Anda di halaman 1dari 14

ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV

Penggunaan peralatan ICT seperti Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual adalah merupakan suatu strategi dalam usaha untuk mempelbagaikan kaedah serta strategi dalam pengajaran seni dan seterusnya dapat mempastikan objekif pengajaran yang dirancangkan dapat tercapai dengan sepenuhnya.Mengaplikasikan persembahan multimedia dalam pengajaran serta pembelajaran pendidikan seni visual adalah suatu bentuk persembahan yang dapat mengabungjalinkan unsur-unsur seperti teks,grafik,audio,video serta elemen animasi.

Melalui penggunaan persembahan multimedia tersebut, segala kemahian, pengetahuan serta maklumat yang disampaikan semasa pengajaran akan dapat disampaikan secara menarik serta berkesan.Keadaan tersebut akan membantu para pelajar untuk menjalani pengajaran dan pembelajaran secara efektif dan menyeronokkan. Komputer digunakan secara meluas dalam kerja-kerja mereka bentuk grafik oleh juru reka bentuk bangunan di samping dapat berfungsi untuk menghasilkan ilustrasi dan animasi.Ilustrasi adalah suatu komponen reka bentuk grafik yang bertujuan untuk memberikan gambaran bagi menjelaskan sesuatu keterangan serta mesej tentang sesuatu rekaan serta objek.Sebagai contohnya, dalam sesebuah papan iklan yang dihasilkan,ilustrasi berfungsi untuk memberi serta menyampaikan maklumat kepada umum.Oleh yang demikian, penggunaan teks dalam iklan tersebut adalah tidak memadai serta kurang memberi penjelasan kepada pengguna.Pengabungjalinan unsur-unsur atau elemen ilustrasi yang terdapat dalam papan iklan tersebut akan dapat menjadikan papan iklan tersebut menarik dan dapat menyampaikan mesej secara tepat dan berkesan.Jenis-jenis ilustrasi adalah seperti ilustrasi alam semula jadi, teknikal, maklumat dan sebagainya.

Persembahan Elektronik dalam Pengajaran & Pembelajaran PSV.

Penggunaan persembahan elektronik ( Microsoft Powerpoint ) sebagai alat bantu mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual mampu mewujudkan suatu bentuk pembelajaran yang berkesan serta bermutu.Perkara utama yang harus diberi tumpuan semasa seseorang Pembina perisian membina perisian persembahan elektronik adalah dengan mengabungkan unsur-unsur animasi, hyperlink, grafik ,audio, video dan juga teks.Usaha tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menjadikan persembahan menarik serta mencabar, tetapi juga mampu untuk menarik perhatian pengguna.

ICT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


ICT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL PENGENALAN Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Penggunaan ICT mestilah dilihat sebagai satu tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan. Penggunaan ICT juga mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komuniksai visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan Seni Visual. Pendekatan ICT yang terbaik apabila ICT digunakan secara bijak dan terancang mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Persoalan seperti kenapa, perisian apa dan bila ICT perlu digunakan mestilah sesuai dengan keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidian Seni Visual supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan. ICT dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan teknologi itu sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang member i sokongan kepada mur id, guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kew ajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik. 1. Untuk menyediakan w arga pendidik seni visual dalam menghadapi perkembangan ICT masa kini dan akan datang. 2. Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah menjadi salah satu jurusan yang diminati serta kompetitif di IPT. 3. Sebagai satu tar ikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang lebih mudah, pantas dan berkesan.

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN STRATEGI BERFIKIR ( KBSB )


KEMAHIRAN BERFIKIR DAN STRATEGI BERFIKIR ( KBSB ) Pengenalan

Penerapan KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ( PSV ) amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KBSB adalah antara unsur utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat. Modul ini bertujuan memberi pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Selepas mengikuti modul ini pendidik : 1. Memahami maksud dan konsep KBSB. 2. Menguasai teknik penerapan KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Menyebarkan konsep dan aplikasi KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Menyebarkan konsep dan aplikasi KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran kepada guru lain. 5. Membina semangat untuk mendalami aplikasi KBSB dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam kehidupan seharian. Berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masaalah. Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif serta sikap dan nilai dalam minda individu. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan idea. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli.

Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBSB secara kritis dan kreatif digunakan. Kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara misalnya sesuatu objek, soalan yang seringkali timbul di pemikiran anda ialah : 1. Apakah objek itu? 2. Apakah kegunaannya? 3. Bagaimanakah menggunakannya? 4. Adakah ia memberi manfaat? Apabila anda menyoal dir i sendiri dan mencari jaw apannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jaw apan, anda menggunakan aspek yang berikut : . Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang objek itu . Kemahiran - menyoal diri sendir i tentang objek itu . Sikap / Nilai - keinginan untuk mengetahui tentang objek itu Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai

PEMBELAJARAN MASTERI
Pengenalan Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diber i peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat

mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Modul ini mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 1. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri. 2. Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan. i. Hasil pembelajaran per lu ditentukan, dan disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran. ii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan mengembirakan. iii. Keupayaan dan Pencapaian dinilai semasa aktiviti Pembelajaran. iv. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan. v. Semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. vi. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri. Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru. Antaranya: 1. Kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza 2. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza 3. Kemudahan yang ada 4. Masa yang diperuntukan Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza, guru dapat merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza dan berbagai-bagai bagi memudahkan murid menguasai ilmu yang disampaikan. Dengan merujuk kepada kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan dapat menguasai ilmu pada kadar kemampuan mereka. Untuk itu, guru seharusnya mengenali murid mereka.

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI


Pengenalan Pembelajaran akses kendiri merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan mur id mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada murid. Murid belajar sendir i dengan menggunakan akses di baw ah pengaw asan dan bimbingan guru. Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-masing. PAK menghasilkan murid yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka Pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang

sesuai untuk pembelajaran mengikut keper luan, minat, tahap serta gaya masing-masing. Proses pembelajaran ini dapat memotivasikan murid ke arah sikap kendiri. PAK memberi latihan secara tidak langsung kepada murid untuk belajar berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. PAK bertujuan melahir kan pelajar yang bertanggungjawab serta berautonomi. Objektif 1. Memperoleh kemahiran belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 2. Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. 3. Belajar mengikut keperluan dan gaya pembelajaran sendiri. 4. Mentaksir sendiri pencapaian mereka. 5. Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri. 6. Mengenalpasti bahan yang sesuai mengikut kebolehan dan minat masing-masing.

Ciri-ciri 1. Pembelajaran lebih fleksibel, selesa dan tanpa tekanan. 2. Bahan PAK dan bantuan fasilitator mudah diakses. 3. Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas. 4. Kemudahan yang membolehkan murid belajar secara bersendirian atau dalam kumpulan. 5. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan murid. 6. Membolehkan mur id mentaksir pencapaian sendiri. 7. PAK dilaksanakan di bilik atau sudut yang dikhaskan dan pusat mudah alih.

Penekanan Program PAK memberi penekanan kepada 3 aspek penting.

a) Pembelajaran secara individu Program pembelajaran yang mengambil kira keperluan dan apa yang diminati murid. b) Pembelajaran Arah Kendiri Satu proses pembelajaran di mana murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan belajar bagaimana untuk belajar. c) Pembelajaran Sendiri Satu proses pembelajaran yang murid bertanggungjawab sepenuhnya atas semua keputusan berkaitan dengan pembelajarannya. Murid menentukkan sendiri apa yang hendak dipelajari mereka

TEORI KECERDASAN PELBAGAI


TEORI KECERDASAN PELBAGAI Pengenalan Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya How ard Gardner mendapati `seven ways of know ing, preceiving and understanding life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special population). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza

mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya. Objektif Di akhir modul ini guru boleh:i. memahami kepentingan TKP dalam meningkatkan potensi murid; dan ii. mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan TKP. TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan definisi How ard Gardner sebagai:(a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar; (b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan (c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. 24

KECERDASAN VERBALLINGUISTIK Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain. KECERDASANLOGIKMATEMATIK Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. KECERDASAN VISUAL-RUANG Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. KECERDASAN KINESTETIK Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lainlain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. KECERDASAN MUZIK Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah. KECERDASAN INTRAPERSONAL

Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan bewawasan. KECERDASAN INTERPERSONAL Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahamiperasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain. KECERDASAN NATURALIS Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

OBJEKTIF DAN KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


Objektif Selepas menggunakan modul pembelajaran secara konstruktivisme dalam Pendidikan Seni Visual ini guru dapat membantu murid : 1. membina kefahaman dan pengetahuan baru. 2. menyelesaikan masalah berkaitan tugasan melalui kefahaman tentang konstruktivisme. 3. membuat interpretasi berkaitan maklumat yang sedia ada dan maklumat baru diterima. 4. mengaplikasi pengetahuan yang baru dalam kerja seni yang berkaitan. 5. membina kefahaman sendiri dalam pembelajaran seni visual. Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Berfikir Dalam proses membina pengetahuan baru, murid berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan. Faham Oleh kerana murid terlibat secara langsung dalam mebina pengetahuan baru, mereka akan lebih faham dan boleh mengapliksikannya dalam semua situasi. Ingat Oleh kerana murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat lebih lama semua konsep. Yakin Murid melalui pendekatan ini membina sendiri kefahaman mereka. Justeru mereka lebih yakin menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Kemahiran sosial Kemahiran sosial diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru.

Seronok Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.

PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar. Pembelajaran secara Konstruktivisme berdasarkan beberapa pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana boleh diperolehi ilmu tersebut. Pembentukan pengetahuan baru lahir daripada gabungan pembelajaran terlebih dahulu. Pembelajaran ini menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri dan menguji dengan menggunakan hippotesishipotesis dan idea-idea baru. Pandangan ini bertolak daripada teori pembelajaran daripada Behaviorisme kepada Kognitivisme dan seterusnya Konstruktivisme. Ciri teori tersebut ditunjukkan seperti di bawah: Behaviorisme Menekankan tingkahlaku Perlakuan boleh dikukuh/dihentikan melalui ganjaran Pengajaran berdasarkan objektif perlakuan -boleh diukur Pengetahuan sedia ada dan perubahan yang berlaku dalam minda tidak perlu diambil tahu Kognitivisme Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema Jika maklumat baru secocok,diterima. Jika tidak maklumat diolah atau dibuat pengubahsuaian skema Konstruktivisme Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

Pendekatan P&P Seni Visual


PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru.Pengetahuan seni dibina secara beransur-ansur mengikut masa oleh pelajar sendiri dalam konteks social melalui interaksi idea-idea apabila maklumat baru disepadukan dengan idea yang sedia ada, dan hasilnya kesedaran atas apa yang dipelajari.

KONTRUKTIVISME DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Setiap orang mempunyai konsep seninya sendiri . Berdasarkan pengetahuan sedia ada, pelajar terus membina pemahaman sendiri terhadap alam sekitar Pembelajaran berlaku

apabila pelajar menghubungkaitkan idea baru dengan idea sedia ada. Pengstrukturan

semula

idea dapat ditingkatkan semula melalui strategi berfikir dan refleksi yang dirangsang oleh pengalaman. Pendekatan Kontruktivisme menjadikan pembelajaran Seni Visual bermakna dan menyeronokkan.

APLIKASI KONTRUKTIVISME

Pencetusan idea oleh pelajar sendiri sebelum memulakan tajuk penting. Pelajar

berpeluang mencatat pengetahuan sedia ada sebelum dijalankan aktiviti melukis. Pelajar menjalankan eksperimen tidak terbimbing untuk menguji sesuatu sebagai usaha untuk membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada

Melalui projek pelajar mengadakan penyiasatan untuk menguji idea seni secara membina pengetahuan dan secara beransur-ansur membina insiatif sendiri.

INKUIRI-PENEMUAN Pendekatan Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara amnya membawa maksud maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti eksperimen, pelajar akan mengkaji sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing pelajar untuk memahami konsep seni melalui hasil inkuiri.

INKUIRI-PENEMUAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Pelajar mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling melalui aktiviti eksperimen, projek, perbincangan, simulasi dan lawatan. Berdasarkan hasil inkuiri, pelajar menggunakan kemahiran berfikir untuk membuat kesimpulan sendiri serta menemui kajian seni dan membuat kesimpulan sendiri. Guru berperanan membimbing.

APLIKASI INKUIRI-PENEMUAN Dengan menjalankan Eksperimen, pelajar menguji perkara yang mereka hasilkan, kemudian mencari jawapan yang telah dikaji. Melalui projek, pelajar diberi masa yang lebih panjang untuk mengkaji sesuatu. Projek bukan sahaja melibatkan aktiviti seni malah melibatkan kemahiran lain seperti nilai murni. Perbincangan merupakan kaedah yang efektif untuk mencetuskan minda demi melanjutkan proses inkuiri dan penemuan atas pengetahuan seni. Di samping itu, semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman ditingkatkan.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Kaedah pembelajaran yang mengabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pengikut teori, pembelajaran ini hanya akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitaran. Teori ini menggalakkan guru memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman

sama ada dalam konteks budaya, social, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Pembelajaran PSV yang bermakna harus berdasarkan konteks kegiatan dan kejadian harian. Oleh itu, persoalan seni perlu dikatkan dengan kehidupan harian pelajar secara eksplisit. Pembelajaran ini membolehkan pelajar menghayati kerelevanan pembelajaran PSV dengan kehidupan sendiri.

PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua pelajar menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap pelajar mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada pelajar untuk belajar mengikut kadarnya. Untuk pelajar yang sanggup menguasai konsep dengan cepat, aktiviti pengayaan mengukuhkan lagi pengetahuannya. Untuk pelajar yang belajar pada kadar yang lebih perlahan, aktiviti pemulihan diberi untuk meningkatkan kadar pembelajaran.

PEMBELAJARAN MASTERI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Pembelajaran ini, topik seharusnya ditentukan dan dibahagikan kepada unit-unit

pembelajran mengikut satu hierarki. Guru bermula daripada satu unit pembelajran dan pengajran

dengan

menggunakan

kaedah

pengajaran

pembelajran

yang

berkesan

dan

bahan

bantu

mengajar yang sesuai.

APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI



Pelajar menjalankan penyelidikan di pusat

sumber atau melalui internet untuk mengkaji tajuk

yang telah diberikan Dalam aktiviti berfikrah, pelajar menggunakan KBSB untuk mengupas idea dengan lebih mendalam hingga menguasai idea berkenaan

Perbincangan menyediakan peluang kepada pelajar untuk mendalami konsep PSV hingga tahap masteri yang lebih tinggi

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) Dalam era maklumat ini,Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan pelajar

mengakses data dan maklumat untuk memperluaskan pengetahuan dan kemahiran. Selain bahan cetak yang konvensional, media ICT yang membolehkan pemerolehan maklumat termasuk alat batu audio-visual, internet, perisian komputer dan lain-lain.

ICT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Mod Tutorial penggunaan ICT sebagai praktis latih tubi. Maklum balas yang serat merta untuk pembelajaran kendiri Mod Penemuan Aplikasi ICT untuk memahami sesuatu konsep, seperti pengguna perisian simulasi dan lain-lain Mod Resos Melalui internet, muat turun untuk mencari bahan Mod Perhubungan Berkomunikasi seperti e-mail Mod Sokongan- Penggunaan ICT dengan perisian seperti pemproses perkataan, pereka bentuk grafik

APLIKASI PEMBELAJARAN ICT

Melalui projek Kolaboratif dengan menggunakan komputer Melalui penyelidikan mencari bahan melalui internet Aktiviti Berfikrah, pelajar mengkaji sesuatu bahan seni menggunakan ICT

Anda mungkin juga menyukai