Anda di halaman 1dari 3

RIDUAN BIN JUDIN NO. K/P : 920910-12-5139 NO.

KAD MATRIK : 20100121 Alhamdulillah, saya dengan serendah-rendah hati ingin melafazkan rasa kesyukuran terhadap Ilahi kerana atas izin-Nya, saya dan rakan-rakan dapat melaksanakan Program Bina Insan Guru fasa yang ke-5. Saya juga merakamkan sekalung penghargaan kepada mentor kelas kami iaitu Encik Mohamed Ayob bin Sukani, seterusnya Unit Kokurikulum IPG KBM yang sentiasa memberikan panduan dan tunjuk ajar. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah rendah kluster mengikut kelas masing-masing. Selepas menerima makluman daripada Unit Kokurikulum, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan sebagai satu usaha untuk melicinkan perjalanan program ini, seperti carta organisasi dan pembahagian tugasan sebelum, semasa dan selepas menjalani program ini. Setelah mendapat kata putus dalam perbincangan, kami dengan sebulat suara telah memilih untuk membuat program lawatan penanda aras ke Sekolah kluster Sekolah Kebangsaan Tapak, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Program BIG Fasa ke-5 ini dianggotai seramai dua puluh orang dan seorang pensyarah pengiring yang juga mentor kelas kami. Program ini kami jalankan pada 13 Februari 2014. Selepas sarapan, kami telah bertolak dari kampus tepat pukul tujuh setengah ke Negeri Sembilan. Sesampainya di sana, kami telah disambut dengan meriah dan kedatangan kami sangat dialu-alukan sehingga pihak sekolah juga menjemput wakil daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah untuk turut serta dalam Program Penanda Aras yang kami jalankan. Melalui program ini, saya memperoleh pelbagai input yang berguna melalui aktiviti yang kami dirancang. Antaranya adalah, saya dapat meningkatkan keyakinan diri dengan lebih utuh dan mantap. Sesi kolaborasi bersama pelbagai pihak menjadikan saya lebih matang dalam membicarakan perkara-perkara yang menjurus

kepada kerjaya keguruan, terutamanya dalam isu pengurusan dan pentadbiran sekolah sehingga berjaya melonjakkan prestasi sekolah kepada yang lebih baik, dan memupuk kesedaran saya bahawa profesion keguruan adalah satu bidang kerjaya yang begitu mulia. Selain itu, saya juga mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang saya diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru pada masa akan datang secara berterusan dan menyeluruh. Seorang guru yang baik ialah guru yang mampu mengajar dan mampu mendidik murid-murid di sekolah supaya dapat menjadi modal insan yang berguna sebagaimana yang termaktub di dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Program ini juga saya anggap sebagai satu wadah untuk melatih diri saya supaya dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai iklim sekolah dan budaya di sesuatu tempat. Guru merupakan cermin dalam masyarakat. Saya sengaja membuat analogi seperti ini kerana, semua lapisan masyarakat mencari

penyelesaian dalam sesuatu permasalahan kepada guru. Justeru, hubungan yang baik haruslah sentiasa diutamakan agar hubungan antara pihak sekolah dan masyarakat setempat dapat dijalin tanpa sebarang tembok halangan dan perkara ini haruslah dimulai dengan pengasimilasian budaya, suasana dan iklim dalam sesebuah tempat. Seterusnya, program ini juga dapat meningkatkan pelbagai kemahiran dalam diri saya seperti kemahiran lisan dan juga kemahiran-kemahiran lain yang memerlukan anjakan paradigma secara konsisten agar memiliki kemantapan sahsiah dan kemahiran individu secara professional bagi menyediakan diri untuk menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi yang semakin meruncing pada masa kini dan pada masa yang akan datang kelak. Apa yang saya boleh contohi melalui program penanda aras ke sekolah ini adalah, mengenai sikap guru-guru yang begitu komited dan berdisiplin yang begitu tinggi dalam menjayakan sesuatu. Semasa program ini berlangsung, saya mempunyai kesempatan untuk menemu bual seorang guru senior di dalam sekolah itu. Katanya, bilik kemahiran hidup yang ada di sekolah itu merupakan hasil daripada titik peluhnya dengan cara mencari penaja sehingga bilik kemahiran hidup dan peralatan di dalamnya dapat disediakan. Apa yang membuatkan saya begitu teruja

adalah, bilik kemahiran hidup itu dibina sendiri oleh beliau tanpa mengupah tukang untuk membinanya. Sebenarnya, sekolah kebangsaan Tapak, Kuala Pilah juga mendapat wang peruntukan sebanyak RM 250,000 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia pada waktu itu sebelum dipinda kepada Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini, tetapi beliau tidak terlalu mengharap dengan dana itu kerana mash banyak perkara yang masih boleh dibuat dengan menggunakan peruntukan itu. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana program sedemikian rupa, mampu memberikan motivasi dan suntikan semangat agar lebih bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar dapat membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa ke-5 ini telah berjaya dicapai melalui pelaksanaan yang telah saya lakukan. Sesi kolaborasi dua hala yang kami lakukan memberikan pelbagai inspirasi dan penambahbaikan dalam diri saya. Justeru, saya berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang agar arus ilmu yang menganak sungai sejak sekian lama, terus mengalir ke tempat yang lebih jauh, InsyaAllah. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai