Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENDAHULUAN

Assalamualiakum Warahmatullahhiwabarakatuh, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat


Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Kerja Kursus ini dengan sempurna.
Walaupun terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan namun ia tidaklan menjadi suatu masalah
yang besar dalam menyiapkan tugasan ini.

Namun begitu kami tetap berusaha mencari dari pelbagai sumber dan hasilnya tugasan
ini dapat disiapkan atas usaha keras dan juga bantuan daripada rakan-rakan sekumpulan dalam
menyiapkannya. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Puan Zaiyana
kerana telah banyak membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar tentang
pelaksanaannya.

Saya amat berbangga kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada waktunya,
akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan. Sekian, terima kasih.
2.0 PENGENALAN

Bahasa Seni Visual merupakan istilah baru bagi Asas Seni Reka dalam Kurikulum
Standard Sekolah Menengah Pendidikan Seni Visual Tingkatan Satu. Namun begitu, penekanan
Bahasa Seni Visual telah dimulakan sejak di peringkat sekolah rendah dalam KSSR. Asas Seni
Reka terdiri daripada enam unsur seni dan tujuh prinsip rekaan.

Dinyatakan bahawa unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam eleman asas yang
penting dalam penggubahan idea dan fikiran untuk menghasilkan karya seni supaya lebih baik
dan menarik perhatian penghayat seni. Prinsip rekaan adalah satu kaedah atau pengolahan
unsur seni untuk menimbulkan sesuatu gambaran yang jelas dalam gubahan seni visual. Prinsip
rekaan menjadikan sesuatu hasil karya seni itu lengkap serta mempunyai nilai estetika yang
tinggi.

Unity adalah kesatuan yang digubah melalui unsur yang mendominasi dan kurang
mendominasi serta kedekatan dalam komposisi dalam suatu karya seni. Dominasi diupayakan
melalui ukuran, letak, perbedaan atau pengecualian. Hal tersebut dilakukan untuk mencapai
harmonisasi/keselarasan.
3.0 ASAS SENI REKA

3.1 Unsur Seni Reka

3.1.1 Garisan

Elemen yang penting untuk melakar dan melukis ialah garisan. Garisan ialah cantuman dari
satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Garisan juga boleh dianggap
sebagai titik yang bergerak. Susunan titik yang berlanjutan itu juga dianggap sebagai satu
garisan. Susunan-susunan titik itu berkemungkinan mempunyai sifat panjang dan saiznya juga
tidak menentu. Aplikasi pelbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta
menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Terdapat pelbagai jenis
garisan yang dapat digunakan untuk menghasilkan karya seni. Antaranya ialah:

1. Garisan lurus
2. Garisan serong
3. Garisan menegak
4. Garisan mendatar
5. Garisan melengkung
6. Garisan halus
7. Garisan kasar
8. Garisan berlingkar
9. Garisan berpancar
10. Garisan bersudut
11. Garisan berserabut
12. Garisan putus-putus
13. Garisan titik-titik
14. Garisan beralun
15. Garisan nipis
16. Garisan tebal
17. Garisan zig-zag
18. Garisan berulang
3.1.2 Rupa

Rupa didefinisikan sebagai hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya yang
mengaplikasikan gabungan unsur rupa, garisan, warna dan jalinan. Rupa mempunyai garisan
luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza
dari ruang di sekeliling dan bersifat dua dimensi (tidak berjisim). Terdapat dua jenis rupa iaitu
rupa geometri dan rupa organik. Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sudut dan penjuru.
Rupa organik pula, mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Kedua-
dua jenis rupa ini berbeza sifat apabila ciri-ciri warna latar dan imej berubah. Imej yang berwarna
tanpa warna latar menimbulkan rupa positif. Latar belakang yang berwarna tanpa warna imej
menimbulkan rupa negatif.

3.1.3 Bentuk

Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa, namun bentuk mempunyai keluasan,
ketinggian dan jisim. Biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan dan
mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk
terbahagi kepada dua jenis iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk konkrit merujuk kepada
bentuk karya 3 dimensi seperti arca, manakala bentuk ilusi pula dihasilkan melalui penggunaan
konsep seperti perspektif untuk menunjukkan bentuk dalam karya 2 dimensi.

3.1.4 Jalinan

Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Terdapat dua jenis
jalinan iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah kesan jalinan yang dapat
dirasai dengan sentuhan tangan pada permukaan objek alam semulajadi seperti kulit kayu atau
kulit buah nenas; pada benda buatan manusia seperti tapak kasut atau bunga tayar; pada hasil
karya seni seperti kolaj, arca dan catan teknik impasto. Jalinan tampak ialah jalinan yang hanya
dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan. Misalnya jalinan tampak pada objek alam
semulajadi seperti corak pada sayap rama-rama atau jalur buah tembikai; pada benda buatan
manusia seperti jubin lantai marmar atau gambar foto; pada hasil karya seperti corak batik atau
catan.
3.1.5 Ruang

Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga
dalam sesuatu objek. Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang nyata dan ruang ilusi (tampak). Ruang
nyata ialah ruang fizikal sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit. Ruang nyata boleh
dibahagikan kepada dua situasi iaitu ruang luar seperti padang atau taman; dan ruang dalam
seperti bilik atau dewan. Ruang ilusi ialah ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak
seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar). Ruang ilusi ini terbahagi kepada tiga ruang
iaitu ruang rata, ruang cetek dan ruang dalam.

3.1.6 Warna

Terdapat tiga jenis warna dalam sistem roda warna iaitu

1. Warna asas ialah warna yang tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain.
(merah, biru, dan kuning)
2. Warna sekunder ialah warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas.
(Hijau = ‘Biru + Kuning’, Jingga = ‘Kuning + Merah’; Ungu = ‘Merah + Biru’)
3. Warna tertier ialah warna yang terhasil daripada campuran satu warna asas dengan satu
warna sekunder.
(Biru Kehijauan = ‘Biru + Hijau’, Jingga Kemerahan = ‘Jingga + Merah’; Ungu Kebiruan =
‘Ungu + Biru’)

3.2 Prinsip Rekaan

3.2.1 Harmoni

Dalam istilah bahasa, harmoni membawa maksud aman dan damai. Dalam istilah seni
visual, harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang.
Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna. Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-
unsur yang bercanggah.

3.2.2 Kontra

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam
sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi penumpuan (fokus),
mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan
unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan.

3.2.3 Penegasan

Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam
sesuatu gubahan. Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi penumpuan (fokus)
dan mengelakkan kebosanan. Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang
kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan.

3.2.3 Imbangan

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, daya tarikan dan tumpuan.
Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

1. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah
(garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
2. Imbangan tidak simetri (asimetri) – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi
mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.

3.2.4 Irama dan Pergerakan

Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar


dan sebagainya. Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih realistik terhadap
sesuatu gubahan. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan
sebagainya.

3.2.5 Kepelbagaian

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam
sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam
sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan,
rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan. Prinsip ini bertujuan untuk
menggelakkan kesan hambar dalam gubahan karya seni visual sama ada dua dimensi atau tiga
dimensi.
3.2.6 Kesatuan

Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu
gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.
Keberkesanan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan, media dan teknik yang digabungkan
dan disepadukan untuk mewujudkan kesan tampak yang sempurna.

4.0 ASAS SENI REKA SECARA PERBANDINGAN 1

4.1 Seni China

4.1.1 Unsur-unsur seni dan fungsi unsur seni.

Unsur Seni Reka Dalam Karya Seni Oriental China

Garisan Jalinan

Rupa Ruang

Bentuk Warna

4.2 Seni Islam

Unsur Seni Reka Dalam Karya Seni Oriental China

Garisan Jalinan

Rupa Ruang

Bentuk Warna
4.3 Seni India

Unsur Seni Reka Dalam Karya Seni Oriental China

Garisan Jalinan

Rupa Ruang

Bentuk Warna

4.4 Seni Jepun

Unsur Seni Reka Dalam Karya Seni Oriental China

Garisan Jalinan

Rupa Ruang

Bentuk Warna

4.5 Seni Barat

Unsur Seni Reka Dalam Karya Seni Oriental China

Garisan Jalinan
Rupa Ruang

Bentuk Warna

4.6 Seni Malaysia

Unsur Seni Reka Dalam Karya Seni Oriental China

Garisan Jalinan

Rupa Ruang

Bentuk Warna

5.0 ASAS SENI REKA SECARA PERBANDINGAN 2

4.1 Seni China

4.1.1 Prinsip dan peranan prinsip rekaan

Unsur Seni Reka Dalam Karya Seni Oriental China

Ruang Bentuk

Garisan Jalinan
Rupa Warna

4.2 Seni Islam

4.3 Seni India

4.4 Seni Jepun

4.5 Seni Barat

4.6 Seni Malaysia

6.0 ASAS SENI REKA KARYA 2D, 3D DAN SENI DIGITAL

7.0 UNSUR SENI PERBANDINGAN KARYA – KARYA SENI ORIENTAL

8.0 PRINSIP REKAAN PERBANDINGAN KARYA – KARYA SENI ORIENTAl

9.0 RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai