Anda di halaman 1dari 51

(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

MODUL
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL

1
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 Pendekatan Dalam Pembelajaran dan


Pengajaran Pendidikan Seni Visual. 9 - 36
1.0 Sinopsis
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Kerangka Tajuk

Tajuk 2 Strategi Pendekatan Dalam Pembelajaran


dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual. 37 - 47
2.0 Sinopsis
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk

Tajuk 3 Kaedah dan Teknik Pendekatan Dalam


Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual. 48 - 56
3.0 Sinopsis
3.1 Hasil Pembelajaran
3.2 Kerangka Tajuk

2
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

TAJUK 1 Pendekatan Dalam Pembelajaran & Pengajaran


Pendidikan Seni Visual

 Tajuk ini meliputi beberapa topik yang meliputi beberapa pendekatan


seperti :-
i. Pendekatan Proses dan Produk
ii. DBAE – Dicipline Base Art Education
iii. Pendekatan Pembelajaran Chapman
iv. Menyediakan RPH

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pendekatan Dalam
P&P Pendidikan
Seni Visual

Pendekatan
Chapman - Menyediakan
Pendekatan DBAE Pemerhatian, Rancangan
Pendekatan Proses (Discipline- based Penerokaan, Pembelajaran
dan Produk Art Education) Harian
- Penghasilan,
(RPH)
Apresiasi

3
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Seni Visual

1. Proses dan Produk


1.1 MENGGAMBAR

1.1.1 Definisi Menggambar

Menggambar adalah satu repesentasi visual sesuatu objek


atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata, mengandungi
komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna serta
menggambarkan gambaran mental yang jelas. Seterusnya, ilustrasi
yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang
sesuatu objek. Penggunaan huruf diterangkan dalam bentuk grafik
sementara representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua
dimensi dan akhirnya gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan
satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.

1.1.2 Kegiatan Menggambar

Terdapat berbagai-bagai jenis kegiatan atau teknik menggambar.


Antaranya adalah seperti berikut :-

Kegiatan Maksud
Merujuk Kamus Oxford, ' The art of
1. Lukisan representing by line, delineation without
colour or with a single colour ’ yang

4
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

bermaksud lukisan ialah garisan yang


membentuk imej dengan menggunakan media
kering.
Lukisan juga merupakan pengetahuan awal
yang dibuat untuk meluahkan perasaan yang
berbentuk imej dengan menggunakan media
kering. Lukisan adalah karya seni atau pun
hasil seni yang dihasilkan atas sesuatu
permukaan.
Lukisan ialah garisan yang membentuk
imej dengan menggunakan titik, garisan dan
ton, pada sesuatu permukaan. Melalui proses
ini pelukis dapat menyampaikan mesej
berbentuk visual (gambar) tanpa
menggunakan bahasa. Melalui lukisan pelukis
dapat melahirkan perasaan
Lukisan dihasilkan dengan menggunakan
alatan seperti pensel, pensel warna, pen,
magic pen, maker pen, kryon, soft pastel,
charcoal, berus dan dakwat serta pen teknikal.
Rumusan – Lukisan merupakan hasil kerja
seni yang dibuat dengan menggunakan media
kering di atas sesuatu permukaan bagi
meluahkan perasaan yang berbentuk imej.

2. Catan Proses melukis dengan menggunakan


bahan pewarna yang disapu ke atas sesuatu
permukaan. Alat dan media yang digunakan
seperti cat atau pewarna (warna air, cat
minyak, fresko, arkrilik, tempera), kertas atau

5
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

kanvas, air, minyak linsid , turpentin, plat


pembancuh warna dan sebagainya.
Catan juga sebagai latihan
mengaplikasikan pigmen dari satu media ke
atas permukaan seperti kertas,kanvas dan
dinding,juga satu hasil kerja estetik dicipta
dengan mengaplikasikan warna basah ke atas
permukaan 2D
Melalui catan, pelukis dapat meluahkan
perasaan,membuat komen sosial, merakam
peristiwa dan cerita. Catan dapat merakamkan
gambar visual sebenar.
Rumusan – Catan merupakan hasil kerja
seni yang menyapu warna atau cat di atas
sesuatu permukaan. Catan yang
menggunakan pelbagai warna dapat memberi
gambaran pemikiran, perasaan pelukis atau
merakamkan gambar sebenar.

3. Kolaj Cara menghasilkan karya dengan


menggunakan tampalan dari gubahan bahan-
bahan seperti berbagai jenis kertas,bahan
buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke
atas permukaan seperti kertas ,plastik atau
papan secara bebas dan boleh bertindih.
Bermaksud juga satu komposisi artistik
daripada imej atau gambar yang berlainan,
latarbelakang yang berlainan dan daripada
berbagai warna dan corak. Teknik tampal
menampal dalam melukis dan membuat

6
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

gambar serta membuat rekaan.


Rumusan – Kolaj yang bermaksud potong,
koyak, gunting, gam dan tampal merupakan
satu teknik tampal menampal dalam melukis
dan membuat gambar.

4. Montaj Menampal dan melekatkan gambar-gambar


pada suatu permukaan untuk menimbulkan
mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian,
peperangan, alam sekitar dan sebagainya.
Montaj juga bermaksud satu hasil seni
mengandungi sebahagian daripada imej yang
ada yang disusun supaya bercantum ,
bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan
satu imej. Kini montaj diaplikasikan dalam
sesuatu rancangan terutamanya di bahagian
pengenalan sebelum sesuatu program
dijalankan. Dihasilkan menguna kan slaid-slaid
dalam Microsoft Powerpoint.
Rumusan – Montaj merupakan satu hasil
seni di mana gambar-gambar yang terdapat di
majalah, foto, cetakan, digunting dan ditampal
di atas suatu permukaan dengan
menggunakan gam. Hasil tampalan ini akan
dapat menghasilkan imej yang difahami.

5. Cetakan Menghasil karya dengan mencetak,


menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada
sesuatu blok atau skrin. Cetakan merupakan
kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh

7
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

pelukis pada permukaan plat atau blok, di


mana permukaan blok diukir atau diguris. Ia
merupakan satu proses menekan, blok, huruf
atau gambar di atas kertas, kain atau bahan-
bahan lain.
Cetakan juga satu proses terapan blok,plat
atau skrin ke atas sesuatu permukaan.
Keistimewaannya dapat menghasilkan
beberapa keping hasilan yang disebut edisi.
Rumusan – Cetakan adalah satu proses
hasil kerja seni yang memindahkan dakwat
dengan menggunakan alat seperti plat atau
blok yang telah diukir ke atas suatu
permukaan

6. Gosokan Gosokan bermakna pemindahan reka


bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke
permukaan lain dengan cara menggosokkan
pensel di atas permukaan yang hendak
dipindahkan. Gosokan juga dianggap satu
eksplorasi permukaan supaya dapat
mengmbangkan pemahamanan dalam
penggunaan jalinan dan ton.
Rumusan – Gosokan adalah satu proses
hasil kerja seni untuk merekodkan corak
permukaan yang berjalinan dengan
menggunakan proses menggosok. Hasil
cetakan dibuat dengan menggosokkan kertas
menggunakan dakwat, pensel, kapur, arang ke
atas satu permukaan

8
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

yang mempunyai jalinan.

7. Resis Suatu kaedah melukis cat air dengan


menyapu cat ke permukaan yang telah
disapukan lilin di bahagian-bahagian yang
tidak hendak dicat atau diwarnakan. Teknik ini
menyebabkan kertas yang diliputi lilin
bertindak sebagai alat untuk membuat garisan
atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan di
permukaannya.
Rumusan – Resis merupakan teknik
menghasilkan lukisan atau reka corak dengan
menggunakan bahan-bahan yang tidak
bercampur antara satu sama lain seperti cat
air dan cat minyak, cat air, lilin dan
sebagainya. Teknik ini menyebabkan
permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan
menyerap warna dan dalam keadaan warna
asal.

8. Percikan Corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.


Mengikut buku Glosari Seni Lukis percikan
membawa maksud corak-corak tompok dan
titik pada lukisan cat.
Rumusan – Percikan merupakan satu
teknik corakan warna yang dihasilkan dengan
tepukan atau jentikan menggunakan berus
lukisan yang mengandungi warna ke atas
permukaan yang rata.

9
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

9. Mozek Satu reka bentuk atau gambar yang dibuat


daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau
pecahan tembikar. Karya yang dihasilkan
secara menyusun dan menambah bahan-
bahan seperti kertas, plastik,kepingan jubin
dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan
secara tersusun,bersebelahan dan tidak
bertindih.
Rumusan – Satu teknik susunan yang
bersebelahan. Contohnya susunan jubin di
lantai rumah.

PROJEK 1
Projek 1

Jenis Mozek : Mozek dari kertas


Tema : Haiwan / Figura
Alat dan Bahan : gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam
simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat
cebisan kertas, pensel, kertas latar
Cara-cara:

1. Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas
permukaan kertas.

2. Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang
berlainan warna perlu diasingkan supaya senang diperolehi dan boleh
menjimatkan masa semasa proses menampal dijalankan.

10
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

VITI 10.1
3. Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan kertas
yang mempunyai lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada
kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan kertas
supaya tindihan tidak berlaku. Potongan kertas boleh diangkat dengan
menggunakan pin rambut atau pencungkil gigi yang diletak sedikit gam.

4. Teruskan kerja-kerja menghasilkan mozek sehingga habis.

PROJEK 2

Jenis Catan : Catan Cat Air


Tema : Haiwan / Figura
Alat dan Bahan : gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam
simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat
cebisan kertas, pensel, kertas latar
Cara-cara:

Langkah 1: Langkah 2:
Mengolah idea dengan
Melakar struktur asas figura memberi kan penekanan pada
dan khemah dengan pensel. bentuk figura, khemah dan
persekitaran secara lebih tepat
dan terperinci

11
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

Langkah 3: Langkah 4: Menggunakan cat air


untuk menggambarkan bentuk figura,
khemah , dan persekitaran supaya
Menghasilkan lukisan penuh. lebih menarik serta memberikan
penekanan pada kesan cahaya,
bayang dan kepelbagaian warna.

1.2 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1.2.1 Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang
atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada corak terancang dan
corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan
motif secara bebas atau corak tidak terancang. Motif ialah sama ada
rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri
daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak Tradisi
ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai
nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

Motif fauna bagi batik

12
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

Motif flora bagi batik Motif geometrikal

Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan


mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

Corak pucuk rebung

1.2.2 PENGHASILAN CORAK

Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:


(i) Corak Terancang – dibuat menggunakan motif yang
disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini
menghasil kan corak yang mempunyai pelbagai jenis
susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam
penghasilan corak.

Contoh corak terancang

13
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

(i) Corak Tidak Terancang atau bebas - Corak Tidak Terancang


dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh
dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak,
menggolek dan sebagainya.

Contoh corak tidak terancang

CORAK TERANCANG CORAK TIDAK TERANCANG


1. Kolaj 1. Gurisan
2. Mozek 2. Pualaman
3. Capan 3. Titisan
4. Stensil 4. Resapan
5. Resis 5. Lipatan dan
celupan

14
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

1.2.3 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK


DAN REKAAN

Berikut adalah jenis-jenis susunan dalam corak dan rekaan:


(a) Susunan Ulang Sekata - Motif yang diulang secara berurutan dalam
baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik.
Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

(b) Susunan Berselang Seli - Motif yang disusun secara berselang seli di
antara motif yang lain atau diantara ruangan yang kosong. Penggunaan
garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan
teratur.

(c) Susunan Batu-bata - Motif disusun secara berurutan pada baris atau
lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif
yang sebelumnya

(d) Susunan Bertimbal - Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan
kelihatan dalam posisi yang bertentangan.
AKTIVITI 1.4
(e) Susunan Bertindih - Motif yang sama disusun secara bertindih atau
bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang
menarik.

(f) Susunan Beralun - Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam


bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri
daripada motif yang sama atau berbeza.

15
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

(g) Susunan Berpusat - Motif susunan berpusat, berpunca daripada satu


titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk
bulatan, segiempat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

Membuat Nota
1. Melalui maklumat yang dibekalkan di atas, buat satu
dokumentasi yang mengandungi contoh-contoh dan penerangan
dari segi jenis motif dan juga susunan.

1.2.4.1 Teknik Mozek - Mozek ialah susunan bahan yang ditampal di atas
satu permukaan kertas secara sebelah – menyebelah dan tidak bertindih
– tindih. Susunan bahan yang ditampal perlu mengikut corak yang
dirancang.

1.2.4.2 Jenis mozek


1. Mozek kertas
2. Mozek manik
3. Mozek labuci
4. Mozek bijirin
5. Mozek lidi
6. Mozek syiling
7. Mozek kertas „creep‟

1.2.4.3 Alatan dan Bahan


1. Gunting
2. Kertas creep pelbagai warna
3. Gam

16
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

1.2.4.4 Langkah-langkah aktiviti

Gunting kertas „creep‟ dalam bentuk segi


Alatan dan bahan empat tepat dengan saiz 3 cm.

Gentel kertas „creep‟ untuk membuat Lukis garisan grid susunan corak
bola – bola kecil. yang dipilih – batu-bata.

Tampal bola – bola kertas „creep‟


Lukis lakaran motif pada susunan corak secara sebelah – menyebelah
mengikut motif dan warna yang
sesuai

17
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

Hasil corak

1.3 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1.3.1 PENGERTIAN AKTIVITI

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari
segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut
pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina
sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan
pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi
peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa
menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9
aktiviti seperti berikut:

Arca timbul Arca stabail Boneka


Arca asemblaj Model Topeng
Arca mobail Diorama Origami

18
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

1.3.2 ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PENGHASILAN

(a) Arca timbul

Bahan/Alat Teknik Penghasilan dan Contoh


Peralatan
yang Berkaitan

Kepingan kayu, „plaster Bentuk tiga dimensi tersembul


of Paris‟, batu, kayu, keluar dari permukaan dua
plastik, kertas lumat, dimensi
„papier-mache‟ dan tanah yang rata atau dipahat keluar
liat. yang
Pahat, penukul, alat akhirnya menonjolkan objek
pengukir,mpengikis, kikir ke permukaan.
pari, kertas pasir dan lain- Ia boleh di buat secara:
lain. - Acuan
“Still Life With Musical
- Tampalan
Instruments” oleh Jacques
- asemblaj
Lipchitz” (1891–1973)
- binaan

(b) Arca Assemblaj

Bahan/Alat Teknik Penghasilan dan Contoh


Peralatan
yang Berkaitan

Bahagian atau komponen


Kayu, logam, batu, simen, yang
bongkah-bongkah, berlainan yang dicantum dan
‘spare-part’ kenderaan, menjadi satu kesatuan objek
Bahan kutipan, besi dan dan
sebagainya. menjadi satu konsep
bermakna.
Teknik hasilan:
- Kimpalan
- Binaan “Bicycle Wheel” oleh Marcel
- cantuman skru/ paku, Duchamp (1887–1968),
gam Perancis.

19
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

(c) Arca Mobail

Bahan/Alat Teknik Penghasilan dan Contoh


Peralatan
yang Berkaitan

Besi, dawai, Bahagian-bahagian


kertas, dicantum untuk membentuk
tali-temali, satu kesatuan. Digantung
kepingan untuk menjadikan objek
logam dan bergerak, berputar atau
kadbod. berombak.

Teknik yang digunakan:


- Kimpalan “Horizontal Spines”
oleh
- Gam
Alexander Calder, 1942
- Skru
- ikatan

(d) Model / Arca Luakan

Bahan/Alat Teknik Penghasilan dan Contoh


Peralatan
yang Berkaitan

Kertas tebal, Bentuk yang digubah


loyang, untuk
gangsa, tujuan membuat sesuatu
‘plywood’, objek
zink, akar konkrit. Contohnya model
kayu, buah-buahan.
papan dan Teknik yang digunakan:
sebagainya - Gam
- Kimpalan
- Skru “Woman‟s head” oleh
- acuan Pablo
Picasso, 1909

20
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

1.4 MENGENAL KRAF TRADISIONAL

1.4.1 Kraf Tradisional boleh didefnisikan sebagai perusahaan


atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan
kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta
dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun
mengikut kaum masing-masing.

1.4.2 Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:

Jenis Kraf Contoh Kraf


 Alat Domestik –
merupakan peralatan yang dicipta
dan digunakan untuk memberi
kemudahan dan digunakan sebagai
peralatan harian kepada masyarakat
tradisional pada ketika itu. Teknik-
teknik untuk menghasilkan alat
domestik di atas ialah teknik luakan,
teknik asemble dan teknik ukir.

 Alat Permainan - disini bermaksud


alat permainan tradisi yang
kebiasaannyadimainkan untuk
mengisi masa lapang selepas kerja-
kerja menuai padi.

 Alat Pertahanan Diri - dipanggil


senjata. Senjata adalah alat
keperluan manusia di zaman purba.
Senjata digunakan untuk memburu
dan juga
untuk mempertahankan diri.

21
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

 Batik - merupakan sejenis kraf yang


dihasilkan melalui proses menerap
lilin
dan mewarnakan kain.

 Seni Tekat - termasuk dalam jenis


tekstil yang dihasilkan dengan cara
menyulam benang ke atas kain
dasar jenis baldu.

 Tembikar - adalah hasil barangan


kraf yang diperbuat daripada tanah
liat,
dibentuk dan dibakar.

 Seni Anyaman - merupakan satu


proses menjalin helaian daun
pandan, mengkuang, bilah buluh,
rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-
ribu atau bahan-bahan lain dengan
menggunakan cara dan peraturan
tertentu melalui teknik selang-seli
helaian antara satu sama lain.

 Seni Ukiran Kayu - merupakan


sejenis kraf tangan Melayu
tradisional yang digunakan untuk
menghiasi rumah kediaman yang
menjadi kebanggaan masyarakat
pada zaman dahulu. Ukiran kayu
tradisional dianggap sebagai hasil
kreativiti orang Melayu dalam
bentuk tampak dan mendapat
tempat yang istimewa di kalangan
masyarakat di negara ini.

22
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

LATIHAN

Seni Ukiran banyak di terapkan di dalam seni bina masyarakat Melayu.


Huraikan dan jelaskan LIMA (5) bahagian di mana ukiran diterapkan di dalam
seni bina masyarakat Melayu.

1.4.3 Alat dan Bahan

Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni tekat.

Alat Bahan

Pemidang kayu berkaki Benang emas, benang putih, kain dasar


dan cuban. baldu, kertas tebal, gam dan rotan saga.

1.4.4 Proses Menyulam

Proses Penerangan

Dimulakan dengan menyiapkan pemidang


Proses dengan meregang kain putih, kemudian diikuti
penciptaan dengan menyediakan mempulur atau isi tekat
dari kertas atau rotan sega. Setelah persiapan
ini selesai barulah proses menyulam atau
penciptaan tekat dimulakan.

Penggunaan pemidang berkaki atau tidak,


dimulakan dengan meregangkan kain putih di
atasnya. Bahagian pinggir atau tepi kain putih
Persiapan yang berukuran panjang persegi dimasukkan
pemidang batang pinang yang telah dihaluskan. Cara ini
dilakukan untuk membuat telinga kain. Melalui
bahagian ini, kain putih diikatkan ke bingkai
pemidang. Dengan cara ini kain menjadi
tegang. Di atas kain putih ini kain baldu

23
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

sebagai dasar dilekatkan dengan menyambat


kasar.

Mempulur atau tempulur ialah isi tekat untuk


motif dan ragam hias. Bentuk motif dilukis di
atas beberapa helai kertas yang telah dilekat
Membentuk tindih (enam hingga lapan helai). Kemudian
mempulur bentuk motif dipotong dan diasingkan dari
kepingan kertas. Potongan-potongan
mempulur inilah yang dilekat kan di atas kain
dasar tekat sebelum proses menyulam
benang emas dimulakan.

Benang emas dari cuban merentasi bahagian


batang mempulur dari titik A ke titik B. Di titik
Menyulam A benang emas akan ditindih dan diikat jahit
oleh benang putih melalui jarum yang sedang
matanya.
Jarum yang sederhana matanya disesuaikan
dengan lebar batang mempulur.

Layari Internet

http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm
dan buat satu dokumentasi mengenai kraf
dimensi baru.

24
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

2. Dicipline Based Art Education (DBAE) atau Asas


Disiplin Pendidikan Seni
DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang
bermula pada awal 1980an oleh „Getty Center For Art Education‟.(yang
kemudian nya dikenali sebagai Getty Education Institute). Ianya
merupakan sebahagian daripada „J.Paul Getty Trust‟ sebuah yayasan
swasta yang mendedikasikan kepada sumbangan Seni Visual dan
Kemanusian. DBAE bukan lah teori yang asli tetapi lebih merupakan
kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen daripada teori-
teori pendidikan yang lain.(seperti VTS;‟Visual Thinking Strategies‟).

DBAE meliputi 4 Asas Displin Seni :-


i. Produk Seni
Pelajar mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil
karya secara tersendiri.
ii. Sejarah Seni
Pelajar mempelajari kejayaan penghasilan karya dimasa lampau
dan semasa bagi memotivasikan diri, contoh nya gaya serta teknik,
atau pun perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan,
politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi mahu pun mana-mana
pergerakkan.
iii. Kritikan Seni
Pelajar akan menyatakan, membuat intrepritasi, menilai, membuat
penilaian atau pun mengadili kualiti, sesuatu senireka bentuk hanya
semata-mata bagi membincangkan sebab-sebab penghasilan,
membuat aprisiasi mahu pun memahami peranan sesuatu karya itu
pada masyarakat.
iv. Estetika

25
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

Pelajar akan menimbangkan akan keasliaan, maksud serta impak


dan nilai sesuatu hasil karya yang menjana formula yang
mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap
karya seni itu. Disamping mengkaji karya serta membuat penilaian
sesuatu hasil karya itu.

Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja


tetapi secara beransur-ansur menjadi terarah kepada mengkaji
pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ianya juga
digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti
pengkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni
tetapi lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.

Seperti kedua-dua „Visual Thinking Strategies‟ dan „New Muzeum


Model, DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based
training), dimana fokus nya kepada pelajar dengan minat,
pertimbangan, pentaakulan serta kemahiran pemikiran kritikal
mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta
penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting didalam
kurikulum dan bilik darjah dimana guru dilihat sebagai pemudah-
cara didalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini
(VTS dan NMM) kerana mempunyai matlamat pendidikan yang
luas dan lebih berstruktur serta kurikulum nya yang lebih terarah.

3. Pendekatan Chapman
Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang
seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:
(i) Pemerhatian
(ii) Penerokaan
(iii) Penghasilan (pembuatan)

26
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

(iv) Apresiasi dan perlanjutan


Kita dapat lihat bahawa aspek (b) dan (c) di atas boleh
dibandingkan dengan aspek (ii)dan (iii) dalam model Chapman.
Manakala aspek (iv) dalam model Chapman boleh dibandingkan
dengan aspek (c) dan di atas.
i. Pemerhatian yang aktif

Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa


menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara
berikut:

o pengetahuan sedia ada murid;


o benda yang konkrit;
o minat, kecenderongan dan latar belakang murid;
o bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan
o mencetus idea dan imaginasi.

(a) Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan

Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau


pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti
penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,anda perlu beri
perhatian kepada perkara berikut:

ii. Penerokaan

 aktiviti kecil mudah ringkas;


 cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;
 penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;
 mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain;

27
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

 bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin


mencuba;
 aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan
 menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

(b) penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik;

 tatacara, langkah dan proses membuat;


 amalan tertib kerja;
 keselamatan semasa bekerja; dan
 penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan
bentuk hasil.

iii. Apresiasi

Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua


jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk
projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap
pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu
diberi kepada perkara berikut:

 aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti


sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk

 aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal


benda;
 aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan
dan teknik;
 penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;
 perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan

28
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

 penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang


berkaitan dengan kandungan.
 PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni


mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967)
mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses
persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

Jenis Tahap Penerangan

 Menggambarkan  Mengamati hasil seni dan


(‘description’) menggambarkan sifat-sifat tampak
seperti warna, garisan, bentuk, rupa,
jalinan dan elemen-elemen gubahan
iaitu prinsip dan struktur.

 Menganalisa perhubungan sifat-sifat


 Menganalisa tampak seperti unsur-unsur seni,
(‘analysis’) prinsip dan struktur.
 Menganalisa kualiti ekspresif seperti
mood dan suasana
 Menghuraikan stail sesuatu karya.

 Mencari makna-makna yang terdapat


 Tafsiran pada sifat-sifat tampak seperti subjek,
(‘interpretation’) simbol, unsur-unsur seni, prinsip,
struktur corak dan bahan.
 Mencari metafora-metafora (ibarat
/kiasan) dan analogi-analogi
(persamaan) untuk menjelaskan
makna tersebut.

 Membuat penilaian berdasarkan


 Penilaian kepada kriteria yang bersesuaian
(‘evaluation’) seperti keaslian, gubahan, teknik dan
fungsi.
 Menilai hasil seni berdasarkan kepada
pengertiannya („significance‟) dari segi
individu, sosial, keagamaan dan
kepercayaan, sejarah serta kesenian
nya.

29
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

Mengumpul Maklumat

 Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?

(a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.


(b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan
bahan.
(c) Sejarah seni.
(d) Stail sesuatu zaman , budaya, aliran, kumpulan atau
individu.

30
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

TAJUK 2 Strategi Pendekatan Dalam Pembelajaran &


Pengajaran Pendidikan Seni Visual
&3

 Tajuk ini meliputi beberapa topik yang meliputi beberapa pendekatan


seperti :-

Pendekatan dalam Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni


Visual
i. Pendekatan Pendidikan Seni Visual KBSR

Strategi Pendekatan dalam Pembelajaran dan Pengajaran


Pendidikan Seni Visual
i. Mengenal Konsep
- Pendekatan Konstruktivisme
- Kemahiran Berfikir
- Pembelajaran Masteri
ii. Aplikasi Strategi ke dalam 4 Bidang Pendidikan Seni Visual
- Melukis dan Menggambar
- Mencorak
- Membentuk dan Membina
- Membuat Kraf Tradisional

 KERANGKA TAJUK

Pendekatan dalam Pembelajaran dan Pengajaran


Pendidikan Seni Visual
Pendekatan Pendidikan Seni Visual KBSR.l

Strategi Pendekatan dalam Pembelajaran dan


Pengajaran Pendidikan Seni Visual
Aplikasi Strategi ke dalam 4 Bidang Pendidikan Seni
Mengenal Konsep Visual
Pendekatan Konstruktivisme Melukis dan Menggambar
Kemahiran Berfikir Mencorak
Pembelajaran Masteri Membentuk dan Membina
Membuat Kraf Tradisional

31
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

KANDUNGAN ISI

2.1 Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Seni Visual

Pendekatan Pendidikan Seni Visual KBSR

Pelbagai strategi P&P PSV KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan


keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran
dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan
keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima.
Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan, perlu cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan
suasana pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah mempunyai pengetahuan
tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang
hendak dicapai.
Dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, seorang guru patut
lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan karya seni dengan
melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Dalam proses
ini, guru boleh menyentuh mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti
individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi
murid. Dengan ini, murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan
mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang
disebutkan.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat


bidang iaitu:
(a) menggambar;
(b) membuat rekaan dan corak;
(c) membentuk dan membuat binaan; dan

32
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

(d) kraf tradisional.

Guru boleh melatih murid untuk melihat sesuatu dengan perspektif


yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan.
Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat menerap penghayatan
warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian,
terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan
dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan
menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi
bersama
2.2 MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL
Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif
dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.

2.3 OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL


Selepas melalui Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid
seharusnya dapat:
o menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan;
o memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni
visual;
o meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta
kemahiran dalam
o bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan
kerjaya;

33
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

o menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk


mereka cipta
o barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti;
o membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya
seni visual;
o menunjukkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata
pelajaran lain;
o menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh
tokoh-tokoh seni
o visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia
dan antarabangsa;
o menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya

o menunjukkan kesedaran dan penghargaan terhadap suasana seni


dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup

o menunjukkan semangat bina jati diri ke arah pembentukan negara


bangsa.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

 nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara


lain di dalam kegiatan;
 nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara
lain di luar
 kegiatan dalam kehidupan seharian;
 tindakan susulan;
 mencintai alam kehidupan;
 nilai patriotisme dan nilai murni lain;
 kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan
persepsi yang

34
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

 terkandung dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan


tersebut dihuraikan
 secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan
 Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan penilaian.

Seorang guru itu seharusnya telah mengenal dan memahami


secara mendalam isi kandungan sukatan pelajaran KBSR Pendidikan
Seni visual bagi tujuan persediaan menyusun atur perancangan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.
Secara sekuennya, empat bidang yang terdiri daripada
menggambar, membuat rekaan dan corak, membina dan membuat binaan
serta mengenal kraf tradisional perlu diatur susunan perancangannya
sehingga tamatnya satu tahun pengajaran dapat diagih secarasaksama
dan seimbang. Bagi setiap topik pengajaran, pilih strategi yang sesuai
dalam pengajaran pembelajaran dan beberapa strategi mungkin akan
diapilkasikan dalam satu topik selagi mana keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dapat dilakukan.

35
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

2 Strategi Pendekatan P&P Pendidikan Seni Visual

3.1 Mengenal Konsep


Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina
sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan

36
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk


membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui
refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.
Pembelajaran secara Konstruktivisme menggalakkan pelajar
mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori
pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya
konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan pelajar mencari idea,
buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dan proses inkuiri akan
terhasil.

Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu serta dapat
menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua iaitu
kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.
Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai
kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran
berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea
asli yang bersifat generatif.
Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai satu proses
menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau
menyelesaikan masalah.

37
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

38
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

2.3 Contoh Aplikasi Strategi ke dalam Pendidikan Seni Visual

2.3.1 Bidang Kegiatan, Jenis Kegiatan dan Isi Kandungan Bidang


Bidang-bidang kegiatan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah adalah seperti berikut:

o Menggambar
o Membuat Corak dan Rekaan
o Membentuk dan Membuat Binaan
o Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang itu mengandungi jenis aktiviti dan kandungan bidangnya.


Setiap jenis aktiviti melibatkan pelbagai alat, bahan dan teknik.

2.3.2 Contoh Aplikasi Strategi ke dalam Pendidikan


Seni Visual

Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual


Tahun : 6
Bil. Pelajar : 40 orang
Bidang Kegiatan : Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk : Burung Merak
Isi kandungan : Bentuk Haiwan
Kemahiran : Menghasilkan burung merak dengan
menggunakan teknik mengunting, menganyam,
membentuk
Objektif murid dapat : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,:
1. Memahami dan mempelajari teknik
menggunting, menganyam dan

39
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

membentuk dalam menghasilkan burung


merak dengan cawan kertas.
2. Menggunakan kreativiti dalam menghias
burung merak dengan baik.

Alat/Bahan : Cawan kertas, gunting


Persediaan Guru/Murid: Persediaan guru:
Alatan
Burung merak dengan cawan kertas yang
telah siap, Cawan kertas, Gunting, Laptop
Rujukan
Internet, Buku lukisan tahun 6
Persediaan Murid:
Cawan kertas, Gunting, Pensil Warna,
Reben, Bunga plastik
KBKK : Mengembangkan daya kreativiti pelajar dalam
menghias burung merak dengan cawan kertas.

Penerapan Nilai : menghargai bahan terbuang

Strategi : Demonstrasi

Langkah Isi Kandungan Aktiviti p&p BBM/Catatan


- Kaedah kelas
Guru menayang gambar- gambar - BBM - rupa sebenar
Set Induksi Tayangan Power Point
burung merak sambil menekankan burung merak
aspek bentuk haiwan tersebut. 2. laptop / LCD

Pengenalan:
Kaedah sumbang saran
Perkembang  Mengenalkan
secara individu
an: bentuk burung Guru membincangkan bentuk-
Langkah 1 merak; bentuk penting burung merak
Kaedah Demonstrasi
Kepala, badan bersama muird-muird.
- guru menunjukkan cara
ekor

40
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

 Mengenal mengunting, menganyam


bahan-bahan dan membentuk burung
yang akan Guru mengenalkan bahan-bahan merak satu persatu
digunakan: yang akan digunakan dalam
1. cawan kertas menghasilkan burung tersebut.
2. gunting
 Mengenal
teknik-teknik
yang akan Guru memperkenalkan teknik-teknik
digunakan: yang akan digunakan untuk
1. menggunting membuat burung merak cawan
Langkah 2 2. menganyam kertas.
3. membentuk Guru menunjukkan cara proses
pengahasilan burung merak cawan
4. mengepilkan
kertas
bahagian  menanda bahagian penting
untuk menggunting
depan untuk
 menggunting bahagian yang
menjadikan perlu digunting KBKK
kepala burung  Menganyanyam bahagian BBM:
tengah untuk menghasilkan -Contoh burung merak
merak badan burung merak -contoh bekas telur dengan
menggunakan burung
5. meninggalkan
merak cawan kertas
bahagian - burung merak cawan
kertas yang telah siap
belakang untuk
-bahan-bahan yang
menjadikan diperlukan
-teknik-teknik yang akan
ekor burung
digunakan
tersebut.

- Pelajar menghasilkan burung


Langkah 3/ Aktiviti Membentu oleh
merak cawan kertas dengan
Kemuncak Pelajar
bimbingan guru
- Pelajar menghias burung merak
dengan kreativiti masing-masing

Rumusan dan Rumusan hasil produk Kaedah individu


Apresiasi/
-(hasilan murid)
kesimpulan dengan
Rumusan/ -Murid mempamerkan produk
hasil/ produk yang dihasilkan
Penutup

41
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

TAJUK 4 Kaedah dan Teknik Pendekatan Dalam Pembelajaran


& Pengajaran Pendidikan Seni Visual

 Tajuk ini meliputi beberapa topik yang meliputi beberapa pendekatan


seperti :-
Kaedah serta Teknik :-
i. Pendekatan Individu dan kumpulam
ii. Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan
lawatan
iii. Teknik soal jawab dan teknik memberi arahan
iv. Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik bercerita, kawalan
kelas, menggunakan sumber bahan P&P
v. Teknik penerangan menggunakan contoh ilustrasi dan sumber
P&P
vi. Teknik penutup

Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran PSV


i. Mengenal Konsep
 Kajian Masa Depan
 Kepelbagaian kecerdasan
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 Pembelajaran Kontekstual

ii. Menghasilkan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


 Menyediakan Bahan Bantu Mengajar
 Menghasil dan Memilih sumber
 Merujuk sumber internet dan bahan cetak

 HASIL PEMBELAJARAN
Membanding beza pendekatan,kaedah dan teknik dalam
dan pembelajaran PSV.
Menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pada mana-mana
bidang kegiatan.
Menghuraikan konsep pelbagai strategi dalam pengajaran dan
pembelajaran PSV.
Menghubungkaitkan pengetahuan strategi dan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dalam menghasilkan sumber pembelajaran.

42
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kaedah serta Teknik


Pendekatan Individu dan kumpulan
Kaedah : simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan lawatan
Teknik : soal jawab dan teknik
memberiarahan,tunjukcara,tindakbalas,berceritakawalan kelas, menggunakan
sumber bahan P&P,penerangan menggunakan contoh ilustrasi dan sumber
P&P dan
teknik penutup

Mengenal Konsep:-
Menghasilkan Bahan Sumber Pengajaran dan
- Kajian Masa Depan Pembelajaran
- Kepelbagaian kecerdasan - Menyediakan Bahan Bantu Mengajar
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi - Menghasil dan Memilih sumber
- Pembelajaran Kontekstual - Merujuk sumber internet dan bahan cetak

43
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

4.0 Kaedah serta Teknik

4.0.1 Kaedah

Pada umum nya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk
melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada
satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif
pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan perkataan lain,
kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan
langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Menurut Edward M.Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar
keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun,
berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang di pilih. Huraian ini bermakna
kaedah-kaedah yang dipilih untuyk proses pengajaran dan pembelajaran harus
berdasarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip
atau teori pembelajaran. Misalnya, didalam pendekatan daripada spesifik kepada
umum, iaitu pendekatan induktif, guru boleh menggunakan kaedah inkuiri-
penemuan yang mengandungi lima prosedur yang tersusun seperti berikut:-

1. Prosedur Pertama : Mengenal pasti masalah


2. Prosedur Kedua : Merancang penyelesaian
3. Prosedur Ketiga : Mengumpul matlumat
4. Prosedur keempat : Membuat tafsiran
5. Prosedur Kelima : Membuat kesimpulan

Didalam sesuatu pendekatan pula, terdapat beberapa kaedah mengajar yang


boleh digunakan. Oleh itu, selain kaedah inkuiri penemuan, guru juga boleh
menggunakan kaedah Socrates, iaitu; Kaedah Induktif, Kaedah Penyiasatan,
Kaedah Kerja Praktis, Kaedah Dapatan dan sebagainya dalam
pendekatan ‟daripada spesifik kepada umum‟

44
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

3.1.2 Teknik
Menurut Edward M.Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada satu
muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan
tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.
Di antara teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru ialah ;
Teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan hafalan,
penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah,
pemudahcara, sumbangsaran, permainan dan sebagai nya.
Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi pengajaran
ialah untuk menarik perhatian pelajar, mengekalkan perhatian serta
membangkitkan minat serta rasa ingin tahu seterusnya bagi mencapai objektif
pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
Oleh itu, teknik mengajar yang dipilh haruslah berdasarkan kepada
peringkat umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Contoh nya, mengikut
kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6 hingga
11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan konsep
ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit.
Berikut adalah contoh antara teknik yan g sesuai dengan aras kemahiran objektif
pelajaran :-

Aras Kemahiran Teknik Mengajar


Pengetahuan Latih Tubi
Kefahaman Syarahan
Aplikasi Tunjukcara (Demonstrasi)
Analisis Penyoalan
Sintesis Perbincangan
Penilaian Sumbangsaran

45
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

Jadual 2.1 Perhubungan Aras Kemahiran Objektif Pengajaran


dengan Teknik Mengajar.

4.1 Mengenal Konsep:-

4.1.1 Kajian Masa Depan

Kajian Masa Depan dapat menyedarkan dan merangsang minda


berfikir apa yang akan berlaku berdasarkan ramalan, imaginasi dan
kreativiti yang didasarkan kepada sejarah. Untuk mencapainya pelajar
diajar berfikir untuk meramal yang didasarkan kepada nilai positif.
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan satu cara untuk
memperolehi gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah
atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku. Seterusnya membuat
pertimbangan tentang apa yang akan berlaku.

46
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

4.1.2 Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard


Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati ‘seven
ways of knowing, perceiving and understanding life’. Beliau telah
membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak
biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria
yang istimewa.Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana
kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam
pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai:

o kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam


kehidupan sebenar;
o kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan
o kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan
yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

4.1.3 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan dan pembelajaran yang


berfokus kepada penguasaan pelajar; iaitu memastikan pelajar faham apa
yang diajar dahulu sebelum berpindah ke unit yang baru. Sekiranya
pelajar belum faham, aktiviti pemulihan diperlukan. Pelajar yang sudah
memahaminya, diteruskan dengan aktiviti pengayaan. Hasil pembelajaran
perlu ditentukan, aktiviti pengajaran perlu menarik, keupayaan pelajar
dinilai semasa aktiviti pembelajaran.
Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua pelajar menguasai

47
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran


sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini
memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkualiti.

4.1.4 Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT

Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT mestilah dilihat


sebagai satu alat tambahan kepada Pengajaran dan Pembelajaran atau
Teknologi Pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT.
Penggunaan ICT dalam seni mampu menghasilkan kerja seni yang diberi
nilai tambah, bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai
alat untuk menggantikan penggunaan media.
Dalam Pendidikan Seni Visual, ICT merujuk kepada kemampuan
teknologi itu sendiri. Ia berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang
memberi sokongan kepada pelajar, guru, panitia serta organisasi sekolah
bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran serta salah satu kaedah melaksanakan
kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.

4.1.5 Pembelajaran Secara Kontekstual

Ia menyediakan pembelajaran secara konkrik yang melibatkan


aktiviti ‘hands on’ dan‘mind on’. Kajian Masa Depan dapat menyedarkan
dan merangsang minda berfikir apa yang akan berlaku berdasarkan
ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan kepada sejarah.
Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya
akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau

48
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda


seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat
hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori
Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek
persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja
atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai
pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau
psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

4.2 Menghasilkan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

4.2.1 Pada asasnya sumber pengajaran dan pembelajaran terdiri


daripada 3 kategori utama;

 Bahan rujukan seperti sukatan pelajaran, buku panduan


mengajar dan buku sumber
 Bahan pengajaran seperti alat bantú mengajar untuk
digunakan oleh guru semasa mengajar
 Bahan pembelajaran seperti buku teks dan alatan yang
digunakan oleh murid untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran
 Bahan pembelajaran berbentuk digital

4.2.2 Kepentingan bahan pengajaran dan pembelajaran;

 Membantu guru menyampaikan pelajarannya dengan tepat


 Merangsang minat murid supaya menumpukan perhatian
kepada pelajaran
 Memudahkan guru menyampaikan pelajarannya

49
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

 Dapat menjimatkan masa pengajaran kerana guru tidak


perlu lagi menulis maklumat-maklumat tersebut di papan
tulis
 Membolehkan murid menghubungkaitan antara benda
konkrit dengan fakta yang abstrak
 Membantu mengukuhkan ingatan murid
 Membantu murid menjalankan aktiviti pengayaan atau
pemulihan
 Memantu murid menyelesaikan masalah secara sendiri
dengan menggunakan alat bantú mengajar

4.2.3 Kriteria Dalam Pemilihan Sumber

 ABM haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran. Isi kandunga haruslah tepat dan berkait rapat
dengan topik yang akan diajar.
 ABM haruslah mengandungi idea-idea dan rekabentuk yang
asli dan tersendiri.
ABM boleh membantu guru dalam pengajaran dan boleh
digunakan oleh murid – guru dapat menyampaikan konsep
dengan mudah, tepat dan cepat dan murid pula dapat
mempelajari konsep dengan tepat, penuh minat dan lebih
kekal dalam ingatan.
 Rekabentuk ABM hendaklah menarik dan berkesan
 ABM harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah,
dalam saiz dan berat yang sesuai supaya mudah dibawa,
diguna dan disimpan.
 Sumber harus mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi

50
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)

Latihan

Berdasarkan maklumat di atas, hasilkan satu RPH dalam salah satu


bidang PSV dan hasilkan bahan sumber yang sesuai untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran

51

Anda mungkin juga menyukai