Anda di halaman 1dari 22

Disediakan oleh:

Wooi Li Shan
Nur Athirah Awatif binti Ahmad

8PISMP PSV/PJ/PM
2014
Etika
Maksud Etika
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah
laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa &
Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus
Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang atau profesion terhadap
masyarakat.
4. Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada
tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.

Prinsip Etika Keguruan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengemukakan lima prinsip etika kerja
keguruan :
1. Niat yang betul
2. Perlakuan yang baik
3. Penggerak ke arah kebaikan
4. Memperkotakan apa yang dikatakan
5. Berdisiplin dan beradab
Tujuan
Agar menjaga perlakuan supaya tidak
mencemarkan kredibiliti keguruan
sehingga boleh menghilangkan
kepercayaan masyarakat.
Jujur menjalankan tugas tanpa berniat
untuk mendapatkan ganjaran, nama
mahupun populariti dalam kalangan
pelajar.
Tidak mengamalkan sikap pilih kasih
sesama kaum dan agama mengikut
keselesaannya.

Mencurahkan ilmu sama rata tanpa
mengira status pelajar.
Peka dan sentiasa prihatin
Menghormati hak setiap pelajar
Menanamkan sikap baik terhadap
semua pelajar
Menjadi contoh baik atau role model
kepada pelajar
Mempertimbangkan kualiti kerja
Meningkatkan disiplin diri bagi
menghasilkan perkhidmatan yang
cemerlang kepada pelanggan dan
organisasi
Memberikan sumbangan positif yang
berterusan kepada negara
KONSEP AKAUNTIBILITI
KEGURUAN
Tanggungjawab seseorang guru
terhadap profesional keguruan

Merangkumi tanggungjawab terhadap
pelajar, diri sendiri, sekolah,
masyarakat, negara dan profesion itu
sendiri.
Kepentingan
Menyediakan garis panduan bagaimana
bertingkah laku dalam profesion perguruan.

Menyatakan dengan jelas tentang
tanggungjawab guru terhadap pemegang
amanah dalam bidang pendidikan.

Kod Etika dalam bentuk dokumen ,usaha
untuk menyemak kod ini dapat dilakukan.

Kecemerlangan sesuatu profesion boleh
dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya
boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika
Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan
tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru
dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama
ada di negara ini ataupun di negara lain.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas,
serta memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan antara ahli dalam
organisasi.

Meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara
hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat
untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas
dan berat serta menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara.

Tanggungjawab Guru
Utamakan
kebajikan
dan
keselamatan
Bersikap
adil
Merahsiakan
ikhtisas pelajar
Membimbing dan
mengajar
seseorang pelajar
tanpa bayaran
Berketerampilan
baik
Menghormati
tanggungjawab ibu
bapa terhadap anak
mereka
Rahsiakan maklumat
rumahtangga atau anak
yang diamanahkan oleh
ibu bapa
Wujudkan hubungan
mesra dan kerjasama
Sampaikan maklumat
murid kepada ibu bapa
Tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara
Tidak menyebarkan ajaran yang
boleh merosakkan
Membimbing serta memupuk
sikap nilai kesetiaan sebagai
warganegara bertanggungjawab
Menghormati masyarakat
tempat berkhidmat
Memberi sumbangan secara
aktif
Tanggungjawab
terhadap rakan
sejawat dan
profesion
keguruan
Tidak
mencemarkan
nama baik
seseorang guru
Tidak melibatkan
diri dalam kegiatan
yang boleh
jejaskan
kecekapan sebagai
guru
Bersedia
membantu
rakan
sejawat
Menunaikan
tanggungjawab
dengan
bersungguh-
sungguh
Individu
Salah guna kuasa
Penagihan dadah
Terlibat dengan gejala tidak bermoral
Kepimpinan
Pihak pentadbir dan pengurusan
sekolah tidak akan dihormati serta tidak
dipatuhi
Wujud dua kelompok yang sentiasa
tidak sependapat hingga menjejaskan
kerja berpasukan
Sistem dan Prosedur
Melemahkan pelaksanaan tugas
sebagai pendidik
Menjejaskan pelaksanaan sesuatu
projek atau program bimbingan yang
dirancang ke atas murid
Kekeliruan peranan
Menjejaskan perkhidmatan apabila nilai
besar dan boleh dipercayai sudah tidak
dijadikan sandaran.
Budaya
Integriti guru dipersoalkan oleh anggota
masyarakat luar sekolah yang lebih
luas.
Struktur dan Institusi
Tidak melaksanakan tugas dengan jujur
Rasa tidak puas hati sesetengah pihak
yang lain
Menjejaskan budaya kerja dan kerja
berpasukan
Berlaku pertindihan tugas dan
tanggungjawab
Rumusan
Kod etika menjadi pegangan dan
panduan setiap anggota. Seorang guru
harus sentiasa mempertingkatkan
akauntibiliti dan amanah mereka agar
mencapai matlamat sebagai pendidik
yang berkesan kepada anak murid dan
masyarakat sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai