negara.

Revolusi industri merupakan perkataan yang sering dilaung-laungkan pada masa kini.

Perkembangan Revolusi Industri 4.0 memberikan kesan secara langsung kepada pelbagai

bidang termasuk bidang pendidikan kerana menjadi asas kepada penyedia tenaga kerja di masa

hadapan. Oleh itu, penekanan terhadap sektor pendidikan merupakan satu keperluan agar

tenaga kerja yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara dapat memenuhi keperluan

pasaran pekerjaan berteraskan Revolusi Industri 4.0.

3
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

Malaysia sebagai negara yang sedang maju tidak terkecuali dalam melapori pembangunan

pendidikan selaras dengan perkembangan revolusi 4.0. Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) menggariskan hala tuju yang jelas melalui membangunkan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk menjadikan status pendidikan negara sejajar

dengan bertaraf dunia.

Oleh itu, sistem pendidikan Malaysia, sering melakukan penambaikan,

pengubahsuaian, semakan dari masa ke semasa dalam kurikulum sedia ada bagi memastikan

hasrat Negara tercapai seperti yang termaktub dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2025. Hal ini demikian kerana Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik

dan bersepadu dapat menjamin kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum.

2.0 PERLAKSANAAN KURIKULUM

Keberkesanan pelaksanaan kurikulum pendidikan bergantung kepada kefahaman serta

kompetensi guru iaitu pelaksanaannya di sekolah (Ramli Abd Samat, 2011; Rosmah Abd.

Ghani & Mariani Md Nor, 2014). Sehubungan dengan itu, proses pengkajian, pengubahsuaian,

perubahan dan penambahbaikan terhadap kurikulum sentiasa berlaku mengikut keperluan serta

memenuhi kehendak semasa dalam dunia pendidikan (Suriana Ismail, 2012).

Sebagai contoh, Pelaksanaan kurikulum KSSR SEMAKAN 2017 mengambil kira

hasrat PPPM yang melakarkan aspirasi murid bagi memenuhi keperluan negara. PPPM 2013-

2025 berhasrat agar murid yang menamatkan persekolahan menguasai sekurang-kurangnya

tiga bahasa bagi membolehkan mereka berkomunikasi secara berkesan dan mampu bersaing di

peringkat global. Setiap murid akan menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan

bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Murid juga

akan mempelajari bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil, Semai, Iban dan

4
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

Kadazandusun sebagai bahasa tambahan sehingga mampu berinteraksi dalam wacana sosial

seperti yang diperincikan dalam Common European Framework of Reference (CEFR).

Sehubungan dengan itu, kurikulum bagi semua mata pelajaran bahasa dijajarkan

dengan CEFR. Pelaksanaan Kurikulum memastikan setiap murid akan dipupuk dengan etika

dan kerohanian dalam diri mereka sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran kehidupan

masa hadapan. Murid diharapkan boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat

pertimbangan, berpegang kepada prinsip serta berani melakukan perkara yang betul. Setiap

murid akan dibentuk menjadi rakyat Malaysia yang cintakan negara dan berbangga sebagai

rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau status sosioekonomi. Murid akan dipupuk

dengan semangat patriotism serta diajar memahami, menerima dan menghayati kepelbagaian.

Selari dengan PPPM 2013-2025, kurikulum persekolahan digubal dengan hasrat untuk

melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Perkara ini

direalisasikan melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal

dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian serta sikap dan nilai. Kurikulum

berteraskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan mengambil kira cabaran abad ke-

21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.

Kajian Ramli Abd Samat (2011) menunjukkan bahawa guru yang mempunyai lokus

kawalan diri yang positif terhadap kurikulum dan pengajaran mempunyai inisiatif tinggi dan

berperanan sebagai “pengusaha” terbaik menyebarkan kurikulum dengan menterjemahkannya

dalam pengajaran. Pelaksanaan kurikulum kesan perubahan sesebuah kurikulum yang baru

bukanlah satu perkara yang mudah.

Perubahan kurikulum secara langsung bukan sahaja melibatkan pelaksana kurikulum

iaitu guru tetapi juga komuniti yang menerima impak daripada perubahan kutikulum tersebut.

Maka, perhatian, penelitian dan pemantauan secara berterusan adalah perlu bagi memastikan

5
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

hasrat kurikulum yang digariskan dapat mencapai sasarannya. Banyak halangan dan cabaran

yang terpaksa ditempuhi untuk menjayakan misi dan visi kurikulum.

Abdul Rahim Hamdan (2009) dalam kajian beliau menyatakan kebanyakan guru

diminta untuk menerima sesuatu kurikulum dan memahami intipati perubahan kurikulum

tersebut serta mahir melaksanakannya. Memandangkan guru adalah golongan yang akan

menjalani sesuatu program yang baharu di sekolah, gambaran yang sedikit tentang program

yang telah dibentuk menyebabkan guru-guru tidak faham apakah rasional di sebalik perubahan

tersebut dan apakah peranan yang perlu mereka mainkan untuk melaksanakan program yang

telah dibentuk tersebut.. Kesediaan guru-guru ini menerima kurikulum akan menentukan

kejayaan dan kegagalan kurikulum tersebut. Guru adalah penggerak kepada kesinambungan

kurikulum ini (KPM, 2013). Dengan kata lain, keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan

sejauh manakah hasil objektif pelajar telah dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran

yang dirancang dan dilaksanakan. Keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran

memerlukan kesediaan dari semua pihak dalam melaksanakan visi dan misi pendidikan negara.

3.0 KONSISTENSI PERLAKSANAAN DAN KURIKULUM

Menurut kamus dewan edisi keempat, Konsistensi adalah membawa maksud ketekalan.

Ketekalan dalam perpektif perlaksanaan adalah satu aliran perlaksanaan kurikulum seperti

yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sehinggalah aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Manakala, konsistensi kurikulum pula, penghubungjalinan antara

satu kurikulum dengan kurikulum yang yang lain, topic dengan topic, ataupun unit dengan unit.

3.1 KONSISTENSI PERLAKSANAAN

Memang tidak dapat dinafikan, Falsafah pendidikan kebangsaan merupakan satu garis panduan

kepada semua kurikulum yang dibina. Semua kurikulum yang dibina adalah berdasarkan

6
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

elemen –elemen yang terkandung dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Hal ini demikian

kerana, ia memastikan hasrat pendidikan kurikulum dicapai dan juga memudahkan kefahaman

para pelaksana kurikulum tersebut yang mengikut satu hala tuju serta tidak keluar daripada apa

yang termaktub dalam falsafah pendidikan kebangsaan .

DOKUMEN RANCANGAN
FALSAFAH KURIKULUM
STRANDARD PENGAJARAN
PENDIDIKAN (KSSR
KURIKULUM TAHUNAN
KEBANGSAAN SEMAKAN)
PENTAKSIRAN /HARIAN

3.1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan Negara”

3.1.2 KURIKULUM (SEMAKAN 2017)

Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah:Untuk memastikan perkembangan potensi murid

secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan

berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat

7
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran

kehidupan masa kini dan masa depan.

3.1.3 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM – RBT SEMAKAN TAHUN 4

Satu dokumen panduan tertulis yang mengandungi standard kandungan, standard

pembelajaran, dan stardard prestasi.

 Standard kandungan – penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan

boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,

kemahiran dan nilai,

 Standard pembelajaran – satu penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajran dan

pencapaian uang boleh diukur bagi setipa standard kandungan

 Satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk

bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.

8
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

Pelaksana kurikulum, iaitu guru memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah

berpandukan DSKP, dokomen standard kurikulum pentaksiran supaya hasrat PPPM 2013-2025

dapat dicapai.

3.1.4 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

(AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.2 KONSISTENSI KURIKULUM

Konsitensi kurikulum mengandungi elemen skop, penyepaduan, kesinambungan,

integrasi,keseimbangan .

3.2.1 SKOP

Skop kurikulum adalah kedalaman dan keluasan sesuatu kandungan kurikulum. di dalam

kamus Dewan (2005), kurikulum merupakan suatu skop atau isi kandungan sesuatu mata

pelajaran di sebuah sekolah atau institusi pendidikan. Ketika mereka bentuk kurikulum,

9
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

seseorang itu harus mengambil kira tentang keluasan dan kedalaman isi kandungan yang

ingin disampaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan skop.J. Galen Saylor mendefinisikan

skop sebagai keluasan, kepelbagaian dan jenis-jenis pengalaman pembelajaran yang

disediakan untuk pelajar alami ketika mereka menjalani program pendidikan di sekolah.

Apakah isi kandungan yang seharusnya disampaikan melalui program ini?. Apakah

aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seharusnya disediakan?. Sejauhmana komponen-

komponen (isi kandungan dan aktiviti) ini harus dirancangkan?

3.2.2 PEYEPADUAN

Penyepaduan yang ideal menekankan perkaitan yang bermakna di antara isi kandungan

daripada satu subjek atau bidang dengan subjek atau bidang yang lain. Dengan kata lain,

penyepaduan menekankan perkaitan horizontal di antara pelbagai topik dan tema.Jika idea

dan konsep digunakan sebagai benang asas yang menunjukkan perkaitan-perkaitan,

penyepaduan dapat dicapai dengan menunjukkan bagaimana isi kandungan dapat diajarkan

merentas subjek atau kurikulum sekolah secara keseluruhannya. Penyepaduan juga

merujuk kepada mengaitkan isi kandungan dengan pengalaman dan aktiviti pembelajaran

pelajar agar keperluan pelajar dapat dipenuhi.Lazimnya ketika mengorganisasikan isi

kandungan, proses dan kemahiran dalam sesebuah kurikulum, seseorang pereka bentuk itu

akan mengorganisasikannya berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang diambil daripada

3.2.3 KESINAMBUNGAN

Kesinambungan mengambil kira tentang manipulasi dan pengulangan komponen-

komponen kurikulum secara vertical. Ini bermaksud kesinambungan kurikulum

menerangkan tentang pengulangan ide dan kemahiran-kemahiran utama yang dirasakan

oleh pereka bentuk kurikulum sebagai yang diseharusnya difahami oleh pelajar secara

meluas dan mendalam dalam masa yang ditentukan. Konsep kurikulum spiral ini bukan

10
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

sahaja menekankan perkaitan secara vertical malah perkaitan secara horizontal juga ia itu

yang menambahkan keluasan sesebuah kurikulum. Jika seseorang pendidik itu ingin

memperbaiki perkaitan antara topik dalam sesuatu mata pelajaran atau sesuatu bidang ilmu

itu, ia dikatakan sebagai perkaitan vertical. Jika pendidik itu ingin memperbaiki perkaitan

antara mata pelajaran atau pengalaman, itu dikatakan sebagai perkaitan secara horizontal.

3. 2.4 KESEIMBANGAN

Keseimbangan Kurikulum yang seimbang ialah kurikulum yang menyediakan pelajar

peluang untuk menguasai ilmu dan mencernakan juga menggunakannya secara sesuai

untuk perkembangan diri, sosial dan intelektualnya.Oleh kerana kurikulum boleh dilihat

daripada bingkai rujukan yang berbeza iaitu sama ada daripada bingkai rujukan mata

pelajaran, minat pelajar, pengalaman pelajar atau nilai, komponen-komponen kurikulum

yang perlu diseimbangkan wujud dalam pelbagai bentuk dan dimensi. Namun, tanpa

mengira apa jenis reka bentuk itu, kesemua komponen kurikulumnya mestilah seimbang.

4.0 KEBERKESANAN KURIKULUM

Pentadbir sekolah perlu menyediakan perancangan strategik untuk memastikan kurikulum

dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamat pendidikan seperti yang

dihasratkan. Perancangan strategik memperincikan perancangan untuk mendaya upaya semua

usaha menerusi pelbagai strategi, pendekatan dan taktik khususnya ke arah mencapai misi dan

visi sekolah. Memandangkan pelaksanaan kurikulum merupakan nadi kepada operasi

pendidikan, maka perancangan strategic sekolah perlu memuatkan perancangan melaksana

kurikulum untuk mencapai hasrat melahirkan insan seimbang yang mempunyai pemikiran

kritis, kreatif dan inovatif, sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar sistem

11
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

pendidikan negara mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi, jasmani dan sosial.

Pengurusan sekolah hendaklah merangka strategi jangka pendek dan jangka panjang

untuk mencapai hasrat kemenjadian murid sebagaimana yang dihasratkan dalam kurikulum.

Rancangan jangka pendek dan jangka panjang yang

berkenaan wajar menetapkan strategi pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan

sokongan lain, termasuklah juga penglibatan komuniti, swasta dan sarana ibubapa.

Faktor kritikal dan menjadi fokus dalam perancangan strategik pelaksanaan kurikulum

hendaklah ditumpukan kepada perkara-perkara berikut:

 Menyampaikan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk memastikan

murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan;

 Melaksanakan pedagogi yang berasaskan inkuiri perlu digunakan supaya

keberkesanan PdP dicapai dan pendidikan di sekolah memberi kesan

maksimum dan mempunyai makna dalam kehidupan murid

 Melaksanakan pentaksiran sekolah supaya maklumat prestasi murid

dapat digunakan untuk membina strategi dan tindakan bagi

mempertingkatkan pencapaian dan perkembangan pembelajaran murid.

 Mengemaskini bahan sumber dan prasarana di sekolah agar mampu

memenuhi keperluan pelaksanaan kurikulum

 Latihan dalaman perlu dirangka secara teliti dalam perancangan strategik

supaya dapat memenuhi keperluan peningkatan profesionalisme guru yang

akan menjadi personel utama menjayakan pelaksanaan kurikulum.

Justeru peranan setiap panitia mata pelajaran amat penting untuk

12
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

menggerakkan pelaksanaan latihan dalaman. Komuniti Pembelajaran Profesional

(Professional Learning Community - PLC) pula hendaklah dirancang dengan jelas

untuk membina budaya pembelajaran di sekolah.

 PLC harus digerakkan peranannya bagi membantu meningkatkan kualiti guru dari

semasa ke semasa selari dengan PPPM 2013-2025. PLC membantu guru untuk

menterjemahkan kurikulum dalam PdP. Selain itu, aktiviti kolaboratif antara pihak

berkepentingan dengan pihak sekolah diadakanbagi memantapkan penyampaian

pendidikan ke arah meningkatkan pencapaian murid.

Pelaksanaan kurikulum yang berkesan di peringkat sekolah sangat penting bagi

memastikan pembinaan modal insan yang holistik serta mempunyai ciri-ciri bagi

memenuhi enam aspirasi murid dalam PPPM 2013 – 2025. Murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu. Bagi memastikan kurikulum

dilaksanakan secara berkesan pentadbir haruslah mempunyai pengetahuan dan kemahiran

dalam pengurusan kurikulum sekolah. Pengurusan kurikulum melibatkan proses

merancang, mengorganisasi, memimpin, membimbing, memantau dan menilai

pelaksanaan kurikulum persekolahan dengan menggunakan segala sumber bagi mencapai

hasrat kurikulum yang ditetapkan. Pengurusan kurikulum yang berkesan akan memastikan

kemenjadian murid seperti yang termaktub dalam FPK.Pengurusan kurikulum di peringkat

sekolah diterajui oleh Guru Besar dan dibantu oleh Guru Penolong Kanan, Ketua Panitia

dan guru.

Permuafakatan semua pihak disekolah adalah penting untuk memastikan pengurusan

pelaksanaan kurikulum dengan lebih berkesan.

13
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

GPK KANAN, HAL


KETUA
GURU BESAR EHWAL, GURU
BIDANG/PANITIA
KOKURIKULUM

Jawatankuasa ini memainkan peranan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan

kurikulum di peringkat sekolah. Kejayaan pelaksanaan kurikulum bergantung kepada

pengurusan yang cekap, bersistematik dan berkesan. Sumber tenaga, kewangan, masa dan

kemudahan seharusnya diuruskan dan digunakan sebaik mungkin. Pengurusan jawatankuasa

kurikulum yang berkesan akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan,

menyeronokkan, bermakna dan ini akan meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah.

