Anda di halaman 1dari 11

Realiti yang Anda lalui hari ini adalah refleksi kepada fikiran Anda.

Jika fikiran Anda tenang sepanjang masa, maka realiti hidup Anda juga akan tenang sepanjang masa. Anda akan menjalani hidup penuh tenang, kurang masalah. Jika fikiran Anda bercelaru, sibuk memikirkan berbagai perkara dicampur dengan kegusaran, maka realiti hidup Anda juga akan jadi macam itu. Berbagai masalah akan timbul untuk menjadikan hidup Anda bercelaru. Sebab? Apa yang ada dalam fikiran Anda adalah bercelaru. Masalah kecil dan masalah besar semua akan muncul satu persatu secara tiba-tiba. Masalah yang kecil sekalipun misalnya kerosakan mentol lampu akan membuat Anda cukup tertekan. Selepas itu, lebih banyak masalah datang bertimpa-timpa secara tiba. Fikiran Anda menarik situasi serupa dengan yang Anda fikirkan. Jika hari ini Anda hidup dengan orang yang sifatnya panas baran, dia terus menerus jadi begitu kerana dalam fikiran Anda, sebenarnya Anda kerap membayangkan dia sebagai orang panas baran. Bayangan itu menjadi bertambah kuat apabila dicampur dengan emosi takut, gusar, risau, susah hati dengan apa yang mugkin akan terjadi nanti. Jika hari ini Anda hidup dengan orang yang sifatnya pemaaf, baik hati serta bertoleransi, Anda dapat hidup dengannya kerana dalam fikiran Anda, kerap Anda bayangkan tentang sikap pemaaf, baik hati serta bertoleransi pada dirinya. Orang panas baran tidak pernah meminta sikapnya jadi begitu. Dia tidak pernah terfikir dia akan jadi panas baran. Baginya cepat naik marah itu perkara biasa. Kekadang dia suka sebab orang akan takut pada dia. Oleh kerana sudah terbiasa dengan sikap panas baran, maka ia menjadi sikap yang sukar diubah dari luar, melainkan dia sendiri berubah. Untuk ubah sikap orang sebegini, mulakan dari diri Anda sendiri terlebih dahulu. Formulanya adalah, realiti hidup Anda pada hari ini adalah terjemahan sebenar kepada apa yang kerap bermain di fikiran Anda. Situasi di sekeliling anda akan kesan daripada rupa tanggapan yang mendominasi fikiran Anda. Jika di fikiran buruk, maka situasi sekeliling Anda juga kerap menjadi buruk. Anda perlu ubah apa yang ada dalam fikiran menjadi baik supaya sekeliling anda berubah menjadi baik juga. Bagaimana Untuk Ubah Sikap Orang Panas Baran Melalui Kemaafan Fikiran menerbitkan gelombang tersendiri. Gelombang ini tidak nampak tapi tetap wujud. Gelombang handphone Anda pun Anda tak nampak, tapi Anda percaya gelombang tu wujud, kan? Gelombang Astro pun Anda tak nampak, tapi Anda tetap rasa ia wujud sebab ia memberi kesan dalam kehidupan Anda. Gitulah juga gelombang fikiran. Gelombang fikiran terbit dari minda lalu mengembara masuk ke minda orang lain. Jika Anda fikirkan dia, serta merta dia akan teringat Anda. Lebih tenang Anda, lebih pantas orang itu teringatkan Anda. Lebih kerap Anda ingat dia, lebih keraplah juga bayangan wajah Anda muncul di fikirannya. Ingat, fikiran kita jadi lebih efisen bila emosi kita tenang. Jenis gelombang fikiran dipengaruhi oleh emosi. Emosi baik akan menerbitkan gelombang baik. Emosi negatif akan menerbitkan gelombang negatif.

Setiap kali ada peluang untuk Anda berseorangan, ambil sedikit masa untuk mengucapkan maaf. Sebab dari sikap memberi maaf ini Anda boleh merubah emosi kepada emosi positif. Cinta, syukur serta kemaafan adalah emosi-emosi positif bergelombang tinggi. Jika Anda bergaul bersama-sama dengan seseorang yang panas baran, hari ini, bayangkan orang itu kemudian ucapkanlah kemaafan buat dirinya di dalam hati. Usah difikir banyak, maafkan saja dia atas kesalahan-kesalahan sikapnya, perangainya serta atas perkataan yang diucapkannya. Maafkanlah kesalahannya kerana melukai perasaan Anda hingga pernah membuat Anda merasa takut walaupun hanya terfikirkan namanya. Maafkan sebagaimana Anda memaafkan seseorang yang berbuat salah pada Anda. Pastikan emosi Anda tenang tatkala Anda melakukan teknik ini. Kenapa perlu tenang? Sebab kemaafan tidak akan memberi kesan jika dilakukan di kala kesibukan atau di kala bunyi bising berada di sekitar Anda. Anda tidak akan dapat menumpu perhatian. Kemaafan yang Anda lafazkan spontan dengan ikhlas akan menerbitkan rasa lega. Jika Anda sudah memberi maaf tapi Anda tidak merasai apa-apa, ketahuilah maaf yang Anda lafazkan itu tidak ikhlas kerana dipaksa-paksa. Ini soal hati, soal rasa dan soal jiwa. Maka niat Anda perlu diubah menjadi ikhlas. Dari ikhlas itu, barulah apa yang Anda lakukan ni memberi kesan. Maafkan orang yang Anda rasa panas baran itu. Maafkan sikapnya yang panas baran, maafkan kesalahannya jika dia pernah memarahi Anda. Maafkan perangainya yang cepat naik marah. Maafkan dia, maaf sebenar-benar maaf. Maafkan semaaf mungkin hingga air mata kegembiraan mengalir dari kelopak mata Anda kesan dari rasa memaafkan yang sungguh mendalam. Simply ucapkan aku maafkan kamu atau apa jua ayat yang Anda rasa ngam untuk digunakan bagi memaafkan dirinya. Apabila Anda merasa ada satu kelegaan selepas memaafkan dan rasa itu terbit tak semena-mena ada di dalam jiwa, kemaafan yang Anda beri itu sesungguhnya adalah kemaafan yang ikhlas. Itulah petanda keikhlasan dalam memberi maaf. Apa Terjadi Bila Anda Memberi Maaf

Maaf adalah aktiviti yang dapat mencuci hati, sama ada meminta maaf atau memberi maaf kesannya serupa. Istighfar, iaitu perbuatan memohon maaf dari Tuhan kerana merasakan diri terbuat dosa juga amalan bagus untuk mencuci hati. Bila hati bersih, emosi Anda cenderung ke arah emosi positif. Emosi ini akan mempengaruhi gelombang minda. Selagi emosi Anda positif, selagi itulah gelombang minda Anda kekal positif. Gelombang positif Anda akan menjangkiti orang lain yang ada di sekeliling Anda juga sesiapa saja yang Anda fikirkan. Untuk bergaul cara baik dengan orang panas baran serta untuk membuat dia berubah, gunakan teknik kemaafan ini. Kemaafan yang Anda hantarkan untuk dirinya akan mengubah dia secara langkah demi langkah seiring perubahan masa. Maafkan dirinya selalu tiap kali Anda terfikir akan dia atau tiap kali teringatkan dia. Rasai kemaafan itu, maafkan dia ibarat Anda lupakan habis sikap panas barannya itu. Jika Anda merasa takut kerana sikap panas baran yang ada pada dirinya, maafkan dia kerana bersikap sebegitu.

Lama kelamaan situasi Anda akan berubah. Anda akan perasan ada perubahan pada dirinya sedikit demi sedikit. Dia akan mahir mengawal marah, bahkan sudah kurang panas barannya. Kenapa begitu? Sebab gelombang minda Anda berubah jadi positif kesan dari kemaafan berterusan mempengaruhi mindanya yang dikelabui awan negatif. Minda Anda mempengaruhi mindanya lantas mengubah sikapnya sedikit demi sedikit menjadi positif. Fokus minda Anda mempengaruhi mindanya, selepas itu mempengaruhi sikapnya. Ini adalah tindakan berangkai. Satu aspek mempengaruhi aspek lain. Dalam pada itu, teruskan berdoa pada Allah Yang Maha Esa, mohon bantuan serta petunjuk untuk Anda ubah orang yang panas baran itu. Tips ringkas kali ini baik untuk mengubah sikap panas baran suami, sikap panas baran isteri atau sesiapa saja yang bergaul dengan Anda misalnya kawan-kawan, adik- beradik atau rakan sekerja. Usaha merubah hidup Anda dan bagaimana perhubungan Anda dengan orang lain yang hidup bersama-sama dengan Anda adalah bermula dengan diri Anda terlebih dahulu. Kemaafan bukannya tentang hanya memaafkan orang lain dan menurunkan ego sendiri tapi lebih dari itu. Kemaafan adalah cara untuk Anda merubah emosi Anda kepada emosi positif seterusnya merubah gelombang minda kepada gelombang positif, akhirnya merubah perhubungan Anda dengan orang lain menjadi semakin positif, semakin baik. Perubahan di luar diri Anda kena dimulakan dari dalam diri Anda dulu iaitu dari hati juga emosi. Yang di dalam (emosi, kebersihan hati, fikiran tenang) akan merubah yang di luar (perhubungan, tahap kerjaya, kebahagiaan, prestasi, pencapaian).

Orang Yang Fikirannya Baik vs. Orang Yang Fikirannya Buruk


Untuk Anda kawal emosi Anda dan kawal apa yang bermain di fikiran Anda, Anda perlu mempelajari perihal minda separa sedar. Banyakkan membaca mengenai minda separa sedar. Kenali minda separa sedar, ketahui bagaimana minda separa sedar bekerja. Selepas tu, manfaatkan kuasanya untuk kebaikan diri Anda sendiri. Kita manusia ni adalah makhluk beremosi. Melalui emosi, kita mudah dikacau. Minda separa sedar mudah hilang fokus apabila emosi bercelaru. Minda separa sedar mengikut emosi Anda kerana minda separa sedar memberi respon penuh pada emosi Anda, FEEL Anda. Anda perlu berhati-hati. Jangan terperangkap! Belajarlah kawal emosi, kawal diri, kawal kata-kata dan kawal apa yang selalu bermain di fikiran Anda. Anda perlu menyedari perkara-perkara yang selalu Anda fikiran. Anda perlu check apa yang Anda katakan selalu di dalam hati. Hati mempengaruhi fikiran, fikiran mempengaruhi minda, minda mempengaruhi perbuatan. Setiap perbuatan Anda mendatangkan kesan.Buat baik, kesannya baik. Buat buruk, kesannya buruk. Semua itu bermula di minda. Apa yang ada di minda, itulah yang akan mempengaruhi emosi Anda lalu memberi kesan pada perbuatan Anda. Orang yang fikirannya baik, sikapnya, perbuatannya jadi baik. Hidupnya jadi baik-baik saja. Orang yang fikirannya buruk, sikapnya, perbuatannya jadi buruk. Hidupnya jadi buruk.

Minda Separa Sedar Rakam Semuanya


Minda separa sedar Anda bertindak menjadi perakam video yang akan merakam kesemua fikiran Anda. Minda separa sedar menangangkap segala respon fikiran Anda pada persekitaran Anda situasi yang Anda lalui setiap masa, orang yang Anda jumpa, perkara yang Anda buat, aktiviti Anda,perilaku Anda, imaginasi Anda, mainan fikiran Anda, kata-kata hati Anda. Apa yang direkod oleh minda separa sedar akan dilaksanakan sebagai arahan dengan cara terima dan laksana. Minda separa sedar anggap apa yang Anda selalu fikirkan, itulah yang perlu di realisasikan di dunia sebenar. Apabila Anda kerap teringat seseorang, secara tiba-tiba orang tu akan menelefon Anda atau Anda terserempak dengannya tanpa di sangka-sangka. Sebenarnya ini semua kerja minda. Sebagai contoh, apabila Anda kerap membayangkan Proton Inspira sebagai kereta idaman Anda, secara tiba-tiba Anda akan selalu nampak kereta Proton Inspira ke mana saja Anda pergi, di mana jua Anda berada. Apabila Anda sering membayangkan telefon bimbit idaman, Anda akan perasan yang Anda kerap ternampak handphone idaman Anda tu di mana-mana di dalam gambar, dalam iklan, dalam tangan kawan Anda atau simply dalam majalah yang Anda baca. Semua itu terjadi sebab Anda kerap memikirkannya! Minda separa sedar bekerja di luar batasan logika. Anda takkan tahu bagaimana minda separa sedar bekerja, seperti mana Anda tak tahu cemana handphone Anda menghantar sms kepada kawan Anda dalam masa satu saat saja. Yang Anda tahu, taip sms dan tekan send, kan?. Begitu juga minda separa sedar. Secara asas, minda separa sedar memberi respon pada fikiran Anda iaitu perkara yang kerap Anda fikirkan, yang kerap Anda bayangkan, yang kerap Anda imaginasikan. Minda separa sedar sensitif pada FEEL Anda dan EMOSI Anda ketika membayangkan sesuatu dengan kerap. Sebab itulah kenapa orang yang bermasalah sering menjumpai lebih banyak masalah sebab fikirannya di dominasi oleh masalah, emosinya didominasi oleh FEEL tertekan dek memikir masalah. Orang yang gembira jadi bertambah gembira sebab fikirannya di dominasi oleh FEEL gembira. Orang yang selalu berfikir pasal kegagalan akan selalu gagal sebab dia banyak memikirkan kegagalan yang dilaluinya. Orang yang berfikir pasal kejayaan banyak mencapai kehebatan sebab dia banyak berfikir mengenai kejayaan yang mahu dicapainya. Seperti yang di katakan dulu, apa yang kerap Anda fikirkan, itulah yang akan terjadi. Fikirlah yang baik-baik, supaya semua yang terjadi dalam hidup Anda baik-baik belaka.

Bagaimana menggunakan minda separa sedar sebagai tools untuk mengubah hidup Anda? Cemana nak buat? Syarat utama, tetapkan apa cita-cita Anda.

Cara ini hanya berkesan untuk satu matlamat pada satu masa. Imaginasikan apa yang Anda mahu capai. Rasainya, seolah-olah ia sudah ada sekarang ini. Dalam The Secret, ini dipanggil Ask (tanyadiri Anda apa yang Anda mahu). Percayai apa yang Anda mahu tu sudah ada. Hadirkan kepercayaan itu dengan membayangkan apa yang Anda mahu capai sejelasnya, bayangkan selalu sepanjang masa. Mulanya minda Anda akan menolak tapi bila Anda sudah bayangkan selalu, Anda akan merasa selesa tatkala melakukan bayangan imaginasi. Minda separa sedar sensitif pada bayangan imaginasi yang jelas, gambaran minda berbentuk video serta perasaan Anda ketika Anda membayangkan imaginasi tu. Bayangkan apa yang Anda mahu sudah Anda sekarang ni. Rasai cemana gembiranya Anda ketika sudah mendapat apa yang Anda mahu. Mesti hepi kan? Tahap ini dipanggil Believe (percaya itu milik Anda dan sedang menuju pada Anda). Rasainya sama seperti Anda meminta sesuatu kemudian ia dijanjikan untuk diberi Anda, memang Andalah yang akan terima bukan orang lain. Contoh, kawan Anda berjanji untuk memberikan Anda RM100 esok. Anda merasa sungguh gembira sebab Anda akan menerima RM100 tu esok! Anda tak sabar, Anda jadi teruja, gembira bukan kepalang. Langkah seterusnya, rasai kegembiraan itu secara berpanjangan. Ini dipanggil Receive (bersedia menerimanya bila-bila masa di dunia sebenar). Cara ini tidak akan berkesan jika ada keraguan, walaupun cuma sebesar zarah.

4 teknik asas bagaimana menguatkan minda separa sedar: Teknik 1: Banyakkan Berimaginasi. Selalulah imaginasikan sesuatu. Bayangkan sepertimana Anda menonton filem. Lihat dengan jelas wajah orang-orang yang ada dalam imaginasi Anda, bayangkan suasananya dengan jelas seperti sedang menonton sebuah filem. Jika Anda rasa susah nak berimaginasi, banyakkan membaca. Teknik 2: Banyakkan berfikir. Lebih banyak Anda gunakan tenaga mental, minda separa sedar akan jadi lebih kuat sebab ia dikerah untuk mengeluarkan idea-idea bagi penyelesaian masalah. Sama seperti otot fizikal. Makin banyak otot digunakan untuk mengangkat beban berat, makin kuatlah otot tu dan makin pejal. Banyakkan berfikir, cuma jangan berfikir tatkala tertekan. Berfikirlah dengan emosi tenang untuk menguatkan minda. Teknik 3: Selalulah bersihkan hati, sebersih yang Anda boleh. Hati mempengaruhi minda separa sedar. Jika hati kotor, minda separa sedar akan jadi kotor. Kesannya Anda akan cepat rasa ragu, gusar serta risau. Banyakkan zikir sebab ia dapat membersihkan hati, doublekan dengan amalan beristighfar. 4. Latih diri bertenang sepanjang masa.

Dapatkah Anda mengingati mimpi-mimpi yang Anda alami ketika tidur? Mungkin tidak, mungkin mustahil. Bagi kebanyakan orang, mimpi cuma mainan tidur. Bagi sesetengah orang yang lain pula mimpiadalah dari syaitan atau mainan makhluk halus. Bagi saya, mimpi merupakan petunjuk terutama ketika mendapat mimpi dalam lena yang panjang. Sukar untuk saya terangkan bagaimana ini berlaku dan mengapa ia berlaku pada saya. Sejak remaja lagi minda saya dapat mengingati mimpi yang saya alami kemudian saya juga dapat membayangkannya semula di lain ketika seperti sedang menonton sebuah video. Sungguh jelas, lengkap dengan suara dan perasaan saya ketika itu. Dalam sesetengah situasi, saya mengalami mimpi serupa berulang-ulang kali. Dari apa yang saya baca hanya orang soleh saja boleh mendapat mimpi berulang-ulang kali. Ganjil. sedangkan saya cuma orang biasa. Apa-apapun, pada saya ini kurniaan Tuhan. Minda adalah anugerah terhebat bagi kita. A gift. TherMendekatkan diri dengan orang bermotivasi amat penting buat Anda. Orang bermotivasi biasanya ada sesuatu yang mahu dicapai. Mungkin dia mahu berjaya dalam perniagaan, berjaya dalam kerjaya atau berjaya sebagai sebagai seorang insan cemerlang dalam keluarganya. Apabila Anda dekat dengan dia, secara tidak langsung aura motivasi yang terpancari dari tubuh badannya akan meresap masuk ke dalam diri Anda. Semua ini berlaku tanpa Anda sedari. Minda Anda akan dipengaruhi oleh gelombang mindanya. Getaran gelombang minda orangbermotivasi ni amat kuat sebab mindanya terfokus pada satu arah sahaja mencapaikejayaan. Minda orang tidak bermotivasi getarannya tak kuat sebab mindanya fokus pada banyak perkara pada satu masa. Ini menyebabkan mindanya bercelaru, lantas menjadikan gelombang mindanya juga bercelaru hingga menjadi seperti bercabang-cabang. Frekuensi getaran mindanya juga sering berubah-ubah sebab kecelaruan yang berlaku di fikiran. Cari orang yang mahu berjaya kemudian dekatkan diri dengannya. Perhatikan kata-katanya sepanjang masa. Jika dia seorang yang sentiasa bersemangat dan sentiasa berkata baik-baik serta selalu bersangka baik terzahir di dalam percakapannya, maka dia adalah orang yang perlu Anda dekati. Anda kena tangkap cepat sebab orang begini susah nak dijumpai.

Artikel motivasi hati-hati apabila mendengar perbualan negatif sebab ia meracuni


Bila Anda berbual-bual dengan seseorang atau dengan sekumpulan orang, hati-hatilah sebab perbualan biasa boleh mencemarkan fikiran positif yang telah Anda cuba bina. Ramai orang di sekeliling Anda takkan pernah tahu pekebendanya fikiran positif ni, mereka menganggap ia sesuatu yang tidak berguna, tidak menyumbang apa-apa (sebab itulah cuma ada sedikit saja orang berfikiran positif!). Jika Anda mahu jadi orang berjaya, Anda MESTI merubah fikiran Anda menjadi fikiran positif. Kenapa? Sebab fikiran positif membina kejayaan dan membuat Anda semakin dekat dengan kejayaan, fikiran positif akan Anda membuat Anda senang mencapai apa yang Anda inginkan. Fikiran negatif memusnahkan kejayaan, fikiran negatif menghalang Anda daripada mengecapi kejayaan sebab fikiran negatif membuat Anda tidak dapat membuat apa-apa simply

sebab Anda tidak yakin dengan diri Anda sendiri dek diselubungi kenegatifan. Anda tak nampak jalan untuk Anda berjaya dalam hidup. Apabila ada orang mengajak Anda berbual, jangan memberi respon pada perbualan yang meceritakan perkara-perkara buruk, berita-berita buruk, situasi buruk. Diamkan diri apabila perbualan yang Anda dengar mengarah kepada sikap buruk seseorang, kepada sifat buruknya, kesilapan-kesilapan buruk yang dilakukan oleh orang tu. Hati-hati ya, jangan terperangkap. Perangkap fikiran negatif ni ada di mana-mana! Apabila Anda mendengar kata-kata buruk seperti umpatan, caci-maki, kemarahan atau sindiran, lafazkan istighfar di dalam hati banyak-banyak supaya Anda terhindar dari dijangkiti virus fikiran negatif juga untuk mengelak diri Anda dari terlibat sama dalam perbualan negatif yang Anda dengar itu. Fikiran negatif sifatnya menggoda, membuat sesiapa saja suka bercakap hal-hal negatif sebab ia menyeronokkan, mengasyikkan. Tidak ramai di kalangan kita suka berbual hal-hal positif sebab bagi mereka segala yang positif tu tidak menyeronokkan dan membebankan fikiran.

Artikel motivasi berita membuat Anda jadi orang berfikiran negatif sentiasa.
Cemana nak kenal orang berfikiran negatif? Ada banyak cara, salah satunya adalah dengan melihat kekerapannya mengikuti perkambangan berita. Adakah orang tu suka mengikuti perkembangan berita? Adakah dia suka bercakap isu-isu semasa? Jika YA, dia adalah orang berfikiran negatif, mungkin fikiran negatifnya tak ketara, yang pasti dia bukanlah orang berfikiran positif sepenuhnya. Fikiran negatif lebih banyak mendominasi dirinya. Berita memberitahu Anda perkembangan-perkembangan terkini tentang situasi-situasi buruk, kesannya membangkitkan emosi buruk dalam diri Anda, misalnya seperti kemarahan dan rasa tidak puas hati. Jadi jikalau rasa kemarahan dan rasa tidak puas hati ni selalu disemarakkan tiap kali Anda membaca berita mahupun ketika mengikuti siaran berita, pastinya emosi buruk (attitude negatif) akan berakar tegar jauh di dalam pemikiran minda Anda, membuat Anda lebih cepat melihat yang buruk dalam segenap aspek, setiap situasi, setiap orang, setiap benda, setiap perkara. Sebab kenapa ramai orang susah nak berubah kepada pemikiran positif adalah kerana orang-orang sebegini sentiasa up to date dengan perkembangan berita.

Perangkap fikiran negatif

Mengenal diri - Guna teknik Minda Bawah Sedar


SEBAGAI ibu bapa, apabila berhadapan dengan anak-anak yang degil, tidak mendengar kata atau malas tentu sahaja memeningkan. Namun sikap negatif si anak boleh diubah dengan menggunakan teknik minda bawah sedar anda sendiri. "Teknik mengawal minda bawah sedar boleh membuatkan orang lain mengikut apa yang terniat atau kehendak kita, tetapi harus diingat, biarlah untuk perkara-perkara yang baik,'' ujar pengamal perubatan alternatif Prof. Dr. Ibrahim Ahmad, ketika ditemui baru-baru ini. Katanya, bagi memanfaatkan minda ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah seseorang itu sendiri perlu berfikir dan berkata-kata positif sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Ia bukan sahaja mempengaruhi diri tetapi juga mereka yang berada disekeliling apaMenerangkan lebih lanjut, beliau berkata, minda bawah sedar banyak melakukan tugas untuk kita, iaitu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, akan ditangkap dan disimpan. Melaluinya juga ia boleh bertindak menjaya atau menggagalkan misi seseorang itu, justeru mereka perlu tahu niat dan apa yang dikehendaki. Beliau memberi contoh paling mudah ialah bagaimana untuk meluahkan hasrat atau perasaan hati mereka kepada seseorang. Ini boleh dilakukan sama ada kepada anak-anak, suami atau isteri, ketua, rakan atau sesiapa sahaja menggunakan minda bawah sedar. bila seseorang itu mengamalkan sikap ini. Menerangkan lebih lanjut, beliau berkata, minda bawah sedar banyak melakukan tugas untuk kita, iaitu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, akan ditangkap dan disimpan. Melaluinya juga ia boleh bertindak menjaya atau menggagalkan misi seseorang itu, justeru mereka perlu tahu niat dan apa yang dikehendaki. Beliau memberi contoh paling mudah ialah bagaimana untuk meluahkan hasrat atau perasaan hati mereka kepada seseorang. Ini boleh dilakukan sama ada kepada anak-anak, suami atau isteri, ketua, rakan atau sesiapa sahaja menggunakan minda bawah sedar. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk semua tujuan seperti membaiki hubungan suami isteri, kerjaya, keuntungan perniagaan, menyembuhkan penyakit dan sebagainya. "Caranya mesti betul, insyaallah sesiapa sahaja boleh mencubanya, asal sahaja ia dilakukan dengan syarat-syarat tertentu," ujarnya. Memperjelaskan maksudnya itu, beliau berkata, seseorang itu mesti membersihkan diri, jiwa dan fikiran, sentiasa berkomunikasi dengan diri sendiri, serta perlu ada keyakinan dan kepercayaan. Adalah lebih baik katanya, ia dilakukan pada tengah malam kerana ketika itu diri berada pada tahap yang paling tenang dan tenteram, tanpa ada sebarang gangguan.

"Lebih elok jika dilakukan selepas sembahyang sunat kerana diri kita ketika itu masih bersih,'' ujarnya. Sambil memberi contoh ibu bapa yang menghadapi anak-anak bermasalah seperti tidak mendengar kata, malas belajar dan lasak boleh mengikut kaedah ini. "Ia boleh dimulakan dengan memberi salam untuk menjemput minda bawah sedar si anak datang dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan ke kepala anak. "Bayangkan si anak betul-betul berada di hadapan, duduk menanti apa yang ingin disampaikan. "Kemudian katakan perlahan-lahan bahawa kita amat memerlukan dia menjadi anak yang baik, mendengar kata dan apa sahaja yang anda inginkan pada diri si anak. Luahkan apa sahaja perasaan anda ketika itu seperti dia betul-betul berada di hadapan," saran Ibrahim lagi. Seboleh-bolehnya kata beliau lagi, kawal minda bawah sedar si anak. Ketika bercakap dengannya gunakan perkataan-perkataan yang baik, bahasa dan nada yang lembut dan jelas. "Jangan sesekali meninggikan suara atau menyebut perkataan yang tidak elok semasa berinteraksi,'' ujarnya. Beliau menambah teknik ini paling cepat kesannya, jika dilakukan dengan penuh yakin, percaya, tenang dan niat yang positif. "Insyaallah, si anak akan sedar apa yang dikehendaki oleh ibu atau bapa terhadap dirinya dengan mengubah tingkah laku dan sikap kepada yang lebih positif," katanya. Ibrahim menegaskan sesiapa sahaja boleh mempelajari teknik ini kerana kaedah seumpamanya ini tiada kaitan langsung dengan kuasa ghaib, hantu atau jin. Sebaliknya ia menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang ada pada diri setiap orang. "Kita sebenarnya adalah apa yang kita fikirkan. Jadi jangan sesekali fikirkan sesuatu yang buruk kerana apabila kita sering memikirkan perkara yang buruk, sudah tentu perkara yang buruk terjadi," ujarnya sambil menegaskan apa sahaja yang terlintas di fikiran, bermakna seseorang itu telah menghantar isyarat supaya ia terjadi. "Kejayaan mudah dicapai berbanding kejayaan yang diperoleh melalui saingan sedar. "Ini kerana melalui minda bawah sedar, anda tidak akan perasan pun yang anda sedang bersaing, walaupun hasilnya mungkin mengambil masa yang agak lama," ujarnya yang memilikki kelayakan dalam bidang perubatan alternatif dari Open International Universty For Alternative Medicines, India. Sambungnya lagi, dengan menguasai minda di bawah sedar, seseorang itu boleh memilih apa sahaja yang mereka ingin jadi atau hasratkan. "Anda boleh berjaya jika mahu atau mengubah diri anda kepada sikap yang lebih positif. Ini kerana minda adalah organ pengesan yang menerima apa saja input secara berterusan,'' ujarnya.

Beliau memberitahu antara kaedah yang digunakan untuk menguasai minda di bawah sedar ialah dengan menggunakan dua cara, iaitu melalui pemerhatian dan kedua,penulisan. Penulisan adalah kaedah terbaik untuk memprogramkan semula minda. Ini boleh dilakukan dengan menulis hasrat anda setiap hari di dalam sebuah buku. Misalnya, anda ingin sentiasa gembira, sihat, menjadi pekerja yang baik, mendapat markah lebih baik untuk pelajar, mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan sebagainya. Tulislah sekurang-kurangnya tiga hingga 10 baris menggunakan ayat yang sama setiap hari atau diulang setiap hari. Katanya, melalui kaedah ini anda boleh melihat perubahan diri dalam tempoh 90 hari, sama ada perubahan kecil malah tidak mustahil keinginan anda menjadi realiti. "Setiap individu dibekalkan oleh Allah dengan kelebihan begitu, namun tidak ramai yang tahu memanfaatkan kelebihan yang dimiliki dan tidak tahu teknik menggunakannya. "Perkara-perkara berkaitanlah yang sering saya tekankan ketika memberi ceramah," katanya yang mengendalikan program itu melalui syarikat miliknya, Positive Mind Resouces sejak dua tahun lalu. "Apabila anda sudah kenal siapa diri anda, kelebihan dan kekuatan, insyaallah anda akan lebih yakin apabila

berhadapan dengan orang lain," ujarnya.

THINKING POSITIF
Untuk jadi kreatif, fikir seperti kanak2. kanak2 tidak meletakkan had dalam fikiran mereka. kita yang dewasa akan selalu fikir- boleh ke berjaya? nanti apa orang kata kalau kita berjaya? kalau buat camni boleh tak? Kanak2 tidak meletakkan had, sebab tu kanak2 kreatif! Hargai diri kita sendiri. Bila kita menghargai diri, kita akan dapat melihat potensi diri kita. Yakin bahawa we are great and can do great things with great results. Keyakinan dalam diri sendiri adalah kunci utama kejayaan! Bila ada yang tidak menyokong usaha kita untuk berjaya, berbanyak bersabar. tambahan lagi mereka yang rapat dengan kita. sekiranya anda ada kenalan, ahli keluarga, suami atau isteri yang berusaha untuk berjaya- berikan sokongan yang terhebat sekali. ianya adalah pemberian yang tidak ternilai! rezeki pastinya berganda dengan sokongan orang tersayang. Have fun! senyum selalu! tak perlu lah serious sangat dalam hidup. bila kita gembira & berseronok melakukan apa yang kita suka, insyaallah rezeki akan berganda datang kepada kita Ada kalanya, terdapat kata2 negatif orang lain diberikan pada kita. apa anda perlu buat? buat tak tau sahaja TAKDE MAKNANYA. apa yang penting, jangan sampai kata2 negatif itu memasuki diri kita sendiri sehingga kita percayakannya dan mula ragu2 kebolehan sendiri!

Anda mungkin juga menyukai