Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Dalam abad

ke-21, masyarakat dan penggubal dasar

terutamanya

telah

memberikan

banyak penumpuan dan perhatian kepada dunia pendidikan. Ini kerana hanya melalui
pendidikan kita boleh membangunkan pengetahuan dan kemahiran yang penting bagi
pertumbuhan ekonomi negara, pembangunan sosial, politik dan gaya hidup untuk kejayaan
generasi akan datang. Dalam mendepani cabaran baru ini, sekolah terutamanya telah
menerima mandat yang lebih luas berbanding pada abad sebelumnya. Pada masa yang
sama, sekolah menghadapi cabaran seperti peningkatan penghijrahan, perubahan dalam
struktur sosial dan keluarga dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Semua
ini memberi kesan kepada peranan dan fungsi sekolah dan pemimpin mereka.
Tugas pemimpin sekolah terutamanya Pengetua telah diperluas dan dipertingkatkan, serta
memerlukan satu rangka kerja bagi amalan yang baru. Kepimpinan pengetua yang
berkesan dan bersungguh merupakan pemboleh ubah kepada kejayaan sekolah. Pengetua
memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas
tentang organisasi dan kakitangannya. Pencapaian kecemerlangan sesebuah sekolah
adalah bergantung pada pengurusan yang baik dan kepimpinan yang strategik. Pengetua
perlu mempunyai kebijaksanaan yang tinggi untuk menjadi pemimpin yang berkesan,
berpengalaman dan proaktif di pelbagai peringkat.
Pengetua perlulah peka dan sensitif terhadap perubahan mendatang, lebih berprestij dan
berkaliber untuk membentuk pendidikan abad ke 21. Kepimpinan yang berkesan, dinamik
dan berwawasan berupaya mewujudkan para pendidik yang mempunyai komitmen yang
tinggi untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti abad ke 21. Dengan ini akan dapat
melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mempunyai akhlak yang
mulia.
Secara keseluruhannya, terdapat keperluan untuk kesinambungan dan memperluaskan
peranan dan tanggungjawab pemimpin sekolah. Ini bermakna mengubah cara kepimpinan
sekolah dibangunkan dan disokong. Ia bermaksud meningkatkan insentif untuk pengetua
khususnya lebih menarik bagi setiap pengetua yang sedia ada dan untuk mereka yang akan
mengambil kedudukan kepimpinan sekolah pada masa akan datang. Ia juga bermaksud
mengukuhkan latihan dan pembangunan pendekatan untuk membantu pemimpin berdepan
dengan peranan baru.
Salah satu peranan baru pengetua sekolah ialah perlu meningkatkan hubungan kerjasama
dengan sekolah-sekolah lain dan pemimpin sekolah yang lain, dimana mereka perlu
bekerjasama dan membina hubungan saling bergantung dan sentiasa amanah untuk

memajukan sekolah bersama-sama. Pengetua ini dikenali sebagai Pemimpin sistem,


dimana mereka mengambil berat dan bekerja untuk kejayaan sekolah-sekolah lain dan juga
sekolah mereka sendiri. Pemimpin sistem berperanan meletakkan kepimpinan sistem
dibahu mereka kerana percaya bahawa untuk menukar sistem yang lebih besar mereka
perlu melibatkan diri dengan dengan cara yang bermakna.

KEPIMPINAN SISTEM
Sebagaimana yang sudah diperkatakan, perhatian dalam dunia pendidikan kini sedang
tertumpu kepada konsep 'Kepimpinan Sistem'. Pada masa yang sama, pelbagai tafsiran
yang berbeza-beza dan definisi juga dibuat bagi menerangkan maksud sebenar Kepimpinan
Sistem kerana ianya adalah satu konsep yang masih lagi baru. David Hopkin dalam
bukunya Every School a Great School menyatakan bahawa :

System leaders care about and work for the success of other schools as well as their own.
They measure their success in terms of improving student learning and increasing
achievement, and strive to both raise the bar and narrow the gap(s). Crucially they are
willing to shoulder system leadership roles in the belief that in order to change the larger
system you have to engage with it in a meaningful way.
David Hopkins, 2007

Pendapat ini turut disokong oleh National College (2009) yang mentakrifkan peranan
pemimpin sistem sebagai pemimpin yang bekerja dalam dan luar organisasi individu;
berkongsi dan memanfaatkan sumber-sumber terbaik yang sistem boleh menawarkan untuk
membawa penambahbaikan mereka sendiri dan organisasi lain; dan mempengaruhi
pemikiran, dasar dan amalan untuk positif mempunyai kesan terhadap nyawa dan
kehidupan peluang untuk semua orang dan kanak-kanak.
Secara kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa seorang pemimpin sistem adalah
pemimpin sekolah yang bekerja lebih daripada masa untuk kemajuan sekolah mereka
sendiri dan juga menyokong pembangunan serta kemajuan sekolah-sekolah lain. Pemimpin
sistem merupakan individu yang mempunyai tujuan moral yang sangat tinggi.

Michael Fullan (2005) menyatakan bahawa perkara pertama yang perlu dalam kepimpinan
sistem ialah tujuan moral. Tanpa tujuan moral, pemimpin sistem tidak akan mempunyai
semangat untuk meneruskan kepimpinannya termasuk memberi galakan untuk pemimpin
lain untuk ikuti. Hopkin (2008) menyatakan bahawa seorang pemimpin sistem akan dapat
menyatakan tujuan moral mereka melalui beberapa perkara iaitu :
Mengukur kejayaan mereka dari segi meningkatkan pembelajaran pelajar dan
meningkatkan pencapaian, dan berusaha untuk meningkatkan kedua-dua tahap dan
merapatkan jurang.
Menjadi asas komited kepada penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran. Mereka
melibatkan diri secara mendalam dengan organisasi pengajaran, pembelajaran, kurikulum
dan penilaian bagi memastikan pembelajaran yang peribadi untuk semua pelajar-pelajar
mereka.
Membangunkan sekolah mereka sebagai komuniti pembelajaran peribadi dan profesional,
dengan hubungan dibina merentasi dan seterusnya setiap sekolah untuk menyediakan
pelbagai pengajian pengalaman dan peluang pembangunan profesional.
Berusaha untuk ekuiti dan dimasukkan melalui konteks dan budaya. Ini bukan hanya untuk
membasmi kemiskinan. Ia bertujuan memberi masyarakat rasa bernilai dan pemerkasaan.
Menghargai bahawa bilik darjah, sekolah dan sistem peringkat adalah saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Untuk hal ini pemimpin sistem perlu memahami
bahawa untuk menukar sistem yang lebih besar adalah perlu untuk melibatkan diri dengan
dengan cara yang bermakna.
Walaupun tahap tujuan moral ini jelas, tidak semestinya ianya jelas dalam tingkah laku dan
amalan setiap pengetua. Aspirasi ini semakin menjadi sebahagian daripada kebijaksanaan
konvensional yang terbaik untuk setiap pemimpin pendidikan didunia

MODEL KEPIMPINAN SISTEM


Kepimpinan sistem akan berkembang dari tindakan pemimpin pendidikan yang terbaik.
Landskap pendidikan abad ke 21 menjadi lebih baik ditakrifkan melalui pendekatan
yang lebih sistematik kepada segmen dan kuasa kepimpinan sistem.
merupakan Model Amalan Kepimpinan Sistem menurut Hopkin (2007) :

Rajah

dibawah

Rajah 1.0 Model Amalan Kepimpinan Sistem

Model Amalan Kepimpinan Sistem ini beroperasi dari luar dan dalam. Pemimpin sistem
berusaha memperkasakan guru-guru dan orang lain untuk menjadikan sekolah sebagai
tempat untuk memperbaiki masyarakat. Pembangunan pendidikan lestari memerlukan
pemimpin pendidikan yang bersedia untuk memikul peranan kepimpinan yang lebih luas
iaitu mereka yang mengambil berat dan bekerja untuk kejayaan sekolah-sekolah lain di
samping sekolah mereka sendiri.
Model Amalan Kepimpinan Sistem ini bermula di bahagian tengah dimana pemimpin sistem
perlu disemai dengan tujuan moral, sebagai ditakrifkan sebelum ini. Tanpa tujuan moral
pemimpin sistem tidak akan mempunyai semangat untuk meneruskan kepimpinannya
termasuk memberi galakan untuk pemimpin lain untuk mengikutinya. Dengan erti kata lain,
tujuan moral merupakan pemangkin kepada kejayaan sesebuah Kepimpinan Sistem.
Dalam lapisan yang kedua pula terdapat, dua jenis lapisan. Pertama, pemimpin sistem
melibatkan diri dalam "pembangunan peribadi", biasanya tidak rasmi melalui penandaarasan
diri daripada rakan-rakan mereka dan membangunkan kemahiran mereka sebagai tindak
balas kepada konteks yang sedang dialami mereka yang bekerja. Keduanya, isalah semua
pemimpin sistem perlu mempunyai keupayaan strategik:. Mereka boleh menterjemahkan

wawasan mereka atau tujuan moral ke dalam prinsip-prinsip operasi dengan hasil yang
ketara.
Lapisan ketiga model memberi tumpuan kepada tiga domain sekolah: menguruskan proses
pengajaran dan pembelajaran, membangunkan pekerja dan membangunkan organisasi.
Pemimpin sistem melibatkan diri secara mendalam dengan organisasi pengajaran,
pembelajaran, kurikulum dan penilaian untuk memperibadikan pembelajaran untuk semua
pelajar-pelajar mereka, mengurangkan variasi dalam sekolah dan pilihan kurikulum
sokongan. Dalam usaha untuk melakukan ini pemimpin sistem membangunkan sekolah
mereka sebagai komuniti pembelajaran peribadi dan profesional, dengan hubungan yang
dibina mencari dan luar setiap sekolah untuk menyediakan pelbagai pengalaman
pembelajaran dan peluang pembangunan profesional. Mereka juga sedar bahawa semua ini
memerlukan organisasi sekolah yang mantap dan boleh dipercayai, dan mereka berusaha
ke arah mencapai matlamat ini.
Lapisan keempat model pula memberi tumpuan kepada penglibatan pemimpin sistem dan
hubungan mereka dengan sekolah-sekolah dan pemimpin sekolah yang lain terdapat tiga
bentuk perhubungan yang terhasil dimana pertama mereka membawa satu perkongsian
peningkatan pendidikan kepada rakan sekolah-sekolah yang mempunyai pencapaian
rendah. Pemimpin sistem akan bersama-sama dalam hubungan ini untuk membantu
memperbaiki kelemahan yang dihadapi seterusnya memberikan solusi atau cadangan yang
dapat membantu kepada peningkatan kepada sekolah berpencapaian rendah ini. Keduanya
ialah pemimpin sistem ini bekerja sebagai ejen perubahan dimana pemimpin sistem akan
memberi semangat dan tunjuk ajar dalam memastikan perubahan disekolah-sekolah yang
terlibat dapat berjalan dengan lancar dan mereka semua mencapai kecemerlangan
bersama. Ketiganya pula ialah pemimpin sistem perlu meningkatkan pencapaian sekolah
dalam konteks yang mencabar. Kepelbagaian latarbelakang masyarakat, budaya sekolah
dan sebagainya akan menjadi perkara yang sangat mencabar untuk diuruskan. Sebagai
seorangg pemimpin sistem, mereka juga turut bertindak sebagai pemimpin komuniti.
Pemimpin sistem perlu memastikan semua cabaran yang wujud dapat diatasi dan akhirnya
kecemerlangan murid dapat dicapai.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini bertujuan melihat kepimpinan sistem yang dilaksanakan oleh
pengetua sekolah. Secara khususnya, objektif kajian adalah untuk :

1. Mengkaji penglibatan pengetua/guru besar dalam amalan kepimpinan sistem di


dalam sekolah.
2. Mengkaji penglibatan pengetua/guru besar dalam amalan kepimpinan sistem dengan
sekolah lain.
3. Mengkaji kefahaman dan kesediaan pengetua/guru besar dalam pelaksanaan
kepimpinan sistem.

PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif diatas, beberapa persoalan kajian dinyatakan seperti berikut:
1. Adakah pengetua/guru besar terlibat secara aktif dalam amalan kepimpinan Sistem
di dalam sekolah?
2. Adakah pengetua/guru besar terlibat secara aktif dalam amalan kepimpinan Sistem
dengan sekolah lain?
3. Adakah pengetua/guru besar faham dan bersedia dalam melaksanakan kepimpinan
sistem.?

KAEDAH KAJIAN
Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif

dimana pengumpulan maklumat

dijalankan menggunakan kaedah temubual bagi mendapatkan maklumat secara terus dan
lebih jelas. Temu bual merupakan teknik pengutipan data yang melibatkan interaksi
bersemuka (face-to face) atau melalui percakapan telefon antara penyelidik dengan orang
yang ditemu bual (responden). Bagi menjalankan kajian ini, interaksi bersemuka (face to
face) digunakan dengan menggunakan Teknik temu bual berstruktur dimana soalan-soalan
disediakan terlebih sebelum temubual yang sebenar dilaksanakan secara formal.

PENGUMPULAN DATA KUALITATIF


Data kualitatif berbentuk deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku
manusia yang dapat diamati (Taylor dan Bogdan, 1984). Hasil temubual yang dijalankan
seterusnya akan dikodkan untuk mendapatkan tema-tema tertentu bagi mendapatkan
jawapan kepada persoalan kajian. Oleh itu, soalan yang dibina dan diajukan kepada
pemimpin sekolah perlulah ditafsir dengan teliti bagi memudahkan proses pengumpulan
maklumat dan data.
RUJUKAN

Fullan, M. (2005), Leadership and Sustainability, Corwin Press, London.


Higham, R, and D. Hopkins (2007), System Leadership for Educational Renewal in
England: the Case of Federations and Executive Heads, Australian
Journal of Education, Vol. 51, No 3, pp. 299-314.
Hopkins, D. (2007), Every School a Great School, McGraw Hill/Open University
Press,London.
Taylor, SJ dan R Bogdan. 1984. Introduction to Qualitative Research Methods: The
Search for Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto.

Anda mungkin juga menyukai