Anda di halaman 1dari 2

Umat Islam mesti saling bermaafan

PEMAAF adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap Muslim. Sifat itu
mempunyai kesan besar dalam kehidupan kerana dapat menyelamatkan
seseorang daripada terjebak dalam tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Justeru, sifat pemaaf dapat meletakkan seseorang pada kedudukan yang tinggi
dan dipandang mulia oleh masyarakat.

Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan
orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran,
ayat 132).

Orang bersifat pemaaf adalah insan yang tidak berdendam dan buruk sangka
terhadap orang lain. Biarpun dia pernah diperlakukan dengan sesuatu yang
menimbulkan marah, dia memaafkan perbuatan itu dan menerimanya dengan
fikiran positif.

Insan bersifat pemaaf dan berhati mulia ini tidak hanya memaafkan apabila
pelakunya memohon maaf, bahkan bersikap terbuka.

Sifat pendendam adalah penyakit jiwa yang boleh mendatangkan pelbagai sifat
negatif lain dalam diri. Jadi, sesiapa ingin membersihkan diri daripada sifat
negatif haruslah terlebih dulu membuang sifat dendam.

Sifat pemaaf adalah lawan sifat pendendam yang membersihkan kekotoran hati.
Melaluinya, insan pemaaf tidak berasa dendam terhadap orang lain. Dia
memaafkan perkara yang lalu, sedang berlaku dan mungkin juga apa yang akan
berlaku.

Sifat itu memberi keyakinan diri bahawa yang berhak menghukum


hanyalah Allah. Biarlah Allah menentukan balasannya

Memang orang yang dizalimi berhak membalas balik perbuatan itu.


Namun, yang lebih baik ialah memberi kemaafan yang mendatangkan
kebaikan. Dengan yang demikian, maka insan pemaaf akan diberi pahala
berlipat ganda oleh Allah.

Firman Allah bermaksud: "Dan bagi orang dizalimi mereka akan membela diri.
Balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang sama. Maka, sesiapa yang
memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah.
Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim." (Surah asy-Syura, ayat 39-40).

Biarpun Islam membenarkan membalaskan kejahatan dengan kejahatan yang


sama, adalah lebih baik lagi jika diselesaikan secara memberi kemaafan. Ini bagi
mengelak perkara buruk menjadi berterusan. Disebabkan membalas itu mungkin
berlaku ketidakadilan apabila balasan lebih teruk. Ini tentu pula menimbulkan
perasaan tidak puas hati pihak yang dibalas.

Sebenarnya tidak rugi kita memaafkan orang lain. Apa yang telah
berlaku telah menjadi sejarah. Kita perlu melihat keuntungan di akhirat
berdasarkan janji yang diberikan oleh Allah melalui ayat di atas.

Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati


manusia supaya melakukan perbuatan dilarang agama dengan katanya:
"Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda
manusia ialah sewaktu mereka di dalam keadaan marah, kerana pada
masa itu aku boleh memain-mainkan hati mereka seperti sebiji bola."

Islam menganjurkan agar kita saling memaafkan demi mewujudkan


kesejahteraan dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai