Anda di halaman 1dari 4

APORAN PROJEK KITAR SEMULA

LAPORAN PROJEK AMALAN LESTARI KITAR SEMULA

Nama Projek:
Amalan Lestari Kitar Semula

Pengenalan Projek

Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah


pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan
seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari
hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan
sekolah. Antara aktiviti yang dianjurkan di bawah program ini adalah Program Kitar
Semula, Aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar
sekolah dan rumah warga sekolah

Matlamat Projek

Menjadikan warga SK Bandar Baru Seri Petaling 2 sedar dan bergiat aktif
dalam program amalan lestari dan lestari hidup.

Objektif Projek

I. Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan


pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program
mesra alam.
II. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan seperti program kitar semula.
III. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga
kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah
IV. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga
sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
V. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan
memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga
sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.

Faedah Projek

I. Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara lebih


mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.

II. Aktiviti melibatkan pelajar-pelajar dalam amalan lestari hidup seperti


penjimatan pengunaan air dan tenaga elektrik, cara-cara menjaga alam
sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna.
III. Warga sekolah dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan di
tempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar
semula.

IV. Secara tidak langsung, sebagai satu sumber pendapatan dari hasil jualan
barangan kitar semula yang dikumpulkan itu.

Pihak Pelaksana Program Amalan Lestari Kitar Semula

PIBG SK Bandar Baru Seri Petaling 2, Panitia Kemahiran Hidup, Panitia Kajian
Tempatan, Panitia Pendidikan Moral, PSS SKBBSP 2 dan AJK Sekolah Lestari.

Strategi Pelaksanaan

1. Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua


murid semasa gerak gempur pagi.

2. Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah


tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.

3. Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahanbahan


kitar semula terbanyak dan berkesan.

4. Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara


aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini

5. Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada


hari penamat program ini.

6. Menyediakan beg plastik hitam dengan label kepada setiap kelas


agar mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut
kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.

7. Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar


semula yang berjaya di kumpul oleh murid-murid di setiap kelas

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek


Pencapaian

Objektif tercapai dan semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif
dalam setiap program yang dijalankan.
Segala program yang dijalankan mendapat kerjasama yang menyeluruh dari
warga sekolah dan AJK Sekolah Lestari.

Masalah dan Kekangan Yang Di Hadapi

Kekangan dari segi masa untuk menjalankan program selain dari waktu
sekolah dan aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah.

Perancangan Seterusnya

Meneruskan program ini dengan memantau keberkesanannya dari masa ke


semasa dan menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengumpulkan bahan
kitar semula dengan cara memaklumkan setiap minggu semasa perhimpunan pagi.
Menambahkan lagi aktiviti dan program yang berkaitan kesedaran kitar
semula dan ia akan dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R ‘Rethink,
Reuse, Recycle.

Anda mungkin juga menyukai