Anda di halaman 1dari 2

REFLEKTIF

Melalui tugasan projek yang diberikan oleh pensyarah subjek Kesihatan Diri dan
Kecergasan (GKK 1043), En Zarizi bin Ab Rahman, saya telah banyak menimba
pengalaman baru serta menambah ilmu pengetahuan dalam proses menyiapkan tugasan
projek ini. Saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang, ruang dan masa yang
mencukupi untuk menyiapkan tugasan projek ini. Sepanjang proses menyiapkan tugasan
projek ini, pelbagai rintangan, kekangan serta cabaran telah saya harungi untuk
menghasilkan tugasan projek yang baik, berkualiti serta sempurna.

Oleh sebab program dan kaedah latihan yang dirancang secara baik akan mampu
mengubah gaya hidup masyarakat ke arah lebih sihat, saya telah ditugaskan untuk
menghasilkan satu program latihan tersusun berkaitan kesihatan dan kecergasan fizikal
untuk tempoh 1 minggu. Antara aktiviti fizikal yang telah saya laksanakan ialah jogging,
latihan fartlek, skipping, naik turun tangga dan bermain bola keranjang. Berdasarkan apa
yang saya dapat rumuskan melalui aktiviti yang telah saya jalankan, latihan ini dapat
menguatkan hati, jantung & dapat turunkan kolestrol. Ia juga dapat mengawal tekanan darah
dan mengurangkan risiko sakit jantung serta untuk mengatur pernafasan. Sebagai
contohnya, dengan bermain skipping sahaja, kita berupaya untuk menurunkan berat badan
dengan cepat kerana ia melatih otot kaki, dada, tangan dan bahu ketika kita bermain
skipping.

Selain itu, latihan fartlek juga dapat meningkatkan dan mengekalkan daya tahan
kardiovaskular kita. Latihan ini akan mengurangkan rasa penat berbanding latihan-latihan
lain, berupaya menghindarkan kelesuan serta kebosanan semasa latihan. Latihan ini juga
memberi kesempatan tubuh badan berehat sebelum menjalankan aktiviti seterusnya.
Latihan fartlek yang terkawal sudah mempunyai jarak laluan yang telah ditetapkan, tahap
kesukaran, serta kelajuan larian. Oleh sebab itulah ia berupaya untuk membina daya tahan
otot serta meningkatkan keupayaan untuk melakukan aktiviti pada tahap yang tinggi.

Dalam proses untuk menyiapkan tugasan projek ini, terdapat pelbagai rintangan dan
cabaran yang perlu saya tempuhi. Termasuklah kekeliruan terhadap soalan tugasan projek
ini. Oleh sebab itu, segala kekeliruan serta ketidakfahaman saya terhadap latihan yang perlu
susun dan laksanakan dapat diatasi dengan bantuan daripada rakan-rakan dan pensyarah.
Pensyarah saya bukan sahaja memberikan bimbingan kepada saya malah segala dorongan
serta sokongan untuk menyiapkan tugasan projek ini amatlah dihargai. Beliau banyak
membetulkan apa yang salah agar saya dapat memberikan yang terbaik. saya bersama
rakan-rakan dan pensyarah ini akhirnya membuahkan hasil kerana akhirnya saya dapat
menyiapkan tugasan projek ini dengan jayanya.
Pengalaman saya melaksanakan program latihan fizikal selama 1 minggu ini, saya
berasa lebih cergas berbanding sebelum ini. Dalam konteks ini, cergas yang saya
maksudkan ialah saya tidak mudah berasa penat. Jika dahulu pernafasan saya akan
berubah menjadi sangat laju sekiranya saya perlu bergegas ke suatu tempat dengan hanya
mempercepatkan cara saya berjalan. Selepas melakukan beberapa aktiviti fizikal selama 1
minggu, saya dapat merasai perubahannya. Jika saya mengamalkan latihan skipping setiap
hari, saya mampu untuk mengurangkan berat badan serta menguatkan lagi otot jantung
saya untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar latihan fizikal ini akan terus dilakukan oleh
pelajar kelas saya mahupun semua remaja serta masyarakat di sekeliling saya. Aktiviti ini
hanya mengambil masa yang singkat untuk dilaksanakan tetapi mampu memberi kesan
untuk jangka yang lama jika diamalkan secara konsisten. Masyarakat perlu menepis
perasaan malas ataupun malu untuk keluar melakukan aktiviti fizikal kerana badan yang
sihat amat diperlukan pada masa akan datang.

Akhir sekali, tugasan projek ini membei kesedaran kepada saya betapa pentingnya
latihan fizikal yang teratur dan tersusun. Melalui pengalaman yang saya perolehi sepanjang
proses untuk menyiapkan tugasan projek ini, saya telah berazam untuk terus melakukan
senaman demi menjaga kesihatan diri.

Anda mungkin juga menyukai