Anda di halaman 1dari 30

Topik

4
1. 2. 3. 4. 5.

Dinamika Sekolah

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menjelaskan konsep sumber organisasi; Menganalisa pengurusan atasan; Mengenal pasti staf akademik, staf sokongan dan pekerja am; Mengenal pasti unsur-unsur dalam organisasi dari segi sistem dan peraturan, iklim dan budaya serta kepimpinan; dan Menghuraikan stail kepimpinan dari segi demokratik, autokratik dan laissez-faire.

X PENGENALAN
Selamat bertemu kembali dalam Topik 4. Topik ini akan membincangkan sumber organisasi dari segi input, proses dan output. Sumber organisasi terdiri daripada aspek fizikal, prasarana, pengetua, guru, pelajar dan kakitangan sekolah. Aspek proses pula merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran, sistem dan peraturan, iklim dan budaya dan kepimpinan. Kepimpinan dalam proses organisasi terbahagi kepada tiga stail kepimpinan iaitu demokratik, autokratik dan laissez-faire. Umumnya, aspek sumber organisasi dan aspek proses mempunyai satu output utama iaitu pelajar yang berjaya dalam akademik, berkemahiran dan berakhlak baik. Topik ini mempunyai tiga bahagian iaitu: 1. Sumber organisasi yang merangkumi pengurusan atasan yang terdiri daripada pengetua sekolah, staf akademik yang terdiri daripada guru sekolah, staf sokongan dan pekerja am dan pelajar-pelajar sekolah rendah atau menengah;

82

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

2.

Unsur-unsur organisasi yang meliputi sistem dan peraturan, iklim dan budaya serta kepimpinan; dan Stail kepimpinan iaitu demokratik, autokratik dan laissez-faire.

3.

4.1

SUMBER ORGANISASI

Sebelum berbincang dengan lebih lanjut, kita akan menyusuri dahulu konsep sumber organisasi. Kita juga akan melihat persekitaran di sekolah, kuasa dan politik di sekolah, pengajaran dan pembelajaran di sekolah, komunikasi di sekolah, kepakaran profesionalisme, kepimpinan di sekolah serta kehadiran ke sekolah.

Rajah 4.1: Sekolah sebagai sumber organisasi

(a)

Konsep Sumber Organisasi Kita akan mulakan dengan melihat konsep sumber organisasi. Konsep sumber organisasi adalah sekolah sebagai satu organisasi yang formal yang di dalamnya terdapat input iaitu pengetua, guru, staf sokongan, pekerja am dan pelajar, komputer, peralatan, prasarana, material dan padang. Setiap individu dalam sekolah adalah kunci dalam elemen sistem sosial di sekolah. Pelajar, guru dan pengetua mempunyai keperluan, matlamat dan kepercayaan masing-masing untuk membangunkan intelek dan menguruskan peranan masing-masing. Sekolah bertanggungjawab membentuk tingkah laku mereka yang berada di sekolah. Pengetua, guru dan pelajar akan bekerja keras jika mereka percaya kejayaan akan diperoleh

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

83

dengan kesanggupan dan usaha untuk memperbaiki kelemahan masingmasing. Setiap ahli dalam organisasi mempunyai kemanjuran (efficacy) kendiri yang teguh untuk bertindak untuk memantapkan organisasi sekolah. Berikut adalah sumber input yang diusahakan oleh pihak atasan dalam menyediakan kemudahan pelajar: (i) (ii) Makmal komputer; Kelas yang dibersihkan;

(iii) Kurikulum disediakan dan buku teks disuruh pinjam atau beli; (iv) Sekolah tempat belajar tidak boleh atau boleh pilih; (v) Guru yang mengajar mendapat latihan di peringkat profesional;

(vi) Bas sekolah diberi permit membawa pelajar ulang alik ke sekolah dan rumah; (vii) Kantin sekolah untuk makan pagi dan tengah hari disediakan; (viii) Jadual waktu belajar disediakan dan pelajar belajar di kelas yang diperuntukkan sehingga cukup setahun; (ix) Perkhidmatan kesihatan disediakan untuk imunisasi yang wajib kepada pelajar seluruh negara; (x) Personaliti guru;

(xi) Iklim terbuka autentik; (xii) Pencapaian pelajar yang tinggi; (xiii) Harapan guru yang tinggi; dan (xiv) Disiplin pelajar yang tinggi. (b) Persekitaran di Sekolah Sekolah adalah sistem terbuka yang perlu disesuaikan dengan perubahan dan keperluan semasa. Sekolah perlu disesuaikan dengan keperluan ekonomi, politik, perkembangan teknologi, operasi dalaman sekolah dan masalah serta permintaan ibu bapa. Sekolah juga menerima tekanan. Output sekolah adalah pencapaian pelajar sebagai indikator organisasi dan boleh dinilai dari segi kualiti sekolah. Output adalah sebahagian dari pendekatan sistem elemen yang mustahak. Input adalah proses transformasi dalam sistem sekolah yang menentukan kualiti dan keberkesanan sistem sekolah.

84

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

Proses termasuk pengurusan, pentadbiran, sistem, peraturan, iklim, budaya dan kepimpinan pengetua. Setiap ahli dalam organisasi perlu mematuhi peraturan, regulasi, hierarki dan bahagian tertentu untuk mencapai matlamat organisasi. Sekolah sebagai sistem kemanusiaan merupakan sebahagian daripada elemen input. Sekolah sebagai satu sistem kemanusiaan yang sangat berpengaruh bukan sahaja kepada orang yang bekerja dan kepada orang yang belajar tetapi juga kepada komuniti dan dan masyarakat. Setiap individu hadir ke sekolah untuk tujuan matlamat pembelajaran yang hampir sama. Namun begitu sinergi perkembangan adalah berbeza. Sebab dan kesan pembelajaran juga adalah tidak sama. (c) Kuasa dan Politik di Sekolah Kuasa politik boleh mempromosi perubahan dalam organisasi sekolah. Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Pengajaran dan pembelajaran adalah wajib di sekolah dan ini merupakan proses asas dalam mengejar misi sekolah. Pembelajaran pelajar di sekolah bertujuan untuk mencapai perubahan dalam tingkah laku dan tabiat. Dalam pembelajaran, ia lebih mementingkan perkara berikut: (i) (ii) Kemahiran; Tabiat;

(d)

(iii) Berfikir; (iv) Mengingat; (v) Penyelesaian masalah;

(vi) Konstruktif; (vii) Aktiviti; (viii) Fonik berbanding dengan pembacaan keseluruhan; (ix) Kemahiran asas berbanding pemikiran kritis; (x) Instruktur terus atau discovery;

(xi) Pengetahuan asas berbanding pengetahuan autentik; dan (xii) Konstruktif atau behavioris. (e) Komunikasi di Sekolah Interaksi verbal dan bukan verbal adalah meliputi aspek kehidupan di sekolah. Komunikasi yang baik adalah interaksi yang dapat menyampaikan maklumat bermakna. Komunikasi juga dapat memperlihatkan karektor diri

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

85

mereka yang berkomunikasi, kerana komunikasi adalah proses yang dinamik dan satu kesinambungan dan sangat berpengaruh dalam proses tranformasi dan elemen persekitaran sistem sosial. Mesej dapat disampaikan melalui saluran yang formal dan infomal dan memenuhi matlamat organisasi. Komunikasi dua hala memberi manfaat seperti berikut: (i) (ii) Pertukaran idea dan kritikan; Sumbangan nasihat;

(iii) Mengatasi masalah; (iv) Sokongan moral kepada penyertaan individu; (v) Kesihatan mental dan emosi;

(vi) Hormat menghormati; (vii) Mengurangkan sekatan mental; (viii) Mengurangkan kebimbangan; (ix) Mengesan kesilapan yang dilakukan; (x) Memotivasi penyertaan ahli dalam memperoleh kepakaran dan esteem; memberi cadangan dan

(xi) Menolong membuat pemilihan idea untuk pelan induk; dan (xii) Mengkoordinasikan hierarki dalam organisasi supaya terdapat saliran terbuka. (f) Kepakaran Profesionalisme Guru mempunyai kepakaran dalam profesionalisme mereka. Walau bagaimanapun mereka sering menghadapi kekangan konflik dalam aspek birokratik dan autonomi kawalan sosial. Keprofesionalan seseorang guru tetap tertakluk kepada kuasa struktur organisasi dalam melakukan sebarang inisiatif dan tindakan. Dalam iklim organisasi ini setiap ahli perlu meminimumkan konflik dengan pihak pengurusan atasan. Cara terbaik dalam menangani konflik yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengimbangkan kepakaran profesionalisme dengan autoriti pihak atasan. Kepimpinan di Sekolah Teori kontingensi (Fiedler, 1984) menerangkan hubung kait antara tret, situasi, tingkah laku dan keberkesanan mengikut situasi. Kepimpinan di sekolah sangat kompleks. Kepimpinan pengetua bukan sebagai aktiviti tingkah laku tetapi simbolik dan budaya organisasi di sekolah.

(g)

86

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

Dalam pendekatan integrasi, sekolah dianggap penting kerana pelajar, kualiti guru, pengetua, keharmonian dalaman, daya usaha, pencapaian pelajar, kepuasan kerja dan secara keseluruhan menggambarkan kualiti dan keberkesanan organisasi. Sekolah mempunyai nilai kepercayaan dan harapan. Menurut Sergiovanni (1996), sekolah mempunyai komuniti yang sangat berpengaruh dalam menentukan hala tuju sesebuah sekolah seperti berikut: (i) Keterlibatan di kalangan ahli lebih ditekankan daripada kesetiaan dan kepatuhan kepada organisasi. Kaedah komunikasi lebih menjurus kepada penyaluran maklumat dan nasihat daripada keputusan pihak atasan.

(ii)

(iii) Arah komunikasi bersifat lebih mendatar di kalangan ahli daripada lebih bersifat rujukan. (iv) Tingkah laku individu lebih condong kepada kebaikan semua pihak dalam menentukan perkembangan organisasi. (h) Kehadiran adalah Wajib Semua pengetua, guru, pelajar, staf sokongan, pekerja am wajib berada di sekolah mengikut waktu yang ditetapkan. Semua pelajar mesti pergi sekolah sehingga berumur 16 tahun. Sekolah mempunyai sistem terbuka. Setiap individu bebas berjumpa pengetua atau guru besar mengikut keperluan mereka tanpa sekatan. Sekolah adalah komuniti yang mendukung harapan komuniti dan masyarakat dalam mengamalkan norma budaya untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis. Output organisasi adalah matlamat dan tugasan dalam organisasi sekolah yang dicapai oleh para pelajar supaya cemerlang dari segi akademik, kemahiran dan akhlak yang mulia.

4.1.1

Pengurusan Atasan

Konsep pengurusan atasan bermaksud pengetua adalah kuasa paling tinggi di peringkat sekolah akan menerima arahan pengurusan dan pentadbiran daripada Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Arahan selalunya berbentuk penulisan termasuk surat pekeliling daripada Kementerian dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk dilaksanakan di sekolah. Kedudukan pengetua digambarkan dalam Rajah 4.1.

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

87

Tanggungjawab pengetua adalah seperti berikut: (a) Pengetua perlu mengutamakan tugas dan tanggungjawab terhadap guru, staf sokongan dan pelajar daripada kepentingan diri sendiri. Pengetua akur kepada arahan Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian. Penerimaan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada sistem organisasi. Kesetiaan dan dedikasi terhadap sistem keguruan. Mengamalkan disiplin diri dan kerja yang telah diselaraskan oleh kementerian. Pengetua perlu memberi identiti kepada ahli organisasi dan meletakkan kepentingan organisasi lebih utama daripada diri sendiri. Pengetua perlu menstabilkan sistem sosial khususnya di dalam usaha mengekalkan keharmonian hubungan di kalangan ahli organisasi. Menjadi pembentuk tingkah laku ahli-ahli dalam organisasi menjamin.

(b) (c) (d) (e)

(f)

(g) (h)

Sebagai rumusan, pengetua adalah bertanggungjawab untuk perkara berikut: (a) (b) (c) (d) Keselamatan dan keselesaan semua warga sekolah; Mengenal pasti kualiti pembelajaran pelajar; Perlu respon kepada harapan dan harapan ibu bapa; dan Perlu kekalkan atau meningkatkan pencapaian ahli pelajar dalam organisasi.

SEMAK KENDIRI 4.1


1. Staf akademik adalah para guru yang mengajar di sekolah mengikut arahan guru besar. Apakah tanggungjawab seorang guru? Apakah bidang kuasa guru selain mengajar?

2.

88

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

4.1.2

Staf Akademik

Konsep staf akademik adalah guru-guru yang mengajar mengikut mata pelajaran masing-masing. Struktur pentadbiran staf akademik berada di bawah Unit Kurikulum di bawah pengawasan unit tersebut. Lihat struktur staf akademik atau guru-guru seperti yang tertera pada Rajah 4.2 di bawah.

Rajah 4.2: Struktur staf akademik

Guru merupakan staf akademik yang mempunyai ilmu pengetahuan mengikut pengkhususan mata pelajaran masing-masing. Mereka lazimnya dan telah mendapat latihan secara profesional sama ada di maktab atau universiti. Mereka menguasai dan memahami isi kandungan mengikut bidang mata pelajaran mereka. Pengajaran mereka mampu mengubah kehidupan manusia. Guru mempunyai kelayakan untuk mendemonstrasikan pengetahuan dan kompeten mengikut kehendak perkembangan dalam pendidikan masa kini. Guru sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan. Guru-guru yang belum memperolehi kelayakan tersebut perlu bertindak untuk melengkapkan diri ke arah itu. Perkara yang perlu dikongsi antara guru dan pelajar adalah idea untuk membentuk individu supaya sentiasa mencapai yang terbaik. Perkara yang boleh dikongsi bersama antara guru dan pelajar adalah seperti berikut: Berikut adalah tugas guru di sekolah: x Guru mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam pengajaran, pembelajaran dan penilaian pelajar. Guru boleh memilih strategi yang disukai sama ada strategi guru, pelajar ataupun bahan. Ini terpulang kepada kebijaksanaan guru membentuk pelajar dalam memaksimumkan pembelajaran.

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

89

Guru dibayar perkhidmatannya oleh Kementerian Pelajaran mengikut permulaan hingga kekanannya dalam perkhidmatan. Dalam profesion ini guru lebih menyumbang kepada kerja kebajikan demi pencapaian prestasi pelajar dari segi akademik dan kemahirannya. Guru menyempurnakan tugasnya bukan untuk sehari sahaja tetapi meninggalkan pengalaman dan ilmu kepada pelajar untuk mereka bertindak sepanjang kehidupan mereka. Guru berperanan dalam penambahan nilai-nilai intelektual organisasi sekolah. Ini dapat dibuktikan melalui usaha guru yang gigih untuk memotivasikan pelajar supaya memperoleh keputusan prestasi akademik yang cemerlang di sekolah. Guru mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh. Komitmen Guru terhadap Pelajar Berikut adalah komitmen guru terhadap pelajar: (i) Guru perlu membantu merealisasikan potensi setiap pelajar agar dapat menyumbang dengan berkesan kepada masyarakat. Guru perlu sempurna. melaksanakan tanggungjawab mengajar dengan

(a)

(ii)

(iii) Guru mesti berusaha untuk memberi perlindungan kepada pelajar. (iv) Guru tidak sepatutnya berniat menjatuhkan maruah pelajar di khalayak ramai. (v) Guru menerima pelajar tanpa mengira bangsa, warna kulit, jantina, taraf perkahwinan, ibu bapa, politik atau agama, kepercayaan keluarga, sosial dan budaya.

(vi) Guru tidak sepatutnya mengambil kesempatan ke atas pelajar. (b) Komitmen Guru terhadap Profesion (i) Guru dilarang melakukan kesalahan jenayah dan melanggar undangundang. Guru tidak menyalahgunakan maklumat kelayakan.

(ii)

90

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

(iii) Guru dapat menguasai mata pelajaran dan dapat mencapai objektif pembelajaran yang bermakna. (iv) Guru dapat memahami perbezaan invidu dan membangunkan pemikiran pelajar dan penyelesaian masalah mereka. (v) Guru dapat mewujudkan suasana dan persekitaran yang membentuk interaksi sosial yang positif dan motivasi kendiri bagi pelajar.

(vi) Guru menggunakan verbal dan bukan verbal yang berkesan, teknik komunikasi serta aktiviti inkuiri, kolaboratif dan interaksi sebagai sokongan dalam bilik darjah. (vii) Guru merancang dan mengurus pengetahuan berdasarkan mata pelajaran yang diajar, kebolehan pelajar dan komunti mereka. (viii) Guru menggunakan penilaian yang formal dan informal dari segi perkembangan intelektual, sosial dan fizikal. (ix) Guru hendaklah menjadi pengamal reflektif memperkembangkan peluang untuk menilai diri sendiri. (x) dalam

Guru perlu berkomunikasi dengan ibu bapa dan keluarga untuk menyokong pembelajaran pelajar.

Peranan yang berkesan dalam profesionalisme akan memberi sokongan padu dalam pembelajaran pelajar. Guru boleh mengesan punca kegagalan pelajar, penolakan sosial dan gangguan emosi. Seterusnya guru dapat membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran serta dapat membantu pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku. Seseorang guru sangat perlu melalui satu proses profesionalisme dalam kerjaya mereka iaitu mengetahui, bertindak, menilai dan mengenal pasti peluang yang meningkatkan profesionalisme. Guru hari ini menghadapi pelbagai cabaran dan kebanyakannya berkaitan dengan isu sosial (Rajah 4.3). (c) Bagaimana Guru Dapat Membantu Pelajar dari Keciciran Guru boleh menjadi mentor atau tutor kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri dan menolong pelajar berisiko tinggi dengan cara-cara seperti berikut: (i) (ii) Melaksanakan penglibatan ibu bapa dalam program di sekolah. Mendengar masalah pelajar.

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

91

(iii) Mengenal pasti (empati) perasaan pelajar dan mendapat maklum balas. (iv) Membantu pelajar berfikir untuk diri sendiri. (v) Berdepan dengan tingkah laku yang negatif.

(vi) Memberi maklumat yang diperlukan. (vii) Mencegah kemalangan di kalangan pelajar. (viii) Mencegah vandalisme dan pembunuhan. (ix) Mencegah gejala buli.

Rajah 4.3: Cabaran guru dalam isu sosial

SEMAK KENDIRI 4.2


1. 2. Huraikan tanggungjawab guru terhadap pelajar. Bagaimanakah guru dapat membantu pelajar yang berisiko tinggi?

92

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

4.1.3

Staf Sokongan

Konsep staf sokongan meliputi kakitangan sokongan dan pekerja am yang menguruskan bahagian pentadbiran dan bahagian kewangan untuk pengetua dan guru-guru serta semua ahli dalam organisasi sekolah. Tindakan yang perlu diambil oleh pihak staf sokongan akan mempengaruhi produktiviti sesebuah sekolah. (a) Objektif Staf Sokongan Objektif staf sokongan adalah seperti berikut: (i) Memastikan semua rekod kualiti didaftarkan dan diselenggarakan mengikut tatacara pengurusan rekod-rekod kualiti supaya mudah dikesan. Memastikan urusan perkhidmatan dan perjawatan staf dapat dilaksanakan tepat mengikut tarikh.

(ii)

(iii) Memastikan keceriaan kawasan. (iv) Menguruskan semua perkara serta melaksanakannya dengan sempurna, teratur dan kemas kini dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut arahan Perintah Am, Arahan Perkhidmatan, Arahanarahan, dan pekeliling yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Sasaran kerja staf sokongan adalah untuk memastikan organisasi sekolah berjalan lancar. Sasaran kerja staf sokongan perlu dikemaskinikan supaya jentera organisasi sekolah dapat berjalan lancar tanpa rungutan dan rasa tidak puas hati di kalangan guru-guru. Rajah 4.4 menunjukkan carta staf sokongan.

Rajah 4.4: Carta staf sokongan

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

93

Jadual 4.1 menunjukkan sasaran kerja staf sokongan.


Jadual 4.1: Sasaran Kerja Staf Sokongan Sasaran Kerja Staf Sokongan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Urusan penerimaan dan penyerahan surat untuk tindakan dalam masa 2 hari dari tarikh diterima. Memasukkan surat yang diterima dalam tempoh 3 hari. Proses pinjaman kerajaan dalam tempoh 4 hari. Kemas kini senarai perjawatan staf dalam tempoh 6 bulan atau mengikut keperluan semasa. Kemas kini Sistem Maklumat Pengurusan (SISPEN) dari semasa ke semasa. Kemas kini Buku Perkhidmatan dan Cuti. Proses kenaikan pangkat PPP Siswazah Time-base dalam tempoh 3 bulan sebelum bulan April dan Jun setiap tahun. Kertas Pesaraan staf diproses dalam tempoh 6 bulan hingga setahun sebelum tarikh pesaraan. Proses urusan pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh 4 bulan sebelum tarikh pengesahan pegawai.

10. Penyata perubahan pendapatan (Kew 8-Pin 10/96) bagi kenaikan gaji tahunan pegawai disediakan 2 bulan sebelum tarikh kenaikan gaji pegawai. Bagi kes lain adalah satu minggu selepas surat diterima. 11. Menjalankan aktiviti gotong-royong bagi membantu meningkatkan keceriaan persekitaran kawasan tempat bekerja.

Tugas staf sokongan dalam bahagian pentadbiran sekolah melibatkan tenaga manusia,gaya pengurusan, persekitaran kerja, teknologi, bahan, kelengkapan modal, komunikasi, pengukuran dan penentuan standard. Tugas-tugasan tanggungjawab staf sokongan diperjelaskan dalam aspek menguruskan perkhidmatan guru, staf sokongan, pekerja am dan pelajar sekolah dan lain diterangkan seperti berikut (lihat Jadual 4.2).

94

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

Jadual 4.2: Tanggungjawab dan Tindakan Staf Sokongan di Sekolah


Tanggungjawab Staf Sokongan 1. Tenaga manusia x x x x x x x x x 2. Gaya pengurusan x Tindakan Pihak Staf Sokongan Mengurus gaji dan pembayaran gaji guru dan staf sokongan dan pekerja am. Mewujudkan nilai-nilai yang positif: nilai murni Tonggak 12 Menghasilkan kerja yang cemerlang: cepat dan tepat. Mewujudkan komunikasi yang berkesan dalam setiap jabatan dan panitia yang ada di sekolah. Menguruskan standard prestasi dan gaji guru. Mengurus prosedur cuti guru dan staf sokongan. Memudahkan sistem dan prosedur kerja yang ada: cuti dan jenis cuti dan pengurusan borang cuti. Mewujudkan struktur organisasi yang dinamik dan fleksibel. Menguruskan corak perjawatan guru dan gaji mereka. Melaksanakan wawasan dan objektif organisasi sekolah menyebarkan kepada semua guru. Contohnya: Keceriaan mengelakkan pembaziran. Mewujudkan budaya kerja yang menekankan produktiviti. Mewujudkan susun atur pejabat yang sesuai dengan operasi kerja supaya mudah menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan kerja guru. Melengkapkan pejabat dengan kemudahan asas. Menjaga kebersihan dan perhiasan di tempat kerja staf sokongan dan tempat kerja guru-guru. Menyediakan kemudahan peralatan percetakan bahan untuk para guru mengajar dan mencetak soalan. Mengurus proses kerja yang dijalankan oleh guru seperti sistem pembelian komputer, mesin faksimili, surat-menyurat, surat panggilan kursus, mengeluarkan tiket kapal terbang untuk pergi kursus outstation. Menjalankan pemeriksaan kualiti peringkat awal bahan yang diperolehi daripada pembekal. Mengamalkan sistem inventori yang baik untuk mengelakkan pemegangan stok yang berlebihan bagi bahan-bahan untuk digunakan oleh guru di makmal dan segala peralatan yang diguna oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembelian bahan kertas, alat tulis, bahan kimia. dan dan

x 3. Persekitaran Kerja x x x x 4. Teknologi x

5.

Bahan-bahan

x x

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

95

6.

Kelengkapan modal

x x x

Menyelenggarakan kelengkapan modal mengikut jadual. Menentukan kelengkapan modal berada dalam operasi yang baik. Merancang penggunaan kelengkapan supaya semuanya dapat digunakan dengan optima contohnya kerusi meja guru, pelajar dan staf sokongan semuanya cukup. Sekiranya kurang perlu dibeli dan sekiranya pecah mesti diganti yang baru. Pembelian kenderaan. Sistem fail yang baik akan mempercepatkan proses kerana maklumat yang tersimpan dalam fail boleh diperolehi apabila diperlukan dengan cepat dan tepat. Keputusan yang cepat akan melicinkan kerja dan seterusnya membawa kepada peningkatan produktiviti kerja guru-guru dan staf sokongan. Jumlah gaji pekerja yang terlibat. Bilangan bangunan. Perkhidmatan pungutan sampah. Kos penyelenggaraan mesin. Bilangan baucar yang diselesaikan. Menentukan kos operasi organisasi. Menguruskan sejauh mana sumber yang telah diperuntukkan itu digunakan. Pengumpulan output utama. Berdasarkan rekod dokumentasi/pelaporan/sistem fail. Contoh lain, seorang kerani kewangan harus menyediakan satu baucar kewangan dalam 20 minit. Seorang jurutaip perlu menaip 5 muka surat dalam tempoh masa 20 minit. Penilaian tahap. Tindakan pembetulan perlu disegerakan. Tindakan penambahbaikan perlu disegerakan. Proses yang berterusan dan diterapkan sepanjang masa. Memastikan kualiti perkhidmatan menepati kehendak pelanggan.

x 7. Komunikasi x

x 8. Penyelarasan x x x x x 9. Pengukuran x x 10. Penentuan standard/ Norma kerja x x x x x x x x x

96

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

AKTIVITI 4.1
1. 2. 3. Apakah tugas-tugas staf sokongan terhadap organisasi sekolah? Pernahkah berlaku konflik antara staf akademik dan staf sokongan di sekolah yang anda mengajar? Pernahkah anda mendengar cerita guru lambat dapat gaji? Kenapa di sesetengah sekolah, gaji guru boleh dibayar selepas enam bulan bekerja sebagai guru? Bincangkan dengan rakan anda.

4.1.4

Pekerja Am

Konsep pekerja am adalah pekerja yang bekerja sebagai tukang sapu, tukang kebun, tukang kayu, penjaga stor, pengawal keselamatan, penjaga makmal, pencuci tandas, penjaga alat teknikal pembesar suara, penjaga bangunan (tukang buka pintu bangunan) tukang jaga mesin percetakan, penjaga pusat sumber dan pembantu prasekolah di sekolah yang terdapat sekolah tambahan (annexe). Rajah 4.5 menunjukkan carta organisasi pekerja am.

Rajah 4.5: Carta organisasi pekerja am

Jadual 4.3 mennghuraikan tugas pekerja am dalam organisasi sekolah.

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

97

Jadual 4.3: Tugas Pekerja Awam


Tugas-tugas Pekerja Am 1. Tukang kebun Tukang kayu Penjaga stor Pengawal keselamatan x x x x x x x 5. Penjaga makmal Pencuci tandas Penjaga alat teknikal Penjaga bangunan x x x x x x Tindakan Pekerja Am Menanam dan menjaga pohon bunga di kawasan sekolah. Menyiram pokok bunga. Memperbaiki pintu, dinding dan bangunan yang rosak. Menjaga stok dalam stor termasuk peralatan sukan, alat tulis dan bahan kegunaan pejabat. Menjaga pintu bahagian keluar masuk sekolah. Melaporkan keselamatan pelajar dan bangunan sekolah. Mengurus lalu lintas jalan raya untuk keselamatan pelajar. Menjaga makmal sekolah dari aspek keselamatan bahan kimia. Melabel bahan kimia yang terdapat dalam bekas. Menjaga kebersihan tandas dan persekitaran. Mencuci tandas setiap hari dan mengikut keperluan. Menguruskan alat dewan dan alat pembesar suara untuk majlis di sekolah. Menyimpan kunci bilik bangunan sekolah termasuk kunci bilik guru besar/pengetua, bilik komputer, bilik darjah, bilik guru, bilik makmal dan lain-lain. Bilik dikunci pada pukul 4.00 petang dan dibuka pada pukul 7.00 pagi. Menjaga keselamatan buku dalam bilik sumber. Menjaga kebersihan bilik pusat sumber. Mengurus pinjaman buku dan tarikh pemulangan buku oleh warga sekolah. Membersihkan bilik prasekolah selepas kanak-kanak balik ke rumah. Memasak makanan kanak-kanak di prasekolah. Menyusun atur peralatan dalam bilik prasekolah mengikut arahan guru prasekolah. Menyambut kedatangan kanak-kanak pada pukul 7.30 pagi dan menjaga keselamatan kanak-kanak semasa menunggu kedatangan ibu bapa mereka untuk menjemput mereka pulang. Menjaga kebersihan seluruh kawasan sekolah. Menyapu seluruh kawasan sekolah. Menjaga kebersihan longkang sekolah. Membuang sampah yang terdapat di persekitaran sekolah.

2. 3. 4.

6.

7. 8.

x 9. Penjaga pusat sumber x x x 10. Pembantu prasekolah x x x x

11. Tukang sapu

x x x x

98

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

Semua pekerja am tertakluk kepada peraturan sekolah. Mereka perlu melapor diri dan hadir ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan iaitu pada pukul 7.30 pagi dan tamat masa bekerja pada pukul 4.30 petang kecuali pengawal keselamatan masuk bekerja pada pukul 7.00 pagi dan tamat bekerja pada pukul 7.00 malam dan diganti oleh pengawal keselamatan sesi malam yang bermula pada pukul 7.00 malam dan tamat pada pukul 7.00 pagi keesokan harinya. Kerjasama semua pekerja am sama penting dalam menguruskan dan melicinkan pengurusan pihak pengetua, guru dan staf sokongan secara amnya untuk keselesaan pelajar yang datang belajar di sekolah pada setiap hari. Pekerja am juga perlu mengamalkan nilai yang positif dan nilai murni dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing seperti menepati masa datang untuk bekerja dan masa tamat bekerja. Mereka perlu menjalankan tugas untuk menjaga imej sekolah dan memajukan sekolah.

4.1.5

Pelajar atau Murid-murid

Konsep pelajar di sekolah ialah pelajar datang ke sekolah setiap hari. Mereka tidak boleh ponteng sekolah kecuali mendapat sijil sakit atau kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga. Pelajar perlu aktifkan diri untuk menuntut ilmu dan kemahiran sesuai dengan kebolehan dan bakat mereka. Selain itu, pelajar mesti bertanggungjawab menjaga diri dan keselamatan diri sendiri dan tidak terlibat dalam mana-mana kes yang melanggar peraturan sekolah dan undangundang negara. Pelajar dapat mengurus diri sendiri dan berdikari terhadap diri sendiri iaitu dapat mengurus diri dengan baik, sentiasa mengawal tingkah laku, bersopan santun, menghormati guru dan ibu bapa dan orang yang lebih tua. Di samping itu, pelajar perlu menjaga tutur kata dan mengelakkan kelakuan yang tidak baik, sentiasa patuh kepada perintah agama dan perintah ibu bapa. Berikut adalah tanggungjawab pelajar terhadap organisasi sekolah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Hadir ke sekolah setiap hari; Mengawal tingkah laku dan tutur kata; Mengawal perasaan cepat marah dan kemarahan; Mengelakkan diri daripada pergaduhan Tidak melakukan vandalisme dan tidak merosakkan kemudahan sekolah; Tidak terlibat dalam gejala dadah, arak atau judi; Tidak terlibat dalam keganasan sesama manusia; dan Tidak membuli orang lain.

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

99

Pelajar datang dari pelbagai latar keluarga, bangsa, agama, kaum, keturunan dan status dan keluarga yang berlainan. Guru perlu peka kepada perbezaan individu ini supaya pengajaran dan pembelajaran dapat diintegrasikan sesuai dengan kebolehan pelajar dan dapat memenuhi keperluan pelajar. Terdapat lima pendekatan untuk menghadapi perbezaan individu di kalangan pelajar. Lihat Rajah 4.6.

Rajah 4.6: Pendekatan untuk menghadapi perbezaan individu di kalangan pelajar

Jadual 4.4 menyatakan peranan pelajar dalam pembelajaran.

100

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

Jadual 4.4: Peranan Pelajar dalam Pembelajaran


Peranan Pelajar 1. Belajar
x x

Aktiviti dalam Pembelajaran Menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mempunyai komunikasi berkesan dengan guru. Memahami arahan guru dan menurut perintah guru seperti menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Meningkatkan diri dalam pencapaian akademik terutama dalam mata pelajaran teras seperti sains dan matematik, BM, BI dan lain-lain. Mempamerkan bakat, minat melalui aktiviti yang diadakan di sekolah. Pembelajaran koperatif, projek, portfolio, kelompok, kolaboratif. eksperimen,

2.

Berhubung dengan guru

x x

3.

Memperbaiki prestasi diri

4. 5. 6.

Belajar dalam kumpulan Mengintegrasikan kemahiran Menghormati penglibatan ibu bapa di sekolah Mengaplikasikan kemahiran teknologi pendidikan Sentiasa menguasai ilmu, amalan dan sikap Menyokong kehendak pengurusan sekolah

x x x

Lisan, tulisan dan penulisan, komunikasi. Perbincangan, bertukar-tukar fikiran, menyelesaikan masalah tingkah laku anak-anak mereka. Menguasai teknologi maklumat, melayari Internet. Powerpoint, brosur, emel, laman web. Ilmu akal, logik, ilmu agama, fardhu ain, fardhu kifayah, amalan nilai murni, sikap yang positif. Demokrasi, murni. hirarki, birokrasi, protokol, nilai

7.

x x x x x

8. 9.

Beradab, sopan santun, berbudi bahasa. Menjaga kebersihan kelas dan sekolah, sentiasa berpakaian kemas dan menjaga nama baik sekolah. Boleh membezakan antara baik dan buruk, membuat keputusan yang mementingkan kemanusiaan. Asertif bukan submisif dan agresif.

10. Meningkatkan kerjasama terhadap sekolah 11. Menguasai kemahiran berfikir kritis/kreatif dan inovatif

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

101

SEMAK KENDIRI 4.3


1. 2. 3. Apakah peranan pelajar? Bagaimana pelajar dapat membina potensi diri di sekolah? Kenapakah sangat penting untuk guru memahami apa yang pelajar boleh buat dan apa yang hendak dibuat?

4.2

UNSUR DALAM ORGANISASI

Konsep unsur dalam organisasi adalah meliputi sistem dan peraturan, iklim dan budaya dan kepimpinan pengetua. Di samping itu, organisasi sekolah mempunyai prinsip-prinsip utama seperti berikut: (a) (b) (c) Membantu semua pelajar belajar berfikir. Menguasai kemahiran dan ilmu pengetahuan dan akhlak yang mulia. Membantu semua pelajar mencapai matlamat bersama tetapi boleh memenuhi keperluan pelajar mengikut minat dan bakat mereka. Membolehkan semua pelajar bekerja kuat untuk pembelajaran dan mencapai prestasi masing-masing. Menguasai kemahiran bahasa dan kemahiran matematik. Mempunyai ton komunikasi yang mempunyai nilai jangkaan, percaya, insentif dan menggalakkan untuk bekerjasama. Menggalakkan pelajar berfikir untuk sampai ke peringkat kepakaran. Membolehkan pelajar mempunyai perancangan masa dan persaingan gaji dalam pasaran kerjaya. Persediaan untuk masa depan.

(d)

(e) (f) (g) (h)

(i)

102

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

4.2.1
(a)

Sistem dan Peraturan Sekolah

Teori Sekolah sebagai Satu Sistem Sosial Menurut Jacob W. Getzel and Egon G. Guba (1957); James Lipham (1968) dan W. Richard Scott (1998), sekolah adalah sebagai satu sistem sosial kerana sekolah adalah sistem yang terbuka yang boleh diterangkan seperti berikut: (i) Sekolah adalah kesan dari nilai komuniti, politik dan sejarah. Sekolah terdiri daripada manusia yang bertindak untuk memenuhi keperluan peranan dan status. Di sekolah terdapat pengetua, guru, pelajar dan kustodian. Sekolah memperoleh kesan dari komuniti, politik serta sejarah masyarakat.

(ii)

(iii) Sekolah terdiri daripada individu yang mempunyai kehendak masing-masing. (iv) Sekolah mempunyai orientasi matlamat untuk pencapaian pelajar. (v) Sekolah mempunyai guru yang mengajar mengikut bidang kepakaran masing-masing.

(vi) Sekolah adalah normatif kerana semua orang mengetahui bahawa mereka yang ke sekolah mempunyai nilai yang ingin dicapai. (vii) Sekolah mempunyai sistem ganjaran dan denda. (viii) Sekolah dipengaruhi oleh sistem politik negara. (ix) Sekolah mempunyai perkongsian nilai. (x) Sekolah adalah tempat berfikir.

(b)

(Senge, 1990) Peranan Birokratik Peranan birokrasi melibatkan kedudukan pengetua, diikuti oleh guru dan pelajar dan mempunyai harapan masing-masing. Kedudukan guru dalam birokrasi menentukan obligasi dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran dari segi pedagogi dan tingkah laku berkesan setiap pelajar. Sebagai guru, anda dijangka sentiasa berkelakuan yang mematuhi peraturan sekolah serta mematuhi kehendak dan arahan kerja serta sentiasa mematuhi hierarki yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi. Contohnya,

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

103

sekiranya seorang guru hendak berpindah dari satu sekolah ke satu sekolah yang lain, guru tersebut hendaklah menulis surat kepada Jabatan Pendidikan Negeri melalui pengetua dan seterusnya akan diproses di peringkat pusat dan guru perlu menunggu jawapan dan akur pada tempat yang diarahkan. Kegagalan guru berbuat demikian boleh menyebabkan ia akan menghadapi tindakan tatatertib. Begitu juga dengan permohonan cuti tanpa gaji, cuti khas, cuti sakit dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkhidmatan, perlulah melalui prosedur yang tekah ditetapkan.. Peraturan keluar masuk perlulah dipatuhi dengan memaklumkan kepada pengetua terlebih dahulu. Keluar sekolah tanpa mematuhi peraturan tersebut dikategori sebagai pelanggaran Perintah Am B and D iaitu tidak hadir di tempat bekerja yang sepatutnya mengikut waktu.

AKTIVITI 4.2
1. 2. Jelaskan peranan sekolah sebagai satu sistem sosial. Bagaimana anda sebagai guru dapat memastikan peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar?

4.2.2

Iklim dan Budaya

Sekarang kita akan melihat dengan lebih lanjut tentang iklim dan budaya di sekolah. (a) Definisi Iklim (Climate) Renato Tauiri (1968) menjelaskan iklim sebagai initially conceived as a

general concept to express the enduring quality of organizational life. A particular configuration of enduring characteristics of ecology, milieu, social system, and culture would constitute a climate, as much as a particular configuration of personal characteristics constitute a personality.
Menurut George Litwin dan Robert Stringer (1968), iklim bermaksud a set

or measurable properties of the work environment, based on the collective perceptions of the people who live and work in the environment and demonstrated to influence their work.

104

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

Asas iklim organisasi adalah seperti berikut: (i) Iklim organisasi berkembang dalam unit yang luas dan diikuti dengan sub unit yang kecil-kecil. Iklim organisasi adalah bercorak pengaruh emosi ahli yang berada di dalam organisasi tersebut (indicates emotional reactions). Iklim adalah suasana rutin dan amalan yang dilakukan oleh setiap ahli dalam organisasi. Iklim organisasi dapat mempengaruhi tingkah laku dan sikap ahli dalam organisasi tersebut.

(ii)

(iii) (iv)

Iklim sekolah adalah merujuk kepada persepsi guru dan persekitaran sekolah termasuk organisasi formal, tidak formal, personaliti dan pengaruh kepimpinan guru dan kepimpinan pengetua di sekolah. . Setiap sekolah mempunyai iklim yang berbeza kerana dipengaruhi oleh iklim sekolah itu tersendiri. Situasi ini bergantung kepada kualiti persekitaran dan pengalaman ahli dan kesan tingkah laku guru secara kolektif. Walaupun budaya dan iklim seolah-olah bertindan (over-lapping) tetapi satu perkara yang membezakan antara iklim dan budaya adalah budaya merangkumi andaian, nilai atau norma yang dikongsi bersama, manakala iklim pula boleh didefinisikan sebagai persepsi tingkah laku. Dengan kata lain: andaian yang dikongsi bersama (budaya) dan persepsi yang dikongsi bersama (iklim). Halpin and Croft (1962) yang telah menjalankan penyelidikan berkenaan iklim terbuka di sekolah telah menyenaraikan enam dimensi iklim terbuka serta menerangkan tingkah laku pengetua dan tingkah laku guru yang mempengaruhi iklim dalam organisasi sekolah seperti berikut (lihat Jadual 4.5):

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

105

Jadual 4.5: Enam Dimensi Iklim Terbuka


Jenis Tingkah Laku 1. Tingkah laku menyokong (Supportive ) x x Penerangan Tingkah Laku Pengetua mendengar pendapat guru-guru. Mengawal semua aktiviti guru dan sekolah. x x x x Tingkah Laku Pengetua Menggunakan kritikan konstruktif terhadap guru. Memberi pujian kepada guru. Mendengar dan menerima pendapat guru. Pengetua memantau semua perkara yang dilakukan oleh guru. Pengetua menyemak (checks) rancangan mengajar guru. Guru terlalu banyak jawatan kuasa kerja yang mesti diselesaikan. Guru terlalu banyak kerja rutin bukannya mengajar dalam kelas.

2.

Tingkah laku terus (Directive )

x x

Pengetua tegar (rigid). Membuat kawalan kepada semua guru (controls all teacher and school activities). Terlalu terperinci.

x x

3.

Tingkah laku terbatas (Restrictive)

Pengetua membebankan guru dengan kertas kerja dan pelbagai jawatan kuasa yang banyak. Mengganggu guru yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mengajar. Guru berbangga dengan sekolah mereka. Gembira untuk bekerja. Kerja dengan penuh bersemangat. Hormat-menghormati. Guru kompeten. Guru mengenali antara satu sama lain dan sangat rapat. Berinteraksi bersama. Guru hanya datang sekolah dan tidak mempunyai usaha untuk memajukan organisasi. Guru malas. Guru mempunyai sikap positif.

4.

Tingkah laku kolegial (Collegial)

x x x x x

Guru membantu dan menyokong antara satu sama lain. Guru menghormati profesion. Guru gembira berkerja. Bertenaga.

x x x

5.

Tingkah laku intim (Intimate)

x x x

x x x

Guru berinteraksi dengan baik. Berkenalan antara jabatan/ fakulti. Guru datang sekolah atau datang mesyuarat tetapi mereka tidak berguna kepada organisasi.

6.

Tingkah laku tidak peduli (Disengaged)

x x

106

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

Kita dapat merumuskan bahawa iklim adalah sangat penting dalam sesuatu organisasi untuk memastikan semua guru bekerja untuk mencapai matlamat sekolah. (b) Konsep Budaya (Culture) Budaya organisasi ialah set berkongsi orientasi bersama memberi bentuk identiti sesebuah sekolah. Culture is defined in term of shared assumption, values and norms. Kekuatan budaya organisasi bergantung kepada aspek berikut iaitu: (i) (ii) Intimasi (intimacy); Kepercayaan;

(iii) Kerjasama; (iv) Egalitarianisme; (v) Berat sebelah dalam bertindak; dan

(vi) Inovatif. Jadual 4.6 menunjukkan peringkat budaya di sekolah.


Jadual 4.6: Peringkat Budaya di Sekolah
Mendalam 1. Humanistik x x x x 2. Nilai x x x x x x 3. Norma x x x x x Tanggapan Mementingkan kemanusiaan; Mementingkan hubungan; Mementingkan kebenaran; dan Hubungan antara persekitaran. Nilai; Terbuka; Percaya; Kerjasama; Intimasi; dan Kerja berpasukan. Norma; Menyokong; Jangan komen pengetua; Berdisiplin; dan Membantu rakan. Praktik Dirasai Dirasai Abstrak

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

107

Budaya melahirkan komitmen dan kepercayaan dan memberi impak kepada tingkah laku ahli dalam sekolah. Apabila budaya menjadi kuat maka pengaruh terhadap identifikasi akan mempengaruhi kumpulan. Budaya tidak tertulis tetapi boleh dirasakan antara rakan-rakan seperti integriti personal, hormat diri dan rasa kekitaan. Ini kerana kebanyakan hubungan adalah informal dan bukan autoriti. Budaya organisasi juga terpancar dari kumpulan bekerja, norma kumpulan, nilai kumpulan dan kepercayaan kumpulan yang yang memberi kesan kepada tingkah laku dalam organisasi.

AKTIVITI 4.3
1. 2. Huraikan budaya di sekolah anda. Adakah anda dapat merealisasikan budaya yang positif di kalangan guru di sekolah anda?

4.3
(a)

KEPIMPINAN

Definisi Kepimpinan Kepimpinan mempunyai pelbagai definisi. Menurut Fiedler (1966) kepimpinan boleh didefinisikan sebagai individu yang berada di dalam kumpulan dan ditugaskan untuk mengarahkan dan menguruskan kerja ataupun tugas kumpulan sesuatu pihak dalam sistem pengurusan. Stogdill (1974) pula menjelaskan kepimpinan sebagai proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti kelompok ataupun untuk mencapai matlamat. Secara khusus, kepimpinan merujuk kepada kebolehan mempengaruhi, mengarah dan mengurus orang lain atau kumpulan untuk mencapai sesuatu objektif. Pemimpin dalam konteks ini adalah merupakan daya penggerak kepada perolehan dan pencapaian matlamat organisasi. Gaya Kepimpinan Gaya kepimpinan merujuk kepada pegangan falsafah seseorang pemimpin. Contohnya, Teori X dan Teori Y yang dibangunkan oleh seorang pakar pengurusan Douglas McGregor pada 1960an. Pemimpin yang sangat percaya kepada pengikutnya dipanggil pemimpin Teori Y, manakala pemimpin yang menganggap pengikutnya tidak buat kerja dan pemalas ialah pemimpin gaya Teori X. Oleh yang demikian, pengetua yang mengamalkan stail Teori X memang tidak disukai oleh guru-guru di sekolah berbanding pengetua yang menggunakan kepimpinan teori Y.

(b)

108

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

Terdapat pula kepimpinan bersifat transaksi. Kepimpinan transaksi terbahagi kepada dua dimensi seperti berikut: (a) Ganjaran Bersyarat Tingkah laku kepimpinan ganjaran bersyarat merujuk kepada kekerapan pemimpin memberi ganjaran kepada ahli organisasi apabila mereka memenuhi atau melaksanakan tugas seperti yang dihajatinya. Dimensi kepimpinan ini menekankan aspek penjelasan matlamat, standard kerja tugas dan peralatan. Pemimpin ganjaran bersyarat bersifat aktif. Mengurus Secara Kekecualian (Management by Exception) Pemimpin dimensi ini tidak berapa aktif dan mengamalkan tindakan mengelak daripada memperbaiki keadaan selagi ukuran kerja yang sedia ada dipenuhi oleh pengikut. Dalam erti kata lain sekiranya tiada hal dan masalah berbangkit dengan tata cara kerja yang ada, maka tata cara itu mesti dikekalkan dan tidak perlu diperbaiki (Bass, 1985).

(b)

Kepimpinan transaksi cenderung memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mengekalkan keadaan yang sedia ada dengan memenuhi cita rasa dan keinginan semasa kepada para ahli organisasi dari segi keperluan dalaman dan kebendaan (input). Kepimpinan Tranformasi (Bass, Avalio, 1985) menunjukkan bahawa aspek-aspek yang merujuk kepada kecenderungan kepada pemimpin seperti untuk meningkatkan keinginan para pengikut supaya selari dengan matlamat dan objektif pemimpin.

AKTIVITI 4.4
1. 2. Apakah stail kepimpinan pengetua di sekolah anda? Apakah stail kepimpinan yang anda amalkan? Bincang dalam kelas.

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

109

4.3.1

Kepimpinan Demokratik

Jadual 4.7 menyatakan ciri-ciri bagi setiap stail kepimpinan.


Jadual 4.7: Stail Kepimpinan Stail Kepimpinan Kepimpinan demokratik Pengetua: x x x x x x x x x Kepimpinan autokratik Mengutamakan matlamat kepentingan pelajar. bersama khususnya untuk Ciri-ciri

Mendengar masalah guru dan mengatasinya bersama. Membuat perubahan ke arah kebaikan bersama. Memperbaiki persekitaran untuk memudahkan pelajar dapat belajar dengan baik. Memberi motivasi kepada guru dan pelajar. Mementingkan hubungan kemanusiaan. Mengambil keputusan dengan cara berpakat dan mesyuarat. Menyokong cadangan guru. Memberi kuasa kepada guru.

Pengetua: x x Membuat keputusan sesuka hati tanpa berbincang dengan guru. Tidak mendengar nasihat guru.

Kepimpinan laissez-

Pengetua: x x Memberi kebebasan sepenuhnya kepada bertindak dengan cara masing-masing. guru untuk

faire

Kebanyakan pengetua tidak menjelaskan peranan sebenar guru maka guru akan bebas untuk menjalankan tugas.

110

TOPIK 4

DINAMIKA SEKOLAH

x x

Sumber organisasi sesuatu sekolah terdiri daripada pengetua, guru, staf sokongan, pekerja am dan pelajar, komputer, peralatan, prasarana, material. Menurut konsep pengurusan atasan, guru besar atau pengetua merupakan kuasa yang paling tinggi dan beliau menerima arahan dari Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri. Staf akademik sesuatu sekolah terdiri daripada guru-guru mata pelajaran masing-masing. Staf sokongan di sekolah yang terdiri daripada pegawai eksekutif dan pegawai-pegawai tadbir menguruskan rekod-rekod yang berkaitan dengan aktiviti sekolah. Pekerja awam pula termasuklah pekerja seperti tukang kayu, penjaga stor, pengawal keselamatan dan sebagainya. Sistem sosial di sekolah fokus kepada kepentingan penglibatan komuniti di sekolah. Birokrasi melibatkan kedudukan pengetua, diikuti oleh guru dan pelajar dalam sekolah. Konsep iklim menjelaskan struktur organisasi, perkembangan mental dan emosi, rutin yang dilakukan oleh ahli-ahli organisasi tersebut dan sebagainya. Budaya dalam sesuatu organisasi melibatkan nilai, kerjasama, kepercayaan dan norma. Kepimpinan demokratik mengutamakan suara dan kepentingan semua ahli. Kepimpinan autokratik melibatkan pemimpin (pengetua) keputusan sendiri tanpa berbincang dengan pihak lain (guru). Menurut kepimpinan laissez faire, pemimpin sepenuhnya kepada pihak bawahan (guru). memberi membuat

x x x

x x x x

kebebasan

Sumber organisasi

Anda mungkin juga menyukai