Anda di halaman 1dari 10

Topik

Boneka

8
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini pelajar dapat; 1. 2. 3. memahami dan mengetahui jenis-jenis boneka; memahami bahawa boneka dihasilkan melalui berbagai teknik dan kaedah; dan mengetahui teknik-teknik untuk menghasilkan boneka dan cara mempersembahkannya.

X PENGENALAN
Boneka adalah sejenis hasil kerja tangan yang berbentuk permainan. Boneka merupakan suatu punca yang baik untuk menimbulkan kuasa imaginasi kanakkanak, dan ia memberikan peluang untuk mencipta suatu alam khayalan. Boneka boleh menghidupkan watak ciptaan seperti haiwan dan benda-benda lain. Boneka tangan boleh dikatakan jenis yang popular sekali di sekolah dan jenis yang ringkas ini boleh dibuat oleh kanak-kanak.

8.1

DEFINISI

Boneka adalah sejenis permainan anak-anakan. Ia dibentuk dalam dua atau tiga dimensi. Boneka dihasilkan dengan mencantumkan pelbagai bentuk untuk menghasilkan objek boneka. Boneka juga memberi kesedaran imbangan, harmoni dan kadar banding dalam proses binaan dan membentuk.

100

X TOPIK 8 BONEKA

8.2
8.2.1
1.

APPLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK


Jenis-jenis Boneka

Boneka Piring Kertas Boneka ini diperbuat daripada piring kertas dan boleh dibeli di kedai, sesuai untuk kanak-kanak peringkat rendah.

Rajah 8.1: Boneka piring kertas

Alat dan Bahan x x x x x x x x Piring kertas Dawai halus Pelekat Gunting Kayu atau buluh Kain reja (perca) Tali Pita litup

Cara Membuatnya Lukiskan satu muka di atas piring kertas dengan menggunakan dakwat.Kemudian dengan menggunakan pita litup, lekatkan bilah kayu di belakang piring. Gunting dan lubangkan di tengah-tengah kain belacu atau kain reja. Masukkan bilah kayu ke dalam lubang kain dan lekatkan lehernya dari

TOPIK 8 BONEKA W 101

dalam kain dengan menggunakan pita litup. Untuk membuat rambut kerinting, potong jalur-jalur kertas berwarna dan lurutkannya dengan pisau tumpul dan tampalkan pada tepi piring sebagai rambut. 2. Boneka Polistirena Polistirena yang berbagai-bagai bentuk boleh digunakan untuk membuat boneka. Bekas alat-alat elektrik sesuai untuk membentuk boneka ringkas dan ia boleh dibuat dengan mudah.

Rajah 8.2: Boneka polisterina

Alat dan Bahan x x x x x x x x x x Polistirena, Kayu buluh/rot kayu Pensil Gam Kertas pasir Gunting Pita litup Pisau Berus gam Warna tempera

102

X TOPIK 8 BONEKA

Cara Membuatnya Korek mata, hidung dan mulutnya dengan sebatang pensil. Kemudian tampalkan telinga pada tepi kotak. Gunakan sebatang kayu buluh sebagai tangkai. Bola polistirena boleh digunakan untuk membuat boneka tangan 3. Boneka Beg Kertas Beg kertas boleh digunakan untuk membuat topeng atau boneka. Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia mudah dibuat.

Rajah 8.3: Boneka beg kertas

Bahan-bahan dan Alat x x x x x x x x x Gunting, Kertas berwarna Gam kanji Cat air atau krayon. Dawai kokot Dua beg kertas Pita litup Rot kayu Kertas tisu lembut

Cara Membuatnya Gumpalkan surat khabar pada hujung rot kayu dan lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan dawai kokot.Masukkan gumpalan surat khabar tersebut

TOPIK 8 BONEKA W 103

ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita litup Ratakan bucu beg kertas tersebut. Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk muka. Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu lembut. Warnakan muka boneka dengan menggunakan cat air. Buat rekaan baju dengan menggunakan kain reja. 4. Boneka Silinder Boneka silinder adalah boneka yang mudah dibuat dan juga menarik.

Rajah 8.4: Boneka silinder

Alatan dan Bahan-bahan x x x x x x x x Kertas warna Pollistirena Penutup botol Gabus Pisau Tali Gunting Gam

Cara Membuat Potong sekeping kad manila yang berukuran 20 cm x 27.5 cm atau 25 cm x 40.50 cm. Gulungkan kertas tebal ini supaya berbentuk silinder. Stapel atau lekatkan tepinya dengan kanji supaya ia sentiasa berbentuk silinder. Ini ialah asas kepala boneka. Setelah membuat bentuk asasnya, kita boleh menentukan apa jenis

104

X TOPIK 8 BONEKA

watak yang hendak dibentuk dari silinder masing-masing. Apabila sudah menentukan jenis boneka yang hendak dibuat maka bolehlah mula memotong bahan-bahan yang hendak ditampal pada silinder tersebut untuk permukaan mukanya.. Untuk menyediakan boneka itu, kita perlu membuat satu tiub kecil dari kad manila dan lekatkan pada bahagian dalam boneka itu. Apabila kita memasukkan jari ke dalam tiub kecil itu, kita akan dapat mengendalikan boneka itu dengan sempurna. 5. Boneka Wayang Kulit Boneka wayang kulit direka secara tradisional dari kulit kerbau. Disebabkan kulit kerbau sangat sukar didapati, maka bahan-bahan moden terpaksa dicari dan diperkenalkan sebagai bahan menggantikan buatan cara tradisional di atas. Bahan-bahan yang digunakan sebagai pengganti yang mudah diperolehi ialah filem pancaran X yang terpakai, kepingan plastik yang tebal dan kertas bod. Permainan wayang kulit dipercayai satu permainan yang pertama mencipta kesenian gerak dan tampak seolah-olah hidup jika ia dilakunkan dengan baik. Untuk makluman dalam lakonan wayang ia merupakan satu siri dari siri-siri kartun. Adalah wajar sesebuah boneka sengaja dilebih-lebihkan sifatnya bagi menambahkan wataknya dengan lebih jelas. Kebiasaannya watak seorang hero digambarkan dengan sifat muka yang kacak dan hidung yang mancung. Manakala sifat watak penjahat digambarkan dengan mata yang besar, hidung yang besar, perut yang buncit dan dicat dengan warna yang garang. Proses untuk membuat boneka wayang kulit tidak begitu rumit dan bahan-bahanya senang diperolehi.

Rajah 8.5: Boneka wayang kulit

TOPIK 8 BONEKA W 105

Alatan dan Bahan-bahan yang Diperlukan x x x x x x x x x 6. Kertas pasir Tukul Seketul kayu

Newsprint
Gunting Pemotong NT Penebuk mata bulat Gam yang kuat Cat tempera atau cat minyak Boneka Sarung Tangan Boneka ini merupakan jenis boneka yang paling mudah dibuat, ia mempunyai bahagian kepala, bahagian pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas di mana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditontoni dengan bahagian badan dan kepala sahaja. Oleh kerana bahagian kepala merupakan bahagian yang paling penting,

Rajah 8.6: Boneka sarung tangan

106

X TOPIK 8 BONEKA

Alat dan Bahan


x x x x x x

Kain belacu/sarung tangan Pensil Gunting Jarum Benang jahit dan benang bulu Berus cat

Cara Membuatnya 1. Lipat kain belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi ini garisan jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan pengguntingan. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Gunting mengikut garisan pengguntingan. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus. Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas. Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya. Boneka yang telah siap sedia untuk dilakonkan.

8.3
8.3.1

APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK


Lakaran Idea

Merupakan proses awal bagi menentukan jenis boneka yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bahagian jenis-jenis boneka. Pembentukan watak-watak juga memerlukan lakaran-lakaran ide agar boneka yang akan dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton.

TOPIK 8 BONEKA W 107

8.3.2

Pemilihan Alat dan Bahan

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat boneka, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis boneka yang akan dihasilkan (rujuk bahagian jenis-jenis boneka). Pemilihan dan menentukan bahan juga mempengaruhi ketahan boneka tersebut.

8.3.3

Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu boneka. Setiap boneka yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya (rujuk bahagian jenis-jenis boneka). Teknik yang digunakan berbeza bergantung kepada jenis boneka yang akan dihasilkan.

8.4
8.4.1

PERSEMBAHAN HASIL KERJA


Ekspresif Diri

Sesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Watak menepati tema dan tajuk. Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan. Boneka yang dihasilkan, pastikan ia tahan dan selamat. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik. Mempunyai daya tarikan semasa dilakonkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan. Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

8.5

APRESIASI

Dengan berpandukan boneka yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan cuba fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah ini dalam proses membuat boneka

108

X TOPIK 8 BONEKA

1. 2. 3. 4. 5.

Tajuk dan tema yang sesuai. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat boneka. Proses stailisasi , menambahbaikan agar bersesuaian dengan watak. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej mengikut jenis boneka. Kesesuaian secara keseluruhan.

Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

Apresiasi Ekspresi Imaginasi

Inovatif Kontemporari Warna Tempera

Bincangkan kepentingan penerapan Prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan dalam penghasilan boneka.

Apresiasi adalah proses menilai dan melihat hasil karya yang telah dihasilkan, dalam melihat karya yang telah dihasilkan bincangkan aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam proses apresiasi.

Anda mungkin juga menyukai