Anda di halaman 1dari 19

Pelaksanaan dan Pengurusan Program Literasi dan Numerasi di sekolah (KSSR)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 1.0 DEFINISI 1.1 KURIKULUM Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yangdihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmupengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu matapelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. 1.2 STANDARD Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sesuatu yangdapat diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain. 2.0 PENGENALAN Sistem Pendidikan Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan

bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara. Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah, sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental/sosial dan dimensi intrinsik.

Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996). Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Berikutan Malaysia adalah sebuah Negara yang sering melakukan perubahan dan perancangan kurikulum sejajar dengan perkembangan politik, sosioekonomi, sosiobudaya dan arah aliran perkembangan pendidikan tempatan dan antarabangsa. Transformasi kurikulum perlu berikutan Gagasan Ketiga Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem Pendidikan Negara memberi penekanan kepada 4 aspek Pertama: Pembangunan Modal Insan, Kedua: Menghasilkan pelajar celik minda, Ketiga: Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat, dan Keempat: Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul albab. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di Malaysia berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar dalam pendidikan. Kurikulum yang dibentuk seharusnya sempurna dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar apa yang dirancangkan itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai individu. Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi pelajar dari aspek intelektual, jasmani, rohani dan sosial. Pembentukan potensi pelajar yang positif akan meningkatkan sahsiah diri yang cemerlang dari pelbagai sudut. Perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga penting dalam pembentukkan kurikulum di Malaysia. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama 2

Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Bermula pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, sebanyak 500 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk menguji keberkesanan KSSR. Daripada 500 buah sekolah itu, 50 buah sekolah telah diuji rintis dengan semua mata pelajaran, manakala bakinya hanya diuji dengan mata pelajaran terpilih sahaja. Dalam mencapai matlamat pendidikan seperti ini, kandungan kurikulum dapat dibahagikan kepada dua bahagian pertama: sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kedua: Aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan unit beruniform. Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah kurikulum yang dapat memupuk persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar seperti menghormati hak-hak individu dan kedaulatan Negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan ke arah penyelesaian konflik Negara dan global. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan taraf kerohanian, maruah, pandangn dan visi sedunia ke tahap yang tinggi dan sempurna. 3.0 TRANSFORMASI KURIKULUM 3.1 DEFINISI Dalam konteks transformasi kurikulum membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum: struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah. 4.0 KONSEP KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan 3

bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. 5.0 PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI DI SEKOLAH (LINUS) 5.1 PENGENALAN LINUS Program Literasi dan Numerasi adalah satu program yang dijalankan oleh banyak negara di dunia. Di Australia, Strategi Literasi dan Numerasi sedang berlangsung iaitu seperti yang dirangka bermula dari 2009 hingga 2013. Di Ireland Utara, Strategi Literasi dan Numerasi secara sistematik dilaksanakan secara berterusan dalam beberapa fasa selama 5 tahun. Walau bagaimanapun, di Malaysia, kohort pertama yang mengikuti program ini ialah 2010. Kemahiran literasi dan numerasi yang kukuh akan menentukan kejayaan seorang murid di sekolah dan dalam hidupnya. Jadi, sebelum murid menerima ilmu yang lebih mendalam, adalah sangat penting bagi struktur pendidikan dirangka untuk memastikan murid bersedia dengan asas literasi dan numerasi yang menjadi pengetahuan asas yang sangat penting.

Strategi-strategi telah dirangka bagi menjadi panduan kepada barisan kepimpinan sekolah dan guru-guru bagi memastikan program ini berjalan. Strategi-strategi ini digariskan dan menjadi rujukan kepada pelaksana kurikulum bagi memastikan tiada seorang murid pun tercicir dan mampu menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Tumpuan program ini tidak hanya tertumpu kepada murid tetapi juga kumpulan dewasa. Di England, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kebangsaan untuk Literasi dan Numerasi Dewasa telah ditubuhkan untuk menjalankan kajian dan projek pembangunan bagi meningkatkan literasi, numerasi, bahasa dan ilmu serta kemahiran yang berkaitan. Negara Malaysia melalui Wawasan 2020 , Falsafah Pendidikan Negara dan PIPP 20062010 menegaskan betapa pentingnya merapatkan jurang pencapaian diantara kanak kanak berdasarkan pelbagai latarbelakang. Malaysia mencapai kedudukan ke 45 antara 129 negara dunia mengamalkan prinsip Pendidikan untuk Semua. Malaysia tentunya kehadapan dalam memperjuangkan Aspirasi Pendidikan untuk Semua.Walau bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa masih terdapat 125,000 kanak Malaysia yang tiada di sekolah. Ini mungkin berkaitan dengan perbezaan bandar -luarbandar atau pendapatan ibubapa yang berbeza. Dengan demikian perlulah ada tindakan sosial dan aktiviti ekonomi yang boleh membantu ibubapa dan seterusnya mencapai matlamat dan hasrat Pendidikan untuk Semua. Satu daripada Minister Key Performance Indicators (MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas lierasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah (Tahun 1,2 dan 3). Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi dan numerasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui program Literasi dan Numerasi (LINUS). Pembentangan konsep National Key Results Areas (NKRA) kepada YAB Menteri Pelajaran pada 10 Ogos 2009 memutuskan bagi mencapai MPKI; 3.2: kemahiran guru dalam melaksanakan pemulihan dan bimbingan untuk mencapai literasi dan numerasi perlu ditingkatkan. LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di semua

sekolah rendah (Kohort Pertama) sebagai penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian deria, masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang khusus telah dibina. Dalam melaksanakan program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara pembelajaran masteri, ansur maju, didik hibur dan penggabungjalinan. Konsep tersebut dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran. Modul dihasilkan untuk membantu guru melaksanakannya bagi membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Modul LINUS memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Ia juga diguna pakai sebagai pencetus idea. Namun begitu, guru juga boleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang dicadangkan. Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru, pensyarah institusi pendidikan guru dan wakil bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang turut menyumbangkan idea dan kepakaran untuk menghasilkan modul ini. 5.2 DEFINISI LINUS LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy Screening. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). 6.0 KONSEP KURSUS KELESTARIAN PROGRAM LINUS NKRA 6.1 Literasi 6.1.1 Pengenalan

Kursus Kelestarian program LINUS NKRA Literasi ini bertujuan untuk membantu guru Literasi menggabungjalinkan kandungan pembelajaran modul Literasi (Asas 1, 2 dan 3) dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pengajaran dan pendekatan Literasi dan Numerasi (LINUS) sangat penting di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Ini kerana pada umur ketika inilah mereka berada pada tahap kritikal dan zon sensitif. Sebarang keterbantutan perkembangan sama ada dari segi fizikal, sosioemosi, jasmani, intelek dan kognitif pasti akan menyebabkan impak kepada masa depan kana-kanak itu sendiri. Beberapa langkah telah diambil sebagai tindak susul hasil daripada laporan Deloitte (PEMANDU, Laporan Pemeriksaan LINUS, 2011) iaitu: 1) Meningkatkan proses saringan dan peningkatan penguasaan literasi kepada 12 konstruk. 2) Pengurusan murid dan cabaran persekitaran yang lebih baik. 3) Menyelaras pelaksanaan modul LINUS dan kurikulum. 4) Peningkatan dalam usaha-usaha pemulihan yang berfokus. 5) Memastikan kapasiti dan keupayaan pengajaran dan pembelajaran. LINUS direka berdasarkan 12 konstruk asas literasi dan numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Semua instrumen saringan LINUS yang dibuat berdasarkan konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan (depth of content) yang akur dengan pekara yang dipelajari murid dalam tahun berkenaan. 6.1.2 DEFINISI LITERASI Menurut ACT Department of Education and Training (2007), literasi adalah keupayaan untuk membaca, menulis dan menggunakan bahasa yang ditulis dengan sesuai dalam pelbagai konteks untuk pelbagai tujuan dan untuk berkomunikasi dengan pelbagai khalayak. Membaca dan menulis apabila digabungkan dengan bertutur, mendengar, melihat dan berfikir secara kritikal merupakan aspek penting literasi dalam kehidupan serba moden ini. 12 Konstruk Literasi Konstruk 1 : keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. 7

Konstruk 2 : keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. Konstruk 3 : keupayaan membaca dan menulis suku perkataan suku kata terbuka. Konstruk 4 : keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. Konstruk 5 : keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. Konstruk 6 : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup "ng". Konstruk 7 : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong. Konstruk 8 : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding. Konstruk 9 : keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan berganding. Konstruk 10: keupayaan membaca dan menulis perkataan perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. Konstruk 11: keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. Konstruk 12: keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

6.1.3 DEFINISI NUMERASI MCEETYA Benchmarking Taskforce (1997) pula mendefinisikan numerasi sebagai keberkesanan penggunaan matematik untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan di sekolah, di rumah, dalam kerjaya dan dalam komuniti dan kehidupan sivik. 12 Konstruk Numerasi Konstruk 1: Keupayaan pranombor dan mengenal angka Konstruk 2: Keupayaan membilang Konstruk 3: Keupayaan memahami nilai nombor Konstruk 4: Keupayaan membuat seriasi Konstruk 5: Keupayaan mengenal mata wang Malaysia Konstruk 6: Keupayaan menyatakan waktu Konstruk 7: Keupayaan mengendalikan operasi asas 8

Konstruk 8: Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia Konstruk 9: Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan Isipadu Konstruk 10: Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya Konstruk 11: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat Konstruk 12: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

7.0 KONSEP MODUL LITERASI Terdapat empat teknik modul pengajaran literasi (pembacaan) yang dicadangkan dalam program LINUS. Berikut dicadangkan prosedur bagi setiap teknik tersebut. i. Teknik Pengulangan Konsep penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengaplikasikan konsep pengulangan ini iaitu apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata, guru akan meminta murid mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul dan jelas. Cadangan teknik pengulangan yang boleh dijalankan dijalankan adalah seperti prosedur di bawah:

i. Teknik Pengulangan Tempoh P&P 80 minit SET INDUKSI Set induksi berkaitan pengajaran Tempoh P&P 60 minit

LANGKAH 1 Membaca suku kata secara pengulangan

LANGKAH 1 Membina suku kata dan membaca suku kata secara pengulangan

LANGKAH 2 Membina suku kata dan mengeja suku kata secara latih tubi LANGKAH 2 Membina perkataan dan membaca secara latih tubi

LANGKAH 3 Membaca perkataan secara latih tubi LANGKAH 3 Membaca perkataan secara pengulangan LANGKAH 4 Mengeja dan membunyikan perkataan

LANGKAH 4 Membuat latihan pengukuhan

LANGKAH 5 Membuat latihan pengukuhan dengan memberikan murid lembaran kerja

PENUTUP Penguasaan teknik pengulangan 10

ii. Kaedah ansur maju Kaedah ansur maju merupakan kaedah murid mempelajari kemahiran menulis secara beransur-ansur yang bermula dengan langkah paling asas dan kemudian beralih kepada langkah yang paling sukar. Tempoh P&P 80 minit SET INDUKSI Set induksi berkaitan pengajaran Tempoh P&P 60 minit

LANGKAH 1 Membaca kad huruf

LANGKAH 1 Mengeja huruf dan membina perkataan

LANGKAH 2 Memilih kad suku kata

LANGKAH 2 Membina dan membaca suku kata dengan betul

LANGKAH 3 Memperkenalkan perkataan dari suku kata

LANGKAH 3 Membina perkataan berdasarkan gambar

LANGKAH 4 Latihan mengeja perkataan

LANGKAH 4 Menulis perkataan secara imlak

LANGKAH 5 Membuat latihan pengukuhan dengan memberikan murid lembaran kerja

LANGKAH 5 Membuat latihan pengukuhan dengan memberikan murid lembaran kerja

PENUTUP Penguasaan teknik ansur maju

11

Teknik ini mencadangkan agar murid diajar mengenal huruf terlebih dahulu, kemudian murid akan diajar dengan suku kata terbuka dan tertutup, dan akhirnya aras yang sukar iaitu membaca dan memahami ayat mudah. iii. Teknik didik hibur Teknik didik hibur dapat menarik minat murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Malah murid lebih memahami dan mengingat apa yang sedang dipelajarinya itu. Aktiviti didik hibur seperti nyanyian, melukis dan mewarna, permainan bahasa dan multimedia dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran asas membaca dengan baik.

Tempoh P&P 80 minit

SET INDUKSI Set induksi berkaitan pengajaran

Tempoh P&P 60 minit

LANGKAH 1 Membaca suku kata

LANGKAH 1 Menghayati lagu yang diperdengarkan

LANGKAH 2 Menghayati lagu yang diperdengarkan LANGKAH 3 Menyanyi lagu berkaitan P&P

LANGKAH 2 Menghayati lagu yang diperdengarkan

LANGKAH 3 Menyanyi lagu berkaitan P&P

LANGKAH 4 Membina dan membaca perkataan LANGKAH 5 Membuat latihan pengukuhan dengan memberikan lembaran kerja

LANGKAH 5 Membuat latihan pengukuhan dengan memberikan lembaran kerja

PENUTUP Penguasaan teknik didik hibur 12

iv. Teknik Pengabungjalinan Tempoh P&P 80 minit SET INDUKSI Set induksi berkaitan pengajaran Tempoh P&P 60 minit

LANGKAH 1 Membaca suku kata tertutup

LANGKAH 1 Membaca suku kata tertutup

LANGKAH 2 LANGKAH 2 Membina suku kata tertutup Membina perkataan

LANGKAH 3 Aktiviti yang dijalankan digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain

LANGKAH 3 Aktiviti yang dijalankan digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain

LANGKAH 4 Membuat pergerakan berdasarkan perkataaan yang dibaca

LANGKAH 5 Membuat latihan pengukuhan dengan memberikan murid lembaran kerja

LANGKAH 4 Membuat latihan pengukuhan dengan memberikan murid lembaran kerja

PENUTUP Penguasaan teknik penggabungjalinan 13

Setiap teknik pengajaran mempunyai kelebihan atau kekuatan yang tersendiri. Teknik pengulangan, ansur maju, didik hibur, dan penggabungjalinan digunakan dengan andaian bahawa teknik-teknik ini dapat meningkatkan pencapaian membaca murid. Adalah penting kajian sistematik dijalankan oleh para penyelidik bagi mengenalpasti keberkesanan teknik pengajaran yang berorientasikan gaya pembelajaran kanak-kanak dalam pengajaran asas membaca. Penerapan teknik asas membaca perlu dirancang, disusun dan ditakbirkan dengan baik agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan serta dapat mewujudkan suasana seronok dalam kelas. Pembuat dasar yang terlibat dengan penyusunan kurikulum Perkembangan Bahasa Melayu untuk mengimplimentasikan modul pengajaran berorientasikan teknik asas membaca yang berkesan dan kukuh dalam Bahasa Melayu, khususnya dari aspek kaedah asas membaca. Secara tidak langsung, ia membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran guru khususnya bagi mata pelajaran Perkembangan Bahasa Melayu Murid LINUS tahun 1 dalam aspek teknik asas membaca.

8.0 KONSEP MODUL NUMERASI PENDEKATAN NUMERASI DALAM PEMBINAAN MODUL Disarankan guru melaksanakan pengajaran dengan menekankan pendekatan yang dicadangkan. a. Pendekatan numerasi secara pembelajaran masteri: Pastikan bahawa murid mempunyai pengetahuan asas yang kukuh sebelum memperkenalkan kemahiran yang baru. Murid yang belum dapat menguasai sesuatu kemahiran perlu diajar semula, khusus untuk memperbetulkan ketidakfahaman mereka. Walau bagaimanapun, pengajaran semula ini harus menggunakan strategi yang berbeza dari pengajaran sebelumnya. b. Pendekatan ansur maju (berperingkat): Perkenalkan konsep matematik bermula daripada perkara yang senang kepada yang susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada kontekstual kepada konstruktif. c. Pendekatan didik hibur: Perlu diingat murid yang mengikuti program ini adalah murid yang perlukan perhatian yang lebih khusus. Bagi membolehkan mereka berminat dalam pembelajaran, aktiviti yang disampaikan perlu menggunakan pendekatan yang menarik, melalui cara penyampaian yang paling berkesan. Konsep didik hibur melalui nyanyian, permainan dan penggunaan bahan manipulatif yang menarik disarankan untuk diaplikasi dalam pengajaran. d. Pendekatan penggabung jalinan kemahiran: Guru perlu menggabungjalinkan suatu kemahiran dengan kemahiran yang lain mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, dalam tajuk Wang Hingga RM10 kemahiran menambah dan menolak harus diaplikasi. 8.1 Konstruk 1 Kebolehan mengenal angka secara lisan dan penulisan Penerangan. Mengenal angka ialah pengetahuan asas kebolehan numerasi. Untuk murid mengenal angka, dua kaedah digunakan iaitu secara lisan dan penulisan dalam bentuk rawak.

14

9.0 ISU PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) Menurut analisis TIMSS, 2007 menunjukkan bahawa pencapaian sederhana pelajar Malaysia yang berada di tempat ke-20 daripada 49 buah negara yang telah mengambil bahagian,

dengan Singapura menduduki tempat pertama. didapati pelajar kurang mahir dalam menjawab soalan-soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi seperti penaakulan secara logik. peperiksaan semata-mata tanpa menjadikan keupayaan berfikir sebagai fokus pengajaran pu kepada mendengar penjelasan, tafsiran dan huraian oleh guru, melakukan hafalan, mengingat, melakukan latih tubi serta menerima huraian konsep yang dipelajari tanpa sebarang curiga apatah lagi untuk menolak atau mempertikaikan maklumat yang disampaikan oleh guru kerana autoriti ilmu yang dimiliki oleh guru (Fadzil, 2008)

kurang berkesan untuk memperkembangkan tahap penaakulan kepada pemikiran aras tinggi (Hamidah & Merza, 2001: Syed Anwar & Merza, 2000). Isu 1: Terdapat guru pemulihan yang mengajar kelas arus perdana. Isu 2: Terdapat guru yang bukan opsyen mengajar Tahun satu. Isu 3: Terdapat pentadbir sekolah yang melantik guru yang bermasalah sebagai guru pemulihan atau guru LINUS. Isu 4: Guru tidak menyedari terdapat murid LINUS di dalam kelas. Isu 5: Tiada penerapan dan pemantauan berfokus untuk program LINUS daripada pihak pentadbiran. Isu 6: Kekurangan guru terlatih. Isu 7: Guru-guru baru kurang pengalaman untuk mengajar Tahap 1.

15

Isu 8: Bahasa Melayu tidak dijadikan sebagai bahasa ibunda. Penguasaan Bahasa Melayu yang lemah. Isu 9: Masalah ponteng bagi murid-murid Linus dan Linus Tegar. Isu 10: Kurang kerjasama daripada ibu bapa dalam menangani kes OKU.

9.1 FAKTOR ISU PROGRAM LINUS Ketidakfahaman pentadbir sekolah terhadap peranan sebenar guru pemulihan. Kekurangan guru opsyen di sekolah Pentadbir sekolah meletakkan guru opsyen untuk mengajar Tahap 2. Pentadbir mahukan guru yang terbaik untuk mengajar Tahap 2. Guru tidak menerima maklumat berkenaan status murid daripada guru sebelumnya. Kecairan maklumat berkaitan program LINUS kepada pihak pentadbir. Penempatan guru terlatih boleh berbahasa Tamil atau Cina tidak mencukupi. Kurang pendedahan tentang teknik pengajaran yang berkesan. Menggunakan bahasa ibunda di rumah. Kurang kesedaran tentang kepentingan pendidikan. Malu untuk mengakui kekurangan yang ada pada anak mereka.

Masalah Kemahiran Membaca dan Implimentasi Program Linus Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran penting yang diajar di sekolah. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid iaitu, kemahiran membaca, kemahiran menulis, dan kemahiran lisan. Kemahiran membaca merupakan asas dan keperluan utama untuk memahami mata pelajaran lain. Hasnah Awang dan Habibah Mohd Samin (2010), murid perlu didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Amiruddin Khakim dan Haridth Rozhan (2011), menyatakan bahawa membaca merupakan satu amalan penting untuk memperolehi maklumat dan ilmu pengetahuan. Membaca adalah satu proses yang perlu dilakukan oleh semua golongan tanpa mengira umur, darjat, dan pangkat. Lebih penting dari itu, kebolehan murid membaca pada peringkat awal lagi perlu dipastikan. 16

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca terdapat pelbagai masalah yang dihadapi guru khususnya dalam kalangan murid pemulihan. Antara masalah utama murid pemulihan yang dikenal pasti ialah keupayaan berfikir yang rendah, tidak dapat memberi tumpuan yang lama, tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata, kurang membaca, tidak dapat galakan untuk membaca, kurang motivasi dalaman, dan murid tidak memahami apa yang dibaca. Masalah ini menyebabkan mereka lambat memahami kehendak soalan dan menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan menjawab tanpa membaca soalan. Pendapat ini disokong oleh Marohaini Yusoff (1999), faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan murid dalam aspek intelektual adalah seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan pengalaman sedia ada (Amiruddin Khakim dan Haridth Rozhan, 2011). Menurut beliau lagi, faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan murid dalam aspek psikologi adalah seperti minat, motivasi, dan konsep diri. Minat dan motivasi memainkan peranan yang amat besar bagi memupuk kebolehan membaca dalam kalangan pelajar. Kemahiran membaca memerlukan pembelajaran berterusan untuk memahirkan seseorang pelajar dengan huruf-huruf dan struktur ayat. Maka, minat dan motivasi amat diperlukan seseorang pelajar untuk menyemai minat membaca. Selain itu, teknik pengajaran guru tidak berkesan juga salah satu punca murid tidak berminat untuk menguasai kemahiran membaca dari awal usia lagi. Amiruddin Khakim dan Haridth Rozhan (2011), menjelaskan bahawa guru perlu peka terhadap persekitaran yang berlaku di sekeliling murid supaya dapat menerapkan minat membaca dari awal usia lagi. Guru perlu mencari kaedah pengajaran yang sesuai agar murid seronok dan berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan Ekoran daripada ujian saringan LINUS untuk murid-murid Tahun 1, ujian pelepasan untuk murid pemulihan khas Tahun 2 dan 3 serta PROTIM untuk murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 didapati peratusan yang gagal dalam ujian-ujian yang ditetapkan amat membimbangkan pihak sekolah. Oleh sebab itu, program LINUS ini dibentuk bagi tujuan mengatasi masalah murid yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis khususnya dalam kalangan murid Tahun 1. Memahami teknik mengajar membaca menggunakan modul LINUS sangat penting kerana kebolehan membaca murid Tahun 1 bergantung kepada sejauhmana teknik tersebut diaplikasikan dengan berkesan oleh guru. Oleh itu, ketepatan dan kesesuaian aplikasinya perlu dititikberatkan.

17

Strategi Untuk Mencapai Sasaran Literasi Dan Numerasi

Bagi mencapai sasaran ini, kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperoleh kemahiran asas literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagimeningkatkan tahap literasi dan numerasi murid dihuraikan seperti berikut:

Proses Saringan Saringan dijalankan tiga kali setahun iaitu pada bulan mac, jun dan september bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan. Murid tersebut akan mengikuti program LINUS atau program pendidikan khas.

Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Modul ini berasaskan beberapa konsep dan membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, pengabungjalinan dan pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai salinan kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.

Pengukuhan Amalan Pedagogi Menyedari kekurangan guru pakar dalam pengajaran asas literasi dan numerasi, latihan guru secara insentif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan padagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Membina Komitmen Bagi Semua Pihak Berkepentingan Program dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajar Daerah, Guru Besar, Ibubapa, persatuan guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan program LINUS.

Memantau Dan Menyelia

18

Pemantauan dan penyeliaan secara insentif akan membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemehan seterusnya melakukan proses penambahbaikan.

FasiLINUS Di Peringkat Daerah Merupakan pegawai FasiLINUS yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru literasi dan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah di bawah seliaannya.

http://www.slideshare.net/norizaamat/laporan-kssr http://www.sinarharian.com.my/gtp-transformasi-sistem-pendidikan-untuk-lebih-gemilang-1.37265 http://www.scribd.com/doc/23981538/LINUS-KONSEP-LITERASI http://pembelajaranlinus.blogspot.com/ http://www.slideshare.net/nasyirin/linus-16825109 http://www.slideshare.net/hadimiza/literasi-dan-numerasi-asgmt http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2011/04/11/nkra-pendidikan-menjadi-keutamaan-dalamprogram-transformasi-ekonomi/ http://educ.utm.my/wp-content/uploads/2013/11/4.pdf

19

Anda mungkin juga menyukai