Anda di halaman 1dari 1

Senyuman Satu Terapi

Kita perlu mewujudkan hubungan yang baik


dengan orang di sekeliling terutamanya, dengan
keluarga, rakan-rakan dan juga saudara mara.
Kita juga haruslah sentiasa berbaik sangka.
Sering bertanya khabar dan mesti rajin-rajin
meluahkan perasaan dengan cara meminta
pendapat ataupun berkongsi masalah.
Apabila

terserempak,

berikanlah

senyuman ikhlas. Dengan senyuman, fikiran yang kacau-bilau akan menjadi lapang.
Otak pula tidak berserabut dan dapat berfikir dengan baik.
Fikiran dan emosi yang tenang akan terpancar pada wajah. Oleh itu, hiasilah
wajah kita dengan senyuman yang manis dan ikhlas. Senyuman yang berseri-seri pasti
akan menyenangkan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Perasaan gundah-gulana dan gelisah
secara tidak langsung akan hilang apabila kita
ceria. Ketika senyum, tubuh akan berada dalam
keadaan yang tenang. Oleh yang demikian,
sistem imun badan kita juga akan menjalankan
fungsinya dengan lebih baik.

Sentiasalah senyum mulai hari ini agar kita dapat melalui hari-hari kita dengan
lebih bermakna.

Anda mungkin juga menyukai