Anda di halaman 1dari 62

Kurikulum masa depan

Delphi forecasting

TAJUK

: KURIKULUM MASA DEPAN

DELPHI FORECASTING
DISEDIAKAN :
BIL

NAMA AHLI KUMPULAN

NO: MATRIK

RAMLAH BT.TIKAN

M20131001171

NOOR AMY AFIZA BT. MOHD YUSOF

M20102000839

SUZIYANA BT. ABU JAMIL

M20132001987

ABDUL RAHMAN B. AB. MAJID

M20132001967

PUSAT PEMBELAJARAN : UPSI, TANJONG MALIM, PERAK

PENSYARAH

: DR. ROSMA BINTI OSMAN

rosma@fppm.upsi.edu.my

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

ISI KANDUNGAN

Perkara
i.
ii.

Muka surat

Isi kandungan

Penghargaan / sekapur sirih

3-4

1.0 Pengenalan / definisi kurikulum

57

2.0 Pembentukan kurikulum

89

2.1 Asas pembentukan Kurikulum

9 11

2.2 Prinsip Pembentukan Kurikulum

11

2.3 Model Pembentukan Kurikulum

13 -15

2.4 Keperluan untuk reka bentuk kurikulum yang efektif

15

13

16
2.5 Reka Bentuk Kurikulum

16 20

2.5.1 Dimensi reka bentuk kurikulum

20

2.5.2 Bentuk Reka Bentuk Kurikulum

21 -

21

22
3.0 Reka Bentuk Kurikulum Masa Depan

22

23
3.1 Definisi kurikulum masa depan

23

25
3.2 Asas Kurikulum Masa Depan

25 27
2

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting
3.3 Kepentingan data dari kajian kurikulum masa depan

27

30
4.0 Teknik Delphi

30 32

4.1 Asas Teknik Delphi

33

4.2 Hubungan dengan sampel

34

4.3 Bagaimana menggunakan Teknik Delphi

34 36

4.4 Kelebihan Teknik Delphi

36

4.5 Batasan Teknik Delphi

37

5.0 Aplikasi Teknik Delphi dalam kurikulum

37

5.1 Contoh Kajian Yang Telah Dijalankan

37 40

5.2 Reka bentuk Kurikulum Menggunakan Teknik Delphi

40

58
6.0 Penutup

58

7.0 Rujukan

59 62

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

SEKAPUR SIRIH / PRAKATA


PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan
tugasan KPF 6064 Kurikulum Masa Depan yang diberikan dengan sempurna dan saya sangatsangat berharap agar tugasan yang saya buat ini menepati kehendak pensyarah dan pihak UPSI.
Besarlah harapan saya semoga saya dapat mengaplikasikan

apa yang diajar dalam usaha

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ketika di sekolah nanti kea
rah kurikulum yang lebih baik di masa hadapan. Ini adalah kerana untuk menjadi individu yang
berketrampilan dalam bidang pendidikan di sekolah rendah adalah sesuatu yang bukan semudah
yang disangka kerana untuk menjadi tenaga pengajar yang benar-benar berjaya maka seorang
pendidik perlu peka dan tahu perkembangan terkini dan menjadi pendidik yang kreatif dan
inovatif..
Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini saya sentiasa mendapat tunjuk ajar dan
bimbingan daripada pelbagai pihak. Ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan dirakamkan
kepada pensyarah kami iaitu Dr. Rosma bt. Osman kerana telah banyak memberi bantuan dan
tunjuk ajar serta telah membimbing saya tanpa rasa jemu dalam usaha saya menyiapkan tugasan
ini. Ucapan terima kasih juga ingin saya rakamkan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana
sentiasa membantu dan saling bekerjasama semasa menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah
akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Diharapkan tugasan ini dapat menepati skema seperti yang digariskan oleh pensyarah
mahupun pihak UPSI. Dengan terhasilnya kerja kursus ini telah memberi saya pengetahuan yang
amat berguna tentang kurikulum masa depan dan kurikulum Negara luar yang lebih canggih dan
4

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan menanganinya agar dapat mendidik anak
bangsa dengan sempurna selaras dengan perkembangan semasa. Sebagai seorang guru amatlah
perlu untuk saya menerapkan nilai-nilai etika yang positif tentang kurikulum masa depan dalam
pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar agar mereka membesar sebagai individu yang
sempurna dan berjaya di masa hadapan. Kurikulum masa depan ini juga akan dapat membentuk
pelajar yang berjiwa dan menpunyai pemikiran yang positif, kreatif dan inovatif serta mereka
dapat mengaplikasinya dalam kehidupan seharian di masa hadapan.
Pada keseluruhannya, Kurikulum Masa Depan adalah kurikulum yang dibina pada hari
ini berdasarkan forecasting atau jangkaan termasuk matlamat, kandungan, implementasi dan
penilaian yang dibuat secara sistematik. Setiap aspek dalam pembinaan kurikulum termasuk
matlamat, kandungan, cara pelaksanaan dan bentuk penilaian yang digunakan adalah
memerlukan data empirikal melalui kajian-kajian yang antaranya menggunakan Teknik Delphi
dan Cross Impact Analysis. Kurikulum terhasil ini digunakan dalam system pendidikan supaya
apa yang dilaksanakan dalam system pendidikan mempunyai matlamat yang jelas bagi
membentuk generasi masa depan yang mantap serta dapat mengelakkan pembaziran kos, tenaga
dan sumber.

Semoga segala ilmu yang saya perolehi boleh membuka minda dan ianya dapat saya
jadikan panduan dalam usaha saya untuk menjana insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
di masa hadapan.

Sekian Terima Kasih

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

1.0

DEFINISI KURIKULUM
Sesuatu bidang ilmu pengetahuan lazimnya terwujud daripada fakta dan idea yang

khusus, contohnya bidang ilmu matematik, ilmu bahasa, ilmu fizik dan sebagainya. Bidang
kurikulum adalah berbeza kerana ia bukan pengkhususan ilmu tetapi merupakan penyeluruhan
ilmu. Pakar kurikulum bukanlah pakar pengkhususan seperti pakar matematik tetapi pakar
penyeluruhan ilmu yang mampu mencantumkan fragmen pelbagai ilmu pengetahuan yang telag
diterokai dan dikemukakan oleh pakar pengkhususan. Dengan mencantumkan fragmen pelbagai
cabang ilmu ini, pakar kurikulum dapat mencipta pengertian ilmu secara menyeluruh untuk
membentuk fakta dan idea bagi membina bidang kurikulum sebagai karya yang menyerupai
mozek yang mempunyai pengertian kental yang tersendiri (Mumford, 1967).
Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan yang dikenal pasti untuk memandu
pengajaran guru kepada kumpulan murid tertentu. Teori kurikulum wujud menerusi konflik
sosial yang melibatkan kumpulan dominan serta penyokongnya dengan kumpulan penyanggah
serta konco-konconya. Melalui konflik sosial inilah munculnya ideologi pendidikan yang
menghasilkan matlamat kurikulum. Matlamat tersebut menekankan batas-batas liputan budaya
atau ilmu pengetahuan yang dikenal pasti untuk diturunkan kepada generasi akan dating melalui
pengajaran. Pembahagian kurikulum dalam mempelbagaikan budaya atau ilmu pengetahuan ini
dipecahkan kepada pelbagai program pendidikan, jurusan pengajian dan bidang pengetahuan.
Kurikulum berfungsi sebagai pemandu pengajaran yang menerapkan pembelajaran dalam
diri indivdu. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang proses yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran adalah penting bagi mereka bentuk sesebuah kurikulum. Pengetahuan tersebut
merupakan turutan untuk mengemukakan kurikulum kepada warga pendidik. Kurikulum akan
menepati peranannya jika ia dapat memandu pendidik untuk melaksanakan pengajaran yang
menghasilkan pembelajaran seperti yang dituntut oleh matlamat kurikulum dan ideologi
pendidikan. Oleh itu ciri-ciri kurikulum memerlukan penyusunan yang dapat memudahcarakan
pelaksanaan pengajaran ini.
6

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Proses pembelajaran dan aktiviti pengajaran pembelajaran mempunyai tuntutan yang


bersifat teknikal. Oleh yang demikian, penentuan untuk menyusun ciri-ciri kurikulum yang dapat
memudahcarakan pelaksanaan pengajaran seperti itu tentulah lebih ideal dilakukan oleh
golongan professional. Walau bagaimanapun kurikulum itu muncul daripada konflik pelbagai
golongan dalam masyarakat seperti ahli akademik, ahli politik, pentadbir, ahli perniagaan dan
kumpulan lain. Atas campur tangan inilah akan menyebabkan sesuatu penyusunan ciri-ciri
kurikulum yang pada mulanya dicipta di paras teknikal akan berubah bentuk. Walau
bagaimanapun, akhirnya rupa bentuk kurikulum itu didokumentasikan.
Pada hakikatnya dokumen kurikulum memuatkan strategi atau teknik pengajaran yang
membayangkan tuntutan dasar dan ideologi pendidikan serta cita-cita politik kumpulan dominan
serta para penyokongnya. Kandungan dokumen ini telah dipersetujui oleh pelbagai kumpulan
penyokong dan penentang melalui rundingan dan perbincangan yang panjang lebar dan
berperingkat. Pelbagai unsur konflik akan dibincangkan dan diselesaikan sebelum mereka bentuk
sesebuah kurikulum bagi memenuhi trend pengajaran dan pembelajaran semasa.
Takrifan kurikulum bergantung kepada pengetahuan seseorang dan bagaimana kurikulum
diterjemahkan untuk penggunaannya. Kurikulum merupakan pelan perancangan dalam
pendidikan yang melihat dua perkara utama iaitu visi dalam pendidikan dan struktur atau
organisasi asas dalam pendidikan. Mengikut pandangan ahli sosiologi, kurikulum ialah alat yang
boleh membantu kanak-kanak memainkan peranan orang dewasa apabila sampai masanya.
Kurikulum juga bermaksud pengalaman tertentu yang didedahkan melalui kurikulum. Mereka
juga berpendapat kurikulum merupakan faktor untuk mengembangkan dan memelihara struktur
kuasa dalam masyarakat dan sekolah. Kurikulum juga sebagai alat bagi meneruskan sistem
budaya yang menyalur dan menilai ilmu penilaian.
Maksud kurikulum dapat diperjelaskan melalui beberapa definisi yang dikemukakan oleh
pakar-pakar kurikulum. Saylor et al. (1981) menyatakan kurikulum merupakan satu daya usaha
institusi pendidikan yang menyeluruh untuk memnuhi tujuan yang diharapkan semasa berada
dalam institusi itu. Manakala Inlow (1973) pula berpendapat, kurikulum adalah satu daya usaha
institusi pendidikan yang dirancang bagi membantu pelajar merujuk kepada tujuan yang
ditetapkan.
7

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan bahawa


kurikulum meluputi aktiviti yang dilakukan oleh pelajar di bawah naungan sesebuah sekolah atau
institusi pendidikan. Ini termasuk bukan setakat apa yang dipelajari, bahkan bagaimana cara
belajar dan bagaimana pendidik membantu dalam pembelajaran. Dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Kementerian Pendidikan, 1979) telah
dinyatakan bahawa:
i.

Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh


sesebuah sekolah atau institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.
Kurikulum sekolah terbahagi kepada dua iaitu kurikulum akademik (pengajaran
dan pembelajaran) dan ko-kurikulum.

ii.

Kurikulum ialah suatu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu


pengetahuan dan kemahiran, nilai dan norma. Unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diturunkan kepada ahli-ahlinya.

Razali Aaroff (1991) pula memberikan tiga takrifan kurikulum iaitu:


i.

Sesuatu yang luas dan besar meliputi segala pembelajaran yang berlaku di manamana di dalam kawasan sekolah

ii.

Segala pembelajaran yang telah dirancang dan ditentukan sahaja yang berlaku
dalam kawasan sekolah, di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah

iii.

Kurikulum adalah sesuatu yang dirancang dan tidak terhad dalam bilik darjah
sahaja

Berdasarkan takrifan yang dikemukakan oleh pakar-pakar kurikulum, kita dapati bahawa
kurikulum merupakan suatu bidang yang amat luas penggunaannya dalam bidang pendidikan.
Kurikulum juga meliputi keseluruhan aktiviti yang ada dalam sesuatu sistem pendidikan yang
perlu dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat dalam sistem tersebut. Oleh itu, kefahaman
tentang apakah sebenarnya kurikulum amat penting dalam melaksanakan proses pendidikan
untuk dijalankan seperti yang dirancang dan ditentukan.

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

2.0

PEMBENTUKAN KURIKULUM
Perkembangan kurikulum mula menjadi isu penting apabila berlakunya krisis pendidikan

di Amerika pada awal abad ke-20. Bagi menyelesaikan krisis pendidikan yang melanda Amerika,
satu jawatankuasa dibentuk bagi merangka semula program akademik yang diiktiraf untuk
sekolah menengah atas di Amerika. Pada tahun 1950, apabila kerajaan Amerika menekankan
program melatih tenaga teknikal, tumpuan pendidikan lebih ke arah program matematik dan
sains di sekolah-sekolah. Akan tetapi apabila didapati konsep matematik dan sains sudah lapuk
dengan topic dalam buku teks tidak bersesuaian dengan keperluan semasa pembentukan semula
kurikulum perlu dibuat.
Pada tahun 1951, satu jawatankuasa matematik yang dianggotai oleh guru dan ahli
matematik di universiti dibentuk bagi membentuk rancangan dan bahan mengajar matematik
yang baru. Selepas itu, wujud projek kurikulum untuk mata pelajaran matematik dan sains.
Projek kurikulum ini menjadi asas kepada perkembangan atau pembentukan kurikulum bukan
sahaja di Amerika malah di seluruh dunia kerana projek kurikulum ini dijadikan bahan rujukan
bagaimana proses pembentukan semula itu dilaksanakan.
Pembentukan kurikulum meliputi tiga usaha yang berbeza iaitu polisi membuat
kurikulum, reka bentuk umum kurikulum dan reka bentuk kurikulum site-specific. Terdapat
beberapa polisi yang perlu dipatuhi dan diikuti dalam pembinaan kurikulum. Polisi ini
merupakan had, kriteria, garis panduan bagi membuat kurikulum tanpa mengembangkan
rancangan sebenar dan bahan-bahan yang digunakan oleh guru dan pelajar.
Usaha kedua ialah reka bentuk umum kurikulum yang melibatkan persediaan rancangan
dan bahan-bahan yang akan digunakan dengan berkesan oleh pelajar dan guru. Reka bentuk umu
ini terbahagi kepada tiga tugas yang luas iaitu pelancaran reka bentuk yang merupakan
keselamatan dan penyusunan sumber seperti personal, bahan dan kewangan yang memerlukan
perancangan dan menghasilkan idea yang praktikal untuk permulaan menggunakan kurikulum di
sekolah. Dalam reka bentuk umu ini reka bentuk percubaan digunakan untuk melihat kreativiti
dalam kurikulum. Kreativiti dalam kurikulum akan dicuba. Dinilai dan diubah suai semula
mengikut keperluan. Kreativiti dalam kurikulum juga melibatkan perkembangan komersial di
9

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

mana reka bentuk komersial dalam rancangan dan bahan kurikulum dihasilkan dalam jumlah
yang banyak untuk dipasarkan.
Usaha yang ketiga ialah reka bentuk kurikulum site-specific melihat kepada perancangan
mengukur sekolah yang menghadapi masalah kurikulum dan memerlukan penukaran
kurikulumnya. Bagi menyempurnakan reka bentuk site-specific, keperluan untuk perubahan pada
peringkat dasar mestilah telah mantap agar penukaran kurikulum memberikan kepuasan kepada
mereka yang terlibat dalam membentuk kurikulum. Rancangan dan bahan yang digunakan perlu
sesuai dengan situasi tempatan. Bahan-bahan umum mesti sesuai kepada site-specific, jika tidak
bahan-bahan umum perlulah dibentuk semula dan langkah yang perlu diambil untuk
melaksanakan program baru yang berkualiti dengan prosedur yang telah dibina pada peringkat
dasar. Ketiga-tiga perbezaan usaha ini adalah asas dalam memperbaiki proses pembentukan
kurikulum.

2.1

Asas Pembentukan Kurikulum


Pembentukan sesuatu kurikulum memerlukan kajian mendalam yang dapat menentukan

kurikulum yang dibentuk itu sesuai dan berkesan untuk digunakan dalam aktiviti pendidikan
semasa dan akan dating. Walker, D. (1978) menyarankan bahawa untuk membentuk kurikulum
perlu ada kriteria, rancangan kurikulum, bahan-bahan pengajaran serta cara menilai yang
digunakan oleh pihak pengajar. Tyler (1950) mengenal pasti empat persoalan asas yang
digunakan dalam membina kurikulum iaitu:
i.

Apakah tujuan pendidikan yang dikehendaki untuk dicapai?

ii.

Bagaimanakah pengalaman pembelajaran yang berguna dipilih untuk mencapai


tujuan tersebut?

iii.

Bagaimanakah pengalaman itu diolah atau disusun untuk mendapat pengajaran


yang berkesan?

iv.

Bagaimanakah keberkesanan pengalaman pembelajaran itu dapat dinilai?

10

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Keempat-empat persoalan ini mengupas bagaimana proses pendidikan itu mempunyai


matlamat tertentu dan dilaksanakan dengan cara tertentu kepada kumpulan manusia yang telah
ditetapkan untuk menerimanya. Beberapa persoalan yang lebih khusus juga perlu
dipertimbangkan terlebih dahulu ketika proses pembentukan kurikulum. Ini melibatkan persoalan
objektif, kurikulum, kandungan kurikulum, kaedah penyampaian dalam kurikulum yang dibina
dan penilaian dalam kurikulum.
Persoalan yang berkaitan dengan objektif dalam kurikulum yang hendak dibentuk ialah
apakah jenis manusia yang ingin kita bentuk melalui kurikulum ini? Soalan ini melihat kepada
matlamat, objektif, sasaran serta hasil yang diharapkan daripada kurikulum yang dibina. Soalan
kedua mengenai objektif kurikulum ialah apakah yang boleh dilakukan oleh pelajar selepas
selesai mengikuti kursus ini? Soalan-soalan ini bermaksud bahawa kurikulum yang dibentuk
haruslah dapat menghasilkan manusia atau insan yang dikehendaki sebagaimana yang dituliskan
dalam matlamat dan objektif pendidikan berasaskan falsafah pendidikan. Dalam konteks
pendidikan di Malaysia, kurikulum yang dibentuk haruslah selari dengan apa yang tertulis dalam
Falsafah Pendidikan Negara.
Persoalan yang berkaitan dengan kandungan dalam kurikulum yang dibentuk ialah
apakah perkara atau pengalaman yang perlu disediakan supaya kita dapat menghasilkan manusia
yang diharapkan? Soalan ini berkaitan dengan kesesuaian disiplin ilmu yang hendak diberikan
kepada pelajar yang boleh digunakan pada situasi semasa dan akan dating. Kandungan yang
disediakan juga perlulah selari dengan matlamat dan objektif yang hendak dicapai serta
memenuhi hasrat yang ada dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Untuk mencapai matlamat dan objektif kurikulum, disiplin ilmu perlu disampaikan
melalui kaedah yang bersesuaian kepada pelajar. Oleh itu, bagaimanakah caranya supaya perkara
yang disampaikan itu dapat diterima dengan berkesan oleh pelajar? Persoalan ini berkaitan
dengan kaedah atau teknik yang sesuai yang boleh digunakan untuk proses penyampaian disiplin
ilmu kepada pelajar. Penyampaian disiplin ilmu yang berkesan mempunyai ikatan dengan
pendedahan dan latihan kaedah atau teknik penagajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
pendidik gunakan dalam pengajaran mereka.
11

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Dalam mana-maan system pendidikan, aspek penilaian merupakan pendekatan yang


digunakan untuk mengetahui sejauh manakah pelajar mencapai tahap pembelajaran mereka
selepas mengikuti kursus. Penilaian digunakan oleh pendidik untuk menilai sejauh manakah
disiplin ilmu itu dapat disalurkan dengan berkesan kepada pelajar. Dalam pembentukan
kurikulum, untuk menentukan bahawa matalamat dan objektif tercapai serta untuk menentukan
sama ada kandungan dan cara penyampaian adalah

bersesuaian, persoalan tentang

bagaimanakah boleh diketahui apa yang diajar itu telah diterima sama ada sepenuhnya atau
sebahagian sahaja oleh pelajar perlu ada dalam perancangan semasa membentuk kurikulum.
Untuk mengetahui sama ada matlamat, objektif, kandungan dan penyampaian adalah
sesuai dan telah diterima, pengujian boleh dilakukan ke atas tahap-tahap atau peringkat tertentu
berasaskan kandungan kurikulum yang dibina untuk sesuatu kursus. Prestasi pelajar selepas
mengikuti sesuatu kursus melibatkan sistem penddidikan yang sedia ada ditentukan melalui
peperiksaan khas. Peperiksaan khas menentukan tahap pencapaian pelajar berdasarkan proses
pembelajaran yang telah diikutinya dalam tempoh tertentu. pencapaian dalam peperiksaan khas
ini membolehkan pelajar pergi lebih jauh lagi untuk menguasai sesuatu disiplin ilmu atau
menceburi bidang pengkhususan yang melibatkan kerjaya tertentu.
Persoalan yang dibincangkan ini perlu dipertimbangkan terlebih dahulu dalam
membentuk sesuatu kurikulum. Persoalan ini akan membantu mereka yang terlibat dalam
perancangan pembentukan kurikulum melihat aspek yang berkaitan terlebih dahulu sebelum
melaksanakannnya.

2.2

Prinsip Pembentukan Kurikulum


Tyler (1950) dalam tulisannya telah menyarankan dua prinsip umum dalam membentuk

kurikulum iaitu prinsip dalaman dan prinsip luaran. Prinsip ini menjadi asas dalam menentukan
bentuk kurikulum yang terhasil dan digunakan bagi sistem pendidikan.
Prinsip dalaman merupakan prinsip yang berpusat kepada aspek-aspek dalam kurikulum
yang melibatkan penyataan objektif, penyataan kandungan, penyataan kaedah, penyampaian dan
12

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

penilaian. Aspek-aspek ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain dari segi teori kepada
aspek praktikalnya.
Tujuan kurikulum adalah untuk mengubah sikap pelajar, kaedah yang perlu direka
menuju kepada pencapaian tujuan atau objektif pendidikan. Dalam system pendidikan di
Malaysia, terdapat dua tahap pembentukan kurikulum yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia iaitu perancangan secara menyeluruh dan pembentukan kurikulum sebenar
mengikut mata pelajaran yang telah ditetapkan.
Prinsip dalaman ini melibatkan pelaksanaan prinsip integrasi dalam pembentukan
kurikulum iaitu prinsip kejelasan penulisan penyataan tiap-tiap aspek kurikulum. Prinsip
integrasi memperjelaskan apakah masalah yang timbul dari segi penggunaan perkataan dalam
kurikulum iaitu menepati dengan sesuatu yang dihasratkan, dan adakah kurikulum terdedah
kepada pelbagai tafsiran yang bersifat ambiguiti. Kekaburan atau kesamaran boleh
mengakibatkan objektif yang ditetapka tidak tercapai kerana setiap perkataan boleh ditafsirkan
dengan pelbagai maksud. Keadaan ini boleh mengganggu proses pelaksanaankurikulum dalam
system pendidikan. Setiap orang mempunyai pentafsiran yang berbeza sama ada orang yang
menyampaikan atau menerima sesuatu penyataan dalam kurikulum.
Prinsip luaran dalam pembentukan kurikulum adalah berkaitan dengan elemen
kehendak masyarakat, pelajar, pentadbir dan guru yang menggunakan kurikulum yang
dibentuk. Fungsi dan keperluan setiap elemen dalam kurikulum perlu diketahui berdasarkan
analisis. Maklumat yang berkaitan dengan apa yang dikehendaki dan diharapkan melalui
pembentukan sesuatu kurikulum perlu diperolehi agar menepati tujuan pendidikan. Kurikulum
menjelaskan elemen kehendak dan keperluan masyarakat, pelajar, pentadbir dan guru yang ada
dalam system pendidikan. Tyler (1950) memberikan dua penjelasan tentang kehendak iaitu
kehendak ialah jurang di antara norma yang diperlukan dengan apa yang ada dan pada sudut
psikologi, kehendak merupakan ketegangan-ketegangan di dalam organisma yang perlu
distabilkan.
Melalui prinsip luaran, objektif dapat dipilih dan yang terpilih itu merupakan yang benarbenar dikehendaki dalam sesuatu system pendidikan. Objektif pendidikan ini mempunyai kaitan
13

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

dengan objektif pendidikan kebangsaan. Tyler (1950) menyatakan bahawa untuk mendapatkan
objektif pendidikan, ia perlu melihat kepada tiga aspek utama apabila pendidikan akan
dilaksanakan iaitu:
i.

Pelajar

ii.

Keadaan hidup di luar bilik darjah masyarakat

iii.

Pakar mata pelajaran

Ketiga-tiga aspek ini mempunyai kaitan antara satu sama lain dan mempunyai interaksi
yang tersendiri dalam pembinaan kurikulum. Pelajar merupakan manusia yang memerlukan
sesuatu dari kurikulum yang juga merupakan keupayaan anggota masyarakat. Masyarakat pula
ialah kelompok manusia yang mengharapkan sesuatu hasil daripada kurikulum atau system
pendidikan yang disediakan, manakala pakar mata pelajaran ialah pembekal maklumat yang
sesuai untuk disampaikan agar diperolehi oleh ahli masyarakat. Walau bagaimanapun untuk
mencapai keseimbangan keperluan dalam kurikulum, ketiga-tiga aspek ini merupakan pembekal
maklumat antara satu sama lain.

2.3

Model Pembentukan Kurikulum


Pembentukan kurikulum bergantung kepada pelbagai faktor, model dan pendekatan.

Dalam sesebuah system pendidikan, model pembentukan kurikulum merupakan rangka utama
bagi sesuatu kurikulum itu dihasilkan. Dalam kebanyakan proses pembentukan kurikulum,
Model Objektif dijadikan sebagai rujukan utama berasaskan kepada setiap pelakuan dan aktiviti
yang melibatkan pendidikan dalam system pendidikan sesebuah negara, Malaysia tidak
terkecuali dalam perkara ini. Ini dpaat dilihat berdasarkan system pendidikan Malaysia yang
mempunyai objektif pendidikan yang tersendiri. Terdapat juga beberapa model lain yang
memberi impak dan pengaruh dalam pembentukan kurikulum iaitu model naturalistik, model
humanistik dan model pengurusan.
Pendekatan objektif telah digunakan dalam pendidikan bentuk moden bermula dengan
penulisan Franklin Bobbit dalam bukunya The Curriculum (1981) dan How to make a
14

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Curriculum (1924). Franklin Bobbit menjelaskan bahawa manusia akan melakukan beberapa
aktiviti yang khusus melalui penyelidikan sebagai persediaan untuk menghadapi kehidupan masa
depan. Oleh itu, manusia perlu disediakan dengan pelbagai aktiviti yang bersesuaian melalui
pembentukan kurikulum. Untuk mencapai kejayaan melalui kursus-kursus yang disediakan
menggunakan kurikulum yang dibentuk, sesebuah kurikulum itu perlu menetapkan objektif dan
matlamat yang perlu dicapai. Pada dasarnya kurikulum dibentuk adalah untuk mencapai objektif
dan matlamat pendidikan. Oleh itu, mana-mana system pendidikan yang ada menetapkan
objektif yang perlu dicapai dalam system pendidikan yang dibentuk.
Dalam pembentukan kurikulum, Model Objektif melibatkan objektif pendidikan iaitu
hasil yang diharapkan apabila seseorang itu melalui proses pendidikan. Proses pendidikan
bermaksud satu proses pertukaran pola perlakuan terhadap sesiapa yang mengikuti sesuatu
proses pendidikan. Manakala pelakuan pula melibatkan fikiran, perasaan, pelakuan yang
dilakukan oleh individu yang berada dalam proses pendidikan. Dalam system pendidikan yang
sedia ada, objektif dan matlamat telah ditentukan oleh pihak berkuasa iaitu kerajaan. Ini adalah
kerana melalui pendidikan, proses doktrinasi kerajaan dapat dilakukan dengan lebih berkesan
untuk membentuk rakyat negara yang diingini.
Selain model objektif, model naturalistik juga merupakan model pilihan yang digunakan
oleh pakar-pakar kurikulum sebagai asas untuk membentuk sesebuah kurikulum. Model ini telah
dibina untuk menjelaskan fenomena dan hubungan yang diperhatikan dalam projek kurikulum
sebenar secara jujur dengan beberapa istilah dan prinsip. Bidang kurikulum telah berjaya
mengemukakan model pembangunan kurikulum yang bermula dari Bobbit hinggalah ke Tyler,
yang mengetengahkan elemen-elemen model klasik iaitu objektif dan pengalaman pembelajaran.
Operasinya adalah untuk menentukan dan menjelaskannya dalam bentuk khusus, merangka
pengalaman pembelajaran, memilih dan mengorganisasi pengalaman pembelajaran supaya dapat
mencapai matlamat, dan membuat penilaian hasil daripada pengalaman tersebut.
Model naturalistik ini mengandungi tiga elemen iaitu dasar kurikulum (the curriculums
platform), pertimbangan yang berkaitan dengannya (the deliberation) dan reka bentuk kurikulum
(curriculum design). Ketiga-tiga elemen ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain sebagai
asas untuk memilih dan membentuk kurikulum yang sesuai bagi sesebuah system pendidikan.
15

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Model seterusnya yang menjadi rujukan untuk pembentukan kurikulum ialah model
humanistik. Model ini menekankan tentang perkembangan diri kanak-kanak sebagaimana yang
dijelaskan oleh Maslow (1954) sebagai self-actualisation. Menurut Model Humanistik,
pendidikan sebenarnya adalah berkaitan dengan mewujudkan suasana yang diperlukan dan
proses penanaman motivasi diri terhadap kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dalam
konsep ini meliputi keyakinan diri yang tinggi dan kebolehan untuk mencapai sesuatu yang baik.
Model Humanistik berpusat kepada pelajar yang mempunyai tanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka dan mempelajari sesuatu. Guru pula merupakan pemudah cara manakala
penglibatan dan kaedah penemuan merupakan kaedah yang sesuai digunakan. Di samping
memenuhi keperluan akademik, model ini juga menitikberatkan tentang perkembangan emosi
iatu perasaan dan pemikiran. Oleh itu, Model Humanistik menekankan kepada potensi pelajar
untuk berkembang dengan kebolehan mereka sendiri melalui bantuan secara tidak langsung
daripada pendidik. Pelajar boleh memikir cara yang sesuai untuk mereka meneroka ilmu
pengetahuan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar ini perlu dibantu untuk mencapai
pengetahuan dan ilmu yang bersesuaian dengan mereka.

2.4

Keperluan untuk Reka Bentuk Kurikulum yang Efektif


Percubaan untuk membentuk kurikulum yang efektif sangat sukar untuk berjaya.

Terdapat enam factor yang berkaitan bagi menghasilkan reka bentuk kurikulum yang berjaya.
Pertama, reka bentuk peringkat awal yang berskala kecil. Kedua, reka bentuk kurikulum
memerlukan masa yang panjang. Ketiga, reka bentuk kurikulum memerlukan pasukan yang
pakar dalam pelbagai bidang seperti isi kandungan ilmu, guru dan penilai reka bentuk kurikulum.
Keempat, reka bentuk kurikulum akan mweujudkan interaksi dengan penggunaan tetap, iaitu
guru. Kelima, reka bentuk kurikulum memerlukan pemerhatian yang tetap dalam penilaian dan
yang keenam ialah reka bentuk kurikulum dapat disebarkan secara efektif dengan kos yang
berpatutan.
Reka bentuk kurikulum yang efektif sukar dikenal pasti keperluannya. Reka bentuk
kurikulum melibatkan perbelanjaan yang besar bagi mendapatkan kepakaran tambahan daripada
16

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

mereka yang mahir dan berpengalaman. Walau bagaimanapun perbelanjaan dapat diminimumkan
dengan menggunakan proses tidak formal yang boleh dilaksanakan oleh guru sekolah dan
dibantu oleh ibu bapa dan ahli masyarakat secara sukarela. Oleh itu pengetahuan dan kepakaran
guru dan pentadbir adalah perlu dalam membentuk kurikulum yang efektif. Ini adalah kerana
pembentukan kurikulum adalah juga hasil daripada proses adaptasi daripada setiap maklumat
yang diperolehi daripada masyarakat sebagai ciri utama pendidikan. Maklumat daripada
pendapat awam perlu dari aspek pendidikan. Adalah penting dalam membentuk kurikulum,
pembentuk adalah orang yang berpengalaman kerana menggunakan orang baru atau orang yang
tiada pengalaman menyebabkan aspek sejarah diketepikan. Faktor sejarah selalu diambil kira
untuk menapis elemen-elemen yang boleh menggugat pembangunan sesebuah negara.

2.5

Reka Bentuk Kurikulum


Reka bentuk kurikulum merujuk kepada persoalan bagaimana sesuatu kurikulum itu

direka bentuk, khususnya bagaimana susunan bahagian-bahagian dalam kurikulum disusun. Pada
dasarnya bahagian-bahagaian dalam kurikulum adalah terdiri daripada yang pertama matlamata,
tujuan dan objektif, kedua ialah kandungan, ketiga ialah pengalaman pembelajaran dan keempat
ialah pendekatan penilaian.
Istilah komponen kurikulum digunakan untuk menunjukkan wujudnya hubungan antara
semua keempat-empat bahagian kurikulum yang disebut sebelum ini. Pembentuk kurikulum
perlu mengambil perhatian terhadap persoalan-persoalan berikut. Pertama, apakah yang hendak
dilakukan? Kedua, apakah isi kandungan mata pelajaran yang hendak dimasukkan? Ketiga,
apakah strategi pengajaran, sumber dan aktiviti yang hendak digunakan? Keempat, apakah
kaedah dan alat yang hendak digunakan bagi menentukan pencapaian kurikulum? Pembentukan
kurikulum melibatkan pelbagai isu sama ada berbentuk falsafah, teori mahupun praktik.
Dalam membuat reka bentuk kurikulum, terdapat sumber-sumber yang digunakan
sebagai asas untuk sesuatu reka bentuk kurikulum. Sains merupakan salah satu sumber yang
penting bagi pembentuk kurikulum kerana sains membincangkan tentang realiti. Pereka bentuk
17

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

kurikulum member perhatian dan penekanan kepada sains kerana melibatkan elemen yang boleh
dibuat pemerhatian, pengujian dan ditentukan takat dan tahap penghasilannya.
Masyarakat dijadikan sumber untuk menentukan pembentukan kurikulum kerana
masyarakat dilihat sebagai salah satu agen sekolah. Segala kehendak dan aspirasi masyarakat
perlu dipertimbangka sebagai salah satu sumber kepada pembentukan kurikulum. Apabila
masyarakat berubah, keperluan yang ada dalam sistem pendidikan juga berubah. Oleh itu, reka
bentuk kurikulum yang sesuai dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat perlu
disediakan.
Kebenaran abadi dicari melalui sumber agama dan dijadikan sebagai salah satu elemen
yang penting dalam kurikulum. Bagi kelompok masyarakat Barat mereka menganggap sumber
ini lebih ke arah tradisionalisme dan hanya melambangkan falsafah parenialisme yang tidak lagi
diterima oleh kebanyakan sistem pendidikan di negara Barat. Walau bagaimanapun, di Malaysia
agama adalah penting kerana agama merupakan satu-satunya jalan kepada kebenaran dan
kebaikan dan penekanan unsur-unsur keagaamaan adalah menjadi keutamaan. Dalam sistem
pendidikan Malaysia, elemen-elemen yang menekankan unsur-unsur keagamaan dapat dilihat
dalam setiap isi kandungan mata pelajaran melalui penyataan objektif dan matlamat pendidikan.
Dengan melihat kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum pendidikan yang direka
bentuk mempunyai sistem nilai yang boleh digunakan oleh masyarakat majmuk Malaysia.
Ilmu merupakan sumber penting dalam reka bentuk kurikulum kerana sumber ilmu
membuka ruang yang lebih luas kepada sebarang bentuk ilmu dan tidak terhad kepada sains
sahaja. Selain daripada itu, membentuk kurikulum bagi peluang pembelajaran yang berbeza
bergantung kepada skala organisasi. Skala yang kecil ialah reka bentuk aktiviti yang memerlukan
pelajar hanya merancang aktiviti dalam beberapa minit atau jam sahaja. Skala yang besar ialah
peluang pembelajaran disusun dalam bentuk kursus aau program yang dilaksanakan dalam
tempoh yang lebih panjang sehingga beberapa bulan. Program merupakan skala terbesar kerana
memerlukan masa yang panjang sehingga bertahun dan melibatkan banyak kursus. Proses
pembentukan kurikulum melibatkan tiga bentuk reka bentuk utama iaitu reka bentuk program,
reka bentuk kursus dan reka bentuk aktiviti.
18

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Dalam membentuk kurikulum, reka bentuk program merupakan program pendidikan


yang panjang bagi kanak-kanak dan remaja. Program untuk orang dewasa adalah agak singkat
berbanding program untuk kanak-kanak dan remaja. Ini disebabkan program melibatkan ramai
manusia, masa, tenaga dan kehidupan manusia juga mempengaruhi kehidupan pelajar. Program
yang dibentuk perlu adil, seimbang dan efektif bagi faedah pelajar. Agihan program perlu
berfokus kepada kebajikan pelajar, kebajikan masyarakat dan perkembangan pengetahuan serta
budaya. Program memerlukan koordinasi kerana melibatkan ramai manusia, masa dan tempat.
Ketika proses mereka bentuk kurikulum program perlu diisi dengan kandungan yang berkaitan
dengan masyarakat, politik dan budaya untuk mengelakkan wujudnya konflik.
Beberapa isu kritikal dan perlu dipertimbangkan dalam reka bentuk program ialah:
i.

Program perlu efektif, mempunyai arahan yang tepat, cekap pelaksanaannya, adil
dan menjimatkan

ii.

Program perlu mengkoordinat aktiviti yang melibatkan jutaan manusia

iii.

Program perlu mengasingkan unsur-unsur budaya yang sama dan berbeza

iv.

Proses melibatkan program yang telah dimantapkan

Reka bentuk kursus menentukan bahawa seorang pereka kursus perlu berpandukan
kepada matlamat, isi, penekanan yang berkaitan dengan pelbagai topic, seimbang antara
matlamat yang dikehendaki dan mempunyai penguasaan yang tinggi terhadap pelajar. Seorang
pereka kursus yang ideal menentukan bahawa panduan yang akan digunakan adalah signifikan,
sah, cukup skopnya dan mempunyai kedalaman isi kandungan, seimbang dan menarik.
Kursus yang dibentuk hendaklah berfungsi untuk menggerakkan pelajar mengambil
bahagian dengan aktif dalam aktiviti pembelajaran di samping memperkembangkan keupayaan
pelajar untuk belajar. Kursus boleh memberi kesan yang tinggi terhadap semua pelajar. Oleh itu
kursus mestilah sesuai untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam pelbagai keadaan kelas.
Kriteria yang perlu ada dalam reka bentuk kursus ialah tidak memerlukan pengetahuan lain dan
kemahiran seliaan daripada guru dan pelajar. Kursus yang dibentuk sewajarnya tidak
memerlukan kos yang tinggi oleh pihak sekolah. Kursus yang direka bentuk juga tidak
memerlukan masa dan tenaga yang lebih daripada guru dan pelajar yang melibatkan diri secara
19

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

sukarela dalam proses mereka bentuk kursus. Kursus yang dibentuk haruslah senang atau mudah
diikuti dan tidak mengecewakan atau membosankan. Bahan-bahan yang digunakan adalah
daripada sumber-sumber yang mudah diperolehi dalam pengajaran. Reka bentuk kursus dianggap
berjaya apabila semua kriteria dipenuhi dan adalah seimbang antara satu sama lain.
Reka bentuk aktiviti pula merupakan aktiviti yang sebenar dijalankan oleh guru dan
pelajar. Ini bermakna guru juga pereka aktiviti kerana guru juga mengubahsuai aktiviti yang
diperolehi daripada buku teks dan buku panduan guru dengan situasi pelajar dan keadaan
sekolah. Setiap aktiviti perlu mempunyai tiga dimensi. Pertama ialah tugas pelajar iaitu
keperluan pelajar yang berkaitan dengan aktiviti yang direka. Dimensi kedua ialah struktur tugas
sosial, iaitu semasa aktiviti perlu ada perhubungan antara pelajar dengan pelajar dan pelajar
dengan guru. Dimensi ketiga ialah struktur tugas matlamat iaitu pengetahuan atau matlamat
dipindahkan melalui aktiviti, isi dan rujukan.
Pembentukan kurikulum memerlukan reka bentuk yang sesuai dengan keupayaan pelajar.
Perkara yang penting adalah dengan menghasilkan satu tugas yang selamat yang boleh
mengawal aktiviti pelajar. Tugas ini perlu dikaitkan dengan motivasi sendiri, penglibatannya
menarik, kepuasan dan kemajuan tugas kea rah matlamat. Bagi aktiviti struktur sosial, pereka
bentuk

kurikulum

perlu

mempertimbangkan

faktor-faktor

yang

berkaiatan

dengan

ruang/kepadatan, hubungan antara pelajar, agihan kerja antara pelajar sama ada digalakkan atau
tidak, bentuk kerja sama ada dilakukan sendiri atau secara perkongsian, kerjasama atau bersaing
atau saling bergantungan, sama ada memerlukan ganjaran dan terdapat pihak yang menilai
kejayaan atau kegagalan sesuatu reka bentuk kurikulum.
Aktiviti struktur maklumat pula melihat kepada dua kegiatan iaitu proses maklumat ibu
bapa dan proses maklumat pelajar. Latar belakang kegiatan ibu bapa ada kaitan dengan
keupayaan pelajar belajar adalah berbeza sepertimana yang dinyatakan oleh Bloom (1956)
bahawa kognitif pelajar adalah berbeza iaitu pengetahuan adalah peringkat terendah manakala
sintesis adalah peringkat yang tertinggi.

2.5.1

Dimensi Reka Bentuk Kurikulum


20

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Terdapat beberapa dimensi dalam reka bentuk kurikulum iaitu ruang lingkup,
kesepaduan, turutan, kesinambungan dan berhubungan dan seimbang. Ruang lingkup melihat
kepada seluas mana dan sedalam mana isi kandungan hendak dimasukkan ke dalam kurikulum.
Dalam KSSR dan KSSM, terdapat perbezaan dari segi bidang dan peringkat umur pelajar. Oleh
itu, ruang lingkup yang sesuai perlu dipilih untuk membolehkan pelajar mengikuti bidang ilmu
yang sesuai berdasarkan tahap umur.
Kesepaduan dalam reka bentuk merujuk kepada penekanan hubungan secara mendatar
antara pelbagai isi kandungan, topik dan juga tema sesuatu bidang ilmu. Contohnya dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu merentasi kurikulum. Mata pelajaran Bahasa Melayu menjadi asas
untuk menjelaskan dan menyebarkan pengetahuan lain seperti pendidikan agama, pendidikan
moral, sejarah, geografi, sains dan mata pelajaran lain. Dalam dimensi turutan, kurikulum mesti
menyediakan elemen pembelajaran yang berturutan serta berterusan. Beberapa bentuk
pembelajaran boleh dilaksanakan seperti pembelajaran daripada elemen sukar kepada elemen
mudah, pembelajaran asas, pembelajaran menyeluruh kepada bahagian-bahagian kecil
pembelajaran dan pembelajaran mengikut masa dan teknologi.
Dimensi kesinambungan pula melihat kepada penggunaan semula beberapa idea penting
yang dirasakan oleh pendidik perlu dipelajari oleh pelajar dengan luas dan mendalam. Dalam
dimensi berhubungan dan seimbang pula kurikulum dilihat berhubungan pada pelbagai segi yang
melibatkan kurikulum sama ada berbentuk mendatar atau menegak. Kurikulum yang dilihat
secara mendatar ialah hubungan antara subjek seperti matematik tahun satu dengan sains tahun
satu. Manakala secara menegak ialah antara topik dengan topik dalam subjek yang sama seperti
hubungan antara belajar membaca Al-Quran dan menghafal Al-Quran. Kurikulum yang
seimbang ialah kurikulum yang dapat menyediakan pelajar untuk menguasai ilmu, menghayati
dan menggunakan bagi kegunaan diri, masyarakat dan matlamat intelektualnya.

2.5.2

Bentuk Reka Bentuk Kurikulum

21

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Bentuk reka bentuk kurikulum terbahagi kepada tiga iaitu reka bentuk tumpuan subjek,
reka bentuk tumpuan pelajar dan reka bentuk tumpuan masalah. Ketiga-tiga reka bentuk ini
mempunyai ciri yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Reka bentuk tumpuan subjek terbahagu kepada empat komponen. Pertama, reka bentuk
subjek yang melihat kurikulum yang menekankan subjek atau mata pelajaran sebagai terasnya
iaitu pelajar akan belajar mengikut subjek tertentu. kedua, reka bentuk disiplin ilmu yang
melihat kurikulum menekankan subjek secara lebih mendalam iaitu pelajar akan belajar
sebagaimana pakar dalam subjek berkenaan belajar sama ada dengan menjalankan ujikaji atau
sebagainya. Ketiga, reka bentuk bidang luas iaitu menggabungkan dua atau lebih subjek dalam
satu kurikulum contohnya dalam bidang sains sosial, ekonomi atau sains teras. Keempat, reka
bentuk korelasi yang melihat kurikulum dihubungkan dengan aspek-aspek penting antara satu
subjek dengan subjek lain dalam kurikulum. Contohnya dalam bidang sains yang melibatkan
mata pelajaran fzik, kimia dan biologi.
Reka bentuk tumpuan pelajar juga melihat empat keadaan yang berbeza dalam
pembentuk kurikulum. Pertama, tumpuan kepada kanak-kanak yang melihat keperluan pelajar
sebagai asasnya. Kedua, tumpuan pengalaman yang melihat pengalaman pelajar sebagai satu
sumber. Ketiga, reka bentuk melampau iaitu membiarkan kanka-kanak memilih apa yang perlu
mereka belajar. Keempat, reka bentuk humanistik iaitu kurikulum yang menkankan kepada
perkembangan dan pencapaian pelajar.
Reka bentuk tumpuan maslaah pula mengambil kira suasana kehidupan samasa dan
masalah utama dalam member pendidikan umum. Maslaah dalam masyarakat digunakan untuk
proses pembentukan masyarakat yang dikehendaki.
Pembentukan kurikulum melihatkan kepada beberapa langkah yang sistematik iaitu
bermula dengan mengenal pasti apakah komponen kurikulum, sumber pembentukan, konsep
serta dimensi kurikulum yang perlu diberi perhatian. Bentuk reka bentuk yang disenaraikan
sememangnya mempunyai kesignifikan masing-masing. Namun begitu pada pandangan ahli
kurikulum tidak semu reka bentuk kurikulum yang dicadangkan itu dapat dilaksanakan kerana
perkembangan reka bentuk adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor sama ada faktor luar atau
22

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

dalam, baru atau lama. Sehingga kini sukar untuk kita membuat penilaian tentang kurikulum
yang ada di negara kita ini sama ada lahir hasil daripada analisis terhadap subjek, pelajar atau
masalah. Yang jelas ialah semua ciri tersebut wujud dalam tahap yang berbeza-beza dan berubahubah. Pada suau ketika penekanan diberikan kepada satu aspek sahaja dan ada ketika kepada
beberapa aspek yang lain.

3.0

REKA BENTUK KURIKULUM MASA DEPAN


Tidak dapat dinafikan perbincangan mengenai masa depan terutamanya yang berkaitan

dengan kurikulum adalah sesuatu yang baru di Malaysia termasuklah bagi mereka yang berada di
pusat-pusat pengajian tinggi. Walau bagaimanapun sejak tahun 1992, Saedah Siraj (1992, 1999,
2001a) telah mencadangkan kepada pihak berkenaan di Malaysia supaya membina golongan
pemikir, pereka cipta dan professional untuk masa depan dengan harapan dapat mengelakkan
kecairan golongan tersebut di dalam negara.
Sejak tahun 1999, subjek Masa Depan dan juga perkara-perkara yang ada kaitannya
denga Kurikulum Masa Depan telah mula diajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hasilnya
lahirlah beberapa kajian di antaranya Kurikulum Masa Depan oleh Saedah Siraj dan Mohd. Paris
Saleh (2003, 2005), Saedah Siraj dan Faridah Abdullah (2005a), Saedah Siraj dan Nordiana
Mohd. Yusof (2007), Saedah Siraj dan Haninah Salim (2006) dan Saedah Siraj dan Norhayati
Sulaiman (2006).
Kurikulum secara umumnya berkait rapat dengan pendidikan terutamanya dalam
program-program pendidikan. Kurikulum adalah satu reka bentuk ataupun perancangan sesebuah
institusi atau negara dan kurikulum itu sendiri mempunyai pengertian yang luas yang mencakupi
seluruh program yang dirancang.
Bilakah bidang kurikulum ini bermula? Ramai tokoh yang melibatkan diri dalam
memulakan sejarah kurikulum. Di antaranya Franklin Bobbit yang telah menulis pada tahun
1918 dalam bukunya yang bertajuk The Curriculum. Terdapat beberapa teori yang memberi
sumbangan kepada perkembangan kurikulum dari semasa ke semasa. Di antaranya ialah Franklin
23

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Bobbit (1876 - 1956) yang memberikan penekanan kepada keperluan pelajar dan menganggap
kurikulum sebagai satu sains, Werret Charters (1875 - 1952) yang member penekanan kepada
keperluan pelajar dan juga perancangan guru serta aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan
pembelajaran yang mana beliau juga mengambil pendekatan bahawa kurikulum adalah satu
sains, William Kilpitrick (1871 - 1965) member penekanan kepada kurikulum berpusatkan
pelajar, Harold Rugg (1886 - 1960) yang member penekanan kepada pengajian sosial dalam
kurikulum dan perancangan pengajaran guru, dan Hollis Caswell (1901 - 1989) yang melihat
kurikulum sebagai satu penyusunan tema berdasarkan fungsi sosial, penyusunan pengetahuan
dan minat pelajar.
Ralph Tyler (1902 - 1994) pula member penekanan bahawa kurikulum adalah satu sains
dan merupakan penerusan daripada falsafah yang dipegang oleh sekolah. Beliau juga
menekankan kepada keperluan dan minat pelajar dalam merancang kurikulum. Hilda Taba (1902
- 1907) menambah paradigma reka bentuk kurikulum kepada mengenal pasti populasi pelajar
yang harus diberi pertimbangan dalam membuat reka bentuk kurikulum.

3.1

Definisi Kurikulum Masa Depan


Gabungan definisi kurikulum oleh Saedah Siraj (2001a) dan The Future Studies oleh

Longstreet dan Shane (1993) menjelaskan kepada kita bahawa Kurikulum Masa Depan atau The
Future Curriculum bermaksud satu reka bentuk atau satu perancangan seluruh program
pendidikan manusia masa depan. Apatah lagi perancangan masa depan merupakan salah satu
elemen yang utama dalam perancangan kurikulum (Saedah Siraj, 2001a).
Tidak dapat dinafikan usia Kurikulum Masa Depan mahupun Pengajian Masa Depan itu
sendiri masih terlalu muda jika dibandingkan dengan usia ilmu-ilmu lain seperti perubatan,
algebra dan astronomi. Hanya pada tahun-tahun 1940an Pengajian Masa Depan mula diterima
sebagai satu disiplin ilmu di Amerika Syarikat dan di beberapa negara Eropah sementara
kurikulum itu pula hanya diasaskan oleh Ralph Tyler pada tahun 1949 (Tyler, 1949ab; Sackman,
1975; Longstreet & Shane, 1993; Saedah Siraj, 2005).
24

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Antara tahun-tahun 1963 hingga 1964, Theodore J. Gordon dan Olaf Helmer telah
menyediakan laporan RAND (Report on a Long-Range Forecasting Study) (Laporan Jangka
Panjang Kajian Jangkaan) berdasarkan data dan bukti yang telah ada pada ketika itu. Laporan
tersebut menjangka pada masa depan sebanyak 130 kejayaan saintifik akan dapat dicapai oleh
Amerika Syarikat. Kebanyakan daripada jangkaan-jangkaan tersebut telahpun menjadi realiti
seperti kejayaan manusia mendarat di bulan dan pemindahan hati dalam bidang perubatan
(Longstreet & Shane, 1993; Saedah Siraj, 2005). Kahn dan Wiener (1967) pula telah
menyenaraikan seratus inovasi yang mungkin akan dapat dilihat sebelum tahun 2000.
Antara jangkaan Kahn dan Wiener yang telah menjadi kenyataan ialah laser digunakan
dalam pelbagai fungsi, pemindahan organ manusia digunakan secara meluas, kemunculan satelit,
penggunaan komunikasi satelit dengan siaran terus ke rumah, alat perakam video, pagers dan
telefon bimbit yang murah harganya, muncul televisyen dan filem-filem yang dibuat secara 3D,
pembersih rumah automatik dengan robot-robot menjadi hamba kepada manusia, manusia
mendarat di bulan dan wujudnya penempatan di dasar lautan. Walau bagaimanapun, jangkaan
Kahn dan Wiener akan wujud penempatan di bulan dan munculnya bulan-bulan buatan yang
menerangi kawasan yang luas pada sebelah malam belum lagi menjadi kenyataan.
Pada keseluruhannya, Kurikulum Masa Depan adalah kurikulum yang dibina pada hari
ini berdasarkan forecasting atau jangkaan termasuk matlamat, kandungan, implementasi dan
penilaian yang dibuat secara sistematik. Setiap aspek dalam pembinaan kurikulum termasuk
matlamat, kandungan, cara pelaksanaan dan bentuk penilaian yang digunakan adalah
memerlukan data empirikal melalui kajian-kajian yang antaranya menggunakan Teknik Delphi
dan Cross Impact Analysis. Kurikulum terhasil ini digunakan dalam system pendidikan supaya
apa yang dilaksanakan dalam system pendidikan mempunyai matlamat yang jelas bagi
membentuk generasi masa depan yang mantap serta dapat mengelakkan pembaziran kos, tenaga
dan sumber.

3.2

Asas Kurikulum Masa Depan

25

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Terdapat beberapa asas untuk membolehkan sesuatu perubahan itu berlaku terutamanya
pada masa depan. Asas-asas berkenaan menjadi nadi kepada Kurikulum Masa Depan. Asas-asas
tersebut dibahagikan kepada tiga komponen asas seperti berikut iaitu asas-lapan, dua elemen
utama dalam Kurikulum Masa Depan dan reka bentuk atau perancangan.
Asas-lapan yang telah diubah suai oleh Saedah Siraj daripada Longstreet & Shane (1993,
hlmn. 167) adalah seperti berikut:
i.

Perancangan Kurikulum Masa Depan tidak dibuat untuk mengubah masa kini

ii.

Masa depan adalah satu fenomena yang berubah berbanding dengan masa kini

iii.

Manusia mencipta sesuatu sekarang dan pada masa depan dengan apa yang telah
dirancang

iv.

Perancangan Kurikulum Masa Depan diatur berdasarkan nilai-nilai dan


kepercayaan-kepercayaan

v.

Kurikulum Masa Depan bermula dari masa kini. Oleh itu, masa kini adalah asas
yang amat penting untuk Kurikulum Masa Depan

vi.

Garis dasar Kurikulum Masa Depan adalah berfokus kepada kemungkinan dan
impak/hasilan yang berhubung dalam rancangan-rancangan untuk lebih baik pada
masa depan

vii.

Sebagai tambahan kepada setiap satu analisis statistic dan jangkaan, kajian
Kurikulum Masa Depan dan juga kajian secara rasional lain mengenai jangkaan
perkembangan hendaklah boleh diformulakan dan dihitung

viii.

Sekarang ini kemanusiaan itu sendiri dapat membentuk kriteria bagi mengasaskan
pengertian lebih baik untuk masa depan

Dua elemen berkenaan iaitu event dan jangkaan dalam Kurikulum Masa Depan menjadi
elemen utama dalam menentukan hala tuju pendidikan sesebuah institusi atau negara. Apatah
lagi Kurikulum Masa Depan adalah khusus merujuk kepada reka bentuk atau perancangan yang
ada kaitannya dengan seluruh program pendidikan manusia masa depan. Berikut adalah dua
elemen dalam Kurikulum Masa Depan:

26

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

i.

Mengenal pasti event atau peristiwa yang besar kemungkinan berlaku pada masa
depan yang ada kaitannya dengan pendidikan manusia masa depan serta
forecasting atau jangkaan ke atas pelbagai dimensi analisis yang ada kaitannya
dengan pendidikan manusia masa depan termasuk analisis-analisis ke atas
sosiopolitik, ekonomi, sumber manusia, sumber tenaga, pertanian mahupun
pertahanan

ii.

Jangkaan pemerhatian masa depan secara saintifik yang disokong dengan data
serta pengalaman yang diaplikasi ataupun menganggar ke atas trend-trend
nasional dan global pada masa depan yang ada kaitannya dengan pendidikan
manusia masa depan serta jangkaan ke atas pelbagai dimensi analisis yang ada
kaitannya dengan pendidikan manusia masa depan termasuk analisis-analisis ke
atas sosiopolitik, ekonomi, sumber manusia, sumber tenaga, pertanian mahupun
pertahanan

Pendapat sebegini adalah sesuai dengan reality bahawa manusia itu sendiri yang
bertindak membuat sesuatu keputusan atau pilihan untuk menentukan yang mana satu
kemungkinan masa depan yang akan terjadi dan kemudian mengikutinya. Ini juga bermakna
merujuk perkataan-perkataan event, forecasting dan menganggar sebelum ini, Kurikulum Masa
Depan sama sekali adalah tidak merujuk kepada (Saedah Siraj, 2005):
i.

satu fesyen seperti fesyen pakaian terkini yang pendek usianya apabila ada fesyen
pakaian baru yang lain

ii.

satu sikap atau pelakuan tertentu yang dibuat-buat yang tidak mempunyai kesan
yang kekal lama

iii.

satu peristiwa yang static ataupun beku yang bermula dan berakhir dalam jangka
masa tertentu yang tidak akan berulang dan tidak pula berlaku sebarang
pengubahsuaian

Sebaliknya, forecasting mahupun anggaran tersebut adalah merujuk kepada trend-trend


yang bersifat dinamik dari aspek jangka waktu dan juga events yang saling berhubungan antara
satu dengan yang lain serta had ataupun batasnya pula adalah tidak jelas. Ianya juga merujuk
kepada analisis trend-trend dengan menggunakan kaedah-kaedah mengukur yang digunakan
27

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

dalam kajian Kurikulum Masa Depan termasuk Teknik Delphi, Cross Impact Analysis,
Environmental Scanning, Visioning dan Word Mapping serta juga pelbagai dimensi keperluan
masyarakat di peringkat nasonal dan global (Saedah Siraj, 2005).
Menurut Saedah Siraj (2005, hlmn. 357), aspek reka bentuk atau perancangan Kurikulum
Masa Depan seharusnya dapat menentukan dengan jelas hala tuju kurikulum masa depan itu
sendiri dengan yang ada sekarang ini dari aspek kualiti, sasaran matlamat negara mahupun
pembinaan generasi masa depan yang seharusnya akan memiliki intelek yang tinggi, berakhlak
mulia, bijaksana serta berpandangan luas. Oleh kerana manusia itu sendiri berupaya untuk
menentukan pembangunan yang signifikan pada masa depan, maka keadaan-keadaan kritikal
masa depan yang lebih mencabar daripada yang ada sekarang ini mungkin akan dapat diatasi
dengan lebih baik dan lebih teratur dengan syarat kurikulum masa depan tersebut dapat
dirancang dengan baik dan sistematik.

3.3

Kepentingan Data dari Kajian Kurikulum Masa Depan


Peranan para perancang dan penggubal kurikulum adalah penting dalam menentukan hala

tuju system pendidikan masa depan (Saedah Siraj, 2005). Bagaimanapun masa depan dan
forecasting masa depan yang disertai data adalah dua elemen yang juga penting dalam sebarang
perancangan mahupun penggubalan kurikulum sesebuah institusi atau negara. Dengan erti kata
lain, Kurikulum Masa Depan menjadi elemen yang penting dalam sebarang perancangan
mahupun penggubalan kurikulum mana-mana institusi atau negara.
Forecasting masa depan yang disertai data akan dapat membantu sesebuah institusi atau
negara membuat pelbagai persediaan termasuk kewangan, infrastruktur dan sumber manusia
untuk mencapai matlamat masing-masing. Sekiranya maklumat terkini daripada data-data
terkumpul jangkaan masa depan mengenai pelaksanaan kurikulum sesebuah institusi atau negara
menunjukkan sebarang kelemahan atau memerlukan penambahbaikkan maka pengubahsuaian
boleh dilakukan. Forecasting masa depan yang disertai data-data empirikal membolehkan manamana institusi atau negara melakukan persediaan awal bagi menghadapi segala bentuk
perkembangan trend dan cabaran peringkat nasional dan global.
28

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Para perancang dang penggubal polisi dan pelaksanaan kurikulum yang pakar dalam
Kurikulum Masa Depan adalah aset utama sesebuah institusi atau negara, generasi masa depan
dan amnya masyarakat global. Mereka yang memiliki latar belakang kepakaran sedemikian
biasanya akan dapat mengesan dan kemudian menolak mana-mana polisi atau pelaksanaan
kurikulum yyang dijangka berkemungkinan besar member impak buruk kepada generasi masa
depan, negara dan masyarakat global. Begitu juga data-data kajian Kurikulum Masa Depan boleh
juga dijadikan pengimbang untuk menolak mana-mana polisi ataupun pelaksanaan kurikulum
yang boleh merosakkan atau merugikan generasi masa depan dan negara.
Data-data kajian Kurikulum Masa Depan boleh juga dijadikan senjata pengawas manamana institusi atau negara. Dengan yang demikian, perancangan atau penggubalan seseuatu
kurikulum itu tidak akan tergelincir dari falsafah institusi, masyarakat ataupun negara itu sendiri
serta keperluan generasi masa depan.
Para perancang dan penggubal kurikulum yang memiliki kepakaran Kurikulum Masa
Depan akan dapat merancang konsep kurikulum yang berteraskan kepada budaya bangsa atau
negara dan dapat diterima akal serta berakhlak. Ini disebabkan pakar-pakar tersebut yang telah
mengumpul data-data terkumpul jangkaan masa depan memiliki dan mengetahui dengan
mendalam malahan dapat menganalisis asas-asas falsafah negara, keperluan generasi muda masa
kini, dan juga penyelesaian-penyelesaian masa depan yang semungkinnya.
Data-data kajian Kurikulum Masa Depan akan dapat menentukan dengan jelas jenis-jenis
pengajian atau bidang atau aliran atau mata pelajaran yang sepatutnya dipelajari di sekolahsekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi dengan objektif utama untuk membuat persediaan
yang lebih rapi ke atas pendidikan masa depan untuk generasi muda masa kini. Dengan cara itu,
generasi muda masa kini akan lebih bersedia menghadapi cabaran-cabaran lebih hebat yang
bakal mereka hadapi pada masa depan.
Data-data kajian Kurikulum Masa Depan dapat menyediakan satu kurikulum yang
berupaya menangani keperluan mendadak dalam masyarakat kini dan masa depan dengan
menjadikan generasi muda masa kini menjadi individu-individu yang berpendidikan serta
berpandangan luas dan dengan itu mereka percaya akan dapat hidup lebih selesa pada masa
29

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

depan. Para perancang dan penggubal kurikulum yang memiliki latar belakang Kurikulum Masa
Depan akan lebih dedikasi, berdaya saing dan memiliki jati diri yang tinggi dalam menghadapi
sebarang cabaran getir dan tekanan termasuk ciri-ciri masyarakat masa kini yang tidak menentu
selain kehendak masa depan negara.
Para perancang dan penggubal kurikulum yang memiliki latar belakang Kurikulum Masa
Depan akan dapat membina konsep-konsep baru pendidikan bagi menangani soalan-soalan
kritikal terkini antaranya (Saedah Siraj, 2005):
i.

Apakah yang menyebabkan sesuatu mata pelajaran atau bidang itu menjadi
penting untuk keperluan masa kini dan masa depan?

ii.

Bidang atau aliran atau mata pelajaran mana yang dapat membantu generasi muda
kini menyelesaikan kedua-dua masalah sekaligus iaitu masalah masa depan yang
tidak menentu dan juga masalah yang sedang dihadapi masa kini?

iii.

Bidang-bidang pengajian apakah yang menjadi keutamaan di zaman di mana


berbilion manusia berkomunikasi tanpa wayar (wireless)?

Seperti mana telah dibincangkan sebelum ini, peranan para perancang dan penggubal
kurikulum amat penting dalam menentukan hala tuju system pendidikan masa depan. Para
perancang dan penggubal kurikulum yang memiliki kepakaran Kurikulum Masa Depan akan
dapat menganalisis asas-asas falsafah negara, keperluan generasi muda dewasa ini dan juga
penyelesaian-penyelesaian masa depan yang semungkinnya termasuk menjangka trend-trend
nasional dan global pada masa depan. Mereka juga akan dapat menghadapi krisis memilih polisis
dan matlamat pendidikan untuk masa depan.
Bagaimanapun, setiap trend dan cabaran dunia tersebut perlu lebih dahulu dipilih,
dihalusi dan dikaji oleh para pembuat polisi mahupun penggubal kurikulum. Pendekatan sebegini
dipanggil Pendekatan Futuristik (Saedah Siraj, 2002a). dengan menggunakan pendekatan ini
termasuk mengenal pasti trend-trend semasa dan membuat jangkaan perubahan-perubahan pada
masa depan, maka para perancang dan para penggubal kurikulum tidak akan lagi menghadapi
sebarang krisis memilih dasar dan matlamat pendidikan untuk masa depan. Sebaliknya

30

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

kepincangan pendidikan akan terlihat apabila dasar kurikulum tidak menjangkau jauh ke depan
mengikut kaca mata futuristik (Saedah Siraj, 2002a, hlmn. 67-68).

4.0

TEKNIK DELPHI
Pendekatan untuk membuat forecasting atau jangkaan masa depan telah mula digunakan

di Amerika Syarikat selepas tahun-tahun 1940an (Longstreet & Shane, 1993; Saedah Siraj,
2005). Sejak tahun-tahun tersebut sehingga sekarang ini telah muncul pelbagai bentuk
pendekatan baru yang digunakan oleh para penyelidik untuk membuat forecasting masa depan
termasuklah perkembangan pendidikan dan juga kurikulum itu sendiri.
Dua asas penting yang perlu difahami dalam mengkaji Kurikulum Masa Depan ialah
forecasting dan penyelidikan. Forecasting merupakan sesuatu yang penting yang digunakan bagi
menganalisis trend-trend masa depan manakala penyelidikan pula bertujuan untuk membuat
ukuran dengan tepat sama ada bagi trend-trend masa depan yang kritikal ataupun tidak.
Pelbagai pendekatan penyelidikan boleh digunakan untuk mengukur dan menganalisis
data-data penyelidikan Kurikulum Masa Depan. Antara metod yang biasa digunakan ialah panel
pakar, analisis pola dan jangkaan, teknik Delphi, analisis kesan bersilang dan senario. Namun
begitu terdapat juga beberapa teknik yang kurang digunakan seperti modeling, simulations and
games, relevance tree, critical technologies, analisis morfologi, analisis kandungan, visualization
dan science fiction. Namun begitu, bagi laporan ini hanya Teknik Delphi yang akan dikupas
dengan lebih lanjut.
Menurut Wikipedia (2006) mengatakan Teknik Delphi telah dibangunkan di The Rand
Corporation pada tahun 1947 iaitu tahun bermulanya Perang Dingin. Bagaimana pun menurut
Henson (1980) Teknik Delphi telah diasaskan pada tahun-tahun 1950an oleh Abrahem Kaplan di
California, Amerika Syarikat tetapi teknik tersebut tidak pernah digunakan sebaliknya disimpan
sebagai rahsia hampir sepuluh tahun sehingga Gordon dan Helmer dari The Rand Corporation
memperkenalkannya sewaktu menyediakan Laporan RAND.

31

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Teknik Delphi adalah satu pendekatan untuk mendapatkan satu kesepakatan atau
konsensus pendapat pakar mengenai masa depan tanpa sebarang pengaruh peribadi (Saedah
Siraj, 2006a). Teknik ini juga dipanggil Kaedah Kesepakatan atau Konsensus Pendapat-pendapat
Dalaman iaitu fikiran, hati dan perasaan sekumpulan pakar-pakar (Donnelly, 2006) ataupun
Delphi Polls of Experts iaitu Pungutan Suara Delphi oleh Pakar-pakar (Smoker & Groff, 2003).
Teknik Delphi adalah satu peraturan bagi mendapatkan konsensus ataupun kesepakatan
sekumpulan pakar mengenai masa depan (Prayun Sriprasart, 1970); Saedah Siraj & Mohd Paris
Saleh, 2003). Teknik ini sesuai digunakan untuk mentafsirkan keperluan-keperluan, analisis hala
tuju masa depan walaupun pakar berada di lokasi berlainan dan boleh mengumpulkan pelbagai
pendapat daripada pakr-pakar. Soalan yang biasa bagi teknik ini ialah Apakah masalah kajian?
dan Apakah kemungkinan penyelesaiannya?. Teknik Delphi juga pada pandangan mereka
adalah satu pendekatan yang menstrukturkan proses komunikasi berkumpulan menjadi lebih
efektif antara kumpulan individu atau keseluruhannya sewaktu menyelesaikan masalah-masalah
yang kompleks (Prayun Sriprasart, 1970).
Weaver (1971) berpendapat Teknik Delphi adalah satu pendekatan bagi mengimbangkan
pandangan sekumpulan pakar untuk mencapai satu persetujuan (konsensus, kesepakatan) yang
bertujuan untuk membangun, membaik pulih dan juga mencari penyelesaian persoalan dan isuisu pada masa depan. Teknik Delphi beroperasi dengan prinsip bahawa pendapat dari beberapa
individu adalah lebih baik daripada pendapat seorang individu dalam melakukan spekulasi secara
subjektif berdasarkan keputusan yang dibuat secara rasional dan bukannya dengan mengagak
atau meneka.
Helmer (1972) mengatakan Teknik Delphi adalah satu alat komunikasi antara
sekumpulan pakar yang membantu kepada pembentukan satu keputusan berkumpulan. Beberapa
tahun kemudian beliau telah mengasaskan pendekatan Causal Cross Impact (Helmer, 1977). Bagi
Dalkey (1969) Teknik Delphi adalah pencarian idea kreatif ataupun hasilan daripada pelbagai
maklumat yang bersesuaian untuk membuat keputusan. Teknik ini adalah berasaskan kepada
proses memungut ilmu pengetahuan daripada pakar dengan menggunakan soal selidik yang
berasingan tetapi pendapat dan dapatannya dikawal. Teknik ini membolehkan pakar-pakar lebih
bersifat kreatif untuk melahirkan idea dan pandangan mereka ke atas sesuatu isu atau persoalan
32

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

yang ditimbulkan. Martino (1983) mengatakan Teknik Delphi telah direkabentuk dengan
pendekatan yang sistematik untuk mengumpul pendapat dari golongan professional atau pakar.
Pada peringkat awal, aplikasi Teknik Delphi bertujuan untuk menilai hala tuju trend-trend
(fokus sains dan teknologi) dan impak-impak kemungkinan ke atas masyarakat termasuk
serangan bom atom ke atas Amerika Syarikat pada masa depan (Gordon & Helmer, 1964).
Kemudian teknik tersebut telah diaplikasikan untuk pelbagai kegunaan termasuk mereka bentuk
kurikulum, mengenal pasti sesuatu kebolehan ataupun keupayaan individu dan mempromosi
bidang pendidikan keguruan.
Kajian Basu dan Schroedar (1977) membuktikan Teknik Delphi adalah efektif. Mereka
mengesahkan teknik ini telah memberi ketepatan dalam jangkaan masa depan bagi kajian jualan
yang dijalankan. Ketika membandingkan jualan sebenar, Teknik Delphi menunjukkan peratusan
kesilapan hanya tiga hingga empat peratus sahaja sementara kesilapan bagi kaedah kuantitatif
adalah sepuluh hingga lima belas peratus dan kesilapan lebih kurang dua puluh peratus bagi
jangkaan tradisi yang berbentuk subjektif dan tidak berstruktur.

4.1

Asas-asas Teknik Delphi


Tiga elemen utama dalam proses Delphi menurut Weaver (1971) adalah menstruktur

aliran maklumat, maklum balas kepada sampel dan merahsiakan identiti sampel. Tiga elemen
yang membezakan Teknik Delphi dengan interaksi antara golongan telah dikenal pasti oleh
Martino (1993) iaitu kerahsiaan, interaksi yang dikawal selia dan statistik dari kumpulan maklum
balas.
Lima asas utama Teknik Delphi yang telah dikenal pasti oleh Linstone dan Turoff (1975)
adalah:
i.

Sulit : Sampel dipilih secara individu dan setiap sampel tidak mengetahui sampel
lain dalam panel pakar
33

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

ii.

Hubungan : Sampel hanya mengetahui jawapan sampel lain pada Pusingan Dua
apabila penyelidik melakukan analisis data dan menghantar dapatan tersebut
kepada setiap ahli panel

iii.

Sampel tidak menerima sebarang tekanan dari mana-mana pihak mahupun sampel
lain dalam menentukan jawapan soal selidik mereka

iv.

Data akan dianalisis secara statistik

v.

Data yang diberi oleh sampel adalah tidak berat sebelah dan membolehkan panel
memainkan peranan untuk mencari penyelesaian atau mencapai consensus.

Berbeza dengan pendapat pakar yang lain, Saedah Siraj dan Mohd. Paris Saleh (2003)
merumuskan kenyataan Wissema dan Benes (1980) mengatakan bahawa Teknik Delphi adalah
satu teknik penjelajahan pemboleh ubah mono (monovariable) iaitu sejenis pemboleh ubah yang
boleh member impak kepada dapatan yang hendak diukur. Ada dua jenis pemboleh ubah
(variable) iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Bagi jangkaan
teknologi, pemboleh ubah tidak bersandar adalah lebih berkuasa daripada pemboleh ubah
bersandar. Ia dibentuk sedemikian dengan tujuan untuk memudahkan perbincangan dan
komunikasi antara sampel tanpa sebarang gangguan perlakuan sosial dalam suatu perbincangan
yang mungkin akan menghalang pembentukan suatu kesimpulan atau pendapat.
4.2

Hubungan dengan Sampel


Gordon dan Stover (1976) mengatakan Teknik Delphi mengizinkan panel pakar yang

dilantik mempunyai kebebasan untuk menyelesaikan masalah dan tanggung jawab mereka ke
atas soal selidik yang dihantar melalui email, faksimili dan secara pos. Soal selidik dibina untuk
memperkembangkan jawapan seseorang individu serta memperhalusi pandangan pakar dalam
memikul beban tugas hingga menghasilkan satu program yang Berjaya. Amstrong (1985)
menjelaskan hubungan antara sampel tidak berlaku, cadangan mereka adalah sulit, sebaliknya
idea-idea mereka disatukan dan digabungkan. Hubungan dengan sampel dikendalikan oleh
seorang penyelidik yang akan membuat penapisan sekiranya terdapat bahan yang tidak sesuai
dengan tujuan kajian atau program tersebut.

34

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

4.3

Bagaimana Menggunakan Teknik Delphi


Dua asas penting yang telah dikenal pasti dalam menjalankan kajian menggunakan

Teknik Delphi ialah tindak balas jawapan kepada satu siri soalan-soalan dan proses tersebut
diulang beberapa kali sehingga biasanya dapat meminimakan penyebaran pandangan dalam
kalangan pakar (sampel). Sementara dapatan median pada Pusingan Akhir diterima sebagai
consensus dalam kalangan pakar (Saedah Siraj, 2006a).
Delbecq, Van der Vend an Gustafon (1975) berpendapat perkara yang paling penting
dalam proses Delphi ialah semua sampel (pakar) memahami tujuan Teknik Delphi dijalankan.
Jika tidak mungkin sampel akan member jawapan yang tidak menepati tujuan kajian atau merasa
kecewa dan hilang minat. Oleh yang demikian, sampel perlu dimaklumkan dengan baik
mengenai tujuan-tujuan kajian, temu bual dan soal selidik.
Fowlers (1978) telah mengenal pasti sepuluh langkah dalam proses Delphi:
i.

Pembentukan satu kumpulan untuk memerhatikan Teknik Delphi dijalankan


mengikut subjek yang diberi

ii.

Pemilihan satu ataupun lebih panel untuk menyertai Teknik Delphi dan biasanya
anggota-anggota panel adalah pakar dalam bidang yang hendak dikaji

iii.

Pembinaan soalan-soalan soal selidik Delphi Pusingan Satu

iv.

Menguji soalan-soalan soal selidik Delphi dari segi penyusunan perkataan


misalnya perkataan yang kurang jelas maksudnya akan dibuang atau ditukar

v.

Penghantaran soal selidik kepada panel

vi.

Analisis tindak balas Pusingan Satu

vii.

Penyediaan soal selidik Pusingan Dua (mungkin diuji)

viii.

Penghantaran soal selidik Pusingan Dua kepada ahli panel

ix.

Analisis tindak balas Pusingan Dua; langkah pada item-item 7 9 akan diulangulang sehingga kestabilan keputusan dicapai

x.

Anggota-anggota kumpulan penganalisis menyiapkan satu laporan untuk tujuan


pembentangan rumusan kajian

35

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Daripada pelbagai pendapat-pendapat yang telah dibincangkan, berikut adalah rumusan


langkah-langkah yang perlu diambil dalam menjalankan kajian menggunakan Teknik Delphi:
i.

Pemilihan sampel (pakar) yang tepat dan sesuai dengan tujuan kajian atau bidang
yang hendak dikaji

ii.

Satu soal selidik yang telah direkabentuk oleh penyelidik dihantar pula kepada
sekumpulan pakar; soal selidik tersebut harus dijawab secara berasingan oleh
sampel tanpa sebarang tekanan dari mana-mana pihak; kemudian semua soal
selidik tersebut dipungut semula; dan penyelidik merumuskan jawapan-jawapan
soal selidik daipada pakar-pakar (Ini adalah Delphi Pusingan Satu)

iii.

Keputusan-keputusan soal selidik tersebut dihantar semula kepada setiap pakar


supaya mereka berpeluang menilai semua jawapan asal masing-masing
berdasarkan kepada jawapan-jawapan laian-lain anggota kumpulan pakar (Ini
adalah Delphi Pusingan Dua)

iv.

Kadang-kadang penyelidik menjalankan soal selidik Delphi Pusingan Tiga atau


Delphi Pusingan Empat sebelum pemprosesan data terakhir dilakukan.
Menjalankan soal selidik Delphi Pusingan Dua, Tiga dan Empat bererti member
peluang kepada pakar untuk mempertahankan jawapan asal masing-masing
ataupun mengubah pandangan untuk bersetuju dengan keputusan majoriti lainlain anggota kumpulan pakar; penyelidik perlu mengkaji dan membincangkan
semua cadangan dan bantahan dari sampel dari setiap pusingan untuk memastikan
jawapan yang tepat dan memperoleh pendapat majoriti pakar.

Pendek kata Teknik Delphi adalah satu cara bagi mendapatkan sesuatu pendapat yang
tepat dengan sokongan majoriti kumpulan pakar.

4.4

Kelebihan Teknik Delphi


Tujuh kelebihan Teknik Delphi ialah:

36

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

i.

Berupaya mendapatkan consensus pakar yang tulen kerana setiap pakar tidak
mengenali malah tidak pernah bertem antara satu sama lain

ii.

Consensus pakar dapat dicapai tanpa pilih kasih, pengaruh dan tekanan manamana pihak

iii.

Uji kaji diulang di mana data dari setiap pusingan Delphi akan disaring melalui
analisis data

iv.

Cepat dan efektif

v.

Pakar berupaya melahirkan pendapat mereka yang konsisten dengan bidang


kepakaran masing-masing

vi.

Sesuai digunakan untuk melakukan jangkaan masa depan

vii.

Boleh digunakan denga efektif bagi mendapatkan banyak pendapat ke atas isu-isu
yang kompleks

4.5

Batasan Teknik Delphi


Lima batasan dalam Teknik Delphi ialah:
i.

Kebolehpercayaan data bergantung kepada kepakaran, sekiranya penyelidik gagal


memilih

pakar

sebenar

bermakna

dapatan

kajian

akan

hilang

kebolehpercayaannya. Dengan erti kata yang lain, ketepatan forecasting yang


dihasilkan dibatasi dengan kualiti pandangan-pandangan yang diberi oleh pakarpakar
ii.

Uji kaji yang diulang-ulang kepada sampel yang sama akan menimbulkan
kebosanan kepada sampel

iii.

Delphi adalah teknik untuk jangkaan masa depan, hilang kebolehpercayaan


bermakna hilang harapan dan azam

37

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

iv.

Bilangan pakar yang kecil tidak mampu menyelesaikan semua peraturan dalam
isu yang dikaji

v.

Kurang peluang mendapat balasan dari aspek emosi

5.0

APLIKASI TEKNIK DELPHI DALAM KURIKULUM

5.1

Contoh Kajian yang Telah Dijalankan


Contoh kajian ini telah diambil dari kajian yang bertajuk Perkembangan Teknologi Masa

Depan dan Impaknya Kepada Pengajaran dan Pembelajaran yang telah dijalankan oleh Saedah
Siraj dan Mohd. Paris Saleh pada tahun 2003. Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklum
balas daripada pakar ke atas teknologi yang akan digunakan di sekolah-sekolah menengah di
Malaysia pada masa depan. Selain itu, kajian tersebut juga bertujuan mendapatkan persetujuan
pakar ke atas jangkaan impak aplikasi teknologi dalam pengajaran-pembelajaran kepada guru
dan pelajar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada masa depan.
Pandangan pakar yang diambil sebagai sampel bagi Teknik Delphi untuk kajian ini
member fokus kepada tiga tema utama iaitu jangkaan masa depan ke atas peralatan teknologi,
impak aplikasi teknologi ke atas bentuk pengajaran-pembelajaran dan juga impak aplikasi
teknologi ke atas pelajar dan guru.
Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan kajian berikut:
i.

Apakah jangkaan masa depan ke atas peralatan teknologi yang akan digunakan di
sekolah menengah dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

ii.

Apakah jangkaan impak aplikasi teknologi ke atas bentuk pengajaran dan


pembelajaran?

iii.

Apakah jangkaan impak aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ke


atas pelajar dan guru di peringkat menengah?

Lapan orang telah dipilih menjadi panel pakar dalam kajian ini. Setiap pakar yang dipilih
berpengalaman lebih daripada sepuluh tahun dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
38

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

atau teknologi pendidikan. Pakar-pakar terdiri daripada dua guru pakar yang terlibat dalam
teknologi pendidikan, dua guru pakar bahasa yang menggunakan teknologi dalam pengajaranpembelajaran, seorang pegawai teknologi di Pusat Sumber Pendidikan Negeri, seorang pegawai
dari Bahagian Teknologi Pendidikan, seorang pegawai dari Pusat Perkembangan Kurikulum
Malaysia dan seorang jurutera Telekom Malaysia Berhad (TM).
Semua data dari Delphi Pusingan terakhir telah diklasifikasikan mengikut tahun
kemunculannya. Melalui jawapan sampel dalam Delphi Pusingan 2, carta telah dibina. Dalam
Delphi Pusingan 2, jangkaan teknologi yang akan muncul telah diklasifikasikan mengikut tahun
jangkaan iaitu:
Nilai

Tahun

2006 2010

2011 2015

2016 2020

Selepas 2020

Pada pusingan kedua ini juga senarai bentuk pengajaran dan pembelajaran serta impak
aplikasi teknologi ke atas guru dan pelajar telah disusun menggunakan Skala LIkert bagi
mendapatkan konsensus (kesepakatan) pandangan. Ukuran Skala Likert yang digunakan adalah
seperti berikut:
Nilai

Persetujuan Pakar

Sangat setuju

Setuju

Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

Peraturan bagi Delphi Pusingan 3 adalah sama dengan Delphi Pusingan 2, Cuma pada
pusingan ketiga pakar diberi peluang untuk mempertimbangkan jawapan yang telah mereka beri
pada pusingan 2. Pada Delphi Pusingan 3, pandangan pakar yang tidak setuju dengan pandangan
kumpulan juga dimasukkan selepas diberi jadual untuk dibaca dan peluang diberi untuk
membanding dan menyatukan pandangan seseorang dengan pakar yang lain. Dapatan daripada
39

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Delphi Pusingan 3 membolehkan pengkaji memperoleh gambaran mengenai teknologi yang akan
digunakan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada masa depan dan impak aplikasi
teknologi berkenaan ke atas pengajaran-pembelajaran pelajar dan juga guru mahupun kepada
bentuk pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Delphi Pusingan 3 dijalankan bertujuan untuk
merapatkan julat perbezaan pandangan dan pendapat dalam kalangan panel pakar.
Dapatan kajian Saedah Siraj dan Mohd Paris Saleh (2003) antaranya menunjukkan:
i.

Dua belas peralatan teknologi dijangka muncul di sekolah-sekolah menengah di


Malaysia pada tahun-tahun 2006 hingga 2010

ii.

Tiga belas peralatan teknologi dijangka muncul pada tahun-tahun 2011 hingga
2015

iii.

Satu peralatan teknologi dijangka muncul pada tahun-tahun 2016 hingga 2020

Selain itu, dua belas penyataan berhubung dengan jangkaan aplikasi teknologi ke atas
bentuk pengajaran-pembelajaran di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada masa depan
telah mendapat persetujuan pakar. Di samping itu juga, dua belas item yang mewakili jangkaan
aplikasi teknologi ke atas pelajar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia pada masa depan
telah mendapat persetujuan pakar. Pakar menolak aplikasi teknologi menyebabkan pelajar lebih
bersikap individualistik dan pakar juga sangat tidak setuju bahawa aplikasi teknologi boleh
menyebabkan sifat kemanusiaan semakin terhakis. 4 daripada 5 item yang mewakili jangkaan
aplikasi teknologi ke atas guru telah mendapat persetujuan pakar. Hanya item interaksi guru
dengan pelajar lebih kerap mencapai konsensus pada tahap sederhana.

5.2

Reka Bentuk Kurikulum Menggunakan Teknik Delphi


Kajian ini dijalankan bagi membina sebuah Modul Pedagogi MK2K Berasaskan Muzik

untuk Kurikulum Prasekolah dengan tujuan untuk membantu memudahkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berasaskan pendekatan perkembangan penyelidikan
yang mana mempunyai garis panduan yang jelas mengenai stategi penyelidikan, pembahagian
mengikut fasa. Bab ini akan menerangkan metodologi yang telah digunakan dalam kajian ini.
40

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Van Den Akker (1999) telah menetapkan 3 fasa utama dalam pendekatan perkembangan
penyelidikan. Fasa yang pertama dikenali sebagai fasa analisis yang juga merupakan permulaan
penyelidikan. Ini merangkumi melihat dan mengkaji kajian-kajian lampau dalam bidang
berkenaan, menemuramah dan berbincang dengan pakar serta mentadbir soal selidik sebagai
langkah pemahaman keperluan dan kehendak berkaitan konteks kajian. Fasa kedua pula
dipanggil reka bentuk dan pembinaan melibatkan usaha yang sistematik untuk menerangkan latar
belakang teoritikal dan kajian bagi mereka bentuk kajian yang tepat. Ini diikuti dengan fasa
ketiga iaitu pelaksanaan dan pengujian. Fasa ini digunakan bagi mencari bukti amalan dan
keberkesanan terhadap kumpulan sasaran berdasarkan ketetapan tertentu. Dalam kajian ini, fasa
1 merangkumi keperluan dan kehendak kanak-kanak prasekolah berkaitan dengan penggunaan
muzik dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Analisis keperluan ini diambil daripada 10 orang pendidik prasekolah. Pemerhatian di
dalam kelas pula dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pedagogi dalam
pendidikan muzik seiiring dengan keperluan muzik dalam P&P. Fasa kedua iaitu fasa reka
bentuk dan pembinaan di mana modul MK2K telah direka dan dibina. Ini melibatkan temuramah
bersama 9 orang pakar yang mana 3 orang pakar dari tiga bidang berkaitan; muzik, pendidikan
awal kanak-kanak dan pendidik prasekolah. Pemerhatian bagi aktiviti muzik dalam P&P yang
telah dijalankan sepanjang hari persekolahan juga menyumbang kepada pembinaan modul ini.
Bagi melengkapkan fasa kedua kajian ini, satu kumpulan pakar yang telah dipilih dari 9 orang
pakar sebelum ini akan mengkaji keberhasilan modul yang telah disiapkan. Akhir sekali fasa
ketiga akan diteruskan setelah modul yang dihasilkan mendapat sentuhan pakar. Fasa yang
melibatkan pelaksanaan dan pengujian ini talah dijalankan menggunakan kelompok sampel yang
sama iaitu kanak-kanak prasekolah yang dipilih. Modul yang dibina ini diuji menggunakan
Model Stake Countenance.

41

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

FASA
1

Analisis
Kajian
Lepas

Analisa
keperluan

Pembangun
an Modul
MK2K

FASA
3

Reka
Bentuk
Modul
MK2K
Pelaksanaa
n Modul
MK2K

FASA
2

Penilaian
Modul
MK2K

Rajah 1: Ringkasan rangka kajian


Dua orang pendidik telah dipilih sebagai sampel untuk fasa pertama. Mereka terdiri
daripada pendidik prasekolah yang berbeza dari segi pengalaman mengajar, tempat mengajar dan
bahan pengajaran. Berikut merupakan penerangan berkenaan dua orang pendidik yang telah
dipilih.
Jadual 1: Butiran pendidik
Peserta

Umur

Pengalaman

Tempat

Pendidik 1

32 tahun

7 tahun

Luar Bandar

Pendidik 2

26 tahun

4 tahun

Luar Bandar

Penyertaan yang terlibat adalah seorang guru dan 10 orang kanak-kanak bagi setiap
tempat. Kanak-kanak ini berusia dalam lingkungan 6 tahun dan berada dalam prasekolah.
Kebanyakan kanak-kanak ini tinggal di kawasan persekitaran yang hampir dengan tempat tinggal
mereka. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari pendidik, kebanyakan kanak-kanak ini
mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Kanak-kanak ini boleh bermain dan berinteraksi dengan
persekitaran mereka apabila mereka bermain. Namun begitu, kanak-kanak ini akan menjadi
42

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

seseorang yang lain apabila melibatkan pendidikan formal. Mereka seperti tidak tahu
berimaginasi dan berinteraksi apabila pendidik memperkenalkan tema yang perlu dipelajari.
Hanya informasi yang biasa sahaja mereka tahun seperti warna dan fizikal.

Analisis isu berkaitan


peningkatan kreativiti di
kalangan kanak-kanak
prasekolah
Fasa 1
Analisis
Keperluan

Analisis keperluan kanakkanak berkaitan peningkatan


kreativiti di kalangan kanakkanak prasekolah
Analisis Kurikulum Standard
Prasekolah

Temu ramah
10 orang
pendidik
prasekolah
Data
dikumpulkan
dan dianalisis

Dapatan dan
kesimpulan
Cadangan
reka bentuk

Rajah 2 : Prosedur Kajian Fasa 1 (Analisa Keperluan)


Persoalan kajian dalam fasa kedua adalah bagi mengenal pasti reka bentuk yang paling
sesuai bagi modul MK2K. Data dikumpul daripada temu bual dan pemerhatian yang berkaitan
dengan konteks kajian. Pertama, pakar akan dikenalpasti. Para pakar akan dihubungi melalui
panggilan telefon dan email bagi membuat temujanji untuk ditemu bual. Dalam proses
menemubual pakar, penyelidik akan memberi gambaran sedikit sebanyak tentang kajian yang
akan dijalankan. Objektif kajian yang dijalankan akan diperincikan kepada pakar bagi
memudahkan pakar memahami tujuan temubual berkenaan. Maklumat yang akan diperolehi
direkod menggunakan perakam digital yang kemudiannya akan dialih ke bentuk penulisan. Datadata yang diperoleh akan ditranskrip dan dianalisis mengikut kata kunci yang ditetapkan. Kata
kunci inilah yang akan diguna pakai dalam pembinaan Modul Pedagogi MK2K nanti.
Dalam fasa pembinaan, satu draf modul akan dibina berdasarkan kata kunci dan
informasi yang telah diterima dari keseluruhan pakar-pakar yang ditemu ramah. Draf modul ini
43

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

akan diberi kepada pakar untuk dibuat penilaian dan penambahbaikkan. Setelah mengambil kira
komen dan pandangan pakar terhadap draf modul yang dibina, maka modul MK2K sebenar
dibentuk untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih.
Temubual
dengan
pakar

Pengumpulan
& analisis
data

Pembinaan
Modul MK2K
Fasa 2:
Reka Bentuk
&
Pembinaan
Modul MK2K

Penilaian
pakar
terhadap
Modul
Pedagogi
MK2K

Pemerhatian
P&P
berdasarkan
konteks
Rajah 3: Prosedur Pengumpulan
Data dan Pembinaan Modul MK2K.
kajian
Modul MK2K

Persoalan kajian bagi fasa 3 ialah untuk mengenal pasti penilaian pendidik prasekolah
terhadap Modul Pedagogi MK2K yang telah siap dibina. Bagi menjawab persoalan kajian, data
dalam fasa tiga ini diperolehi melalui pemerhatian, temubual dan respon yang diberikan oleh
kanak-kanak terhadap modul tersebut. Perbualan secara tidak formal selepas sesi pelaksanaan
modul dijalankan akan direkod dan dicatat ke dalam buku log.
Modul pedagogi MK2K akan dilaksanakan di dua buah prasekolah yang dipilih.
Kebenaran akan diperolehi daripada pihak pengurusan sekolah bagi membolehkan modul
dilaksanakan semasa sesi persekolah berlangsung. Jadual pelaksanaan akan diberikan kepada
pihak sekolah.

44

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Oleh kerana modul ini akan dinilai berdasarkan model Stake Countenance, maka keduadua orang pendidik berkenaan akan ditemubual bagi mendapatkan jangkaan mereka terhadap
modul yang bakal dilaksanakan. Selepas itu, pendidik akan dilatih dengan cara pelaksanaan
modul yang betul. Segala prosedur pelaksanaan modul akan diterangkan kepada pendidik
termasuk penggunaan bahan pengajaran. Pendidik juga dikehendaki menjalankan sesi percubaan
bersama penyelidik.
Semua sesi pengajaran akan dirakam untuk dianalisis. Pemerhatian adalah berfokuskan
kepada respon kanak-kanak terhadap modul. Selepas pelaksanaan modul berakhir, satu lagi sesi
temubual dijalankan bersama dua orang pendidik berkenaan. Semua data yang diperoleh sebelum
dan selepas pelaksanaan modul akan dirakam, diterjemah dan dianalisa. Analisa kongruen akan
dijalankan semasa temubual dan dapatan yang diperolehi akan digunakan untuk menilai modul.
Data yang diperolehi daripada pemerhatian turut dianalisis bagi mengukuhkan penilaian terhadap
Modul Pedagodi MK2K.

Fasa 3:
Pelaksanaan
dan Penilaian
Modul
Pedagogi
MK2K

Melatih
pendidik cara
pelaksanaan
modul

Temubual
pendidik
tentang
pandangan
terhadap
modul
(sebelum
pelaksanaan)
Penilaian
Modul
Pedagogi
MK2K

Pelaksanaan
dijalankan
Temubual
45
bersama
pendidik
setelah modul
dilaksanakan

Pemerhatian
Temubual
Kanak-kanak

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Rajah 4: Prosedur Kajian Fasa 3 (Pelaksanaan dan Penilaian)


Pandangan pakar dalam membantu kepada pembinaan modul ini adalah berdasarkan
kepada pengetahuan dan pengalaman terhadap pembinaan kreativiti melalui aktiviti muzikal
dalam konteks pendidikan prasekolah. Pakar dalam bidang pendidikan prasekolah, K1, K2 dan
K3 memberikan maklumat yang berkaitan kandungan, kemahiran dan strategi, manakala pakar
pendidikan muzik M1, M2 dan M3 pula akan memberikan maklumat yang berkaitan dengan
strategi dan aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti muzikal.
Berdasarkan kepada pandangan pakar, perkara yang perlu dilihat dalam kandungan ialah
tema, kemahiran dan strategi dan aktiviti. Untuk itu, maklumat yang diperolehi daripada analisis
keperluan turut digunakan sebagai panduan.
Salah satu cadangan yang diberikan oleh oleh pakar berkaitan kandungan ialah integrasi
yang melibatkan pelbagai tema. Tema yang sesuai ialah keluarga, haiwan, buah-buahan dan
setiap sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran dan dunia mereka. Ini adalah penting menurut
pakar kerana ianya akan dapat melibatkan kanak-kanak dengan lebih aktif dan berkesan
berdasarkan kepada pengalaman dunia sebenar mereka. K1 sebagai contoh telah menyatakan
pendapatnya bahawa tema keluarga adalah merupakan tema yang utama bagi kanak-kanak. Ini
kerana keluarga adalah merupakan konsep atau elemen awal yang dilalui oeleh kanak-kanak,
terutamanya yang melibatkan ibu dan bapa. Ini dinyatakan dengan jelas melalui temubual,
Tema keluarga yang melibatkan ibu dan bapa adalah tema yang utama pada kanakkanak (K1).
46

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Pendapat yang sama turut diberikan oleh pakar yang lain bahawa kandungan dalam
modul haruslah berdasarkan kepada tema yang melibatkan kehidupan kanak-kanak secara
umumnya. Ini adalah pendapat daripada pakar K2 dan K3. Pakar-pakar ini juga turut merasakan
bahawa kandungan modul akan lebih menarik jika adanya gabungan pelbagai tema yang
melibatkan kehidupan sebenar kanak-kanak secara umumnya. Sebagai contoh K2 menyatakan
dalam temubual,
Akan lebih menarik jika awak boleh gabungan beberapa tema dalam modul ini. Tema
keluarga, haiwan dan buah-buahan misalnyamesti modul ini akan lebih menarik (K2).
Menurut K3 pula, adalah penting modul yang dibina dibina berdasarkan kepada tema
yang berkait dengan konteks kehidupan kanak-kanak. Beliau menyatakan:
Awak harus berikan sesuatu yang berkait dengan kehidupan harian merekamaksud
saya sesuatu yang mereka lalui setiap hari dan rapat dengan merekalebih baik yang mereka
sendiri terlibat (K3).
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, pengalaman sebenar kanak-kanak adalah factor
utama yang perlu diberi perhatian dalam memilih dan menentukan tema yang sesuai. Tema yang
dicadangkan ialah keluarga, makanan, haiwan dan buah-buahan.
Dari segi kemahiran pula, pakar telah mencadangkan agar modul yang dibina memberi
perhatian dari segi kemampuan kanak-kanak untuk menghasilkan sebanyak mungkin idea atau
perkara yang berkaitan dengan tema yang telah dipilih. Oleh kerana modul ini menekankan
kepada pembinaan kreativiti, maka setiap kemahiran yang diberikan haruslah mampu untuk
membina tahap kreativiti mereka. Kemampuan untuk berimaginasi misalnya adalah merupakan
kemahiran asas yang harus ada pada kanak-kanak. Menurut K2, kemampuan untuk berimaginasi
adalah tahap awal dan asas kepada kreativiti. Dalam temubual beliau menyatakan,
Bagi peluang dan ruang untuk kanak-kanak berimaginasimereka memang boleh
bayangkan macam-macambiarkan berangan (K2).
Pendapat ini turut disokong oleh K1 yang menyatakan bahawa dengan menggalakkan
kanak-kanak berimaginasi, kita sebenarnya telah menggalakan mereka untuk menggunakan
47

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

fikiran mereka untuk berfikir dan seterusnya menghasilkan idea atau pendapat yang pelbagai. Ini
kerana pada tahap ini, konsep betul, salah, patut, logic dan sebagainya belum ada lagi dalam
pemikiran mereka. Ini kerana asas kepada kreativiti adalah berfikir dan menghasilkan sebanyak
mungkin idea sama ada betul ataupun salah. K1 menyatakan,
Biarkan mereka berfikirlogik atau tak tak jadi masalahkita cuma nak galakkan
mereka berfikir dan dan bagi idealagi banyak idea lagi bagus (K1).
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada perbincangan di atas, jelas menunjukkan
bahawa, dalam kita membina kreativiti kanak-kanak, kemampuan untuk berimaginasi adalah
mrupakan asas kepada mereka. Memang sudah menjadi fitrah bahawa kanak-kanak memang
mampu untuk berimaginasi tanpa sempadan. Meraka tidak terikat dengan logik, betul atau salah,
maka meraka tidak akan menyekat pemikiran mereka dengan nilai atau peraturan yang ada.
Pakar K3 turut menyokong pendapat ini bahawa galakan kepada kanak-kanak untuk berfikir
melalui imaginasi adalh sangat perlu dalam membina tahap kreativiti mereka. K3 menegaskan,

Kalau mereka tak fikir, mana ada idea datangnak suruh mereka fikir kita mesti
bebaskan mereka dengan peraturan atau nilaibiar dia berangandengan cara ni banyak idea
akan datang (K3).
Dalam memastikan modul yang dibina dapat memenuhi kehenadak dan perhatian kanakkanak, strategi yang perlu diberi perhatian ialah melalui pendekatan bermain. Oleh kerana
bermain merupakan sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak, maka pembelajaran yang
berasaskan kepada bermain sangat-sangat boleh memberikan kesan kepada modul yang dibina.
M1 telah menegaskan bahawa muzik sangat rapat dengan aktiviti bermain. Oleh itu
adalah sesuai muzik turut dikaitan dengan aktiviti bermain. K2 dalam temubual ada menjelaskan,
Strategi terbaik untuk kanak-kanak ialah dengan bagi mereka bermainbila mereka
bermain macam-macam aktiviti yang boleh dibuat (K2).

48

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Seterusnya menurut pakar M2, strategi yang juga boleh memberikan kesan kepada kanakkanak ialah dengan menggunakan aktiviti muzikal yang pelbagai seperti nyanyian, gerakan dan
main alat muzik. Pendapat ini turut disokong oleh pakar M1 dan M3. Begitu juga pakar K1, K2
dan K3.
Oleh yang demikian, melalui gabungan bermain dan melalui aktiviti muzikal, setiap
pakar telah bersetuju bahawa ianya akan dapat membentuk satu modul yang akan dapat menarik
minat dan perhatian kanak-kanak. Ini kerana secara fitrahnya, bermain dan aktiviti muzikal
seperti nyanyian, gerakan dan main alat muzik adalah merupakan sesuatu yang mudah untuk
diterima dan digemari oleh kanak-kanak.
Aktiviti muzikal yang sesuai digunakan dalam modul ini ialah nyanyian, gerakan dan
main alat muzik. Pendapat ini dicadangkan oleh pakar M1, M2 dan M3. Ketiga-tiga aktiviti
muzikal ini boleh diasingkan atau dijalankan secara serentak. M1 ada mnyatakan,
Kita boleh suruh kanak-kanak menyanyi, menari dan main alat muzik untuk

bina

kreativiti mereka mesti mereka seronok dan nak ikut aktiviti yang guru buat (M1)
Menurut M2, apabila menggunakan aktiviti nyanyian, pemilihan yang sesuai amatlah
penting. Lagu yang pendek, banyak pengulangan melodi dan mudah untuk dinyanyikan adalah
merupakan factor yang penting dalam aktiviti nyanyian. Di samping itu juga, dengan
menggunakan lagu popular turut boleh digunakan dalam modul tersebut agar ianya lebih
menarik. M3 dalam temubual ada menyebut,
Kalau kita guna lagu popular pun bagus juga kanak-kanak dan tau lagu tujadi cikgu
senang dan tak payah nak ajar lagu lagiboleh terus buat aktiviti (M3).
Bagi aktiviti gerakan pula, setiap gerakan yang dipilih mestilah menggunakan gerakan
yang mudah dan sesuai dengan tahap kanak-kanak. Gunakan gerakan yang melibatkan seluruh
anggota badan mereka sama ada motor kasar atau halus.
Modul MK2K ini telah dibina berdasarkan kepada Model Gagne. Model ini dipilih
kerana ianya mempunyai elemen asas yang diperlukan dalam merekabentuk modul ini.
49

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Misalnya, model ini menekankan kepada penggunaan pengetahuan lepas dan latih tubi bagi
memberikan satu struktur pengajaran yang sesuai berdasarkan kepada konteks kajian.
Semua empat aktiviti modul yang dibina adalah berdasarkan Model Gagne. Setiap aktiviti
yang dibina adalah bertujuan untuk membina tahap perkembangan kreativiti kanak-kanak.
Modul ini telah dibina berdasarkan kepada pandangan pakar dengan mengambil kira aktiviti
muzikal yang sesuai pada kanak-kanak dalam membina tahap kreativiti mereka. Aktiviti muzikal
yang digunakan ialah main alat muzik dan gerakan.
Jadual 2: Kandungan Modul MK2K
AKTIVITI

KEMAHIRAN

AKTIVITI
MUZIKAL

TEMPOH

Satu

Berimaginasi

Main alat muzik

30 minit

Dua

Mencipta

Main alat muzik

30 minit

Tiga

Berimaginasi

Gerakan

30 minit

Empat

Mencipta

Gerakan

30 minit

Seperti yang kita dapat lihat pada jadual 2, setiap aktiviti modul terbahagi kepada dua
kemahiran dalam pembinaan kreativit kanak-kanak iaiti berimaginasi dan mencipta. Dari segi
aktiviti muzikal yang digunakan, tiga jenis aktiviti yang telah dipilih berdasarkan kepada
cadangan pakar iaitu main alat muzik, gerakan dan nyanyian. Di bawah adalah merupakan
penerangan bagi setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini.
Aktiviti 1
Tempoh : 30 minit.
Tema : Haiwan
Tajuk : Gajah Berjalan
Aktiviti Muzikal : Main Alat Muzik.
Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak boleh menunjukkan pergerakan haiwan melalui
drum.
50

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Arahan Guru

Aktiviti Murid

Langkah 1 (Dapatkan perhatian)


1. Guru berjalan sambil membunyikan
drum.
2. Guru mengajak kanak-kanak mengikut
gaya guru berjalan di belakang.
Langkah 2 (Maklumkan objektif kepada
pelajar)
1. Guru menerangkan objektif hari ini.
Hari ini kita akan menggayakan jalan
gajah sambil bermain drum.
Langkah 3 (Rangsangan terhadap pelajaran
lepas)
1. Guru menunjukkan gambar gajah
kepada kanak-kanak.
2. Guru bertanya beberapa soalan tentang
gajah kepada kanak-kanak.
Langkah 4 (Tunjukkan rangsangan)
1. Guru menunjukkan video gajah
berjalan.
Langkah 5 (Sediakan panduan kepada pelajar)
1. Guru menyuruh kanak-kanak meniru
gaya gajah berjalan seperti dalam
video.
2. Guru membunyikan drum semasa
kanak-kanak berjalan.
Langkah 6 (Tunjukkan prestasi)
1. Kanak-kanak berjalan seperti gajah
sambil mengikut tempo bunyi drum.
Langkah 7 (Sediakan maklumbalas)
1. Guru
mendapatkan
maklumbalas
aktiviti daripada kanak-kanak.
Langkah 8 (Nilai prestasi)
1. Guru berbincangkan dengan murid
terhadap aktiviti yang dijalankan.
Langkah 9 (Tingkatkan prestasi)
1. Guru memberikan setiap murid lukisan
gajah dan drum untuk diwarnakan untk
dimasukkan dalam folio.

Aktiviti 2
Tempoh : 30 minit.
51

Kanak- kanak berjalan mengikut guru

Kanak-kanak mendengar penerangan


guru.

Kanak-kanak menjawab soalan guru.

Kanak-kanak menonton video.

Kanak-kanak
berjalan.

Kanak-kanak membunyikan drum


bedasarkan kepada gaya gajah berjalan.

Kanak-kanak berbincang bersama guru.

Kanak-kanak berbincang dengan guru.

Kanak-kanak mewarnakan gambar.

meniru

gaya

gajah

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Tema : Haiwan
Tajuk : Katak Melompat
Aktiviti Muzikal : Main Alat Muzik.
Objektif : di akhir pembelajaran kanak-kanak boleh mencipta pergerakan haiwan berdasarkan
bunyi kayu tik-tok.
Arahan Guru

Aktiviti Murid

Langkah 1 (Dapatkan perhatian)


1. Guru menyanyikan lagu Katak Lompat.
2. Guru mengajak kanak-kanak mengikut
guru.
Langkah 2 (Maklumkan objektif kepada
pelajar)
1. Guru menerangkan objektif hari ini.
Hari ini kita akan mencipta gaya katak
berjalan.
Langkah 3 (Rangsangan terhadap pelajaran
lepas)
1. Guru menunjukkan gambar katak
kepada kanak-kanak.
2. Guru bertanya beberapa soalan tentang
katak kepada kanak-kanak.
Langkah 4 (Tunjukkan rangsangan)
1. Guru menunjukkan video katak
melompat.
Langkah 5 (Sediakan panduan kepada pelajar)
1. Guru menyuruh kanak-kanak meniru
gaya katak melompat.
2. Guru membunyikan kayu tik-tok.
Langkah 6 (Tunjukkan prestasi)
1. Kanak-kanak mencipta beberapa gaya
katak melompat mengikut bunyi kayu
tik-tok.
Langkah 7 (Sediakan maklumbalas)
1. Guru
mendapatkan
maklumbalas
aktiviti daripada kanak-kanak.
Langkah 8 ( Nilai prestasi)
1. Guru berbincang dengan murid
terhadap aktiviti yang dijalankan.
52

Kanak- kanak menyanyi bersama guru.

Kanak-kanak mendengar penerangan


guru.

Kanak-kanak menjawab soalan guru.

Kanak-kanak menonton video.

Kanak-kanak meniru gaya katak


melompat sambil membunyikan kayu
tik-tok.
Kanak-kanak melompat katak dengan
pelbagai gaya yang dicipta sambil
membunyikan kayu tik-tok.

Murid berbincang bersama guru.

Kanak-kanak menjawab soalan guru.

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Langkah 9 ( Tingkatkan prestasi)


1. Guru memberikan setiap murid lukisan
katak melompat dengan pelbagai gaya
dan aksi untuk diwarnakan.

Kanak-kanak mewarnakan gambar.

Aktiviti 3
Tempoh : 30 minit.
Tema : Alam Sekeliling
Tajuk : Bunyi Ombak.
Aktiviti Muzikal : Gerakan.
Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak boleh menunjukkan imaginasi gerakan bunyi
ombak menggunakan drum.
Arahan Guru

Aktiviti Murid

Langkah 1 (Dapatkan perhatian)


1. Guru menunjukkan gambar pantai.
2. Guru menyuruh kanak-kanak memberi
bunyi yang terdapat di pantai.
Langkah 2 (Maklumkan objektif kepada
pelajar)
1. Guru menerangkan objektif hari ini.
Hari ini kita akan bergerak seperti
ombak menggunakan drum.
Langkah 3 (Rangsangan terhadap pelajaran
lepas)
1. Guru menyanyikan lagu Bunyi Ombak.
2. Guru bertanya beberapa soalan tentang
pantai.
Langkah 4 (Tunjukkan rangsangan)
1. Guru bergerak berdasarkan bunyi drum.
Langkah 5 (Sediakan panduan kepada pelajar)
1. Guru
menyuruh
kanak-kanak
membayangkan bunyi ombak dan
bergerak berdasarkan kepada bunyi
drum.
2. Guru menyuruh kanak-kanak bergerak
seperti bunyi ombak.
Langkah 6 (Tunjukkan prestasi)
1. Kanak-kanak meniru bunyi ombak
53

Kanak- kanak melihat gambar pantai


dan mengeluarkan pelbagai bunyi.

Kanak-kanak mendengar penerangan


guru.

Kanak-kanak menjawab soalan guru.

Kanak-kanak mendengar bunyi ombak


dan drum.

Kanak-kanak bergerak seperti bunyi


ombak.

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

dengan pergerakan yang bebas.


Langkah 7 (Sediakan maklumbalas)
1. Guru
mendapatkan
maklumbalas
aktiviti daripada kanak-kanak.
Langkah 8 (Nilai prestasi)
1. Guru berbincangkan dengan murid
terhadap aktiviti yang dijalankan.
Langkah 9 (Tingkatkan prestasi)
1. Guru menyanyikan lagu Bunyi Ombak
bersama
kanak-kanak
dengan
menggunakan drum.

Kanak-kanak bergerak seperti ombak.

Murid berbincang bersama guru.

Kanak-kanak berbincang bersama guru.

Kanak-kanak
guru.

menyanyikan

bersama

Aktiviti 4
Tempoh : 30 minit.
Tema : Alam Sekeliling
Tajuk : Bunyi Angin.
Aktiviti Muzikal : Gerakan
Objektif : Di akhir pembelajaran kanak-kanak boleh mencipta pelbagai gerakan berdasarkan
kepada bunyi angin.
Arahan Guru

Aktiviti Murid

Langkah 1 (Dapatkan perhatian)


1. Guru bergerak seperti burung sambil
membuat bunyi angin.
2. Guru menyuruh kanak-kanak meniru
pergerakan guru.
Langkah 2 (Maklumkan objektif kepada
pelajar)
1. Guru menerangkan objektif hari ini.
Hari ini kita akan mencipta pelbagai
gerakan seperti bunyi angin.
Langkah 3 (Rangsangan terhadap pelajaran
lepas)
1. Guru menyanyikan lagu Angin.
2. Guru bertanya beberapa soalan tentang
angin.
Langkah 4 (Tunjukkan rangsangan)
1. Guru meniru bunyi angin menggunkan
54

Kanak- kanak bergerak mengikut guru.

Kanak-kanak mendengar penerangan


guru.

Kanak-kanak menjawab soalan guru.

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

marakas.
Langkah 5 (Sediakan panduan kepada pelajar)
1. Guru menyuruh kanak-kanak membuat
gerakan angin.
2. Guru menyuruh kanak-kanak membuat
gerakan angin menggunakan marakas.
Langkah 6 (Tunjukkan prestasi)
1. Kanak-kanak
mencipta
pelbagai
gerakan angin menggunakan marakas.
Langkah 7 (Sediakan maklumbalas)
1. Guru
mendapatkan
maklumbalas
aktiviti daripada kanak-kanak.
Langkah 8 (Nilai prestasi)
1. Guru berbincangkan dengan murid
terhadap aktiviti yang dijalankan.
Langkah 9 (Tingkatkan prestasi)
1. Guru menyanyikan lagu Angin bersama
kanak-kanak dengan menggunakan
marakas sambil bergerak seperti burung
terbang.

Kanak-kanak mendengar bunyi angin


dan marakas.

Kanak-kanak membunyikan marakas


sambil bergerak seperti angin.

Kanak-kanak membunyikan marakas.

Murid berbincang bersama guru.

Kanak-kanak berbincang bersama guru.

Kanak-kanak
menyanyikan
bergerak bersama guru.

dan

Kesemua empat aktiviti yang terdapat dalam modul MK2K ini telah dibina berdasarkan
kepada cadangan dan pandangan yang telah diberikan oleh pakar. Aktiviti-aktiviti tersebut
seterusnya akan diuji kebolehgunaannya bagi memastikan ianya bersesuaian dengan keperluan
kanak-kanak dan dapat merangsang minat kanak-kanak semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Berdasarkan kepada analisis kongruen yang dibuat, jelas menunjukkan bahawa modul
MK2K ini mempunyai tahap keboleh gunaan yang tinggi. Ini membuktikan bahawa modul ini
boleh digunakan untuk meningkatkan tahap kreativiti kanak-kanak berdasrkan kepada aspekaspek yang telah dijadikan fokus kepada pembinaan modul. Oleh yang demikian, diharapkan
dengan keboleh gunaan modul ini, maka diharapkan modul ini dapat diuji bagai mendapatkan
keberkesanaannya dalam usaha untuk meningkatkan tahap kreativiti kanak-kanak prasekolah.

6.0

PENUTUP
55

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Berdasarkan kepada definisi dan konsep kaedah Delphi, dapatlah dirumuskan bahawa
melalui kaedah ini responden bebas memberi pendapat dan disoal beberapa pusingan melalui
surat atau e-mel. Kaedah ini dapat menggantikan perbahasan secara langsung dengan reka
bentuk program penyelidikan yang biasanya dijalankan melalui soal selidik. Teknik Delphi juga
merupakan teknik yang efisien dalam membuat telahan suatu kajian pada masa depan. Melalui
teknik ini pendapat atau pandangan sekumpulan pakar dapat diperoleh tanpa perlu bersemuka di
antara satu sama lain. Teknik ini digunakan untuk sesuatu bidang kajian atau program yang baru
dan perlu diterokai pada masa depan serta belum dibangunkan lagi. Ia mengambil kira
pandangan sekumpulan pakar dan tidak mempunyai teori yang bersifat formal. Penggunaannya
sangat meluas dan menyeluruh dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.

7.0

RUJUKAN

Armstrong, J. S. (1985). Long-range forecasting (Cet. 2). New York: Wiley.


Arnst, C. (2004, Spring). Business Week. Dlm. Michael Marien (Ed.), Top ten trends, Future
Survey. Dimuat turun 7 Julai, 2006, daripada http://www.wfs.org/fstop10spr04.htm
Basu, S. & Schroedar, W. (1977). Delphi Method. Dimuat turun 1 November, 2005, daripada
http://www.mathdaily.com/lessons/Delphi_method;

dan

http://en.wikipedia.org/wiki/Delphi_method
Bloom, B. S. (1956). Taxanomy of Educational Objectives: The Classification of Educational
Goals, Handbook I: Cognitive Domain. New York: McKay.
Callahan, D. (2004, Spring). The cheating culture. Dlm. Michael Marien (Ed.), Top ten trends,
Future

Survey.

Dimuat

turun

Julai,

2006,

daripada

http://www.wfs.org/fstop10spr04.htm
Dalkey, N. (1969). An experimental study of group opinion: The Delphi Method. Futures, 1(5),
408-426.
56

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Delbecq, A., Van de Ven, A. H. & Gustafson, D. H. (1975). Group techniques for program
planning: A guide to nominal group and Delphi processes. Glenview, IL: Foresman.
Dittmar, H. (2004, Spring). Dlm. The new transit town. Dlm. Michael Marien (Ed.), Top ten
trends, Future Survey. Dimuat turun 7 Julai, 2006, daripada http://www.wfs.org/fstop10
spr04.htm
Donelly, D. (2006). Forecasting methods: A selective literature review. Media Future Archive.
Dimuat

turun

23

Mei,

2006,

daripada

http://www.mediafuturesarchive.org/forecasting.htm#Scenarios
Eisner, E. W. & Vallance, E. (1971). Conflicting Conceptions of Curriculum. California: Stanford
University.
Fowlers, J. (Ed.). (1978). Handbook of Futures research. Westport, CT: Greenwood.
Franklin, B. (1918). The Curriculum. Boston: Houghton Mifflin.
Franklin, B. (1924). How to Make a Curriculum. Boston: Houghton Mifflin.
Glenn, J. C. & Gordon, T. J. (2004). 2004 state of the future. Washington, DC: American Council
for The United Nations University.
Gordon, T. J. & Helmer, O. (1964). Report on a long-range forecasting study. Santa Monica, CA:
Rand.
Gordon, T. J. & Stover, J. (1976). Using perceptions and data about the future to improve the
simulation of complex systems. Technology Forecasting and Social Change, 9(1/2), 191211.
Hass, G. (1987). Curriculum palnning: A new approach. Boston, MA: Allyn.
Helmer, O. (1972). Cross Impact gaming. Futures, 4(2), 149-67.
Helmer, O. (1977, February). Problems in Futures research: Delphi and Causal Cross-impact
Analysis. Futures, 17-31.
57

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Henson, L. L. (1980). The use of the Delphi Technique: University community involvement in
the creation of a Library Building Program at Florida Institute of Technology. Digital
Dissertations, UMI, ProQuest. (AAT 8104260).
Inlow, G. M. (1973). The Emergent of Curriculum. [2nd ed]. New York: Wiley.
Kahn, H. & Wiener, A. J. (1967). The Year 2000: A framework for speculation on the next thirtythree years. New York: Macmillan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1979). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Lane, F. S. (III) (2004, Spring). The naked employee: How technology is compromising
workplace privacy. Dlm. Michael Marien (Ed.), Top ten trends, Future Survey. Dimuat
turun 7 Julai, 2006, daripada http://www.wfs.org/fstop10 spro4.htm
Lilley, P. (2004, Spring). Dirty dealing. Dlm. Michael Marien (Ed.), Top ten trends, Future
Survey. Dimuat turun 7 Julai, 2006, daripada http://www.wfs.org/fstop10 spro4.htm
Linstone, H. A. & Turoff, M. (Eds.) (1975). The Delphi Method: Techniques and applications.
Reading, MA: Addison-Wesley.
Longstreet, W. S. & Shane H. G. (1993). Curriculum for a new millennium. Singapore: Allyn.
Lovat, T. (1998). Curriculum in transition. Dlm. J. Allen (Ed.), Sociology of education:
Possibilities and practices (hh. 83-97). Sydney: Social.
Martino, J. (1983). Technological forecasting for decision making. New York: Elsevier.
Maslow, A. (1954). Motivation and Personality. New York: Harper and Row.
Mumford, L. (1967). The Myth of the Machine. London: Secker Warburg.
New Websters dictionary and thesaurus of the English language. (1992). (Cet. Semak semula).
Danbury, CT: Lexicon.

58

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Organization for Economic Coorperation and Development. (2004, Spring). Dlm. Michael
Marien (Ed.), Top ten trends, Future Survey. Dimuat turun 7 Julai, 2006, daripada
http://www.wfs.org/fstop10 spro4.htm
Prayun Sriprasart (1970). Delphi Technique. Journal of National Education, 3, 50-59.
Presser, H. B. (2004, Spring). Working in a 24/7 economy. Dlm. Michael Marien (Ed.), Top ten
trends, Future Survey. Dimuat turun 7 Julai, 2006, daripada http://www.wfs.org/fstop10
spro4.htm
Razali Aroff (1991). Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sackman, H. (1975). Delphi critique: expert opinion, forecasting, and group process. Lexington,
MA: Lexington.
Saedah Siraj & Faridah Abdullah (2005a, 30 Ogos). Jangkaan masa depan terhadap aplikasi
teknologi dalam kandungan kurikulum dan penilaian sekolah menengah: Satu kajian
Delphi. Dlm. Mokhtar Ismail et al. (Eds.), Prosiding Seminar Pendidikan JPPG 2005
(CD-ROM, hh. 607-22). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian
Pendidikan.
Saedah Siraj & Faridah Abdullah (2005b). Jangkaan masa depan terhadap aplikasi teknologi
dalam kandungan kurikulum dan penilaian sekolah menengah: Satu kajian Delphi. Jurnal
Pendidikan, Journal of Educational Research, 25, 5-26.
Saedah Siraj & Haninah Salim (2006). Jangkaan guru ke atas perubahan pendidikan di
Malaysia pada masa depan. [akan diterbitkan dlm. Saedah Siraj, Ahmad Sobri Shuib &
Halimah Salleh (Eds.), Pengajaran efektif dalam proses penulisan].
Saedah Siraj & Mohd Paris Saleh (2003). Aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
peringkat sekolah menengah: Jangkaan masa depan. Jurnal Pendidikan, Journal of
Educational Research, 23, 123-139.
Saedah Siraj & Mohd Paris Saleh (2005, 15-16 September). Jangkaan masa depan terhadap
aplikasi teknologi dalam kandungan kurikulum dan penilaian sekolah menengah:
59

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Pandangan pakar. Kertas Kerja, Persembahan PowerPoint & Prosiding Seminar


Penilaian Pendidikan MPBL 2005, Batu Lintang Teachers TrainingCollege, Sarawak.
Saedah Siraj & Nordiana Mohd Yusuf (2007). Establishment of virtual secondary school in
Malaysia: A preliminary study. [Sedia untuk dihantar ke International Journal]
Saedah Siraj & Norhayati Sulaiman (2006). Jangkaan keperluan tenaga kerja tahun 2020 di
Malaysia berdasarkan trend pendidikan masa kini. [Diterima untuk diterbitkan di Jurnal
Pendidikan, Journal of Education Research, 26]
Saedah Siraj (1992). Kurikulum abad 21: Ke arah pembentukan golongan pemikir, perekacipta
dan professional. Kertas Kerja Seminar Kurikulum Kebangsaan 1, Unit Kurikulum,
Jabatan Pembangunan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
Saedah Siraj (1999). Kurikulum ke arah pembentukan golongan pemikir, perekacipta dan
professional. Jurnal Kurikulum, 1(2), 42-56. Dimuat turun 13 Mac, 2006, daripada
http://www.ppk.kpm.my/html/edu%20resourceeduerbit9 siri2.htm
Saedah Siraj (2001a). Perkembangan kurikulum: Teori dan amalan (Cet. 2). Selangor: Alam
Pintar.
Saedah Siraj (2002a). Polisi dan halatuju dasar kurikulum masa depan. Dlm. Sufean Hussin
(Ed.), Inovasi dasar pendidikan: Amalan perspektif sistem dan inovasi (Cet. 1, hh. 67-79).
Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.
Saedah Siraj (2002d). Falsafah pendidikan dan kurikulum: Ke arah membina insan berdaya
maju. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Falsafah Pendidikan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya.
Saedah Siraj (2005). Kurikulum masa depan: Bolehkah diukur?. Dlm. Siow Heng Loke, Abu
Talib Putih, Lee Siew Eng, Sandiyao Sebestian & Adelina Asmawi (Eds.), Pedagogi
merentas kurikulum (Cet. 1, hlmn 351-65). Kuala Lumpur: PTS.

60

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Saedah Siraj (2006a, 16 Mac). Projection of The Future Curriculum. Pembentangan Kertas Kerja
dengan PowerPoint di Second International Conference on Principalship and School
Management, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Saedah Siraj (2006a, 16 Mac). Protection of the Future Curriculum. Pembentangan Kertas Kerja
dengan PowerPoint di Second International Conference on Principalship and School
Management, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Saylor, J. G., Alexander, W. M., & Lewis, A. J. (1981). Curriculum Planning for Better Teaching
and Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston, Inc.
Smoker, P. & Groff, L. (2003). Introduction to Future Studies. Dimuat turun 14 November, 2003,
daripada www.csudh.edu/global_options/IntroFS.HTML
St. John, E. P. (2004, Spring). Dlm. Refinancing the college dream. Dlm. Michael Marien (Ed.),
Top

ten

trends,

Future

Survey.

Dimuat

turun

Julai,

2006,

daripada

http://www.wfs.org/fstop10spr04.htm
Tyler, R (1949b). Curriculum development (Cet. semak semula). New York: Harcourt
Tyler, R. (1949a). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago, IL: Chicago
University Press
Tyler, R. W. (1950). Basic Principles of Curriculum and Instruction. Chicago: University of
Chicago Press.
Walker, D. (1978). A Naturalistic Model for Curriculum Development. Palo Alto: Stanford
University.
Want. R (2004). Scientific American. Dlm. Michael Marien (Ed.), Top ten trends, Future Survey.
Dimuat turun 7 Julai, 2006, daripada http://www.wfs.org/fstop10spr04.htm
Weaver, W. T. (1971). The Delphi forecasting method. Phi Delta Kappan, 52(5), 267-271.

61

Kurikulum masa depan


Delphi forecasting

Wegren, S. K. (2004, Spring). Russis policy challenges. Dlm. Michael Marien (Ed.), Top ten
trends,

Future

Survey.

Dimuat

turun

Julai,

2006,

daripada

http://www.wfs.org/fstop10spr04.htm
Wikipedia, The free encyclopedia. (2006). Delphi Method. Dimuat turun 14 Jun, 2006, daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Delphi_Technique#History_of_the_Delphi_method.
Wissema, J. G. & Benes, J. (1980, October). A Cross-Impact case study: Th Dutch construction
sector. Futures, 394-404

62

Anda mungkin juga menyukai