Anda di halaman 1dari 34

Objektif/ Hasil Pembelajaran

Taksonomi objektif pendidikan - cara menyatakan objektif dalam berbagai mata pelajaran 1. Taksonomi Bloom: i. Domain kognitif ii. Domain afektif dan iii.Domain psikomotor 2. Taksonomi SOLO
Zaini Abdullah 1

SOALAN PERBINCANAN:

1. Apakah perbezaan matlamat, tujuan, objektif dan hasil pembelajaran?


2. Apakah domain yang terdapat dalam objektif pendidikan/ pengajaran? 3. Bagaimanakah pengenalpastian dapat dilakukan terhadap penulisan objektif yang baik? 4. Apakah perbezaan taksonomi Bloom dan Taksonomi SOLO? 5. Nyatakan kategori domain kognitif, afektif dan psikomotor? 6. Apakah model pengajaran? Bagaimanakah model tersebut diterjemahkan dalam proses pengajaran? 7. Nyatakan langkah-langkah dan kesesuaian penulisan objektif dalam pengajaran.

Zaini Abdullah

Objektif Pembelajaran Kategori objektif:


Domain Kognitif aspek pengetahuan. Berbeza mengikut kompleksnya Domain Afektif sikap perasaan, emosi. Berbeza mengikut aras penghayatan Domain Psikomotor perkembangan kemahiran motor berbeza mengikut kepakaran pelaksanaannya

Zaini Abdullah

Zaini Abdullah

Domain Objektif Kognitif (Taksonomi Bloom)

Pemikiran Aras Tinggi Penilaian Sistesis

Menghakim alat & Pemikiran Aras Rendah Mencantum kaedah Analisis elemen: untuk capai Memisah & gabungkan, tujuan: Aplikasi senaraikan ringkaskan, Nilaikan, menyusun, cadangkan, Kefahaman Kebolehan elemen: mengguna pisahkan, mengelas, kritikan, Kebolehan Pengetahuan prinsip: tentukan, merumus, sokongan, faham mengguna, asingkan, Ingatan mengubah bangkangan, prinsip: menunjuk, semula: kategorikan, dll. mencabar, memahami, melakukan, mengesan Istilah, menentukan meramal, kembangkan, dll. fakta, dll. menjelas, membina dll laziman, turutan, dll menterjemah [Moore menggabungkan sintesis dan penilaian menjadi aras creation]
Zaini Abdullah 5

Domain Kognitif Aras 1 - Pengetahuan


Ciri-ciri khusus Mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip, prosedur. Tiada manipulasi atau interpretasi Contoh kata kerja: melabel, melakar, melukis, memadan, memerihal, mendefinisi, mengenal pasti, mengenalpasti, mentakrif, menulis, menyatakan, menyenarai, Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat; i. menamakan 7 orang Menteri Besar di Malaysia.
Zaini Abdullah 6

Pengetahuan tentang:
Perkara khusus Istilah Fakta khusus Cara/ kaedah kendalikan perkara khusus Perkara lazim Trenda dan urutan Pengkelasan dan kategori Kriteria Pengkaedahan Perkara universal dan pengabstrakan Prinsip dan generalisasi Teori dan struktur pengetahuan

Zaini Abdullah

Domain Kognitif Aras 2 Kefahaman


Ciri-ciri khusus: Interpretasi mudah Menunjukkan bukti yang pelajar faham Kebolehan menggunakan maklumat Mengubah ke bentuk baru Contoh kata kerja: membanding beza, memberikan contoh, membuat inferens, menambah, menentukan, menerangkan, menerangkan, menganggar, mengubah, menukar, meramalkan, merumus Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat: i. menerangkan keadaan yang menyebabkan perang saudara berlaku di negeriZaini Perak. Abdullah

Terjemahan Dapat menyatakan atau meringkaskan apa yg diketahui dalam bentuk lain dgn tepat Cth menyatakan simbol matematik dalam bentuk perkataan dan sebaliknya; menghuraikan makna metafora, sindiran dsbnya

Kategori Kefahaman

Interpretasi Kebolehan memahami sesuatu idea secara menyeluruh Cth Dapat mentafsir berbagai jenis data dan maklumat tentang pendidikan; dapat menghurai dan merumus sesuatu Ekstrapolasi Kebolehan membuat perluasan [extension], kesimpulan, penelahan dpd data atau maklumat yg diketahui unutk melihat implikasinya, kesannya dsb

Zaini Abdullah

Domain Kognitif Aras 3 Aplikasi


Ciri-ciri khusus Penggunaan idea, teori, prinsip, kaedah atau maklumat ke situasi baru Mengaplikasi peraturan, idea, konsep, prinsip. Pemindahan pembelajaran Contoh kata kerja: menyelesaikan, menunjukkan Contoh hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat: i. melukis pelan rumah berasaskan maklumat yang diberi.

Zaini Abdullah

10

Domain Kognitif Aras 4 - Analisis


Ciri khusus: Memahami perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen. Contoh kata kerja - membezakan, mengenalpasti

Contoh hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat: i. Diberi satu ayat, pelajar dapat mengenalpasti komponen utama dalam satu ayat yang diberi.

Zaini Abdullah

11

Analisis unsur Kenalpasti unsur-unsur yg terdapat dalam sesuatu idea, prinsip, kaedah, maklumat dsbnya. Kebolehan melihat atau mengenal andaian-andaian yg tersirat, yg tidak dinyatakan. Kebolehan membezakan antara fakta dan hipotesis, contoh dan prinsip dsbnya

Kategori Analisis

Analisis hubungan antara unsur [relationships] Kebolehan melihat dan mencerakinkan hubungan antara pemboleh ubah, bahagian atau unsur di dalam sesuatu idea, hubungan antara satu idea dgn idea yg lain, hubungan antara bahagian dalam sesuatu kaedah, maklumat dsbnya

Analisis prinsip organisasi unsur Kebolehan mencerakinkan bahagian-bahagian dalam struktur, susunan atau sistem yg menyatukan sesuatu idea, teori, hujah, kaedah dsbnya termasuk struktur yg eksplisit dan implisit, dan elemen-elemen di dalamnya yg menjadikan satu unit Cth kebolehan mengecam dan melihat bentuk [form] dan pola sesebuah novel, puisi, lukisan, teori dsbnya.
Zaini Abdullah

12

Domain kognitif aras 5 - Sintesis


Ciri khusus: Kebolehan menggabungkan/ menyusun bahagian-bahagian dan menjadikanya satu pola, struktur, sistem yg baru yg tidak ujud sebelum ini Contoh kata kerja berkomunikasi, membina, membuat gambaran mental, membuat hipotesis, mendefinisikan secara operasi, menganalogi, mengeksperimen, menggabungkan, mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah, merancang, merangkakan, mereka bentuk, mereka cipta, meringkaskan. Contoh hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat: i. Membina model tiga dimensi sistem solar.
Zaini Abdullah 13

Penghasilan satu komunikasi unik Pembinaan suatu komunikasi dimana pelajar cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Cth kebolehan menulis dgn susunan dan gaya yg menarik untuk menyampaikan sebuah cerpen dsbnya

Kategori Sintesis

Penghasilan suatu rancangan/ pelan operasi Membina sebuah pelan tindakan atau rancangan operasi untuk sesuatu tujuan, mengikut keperluan tertentu

Membina suatu hubungan yg abstrak Kebolehan membina/ membangunkan satu set hubungan yg abstrak spt teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yg diberikan. Cth dapat membuat suatu teori dpd data atau faktor-faktor diberi, dapat memperbaiki teori yg sedia ada berdasarkan fakta baru, kebolehan membuat penemuan atau generalisasi baru dalam bentuk simbol matematik
Zaini Abdullah 14

Domain kognitif aras 6 - Penilaian


Ciri-ciri khusus: Membuat pertimbangan [judgement] nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau dalam.

Contoh kata kerja: membuat keputusan, menaksir, mengesan kecondongan, mengkritik, menjustifikasi, mentafsir, menyokong, mewajarkan
Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat: i) Menjustifikasikan Dasar Ekonomi Baru sebagai pemangkin pembangunan seimbang antara kaum di Malaysia.
Zaini Abdullah 15

Pertimbangan Dalam Penilaian


i. Pertimbangan dari segi bukti dalaman Menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dll kriteria dalaman

Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yg dikemukakan oleh seseorang

ii.

Pertimbangan dari segi kriteria luaran Penilaian bahan yg merujuk kepada beberapa kriteria yg dipilih atau yg diingati

Contoh perbandingan mengenai teori-teori utama, generalisasi, dan fakta mengenai kebudayaan tertentu

Zaini Abdullah

16

Domain Objektif Afektif (Krathwohl)


Aras Tinggi

Pencirian
Komitmen

Organisasi Menilai/ menghargai Gerakbalas / respon Menerima

Generalized set & perwatakan. Bertindak secara berterusan dengan nilai yang baru. Tanggapan & organisasi sesuatu sistem nilai Mensepadukan dlm nilai baru mengikut keutamaan. Penerimaan & kecenderungan terhadap sesuatu nilai serta minat menyertai & memberi komitmen. Persetujuan & kesudian bertindakbalas dan hasilkan tingkahlaku baru sebagai hasil pengalaman Sedar & sedia menerima sesuatu (idea, proses, benda dll), perhatian yang terkawal/ terpilih.
Zaini Abdullah 17

Aras Rendah

1. Menerima [receiving] Sedar menerima rangsangan. Kata kerja pilih, dengar, lihat Cth - Bila diminta pelajar akan mengangkat dan menunjukkan spesimen

2. Memberi respon [responding] Memberi respon kepada rangsangan. melibatkan diri dengan lebih aktif [pergerakan fizikal] Secara sukarela memberi respon. Kata kerja menjawab, mengucapkan. Cth - Pelajar akan menawarkan diri dalam projek sains
Zaini Abdullah 18

3. Menghargai [valuing] Secara sukarela menunjukkan penghargaan. Kata kerja bertanya, menyoal, mengajak Cth Bila diberi pilihan pelajar akan memohon untuk menghadiri kelas amali

4. Komitmen [commitment] (menggabungkan aras 4 - organization dan aras 5 characterization) Mempunyai sistem nilai yang tekal dan mengamalkan nilai-nilai tersebut. Kata kerja mempertahankan, mempengaruhi
Cth - Pelajar akan berhujah mempertahankan pendapatnya
Zaini Abdullah 19

Domain Objektif Psikomotor


Gerakan Ekspresif
Bahasa tubuh

Kemahiran Gerakan
Kebolehan Fizikal Kebolehan Persepsual Gerakan Asas Gerakan Rekleksi

Gerakan kemahiran tinggi

Gerakan tektikal & teknikal

Gerakan berasaskan kemahiran

Gerakan yang mudah

Tidak dapat di kawal pantulan


Zaini Abdullah 20

SOLO Taxonomy
Structure of the observed learning outcome (Biggs 2003) Prestructural - Here students are simply acquiring bits of unconnected information, which have no organisation and make no sense.
Unistructural - Simple and obvious connections are made, but their significance is not grasped. Multistructural - A number of connections may be made, but the meta-connections between them are missed, as is their significance for the whole. Relational - The student is now able to appreciate the significance of the parts in relation to the whole. Extended abstract - At the extended abstract level, the student is making connections not only within the given subject area, but also beyond it, able to generalise and transfer the principles and ideas underlying the specific instance. Zaini Abdullah 21

Model Pengajaran
Tentukan objektif

Ajar untuk capai objketif

Taksir adakah objektif tercapai

Zaini Abdullah

22

Perbezaan pernyataan tujuan dan objektif pengajaran/ penerangan


Tujuan pendidikan: Pelajar akan menjadi warga yang berpengetahuan Objektif penerangan [informational objectives]: Pelajar akan memadankan industri utama dengan kawasannya Objektif pengajaran [instructional objectives/ learning outcomes]: Dalam masa 5 minit [C] bila diberi satu senarai kawasan industri di Malaysia [C] , pelajar Tingkatan 2Z (A) boleh memadankan (B) setiap industri kepada kawasannya dengan ketepatan 90 % (D). Zaini Abdullah

23

Contoh Tujuan pendidikan Pelajar akan: belajar cara membaca menjalankan kehidupan yang sihat menghayati seni dan muzik tahu bagaimana menyelesaikan masalah algebra berfikir dengan lebih jelas dan rasional Sifat Tujuan pendidikan 1. Tidak boleh diukur atau dilihat 2. Pernyataan kabur walaupun ia memenuhi hala tuju untuk pengajaran. BANDINGKAN faham, tahu, hargai, hayati DENGAN menyenaraikan, menerangkan, memadankan, menghuraikan
Zaini Abdullah 24

Empat Ciri Objektif Pengajaran Yang Baik


jelas dan boleh difahami Menghuraikan hasil pembelajaran

MURID
Boleh diukur/ terlihat kesannya 1. Berorientasikan murid Murid boleh menyelesaikan masalah berkaitan operasi bahagi dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua cara Murid boleh menyenaraikan lima peraturan nahu yang dibincangkan dalam Bab 3 Bila diberi huraian mengenai bentuk kerajaan, murid boleh mengklasifikasikan bentuk kerajaan itu
Zaini Abdullah 25

2. Menghuraikan hasil pembelajaran


2.1 Hasil pembelajaran Diberi rajah bunga yang tidak berlabel, dan dalam masa tidak lebih 2 minit, melabelkan sekurangkurangnya 8 bahagian bunga

2.2 Aktiviti pembelajaran Set induksi Baca ms 17-22 buku teks sains Teliti rajah bunga Gunakan rajah bunga yg tidak dilabel, praktis melabel. Semak label yg terdapat dalam buku teks. Kuiz labelkan rajah bunga. Taksir
Zaini Abdullah 26

3. Adalah jelas dan boleh difahami Ia eksplisit. Mempunyai katakerja [clearly stated verb that describes a define action or behaviour] Contoh : Melabel bahagian jantung Mengukur panjang tali Mengenalpasti unsur dalam sebatian Menyenaraikan komponen surat rasmi Mengucapkan petikan dalam Bahasa Jerman
4. Boleh terlihat [observable] kenalpasti, senaraikan, menerangkan, memilih, tuliskan, lukiskan, menganalisa, meramal, mengasingkan [/] tahu, faham, percaya, hargai, hayati, fakir, suka, sedar, seronok [X]
Zaini Abdullah 27

Komponen Objektif
A Audience B Behaviour : [siapa yg diajar] cth murid tingkatan 4 : [tingkahlaku yang diperlihatkan] cth menyenaraikan [prestasi + kontenproduk] : keadaan dimana behaviour didemonstrasikan] cth dalam masa 10 saat, tanpa bantuan alatan, dalam kumpulan 4 orang

C Condition

D Desired criteria : [aras prestasi yang diterima] cth 8 dari 10 betul, tiada yang salah, kesemuanya betul
Zaini Abdullah 28

Komponen objektif [1] Audien: SIAPA?


Pelajar tingkatan 6 atas Pelajar perempuan Pelajar asrama harian Pelajar bermasalah pembelajaran Kanak pra sekolah Ibu tunggal Belia sukarelawan

Zaini Abdullah

29

Komponen objektif [2] Behavior atau prestasi dgn produk


Pelajar dapat: Menulis (B- aras kognitif Bloom) angka hingga 10 (B isi pelajaran). Menggariskan (B- aras kognitif Bloom) katanama dalam ayat (B isi pelajaran). Menyenaraikan (B- aras kognitif Bloom) idea utama dalam cerpen (B isi pelajaran). Mengkategorikan (B- aras kognitif Bloom) daun mengikut tekstur daun (B isi pelajaran). Menyelesaikan (B- aras kognitif Bloom) masalah berkaitan pendaraban log (B isi pelajaran)
Zaini Abdullah 30

Komponen objektif [3]: Condition [keadaan]


Batasan masa, bantuan alatan/ sumber tenaga. Diberi satu senarai yang mengandungi 20 pengarang Setelah membaca Bab 2 Dengan menggunakan buku teks Diberi pembaris dan protraktor Tanpa menggunakan sebarang rujukan Dalam masa 10 minit Sebelum minggu ke 10 Dalam kumpulan 3 orang

Zaini Abdullah

31

Komponen objektif ( 4 ) : Kriteria


Aras minima yang diterima: sekurang-kurangnya 3 sebab, kesemua 5 langkah. Peratus atau kadar yang diterima: 80 % tepat, 90 % daripada 20 masalah, 9 dari 10 kes. Toleransi keralatan yang diterima: +/- 10 %, .01 terdekat, peratus terdekat. Had batasan masa: Dalam 10 minit, kurang dari 5 minit. Gabungan: sekurang-kurangnya 2 masalah dalam masa 5 minit, dalam masa 20 minit dengan 90 % ketepatan

Zaini Abdullah

32

Langkah-Langkah Menulis Objektif


1.Huraikan konten dan respons terhadap konten berkenaan. 2.Tuliskan objektif secara am. 3.Analisa objektif yg am ini untuk kenalpasti objektif yg lebih spesifik dan boleh dilihat labelkan dgn unsur ABCD. 4.Semak jika obj adalah jelas dan sesuai [Minta kawan yg sama bidang semak]

Zaini Abdullah

33

Kesesuaian Objektif
Adakah ia jelas memberi satu makna sahaja? Adakah ia boleh dicapai dalam masa yg ada? Adakah keadaan dan kriterianya sesuai? Adakah dlm turutan yg sesuai? Adakah ia selari dgn tujuan matapelajaran? Keseluruhannya dan tajuk berkenaan? Adakah ia selari dengan niat kurikulum? Bolehkah dikenalpasti instrumen taksiran yang sesuai?

Zaini Abdullah

34

Anda mungkin juga menyukai