Anda di halaman 1dari 20

Sifat dan kualiti sosial/tingkahlaku seorang guru.

Sylvester Philip Marcellius Sikau Jerome Law Micheal Tang

Pengenalan sifat dan kualiti sosial/tingkahlaku seorang guru


Semua guru adalah pengajar nilainilai tertentu. Sama ada guru-guru sedar atau tidak, mereka selalu mempengaruhi murid-murid mereka melalui kaedah-kaedah dan strategi-strategi pengajaran yang digunakan.

Pengenalan sifat dan kualiti sosial/tingkahlaku seorang guru


Sebagai contoh, walaupun seseorang individu itu seorang guru bahasa, pada masa yang sama individu tersebut juga menjadi pengajar nilai-nilai kepada murid-muridnya. Guru pada peringkat rendah harus melambangkan ciri-ciri kesempurnaan dari segi jasmaniah, emosi, rohaniah, intelek dan sahsiah.(JERIS)

Pengenalan sifat dan kualiti sosial/tingkahlaku seorang guru


Guru perlu mengamalkan dan menghayati nilai-nilai yang telah diajar. Nilai-nilai yang dihayati oleh guru akan tercermin dalam amalan-amalan sehariannya. Contohnya, guru datang awal ke sekolah setiap hari akan memberikan contoh menepati masa kepada muridnya.

Pengenalan sifat dan kualiti sosial/tingkahlaku seorang guru


Penghayatan nilai dibuat secara berperingkat-peringkat, mulai dari peringkat paling rendah sampai kepada peringkat yang sangat tinggi.
Kelima Keempat Ketiga Kedua Pertama : Peringkat Perwatakan : Peringkat Organisasi : Peringkat Penilaian : Peringkat Gerak balas : Peringkat Penerimaan

Pengenalan sifat dan kualiti sosial/tingkahlaku seorang guru


Bila sesuatu nilai itu dihayati sampai ke peringkat perwatakan, ia akan sebati dengan sahsiah guru dan sukar untuk diubah oleh mana-mana pihak.

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan


Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama.

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan


a) Domain Diri Merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan


b) Domain Profesion Merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan


c) Domain Sosial Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

Sifat dan kualiti serta nilai sosial dan tingkah laku seorang guru

Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

Sifat dan kualiti serta nilai sosial dan tingkah laku seorang guru

Riang : Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang dapat memeriahkan kelasnya dan menyumbang dalam keberkesanan kepada pengajarannya.

Sifat dan kualiti serta nilai sosial dan tingkah laku seorang guru

Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat membimbing murid-muridnya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai karenah muridnya.

Sifat dan kualiti serta nilai sosial dan tingkah laku seorang guru

Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

Sifat dan kualiti serta nilai sosial dan tingkah laku seorang guru

Keberanian dan ketegasan: Guru yang mempunyai sifat berani dan yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Guru akan dihormati sekiranya muridnya mengetahui ketegasan sikapnya.

Sifat dan kualiti serta nilai sosial dan tingkah laku seorang guru

Menjadi seorang pendorong yang berilmu: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan.

Sifat dan kualiti serta nilai sosial dan tingkah laku seorang guru

Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.

Kesimpulan: Sifat sosial/tingkahlaku guru


mesti mempunyai unsur kecintaan dan kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik. mesti mempunyai integriti yang tinggi di mana dia boleh dipercayai serta mempunyai tabiat baik yang kukuh. mesti mempunyai imej kendiri yang baik dan berasa yakin pada diri sendiri

Kesimpulan: Sifat sosial/tingkahlaku guru


mesti bertanggungjawab dan sentiasa menyempurnakan tugas. mesti mempunyai tenaga mental yang tinggi serta berkeupayaan untuk terus belajar seiring dengan pertambahan tugas. mesti mempunyai daya kepimpinan supaya ia boleh berpengaruh ke atas orang lain.

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai