Anda di halaman 1dari 5

Pemerhatian Terhadap Kelas Pendidikan Jasmani 1.

Semasa aktiviti memanaskan badan: Pada 17-22 mac 2013, saya telah melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di sekolah Sungai Way, Petaling Jaya selama seminggu. PBS kali adalah berdasarkan elektif saya iaitu, Pendidikan Jasmani. Melalui kesempatan ini, saya telah melakukan pemerhatian terhadap cara cikgu Pendidikan Jasmani tersebut melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di padang. Semasa saya membuat pemerhatian, saya mendapati bahawa guru Pendidikan Jasmani berkenaan iaitu Cikgu Saiffudin telah menjalankan aktiviti memanaskan badan sebelum melaksanakan aktiviti. Ia bagi memastikan kelangsungan aktiviti yang telah dirancang dapat diikuti oleh murid-murid tanpa memberikan kesan negatif terhadap kesihatan. Semasa aktiviti memanaskan badan bermula, cikgu Pendidikan Jasmani tersebut tidak memberikan penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan yang dilaksanakan. Ini bermaksud, murid-murid mengikuti aktiviti tersebut tanpa mengetahui aktiviti apakah yang mereka sedang lakukan. Langkah pelaksanaan aktiviti seperti ini kurang sesuai kerana ianya tidak mendedahkan maklumat tentang kepentingan aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti kepada murid-murid. Aktiviti memanaskan badan perlu dilakukan kerana ia, meningkatkan suhu badan dan otot, meningkatkan intensiti pergerakan, membolehkan jantung, paru-paru dan saluran darah menyesuaikan diri terhadap peningkatan kadar kerja mereka dan ia juga latihan pergerakan sebelum melakukan pergerakan yang sebenar. Dalam aktiviti memanaskan badan, cikgu Saifuddin tidak menumpukan pemanasan terhadap otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang. Hal ini terbukti apabila saya membuat pemerhatian terhadap aktiviti di padang yang banyak melibatkan otot-otot biceps femoris dan otot soleus tetapi otot-otot di bahagian ini tidak ditumpukan semasa melakukan pemanasan badan. Keadaan seperti ini mempunyai

risiko yang tinggi untuk murid mendapat kecederaan semasa melakukan aktiviti yang banyak melibatkan otot berkenaan. Akan tetapi, saya mendapati bahawa secara keseluruhannya, aktiviti yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Jasmani tersebut tidak membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan. Ia masih bersesuaian dengan tahap murid-murid yang mengikuti kelasnya pada pagi itu. 2. Adakah keperluan worm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar? Melalui pemerhatian saya, cikgu berkenaan tidak menjalankan worm down dengan sempurna dan mengikut piawaian. Selepas murid-murid selesai melakukan aktiviti, cikgu tersebut hanya menyuruh semua muridnya berlari mengelilingi setengah daripada bulatan padang sekolah. Dan saya berpendapat bahawa kaedah tersebut bukanlah kaedah yang betul untuk aktiviti worm down. Selain daripada itu, guru tersebut juga tidak menerangkan tentang keperluan worm down kepada murid-murid. Secara logiknya, apabila kita tidak melakukan perkara itu, memang agak sukar dan mustahil untuk kita menerangkannya. Dalam konteks ini, guru berkenaan haruslah mengubah budaya mengajar dengan mengikuti garis panduan mengajar yang betul. Aktiviti worm down perlu diterapkan dalam kalangan murid kerana ia mempunyai banyak kepentingan seperti, mengembalikan fungsi fisiologi ke paras normal secara beransur-ansur, mengurangkan kelesuan otot, meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligament, dan menurunkan tekanan darah. 3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang? Ketika saya membuat pemerhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya mendapati bahawa cikgu berkenaan menggunakan peralatan yang sangat bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dilaksanakan oleh

cikgu tersebut adalah aktiviti permainan kecil bola sepak pada hari pertama dan ujian Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK) pada hari kedua. Semasa cikgu berkenaan melaksanakan aktiviti permainan kecil bola sepak, beliau menggunakan peralatan seperti marker, wisel, dan juga bola sepak. Manakala dalam ujian SEGAK pula, cikgu tersebut telah menggunakan peralatan seperti tilam, kerusi, dan juga jam randik sebagai pemasa. 4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang? Melalui pemerhatian saya, Cikgu Saifuddin iaitu guru Pendidikan Jasmani yang melaksanakan P&P ketika itu menggunakan masanya dengan baik. Lima minit sebelum mata pelajaran Pendidikan Jasmani bermula, saya dan cikgu tersebut sudah pun berada di tepi padang untuk menunggu murid-murid. Semasa melaksanakan aktiviti, cikgu Saifuddin menggunakan masanya dengan baik kerana berjaya menamatkan P&P mengikut masa yang ditetapkannya. Beliau juga membahagikan masanya dalam pelaksanaan aktiviti. Contohnya, beliau menetapkan masa tertentu untuk mengajarkan kemahiran yang ada dalam bola sepak. Dalam ujian SEGAK pula, beliau menetapkan semua murid melakukan pergerakan yang dilakukan selama seminit mengikut jam randik yang dipasang. Dalam ujian itu, cikgu Saifuddin telah menguji melalui aktiviti naik turun bangku, jangkauan melunjur, tekan tubi, tekan tubi suaian, dan ringkuk tubi separa. 5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut? Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, kita haruslah mempunyai kaedah yang sesuai untuk mengajar murid. Kaedah tersebut juga harus diperbaharui dari masa ke semasa. Sesungguhnya, cara mengajar yang baik dapat melahirkan murid yang mencapai objektif pembelajaran pada sesi tersebut. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh Cikgu Saifuddin, saya ingin membuat saranan penambahbaikan bagi mengisi ruang-ruang yang tidak

diisi. Ini bertujuan untuk memperbaik pelaksanaan aktiviti dan juga sebagai satu medium untuk mengasah kemahiran kendiri. Antara saranan ataupun cadangan yang ingin saya kemukakan adalah, pelaksanaan aktiviti memanaskan badan dengan betul dan sempurna. Kita sudah sedia maklum, aktiviti ini adalah satu aktiviti yang saya anggap wajib dilaksanakan oleh guru. Cuba bayangkan apakah yang akan terjadi terhadap kereta yang tidak dipanaskan enjinnya sebelum digunakan? Tentu sahaja enjinnya akan mudah rosak, ini diakibatkan oleh minyak pelincir belum sampai di semua bahagian enjin. Begitu juga dengan manusia, sistem tubuh badanlah yang akan menjadi mangsa. Seterusnya adalah guru haruslah menerangkan setiap aktiviti yang kita laksanakan. Contohnya, apabila kita melaksanakan aktiviti memanaskan badan, kita haruslah menerangkan kelebihan kita melakukan pergerakan ini sebelum melakukan aktiviti sebenar. Guru juga boleh menerangkan satu persatu mengenai anggota yang terlibat. Contohnya apabila kita meregangkan oto bahagian kaki, kita akan memberitahu murid tentang kesan buruk apabila tidak melakukan hal sedemikian. Aktiviti pemanasan badan dimulai dari kepala dan turun sampai ke kaki. Selain itu, saya juga ingin membuat saranan mengenai keperluan worm down. worm down penting untuk mengembalikan kadar denyutan nadi. Ini bermaksud, kita akan menstabilkan kembali sistem badan kita kepada menjadi normal. Oleh hal yang demikian, kita haruslah melakukan worm down setiap kali kita melakukan aktiviti. Aktiviti ini dilakukan dengan melakukan pergerakan dari kaki sampailah ke kepala. Ia bertujuan untuk mengembalikan darah ke bahagian atas supaya kita dapat dibekalkan oksigen dengan cukup.

REFLEKSI Bersyukur ke hadrat Tuhan kerana memberikan saya kesihatan yang baik semasa menyiapkan tugasan ini pada tarikh yang ditetapkan. Sekalung ucapan terima kasih saya dahulukan kepada pensyarah subjek Anatomi dan Fisiologi iaitu Cik R. Kalaivalli a/p Ratnam kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan, dan bantuan kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Segala jasa dan pengorbanan puan saya dahulukan ucapan terima kasih. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Melalui tugasan ini, saya mendapat banyak input yang sangat bermanfaat. Secara langsung saya telah terdedah dengan kaedah pengajaran subjek Pendidikan Jasmani dengan baik. Semasa membuat pemerhatian, saya mendapat idea dan gambaran awal mengenai proses penyampaian ilmu kepada murid. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui tentang kepentingan melakukan pemanasan badan sebelum memulakan sesuatu aktiviti yang sebenar. Hal ini demikian kerana, ia dapat membantu meningkatkan tahap kesediaan otot kita untuk bekerja lebih, seterusnya mengelakkan daripada berlakunya kecederaan. Begitu juga dengan pelaksanaan worm down, ia juga bertujuan untuk mengelakkan kecederaan ataupun perkara-perkara yang diluar jangkaan berlaku. Selepas melakukan aktiviti, kita haruslah memastikan keadaan otot kita akan kembali secara normal dan juga kadar nadi menjadi stabil semula. Justeru, dalam pelaksanaan worm down, kita akan merehatkan otot, mengembalikan darah ke kepala seterusnya memberikan oksigen yang mencukupi. Secara jujurnya, saya tidaklah terlalu mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan yang berbentuk laporan ini. Saya hanya berbincang dengan guru Pendidikan Jasmani untuk menentukan masa saya membuat pemerhatain. Seterusnya saya hanya melakukan pemerhatian dan menulis laporan berdasarkan apa yang dilakukan oleh guru tersebut. Sesungguhnya guru yang baik adalah guru yang mampu memberitahu dan menerangkannya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai