Anda di halaman 1dari 7

LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA

 Home
 Posts RSS
 Comments RSS
 Edit

 Entries (RSS)
 Comments (RSS)

BERGEMBIRALAH

Posted by thabit Wednesday, September 9, 2009 comments (0)

Seorang yang berumur 30 tahun kini berpindah ke negeri lain. Ini disebabkan dia terpaksa
mengikut arahan kerja. Dia mengambil keputusan untuk tidak membawa anak-anak dan
isterinya. Dia bercadang untuk menyewa terlebih dahulu di kawasan baru tersebut sebelum
membawa keluarganya.

Lalu berjumpalah dia dengan seorang lelaki tua. Lelaki tua tersebut telah mengiklankan
mengenai bilik kosong yang ingin disewakan.

“Pakcik ada bilik kosong yang ingin disewa? Saya berminat untuk menyewanya,” kata
pemuda tersebut.

“Memang ada nak, mari pakcik tunjukkan, “balas pakcik sambil membawa kunci untuk
ditunjukkan kepada pemuda tersbut.

Pakcik itu kehairanan. Sebabnya semasa perjalanan ke bilik tersebut, lelaki tersebut asyik
senyum panjang sahaja.

“Maaf pakcik bertanya. Aneh pakcik lihat anak ini. Anak asyik senyum sahaja. Apa yang
berlaku?”, tanya pakcik tersebut ingin mendapatkan kepastian.

“Bukan apa pakcik. Saya sedang gembira. Saya seronok dengan bilik tersebut. Saya
membayangkan ianya sebuah bilik yang mendamaikan.” Balas pemuda tersebut.

“Tetapi anak belum lagi melihatnya,” balas pakcik tersebut.

“ Saya tahu pakcik, tetapi kegembiraan bukanlah diukur pada keadaan bilik tersebut. Ianya
adalah tentang apa yang difikirkan. Ianya adalah tentang perkara yang bermain dalam
minda kita. Ianya bergantung pada diri kita. Jadi sebelum saya sampai lagi ke bilik tersebut,
saya pun sudah gembira. “

*PENGAJARAN

Kegembiraan bermula daripada minda. Anda boleh memilih untuk gembira atau sedih
tetapi pilihlah untk gembira. Berusahalah untuk tidak bersedih kerana kita bukan
berseorangan.
  Labels: PERKONGSIAN PENGALAMAN

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL KESEDIHAN

Posted by thabit comments (0)


Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Disiplinkan diri untuk belajar melupakan kesemua memori atau kenangan pahit dalam
kehidupan. Perkara ini agak sukar untuk dilaksanakan sekaligus tetapi perlulah berusaha
sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Bulatkan azam
untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan
rakan-rakan anda.
Buang Sikap Risau.
Terdapat dua kesan dari sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan
musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan anda dari segi
fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kadang kala takut.
Untuk membuang sikap risau, belajarlah untuk bertenang dan latih diri anda untuk mengawal
emosi.

Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih
mempunyai 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun
dari tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahupun sudah berada di ALAM
KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami anda dan mempunyai telefon bimbit
kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, dan seikhlas mungkin
hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam jiwa anda. Buat banyak kali dalam sehari.

Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut,
sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam, busuk
hati). Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda
anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan
diri pada masa lalu ataupun anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu
ketika dulu, ataupun anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri
anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Maka, belajarlah menjadi pemaaf untuk
mendapatkan ketenangan dalam kehidupan seharian.

Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa dapat menghilangkan sedih. Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biarlah ketawa yang
benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu,
baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny
side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik.

Ubah Fikiran
Kita tidak mampu mengubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung.
Tapi, kita boleh mengubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi
tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya
awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa
nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan
jangka masa panjang. Maka, segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi
apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua
yang baik-baik. Jika anda fikir yang buruk, anda akan dapat yang buruk juga. Ini hukum alam
dinamakan hukum sebab dan akibat (hukum Law Of Attraction).

Hati Mesti ‘Keras’.

Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan,
tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Jadi, hadapilah setiap ujian itu
dengan mengeraskan hati iaitu dengan kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan
menerima hakikat dengan hati terbuka.

8. Pasang Niat
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan
nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri,
ini adalah hari yang baru untuk anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari
yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

  Labels: CARA PENGURUSAN DIRI

APA ITU SEDIH ???

Posted by thabit Tuesday, September 8, 2009 comments (0)

Emosi sedih akan timbul apabila seseorang dihadapkan dengan keadaan yang mengecewakan,
menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan karena luka, sakit, derita atau ngeri.
Ia juga dapat didefinisikan sebagai perasaan duka cita dengan apa yang berlaku dalam
kehidupan yang berkemungkinan sesuatu yang menghalang kehendak dan keinginan diri serta
sesuatu yang buruk yang tidak pernah dipinta berlaku dalam keadaan yang tidak bersedia.

Emosi sedih juga merupakan emosi dasar manusia, di luar marah, bahagia, takut, jijik, dan
terkejut. Emosi ini sangat umum kita jumpai. Bahkan ia berlaku secara tiba-tiba tanpa
diundang. Jadi, setiap insan pasti mengalami kesedihan dalam kehidupannya. Cuba anda ingat-
ingat kembali, Adakah anda pernah mengalami kesedihan? Anda pasti akan mengingat
sekurang-kurangnya satu kali kesedihan yang pernah anda alami.

Sedih adalah antonim bagi gembira. Kebiasaannya seseorang akan gembira apabila mendapat
dan memperoleh apa yang dihajati. Jadi, sedih pula adalh sebaliknya. Namun, emosi ini kadang
kala dianggap indah bagi sesetengah manusia kerana ia adalah sebahagian kenangan dalam
kehidupan.

Biasanya emosi sedih sangat dekat dengan depresi. Pembahasan sedih tidak akan lengkap
tanpa membahas depresi. Namun, depresi bukanlah sedih, melainkan percampuran antara rasa
sedih, pesimis, tanpa harapan, dan mungkin juga marah. Jadi, depresi adalah emosi yang
kompleks. Sementara itu, sedih bisa dibilang merupakan emosi tunggal.

Emosi sedih pula menurutnya tercetus apabila manusia kehilangan orang tersayang atau
sesuatu yang amat bernilai, atau apabila ia ditimpa sesuatu malapetaka. Di dalam al-Quran,
ada banyak disebutkan tentang kesedihan dan ketakutan di kalangan manusia. Apabila
manusia dikuasai oleh kedua-dua perasaan ini, hidupnya boleh terganggu.

Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang menganjurkan agar manusia berserah diri kepada
Allah dengan beramal soleh sekiranya menghadapi masalah atau kesusahan dengan kembali
kepada Tuhan. Ingatlah, janganlah kamu bersedih kerana Allah sentiasa bersamamu.

  Labels: DEFINISI

KENALI EMOSI DIRI

Posted by thabit comments (0)

Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan,
membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan
emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka
untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.

Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan
beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas
automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat
dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai
individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan
emosi yang juga berbeza.

Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam
membina kecerdasan emosi anak-anak. Mereka harus mengajar, mendidik serta membimbing anak-
anak tentang kecerdasan emosi dengan memberikan contoh teladan yang baik. Bagi membolehkan
anak-anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, ibu bapa seharusnya mengajar dan menerapkan
dalam diri anak-anak.

Pada asalnya, perkataan emosi berasal dari bahasa Latin, iaitu emovere, yang bererti bergerak
menjauh. Erti kata ini menyiratkan bahawa kecenderungan bertindak merupakan hal mutlak dalam
emosi.

Menurut Daniel Goleman (2002 : 411) emosi merujuk pada suatu perasaan dan fikiran yang khas,
suatu keadaan biologis dan psikologis dan serangkaian kecenderungan untuk bertindak. Emosi pada
dasarnya adalah dorongan untuk bertindak. Biasanya emosi merupakan reaksi terhadap rangsangan
dari luar dan dalam diri individu. Sebagai contoh emosi gembira mendorong perubahan suasana hati
seseorang, sehingga secara fisiologi terlihat tertawa, emosi sedih mendorong seseorang berperilaku
menangis.

Emosi berkaitan dengan perubahan fisiologis dan berbagai fikiran. Jadi, emosi merupakan salah satu
aspek penting dalam kehidupan manusia, karena emosi dapat merupakan motivator perilaku dalam
erti meningkatkan, tapi juga dapat mengganggu perilaku intensional manusia. (Prawitasari,1995)

Menurut Descrates, emosi terbahagi atas : Desire (hasrat), hate (benci), Sorrow (sedih/duka), Wonder
(heran), Love (cinta) dan Joy (kegembiraan). Sedangkan JB Watson mengemukakan tiga jenis emosi,
yaitu : fear (ketakutan), Rage(kemarahan), Love (cinta). Daniel Goleman (2002 : 411) mengemukakan
beberapa macam emosi yang tidak berbeda jauh dengan kedua tokoh di atas, iaitu:

a.Marah : beringas, mengamuk, benci, jengkel, kesal hati


b.Kesedihan : pedih, sedih, muram, suram, melankolis, mengasihi diri, putus asa
c. Takut : cemas, gugup, was-was, perasaan takut sekali, waspada, tidak tenang, ngeri
d. Kenikmatan : bahagia, gembira, riang, puas, riang, senang, terhibur, bangga
e. Cinta : penerimaan, persahabatan, kepercayaan, kebaikan hati, rasa dekat, hormat, kemesraan, kasih

f. Terkejut : terkesiap, terkejut


g. Jengkel : hina, jijik, muak, mual, tidak suka
h. Malu : malu hati, kesal

Emosi menurut Goleman pada dasarnya adalah dorongan untuk bertindak. Jadi berbagai macam emosi
itu mendorong individu untuk memberikan respon atau bertingkah laku terhadap stimulus yang ada.
Dalam the Nicomachea Ethics pembahasan Aristoteles secara filsafat tentang kebajikan, karakter dan
hidup yang benar, tantangannya adalah menguasai kehidupan emosional kita dengan kecerdasan.
Nafsu, apabila dilatih dengan baik akan memiliki kebijaksanaan; nafsu membimbing pemikiran, nilai,
dan kelangsungan hidup kita. Tetapi, nafsu dapat dengan mudah menjadi tak terkendalikan, dan hal
itu seringkali terjadi. Menurut Aristoteles, masalahnya bukanlah mengenai emosionalitas, melainkan
mengenai keselarasan antara emosi dan cara mengekspresikan (Goleman, 2002 : xvi).

Dengan melihat keadaan itu maka penting bagi setiap individu memiliki kecerdasan emosional agar
menjadikan hidup lebih bermakna dan tidak menjadikan hidup yang dijalani menjadi sia-sia.
Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa emosi adalah suatu perasaan (afek) yang
mendorong individu untuk merespon atau bertingkah laku terhadap stimulus, baik yang berasal dari
dalam mahupun dari luar dirinya.
PENGENALAN

Posted by thabit comments (0)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Illahi akhirnya sebuah blog ilmiah telah berjaya
diwujudkan dalam waktu yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi
Muhammad S.A.W dan keluarga baginda atas perjuangan dan pengorbanan baginda demi
menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah bagi memenuhi tugasan kerja kursus Kompetensi
Kecerdasan Emosi (EQ 3311D1) yang dikhususkan kepada pelajar program persediaan
ijazah. Ia merupakan salah satu penilaian kerja kursus selain daripada pembentangan di
dalam kelas (power point) dan penyediaan brosur berkenaan tajuk yang dipilih.

Emosi sedih menjadi pilihan kami sekumpulan kerana emosi ini merupakan perasaan yang
sering dialami oleh setiap insan selain gembira. Dalam kehidupan, kita akan melalui pelbagai
ujian, dugaan, halangan dan cabaran yang membawa kepada beberapa perasaan. Ini adalah
lumrah kehidupan yang tiada siapa pun boleh menolaknya.

Akhir kalam, sekalung penghargaan buat Dr. Bushro bt Ali atas segala tunjuk ajar dan
sokongan sepanjang kami menyiapkan blog ini.

Ahli kumpulan :
Fazlinda binti Che Rani (blogger)
Halimatu Sa'adiah binti Mohd Fauzi
Nurul Farehah binti Hussin
Siti Nazila binti Zainudin

  Labels: PENGENALAN

DON'T BE SAD
"Tidaklah sesuatu musibah yang berupa apa jua kesedihan sama ada dari persetujuan hatinya
atau tidak hatta duri yang mencucuk jarinya, melainkan ia adalah penghapus dosa (kifarah)".

Anda mungkin juga menyukai