Anda di halaman 1dari 24

1

Apakah maksud transformation ?


Maksud perkataan transformation adalah / The meaning of transformation is
pengubahan, perubahan, perihal mengubah, perubahan bentuk (rupa), pindahan,
transformasi.

Maksud perkataan transformable adalah / The meaning of transformable is


mengubah, merobah, perubahan bentuk (rupa), pindahan, transformasi.

Maksud perkataan transform adalah / The meaning of transform is


mengubah, merobah, menjelmakan, menukar

Maksud perkataan transfigure adalah / The meaning of transfigure is


benar-benar mengubah rupa, wajah, memuliakan, mengubah bentuknya atau rupa sesuatu,
menjelmakan.

Maksud perkataan configuration adalah / The meaning of configuration is


tatarajah, konfigurasi, rupa, bentuk, susunan

Maksud perkataan formalism adalah / The meaning of formalism is


perhatian tinggi terhadap rupa & bentuk luaran

Maksud perkataan metamorphosis adalah / The meaning of metamorphosis is


metamorfosis, perubahan bentuk

Maksud perkataan cataclysm adalah / The meaning of cataclysm is


perubahan besar/bencana mendadak

Maksud perkataan form adalah / The meaning of form is


bentuk, rupa, tingkatan, gaya, borang, sarang arnab, tatacara

Maksud perkataan cubism adalah / The meaning of cubism is


gaya seni lukis yang berunsur bentuk geometri, kubisme

Maksud perkataan surface adalah / The meaning of surface is


kawasan paling atas, rupa bentuk sesuatu , naik ke permukaan ,
2

LAMAN APRESIASI SENI


Laman ini khas untuk perkongsian ilmu guru seni di Malaysia. Dapatan ini diperolehi
sepanjang penglibatan saya dalam program yang dianjurkan di peringkat Daerah Btg
Pdg atau JPN Perak. Terdapat juga penulisan saya hasil diskusi dgn pensyarah seni di
UPSI. Persekitaran di sekolah juga memberi dorongan untuk saya menulis dan
membuat kajian.Pengalaman di IPG Kampus Ipoh turut menyumbang input tambahan
buat saya.Menjadi harapan jika perkongsian ilmu ini akan memberi manfaat
bersama,insyaAllah...
LAMAN SENI

SITI HAYATI BINTI HJ MOHD YUSOFF

PENSYARAH UNIT SENI VISUAL, IPG KAMPUS IPOH,PERAK.


yatie2838_my@yahoo.com

View my complete profile


Monday, July 20, 2009
Catan
PERKONGSIAN ILMU....

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya dianugerahi keberkatan
dengan iringan semangat keyakinan dan kekuatan untuk terus menghasilkan Folio ini.
Berdasarkan intipati dari teks sastera dalam Hikayat Umar Umaiyah, saya telah
menghimpunkan kesemua maklumat dan diterjemahkan melalui lakaran kreativiti, kemahiran
artistik dan rekacipta yang menggabungkan kepelbagaian unsur formalistik supaya
menghasilkan suatu karya yang benar-benar dapat menyampaikan maksud yang diharapkan.
Folio ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu kajian literatur, kajian tampak, kajian
3

analitikal, cadangan mengenai konsep dan idea, proses perkembangan kerja serta dokumentasi
karya akhir. Besar kemungkinan folio ini tidak memenuhi kehendak sebenar yang sepatutnya
perlu ada dalam menghasilkan folio yang terbaik. Walau bagaimanapun, diharapkan ianya
dapat memberikan serba sedikit gambaran mengenai susur galur dan rentetan proses
penghasilan karya yang telah disempurnakan.
Akhir kata, saya berharap folio ini dapat membantu memperjelaskan lagi segala apa yang telah
saya hasilkan sepanjang tempoh kerja yang diperuntukkan. Semoga usaha saya ini dapat
menjadi manfaat yang berguna untuk diri sendiri dan rakan-rakan sealiran yang lain.

Setulus, seikhlas dan setinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat....

A. KAJIAN LITERATUR
A.i Latar Belakang Sejarah
a) Catan

Pada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapat lukisan-
lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti harian mereka. Karya-
karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan corak-corak yang menambahkan lagi
kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada masa itu ialah darah binatang hasil dari
pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah. Jelaga lemak haiwan pula untuk
menghasilkan warna hitam. Manakala biji-biji kuning yang ditumbuk untuk menghasikan warna
kuning. Warna hijau pula terdapat daripada tumbuh-tumbuhan.
Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil karya mereka hampir serupa yang digunakan oleh
manusia zaman Mesolitik iaitu darah untuk menghasilkan warna merah, Manganam oksid,
jelaga lemak dan arang untuk mendapatkan warna hitam. Manakala bijian yang dihancurkan
dengan batu untuk dicampurkan pula dengan darah haiwan, madu,tumbuh-tumbuhan dan
lemak haiwan boleh mendapatkan warna coklat dan jingga.
Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh-tokoh pada masa itu seperti
Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis-pelukis yang tersohor.
Pada zaman itu ,subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus menjadi penting di mana
gambaran dan imej yang diilhamkan dari Bible atau cerita agama terus menguasai karya-karya
pelukis. Kisah seperti “The Last Super” dan imej “Madonna and Child” merupakan subjek yang
paling popular. Walaupun zaman Renaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan
pelbagai teknik dan teori dilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti.

b) Catan Media Campuran

Karya catan ‘mixed media’ atau media campuran dikenali awal abad ke-20 iaitu aliran Kubisme
yang dipelopori oleh Pablo Pissaco yang menggunakan bahan selain cat minyak, cat air atau
akrilik yang biasanya digunakan untuk karya 2D. Beliau menggunakan potongan kertas atau
kolaj untuk menghasilkan catannya yang bertajuk ‘Three Musicians’ antara 1910 hingga 1912.
Media campuran merupakan gabungan kolaj dan assemblaj sebagai teknik menghasilkan
karya. Ia mengalihkan kongkongan realistik atau lukisan berupa dalam seni tampak.Karya awal
4

‘mixed media’ lebih menggunakan material seperti metal, barang kemas dan perhiasan
berbanding kini ia terdiri dari gabungan pelbagai bahan. Bagaimana pun penggunaan aspek
formalistik tetap sama.

Antara artis yang menggunakan ‘mixed media’ adalah Carlo Crivelli yang menggunakan kayu,
kaca dan perhiasan untuk karyanya yang bertajuk St.Peter.Henry Matisse menggunakan cat
gouche dan potongan kertas menghasilkan Sorrows Of The King pada 1952; mana kala
Rauschenberg menghasilkan Reservoir pada 1961 dengan menggabungkan cat dan paku
dalam karyanya.

Walaupun pada peringkat awal abad ke 20, para pengkarya masih berpegang kepada
pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis figurative, alam sekitar dan
alam benda.

Pertumbuhan pelbagai aliran seperti kubisme, surealisme dan pop art menyebabkan catan
tradisional semakin ditinggalkan. Pengabungjalinan aliran ini membentuk aliran untuk membuat
catan mixed media. Di dalam catan media campuran teknik yang digunakan banyak kolaj dan
asemblaj. Ini dapat dilihat dengan adanya pameran yang terbesar di Museum of Modern Art
(New York) yang mempamerkan karya asemblaj yang bertajuk “The Art of Asemblaj” pada
tahun 1961 . Pada tahun itu merupakan satu langkah pembaharuan di dalam dunia catan di
mana penghasilan karya ini adalah gabungan bahan catan dengan bahan lain. Kebanyakan
bahan catan media campuran seperti aluminium, perspek, kaca, lutsinar, kayu, plastik,bahan-
bahan buangan dan lain-lain lagi.

Sekumpulan daripada 30 dan 40 pengkarya untuk meneroka semula kebebasan membuat dan
menghasilkan catan di mana teknik kolaj dan asemblaj digunakan dan ditekankan. Mereka tidak
memutuskan dalam kesinambungan dari kubisme dan surealime.

Artis dari Negara Amerika iaitu Joseph Cornell merupakan contoh membuat dan mencipta
penimbang kecil Puisi asemblaj di dalam sebuah kotak. Ini merupakan catan media campuran.
Pada awal tahun30-an, beliau merupakan orang yang pertama yang masih berpendirian
surelisme di Julien Levy Gallery di New York 1932. Beliau telah mengadakan pameran yang
bertajuk “ Minutiae Glass Bells, Shadow Boy, Coup d’Oeil, Jouets Surealistes’.
Kerja Cornell (Plates 109-110) merupakan contoh sempurna titik-titik daripada William C.
swseitz di buku perhubungan isu bersama “Art of Asemblaj” menunjukkan secara kias latihan
daripada asemblaj mengumpulkan bahan dari aras hubungan formal dari persatuan pensyair
menggunakan perkataan dan nombor secara rasmi . Perubahan turut mempengaruhi di dalam
lukisan Abstrak Expressionis di mana sesuatu bentuk di dalam sederhana.
Di dalam aliran abstrak expresionis iaitu Alfonso Ossorio merupakan artis Filipina yang telah
belajar dan bergaul dengan artis di sekolah New York dan memulakan teknik kolaj yang baru di
akhir 50-an. Di dalam karyanya yang kalut pengumpulan daripada pelbagai bentuk dan bahan
5

memperlengkapkan makna daripada kaligrafi rumit satu dijumpai dalam karya Pollock dan
mempunyai tujuan yang sama untuk memperbaharui kepekaan seseorang artis. Ramai
pengkarya menggunakan teknik asemblaj dalam karya mereka di akhir 50-an dan awal 60-an.

c) Sejarah seni catan media campuran tempatan.

Secara umunya terdapat tiga faktor yang telah mempengaruhi perkembangan seni catan
moden di Malaysia iaitu factor pertama penjajahan Inggeris, penghijrahan bangsa dagang dan
dtatus pendidikan. Sejarah seni catan moden Malaysia bermula pada awal sekitar 1930-an
menrusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen dan lain-lain . Stail yang baru
dipersembahkan di dalam tradisi visual tempat dengan menggunakan kaedah perintis ini telah
memperkenalkan pendekatan kaedah seni catan easel Barat untuk mempersembahkan subjek
mereka sebelum ini. Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan
menandakan kelahiran seni lukis moden dengan penghasilan catan mixed media.

Perkembangan catan mixed telah dipelopori oleh ramai artis-artis catan pada tahun 1990-an.
Pengolahan catan mixed media yang mencipta simbol-simbol baru yang menghubungkan
karya-karya seni moden denga ikongrafi tempatan. Antaranya ialah Choong Kam Kow dan Din
Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai subjek kajian masing-
masing. Choong Kam Kow menghasilkan catan yang mengabungkan bentuk kuih tradisi
dengan memberi penekanan kepada pembungkusannya yang dapat dianggap simbol kepada
konsep kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Ketupat dan Pulut panggang menjadi
sebahagian dariapd abentuk yang diketengahkan. Sementara itu , Din Omar pula memindahkan
imej dan bentuk nasi bungkus ke permukaan catan serta arcanya bagi mewakili isu-isu budaya
tempatan dan antarabangsa. Pendekatannya ini, sebagaimana tercermin dalam ‘Nasi
Bungkus:Antara Dua Hidangan” (1991) mirip kepada stail pop Art, khususnya seperti karya-
karya Claes Oldenburg. Dengan menggunakan bentuk nasi bungkus , Din telah meperkayakan
penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia catan moden Malaysia.
Dekad 1990-an merupakan titik permulaan catan mixed media di mana ia menyaksikan
kemunculan pelukis muda berpotensi dan berbakat besar yang lebih gemar kepada pengolahan
mixed media dalam berkarya. Antara mereka iaitu Zulkifli Yusof, Mohd. Khalil Amran, Ahmad
Hukri Mohamed, Tan Chin Kuan, Bayu Utomo Radjikin, Din Omar dan Raja Shariman.
Kebanyakan daripada pelukis muda ini menggarap permasalahan sosial menerusi karya-karya
mereka. Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan kaum menrusi buah-
buah catur yang menjadi kiasan kepada percaturan dan perbuatan kuasa. Manakala Tan Chin
Kuan pula membicarakan isu-isu sosial menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan
fenomena baru bagi pelukis-pelukis muda ini ialah dari segi penghasilan karya-karya yang
berukuran besar. Tidak dinafikan bahawa karya-karya mereka berukuran besar lazimnya
mempunyai kesan yang kuat ke atas penontonnya. Itulah perkembangan catan mixed media.
6

d) Kajian Teori Yang Berkaitan

Di dalam catan mixed media para pengkarya mencipta simbol-simbol baru untuk
menghubungkan karya-karya seni moden dengan ikonografi tempatan. Mereka menggunakan
dan memetik motif-motif budaya setempat sebagai kajian mereka untuk mendapatkan idea atau
untuk mengupaskan isu-isu yang akan diketengahkan oleh mereka. Contohnya seperti Choong
Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai
Subjek kajian. Choong Kam Kow menghasilkan catan-catan yang menggabungkan bentuk kuih
tradisi, dengan memberi penekanan kepada pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai
simbol kepada pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada konsep
kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Sebilangan pengkarya mixed media karya mereka
bertunjangkan seni Barat yang kelihatan seperti ekpresionisme dan surealisme contohnya karya
oleh Tan Chin Kuan di dalam karya “Tragic of Blue Night” (1991).

e) Jenis Bahan

Bahan-bahan yang digunakan biasanya pelbagai bahan yang boleh digunakan di dalam catan
mixed media seperti alumunium, prospek, kaca lutsinar , kayu, plastik, bahan-bahan buangan
dan lain-lain lagi. Bahan tadi digunakan oleh pengkarya untuk mengolahkan karya-karya
mereka . Contohnya karya Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan
kaum menerusi buah-buah catur. Kebanyakan karya Zukifli Yusof bahan-bahannya mixed
media.

e.i) Apa Itu Bahan ( Material)


Bahan adalah sesuatu objek yang dikenali samada dari segi rupa dan bentuk atau yang
menjalani pembuatan prosesnya. Di dalam seni bahan campuran, samada sesuatu bahan itu
telah menjalani proses atau masih kepada pengekalan identitinya tertakluk kepada bagaimana
pengkarya itu berkarya.
Sejajar dengan kemajuan, pengkarya telah memproses sesuatu bahan itu sebagai contoh
menggunakan plaster, woodfiler, serbuk kayu, gam, plastik, elemen semulajadi dan sebagainya
sehinggalah kepada bahan-bahan terbuang dan persekitaran untuk menghasilkan seni mereka.
Hasil dari proses artis itulah wujudnya karya berbentuk bahan campuran.
Di sini terdapat beberapa bahan yang telah diklasifikasikan.Bahan itu ialah seperti bahan yang
berbentuk elemen fizikal, dimana dalam proses pengkaryaan, sebarang medium diperlukan
sebagai alat penyokong seperti air, minyak atau berbentuk ‘chemical’ ataupun masih
mengekalkan rupa dan ciri-cirinya.
Bahan-bahan boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti :
i. Bahan pepejal -seperti batu, limestone atau marble.
ii.Bahan Organik -seperti kayu atau 'earth object'.
iii.Bahan Industri -seperti besi, tembaga, perak, proses dari mesin atau jentera,
7

Syntetic seperti bahan tiruan,plastik, glass, prospect bersifat lutsinar.


iv.Bahan Hybrid -yang terhasil dari percampuran antara satu sama lain.
v. Bahan Chemical -seperti bahan mengandungi asid, pencampuran dari
koleksi lab.

e.ii) Cara Memilih Bahan

Dalam pemilihan bahan itu terdapat dua kategori iaitu :


i- Fugivite : penghasilannya menerusi terus keatas permukaan atau karya. Selalunya bahan ini
tidak dapat bertahan lama, dimana nilainya senang jatuh. Ini bermaksud pengkarya tidak
mendalami lagi sesuatu sifat bahan dari segi ketahanan.
ii- Permenant : Selalunya hasilan ini berbentuk lebih tahan dari segi masa, pembuatannya
mengambil kira ke atas aspek nilai yang tinggi dan menjalani pemerosesan yang berkesan.
Pengkarya yang sebegini selalunya menjalani ujikaji terhadap bahan sebelum memasukkannya
ke dalam karya. Di dalam pembentukan sesuatu bahan itu samada dalam bentuk 'man made',
‘ready made' atau, 'natural object' terdapat sifatnya yang tersendiri mengenai jalinannya.
Bila melihat kepada 'texture' berbentuk 'visual' ianya hasil dari pertukangan tangan atau
pembuatan dari pengkarya dengan corak atau dekoratif. Melalui kesan yang wujud secara
spontan melahirkan jalinan yang tidak disengajakan melalui kesan pembentukan tampak atau
gerakbalas pengkarya. Ianya juga boleh dihasilkan melalui alat mekanikal seperti silkscreen,
komputer grafik atau foto dan berkaitan dengan seni ini. Bentukan yang terhasil juga boleh
dikenalpasti sebagai yang berbentuk 'textile texture'. Ianya terhasil dari bahan semulajadi
(earth) seperti daun, kayu, ranting, pasir atau perlakuan oleh seseorang itu seperti menganyam,
mengikat manik dan sebagainya. Bila memperbincangkan penghasilan karya sebegini selalunya
pengkarya memanfaatkan kepada apa yang telah ada dari bentukan asalnya. Pengkarya juga
mendapat jalinan melalui pengubahsuaian dari kreativitinya sendiri melalui proses geraklaku
atau penyudahan terhadap sesuatu bahan itu tidak kira apa jua yang difikirkan sesuai.
Penyusunan terhadap sesuatu penyusunan atau perletakan juga akan mendatangkan hasil dari
pembuatan 'textile texture' ini.
Apabila memperkatakan memgenai bahan campuran, tidak dapat dinafikan kekuatan bahan
yang telah menjadi satu tradisi lama dalam pembuatan karya. Warna khususnya yang terhasil
dari alam semulajadi, proses dari industri seperti cat minyak, arkrylik atau tempera. Semuanya
ini adalah bahan. Dari sini jelaslah bahan itu terdiri dari berbagai-bagai elemen dan
komponennya yang tersendiri. Dalam mendefinisikannya telah kelihatan ianya bersifat
universal. Terpulanglah pengkarya untuk menghasilkannya.

A.ii PENGOLAHAN BAHAN DALAM TEKNIK BERKARYA

Terdapat berbagai cara yang boleh digunakan untuk menjadikan sesuatu karya itu menjadi
bahan campuran. Dalam pemilihan bahan-bahan tersebut seseorang artis itu perlulah tahu jenis
dan teknik yang dikehendakinya. Pengetahuan tentang nilai bahan-bahan dan caranya mungkin
didapati samada dipelajari dari buku ataupun melalui sendiri pengalaman menghasilkan
8

sesuatu yang baru.


Kekuatan sesuatu bahan itu juga perlu diketahui oleh pengkarya itu bagi memastikan samada
ianya mempunyai ketahanan yang kuat ataupun lemah . Di sini terdapat sedikit sejarah
bagaimana permulaan dan beberapa teknik yang selalu digunakan di dalam menghasilkan
sesebuah karya.
Teknik tersebut ialah college,yang merupakan permulaan kepada kesemua teknik yang hadir
selepasnya.Berikutan itu lahirlah seperti teknik-teknik seperti Assemblage, Combine Painting,
Fibric, Fumage, Brulage, Decoupage, Affiches Laceres, Dechirage, Froissage, Frottage dan
bermacam-macam lagi. Disini,kajian tentang media campuran ini hanya menitikberatkan
terhadap beberapa pengolahan sahaja.

A.ii.i Collage
Collage (kolaj) ialah di mana dapat ditafsirkan sebagai satu permulaan seni catan moden yang
menggunakan bahan-bahan yang berbentuk kertas yang terkenal di dalam karya Pablo
Picasso. Papier de college ini telah mula digunakan dan telah mula menjadi satu seni yang
baru. Dari tahun 1906-1914 merupakan satu era di dalam seni dengan adanya karya-karya
yang membezakan dari segi pengolahan yang tidak tunduk kepada tradisi. Ia merupakan satu
era yang penting di mana ia merupakan zaman era moden yang memisahkan di antara yang
lama dan baru. Picasso dan Braque merupakan pengkarya yang disebut-sebut sebagai
pembawa kepada perubahan ini. Selepas Cezanne mengenengahkan konsep 'Construction'
terhadap 'nature' dengan meletakkan bentuk-bentuk kon, bulat segi empat dan segi tiga
sebagai mewakili nature iaitu menganggap apa yang dilihat kepada nature ini boleh
dibentukkan sebagai satu keadaan bergeometrik, sebagai contohnya pokok menjadi kon, rumah
menjadi segi empat.
Bagaimanapun Picasso dan Braque pula mendapati ia adalah sebagai satu jalan pembentukan
'collage'. Mereka kemudiannya membuat eksprementasi yang dikenali sebagai 'Analytic
Cubism' iaitu gagasan dari Cezanne, yang kemudiannya dimasukkan pula keratan akhbar, tiket,
urat-urat kayu dan berbagai lagi kesan jalinan di dalam karya mereka. Mereka memasukkan
sesuatu 'form' itu tanpa mengubah akan bentuk asalnya dan kekal sebagai bentuk dan rupa
sendiri.
Picasso menjelaskan bagaimana ia bermula dengan kolaj ini sebagai, " It was a small painting,
a still life serrounded by an oral form made rope, that for the first time introduced as a tangble
element a small piece of oil cloth resembling chair canning".Ia menambah lagi, " there is no
such thing as any material being worthing or unworthy as a mean of creative expression, as
long the artist in fuses it with creative feeling". Jadi collage ini adalah sebagai satu permulaan
dalam seni catan moden akibat perasaan ingin tahu para pelukis di dalam mencari sesuatu
yang baru. Imej-imej yang dilekatkan itu masih lagi menunjukkan akan sifat-sifat asal mereka.
Selalunya kolaj ini hanya menggunakan satu lapisan atau nipis seperti keratan akhbar, tiket dan
sebagainya. Kadangkala kewujudan mereka hanya melalui tampakan mata dan mendatar.
Permukaan yang selalu dikolaj itu kebanyakannya masih bersifat 2D.

A.ii.ii Assemblage
9

Tidak seperti kolaj, ianya lebih 'berbentuk' dan 'bersifat' kepada kualiti relief. Penyusunan dari
welding besi, gum antara permukaan, objek yang dijumpai (sebagai contoh ) telah dimasukkan
bersama menjadi satu karya.
Artis seperti Schwitters, Merz dan Dubuffets telah memulakan karya-karya yang berbentuk
Assemblage. Sebagai contoh mereka mengambil bahan-bahan yang terbuang dan tidak dipakai
diambil dan di simpan yang kemudiannya di 'kompos' kembali menjadi satu karya. Sebagai
contoh seperti akhbar, stamp, tali, kayu, besi, plastik, ( Sekadar menyebut beberapa bahan )
yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu.
Pembuatannya oleh Charlotte Weilder, "He spread flour and water over the paper, then moved
and shulted and manipulated his scraps of paper around in the paint while the paper was wet.
With his finger tips he worked little piece of crumpled paper into the wet surface;also spread
tints of water colour or gouches around to get variation in shadings of tone".Manakala kepada
Max Ernst pula ialah kepada eksplorasi,
" the fortuitous ecounter upon a non suitable plane of two mutually distant realities".
Menghampiri kepada seni ialah ia berbentuk cembung dan lebih kepada eksplorasi teknikal dan
keputusan yang lebih tegas terhadap pengalaman seseorang itu. Assemblage ini ialah turutan
kepada perkembangan collage yang telah dimajukan dalam seni dengan penambahan-
penambahan dan penerokaan baru dengan menjadikan sesuatu catan itu lebih kepada relief.
Menggunakan bahan-bahan yang dikutip atau jumpa yang kemudiannya di kompos'kan
kembali.

A.ii.iii Combine Painting


Seni ini telah diasaskan oleh dua orang pelukis Barat iaitu Robert Rauschenberg dan Jasper
Johns.Ianya adalah lanjutan dari seni yang telah dibawa oleh golongan 'Dada'. Mereka ini
termasuk di dalam 'Pop Art' dan lebih dikenali sebagai 'Neo-dada'. Seni ini memperlihatkan
akan pertemuan dan percantuman antara seni 2D dan 3D. Seni yang telah dibawa oleh
golongan dadaisme juga berkemunculan seperti ini tetapi masih lagi berbentuk relatif tetapi seni
kombinasi ini telah terkeluar dari peraturan catan secara total.
Rauschenberg secara berani telah memaparkan seni sebegini dalam 'Canyon' di mana ia
memasukkan objek-objek persekitaran yang lebih berbentuk seperti burung dan bantal. Begitu
juga dengan karyanya'First landing Jump', dengan menggunakan tayar kayu berserta objek lain.
Begitu juga karya-karya oleh Jasper Johns dalam siri 'Target' nya. Tetapi melalui pengkaryaan
oleh Jasper John ini, kebanyakan karyanya lebih mementingkan teknikal seperti 'casting'.
Seni ini yang bersekitaran permulaannya di tahun 50an telah berkembang hinggalah ke
masakini. Objek dari persekitaran samada dari 'man-made' mahupun 'natural object'
dikombinasikan sekali meliputi seni yang tak terbatas.
Kesimpulannya, seni 'combine' ini telah hadir setelah penerokaan oleh golongan Kubisme,
Dadaisme yang seterusnya memperluaskan seni berbentuk 'Collage' sehinggalah ke seni
Kontemporari.
Selain daripada kelahiran golongan yang mengamalkan seni campuran ini, perkara yang
berkaitan dengan teknikal juga penting di dalam pembuatannya. Terdapat beberapa \teknikm
dan keberkesanannya sewaktu menjalani proses.
10

A.ii.iv Fabric
Fabrik telah di gunakan sejak lama lagi iaitu seperti juga penggunaan kertas. Dalam seni
tradisional, fabrik telah digunakan untuk membuat pakaian. Manik-manik, jerami yang disulam
dan dijadikan pakaian dan perhiasan. Penggunaan ini kemudiannya digunakan pula ke dalam
seni semasa. Ianya kemudian telah di kombinasikan dengan beberapa bahan lain dan dijadikan
karyanya. Terdapat juga seni ini menggunakan kanvas, benang disulam, tali sutera sacking dan
simen.
Mengapakah seni ini turut diberi keutamaan di dalam seni dan sesetengah artis
menggunakannya. Patricia Douthwaite menegaskan,
"I started doing collage when I became fed up with the slippery, sliminess of paint…. painting
picture each day and wiping them out each night …. I finished with a massive pile of paint
rags…. mainly muslim baby napkins, covered with beautiful colours…".17
Terdapat beberapa teknik digunakan di dalam seni fabrik ini seperti Knotted and tied, weaving
around sticks, weaving a treda mobile, design from string and nail dan feather.

A.iii Lain-Lain Pengolahan


Setelah melihat kepada empat pengolahan yang terbesar maka dari situ terdapatnya beberapa
pengolahan selain dari yang di atas. Contohnya seperti Fumage, Brulage, Decoupage,
Dechirage, Froissage dan Frottage. Di bawah ini diberikan ringkasan secara umum mengenai
teknik dan kesan yang terhasil dari pemerosesannya.

A.iv Jenis Subjek


Motif yang digunakan motif –motif abstrak contohnya motif yang digunakan oleh Zukifli Yusof
motif tangga bagi menterjemahkan suasana literasi kebangsaan. Manakala Tan Chin Kuan juga
banyak membicarakan isu-isu sosial menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan
fenomena baru bagi pelukis muda seperti ini. Motif bentuk nasi bungkus, Din telah
memperkayakan penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia catan moden Malayisa.
Penggunaan imej serta pembungkusan makanan tempatan terdahulu daripada ini dapat
dihayati dalam karya-karya Hashim Hassan menggunakan motif ketupat di dalam pengolahan
semiabstrak bagi mencerminkan semangat kesatuan menerusi motif-motif anyaman.

B. KAJIAN TAMPAK

B.i Rujukan Karya Dan Artis

Din Omar
Kepelbagaian

Beliau merupakan salah seorang pelukis Malaysia yang menonjol dan bersifat inovatif dalam
mengemukan simbol dalam karya media campuran. Dalam karyanya, persoalan gaya tidak
11

terbatas dalam lingkaran permasalahan bentuk, tetapi meliputi aspek makna seperti tema dan
subjek, sama ada secara representasi mahupun perlambangan. Karya media campuran Din
Omar yang bertajuk ‘Kepelbagaian’ ini pernah dianugerahkan hadiah kecil dalam pertandingan
seni lukis Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1990. Dalam
karya ini, Din Omar mengungkap kesatuan hidup masyarakat majmuk Malaysia menerusi imej
nasi bungkus yang menjadi simbol yang memusnahkan perbezaan bangsa dan warna kulit.
Nasi bungkus bersifat keMalaysiaan, diterima dan digemari oleh berbilang bangsa. Apa yang
menarik dalam karya ini , beliau mengambil suatu perkara yang lumrah dalam kehidupan lalu
dipersembahkan dalam bentuk kesenian. Subjek Din Omar adalah berkaitan dengan objek
budaya pemakanan seperti nasi bungkus, pinggan mangkuk, sudu garpu dan cawan. Apa yang
paling nyata menonjol ialah imej dan bentuk nasi bungkus yang diolah sama ada secara papar
ataupun dalam bentuk 3 dimensi. Usaha Din mengungkap mesej budaya dan kemasyarakatan
pastinya berbeza daripada kencenderungan kebanyakan pelukis catan alam benda yang turut
menampilkan objek budaya pemakanan, tetapi hanya berminat pada nilai keindahan yang
tersurat semata-mata. "Kepelbagaian" serta karya lain daripada siri nasi bungkus itu cukup
menarik dan menyegarkan, mencerminkan sensitiviti pelukis terhadap unsur biasa dalam
persekitaran mereka yang dapat digarap sebagai simbol budaya. Pendekatan Din Omar dalam
karya ‘kepelbagaian’ ini mungkin bertalian dengan seni popular, tetapi pemilihan motif dan
subjeknya bersifat tempatan. Pemindahan imej dan bentuk nasi bungkus ke permukaan catan
serta arcanya memperkaya penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia seni moden
Malaysia di samping mengetengahkan isu-isu budaya tempatan.

Mohd Fauzin Mustafa


The Lost Horizon

Mohd Fauzin Mustafa antara pelukis Malaysia yang gemar menggunakan media campuran
dalam berkarya. Karya-karya beliau banyak merujuk kepada alam sebagai subjek dan sumber
inspirasi yang kaya. ‘The Lost Horizon’ merupakan antara karya beliau yang terkenal. Dalam
karya ini beliau menggunakan pelbagai campuran mediaseperti perca, kepingan timah, emas,
kolaj dan akrilik. Tema yang cuba ditonjolkan
oleh beliau dalam karya ini merujuk kepada alam flora dan fauna sebagai motif ukiran kayu dan
batik. Motif pucuk rebung dan awan larat mengandungi makna simbolik yang kuat tentang
peribadi dan kesopanan Melayu iaitu satu bangsa yang menghormati pemimpin serta tunduk
kepada suruhan Tuhan. ‘The Lost Horizon’ mempamerkan beberapa perbezaan dari segi
pendekatan, pengolahan bentuk rakaman, dan terjemahan bahasa visual. Ini menjadikan karya
beliau ini berbeza dengan pelukis lain. Karya Mohd Fauzin ini terbentuk menerusi pengolahan
yang tidak mengongkong dan menyarankan alternatif baru terhadap eksploitasi media dan
bahan. Pelbagai mdia campuran yang digunakan berjaya mengungkap kemungkinan yang
mencabar dalam proses berkarya. Beliau menggunakan ciri semula jadi bahannya dengan
sebaik mungkin bagi mewujudkan kesan yang diidamkan. Warna perca yang sememangnya
12

sudah menyerupai alam semula jadi dengan corak bebunga diperelok menerusi sentuhan dan
campuran bahan yang lain. Hasilnya, kesan yang padu dapat dihayati dalam imej yang yang
lebih menyerupai lanskap dan struktur bumi. Media-media ang digunakan berjaya
menyerlahkan simbol yang merujuk kepada budaya tempatan. Tema dalam ‘The Lost Horizon’
merupakan satu penghayatan dan penghargaan pelukis kepada alam ciptaan Tuhan. Karya ini
melukiskan rakaman penghayatan beliau yang bersifat luaran dan dalaman. Menurut Mohd
Fauzin sendiri, alam perlu dihayati zahir dan batinnya iaitu segala yang tersurat dan yang
tersirat. Melalui penghayatan terhadap alam, akan mendorong kita mengenali kebesaran
Tuhan.

Alias Yusoff
The Fest 1

Pelbagai tema, pendekatan dan unsur formalistik digunakan oleh para pelukis di
Malaysia dalam menghasilkan karya mereka. Setiap karya yang dihasilkan mempunyai
kekuatan yang tersendiri menjadikan karya meraka itu unik dan berbeza dan mempunyai
identiti yang tersendiri. Dalam karya Alias Yussof bertajuk ‘The Fest 1’ terserlah dalam
penggabungan ciri-ciri formal yang disusun dengan unik dan menimbulkan kesan. Unsur-unsur
rekaan seperti garis, bentuk, jalinan, warna dan rupa dihasilkan menerusi sensitiviti,
melambangkan keperihatinan beliau terhadap agama, alam sekeliling, masyarakat dan budaya.
Karya ini mengetengahkan kaedah penerokaan permukaan catan dengan memberi perhatian
kepada komposisi dan dan permasalahan teknikal. Gagasan bahawa setiap sesuatu berhubung
dan dihubungkan dengan sesuatu yang lain dalam alam ini menjadi titik tolak karya beliau. Di
samping mencari perhubungan dan kesatuan pelbagai bahan, beliau cuba membentuk
komposisi yang harmonis dalam karyanya menerusi percaturan dan perhubungan satah,
bentuk, rupa, warna serta garisan. Unsur-unsur harmoni dan kontras dalam ciri formal seni lukis
diolah dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan komposisi catan yang menarik dan
mengukuhkan struktur yang tersirat. Di samping menyarankan aspek penerokaan bahan dan
permukaan, karya Alias memperlihatkan sikap ketelitian dan disiplin yang tinggi dalam proses
komposisi. Komposisi catan yang seperti ini tidak terbentuk secara kebetulan, tetapi
memerlukan perancangan yang konstruktif dan teratur. Unsur-unsur keseimbangan dan
pergerakan serta kadar bandingan umpamanya dikaji dengan teliti. Ini agak berbeza dengan
karya abstrak ekpresionisme yang banyak bersandar pada unsur kespontanan dalam proses
berkarya. Karya ini bukan sahaja mendukung kuat pendekatan formal yang berkaitan dengan
bahan dan permukaan, tetapi juga turut menyarankan makna yang tersirat tentang
perkembangan tamadun yang berlainan zaman serta konsep keharmonian alam.

Ruzaika Omer Basaree


1981
Sri Dungun
Media Campuran
13

Karya ini menggabungkan motif seni bina ukiran Melayu tradisi dalam catan-catannya yang juga
bersifat kearcaan. Pendekatannya telah memperluaskan pengertian catan yang lazimnya
ditakrifkan sebagai aturan warna di atas permukaan dua dimensi semata-mata kepada karya
yang bersifat tiga dimensi.
Pelukis mendalami nilai-nilai estetika Islam dan menterjemahkan kefahamannya itu menerusi
karya-karya yang selama ini dirujuk oleh pelukis yang memiliki makna tersirat yang berkaitan
dengan Islam. Kedua-dua konsep yang terjelma dalam kesenian tradisi seperti seni ukiran kayu
dan seni bina Melayu tradisi seterusnya meletakkan kesenian yang berkontekskan galeri seni.
Pendekatan seperti ini sebenarnya berupaya mengetengahkan kesenian-kesenian tradisi itu
sebelum memindahkannya dalam pengolahan yang baru. Ketidakfahaman terhadap makna
asas serta prinsip-prinsip yang tersurat hanya akan merosakkan keindahan dan ketulenan seni
tradisi apabila ia diucapkan dalam bahasa visual yang baru.
Dalam karya di atas menggunakan bahan berupa kayu dan arkalik dimana kayu yang
digunakan untuk membentuk daun pintu dan ukiran diwarnakan dengan arkalik.
Pelukis menggunakan warna yang lembut dan kombinasi warnanya yang menunjukkan
gambaran warna sewarna menyebabkan hasil ini nampak menarik dan teratur. Warna yang
lebih gelap digunakan dibahgian tepinya un tuk menunjukkan pemidang pada hasil karya ini. Ia
juga dapat menimbulkan bentuk 3 dimensi yang hendak di utarakan.
Selain dari itu pelukis dapat menunjukkan ukiran yang mempunyai ukuran semetri dimana
ukuran setiap ukiran adalah sama dan seimbang. Daun pintu juga mempunyai ukuran semetri
dimana daun pintu itu itu boleh dibuka. Ciri-ciri tradisi melayu dapat ditonjolkan pada karya
beliau.

Louise Nevelson
1962
American Dawn
Media Campuran

Karya assemblage yang bertajuk “American Dawn” dihasilkan oleh arcawan Louise Nevelson
pada tahun 1962. Tema karya ini berkaitan dengan kehidupan Amerika / sosial budaya di
Amerika.
Material yang digunakan untuk menghasilkan karya ini termasuk pelbagai jenis kayu dan
penggunaan cat yang minimum.
Dari aspek formalistik, didapati tindanan kayu atau susunan kayu telah memberi kesan
pergerakan yang dinamik. Contohnya reka letak kayu di bahagian tengah disusun dari rendah
ke tinggi dan antara setiap unit kecil juga terdapat pergerakan yang ketara di mana kayu di
susun secara horizontal dan vertikal.
Objek yang terdapat di tengah-tengah karya ini dianggap sebagai penegasan bagi keseluruhan
komposisi, kerana ia terletak di titik tumpuan audien. Penggunaan warna yang berbeza di
sebahagian unit kecil juga berfungsi sebagai penegasan.
14

Seniman telah menggunakan warna yang minimum dan ia dapat dibuktikan di sebahagian kecil
karya tersebut. Warna yang dipilih (grey) juga merupakan warna yang lembut. Seniman cuba
mengekalkan warna asal kayu dan ini telah memberi kesan harmoni.
Karya ini telah mewujudkan satu ruang realiti. Sebahagian daripada karya tersebut lekat pada
dinding , keadaan ini menyebabkan objek tersebut kelihatan bersaiz kecil. Kadar banding antara
unit belakang dan depan telah mewujudkan satu perspektif yang menuju ke dalam.
Berdasrkan gambar yang dikaji, unsur jalinan sentuh jelas dilihat tetapi jalinan kayu (urat kayu)
tidak kelihatan kerana tidak dikaji secara dekat.
Rupa organik dan geometri digabungkan dalam karya ini. Kontra pertentangan dan gabungan
antara dua unsur ini telah memberi konsep kesatuan kepada karya tersebut.

Hamidi Ahmad Basaar


1991
Bas Mini
Media Campuran

Karya ini merupakan karya mixed media yang menggunakan cat minyak dan bentuk
kadbod relief yang dikompos bersama dengan karya atas panel.Isu kesesakan di kota
menjadi tema kajian pengkarya.

Cornell Joseph
1943
Pharmacy
Media Campuran

Cornell menggunakan barang-barang terbuang untuk dikompos menjadi karya beliau.


Botol-botol diisi dengan pelbagai jenis bahan memberi gambaran farmasi.

Cornell, Joseph
1936
Soap Bubble Set
Media Campuran

Joseph menggunakan bahan terbuang atau “waste material” seperti kulit telur, bekas-bekas
sabun dan gambar globe untuk dikompos menjadi karya.

Artis antarabangsa iaitu pelukis wanita dari Argentina Luciana Abait dengan karyanya ‘Hong
Kong Windows’(2000)
15

http://www.artnutASIA.htm

Maslin Md Ramly
2000
‘Fly Away My Cakubor’
91.5 X 91.5 cm.

Rujukan : Anugerah Seni lukis Malaysia&Asean Art Awaeds 2003 Philipmorris

Syed Alwi Syed Abu Bakar


2000
‘What Is This .... Teacher?
86 x 86 cm
Media Campuran

Rujukan :Anugerah Seni Lukis Malaysia Asean Art Awards 2003 Philipmorris

Gan Sian Wei


2000
Win Search Of Identity
106 x 106 cm
Media Campuran

Rujukan : Anugerah Seni Lukis Malaysia Asean Art Awards 2003 Philipmorris

Karya rujukan bertajuk ‘Mata Duitan’ yang dihasilkan oleh En. Shamsu Mohamad. ‘Mata Duitan’
adalah daripada media campuran iaitu porselin, duit syiling, ‘resin’ dan ‘glaze’. Karya ini
berukuran 60.7 x 79.9 cm

RUJUKAN: :Anugerah Seni Lukis Malaysia Asean Art Awards 2003 Philipmorris

Din Omar
1991
“Nasi Bungkus : Antara Dua Hidangan”
Media Campuran
16

214 x 107 cm

Tan Chin Kuan


1989
Blue Night II
Media Campuran

Noor Azizan Rahman Paiman


1993
Coming Back From North Island Series V
Media Campuran

Mohd Azhar b. Abd. Manan


“Sarawak-September ’89 : Documentation VI”
Media Campuran
308 x 556 cm

Ahmad Shukri Mohamed


1992
“Cabinet Series”
Media Campuran
183 x 183 cm

Tan Chin Kuan


1991
“Tragic of Blue Night”
Media Campuran
450 x 300 cm
17

Thay Tzyh Haur


“If You Are Him”
Oil on recycled paper
95cm x 95 cm

Zulkifli Yusof
Untitled 1
Media campuran
1988

C. PENYATAAN MASALAH / ISU

C.i Permasalahan Semasa dari Intipati Teks Hikayat Umar Umaiyah

Dalam Hikayat Umar Umaiyah (HUU), menceritakan tentang kehidupan masyarakat zaman
jahiliah iaitu sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab. Dalam HUU ini ia mengisahkan seorang
anak jati Kota Mekah yang mengembara mencari pengalaman hidup di rantau orang. Namun
apa yang jelas ditonjolkan dalam hikayat ini ialah semangat mempertahankan kedaulatan tanah
air yang dipaparkan melalaui watak utama (Umar Umaiyah) yang sentiasa membela dan
menunjukkan kelebihan dan kehebatan tanah kelahirannya kepada masyarakat luar. Ini jelas
apabila Umar enggan mengiktiraf kaabah Yaman yang dibina oleh Raja Abrahah hinggakan
beliau sanggup memusnahkan kaabah tersebut dan mengotorinya dengan najis.
Begitu juga dengan masyarakat Mekah yang sanggup bergadai nyawa dan tinggalkan segala
kemegahan, anak isteri, kekayaan dan sebagainya semata-mata mahu mempertahankan kota
Mekah dari serangan tentera musuh. Dalam HUU ini juga ditonjolkan pelbagai peringkat lapisan
masyarakat sanggup bekerja sama membantu mempertahankan tanah kelahiran mereka
walaupun kebanyakkannya tidak tahu teknik berperang mahupun menunggang kuda. Namun,
semangat serta kasih sayang terhadap tanah air, maka mereka sanggup menentang dan
mempertahankannya walaupun dengan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri.

C.ii Tema
Tema yang dapat saya ketengahkan melalui hikayat ini adalah “MEMPERTAHANKAN
KEDAULATAN TANAH AIR DAN PENGARUHNYA”.
Mempertahankan bermaksud melindungi serta mengawal tanah air dari sebarang ancaman,
18

pencerobohan , penaklukan dan serangan oleh pihak luar yang berniat jahat dan tidak baik.
Kedaulatan pula merupakan satu kemuliaan, kesucian dan keagungan yang terdapat dalam
sesebuah negara yang mesti dipelihara dan dilindungi. Tanah air merupakan negeri, tempat
kelahiran, kawasan jajahan atau juga satu penempatan yang didiami oleh sesuatu masyarakat
yang terdiri dari pelbagai lapisan. Pengaruh pula merupakan satu kekuasaan, ideologi, agama,
fahaman dan sesuatu yang dapat menunjukkan identiti sesebuah kaum dan masyarakatnya.

D. KAJIAN ANALITIKAL
D.i Peta Minda

MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN TANAH AIR SERTA PENGARUHNYA


MEMELIHARA KESELAMATAN KAABAH
ERATKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
MENENTANG MUSUH
MENYEBARKAN FAHAMAN DAN IDEOLOGI
TEGAKKAN UNDANG2
PERTAHANKAN DARI SERANGAN
HAPUSKAN SAINGAN
TENTANG UNDANG2 ZALIM
TENTERA ABRAHAH
PEMBESAR ZALIM
GURU AGAMA
NASIHAT
PERLAKUAN
TELADAN/ CERITA BAIK
RAJA
PEMBESAR
MASYARAKAT
BANI KALBAN
PEMBESAR QURAISY

PENGHULU
PENDUDUK DUSUN

INDIVIDU
TENTERA BERGAJAH
KAABAH YAMAN
LAKSANA HUKUM
BERPERANG
19

MEMPERTAHANKAN NEGARA
IKON
PEDANG
PERISAI
KOTA
PAGAR
ASKAR
PAHLAWAN
RAJA
TOMBAK
BELANTAN

D.ii Ikon yang akan digunakan

Pedang
Perisai
Kubu / Kota

Perisai
Pintu Kota
Kuda dan Pahlawan

Raja
Permaisuri
Askar

E. CADANGAN - KONSEP DAN IDEA

E.i. Aspek Praktikal


Lakaran yang mengandungi buah catur.
Buah Catur melambangkan satu sistem pertahanan yang terdiri dari pelbagai peringkat lapisan
iaitu raja, permaisuri, menteri, askar dan juga unsur-unsur lain seperti kuda, kota dan
sebagainya. Semua ini memainkan peranan masing-masing dalam mempertahankan kawasan
atau tanah air yang dikuasainya.

Bentuk-bentuk perisai yang pelbagai digunakan bagi menunjukan tentang isu pertahanan
Kedudukan ikon buah catur yang dalam keadaan statik dan mempunyai unsur-unsur
pergerakan.
20

Karya yang menjadi pilihan. Setelah membuat pelbagai penyesuaian dan penambahan, maka
lakaran ini telah diluluskan.

F. PROSES- PERKEMBANGAN KERJA

F.i. Pemilihan bahan dan alatan yang akan digunakan

! Kepingan besi setebal 3 mm.


§ Bentuk bulat. Diameter 40 cm x 4 keping.
§ Bentuk bulat. Diameter 28 cm x 4 keping.

! Mangkuk besi setebal 1 mm.


§ Bentuk bulat dan melengkung. Diameter 7 cm x 4 biji.

! Kayu 2 inci x 2 inci.


§ 2 inci x 2 inci x 100 cm x 6 batang.
§ 2 inci x 2 inci x 190 cm x 5 batang.

! Papan lapis. Setebal 1 inci x 25 cm x 45 cm x 6 keping.

! Skru .10 mm.


§ 10 mm x 4 ½ inci x 20 batang.
§ 10 mm x 2 ½ inci x 24 batang.
§ 10 mm x 2 inci x 26 batang.
§ 10 mm x 1 ½ inci x 12 batang.
§ 10 mm x 1 inci x 48 batang.

! Papan lapis untuk membentuk imej buah catur.

F.ii. Proses Kreativiti

Gambaran saiz, bentuk dan kedudukan bahan dalam karya.

Kepingan besi. Diameter 40 cm


Kepingan besi.
Diameter 28 cm.

Skru 10mm x 2 inci


Skru 10 mm x 4 ½ inci
Skru 10 mm x 1 inci
21

Papan lapis;
1 inci x 25 cm x 45 cm x 6 keping
Skru 10mm x
1 ½ inci
Skru 10 mm x
2 ½ inci
Kayu 2 inci x 2 inci x 100cm
Kayu 2 inci x 2 inci x 190 cm

Bentuk ikon buah catur yang telah diubah suaikan dengan memasukkan unsur-unsur
pergerakan.

INILAH LUKISAN KARYA YANG AKAN DIBUAT NANTI.

F.iii. Proses Artistik

!
Bahagian kayu yang diluakkan / tanggamMemotong kayu 2 inci x 2 inci. Kayu dipotong
sepanjang 100 cm sebanyak 6 batang dan 190 cm sebanyak 5 batang. Selepas itu kayu dibuat
tanggam supaya berada dalam keadaan lebih kukuh dan stabil apabila dipasangkan. Teknik ini
dinamakan teknik tanggam.

Bahagian kayu yang ditanggam. Permukaan kayu di “grinder” supaya menghasilkan kesan
jalinan yang ketara.
Bahagian kayu disatukan menggunakan skru supaya lebih kukuh dan menanpakkan kesan
kekuatan agar sesuai dengan tema.
Bahagian kayu disapukan dengan pewarna kayu untuk tujuan kekemasan dan menampakkan
kesan kekuatan.
Seterusnya saya melakukan kerja-kerja menebuk lubang pada kepingan besi. Saya
menggunakan kepingan besi yang telah sedia ada seperti kuali roti jala. Ini memudah dan
menjimatkan masa. Tambahan pula saiz dan bentuknya sesuai digunakan dengan karya saya.

1
2
Permukaan besi di”grinder” supaya lebih menampakkan kesan jalinannya.
Kepingan besi ini dilekatkan menggunakan skru supaya kelihatan seperti bentuk perisai yang
sebenar.
22

Terdapat dua lapisan besi. Yang besar di bawah manakala yang kecil di bahagian atas.

Proses memasang kepingan besi di atas panel. Skru digunakan supaya kedudukan setiap
kepingan besi renggang sedikit.
Kelihatan bahagian kayu yang di “grinder” untuk mendapatka kesan jalinan yang menarik.

Pandangan sisi kedudukan kepingan besi di atas panel.


Sisi tepi
Sisi atas
Kepingan besi diameter 40 cm
Kepingan besi diameter 28 cm
Mangkuk besi diameter 7 cm

Kedudukan kepingan besi yang telah siap dipasangkan. Bagi memastikan bahagian yang di
“grinder” tidak mudah berkarat, spray Clear digunakan.

Proses penghasilan ikon buah catur. Saya menggunakan papan lapis setebal 12mm. Terdapat
enam ikon buah catur yang berlainan iaitu, raja, permaisuri, menteri, kota, kuda dan askar.
Menteri

Askar

Kota

Raja

Kuda

Permaisuri

Imej diletakkan di atas papan lapis setebal 25mm. Imej di “grinder” supaya menghasilkan kesan
jalinan.
Bahagian papan lapis 1 inci x 25cm x 45 cm di “grinder” dan diwarnakan menggunakan warna
“poster Colour”.

Susunan imej catur di atas papan lapis. Setiap kedudukan imej berada pada latar warna yang
memberikan maksudnya tersendiri.

Bahagian belakang perisai dimasukkan dengan kepingan papan lapis dan diwarnakan dengan
warna kuning. Ini akan memberikan kesan kontra dan imej perisai akan lebih menyerlah

Inilah karya saya yang telah siap sepenuhnya.


23

G. DOKUMENTASI KARYA AKHIR

G. i. Makna yang terdapat dalam karya

1. PERISAI
Perisai memberi erti satu alat mempertahankan diri apabila berperang. Ia merupakan alat
pertahanan diri yang tradisional. Sesuai dikaitkan dengan hikayat yang dikaji. Perisai diletakkan
di bahagian kiri dan kanan sebagai “pengawal” kepada isi yang terdapat di dalam karya
tersebut. Terdapat di empat penjuru melambangkan empat arah mata angin (Utara, selatan,
timur dan barat)

2. IMEJ BUAH CATUR.


Dalam permainan buah catur, terdapat watak seperti raja, Permaisuri, Kota, Askar dan
sebagainya yang berperanan sebagai pengawal dalam permainan tersebut. Permainan catur
adalah simbolik kepada mempertahankan kekuasaan dan memperluaskan pengaruhnya. Ini
bermakna, dalam mempertahankan negara, ia melibatkan pembabitan semua puhak. Setiap
individu memainkan peranan masing-masing dalam mempertahankan negara, agama dan
pengaruhnya. Ia dilambangkan melalui warna latar imej catur tersebut.

3. PAGAR
Pagar merupakan salah satu ikon yang melambangkan “pelindung”. Ini bermakna jika sesuatu
yang dipagar, maka sudah semestinya ia dilindungi dan sangat penting kepada pemiliknya.
Pagar ini di masukkan kesan-kesan jalinan yang melambangkan kejerihan, kepayahan dan
pahit getir dalam mempertahankan negara sehingga menghasilkan parut-parut dan luka-luka.
Ini bermakna, dalam mempertahankan negara, seseorang itu akan berdepan dengan halangan
dan rintangan. Di bahagian belakang perisai terdapat warna kuning yang menunjukkan bahawa
di dalam hikayat ini, kisahnya berlaku di kawasan gurun yang panas. Jesteru itu warna kuning
melambangkan suasana yang panas mewakili kawasan berlakunya peristiwa tersebut.

G.ii Pernyataan Tentang Karya

“PERTAHANAN”
MEDIA CAMPURAN
100 CM X 190 CM
2004

SINOPSIS KARYA

Kedaulatan tanah air dan pengaruhnya adalah sesuatu yang penting dalam membentuk sebuah
24

negara yang berdaulat. Pencabulan dan pencerobohan orang asing yang mahu merosakkan
dan menghuru-harakan bangsa haruslah ditentang. Dalam mempertahankan kedaulatan dan
memartabatkan pengaruhnya, maka penglibatan dari semua pihak haruslah dititik beratkan.
Kewajipan dalam mempertahankan negara bukan hanya terletak pada bahu pemerintah sahaja
sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua individu. Inilah yang cuba dipaparkan dalam karya
“Pertahanan” ini yang mana terdapatnya kesepaduan daripada semua pihak dalam memelihara
dan mempertahankan kedaulatan tanah air.
Rujukan

David Britt ( 1999). Modern art impressionisme to post modernism. London: Thames
Hodson Ltd.

Muliyadi Mahamood. ( 2001 ). Seni Lukis Moden Malaysia era pluralis hingga era
Era pluralis (1930 – 1990).Kuala Lumpur:Utusan Publication Distributors.

Muliyadi Mahamood. (1991). A critical Appreciation of Malaysian Art in Relation to


World Art. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Micheal Rush . ( 1999). New Media in Late 20th- Century Art. London: Thames
& Hudson.

Anda mungkin juga menyukai