Anda di halaman 1dari 11

ISU PENYALAHGUNAAN INTERNET

Golongan guru dan pelajar adalah merupakan pengguna internet di Malaysia. Dengan
perkembangan pesat zaman ICT di mana semua maklumat berada dihujung jari, internet boleh
diakses di mana-mana tempat selain sekolah, rumah mahu pun di cyber café. Majoriti sekolah telah
dibekalkan dengan kemudahan internet percuma melalui wi-fi yang disediakan. Kemudahan makmal
komputer dan internet percuma yang bertujuan untuk memudahkan dan membantu sesi
pengajaran dan pembelajaran, namun kini disalahgunakan oleh pelajar.

Kesan Penyalahgunaan Internet

Kewujudan pelbagai laman-laman social seperti Facebook, Twitter, Instagram dan pelbagai lagi
aplikasi dalam talian yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan pada hakikatnya mengundang
sedikit sebanyak kesan yang negatif. Selain daripada laman-laman sosial, aplikasi yang sering
menjadi kegilaan pelajar pada masa kini ialah permainan komputer atas talian (Online Games).
Apabila mereka mendapat peluang untuk akses kepada internet, laman-laman social dan aplikasi
permainan tersebut menjadi pilihan utama para pelajar berbanding laman-laman web yang
berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Di sekolah, pabila mendapat peluang menggunakan makmal komputer, kebanyakan pelajar


menyalahgunakan kemudahan tersebut dengan melayari laman-laman web yang tidak berkaitan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Lambakan laman web lucah yang memaparkan aksi-
aksi tidak bermoral juga mempengaruhi pelajar untuk melempiaskan nafsu mereka. Maka tidak
hairanlah ramai pelajar yang ditangkap kerana ponteng sekolah dan menghabiskan masa mereka di
cyber café untuk menikmati ‘keseronokan’ internet tanpa batasan. Permainan atas talian juga
member kesan yang sangat buruk. Selain pelajar menjadi ketagih dengan permainan tersebut, aksi-
aksi ganas yang dipaparkan turut ditiru oleh para pelajar. Hal ini menjadi salah satu faktor
meningkatnya kes buli dan gaduh dikalangan pelajar disebabkan terpengaruh dan terikut-ikut
dengan aksi yang dilihat.

Seringkali kita disajikan di dada-dada akhbar dengan kes-kes rogol yang melibatkan pelajar
dimana mereka berkenalan dengan pasangan melalui laman social di internet. Tanpa mengenali
antara satu sama lain, pelajar perempuan terutamanya mudah terpedaya dengan apa yang
dijanjikan. Selain itu, penyalahgunaan internet juga membawa kepada berlakunya jenayah siber
yang semakin hari semakin serius. Antara jenayah siber yang berlaku kesan daripada
penyalahgunaan internet ialah penipuan dan scammer yang dilihat semakin hari semakin
membimbangkan. Golongan pelajar yang sememangnya masih mentah dengan dunia luar kerap
menjadi mangsa-mangsa jenayah siber.
Cadangan Terhadap Isu

Kesimpulannya, semua pihak terutamanya pihak kerajaan, sekolah dan ibu bapa hendaklah
mengambil inisiatif bagi membanteras gejala tidak bermoral seperti ini semakin menular dikalangan
remaja khususnya pelajar sekolah. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, untuk
melarang pelajar daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun begitu, langkah-
langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini.

· Pihak Kerajaan

Pihak kerajaan perlu memainkan peranan utama dalam membanteras gejala-gejalan yang tidak
bermoral akibat daripada penyalahgunaan internet. Laman-lam web lucah dan tidak bermoral
seharusnya disekat atau dihapuskan serta memantau laman-laman social yang sedia ada.
Kebanyakan laman-laman web ini boleh diakses dengan mudah oleh semua peringkat umur tanpa
had. Justeru, pihak kerajaan seharusnya mengambil tindakan dengan menghadkan akses ke
sebarang laman web yang mungkin mengandungi bahan yang tidak bersesuaian bagi pengguna-
pengguna kanak-kanak dan remaja. Undang-undang yang lebih tegas hendaklah diwujudkan khusus
untuk kes penyalahgunaan internet dan penyebaran pornografi atas talian.

· Pihak Sekolah

Selain itu, di sekolah juga pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang
terlibat. Memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak menggunakan
internet dan pelajar sering di bawa masuk ke makmal komputer, guru-guru hendaklah sentiasa
memantau gerak-geri pelajar. Kemudahan internet percuma yang disediakan hendaklah disekat
akses ke laman-laman web yang tidak berkaitan dengan sesi pembelajaran. Selain itu, nilai-nilai
murni juga wajar diterapkan di dalam minda pelajar bagi mengelakkan masalah ini daripada
bertambah teruk. Pihak sekolah dicadangkan menganjurkan ceramah dan pameran berkaitan kesan
negatif penyalahgunaan internet dikalangan pelajar.

· Pihak Ibu Bapa

Ibu bapa sebenarnya merupakan pihak utama yang boleh membantu membanteras penyalahgunaan
internet dikalangan pelajar. Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau apa yang dilakukan oleh anak-
anak mereka ketika menggunakan kemudahan internet. Kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa
menyebabkan pelajar mengambil peluang dengan menyalahgunakan kemudahan yang ada. Dalam
hal ini, ibu bapa seharusnya lebih tegas dengan menghadkan akses kepada internet di rumah dan
hanya membenarkan anak-anak menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran sahaja. Ibu bapa
juga perlu menerapkan anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni yang akan menjana pemikiran ke
arah membentuk jati diri dan sahsiah yang baik

Posted by Azrina Sazali at 8:16 AM No comments:

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

ISU JURANG ICT

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), jurang bermaksud perbezaan atau jarak. Digital pula
ialah berhubungan dengan angka untuk sistem tertentu yang diproses secara langsung oleh
komputer. Justeru, jurang digital adalah bermaksud terdapatnya jarak atau beza di antara satu
komuniti dengan komuniti yang lain dalam mengakses ICT, mencapai maklumat melalui ICT serta
memahami dan menggunakan maklumat dari ICT.

Faktor Yang Menyebabkan Jurang Digital

Berdasarkan Laporan Pembangunan Manusia 2001 yang dikeluarkan Program Pembangunan


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) baru-baru ini, menyatakan Malaysia berada di ranking
ke-30 dari segi indeks teknologi kerana perbezaan peratusan penduduk negara ini terutama di
pedalaman yang tidak mempunyai komputer dan akses Internet masih tinggi. Ini membuktikan
wujudnya jurang digital antara penduduk luar Bandar dan Bandar. Menurut kajian, 65 peratus
daripada 2.5 juta komputer peribadi (PC) yang dimiliki penduduk negara ini adalah daripada
penduduk di bandar-bandar maju seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Ini
bermaksud penduduk-penduduk luar Bandar kurang menggunakan komputer dan kemudahan ICT.

Selain itu, faktor-faktor lain yang menyumbang kepada jurang digital ini ialah:

i. Faktor ekonom

Faktor ekonomi merupakan faktor utama yang menyebabkan wujudnya jurang digital. Faktor
ekonomi ialah majoriti pelajar luar Bandar khususnya, tidak mampu untuk membeli dan
mendapatkan khidmat ICT. Penggunaan ICT melibatkan kos yang tinggi. Jika dilihat dengan harga
komputer atau laptop yang mencecah ribuan ringgit, agak mustahil untuk pelajar memiliki komputer
atau laptop sendiri untuk tujuan pembelajaran mereka. Kebanyakan pelajar yang tidak mampu
membeli komputer atau laptop biasanya akan menggunakan kemudahan tersebut di makmal
sekolah atau kedai internet di luar. Namun hanya segelintir daripada mereka berbuat demikian
kerana melibatkan kos yang tinggi untuk menggunakan kemudahan ICT di luar. Ini menyebabkan
mereka memilih untuk tidak menggunakan komputer atau laptop untuk tujuan pembelajaran.

ii. Faktor Geografi


Faktor geografi bermaksud faktor kawasan tempat tinggal yang mempengaruhi kemudahan internet.
Kawasan luar Bandar seperti pedalaman dan kawasan kampong kebanyakannya tiada liputan
internet. Ini menyebabkan pelajar dari kawasan ini agak sukar untuk akses kepada internet. Internet
walaupun tidak mempengaruhi sesi pembelajaran, namun penggunaan internet sangat penting
untuk pembelajaran kendiri pelajar. Contohnya untuk mencari maklumat kerja kursus, maklumat
tambahan, latihan dan sebagainya. Ketiadaan akses kepada internet ini menyebabkan pelajar kurang
terdedah dengan aplikasi ICT.

iii. Faktor Kemahiran Komputer

Dalam memantapkan penggunaan ICT, kemahiran dalam menggunakan komputer sangat penting.
Dengan perkembangan zaman ICT yang semakin pesat, teknologi sentiasa diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Jurang digital yang wujud juga disebabkan oleh kurang mahir iaitu tidak
mengetahui bagaimana untuk mengakses maklumat. Selain pelajar, terdapat juga guru yang masih
tidak tahu menggunakan komputer dan mengakses maklmuat melalui internet. Berdasarkan
pengalaman, guru-guru ini kebanyakannya guru-guru yang sudah berpengalaman dalam mengajar
tetapi kurang mahir dalam penggunaan teknologi masa kini. Jika guru itu sendiri yang kurang mahir,
bagaimana untuk mengajar dan membimbing pelajar dalam menggunakan dan mengakses
maklumat melalui ICT. Kurangnya kemahiran dalam menggunakan komputer dan teknologi ICT ini
menyumbang kepada faktor berlakunya jurang digital dan ICT.

Cadangan Terhadap Isu

Pelbagai inisiatif telah diambil untuk merapatkan jurang digital di negara kita. Pelbagai pihak
terutamanya pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini yang
berperanan untuk memperkasa komuniti dan menjana ilmu dalam melalui usaha menyeberangi
jurang teknologi dan jurang minda. Disamping itu, inisiatif untuk merapatkan jurang digital di
Malaysia diadakan untuk untuk mewujudkan jalinan pengetahuan secara digital serta memperkasa
masyarakat di dalam bidang ekonomi, social dan akses kepada informasi dalam membantu
masyarakat menjadi lebih berpengetahuan. Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat
terutama dan segi ekonomi, pendidikan, pendapatan, kemudahan infrastruktur di Bandar dan luar
Bandar, pemodenan dan sebagainya akan memberikesan terhadap kemajuan ICT dan digital.

Antara langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha merapatkan jurang digital
antara Bandar dan luar Bandar terutamanya ialah mempertingkatkan kemudahan prasarana
telekomunikasi di luar bandar itu sendiri dengan memperkenalkan program tanggungjawab
perkhidmatan global. Melalui program tersebut, kerajaan dan pihak swasta bertanggungjawab untuk
menyumbang kepada pembangunan prasarana di luar bandar yang didapati kurang menguntungkan
untuk pelaburan dari firma telekomunikasi semata-mata. Selain itu, bagi membantu golongan
keluarga yang berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk membeli komputer peribadi, kerajaan
telah memperkenalakan program pembelian komputer mengeluarkan caruman Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai satu langkah untuk meningkatkan bilangan rakyat yang memiliki
komputer peribadi atau laptop. Melalui skim pemilikan komputer dengan matlamat `Satu Keluarga
Satu Komputer' tersebut, pencarum KWSP boleh mengeluarkan caruman mereka sehingga RM3,500
untuk membuat tempahan pembelian PC dari Pos Malaysia dan Bank Simpanan Nasional melalui
1,300 syarikat pembekal komputer berdaftar.

Kerajaan juga telah melancarkan program Kembara Desa iaitu satu projek menyediakan
kemudahan pembelajaran komputer di dalam bas yang akan menjelajah seluruh Semenanjung
Malaysia. Projek kerjasama Intel Elec-tronics (M) Sdn Bhd., Odasaja dan Pos Malaysia itu bertujuan
mendekatkan masyarakat luar bandar mempelajari komputer dan membantu mereka mendapatkan
komputer. Program Kembara Desa ini meliputi pembelajaran komputer bergerak menerusi lima
buah bas yang dilengkapi dengan komputer terkini itu akan menjelajah 14 buah bandar dan desa
seluruh Negara. Selain itu, inisiatif lain yang diambil ialah dengn melancarkan program Pusat
Internet Desa yang ditempatkan di kawasan-kawasan pedalaman untuk membolehkan penduduk
luar bandar mengenali komputer dan Internet. Setakat ini, sebanyak 13 Pusat Internet Desa telah
ditubuhkan di seluruh negara dan sebanyak 100 pusat itu dirancang akan dibina di sepanjang
Rancangan Malaysia Ke 8. Program tersebut akan menyediakan makmal komputer, prasarana
telekomunikasi dan penerangan kepada masyarakat luar bandar mengenai kepentingan ICT. Ini
dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar celik komputer di negara ini dan
untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan ICT.

Sebagai langkah untuk mendekatkan golongan pelajar dengan ICT, pihak kerajaan melalui
Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan juga
sebelum ini telah memperkenalkan program Unit Internet Bergerak yang melengkapkan bas-bas
dengan kemudahan komputer demi mendekatkan masyarakat terutama pelajar dengan ICT. Dalam
program ini, sekolah-sekolah yang terpilih yang dilihat masih ketinggalan dalam bidang ICT akan
dikunjungi sekali dalam dua minggu untuk melatih para pelajar dalam komputer dan Internet.
Berdasarkan usaha-usaha yang telah dijalankan, ia jelas menunjukkan betapa pentingnya
pembelajaran menggunakan ICT jika hendak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
rakyat di negara maju lain. Selain pihak kerajaan, pihak kementerian dan pihak sekolah di negara ini
perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang berlaku
terutama melibatkan sekolah di luar bandar dan di kalangan kaum. Pihak sekolah dan profesion
keguruan perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital
dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai
pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar Bandar.

Posted by Azrina Sazali at 8:14 AM No comments:

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

ISU PRASARANA
Prasarana dan kebolehcapaian penggunaan ICT

Zainudin Abu Bakar, Muhamad Rashid Rajuddin, Mohd Ali Ibrahim, Nur Husna Abdul Wahid dan
Zainuddin Hassan (2007) menyatakan faktor kemudahan dan kebolehcapaian penggunaan ICT di
sekolah merupakan faktor utama dalam mempengaruhi kejayaan penggunaan ICT dalam proses
pengajaran pembelajaran. Banyak kajian-kajian mendapati bahawa faktor ini banyak berpunca
daripada kekurangan kemudahan dan bagi kawasan-kawasan luar bandar faktor kebolehcapaian
menambah kekangan penggunaan ICT dalam pengajaran. Sekolah-sekolah yang berada di kawasan
luar bandar terutamanya menghadapi masalah kekurangan komputer dan perisian yang
menyebabkan kebolehcapaian terhadap ICT semakin terbatas. Oleh sebab itu pengaplikasian ICT
dalam pengajaran menjadi semakin sukar dan terbatas. Keadaan ini lama kelamaan akan memberi
kesan kepada minat dan sikap guru untuk menggunakan ICT dalam pengajarannya.

Dalam aspek kekurangan dan kelemahan kemudahan, ianya dapat dibahagikan kepada beberapa
bahagian iaitu kekurangan dari segi komputer, kelemahan pengurusan kemudahan, kualiti yang
rendah, perisian yang tidak sesuai, termasuklah kebolehcapaian secara individu guru-guru. Biasanya
bilik komputer di sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang memerlukan
penggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalam satu-
satu masa. Justeru itu kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus kepada
sesuatu mata pelajaran dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnya tidak sesuai
seperti yang dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran setiap
masa.

Kajian Preston et al. (2000) dalam Zainudin Abu Bakar dan rakan-rakan (2007) mendapati
bahawa mutu peralatan ICT yang rendah boleh mengganggu proses penggunaan ICT dalam
pengajaran. Ramai guru menyatakan komputer yang dibekalkan tidak berkualiti dan adanya yang
sudah ketinggalan zaman. Ini ditambah lagi dengan cepatnya perkembangan teknologi komputer.
Oleh itu komputer hendaklah dipastikan dari segi kualiti dan diletakkan di tempat-tempat yang
sesuai dan boleh dicapai oleh semua orang, termasuk guru dan pelajar-pelajar. Kadang kala
kelemahan dan kekurangan kemudahan mengakses akan melemahkan minat dan keinginan guru-
guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mereka dengan menggunakan ICT. Cox et
al. (1999) dalam Zainudin Abu Bakar dan rakan-rakan (2007) menyatakan bahawa kekerapan
penggunaan ICT secara konsisten dapat meningkatkan keyakinan dan membentuk sikap yang positif
di kalangan guru terhadap pengajarannya. Oleh yang demikian sekiranya masalah kekurangan dan
kelemahan kemudahan tidak di atasi, ianya akan menimbulkan perkara-perkara yang berkaitan
seperti sikap dan minat guru-guru terhadap pengajaran berasaskan ICT dalam jangka masa panjang.

Langkah meningkatkan mutu prasarana dan kebolehcapaian penggunaan ICT


Aspek ICT terkandung dalam anjakan ketujuh transformasi sistem PPPM. Dalam aspirasi ini, KPM
berhasrat memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Matlamat utama
adalah menyediakan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi
kesemua 10,000 sekolah, menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan terbaik
bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam Sains,
Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris dan memaksimumkan penggunaan ICT bagi
pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada
pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid.

Dalam gelombang pertama PPPM, 2013 – 2015, KPM akan memastikan sekurang-kurangnya
nisbah murid kepada alat ICT ialah 1 : 20 di semua sekolah dengan sambungan internet dengan
kelajuan sekurang-kurangnya 2Mbps. Gelombang kedua PPPM, 2016 – 2020, infrastruktur ini
dipertingkatkan lagi. Nisbah murid kepada alat peranti ICT dikecilkan kepada 1 : 10. KPM berhasrat
menyediakan kemudahan internet sepanjang hari (24 jam) dengan kelajuan 2 hingga 10 Mbps.
Prasarana ini akan dipertingkatkan lagi dalam gelombang ketiga, 2021 – 2025. Pada masa ini, KPM
mensasarkan satu peranti ICT bagi setiap murid sekolah menengah dengan sambungan internet
sekurang-kurangnya 10 Mbps. Selain itu, dianggarkan sekurang-kurangnya terdapat sat kemudahan
persidangan video bagi setiap daerah dalam usaha menyokong pembelajaran jarak jauh.

Posted by Azrina Sazali at 8:13 AM No comments:

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

ISU KEPIMPINAN SEKOLAH

Pembudayaan ICT oleh kepimpinan sekolah

Mengamalkan kepimpinan teknologi telah menjadi salah satu keperluan pemimpin sekolah yang
berkesan pada masa kini. Kepimpinan teknologi dianggap sebagai faktor penting yang
mempengaruhi kejayaan integrasi teknologi di sekolah. Pengetua sebagai pemimpin teknologi yang
berkesan di sekolah sepatutnya membuat penyebarluasan dan perkongsian visi dan kepimpinan
kepada warga sekolah. Manakala sikap pemimpin sekolah yang lebih mementingkan prestasi
akademik berbanding dengan penekanan penggunaan ICT untuk menjadikan PdP berkualiti dan
berkesan menjadi cabaran pengintegrasian ICT di sekolah.

Banyak kajian dilakukan untuk melihat tahap kepimpinan ICT oleh pengetua atau guru
besar. Dapatan kajian Lokman Mohd Tahir, Mohd Anuar Abd Rahman, M. Al-Muzammil Yassin &
Phoon Ai Ling (2010) menunjukkan bahawa secara keseluruhan peranan guru besar sebagai
pemimpin atau pemangkin ICT di sekolah rendah adalah pada tahap yang sederhana. Peranan yang
dikaji termasuklah menyediakan infrastruktur ICT yang lengkap di sekolah, menggalakkan guru-guru
menggunakan ICT di sekolah, mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kalangan guru
berdasarkan aspek pengurusan sekolah dan mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kalangan
guru berdasarkan aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapatan ini adalah selaras dengan
hasil kajian Leong (2010) dan Nordin dan Norazah (2010).

Pemantauan penanda arasan Frog VLE oleh pegawai pelajaran daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN) Kedah pada 2014 telah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan program
ini. Laporan ini turut memfokus kepada peranan kepimpinan sekolah dalam membudayakan Frog
VLE dalam kalangan guru, murid dan ibu bapa. Walau pun pihak JPN dan PPD mengakui pemimpin
setiap sekolah yang dipilih telah membuat sebaran tentang program ini menunjukkan sekolah
mempunyai barisan kepimpinan yang mengambil berat terhadap sesuatu program-program KPM,
namun begitu didapati bahawa pelaksanaan untuk menggunakan Frog VLE kurang dimanfaatkan.
Tambahan lagi, lawatan tersebut mendapati kebanyakan guru masih tidak tahu cara untuk
mengintegrasikan VLE dalam PdP.

Langkah meningkatkan kepimpinan ICT

Menurut Noraini Abdullah, Hamidu Khalid dan Mohd Izham Mohd Hamzah (2015) sokongan
berterusan sama ada di suatu pusat atau pun online database yang boleh memenuhi keperluan
pengetua-pengetua sekolah dari semasa ke semasa boleh membantu pengetua sentiasa berada
dalam arus perdana daripada segi ilmu dan kemahiran berkait dengan kepimpinan teknologi.
Pemimpin yang sedar dan mengambil inisiatif yang berpatutan akan menjadikan mereka berilmu dan
berkemahiran untuk memainkan peranan mereka sebagai pemimpin teknologi yang berkesan di
sekolah. Di samping itu, pengetua sendiri harus memiliki kemahiran ICT supaya boleh memudahcara
pembangunan kemahiran ICT guru melalui strategi seperti ‘modeling, promoting dan creating
opportunities’. Penerapan dan pelaksanaan strategi-strategi ini membantu keberkesanan
kepimpinan ICT. Dimensi dalam strategi-strategi ini seperti dalam kajian Sathiamoorthy Kannan,
Sailesh Sharma, & Zuraidah Abdullah, 2011 termasuklah :

Posted by Azrina Sazali at 8:12 AM No comments:

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

ISU GURU

Kepentingan ICT
Penggunaan ICT dalam PdP sangat dituntut pada masa kini. Terdapat banyak kepentingan yang
boleh diperoleh daripada ICT. Antaranya adalah:

· meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan


pengiraan kompleks.

· merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

· membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan
tepat.

· mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai
kebolehan dan kecerdasan.

· membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam
keadaan biasa.

· mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan.

· memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba dalam kalangan murid.

· meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.

· menggalakkan murid merealisasikan pembelajaran terarah kendiri

Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005) menegaskan
kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam
pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih profesional,
meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan,
mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada ICT. Sektor
pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam
kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan amat dirasai kerana
ICT telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana
pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua kita berada. Pengaruh
dan kemajuan era ICT mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta
pengajaran dan pembelajaran.

Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan komputer, internet,


dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan. Bangsa
yang maju adalah bangsa yang mementingkan perkembangan intelektual yang dirintis oleh
kemajuan dunia pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumat berperanan untuk meluaskan
penyebaran pemikiran manusia sebagai agen revolusi sosial. Menurut Mohamed Rashid dan Mohd
Nasir (2003) dalam kajian Refleksi Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran
menyatakan bahawa pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat
daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Pembaharuan pendidikan dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan
peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan.

Kekangan yang dihadapi oleh guru

Walaupun ramai guru yang telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di dalam
pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah konvensional kerana
mereka berpendapat kaedah tersebut relevan dengan sistem peperiksaan. Dengan sikap sebegini
adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan berkesan. Terdapat guru yang mengalami kerisauan
untuk menghadapai perubahan. Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapai oleh guru-guru dalam
penggunaan komputer iaitu risau sekiranya peralatan yang digunakan akan rosak, risau kerana
merasakan mereka tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi yang canggih dan risau sekiranya
disuruh oleh pihak sekolah untuk melakukan semua kerja kerana mahir dalam penggunaan
komputer.

Selain itu, kekangan masa dan beban tugas guru merupakan kekangan utama dalam melaksanakan
PdP berantukan ICT. Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi
guru-guru menyediakannya. Persediakan diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan
mengajar serta penyediaan bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Memandangkan
bilangan waktu mengajar guru yang banyak iaitu sesetengah guru mempunyai bilangan waktu
mengajar sebanyak 27 waktu seminggu, menyukarkan guru untuk membuat persediaan mengajar
dan juga untuk menyediakan bahan mengajar di makmal komputer. Guru-guru juga mempunyai
tugas-tugas lain seperti menjadi setiausaha peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, Ajk PIBG
dan sebagainya. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk membuat persediaan yang mantap jika
mereka perlu menyediakan bahan sendiri dalam pengajaran. Kebanyakan guru-guru sedar tentang
kelebihan menggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya kerana kekangan masa, masalah
penyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru menjadi
penghalang manakala sikap positif, keyakinan diri dan kemahiran menggunakan ICT menjadi
pendorong perlaksanaannya dalam penngajaran dan pembelajaran.

Guru kurang kemahiran dalam komputer dan pengetahuan penggunaan komputer dalam P&P
menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan PdP menggunakan teknologi. Proses pengajaran
berbantukan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan
multimedia sekurang-kurangnya menggunakan power point dengan input-input seperti rakaman
suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Oleh sebab tidak semua bahan
pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran
yang lebih menarik,tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan bahan PdP hanya tinggal sebagai
kemahuan sahaja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan
menggunakan komputer dalam PdP. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada
tahap yang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu, guru-guru
kerap menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan perkataan. Guru-guru jarang
menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, dan laman web dalam
pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai