Anda di halaman 1dari 7

1) KARYA BERBENTUK ARCA TIMBULAN

1.1 Definisi

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta
dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere
bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Selalunya arca dapat dilihat
di galeri, Taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di
muzium dan Tugu Peringatan.

Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah,
atau kehidupan seorang tokoh. Arca bertujuan sebagai seni awam yangdipamerkan di luar, tetapi
kekadangnya juga dipamerkan di dalam bangunan awamuntuk menegaskan sesuatu dengan
cara yang lebih ketara daripada apa yang bolehditekankan melalui penggunaan perkataan.

1.1 Arca Timbulan

Arca timbulan dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang
di timbulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca.
Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek
keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul
dari permukaan dan kelihatanmenarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-
1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme
dalam arca timbulan ini.

Arca yang baik dan kreatif haruslah dihasilkan menepati tema dan tajuk yang ingin
diketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya pengkarya ingin berkongsi tema bersama dengan
pengarca yang lain. Tema yang ingin diketengahkan seperti perkongsian maklumat,
dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan. Semua persoalan yang ingin
diketengahkan haruslah ada pada arca yang dihasilkan dan mampu menonjolkan persoalan
berkenaan melalui hasilan pengkarya.

2) KARYA TEKNIK CAMPURAN

Pada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapat
lukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti harian mereka.
Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan corak-corak yang
menambahkan lagi kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada masa itu ialah darah
binatang hasil dari pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah. Jelaga lemak haiwan
pula untuk menghasilkan warna hitam. Manakala biji-biji kuning yang ditumbuk untuk
menghasikan warna kuning. Warna hijau pula terdapat daripada tumbuh-tumbuhan.

Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil karya mereka hampir serupa yang digunakan
oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darah untuk menghasilkan warna merah, Manganam oksid,
jelaga lemak dan arang untuk mendapatkan warna hitam. Manakala bijian yang dihancurkan
dengan batu untuk dicampurkan pula dengan darah haiwan, madu,tumbuh-tumbuhan dan lemak
haiwan boleh mendapatkan warna coklat dan jingga.

Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh-tokoh pada masa itu seperti
Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis-pelukis yang tersohor. Pada
zaman itu ,subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus menjadi penting di mana gambaran dan
imej yang diilhamkan dari Bible atau cerita agama terus menguasai karya-karya pelukis. Kisah
seperti “The Last Super” dan imej “Madonna and Child” merupakan subjek yang paling popular.
Walaupun zaman Renaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan pelbagai teknik dan
teori dilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti

Catan Media Campuran Barat

Karya catan ‘mixed media’ atau media campuran dikenali awal abad ke-20 iaitu aliran
Kubisme yang dipelopori oleh Pablo Pissaco yang menggunakan bahan selain cat minyak, cat
air atau akrilik yang biasanya digunakan untuk karya 2D. Beliau menggunakan potongan kertas
atau kolaj untuk menghasilkan catannya yang bertajuk ‘Three Musicians’ antara 1910 hingga
1912.

Media campuran merupakan gabungan kolaj dan assemblaj sebagai teknik menghasilkan
karya. Ia mengalihkan kongkongan realistik atau lukisan berupa dalam seni tampak.Karya awal
‘mixed media’ lebih menggunakan material seperti metal, barang kemas dan perhiasan
berbanding kini ia terdiri dari gabungan pelbagai bahan. Bagaimana pun penggunaan aspek
formalistik tetap sama.

Antara artis yang menggunakan ‘mixed media’ adalah Carlo Crivelli yang menggunakan
kayu, kaca dan perhiasan untuk karyanya yang bertajuk St.Peter.Henry Matisse menggunakan
cat gouche dan potongan kertas menghasilkan Sorrows Of The King pada 1952; mana kala
Rauschenberg menghasilkan Reservoir pada 1961 dengan menggabungkan cat dan paku dalam
karyanya. Walaupun pada peringkat awal abad ke 20, para pengkarya masih berpegang kepada
pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis figurative, alam sekitar dan alam
benda.

Pertumbuhan pelbagai aliran seperti kubisme, surealisme dan pop art menyebabkan
catan tradisional semakin ditinggalkan. Pengabungjalinan aliran ini membentuk aliran untuk
membuat catan mixed media. Di dalam catan media campuran teknik yang digunakan banyak
kolaj dan asemblaj. Ini dapat dilihat dengan adanya pameran yang terbesar di Museum of Modern
Art (New York) yang mempamerkan karya asemblaj yang bertajuk “The Art of Asemblaj” pada
tahun 1961 . Pada tahun itu merupakan satu langkah pembaharuan di dalam dunia catan di mana
penghasilan karya ini adalah gabungan bahan catan dengan bahan lain. Kebanyakan bahan
catan media campuran seperti aluminium, perspek, kaca, lutsinar, kayu, plastik,bahan-bahan
buangan dan lain-lain lagi.

Sekumpulan daripada 30 dan 40 pengkarya untuk meneroka semula kebebasan


membuat dan menghasilkan catan di mana teknik kolaj dan asemblaj digunakan dan ditekankan.
Mereka tidak memutuskan dalam kesinambungan dari kubisme dan surealime. Artis dari Negara
Amerika iaitu Joseph Cornell merupakan contoh membuat dan mencipta penimbang kecil Puisi
asemblaj di dalam sebuah kotak. Ini merupakan catan media campuran. Pada awal tahun30-an,
beliau merupakan orang yang pertama yang masih berpendirian surelisme di Julien Levy Gallery
di New York 1932. Beliau telah mengadakan pameran yang bertajuk “ Minutiae Glass Bells,
Shadow Boy, Coup d’Oeil, Jouets Surealistes’.

Kerja Cornell (Plates 109-110) merupakan contoh sempurna titik-titik daripada William C.
swseitz di buku perhubungan isu bersama “Art of Asemblaj” menunjukkan secara kias latihan
daripada asemblaj mengumpulkan bahan dari aras hubungan formal dari persatuan pensyair
menggunakan perkataan dan nombor secara rasmi . Perubahan turut mempengaruhi di dalam
lukisan Abstrak Expressionis di mana sesuatu bentuk di dalam sederhana.

Di dalam aliran abstrak expresionis iaitu Alfonso Ossorio merupakan artis Filipina yang
telah belajar dan bergaul dengan artis di sekolah New York dan memulakan teknik kolaj yang
baru di akhir 50-an. Di dalam karyanya yang kalut pengumpulan daripada pelbagai bentuk dan
bahan memperlengkapkan makna daripada kaligrafi rumit satu dijumpai dalam karya Pollock dan
mempunyai tujuan yang sama untuk memperbaharui kepekaan seseorang artis. Ramai
pengkarya menggunakan teknik asemblaj dalam karya mereka di akhir 50-an dan awal 60-an.

Catan Media Campuran Tempatan

Secara umunya terdapat tiga faktor yang telah mempengaruhi perkembangan seni catan
moden di Malaysia iaitu factor pertama penjajahan Inggeris, penghijrahan bangsa dagang dan
dtatus pendidikan. Sejarah seni catan moden Malaysia bermula pada awal sekitar 1930-an
menrusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen dan lain-lain . Stail yang baru dipersembahkan
di dalam tradisi visual tempat dengan menggunakan kaedah perintis ini telah memperkenalkan
pendekatan kaedah seni catan easel Barat untuk mempersembahkan subjek mereka sebelum
ini. Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan kelahiran
seni lukis moden dengan penghasilan catan mixed media.

Perkembangan catan mixed telah dipelopori oleh ramai artis-artis catan pada tahun 1990-
an. Pengolahan catan mixed media yang mencipta simbol-simbol baru yang menghubungkan
karya-karya seni moden denga ikongrafi tempatan. Antaranya ialah Choong Kam Kow dan Din
Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai subjek kajian masing-
masing. Choong Kam Kow menghasilkan catan yang mengabungkan bentuk kuih tradisi dengan
memberi penekanan kepada pembungkusannya yang dapat dianggap simbol kepada konsep
kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Ketupat dan Pulut panggang menjadi sebahagian dariapd
abentuk yang diketengahkan. Sementara itu , Din Omar pula memindahkan imej dan bentuk nasi
bungkus ke permukaan catan serta arcanya bagi mewakili isu-isu budaya tempatan dan
antarabangsa. Pendekatannya ini, sebagaimana tercermin dalam ‘Nasi Bungkus:Antara Dua
Hidangan” (1991) mirip kepada stail pop Art, khususnya seperti karya-karya Claes Oldenburg.
Dengan menggunakan bentuk nasi bungkus , Din telah meperkayakan penggunaan simbol
tempatan yang baru dalam dunia catan moden Malaysia.

Dekad 1990-an merupakan titik permulaan catan mixed media di mana ia menyaksikan
kemunculan pelukis muda berpotensi dan berbakat besar yang lebih gemar kepada pengolahan
mixed media dalam berkarya. Antara mereka iaitu Zulkifli Yusof, Mohd. Khalil Amran, Ahmad
Hukri Mohamed, Tan Chin Kuan, Bayu Utomo Radjikin, Din Omar dan Raja Shariman.

Kebanyakan daripada pelukis muda ini menggarap permasalahan sosial menerusi karya-
karya mereka. Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan kaum menrusi
buah-buah catur yang menjadi kiasan kepada percaturan dan perbuatan kuasa. Manakala Tan
Chin Kuan pula membicarakan isu-isu sosial menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend
dan fenomena baru bagi pelukis-pelukis muda ini ialah dari segi penghasilan karya-karya yang
berukuran besar. Tidak dinafikan bahawa karya-karya mereka berukuran besar lazimnya
mempunyai kesan yang kuat ke atas penontonnya. Itulah perkembangan catan mixed media.

3) SUMBER IDEA
3.1 GAMBAR BERBENTUK TIMBULAN ( RELIEF )
3.2 GAMBAR BERBENTUK KARYA CAMPURAN ( MIXED MEDIA )
4) GAMBAR LANDSKAP KEMBARA SENI VISUAL

Anda mungkin juga menyukai