Anda di halaman 1dari 25

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI

SEGI PEMBANGUNAN MANUSIA


PSVK3013

AHLI KUMPULAN:
1. AN-NUR ATHIRAH
LAJIMIN
2. SITI HARIJAH AMAN
3. ANIS ABD KARIM

DEFINISI
Kepentingan
- Perihal, keadaan, atau sifat penting, peri mustahak, keperluan dsb.
( Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) ).
Pendidikan Seni Visual
- Feldman (1996) mendefinisikan pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan
pengajaran dan pembelajaran dalam membuat dan memahami seni serta
mengetahui
tentang dunia dan diri kita melalui seni.
Pembangunan
- Perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan dsb).
(Kamus Dewan Edisi Keempat (2010)).
Manusia
- Makhluk yang mempunyai akal budi, insan, orang.

MAKSUD KEPENTINGAN PSV


DARI SUDUT PEMBANGUNAN
MANUSIA
Keperluan PSV dalam membantu perkembangan manusia
Bagaimana PSV dapat membangunkan manusia
Keperluan PSV bagi memastikan manusia membangun dan
berkembang.

PENGENALAN
PERINGKAT AWAL
Sejak zaman Prasejarah seni sudah diciptakan di gua-gua,tempat
pemujaan, candi,kuburan dsb.
Seni pada waktu itu mempunyai fungsi yang kontekstual.
Seni rupa pada masa itu mempunyai kepentingan yang sesuai
dengan keadaan masyarakatnya.

BUKTI KEWUJUDAN SENI


YANG MEMBANTU
PERKEMBANGAN MANUSIA
Artifak
Lukisan dinding gua
Topeng
Ukiran
Pua kumbu
Keris
Anyaman
Tembikar
Seni bina

CTH BARANGAN ARTIFAK

Sumber;
https://joshuajollysc.wordpress.com/2012/02/10/kehidupan-masapraaksara-di-indonesia/

CTH TOPENG YANG


DIHASILKAN OLEH KAUM
MAH MERI

Sumber
http://s3yeohenne.blogspot.com/2014_05_01_archive.ht

KARYA KAUM
JAH HUT

Sumber;
http://www.slideshare.net/artventure/seni-jah-hut

PUA KUMBU KAUM IBAN

CTH SENI BINA SEBELUM


MERDEKA

Bangunan Stadthuys
di Banda Hilir,
Melaka (1641).

Gereja St. George Anglican di


George Town, Pulau Pinang
(1817)
Sumber;

Sumber;
http://tengkusyah.blogspot.com/2013/01/melaka-jatuhketangan-belanda.html

PENEMUAN SENI TERSEBUT


BERPERANAN
Kegunaan harian
Upacara perkahwinan
Kematian
Perayaan
Mempertahankan diri
Upacara agama dan ritual
Perhiasan diri
dsb

MASA KINI

SENI VISUAL MASA KINI


Mural
Arca moden
Fotografi
Dekoratif batik
Seni bina moden
Dsb

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


DARI SUDUT PEMBANGUNAN MANUSIA

1. MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI DAN INOVASI SERTA MELAHIRKAN TENAGA MAHIR.

1. Kemahiran
membatik

4. Kemahiran
menenun

2. Kemahiran membuat
tembikar

5. Kemahiran dalam
bidang kefileman dan
penghasilan vedio
bermutu

3. Kemahiran
mengukir

6. Kemahiran
mengabil gambar

2. SUMBANGAN SENI VISUAL DALAM KEHIDUPAN


MANUSIA DAN PEMBINAAN TAMADUN MANUSIA
SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN SEKTOR
EKONOMI SESUATU NEGARA.

Menjana pendapatan diri dan negara


Jualan produk hasil menganyam

Jualan produk hasil ukiran

3. MEMBINA DISIPLIN.
Aplikasi teori dalam Pendidikan Seni Visual
Aplikasi asas seni reka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip seni reka
dalam mencipta sesuatu.
Aplikasi proses dan teknik serta penggunaan alat dan bahan yang betul.
Aspek-aspek berikut merupakan disiplin dalam Pendidikan Seni Visual.
individu lebih berdisiplin dan teliti dalam menghasilkan sesuatu.

4. MANUSIA MEMBENTUK
JATI DIRI
Contohya dalam adat dan budaya sesuatu bangsa itu memiliki nilai
kesenian tersendiri.
Setiap pelaksanaan adat tersebut memiliki peralatan yang dianggap
memiliki makna kesenian akan digunakan.
Manusia akan mementingkan penggunaan peralatan seni tersebut
dalam menyempurnakan adat dan kepercayaan. (membentuk jati diri).

5. MEMBINA ILMU SENI


VISUAL YANG BERSIFAT
GLOBAL
Hampir semua negara terdedah dengan ilmu Pendidikan Seni Visual.
Contohnya ilmu melukis catan, fotografi, membina arca dsb.
Perkongsian ilmu dapat dilakukan melalui pameran, bengkel, pemindahan pelajar,
penempatan tenaga pendidik yang mahir dsb
Individu terdedah dengan ilmu yang dipelajari oleh semua manusia diseluruh dunia.
Kesannya,
Menjadikan sesorang individu berusaha untuk mengembangkan pemikiran yang
kreatif dan inovatif agar setanding dengan pemikiran individu yang lain.
Menjadikan sesorang individu berfikiran kritis.
Menghasilkan individu yang memiliki kreativiti yang tinggi kemudian mampu
membangun dari segi kebolehan tersebut.

6. PENDIDIKAN SENI VISUAL MEMUPUK NILAI


PERPADUAN DALAM KALANGAN MANUSIA
Pameran tempatan dan antarabangsa
Pertandingan melibatkan hasil seni tempatan dan antarabangsa
cthnya pertandingan catan, seni bina dsb.
Bengkel atau kursus khas berkaitan Pendidikan Seni Visual. Cthnya
kursus asas fotografi.
Pengajaran disekolah. Cthnya tugasan menghasilkan arca secara
berkumpulan.

7. MENGGUNAKAN PENGETAHUAN SENI


DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN (SENI
SEBAGAI CARA HIDUP).
Contoh kemahiran membatik boleh digunakan untuk menghasilkan
kehendak diri seperti perhiasan dalam rumah.
Contoh lain pengetahuan asas seni reka yang dapat membantu
dalam pemilihan warna untuk dekorasi rumah atau majlis tertentu
seperti perkahwinan.
Kemahiran membuat arca boleh digunakan untuk membuat
barangan keperluan seharian seperti batu lesung untuk keperluan
memasak.

8. MANUSIA MENERIMA PEMBELAJARAN


SEUMUR HIDUP SECARA MENYELURUH.
Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran.
Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan
kompetitif.
Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan
kebudayaan.
Seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian
dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini.
Seni dapat memupuk displin diri,mengukuhkan esteem kendiri dan
menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh.

9. MANUSIA BELAJAR CARA BELAJARAPLIKASI INFORMASI SECARA BERKESAN.


Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi
perkembangan otak kiri dan otak kanan,
Melalui seni, manusia dapat mempelajari cara orang lain berfikir,
bekerja dan mengekspresi kendiri.
Justeru itu, seni dapat mempengaruhi individu untuk membuat
keputusan dalam pelbagai situasi.
Pemerolehan ilmu seni dapat membantu manusia belajar dengan
lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi
mereka dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di
antara pemikiran dengan perlakuannya.

BAGAIMANA KEPENTINGAN
TERSEBUT DAPAT
DIPEROLEHI
Warga pendidik perlu Mementingkan Pendidikan Seni Visual dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara peranan warga pendidik ialah
A. Berupaya menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti,
berketrampilan dan professional supaya dapat dicontohi.
B. Perlu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan mudah.
C. Mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan
pembelajaran.
D. Menetapkan objektif dan matlamat.

RUJUKAN
Ariza Afzan (2009). Sumbangan Pendidikan Seni Visual Dalam Pendidikan. Daripada
http
://arizaafzan.blogspot.com/2009/07/sumbangan-pendidikan-seni-visual-dalam.html
Feldman, Edmund Burke (1996). Philosophy of Art Education. New Jersey: PrenticeHall
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Md. Nasir Ibrahim & Prof Madya Iberahim Hassan (2003). Pendidikan Seni Untuk
Maktab & Universiti. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) SDN.BHD
Mohd Johari Ab. Hamid (2004). Pendidikan Seni Visual Dan Muzik. Tanjong Malim:
Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai