Anda di halaman 1dari 6

BAGAIMANA MENGATASI RASA MALAS

DAN SUKA MENANGGUHKAN KERJA?


11:49am 19/07/2018 Zikri Zainudin 0 komen
i-Muslim

Gambar Hiasan

Kita semua ada rasa malas.

Malangnya, kadangkala rasa malas itu datang pada waktu yang tidak sepatutnya, sewaktu kita
mempunyai masa yang suntuk untuk menyiapkan sesuatu.

Dan akhirnya, kita akan menangguhkan kerja.

Persoalannya disini adalah bagaimana kita boleh mengatasi rasa malas, sikap menangguhkan
kerja dan mencari fokus dengan lebih baik?

Ini adalah penting kerana kehidupan kita adalah singkat dan terhad.

Dan kita bukanlah robot untuk berkerja setiap masa, dan menghabis masa dalam keadaan
sentiasa takut dan tergesa-gesa menyiapkan tugasan.
Ini bukanlah cara yang baik untuk menghabiskan hidup kita.

Sebenarnya kita boleh atasi ketakutan ini.

Kita boleh belajar untuk menguruskan ini dengan ketenangan dan penuh kesedaran.

Dan untuk melakukan itu, kita harus tingkatkan azam untuk kembali dengan penuh berani
menyelesaikan tugasan yang penting.

Gangguan dan mengelakkan diri adalah sesuatu yang tidak bagus. Jadi bagaimana untuk
mengatasi rasa malas ini?

Mari saya jelaskan.

APA YANG MENYEBABKAN RASA MALAS DAN MENANGGUHKAN KERJA


SEBENARNYA?

Mengapa anda lari melakukan tugasan yang sukar?

Kerana anda takut.

 anda tidak tahu apa yang anda buat


 anda akan kucar-kacir dan kelihatan teruk
 tugas tersebut sangat sukar dan langsung tidak selesa
 anda akan berjaya tetapi kemudian perlu menghadapi keadaan yang menakutkan

Secara asasnya, kita merasa takut kerana kita berasa tidak selesa dan tidak pasti.

Secara fitrah, sifat manusia memang hanya mahukan perkara yang menyenangkan dan ada
kepastian.

Gangguan seperti media sosial, rancangan televisyen, adalah satu perkara yang mudah. Semua
orang suka melakukannya.

Ganguan-gangguan sebegini lebih menarik berbanding tugas yang sukar, dan lebih
menyelesakan berbanding perlu menghadapi rasa takut.

Kita semua mempunyai rasa takut.

Tetapi sudah kebiasaan kita untuk melarikan diri daripadanya.

Mengelakkan dengan apa jua cara, termasuklah tidak mahu memikirkannya langsung. Minda kita
memang hebat mengenai bab menangguhkan kerja ini.
BACA: Nikmat Agung Dari Yang Maha Agung

Sekali kita sudah terganggu, kita akan terus lupa sama sekali tentang apa yang kita sepatutnya
lakukan. Fikiran kita memang hebat dalam bab melupakan tanggungjawab.

Kita cuba untuk fokus, tetapi secara tiba-tiba hati kita tergerak untuk melakukan perkara lain.
Kerana menumpukan fokus adalah sesuatu yang memang tidak selesa.

Minda kita sangat sukakan keselesaan, benci terhadap rasa tidak selesa, dan akan sentiasa
mencarai jalan keluar ke arah keselesaan setiap masa, jika kita membiarkan mereka.

Itulah sebabnya mengapa kita malas dan menangguhkan kerja.

Jadi, bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini?

BAGAIMANA MENGATASI RASA MALAS DAN SIKAP MENANGGUHKAN KERJA?

Akal kita memang nakal.

Nafsu kita memang culas.

Minda kita selalu akan mencari jalan untuk lari dari perkara seronok dan tidak selesa, dan
selalunya kita semua tidak sedar perkara ini terjadi.

Hati kita selalu tergerak untuk beralih arah, dan minda kita menurut kata hati dengan segera.

Helahnya disini adalah: kantoikan diri kita sendiri bila mula untuk beralih arah.

Berhentilah seketika, dan lawan dengan sepenuh hati rasa gesaan itu.

Disini bagaimana caranya:

1. SELALU BERLATIH.

Lakukan sesuatu perkara yang tak boleh ditangguh pada setiap hari.

Pilih satu tugas yang penting (apa-apa sahaja tugas – paling bagus bila anda sedang dalam
keadaan malas).

Tetapkan masa selama 5-10 minit jika anda rasa yakin. Jangan lakukan benda lain selain
daripada tugasan tersebut dalam masa 5 minit.

2. JANGAN BIAR DIRI ANDA BERTUKAR ARAH.

Buang semua gangguan dan jangan buat benda lain selain daripada tugas anda.
Hanya buat buat satu tugas. Bila anda mendapat gesaan untuk buat benda lain, sila awasi dengan
perkara tersebut. Jangan mengikut gesaan hati itu.

BACA: 6 Manfaat Minyak Kelapa Pada Rambut dan Kulit Kepala

Kita akan merasakan satu gesaan yang hebat tapi tidak mengikutnya. Bolehkah anda bayangkan?

3. BERTAHAN DENGAN GESAAN TERSEBUT.

Duduk diam dan alami gesaan tersebut.

Kenalpasti ketakutan atau ketidakselesaan anda terhadap tugasan ini yang ada hadapi. Rasakan
kebosanan, ketidakselesaan, derita, keliru dan segala yang datang.

Cuma bertahan dan ambil tahu dengan setiap apa yang anda rasakan. Bagaimana anda merasakan
perubahan dalam tubuh anda?

4. KEMBALI MENYAMBUNG TUGAS.

Selepas bersabar sebentar dengan gesaan dan ketidakselesaan, insyaaAllah perasaan tersebut
akan hilang.

Maka anda boleh kembali untuk menyambung tugas anda.

Bila anda tidak menggaru gatal, dan rasa gatal bukanlah satu masalah besar buat anda.

Dengan melakukan perkara ini setiap hari, anda akan membina kekuatan dalam diri bahawa anda
akan OK jika anda tidak menggaru gatal tersebut, dan anda mampu mengawal perasaan tersebut
tanpa tewas kepadanya.

Anda akan mampu mengendalikan rasa tidak selesa semasa menjalankan satu tugas yang sukar.

Dan ini adalah satu kejayaan.

BAGAIMANA MENCARI FOKUS?

Adalah sukar untuk fokus kepada satu perkara sahaja.

Sama ada anda ingin fokus untuk menulis laporan pejabat, menulis buku, melukis atau fokus
untuk membaca… fikiran kita pasti tergerak sendiri bertukar kearah perkara lain.

Semua orang boleh fokus, pada mulannya, tetapi untuk kekal fokus sehingga akhir itu yang tidak
ramai boleh buat.

Dalam sesi menentang rasa malas yang kita telah bincangkan diatas, kita telah memperkatakan
bagaimana untuk kekal fokus dalam satu perkara.
Sebagai tambahan, ini ada beberapa lagi tips yang boleh dipraktikan:

∴ SOLAT ADALAH LATIHAN TERBAIK UNTUK BELAJAR FOKUS.

Solat akan memberi motivasi terbesar buat kita.

Perkara yang sedang kita fokus sepatutnya tidak hanya bagus untuk dibuat, tetapi patut memberi
makna yang mendalam kepada anda.

BACA: Risiko Wanita Melahirkan Anak Secara Cesarean Untuk Meroyan Lebih Tinggi

Cuba fokus dan selami setiap bacaan serta menghayati setiap detik solat kita. Jika minda anda
selalu terawang-awangan semasa solat, sekarang tiba masanya untuk berlatih fokus dan solat
dengan khusyuk.

InsyaaAllah jika anda bagus pada solat, anda juga akan bagus pada perkara lain nanti.

∴ AMALKAN DOA MELAWAN KEMALASAN INI:

Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal,
wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu
dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat
kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia

∴ INGAT GANJARAN YANG ANDA AKAN DAPAT BILA BERMULA.

Sesuatu tugas tidak seharusnya mengandungi rasa takut sahaja.. tetapi ia juga meliputi rasa suka
dan kehendak.

Biarkan rasa hendak itu memandu anda mengatasi rasa takut.

∴ GUNAKAN MOTIVASI LUARAN.

Walaupun rasa kehendak itu adalah motivasi terhebat, tetapi kita tidak harus bergantung
sepenuhnya kepadanya.

Gunakan motivasi luaran seperti sticky note, peringatan dalam phone dan sebagainya. Menyertai
group usrah adalah salah satu cara untuk mengekalkan momentum fokus.

Jangan biarkan diri anda tergelincir.

FOKUS ADALAH BUKAN SESUATU YANG MAGIK, YANG SENANG-SENANG


ANDA BOLEH DAPAT.
Ia adalah satu kemahiran yang memerlukan latihan harian dan tahapnya akan meningkat dari
masa ke semasa.

Anda mungkin akan terjatuh dan hilang motivasi sekali sekala, tetapi anda boleh bangun kembali
dan meneruskan latihan ini.

Pada akhirnya, semua latihan yang anda buat ini akan berbaloi kerana anda akan benar-benar
fokus kepada perkara yang penting.

(Sumber:islamituindah.my)

Anda mungkin juga menyukai