Anda di halaman 1dari 36

Fawasil

Fawasil (‫)فواصل‬: Kata jama’


Fasilah (‫ )فاصلة‬ertinya dalam bahasa Melayu ceraian.
 Mungkin penamaan diambil dari firman Allah swt :

         
Al-Quran sebuah Kitab Yang tersusun ayat-ayatNya Dengan tetap teguh,
kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan
itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam

pengetahuanNya.
 Fawasil Al-Quran ialah akhir setiap kalimah di dalam sesuatu ayat.
Ia laksana rima di akhir sesuatu bait sajak syair atau prosa. Seperti :

َّ َ‫ َوال َّتأ َ ِّني ِمن‬،‫ش ْيطا َ ِن‬


.‫الَّ ْْ َم ِن‬ َّ ‫اَ ْل َع َجا َل ُة مِنَ ال‬
Sikap tergesa-gesa adalah dari Syaitan. Sikap berhati-hati adalah dari Tuhan Yang Maha Pemurah.

‫وس‬
ِ ُ ‫ف‬ ُّ
‫ن‬ ‫ال‬ ‫ح‬ ‫ب‬
ْ ُ
ِ ‫َج َمال ُ ا ْل َو ْج ِه َم َع ق‬
Keindahan paras rupa beserta jiwa yang kotor,

‫ِيل فِي َق ْب َِّ ا ْل َم ُجوس‬


ِ ‫َكالقِند‬
Bagaikan lilin di kuburan seorang majusi
Dinamakan fasilah kerana ia memisahkan antara dua
ayat. Ayat pertama berakhir dengan kepala ayat (‫)رأس اآلية‬
dan dimulakan dengan ayat yang kedua.

       

       

     

   


Fawasil

PENGENALAN : Ilmu Fawasil adalah ilmu yang


membincangkan mengenai bilangan ayat dan surah
dalam Al-Quran serta akhir ayat dan juga permulaan
bagi setiap ayat.

PERBINCANGAN ILMU INI : Surah Al-Quran dan ayat-


ayatnya dari bilangan-bilangan yang lepas.
KAEDAH FAWASIL :
 Persamaan ayat sebelum dan selepasnya dari segi
panjang atau pendeknya.

 Para ulama bersepakat dalam pengiraannya.


Sempurna maksud dan makna ayat.

 Persamaan di akhir sesuatu ayat dengan suatu ayat


yang lain.

 Perceraian antara satu kalam dengan kalam yang


lain.
FAEDAH :
 Bagi menentukan kesahihan solat. Ulama fuqaha

menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menghafaz

surah Al Fatihah, maka hendaklah menggantikannya

dengan tujuh ayat yang lain. Sekiranya dia tidak

mengetahui tentang ilmu fawasil, bagaimana dia

hendak mencukupkan bilangan tersebut sebagai ganti

Al-Fatehah?
 Memastikan seseorang mendapat pahala dari bacaan
ayat-ayat Al-Quran di dalam solat berdasar kan pada
bilangan-bilangan tertentu.

‫وفي الصحيح أنه صلى اهلل عليه وسلم" كان يقرأ في صالة الصبح‬
". ‫بالستين إلى المائة‬
Terdapat di dalam sahih: Bahawa Nabi SAW: “Adalah
beliau membaca di dalam solat subuh nya dengan enam
puluh hingga seratus ayat.”
 Untuk mengetahui waqaf-waqaf yang
disunatkan pada akhir ayat.

 Untuk menentukan sah sesuatu khutbah


kerana di antara rukun khutbah itu ialah membaca
satu ayat daripada Al-Quran dengan sempurna.
 Untuk mengetahui tempat-tempat bacaan imalah dan
taqlil bagi imam-imam yang membaca dengan wajah-wajah
tersebut ketika waqaf. Ini kerana mengikut qiraat Imam
Warasy dan Imam Abu Amru mereka membaca ‘taqlil’ pada
kepala ayat pada surah-surah tersebut tanpa khilaf.
Sekiranya seseorang Qari itu tidak mengetahui kepala-
kepala ayat disisi ulama Fawasil , bagaimanakah dia dapat
membezakan antara bacaan ‘imalah’ atau ‘taqlil’ sama ada
secara ittifaq atau secara khilaf.
    

               

……..         

             

        

               

           
Mushaf Riwayat Imam Warsy
Mushaf Imam Abu Amr
 Untuk mengetahui bilangan ayat yang disunatkan membacanya
selepas Al-Fatehah di dalam solat kerana ada nas yang
menunjukkan bahawa sunnah membaca sekurang kurangnya tiga
ayat pendek atau satu ayat panjang selepas Al-Fatehah.

Untuk mendapat pahala pada bacaan ayat-ayat yang


dikhususkan di dalam kehidupan seharian. Sebagai satu sebab
untuk mendapat pahala yang dijanjikan bagi sesiapa yang belajar
bilangan-bilangan yang dikhususkan bagi ayat-ayat Al-Quran atau
membacanya ketika hendak tidur.
Contoh 1 :

Terdapat banyak hadith Rasulullah s.a.w. yang menyatakan


tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang
mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya
diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu
Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh
ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada
orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat
keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”
Contoh 2 :

‫من قرأ في صالة‬: "‫وفي مسند الدارمي أنه صلى اهلل عليه وسلم قال‬
‫ ومن قرأ بخمسين آية كتب‬،‫الليل بعشر آيات لم يكتب من الغافلين‬
‫ ومن قرأ بمائتين‬،‫ ومن قرأ بمائة آية كتب من القانتين‬،‫من الحافظين‬
" ‫ ومن قرأ بثالثمائة كتب له قنطار من األجر‬،‫كتب من الفائزين‬
Berkata Rasulullah SAW :
“Barangsiapa yang membaca di waktu malam sepuluh ayat maka
dia tidak ditulis dari golongan al-ghofilin (pelupa), dan
barangsiapa yang membaca seratus ayat maka dia ditulis
dari golongan al-qonitin (yang taat dan khusyuk), dan
barangsiapa yang membaca dua ratus ayat maka dia ditulis
dari golongan al-fa- izin (yang berjaya).”

(Riwayat al-Darimi hadis ke-3457).


SUMBER PENGAMBILAN :

Berdasarkan nas-nas yang sahih dari Rasulullah S.A.W. melalui

riwayat-riwayat para sahabat r.a.

Rasulullah S.A.W. sendiri yang mengira (menentukan akhir

ayat) dan mengajarnya kepada para sahabat r.a.

Dalam mempelajari akhir ayat dari Nabi S.A.W.., para sahabat

membahagikan ayat-ayat al-quran kepada tiga bahagian :


i) Ayat yang Rasulullah S.A.W. sentiasa waqaf (berhenti)

padanya. Maka ayat tersebut dikira sebagai fasilah

dengan persepakatan ulama.

ii) Ayat yang Rasulullah S.A.W. sentiasa wasal (tidak

berhenti) padanya. Maka ayat tersebut tidak dikira

sebagai fasilah secara persepakatan ulama.


iii) Ayat yang Rasulullah S.A.W. kadang-kadang waqaf

dan wasal padanya. Maka disinilah berlakunya khilaf

para sahabat r.a. dalam menentukan ayat tersebut

sama ada termasuk dalam fasilah yang dikira atau tidak.

Jalan yang di ambil oleh mereka ialah dengan

berijtihad.
Ulama yang membincangkan tentang

ilmu Fawasil.
Mengikut qaul yang masyhur di dalam ilmu ini, terdapat

tujuh golongan ulama yang membincang kan tentang

persoalan mengira kepala-kepala ayat di dalam Al-Quran.

Mereka adalah :-

Al-Madani Al-Awwal Al-Madani Al-Akhir Al-Makki

Al-Basri Al-Dimasyqi Al-Himsi Al-Kufi


Ulama yang membincangkan ilmu
Fawasil.

Qaul
Masyhur
7 golongan

1 2 3 4 5 6 7
Madani Madani
Awal Akhir Makki Basri Dimasyqi Himsi Kufi
Oleh kerana kadangkala terdapat persamaan antara ulama-ulama

dalam membilang ayat-ayat di dalam Al-Quran, maka telah dibuat

satu rumuz bagi menyatukan di antara ulama yang mempunyai

persamaan pendapat di dalam masalah tersebut. Apabila di itlaqkan

kalimah Al-Hijazi di dalam ilmu ini, maka ulama yang dimaksudkan

ialah Al-Madani Al-Awwal, Al-Madani Al-Akhir dan juga Al-Makki.

Manakala di itlaqkan kalimah As-Syami menunjukkan gabungan

antara Ad-Dimasyqi dan juga Al-Himsi. Sekiranya lafaz Al-Iraqi pula

digunakan, ianya membawa maksud Al-Basri dan Al-Kufi.


Simbol (rumuz) kumpulan ulama

Ulama

Hijazi Syami Iraqi

Madani Makki Dimasyqi Himsi Basri Kufi


Mari kita lihat berapa bilangan ayat al-Quran
yang sebenarnya di sisi ulama seperti berikut :
1) Di sisi Ulama Kufah terbahagi kepada 2 pendapat :
i) Pendapat pertama – 6217
ii) Pendapat kedua – 6236. Pendapat ini yang
digunapakai untuk kebanyakan Mashaf dengan Qiraat Hafs
dari Imam ‘Asim.

2) Di sisi Ulama Madinah (kelompok pertama) terbahagi


kepada 2 pendapat juga :
i) Pendapat pertama – 6217
ii) Pendapat kedua – 6214
3) Ulama Madinah (kelompok kedua) – 6214

4) Ulama Makki – 6210

5) Ulama Syam terbahagi kepada 3 pendapat :


i) Pendapat pertama – 6226
ii) Pendapat kedua – 6227
iii) Pendapat ketiga (pendapat Ulama Himsi) – 6232
Sistem kiraan muktamad masakini

Jumlah bilangan ayat-ayat mushaf yang dibaca di


daerah Timur tanah Arab dan kebanyakan
Negara Islam yang kini dikenali dengan nama
Mushaf Madinah di ambil dari apa yang telah
muktamad mengikut sistem kiraan golongan
Kufi (ulama Kufah) di dalam menentukan
bilangan ayat-ayat, terutama qiraat Imam
‘Asim Al-Kufi menurut riwayat Imam Hafs.
Adapun bilangan ayat yang muktamad mengikut
sistem kiraan mushaf yang digunapakai di
daerah Barat tanah Arab sehingga kini, ialah
mengikut sistem kiraan Madani Al-Akhir.
Mushaf Maghribi (Barat) ini ialah menurut
qiraat Imam Nafi’ Al-Madani menurut riwayat
Warsy. Ada juga mushaf yang lain dengan
riwayat Qalun menurut riwayat Nafi’.
Adapun di Sudan, maka bacaan yang diamalkan
di sana ialah qiraat Abu Amr Al-Basri. Sistem
bilangan ayat-ayat yang muktamad di dalam
mushaf mereka adalah mengikut sistem kiraan
Al-Basri.

Sementara di negeri-negeri Syam ( Syria


/Jordan/ Palestine), maka bacaan yang
diamalkan di sana mengikut sistem kiraan
Syami.
Mengapa berlaku perselisihan dalam membilang ayat
al-Quran?

 Kesungguhan al-Salaf al-Soleh sendiri iaitu para


sahabat ra yang hidup bersama-sama dengan Nabi
saw, yang mereka ini sering memerhati, melihat dan
mengambilkira semua gerak-geri, pertuturan dan
pendirian Nabi saw. Nabi saw sendiri mengaku akan
kesungguhan mereka dalam berpegang dengan
agama Islam seperti sabda Baginda saw :

“Sebaik-baik umatku adalah kurun yang aku


diutuskan kepada mereka, kemudian kurun yang
berikutnya “.
( Riwayat Muslim dalam sahihnya, hadis ke-2534)
Disini bermaksud antaranya ialah:
 Merekalah orang yang bersungguh dalam
menjelaskan bilangan ayat-ayat al-Quran dan huruf-
hurufnya.

Mereka suka mengira-ngira ayat al-Quran ketika


dalam solat.

Sibuk membilang dengan jari-jemari mereka ketika


solat akan berapa ayat yang sudah dibaca oleh Nabi
saw atau mereka sendiri ketika solat malam dan
sebagainya kerana anjuran dari Nabi saw supaya
mereka meraih sebanyak mungkin pahala membaca
dengan bilangan tertentu.
Sabda Baginda saw :
“Dan sesiapa yang membaca pada waktu malam
lima ratus hingga seribu ayat maka untuknya
satu qintor (dari pahala) di Hari Akhirat kelak”.
Mereka bertanya : “Apa dia qintor?” Maka Sabda
Baginda : “Dua belas ribu”.
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3459).

Oleh kerana hal demikian, para sahabat ra mengambil


berat mengenai hal itu, begitu pula umat Islam selepas
mereka, dengan membilang jari-jemari mereka di
dalam sembahyang untuk mengetahui bilangan ayat
yang sudah dibaca demi meraih pahala yang telah
dijanjikan.
 Di situ, ada kemungkinan sahabat A yang sedang
solat di belakang Rasulullah saw mengira ayat yang
dibaca oleh Baginda saw adalah sebanyak sekian-
sekian. Kemudian dia keluar kota demi urusan
dakwah dan sebagainya. Di hari yang lain pula,
Baginda saw baca dari surah yang sama tapi
sahabat B pula kira ayat tersebut dengan bilangan
yang berbeza dari sahabat yang pertama tadi.
Mungkin ada perbezaan dari segi cara berhenti dan
cara mengambil ayat semula oleh Baginda saw pada
dua malam tersebut. Maka, akhirnya sudah tentu ada
jalan periwayatan yang berbeza dengan maklumat
yang berbeza.
Sebagai contoh Nabi saw bersabda :

“Fatihah al-Kitab dia adalah tujuh


ayat yang sering diulang-ulang”
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3372)

Ulama Kufi dan Makki mengira ( ‫) بسم اهلل الرحمن الرحيم‬


sebagai satu ayat, dengan mengambilkira dari
riwayat Ummu Salamah ra bahawa Nabi membaca :
“ ( ‫ ) احلمد هلل رب العاملني‬kemudian Nabi berhenti, ( ‫) الرمحن الرحيم‬
kemudian berhenti, dan Nabi Membaca ( ‫) ملك يوم الدين‬
(tanpa Alif Mad).

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)


Dari Anas bin Malik ra. :

" Aku biasa solat di belakang


Nabi saw., dibelakang Abu Bakar,
Umar dan Usman. Mereka hanya memulai
bacaan dengan ( ‫ ) الحمد هلل رب العالمين‬dan tidak pernah
ku dengar mereka membaca ( ‫) بسم هللا الَّْمن الَّْيم‬
pada awal bacaan(Al-Fatihah) dan tidak pula
penghabisannya.

(HR Bukhari & Muslim)


Mushaf Hafs & Warsy
 Selain dari itu, para sahabat melihat dari sudut
kesamaan hujung setiap ayat (ra’su al-ayah), ini
juga adalah satu faktor kerana berlaku perbezaan
dalam mengira bilangan ayat al-Quran.

Sebagai contoh dalam surah al-Naas :


Setengah ulama mengira (( ‫)) من شر الوسواس الخناس‬
sebagai hujung ayat, sedangkan sebahagian yang
lain hanya mengira setakat ((‫ )) الوسواس‬sebagai
hujung ayat.

Anda mungkin juga menyukai