5.0 KURIKULUM YANG DIUJI

Prinsip dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Penekanan kepada prinsip-prinsip dalam

proses PdP seperti berikut membantu guru merangka pelajaran yang membolehkan murid

memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai

kemahiran dan mengamalkan nilai murni.

5.1 Prinsip-prinsip dalam proses pdp.

1. Memilih strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pemahaman murid

2. Memahami cara murid belajar untuk membantu memilih strategi yang sesuai

3. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan relevan

4. Menggalakkan penglibatan murid secara aktif

5. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka potensi diri

14
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

6. Melatih murid menguasai kemahiran belajar dan kemahiran berfikir

7. Membantu murid mencapai standard yang ditetapkan

8. Membimbing murid mengakses maklumat daripada pelbagai sumber

9. Membimbing murid meneroka pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan

10.Membuat penilaian berterusan

11.Menggalakkan amalan patriotisme dan perpaduan

12.Menggalakkan amalan nilai murni

5.2 Pelbagai Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi PdP yang disarankan dalam KSSR (Semakan 2017) adalah berpusatkan murid,

bersepadu, menyeronokkan dan menekankan perkembangan kemahiran berfikir dan kemahiran

insaniah. Beberapa contoh strategi PdP ini diterangkan secara ringkas di bawah

Antara kaedah dan teknik yang disarankan untuk PdP di bilik darjah adalah seperti yang

berikut:

 Didik Hibur

 Penyelesaian Masalah

 Pembelajaran Berasaskan Projek

 Pembelajaran Koperatif

 Pendekatan Inkuiri

 Pembelajaran Luar Bilik Darjah

 Pengajaran Bertema

15
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

 Pendekatan STEM

Pentaksiran Sekolah (PS) merupakan satu proses mendapatkan maklumat tentang

perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru sekolah yang

berkenaan. Proses ini berlaku secara berterusan dengan menggunakan kaedah

formatif dan sumatif secara formal atau informal supaya guru dapat menentukan tahap

penguasaan sebenar murid. PS perlu dilaksanakan secara holistik berdasarkan

prinsip inklusif, autentik dan setempat (localised). Maklumat yang diperoleh dari PS

akan digunakan oleh pihak sekolah dan ibu bapa dalam merancang tindakan susulan

ke arah peningkatan perkembangan pembelajaran murid.

6.1 Tujuan Pentaksiran Sekolah

PS dilaksanakan bertujuan seperti berikut:

 Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

 Pentaksiran semasa pembelajaran (assessment as learning)

 Pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Pentaksiran untuk pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian

daripada PdP dan maklumat yang diperoleh daripada aktiviti-aktiviti pentaksiran boleh

digunakan untuk menambahbaik dan membentuk proses PdP yang seterusnya.

Pentaksiran semasa pembelajaran Pentaksiran yang dilakukan secara berterusan semasa di

dalam bilik darjah dan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pemerhatian, lisan, hasil

16
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

kerja murid dan lainlain. Pentaksiran tentang pembelajaran Pentaksiran tentang pembelajaran

bermaksud proses pengumpulan maklumat untuk mengesan tahap pencapaian murid secara

keseluruhan setelah murid selesai mengikuti sesuatu kursus, unit pembelajaran atau program

dalam tempoh yang ditetapkan.

Perekodan ialah proses merekod perkembangan pembelajaran murid setelah guru

melaksanakan pentaksiran. Guru menentukan perkembangan pembelajaran murid berdasarkan

tahap penguasaan yang diperjelaskan dalam Standard Prestasi. Tahap penguasaan murid

direkodkan dengan menggunakan templat perekodan PS secara luar talian (offline).Hasil yang

diperolehi daripada perekodan itu akan dijadikan sebagai maklumat untuk tujuan pelaporan PS

berbentuk formatif. Namun begitu pelaporan PS hendaklah berbentuk sumatif dan formatif.

Pihak sekolah boleh menetapkan format pelaporan mengikut kesesuaian untuk menyampaikan

laporan bertulis berkenaan dengan tahap pencapaian dan perkembangan pembelajaran murid.

ASPEK UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF

KONSEP Ujian ditadbir formal atau Ujian secara formal


tidak formal Mengesan pencapaian dalam
Mengesan kejuan tempoh persekolahan
Pencapaian dalam p&p

TUJUAN Kenalpasti tahap Kenalpasti pencapaian beberapa


penguasaan dan kemajuan topic skor dan gred diberi

17
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

WAKTU Sepanjang proses pdpc Selepas beberapa topik,


PENILAIAN pertengahan tahun, akhir penggal
persekolahan

KAEDAH Formal : pensel – kertas Formal : pensel –kertas


Tidak formal – pemerhatian,
tugasan, latihan , kuiz, kerja
rumah

SELEPAS Membaiki kelemahan Menempatkan pelajara ikut


PENILAIAN pelajara serta merta pencapaian
Aktiviti pengukuhan Beri pengiktirafan sijir upsr , PT3,
pengayaaan SPM, STPM / penambahbaikan
kurikulum

6.0 KESIMPULAN

Kurikulum digubal dengan matlamat untuk memastikan perkembangan murid secara holistik

merangkumi aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan social bagi melahirkan insan yang

berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya memberi sumbangan kepada

keluarga, masyarakat, negara serta berdaya saing di peringkat global. Penekanaan diberikan

kepada perkembangan pelbagai aspek seperti kognitif, kerohanian, fizikal, sosioemosi, sikap

dan nilai. Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik serta bersepadu dapat menjamin

kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Pemantauan dan penilaian secara

berterusan menuntut semua pihak menggembleng usaha dan peranan bagi mencapai matlamat

yang dihasratkan. Sehubungan dengan itu, semua pihak berkepentingan dalam pendidikan

18
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

mesti memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen sepenuhnya bagi merealisasikan hasrat

kurikulum.

Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah. Jawatankuasa

kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi melaksanakan

pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan matlamat

pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum

kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat

beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini.

Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang tertentu

malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan kanak-

kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu

memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan

proses pembelajaran kanak-kanak.

Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh

memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah pengasuhan secara holistik,

panduan merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan kanak-kanak, merefleks dan

mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa dan ahli keluarga serta masyarakat. Selain itu,

kurikulum ini berkonsepkan permainan, penerokaan, berfokus dan terancang sesuai dengan

umur kanak-kanak tersebut.

Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang

timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi. Perkara ini perlu diberi

perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa

menjadi bualan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

19
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

7.0 RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan. (2007). Pengajian Kurikulum. Johor Darul Ta’zim: Universiti

Teknologi Malaysia

Allan C.G, Francis, P.H.(2009) Curricullum foundation, principle, and issue. Pearson

Glatthorn, A. A., Boschee, F., & Whitehead, B. M. (2006). Curriculum leadership:

Development and implementation. California, CA: Sage Publications, Inc.

Glatthorn, Allen A. and Boschee, Floyd A.(2015). Curriculum Leadership: Strategies for

development and Implementation.US: Sage publication.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Buku penerangan KSSR SEMAKAN 2017. Kuala

Lumpur: Pusat Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025 (Pendidikan Pra Sekolah hingga Lepas Menengah) (Bab 1 – 4). Putrajaya:

Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Pra Sekolah hingga Lepas Menengah)

20
M20182002266 | LETHCHUMY SEGAR

(Bab 1 – 4). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian

Pelajaran Malaysia 1969 -2009 Pentadbiran dan Hal Ehwal Murid. Putrajaya:

Majlis Buku Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian

Pelajaran Malaysia 1969 – 2009 Kurikulum dan Kokurikulum. Putrajaya: Majlis

Buku Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi Di

Sekolah (ms.3-10). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

21

Anda mungkin juga menyukai