Anda di halaman 1dari 16

Top i k

Bahasa Tampak (AsasAsas Senireka)

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Memahami unsur-unsur seni reka; Mengetahui aplikasi prinsip-prinsip seni reka dalam sesuatu karya seni; dan Memahami fungsi organisasi dalam rekaan..

PENGENALAN
Setiap karya seni mempunyai ciri-ciri khusus yang dapat diklasifikasikan sebagai aplikasi asas-asas seni reka. Walaupun pengertian seni adalah sangat abstraktif, namun sesuatu objek seni mempunyai unsur-unsur seni reka yang jelas, tercipta hasil daripada penggunaan prinsip-prinsip tertentu, mempunyai mesej dan mesej ini disalurkan dengan menggunakan medium. Bab ini akan mengupas ciri-ciri bahasa tampak, iaitu asas-asas seni reka yang wujud di dalam setiap karya seni.

3.1

UNSUR-UNSUR SENI

Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu: Garisan Rupa Bentuk Jalinan Ruang Warna

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

39

Setiap aplikasi unsur seni yang melalui cara pengolahan dan gaya persembahan yang tertentu dapat menimbulkan gambaran atau kesan visual yang ingin disampaikan oleh pengkarya seni.

3.1.1

Garisan

Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Garisan-garisan yang menarik wujud di alam sekeliling alam semula jadi serta objek buatan manusia. Dalam alam semula jadi garisan dapat dilihat pada sarang labah-labah, jalinan kulit kayu, urat pada permukaan daun, rekahan pada batu dan sebagainya manakala alam buat manusia seperti jala, jalan raya dan sebagainya. Pelbagai alat, bahan dan teknik dapat digunakan untuk mencipta kesan atau sesuatu gambaran dalam seni visual. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Garisan secara tiga dimensi boleh dihasilkan dengan menggunakan dawai, benang, rod, paip, silinder dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti tegak, menyerong, beralun, zig-zag dan sebagainya. Garisan dapat menimbulkan kesan jalinan, ekspresi, irama dan pergerakan. Dapat membentuk terang-gelap, tebal-nipis, dekat-jauh, tinggirendah dan sebagainya.

3.1.2

Rupa

Dapat dinyatakan sebagai rupa dua dimensi. Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Rupa dapat dijadikan sebagai identiti seperti logo bagi sesebuah pertubuhan atau organisasi. Susunan rupa motif yang sama secara berulangulang berpandukan garisan grid tertentu akan menghasilkan corak yang menarik.

40

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

3.1.3

Bentuk

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Mempunyai lebih dari satu permukaan datar. Bentuk dapat dilihat daripada pelbagai sudut pandangan seperti karya 3 dimensi atau daripada satu sudut pandangan seperti dalam karya 2 dimensi yang disebut bentuk ilusi. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ini boleh dilihat daripada pelbagai sudut, disentuh dan dirasa dengan organ deria. Bentuk konkrit dapat dihasilkan melalui teknik arca, reka bentuk industri dan origami (lipatan kertas). Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi. Bentuk ilusi dapat juga dihasilkan melalui teknik gosokan, lorekan, catan dan komputer grafik 3D. SEMAK KENDIRI 3.1 Apakah ciri-ciri yang membezakan di antara rupa dan bentuk?

3.1.4

Jalinan

Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan boleh dilihat pada objek buatan manusia dan alam semula jadi. Dengan adanya jalinan, objek-objek akan kelihatan lebih cantik, bergaya dan menarik. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan. Jalinan tampak wujud pada objek-objek alam dan objek buatan manusia, contohnya kulit timun (alam semula jadi) dan corak pada kain (alam buatan manusia). Jalinan juga mempunyai sifat-sifat tersendiri seperti kasar, lembut, tajam, berbulu, halus dan sebagainya. Teknik dan media mencipta jalinan yang berbeza seperti potong dan tampal (kolaj), mengait dan menganyam dapat menghasilkan jalinan sentuh. Manakala stensil, pualaman, lukisan dan catan, capan, membatik,

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

41

mencetak, menenun dan ikat serta celup dapat menghasilkan jalinan tampak. Fungsi jalinan pada karya seni visual dapat menimbulkan corak hiasan pada sesuatu objek, contohnya tembikar hiasan. Selain itu, jalinan bertujuan sebagai keselamatan dan penyamaran pada haiwan, contohnya ikan buntal, tapak sulaiman dan sebagainya. Jalinan juga bertindak sebagai cengkaman bagi mengelakkan gelinciran dengan menjadikan sesuatu permukaan kesat dan tidak licin, contohnya tayar kereta. Ianya juga sebagai memenuhi nilai keindahan dan menarik perhatian, contohnya kepak rama-rama, kumbang dan sebagainya.

3.1.5

Ruang

Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Dalam kata lain, ruang ialah sesuatu yang wujud di sekeliling rupa dua dimensi dan bentuk tiga dimensi. Ia juga dikaitkan dengan ruang ilusi atau tampak, dan berkait rapat dengan 2 dimensi (2d) dan 3 dimensi (3d). Secara umumnya, ruang ialah bahagian yang tidak dipenuhi oleh rupa atau bentuk sama ada 2 dimensi atau 3 dimensi. Ianya boleh ditunjukkan apabila objek di hadapan adalah lebih besar dan akan kelihatan semakin kecil apabila berada semakin jauh. Dapat digambarkan melalui penggunaan warna yang terang (dekat) dan penggunaan warna yang kabur (semakin jauh).

3.1.6

Warna

Dalam karya seni visual, warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Ia juga merupakan satu unsur yang menjadikan dunia ini berwarna-warni dan menarik. Imej manusia, boleh dibina dengan penampilan warna yang tepat dan sesuai mengikut situasi tertentu. Objek alam sekeliling. Sesuatu objek boleh dikenal pasti melalui warna yang ada padanya seperti hijau pucuk pisang, biru laut, kuning langsat, kuning pinang masak dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder. Selain daripada itu, warna yang menimbulkan kesan kontra, percanggahan dan pergerakan dikenali sebagai warna penggenap di mana ianya bertentangan dengan pasangan warna dalam roda warna. Warna-warna seperti merah, kuning

42

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

dan jingga merupakan antara warna-warna panas di mana ianya memberi gambaran tentang tenaga, suasana yang terang, garang, dekat dan sebagainya. Warna-warna seperti hijau, biru dan ungu pula merupakan antara warna-warna sejuk yang memberi gambaran tenang, selesa, dingin, nyaman dan jauh. Terdapat juga warna neutral seperti ton hitam ke putih yang dapat menurunkan kuasa warna-warna lain. Warna yang terang dan jelas kemudian beransur lembut lalu pudar dapat memberikan kesan ilusi ruang, jarak dan perspektif. LATIHAN 3.1 1. 2. Nyatakan tiga unsur seni reka. Apakah yang dimaksudkan dengan warna penggenap?

3.2

PRINSIP-PRINSIP REKAAN
SEMAK KENDIRI 3.2

Bagaimanakah aplikasi rekaan pada sesuatu karya seni dapat membantu dalam penghasilan karya yang unik?

Prinsip rekaan merujuk kepada pengolahan enam jenis unsur-unsur seni iaitu warna, garisan, rupa, ruang, jalinan dan bentuk. Setiap prinsip rekaan mempunyai ciri-ciri atau fungsi tertentu yang digunakan dalam penghasilan karya seni visual. Terdapat tujuh prinsip rekaan di dalam seni visual iaitu: Harmoni Kontra Penegasan Imbangan Pergerakan Kepelbagaian Kesatuan

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

43

3.2.1

Harmoni

Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Ulangan unsur garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna dapat menghasilkan gubahan yang harmoni. Dalam kata lain, susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara tertentu sama seimbang atau berhubung kait akan membentuk harmoni. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej. Selain itu, ianya memberi gambaran yang kemas, selesa, sempurna, menyeronokkan dan seimbang. Harmoni juga dapat dicipta melalui unsur warna iaitu: Warna panas (warm color) Warna sejuk (cool color) Sewarna (monochrome) Campuran pelbagai jenis warna.

Prinsip rekaan harmoni dapat menimbul gambaran yang selesa, teratur dan sempurna. Harmoni wujud dalam alam semula jadi seperti alam tumbuhtumbuhan contohnya: Bentuk dan susunan daun pada tumbuh-tumbuhan. Warna-warna daun pada pokok lebih kurang sama. Setiap daun dan batang pokok mempunyai jalinan, jalinannya sama dan tersusun. Susunan urat, daun dan ranting pada pokok teratur.

Harmoni juga wujud dalam alam haiwan atau binatang contohnya: Warna pada bulu haiwan seperti kucing, arnab dan sebagainya. Jalinan pada susunan bulu-bulu seperti ayam dan burung. Haiwan yang dapat menukar warna dirinya sama dengan alam sekeliling seperti sesumpah.

Terdapat juga harmoni dalam alam buatan manusia, contohnya: Benda buatan manusia yang mempunyai imbangan simetri, contoh kereta, pinggan mangkuk dan lain-lain. Set perabot yang mempunyai warna yang sama.

44

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

Harmoni juga wujud dalam hasil barangan kraf, contohnya: Barangan kraf seperti songket, batik, labu sayong, tikar mengkuang dan sebagainya. Corak-corak pada kain batik yang disusun secara berulangan menimbulkan kesan harmoni. Motif bunga yang berulang pada kain songket juga membentuk harmoni.

3.2.2

Kontra

Kontra wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan). Suasana kontra boleh diwujudkan melalui perbezaan saiz, warna, bentuk, jalinan dan garisan. Kontra juga wujud dalam alam semula jadi, contohnya: Buah epal merah dan buah epal hijau. Warna pada buah anggur hitam yang mana sekelilingnya penuh dengan dedaun yang hijau, Contoh lain, dalam sekumpulan lelaki ada seorang wanita.

Terdapat juga kontra dalam barangan kraf, contohnya: Motif-motif batik kontra dari segi susunannya. Warna dan corak pada sesuatu pakaian. Barangan kraf seperti anyaman, songket dan ukiran kayu juga mempunyai unsur-unsur kontra.

3.2.3

Penegasan

Dalam konteks seni visual, penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih dramatik. Penegasan wujud di alam sekeliling kita, ia terdapat pada alam semula jadi dan alam buatan manusia.

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

45

Penegasan pada karya seni halus dan karya grafik merupakan satu prinsip rekaan yang memberi fokus pada objek tertentu. Ia penting dalam penghasilan seni grafik untuk menarik perhatian penglihatan kepada mesej atau maksud yang ingin disampaikan. Penegasan juga wujud pada barangan kraf tangan tempatan seperti tembikar, ukiran kayu, batik, tekat dan sebagainya dengan memberi variasi yang berbeza dan mengelakkan kebosanan. Dalam pendidikan seni visual, ia dapat ditimbulkan dengan menggunakan elemen-elemen yang berkontra, mengasingkan elemen yang harus ditegaskan dan meletakkan objek penegasan di pusat berpandukan garisan grid pancaran. Ciri-ciri penegasan: dapat menimbulkan fokus atau tumpuan. dapat menarik perhatian. dapat mengelakkan kebosanan.

3.2.4

Imbangan

Imbangan dalam konteks seni visual ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan. Contoh imbangan pada benda buatan manusia seperti sepasang kasut yang menunjukkan imbangan. Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, imbangan tidak simetri dan imbangan semua arah. Imbangan simetri bersifat seimbang kiri dan kanan gubahan. Imbangan simetri juga wujud apabila garisan grid dilukis di tengahtengah untuk memastikan kedudukan yang seimbang. Imbangan tidak simetri pula wujud apabila objek atau reka letak yang tidak sama di bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah, namun begitu kesan imbangan masih wujud. Imbangan semua arah dikenali sebagai imbangan memancar. Ia merujuk kepada titik pemusatan contohnya bunga matahari, roda basikal, payung dan sebagainya.

46

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

Rajah 3.1: Imbangan

Sumber: http://faculty.indy.cc.ks.us/jnull/balance2.htm

3.2.5

Pergerakan

Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Terdapat pelbagai pergerakan di sekeliling kita dan keadaan ini menyebabkan dunia kita menjadi rancak, riang, gembira dan dapat menghidupkan suasana sekeliling. Pergerakan dapat diwujudkan juga dalam gubahan seni visual melalui pengolahan seni visual dengan aplikasi pelbagai teknik dan media. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi. Imej yang ditonjolkan akan lebih hidup dan realistik serta menjadikan gambar tersebut kelihatan lebih menarik.

3.2.6

Kepelbagaian

Kepelbagaian wujud di sekeliling kita sama ada dalam alam semula jadi atau objek buatan manusia. Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian. Kepelbagaian dapat menimbulkan kontra, memberi gambaran yang bertenaga serta menambahkan tarikan pada sesuatu hasil karya tersebut. Setiap hasil seni akan lebih bervariasi dan bergaya.

3.2.7

Kesatuan

Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan. Kesatuan juga dapat menimbulkan perasaan yang selesa dan suasana tenteram.

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

47

Rajah 3.2: Karya bertajuk "Starry Night" oleh Vincent van Gogh, 1889, Oil, 29"x36", Museum of Modern Art, NY. Karya beliau menggunakan warna lembut dan harmoni seperti warna biru, ungu dan warna hijau dan imej berputar menjadikan ianya mempunyai kesatuan yang tinggi

Sumber: http://faculty.indy.cc.ks.us/jnull/unity2.htm

3.3

ORGANISASI REKAAN

Komunikasi Visual Komunikasi visual merujuk kepada pembelajaran yang membolehkan pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasil kerja seni. Ianya menjurus kepada perhubungan dengan masyarakat melalui karya seni visual itu sendiri. Komunikasi visual terdiri daripada dua tumpuan utama iaitu; reka bentuk grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik meliputi pengenalan reka bentuk grafik, poster, simbol, logo dan maskot, kaligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi, dan komputer grafik. Multimedia merupakan satu unit pembelajaran yang tersendiri. Reka bentuk grafik merupakan proses seni yang menggabungkan teks dan grafik melalui reka bentuk logo, grafik, risalah, buletin, poster, papan tanda dan lain-lain bentuk komunikasi visual. Perkataan grafik berasal daripada perkataan grafikos, bahasa Yunani yang bermaksud boleh menulis dan melukis. Grafik boleh didefinisikan sebagai gambaran bukan fotografi dua dimensi (2d) yang direka khas untuk menyampaikan mesej atau idea kepada penonton atau pelajar.

48

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

3.3.1

Poster

Poster merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsi menyampaikan mesej dan intipati daripada gubahan idea. Ianya juga merupakan elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya. Ia juga melibatkan tipografi, ilustrasi, warna, reka letak dan foto yang digubah untuk memberitahu maklumat yang mudah secara spontan.

3.3.2

Simbol

Ialah reka bentuk grafik yang diringkas dan dipermudahkan daripada imej sumber alam semula jadi dan alam buatan manusia. Simbol terdiri daripada flora dan fauna serta benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia. Ianya lebih ringkas dan mudah daripada tanda yang menggunakan teks.

3.3.3

Logo

Logo ialah visual grafik yang menjadi identiti kepada firma perniagaan, kelab, persatuan, organisasi dan bandan-badan tertentu.

3.3.4

Maskot

Maskot pula digunakan untuk menarik minat pada sesuatu sambil menampilkan ciri-ciri kemesraan.

3.3.5

Tipografi (Muka Taip)

Tipografi merupakan seni menyusun atur atau merekaletak sesebuah muka surat dengan menggunakan huruf untuk mendapatkan hasil yang menarik. Terdapat 3 kumpulan muka taip yang diaplikasikan dalam rekaan grafik iaitu muka taip serif, san serif dan hiasan.

3.3.6

Pembungkusan

Pembungkusan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembungkusan jenis lembut dan pembungkusan jenis keras. Pembungkusan seni lembut terdiri daripada beg plastik, kertas, plastik pembalut dan kertas pembalut. Manakala pembungkusan jenis keras terdiri daripada kotak, tin, botol dan sebagainya. Sesuatu pembungkusan boleh terdiri daripada bermacam-macam saiz serta rupa

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

49

bentuk selain melindungi isi kandungan barangan daripada kerosakan. Pembungkusan memuatkan maklumat-maklumat penting untuk pengguna.

3.3.7

Grafik Persekitaran

Ialah reka bentuk grafik yang ada pada alam sekeliling. Ianya berkonsepkan pengiklanan untuk menyampaikan maklumat di samping mempromosi kepada pembaca dan pengguna.

3.3.8

Ilustrasi

Ilustrasi merupakan seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar. Pada zaman dahulu, ilustrasi digunakan untuk merakamkan legenda dan peristiwa bersejarah. Kini ianya lebih bersifat komersial dan berkembang pesat seiring dengan penemuan teknik percetakan.

3.3.9

Komputer Grafik

Komponen grafik dalam perisian menggunakan komputer grafik ialah teks, warna, bentuk, ilustrasi dan garisan yang boleh membantu pelajar. Penggunaan komputer grafik membantu pelajar meningkatkan mutu hasil kerja kerana komponen grafik telah tersedia dalam pelbagai perisian.

3.3.10 Multimedia
Multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatu persembahan dengan menggunakan elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan video. Ianya menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari, berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi.

3.4

KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU

Objektif pengajaran seni kraf adalah untuk membolehkan pelajar menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. Ianya bertujuan untuk memaparkan pengetahuan tentang sejarah seni dan perkembangan kraf dalam kehidupan, teknik dan proses penghasilannya. Pengetahuan ini dapat dijadikan panduan terutama dalam proses penghasilan folio dan produk akhir. Ia juga meliputi

50

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

topik pembelajaran seperti tembikar/seramik, batik, ukiran kayu, anyaman, tenunan dan tekat.

3.4.1

Tembikar/Seramik

Tembikar dan alatan seramik merupakan hasil kraf tradisional yang paling awal dapat dikesan oleh tamadun manusia. Ia menggunakan tanah liat yang didapati di kawasan persekitaran atau tepian sungai, sawah dan sebagainya. objek ini berfungsi sebagai bekas kegunaan harian, hiasan dan dalam kematian.

3.4.2

Anyaman

Anyaman adalah warisan yang terkenal di kawasan luar bandar terutamanya di negeri-negeri Terengganu, Perak, Melaka dan Kedah. Anyaman bukanlah produk tetapi lebih merupakan kemahiran dalam penghasilan produk. Biasanya produk yang dianyam diperbuat daripada daun mengkuang atau pandan, dan dijadikan sebagai perkakas atau objek harian seperti tikar, tudung saji dan sebagainya.

3.4.3

Ukiran

Merupakan sejenis seni warisan yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar yang menjadi identiti ukiran mereka. Antara motifnya ialah awan larat yang mempunyai unsur-unsur flora dan fauna, kosmo, geometri dan lain-lain.

3.4.4

Tekat

Tekat lebih dikenali sebagai tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia merupakan seni sulaman benang pada kain dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang diliputi benang emas.

3.4.5

Batik

Batik merupakan kraf tradisional dan amat terkenal di Asia dan mempunyai sinonim yang tinggi dengan Gugusan Kepulauan Melayu. Produk batik mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Tidak hairanlah ia menjadi salah satu produk pelancongan yang terlaris. Di antara jenis-jenis batik termasuklah batik tulis/lukis, terap/blok, pelangi, skrin dan sebagainya. Motif yang digunakan adalah seperti flora dan fauna, geometri dan sebagainya.

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

51

3.4.6

Tenunan

Tenunan adalah proses menjalinkan sehelai benang sehingga menjadi sebidang kain. Tenunan merupakan hasilan jalinan benang losen (benang dasar) dengan benang pakan (benang sisip). Kebanyakan tenunan didominasi oleh orang Melayu dan banyak dijalankan di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

3.5

REKA BENTUK DALAMAN DAN LANDSKAP

Salah satu cara peningkatan kehidupan dalam citarasa pemilik atau ruang fungsi pengguna supaya dapat meningkatkan status ruang tersebut agar selesa, selamat dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya dan pengguna. Reka bentuk ruang dalaman terhasil daripada kombinasi beberapa elemen asas seni bina seperti tiang, dinding, lantai, siling dan atap. Kategori reka bentuk hiasan dalaman terbahagi kepada tiga iaitu reka bentuk ruang, kediaman, reka bentuk ruang awam dan komersil. Contoh reka bentuk ruang kediaman ialah ruang tamu, ruang makan, ruang kerja atau bilik bacaan, bilik tidur, ruang dapur, bilik air dan anjung. Contoh reka bentuk ruang awam dan komersial adalah seperti ruang pejabat, restoran, bank, hotel, bilik pameran, ruang ibadat serta ruang legar pusat membeli-belah. Aspek asas yang perlu ada dalam reka bentuk hiasan dalaman ialah ruang, peredaran udara, pencahayaan, perabot, warna, tekstur dan bahan.

3.6

REKABENTUK PERSEKITARAN

Landskap merupakan pemandangan yang boleh dilihat secara semula jadi ataupun buatan manusia. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori yang merangkumi landskap, kediaman, komersial, institusi, pinggir jalan dan kemudahan awam.

3.6.1

Jenis-jenis Landskap

Landskap lembut merangkumi penggunaan tumbuh-tumbuhan yang meliputi pelbagai jenis pokok, tumbuhan renek dan tumbuhan tutup bumi. Satu lagi jenis landskap ialah landskap keras atau kejur.

52

TOPIK 3

BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

3.6.2
(a)

Peranan dan Fungsi Landskap

Secara umumnya, landskap mempunyai beberapa fungsi dan peranan utama. Fungsi Fizikal Tumbuhan Landskap (b) (c) mengawal hakisan tanah memberi perlindungan dan teduhan meredakan iklim mengawal pencemaran alam menjadi tirai dan dinding mengarah pergerakan atau petunjuk arah imbangan ekologi dan kehidupan fauna

Fungsi Estetik Tumbuhan Landskap membentuk ruang merangka pemandangan melembutkan mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi menjadi penyatu pelbagai elemen

Fungsi Ekonomi Tumbuhan Landskap Selain daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan landskap mampu menyediakan pemandangan yang baik dan indah serta memberikan faedah kepada masyarakat dan negara dari segi rekreasi, kesihatan, pendidikan dan pelancongan. LATIHAN 3.2 1. 2. Nyatakan tiga fungsi utama lanskap. Bagaimanakah lanskap yang menarik dapat menyumbang dalam industri pelancongan negara? membantu

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

53

Di dalam topik ini, anda telah didedahkan dengan elemen-elemen asas yang dimiliki oleh sesuatu karya seni. Unsur-unsur seni merupakan manipulasi elemen dalam mengolah dan menyampaikan gaya persembahan tertentu dalam menimbulkan gambaran atau kesan visual yang ingin disampaikan oleh seseorang pengkarya seni. Kemudian, anda didedahkan dengan prinsip-prinsip rekaan yang disusuli dengan jenis-jenis organisasi rekaan. Sebagai guru seni visual, pengetahuan tentang asas-asas rekaan amat penting, terutamanya apabila berdepan dengan kanak-kanak yang mungkin belajar tentang seni merupakan pengalaman pertama buat mereka.

Anda mungkin juga menyukai