Anda di halaman 1dari 2

Aplikasi teori pembelajaran Robert Gagne dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Robert Gagne memperkenalkan 9 peringkat pembelajaran iaitu : 1. Gaining Attention; iaitu guru berusaha menarik perhatian murid untuk mengikuti pembelajaran. Dalam RPH ( yang akan disertakan selepas ini ), guru akan menayangkan montaj yang berkaitan ayat kefahaman yang dipelajari, ayat 179 Surah Al-Araf. 2. Informing learner of the objectives; memberitahu murid akan objektif pembelajaran yang akan mereka capai / peroleh. Sebelum memulakan pengajaran, guru akan memberitahu beberapa objektif yang digariskan yang sepatutnya dapat dicapai oleh murid di akhir pembelajaran nanti. Ini supaya mereka dapat fokus terhadap apa yang diajar oleh guru. 3. Stimulating recall of prior learning; iaitu guru merangsang murid untuk mengingat pelajaran sebelumnya yang berkait dengan tajuk dan menghubungkannya dengan apa yang akan dipelajari berikutnya. Dalam RPH, guru bertanyakan murid apa yang mereka tahu tentang nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia. 4. Presenting stimulus; iaitu guru mula membentangkan isi pengajaran. Guru membentangkan isi pembelajaran berdasarkan peringkat-peringkat / langkah-langkah yang disusun. 5. Providing learning guidance; guru memberikan bimbingan belajar. Guru memberi bimbingan terhadap aktiviti latihan dalam kumpulan yang dilaksanakan oleh murid dengan bantuan naqib kumpulan. 6. Eliciting performance; tingkatkan prestasi murid. Guru meminta murid membentangkan di hadapan kawan-kawan apa yang mereka bincangkan dalam kumpulan.

7. Providing feed back; memberikan timbal balas. Guru memberikan respon terhadap apa yang dibentangkan. Sekiranya terdapat kesalahan akan diperbetulkan. Apa yang betul diberi peneguhan. 8. Assessing performance; mengukur hasil pencapaian belajar mereka. Guru menyediakan aktiviti pengukuhan berdasarkan topik yang diajar. Guru boleh laksanakan dalam aktiviti pengayaan yang diberikan kepada murid 9. Enhancing retention and transfer; tingkatkan capaian hasil belajar sesuai dengan tujuan pembelajaran yang telah ditetapkan untuk dicapai. Guru boleh mengemukakan beberapa sisipan atau lembaran kerja atau apa-apa pengukuhan seperti cerita, komik dan sebagainya yang berkait dengan topik.

Anda mungkin juga menyukai