Anda di halaman 1dari 3

ILMU FAWASIL

(ILMU KIRA AYAT AL-QURAN)

MUKADIMAH

Mungkin ramai di antara kita yang pernah mendengar ilmu fawasil tetapi jarang sekali mengetahui akan
maksud di sebalik ilmu tersebut. Secara umumnya bolehlah dikatakan bahawa ilmu fawasil daripada

perkataan “fasilah” yang memberi maksud akhir kalimah dalam satu-satu ayat seperti ,

dan sebagainya. Di dalam kitab “nafaz Al-Bayan” karangan As-Syeikh Abdul Fattah bin Abdul
Ghani Al-Qadhi telah menyebut bahawa ilmu ini membincangkan tentang bilangan ayat-ayat Al-Quran
serta tempat– tempat khilaf diantara ulama dalam mengira ayat-ayat dan meninggalkannya. Manakala
timbulnya ilmu ini pula adalah kerana saranan dan galakan Rasulullah s.a.w. terhadap para sahabat
dalam memperolehi pahala pada pembacaan Al-Quran dengan bilangan tertentu kerana Rasulllah s.a.w.
telah menyebut perkara ini di dalam sabdanya :

Cara untuk mengenali Ilmu Fawasil.

Bagi ilmu fawasil ini terdapat beberapa cara untuk kita mengenalinya :-

1-persamaan ayat antara sebelum dan selepas dari segi panjang dan pendeknya.

2-Persamaan bentuk pada huruf akhir antara satu ayat dengan ayat yang lain

di dalam satu surah seperti

3-Pesepakatan antara ulama dalam membilang ayat-ayat yang mempunyai persamaan di dalam Al-
Quran.

4-Perceraian antara satu kalam dengan kalam yang lain.

Faedah mengetahui ilmu Fawasil.

1-Bagi menentukan kesahihan solat kerana mengikut pendapat Fuqaha seseorang yang tidak menghafaz
Al-Fatehah, hendaklah mendatangkan ganti tujuh ayat dari Al-Quran. Sekiranya dia tidak mengetahui
tentang ilmu fawasil, bagaimana dia hendak mencukupkan bilangan tersebut sebagai ganti Al-Fatehah.
2-Memastikan seseorang mendapat pahala dari bacaan ayat-ayat Al-Quran di dalam solat berdasarkan
pada bilangan-bilangan tertentu.

3-Sebagai satu sebab untuk mendapat pahala yang dijanjikan bagi sesiapa yang belajar bilangan-
bilangan yang dikhususkan bagi ayat-ayat Al-Quran atau membacanya ketika hendak tidur.

4-Untuk mengetahui bilangan ayat yang disunatkan membacanya selepas Al-Fatehah di dalam solat
kerana ada nas yang menunjukkan bahawa sunnah membaca sekurang kurangnya tiga ayat pendek atau
satu ayat panjang selepas Al-Fatehah. Bagi sesiapa yang berpendapat bahawa bacaan selepas Al-
Fatehah adalah wajib, maka tidak memadailah jika bacaan itu kurang daripada kadar yang disebutkan
tadi.

5-Sebagai ukuran untuk memastikan bacaan khutbah yang dibaca itu sah kerana di antara rukun
khutbah itu ialah membaca satu ayat daripada Al-Quran dengan sempurna.

6-Memperolehi pahala sunat dengan berhenti di tempat yang disunatkan berhenti iaitu di kepala ayat.

7-Bagi mengenali bacaan ‘imalah’ dan ‘taqlil’ pada kepala ayat dalam surah-surah tertentu mengikut
qurra’ yang mewajibkan ‘imalah’ atau ‘taqlil’ pada awal surah seperti

dan sebagainya lagi. Ini kerana mengikut qiraat warasy

dan Abu Amru mereka membaca ‘taqlil’ pada kepala ayat pada surah-surah tersebut
tanpa khilaf. Sekiranya seseorang Qari itu tidak mengetahui kepala-kepala ayat disisi ulama Fawasil ,
bagaimanakah dia dapat membezakan antara bacaan ‘imalah’ atau ‘taqlil’ sama ada secara ittifaq atau
secara khilaf.

Ulama’ ulama’ yang membincangkan tentang ilmu fawasil.

Mengikut qaul yang mashoor di dalam ilmu ini, terdapat tujuh ulama yang membincangkan tentang
persoalan mengira kepala-kepala ayat di dalam Al-Quran. Mereka adalah :-

Al-Madani | Al-Awwal | Al-Madani | Al-Akhir | Al-Makki | Basri | Al-Dimasyqi | Al-Himsi | Al-Kufi |

Oleh kerana kadang-kadang terdapat persamaan antara ulama-ulama dalam membilang ayat-ayat di
dalam Al-Quran, maka telah dibuat satu rumus bagi menyatukan di antara ulama yang mempunyai

persamaan pendapat di dalam masalah tersebut. Apabila di itlaqkan kalimah Al-Hijazi di


dalam ilmu ini, maka ulama yang dimaksudkan ialah Al-Madani Al-Awwal, Al-Madani Al-Akhir dan juga

Al-Makki. Manakala di itlaqkan kalimah As-Syami menunjukkan gabungan antara Ad-Dimasyqi

dan juga Al-Himsi. Sekiranya lafaz Al-Iraqi pula digunakan, ianya membawa maksud Al-Basri
dan Al-Kufi.
Namun begitu terdapat juga perbezaan lafaz bagi ulama-ulama di dalam ilmu ini yang mungkin agak
mengelirukan walaupun pada hakikatnya mempunyai maksud yang sama.

TTAMAT

Anda mungkin juga menyukai