Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan

Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu


sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu
dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk
memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya seni visual
menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang
menghasilkannya. Selain daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi
sesuatu karya. Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi,
fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan
mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan
Kleiner, 1996).

2.0 Perbezaan seni barat dan Seni Islam

Dalam proses mempelajari sejarah seni pengetahuan tentang perkembangan seni pada
awal penemuan hinggalah sekarang amat penting sekali.Daripada situlah kita dapat
mengetahui bagaimana aktiviti-aktiviti dan perkembangan sesuatu masyarakat
itu.Contohnya pada zaman Impressionist, karya-karya yang dihasilkan oleh Renoir,John
Constable,Monet boleh dikatakan menggambarkan aktiviti-aktiviti social dan rakaman
keindahan alam semula jadi yang begitu natural sekali digambarkan. Terdapat beberapa
perbezaan perkembangan seni pada sejarah seni Barat dan sejarah seni Islam.

2.1 Perkembangan Seni Barat :

Pada permulaan abad, Seni lukis barat telah wujud di zaman pra sejarah iaitu yang
dikenali zaman paleolitik dan mesolitik dimana lukisan dilukis pada dinding-dinding gua.
Namun perubahan berlaku pada zaman neolitik dimana mereka menghasilkan catan dengan
menggunakan warna yang telah dihasilkan sendiri oleh mereka dengan menggunakan
bahan-bahan galian dan mencipta berus. Namun mereka masih menghasilkan catan gua
dan subjek-subjek binatang buas dan aktiviti pemburuan. Kemudian wujud pula seni zaman
renaissance di mana dikenali sebagai zaman kegemilangan atau zaman kebangkitan. Pada
zaman ini, imej-imej yang seringkali digunakan adalah figura manusia kerana ia lebih
kepada kepercayaan mereka rujukan yang paling hampir dan nyata adalah manusia . imej-
imej figura manusia dilukis dengan pelbagai aktiviti-aktiviti setempat termasuk digeraja,
kawasan awam dan lain-lain. Kebanyakkan hasil karya seninya adalah berdasarkan kepada
subjek kajian masyarakat dan aktiviti, keagamaan dan penceritaan daripada kitab Bible.
Pelukis pada zaman ini seolah-olah menjadi penyampai maklumat dengan menggambarkan
dalam bentuk visual supaya mudah difahami dan dihayati oleh semua golongan masyarakat.
Nilai-nilai estetika yang sangat kaya dan tinggi sangat ketara pada setiap karya yang
dihasilkan. Pada ketika ini juga, golongan atasan dan institusi gereja merupakan golongan
yang terpenting dalam memberikan sumbangan dan ganjaran kepada pengkarya.
Kesimpulannya, kebanyakkan seni yang dihasilkan adalah berdasarkan kepercayaan dan
falsafah keagamaan.

Kemudian, seni barat berlaku pertukaran gaya, konsep dan teknik penghasilan karya
seni selepas zaman renaissance pada abad ke-19. Pada abad ini wujud Aliran Neo – Klasik
iaitu seni era ini menekankan bahawa seni dan revolusi adalah dua perkara utama dalam
memperjuangkan demokrasi Perancis. Era ini menggabungkan gaya dari zaman Klasik
Greek dan Zaman Rom. Kebanyakan subjek pada zaman ini pelukis menerapkan mengenai
sikap keberanian dan kesanggupan berkorban demi keadilan. Selepas abad ke 19, seni di
barat lebih berkembang sehingga aliran itu masih digunakan sehingga kini iaitu yang
pertama ialah Aliran Romantisme, realisme, impresionisme, post-impresionisme, simbolisme
dan aliran konstruktivisme. Kemudian sejarah seni barat bersambung pada abad ke 20. Seni
pada abad ke-20 ini merupakan kesinambungan penambahan dan perkembangan era seni
daripada abad ke-19. Antara aliran-alirannya ialah kubisme, futurism, dadaisme, surelisme,
abstrak ekpresionisme dan port art.
2.2 Perkembangan seni Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni
Islam dengan seni barat ialah dari segi niat, tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam
hasil seni Islam. Perkembangan yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan
daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Seni Islam
terdiri daripada elemen yang diulang-ulang berbentuk geometrid dan tiada elemen-elemen
figura. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan
agama.

Dalam seni islam juga terdapat falsafah seni. Antaranya ialah Al-Farabi yang
menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan
seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan
fitrahnya. Manakala menurut Al-Faruqi, konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep
Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan. Beliau menegaskan bahawa:‘Setiap motif
‘arabesque’ dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika yang tiada
Tuhan melainkan Allah.

Perkembangan seni islam juga terkenal dari segi kaligrafi iaitu seni khat. Seni
kaligrafi khat ialah satu ilmu seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan
kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan
tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Seni khat juga mempunyai kaitan rapat dengan
jiwa islam, memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf al-quran. Antara Seni
Khat ialah seni Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.

Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana menurut Ibn Khaldun seni bina
merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau
menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka
ketinggian tamadun islam itu dapat diukur, buktinya dapat dilihat melalui tamadun-tamadun
purba yang agung. Pada seni bina pastinya akan timbul hiasan padanya. Seni islam juga
berkembang dalam seni lukisan dan arca. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk
perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran. Seni arca juga
terdapat pada objek-objek antaranya ukiran kayu dan logam. Dalam menghasilkan hiasan di
atas, seni islam telah mencipta satu corak iaitu corak arabesque. Corak ini bermula pada
zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian al-Quran yang
dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar arabesque dengan pilihan warna emas,
buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik.
3.0 Kesimpulan.

Setiap perkembangan dan sejarah kewujudan seni barat dan seni islam diatas terhasilnya
aliran karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat
terhadap tamadun. Terdapat perbezaan dari segi falsafah, pemikiran, perbezaan bidang
dalam membangunkan sesuatu tamadun. Contohnya seni barat lebih kepada pengkaryaan
di mana pemikiran berkarya daripada konsep peniruan kepada pengkaryaan kreatif.
Manakala seni islam pula agama islam adalah perkara utama dalam menghasilkan karya
seni.

Anda mungkin juga menyukai