Anda di halaman 1dari 7

Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya Kolaboratif Pengurus Pendidikan Wanita.

BAHAGIAN A

1. Tajuk Artikal : Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya Kolaboratif Pengurus Pendidikan

Wanita.

2. Objektif Kajian: Mengenal pasti amalan pengurusan budaya kolaboratif oleh pengurus

pendidikan wanita dan pengaruhnya terhadap motivasi guru.Tinjauan daripada 73

buah sekolah menengah harian biasa yang diurus oleh pengetua wanita di negeri Pulau

Pinang dan Kedah. 10 orang guru daripada setiap sekolah dengan kaedah multiple

stage sampling.

3. Dianalisis menggunakan unit analisis peringkat sekolah iaitu, min, sisihan piawai, korelasi

pearson dan hierarchical regression

4. Berdasarkan Teori Pengurusan Kolaboratif yang mempunyai idea penglibatan satu

pasukan yang berkongsi harapan, norma-norma dan nilai serta budaya sekolah, memimpin

semua ahli sekolah dalam aktiviti pendidikan dan matlamat kerja yang sama. Budaya

organisasi seperti ini mempunyai kesan yang sangat besar terhadap fungsi dan

keberkesanan sekolah (Beare, Caldwell & Millikin 1989; Cheng 1993; Sergiovanni 1984)

BAHAGIAN B

KANDUNGAN KAJIAN

1. Objektif kajian jurnal - Objektif kajian jurnal ini adalah relevan dan amat boleh

meningkatkan kualiti pendidikan. Memiliki ciri-ciri SMART. Inti pati kajian ini bertujuan

untuk mengenal pasti amalan pengurusan budaya kolaboratif oleh pengurus pendidikan

wanita dan pengaruhnya terhadap motivasi guru dijelaskan dengan tepat.

1|Page
2. Rasional kajian - Rasional kajian ini dijelaskan dengan menarik. Arah tuju kajian

dipaparkan dengan baik dan harapan pengkaji diakhir kajiannya juga dinyatakan. Pengkaji

menggunakan data pengurus wanita yang ramai dan cemerlang yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyokong kerasionalan kajian. Dimana kajian ini

dibuat kerana pengurus pendidikan harus menggerakkan pengamalan budaya

cemerlang dalam pengurusannya. Ini termasuklah menjana dan memperkasa pengamalan

serta penghayatan terhadap budaya kerja organisasi menerusi pasukan kerja secara

kolaboratif . Budaya kolaboratif dikatakan mempunyai kuasa yang hebat dalam

membentuk dan menterjemah corak pemikiran dan tindakan warganya (Barth 2002).

3. Sorotan literatur - Pengkaji mengambil beberapa bukti yang sesuai dan relevan serta kukuh

sebagai dasar kajian. Terdapat 10 sorotan digunakan bagi menyakinkan hasil kajian. Ini

melibatkan penyataan kajian dari dalam dan luar negeri yang terbilang. Bermula dari

pengertian maksud budaya kolaboratif hinggalah penjelasan tentang teori.

4. Sampel kajian - Sampel kajian adalah mencukupi bagi membentuk penyataan umum

sebelum dibuktikan melalui keadah yang digunakan. Seramai 730 orang guru dan 73

pengetua wanita terlibat dan merupakan jumlah yang besar dan sesuai melahirkan data

yang terperinci dan tepat. Keesahan data bancian lebih realistic kerana memgambilkira 2

buah negeri berlainan latarbelakang sosio-ekonomi dan taraf pembangunan iaitu Pulau

Pinang dan Kedah. Dimana tinjauan telah dibuat kepada 73 buah sekolah menengah

harian biasa yang diurus oleh pengetua wanita di negeri Pulau Pinang dan Kedah.

5. Keadah kajian - Keadah kajian yang digunakan sesuai dan jelas. Dimana tinjauan ini

dijalankan terhadap:- 73 buah sekolah menengah diurus oleh pengetua wanita telah di dari

negeri Pulau Pinang dan Kedah Selatan. 10 orang guru daripada setiap sekolah yang

2|Page
menjawab soal selidik pengurusan budaya kolaboratif dan motivasi. Instrumen pengurusan

budaya kolaboratif yang diadaptasi oleh Ng Kam Meng(2002) daripada versi asal Gruenert

dan Valentine (1998). 35 item dengan skala Likert 5 mata. Pemboleh ubah motivasi pula

telah diukur dengan menggunakan instrumen terjemahan Herzberg, Mauser dan

Synderman (1959) oleh Che Noh (1995). Semua data yang diperoleh dianalisis dengan

menggunakan unit analisis peringkat sekolah. Min, sisihan piawai, korelasi pearson dan

hierarchical regression digunakan untuk meng-analisis data.

6. Kaedah menganalisis data - Keadah mengalisis data adalah sesuai dan senang diproses

kerana mudah diselanggara dan diberi interpertasi yang berupa penggunaan min, sisihan

piawai atau lebih dikenali sebagai unit analisis peringkat sekolah.Keadah menganalisis ini

menjadi semakin tepat dan sesuai apabila korelasi pearson dan hierarchical regression

digunakan serentak.

7. Hasil kajian - Hasil kajian utama yang diperolehi dinyatakan dengan teratur dan

menunjukkan perkaitan. Sesiapa sahaja yang membaca dan meneliti jurnul ini merasakan

amat mudah untuk memahami dan mengambil iktibar daripadanya. Kenyataan ini boleh

diterimapakai apabila diterangkan sebegini: “bahawa pengurusan budaya kolaboratif

memang diamalkan oleh pengurus wanita, tetapi fokusnya lebih tertumpu kepada

menjana dan mengekalkan dimensi kolaboratif guru dan kepimpinan sahaja. Juga

mendapati wujudnya perhubungan yang signifikan dan kukuh antara pengurusan

budaya kolaboratif dengan motivasi guru”.

8. Hasil kajian tambahan atau pertalian - Hasil kajian tambahan atau pertalian dari hasil kajian

utama juga dibuktikan dengan baik dimana pengurusan budaya kolaboratif kejelekitan

berterusan dan keperluan bersatu mempunyai pengaruh terhadap motivasi guru

3|Page
namun sumbangan kedua-dua pemboleh ubah ini berbeza berdasarkan tahap

motivasi guru.

9. Perbincangan dan Implikasi Kajian - Perbincangan dibuat dengan dramatic-analitik. Semua

perkara yang dapat dibuktikan diperjelas satu persatu. Bahasa yang mudah dan data yang

lengkap. Beberapa kemungkinan dikupas dengan jelas agar pembaca menerima tanpa

soal. Aspek-aspek kajian jurnol ditonjolkan terlebih dahulu iaitu budaya kolaboratif dan

kaitannya dengan kepimpinan pengurus wanita, kemudian barulah hubungan terdekat

seperti motivasi dan kejelekitan berterusan, keperluan bersatu dan pemboleh ubah

kolaboratif guru dikalangan guru-guru yang terlibat. Pembolehubah juga dijelaskan

pertaliannya dan pengantungannya untuk diaplikasikan di sekolah. Ini termasuk juga

aspek-aspek yang lemah hinggalah yang amat kuat, termasuk kadar perbezaan faktor-

faktor yang pengaruhinya.Akhirnya pengkaji memberi cadangan yang bernas iaitu pada

peringkat amalan budaya kolaboratif ialah pengurus pendidikan harus bijak mengolah

dimensi budaya kolaboratif secara kreatif berdasarkan tahap motivasi.

10. Kesimpulan Artikal - Kesimpulan artikal ini dijelaskan dengan baik mencakupi kejayaan

kajian ini termasuk cadangan sekali lalu. Ini amatlah baik kerana memberi ruang kepada

pembaca lain untuk usaha-usaha seterusnya termasuk menambahbaik kajian jurnol jika

perlu.

BAHAGIAN C

Kekuatan

1. Kajian ini tepat pada masanya. Dunia pendidikan sudah banyak berubah. Perubahan

dan peningkatan teknologi dalam pendidikan perlu diimbangi dengan kekuatan sumber

4|Page
manusia. Justeru itu kajian ini berjaya menengahkan satu lagi kekuatan iaitu kerjasama

dikalangan guru atau disebut dimensi kolaboratif guru.

2. Kajian ini juga dapat menunjukkan peranan kepimpinan sekolah yang perlu dimainkan

selaras corak kepimpinan sekarang iaitu kepimpinan instruksional, kepimpinan

interpersonal dan kepimpinan situasi bagi mengarap motivasi dikalangan para guru.

3. Perancangan cukup rapi dan tepat, terutama perkara-perkara, teori yang digunakan dan

kenyataan-kenyataan terpilih digunakan sebagai dasar kajian. Terdapat 10 asas yang

didukung bagi menjadikan jurnal ini satu bahan ilmiah.

4. Kajian ini dianggap relevan kerana pengurus wanita semakin ramai dilantik menjadi

pengetua. 26 peratus pengurus sekolah yang terdiri dari kalangan wanita berpotensi

besar akan meningkat lagi tahun demi tahun. Kemahiran mengurus sekolah ditambah

lagi sifat keibuan yang digarap dengan baik akan menjadi asset penting Kementerian

Pendidikan Malaysia.

5. Kajian ini telah dapat menunjukkan hubungan rapat motivasi guru dengan kepimpinan.

Ini boleh dijadikan asas kepada warga pendidik untuk membangunkan sumber manusia

dikalangan guru untuk ditingkatkan lagi kehebatan mereka dari masa ke semasa.

Kelemahan

1. Kajian ini hanya tertumpu kepada wanita sebagai pengurus sekolah. Skop kajian dianggap

terbatas. Banyak kajian yang bersifat profesional akan lebih memberi ruang dari keter-

batasan jantina. Dari sudut psikologi, pengurusan wanita akan lebih cenderung ke arah

emosional yang berlebihan berbanding dengan lelaki. Bolehlah kita anggapkan keputusan

kajian ini tidak boleh digunakan untuk semua kerana keterbatasan jantinanya.

5|Page
2. Kelemahan kajian ini juga dapat dikesan apabila sampel kajian tidak menerangkan

kepelbagaian dari segi kaum. Pengaruh budaya dan kaum serta agama memberi impak

besar kepada satu-satu kajian. Maklumat akan dianggap berat sebelah sekiranya hanya

satu-satu kaum atau agama yang dijadikan bahan kajian.

3. Ditinjau dari latarbelakang sesebuah sekolah yang berbeza juga akan mempengaruhi

kajian yang dibuat. Pengkaji seolah-olah terlupa bahawa faktor persekitaran atau iklim

sesebuah sekolah mempengaruhi kekuatan kerja guru dan juga kepimpinan sekolah.

Sekolah-sekolah yang mempunyai persekitaran dan iklim kerja yang baik akan mempunyai

kelebihan untuk bekerjasama dan memberi tumpuan yang lebih kepada matlamat sekolah

dan sebaliknya. Keputusan kajian boleh dipertikaikan apabila angkubah ini tidak di-

ambilkira.

4. Kajian ini juga tidak mengambilkira pengalaman seseorang pengurus. Pengetua-pengetua

yang lebih berpenglaman bekerja lebih dari 10 tahun tentu berbeza dengan pengetua yang

baru dilantik atau dibawah 10 tahun. Keberkesanan memimpin dan mangaplikasikan

kemahiran interpersonal dan intrapersonal akan berbeza. Keputusan kajian akan

dipertikaikan sekiranya aspek ini tidak diambilkira.

CADANGAN

Bagi memantapkan kajian sebegini beberapa cadangan dengan ini diberi:-

1. Skop kajian diperluas kepada pengetua lelaki, berbilang kaum dan agama. Tidak

keterlaluan juga sekiranya kita boleh membuat kajian ini meliputi negeri Sabah dan

Sarawak yang mempunyai demografi yang berbeza.

2. Kajian ini dicadangkan supaya dibuat pada zon waktu yang pelbagai. Kerjasama guru

dan kepimpinan juga dipengaruhi zon waktu yang kondusif. Contohnya, guru akan

6|Page
cenderung kuat bekerja sewaktu wang gajinya masih banyak atau “awal bulan”

berbanding dengan waktu sebaliknya. Atau pengurus wanita akan memberi respon

yang berbeza ketika dipengaruhi pusingan haidnya atau kehamilan.

3. Kajian ini juga akan memberi impak yang lebih tepat dan berkesan sekiranya keadah

menganalisa tidak terbatas kepada analisa peringkat sekolah yang hanya melibatkan

min, sisihan piawai, korelasi pearson dan hierarchical regression sahaja.

4. Pembolehubah-pembolehubah yang diluar jangkaan perlu dinyatakan diberi andaian

tidak berubah bagi memastikan ketepatan kajian.

7|Page

Anda mungkin juga menyukai