Anda di halaman 1dari 22

1.

PENDAHULUAN

Qiraat adalah bentuk masdar daripada qara’a atau jamak daripada qiraah yang
ertinya bacaan. Menurut istilah ilmiah, qiraat adalah satu mazhab(aliran) pengucapan Al-
Quran yang dipilih oleh salah seorang Imam qurra’ sebagai suatu mazhab yang berbeza
dengan mazhab lainnya. Dengan kata yang lain ia membawa maksud perbezaan-
perbezaan dalam membaca Al-Quran, iaitu perbezaan lafaz-lafaz Al-Quran mengenai
huruf-huruf dan cara mengucapkannya di segi tebal atau nipis, panjang pendeknya dan
sebagainya.

Muhammad Abdul Azim Az-Zarqani mengatakan: "Qiraat ialah suatu mazhab


yang dipilih oleh imam qiraat yang mana antara satu dengan lainnya tidak sama dalam
menuturkan Al-Quran." Muhammad Salam Muhsin mengatakan: “Qiraat adalah satu
ilmu yang membahaskan tentang cara pertuturan kalimat-kalimat Al-Quran serta cara
pelaksanaannya dengan menisbahkan setiap wajahnya kepada seorang Imam pakar
qiraat.”

Muhammad ‘Ali Shabuni mengatakan: "Qiraat ialah suatu cara daripada beberapa
cara mengucapkan Al-Quran yang masing-masing imam itu memilih satu cara yang
berbeza dengan yang lainnya dalam mengucapkan Al-Quran”.

Definisi tersebut di atas, dapatlah kita simpulkan qiraat adalah suatu ilmu
pengetahuan mengenai cara melafazkan Al-Quran secara praktikal dengan
pengucapannya yang baik, sama ada disepakati atau diperselisihkan kesahihannya dengan
berpandukan pada mazhab-mazhab yang diakui sanadnya hingga sampai kepada
Rasulullah SAW.
2. Bincangkan sejarah perkembangan Ilmu Qiraat di Malaysia dengan mengambil
kira peranan institusi-institusi yang terlibat. (15 markah)

2.1 Sejarah perkembangan Ilmu Qiraat di Malaysia

Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat melayu kerana ia tidak diperkenalkan
secara meluas di negara kita, sedangkan ia berkembang dengan meluasnya pada zaman
Rasullullah s.a.w dan selepasnya. Tetapi hakikatnya, ilmu Qiraat bukannya suatu ilmu
yang asing bagi umat Islam di Malaysia, malah al-Quran yang dibaca sekarang adalah
sebahagian daripada ilmu Qiraat itu sendiri. Pengajian tilawah al-Quran di Malaysia
berjalan seiring dengan perkembangan dakwah Islam yang telah sampai di gugusan
nusantara sejak sekian lama dahulu. Ketika itu, pengajian tilawah al-Qur’an hanya diajar
oleh para ulama’ dan guru-guru agama melalui institusi pondok, madrasah atau rumah
kediaman mereka.

Mengikut sejarah perkembangan ilmu tajwid, penyusun ilmu tajwid yang pertama
dalam bahasa Melayu adalah seorang ulamak yang bernama Muhammad Salih bin Ibnu
Mu’ti bin Syeikh Muhammad Salih al- Kalantani. Asal usulnya tidak diketahui tetapi
mengikut sejarah nama di akhir adalah al-Kalantani, berkemungkinan beliau berasal dari
kelantan.( nama ini terdapat dalam sebuah buku karya beliau ). Berdasarkan kepada
bukunya mengenai ilmu tajwid, yang bertajuk “ Mir’atul Quran fi Tashili Ma’rifati
Ahkamit Tajwid lil Mulkil Wahhab” dihasilkan pada tahun 1193H bersamaan 1779M
adalah tarikh terawal mengenai ilmu itu yang ditulis dalam bahasa Melayu. Beliau juga
telah mengambil kitab tafsir Bahasa Melayu “Turjumanul Mustafid”, Karya Abdul Rauf
bin Ali al-Fansuri yang merupakan terjemahan dan tafsir al-Quran yang pertama dalam
bahasa Melayu. Buku ilmu tajwid karya Ibnu Syeikh Abdul Mu’ti ini telah disalin semula
oleh Tuan Guru Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Terengganu bermula pada tahun
1235H (1819) dan disiapkan pada tahun 1265H bersamaan 1848M.

Susunan Mir’atul Quran karya beliau mengandungi hukum-hukum tajwid yang


biasa dibicarakan dalam kitab-kitab lain dan membicarakan fasal-fasal dan beliau mula
membandingkan wajah-wajah bacaan imam-imam qiraat yang terkenal seumpama Syeikh
Hafas, Syeikh Qalun, Syeikh Nafi’, Syeikh Abu Umar, Syeikh Ibnu Katsir, Syeikh Ibnu
‘Amir, Syeikh Kisa-I, Syeikh ‘Asim dan ramai lagi.

Setelah negara mencapai kemerdekaan sekolah-sekolah rasmi kerajaan pula turut


menyediakan pengajian yang berhubung dengan tilawah al-Quran dan perkara yang
melibatkan ilmu Qiraat tidak di perluaskan. Ini adalah kerana keutamaan dalam
mempelajari bacaan al-Quran adalah membaca beserta dengan tajwid dan menjadi
kewajipan bagi guru-guru al-Quran memberi penekanan serta tumpuan kepada kaedah
bacaan al-Quran beserta tajwid. Seperti mana yang di utarakan oleh Imam Ibnu al-
Jazari[1]

Maksudnya:
“Mengamalkan tajwid itu ( ketika membaca al-Qur’an ) satu kewajipan, Sesiapa
yang tidak mengelokkan bacaan (membaca al-Qur’an beserta tajwid) adalah
berdosa, Kerana beserta tajwidlah Tuhan menurunkan al-Qur’an, Dan begitulah
kepada kita sampainya bacaan”.

Justeru itu pengetahuan terhadap ilmu Qiraat ini di ketepikan dahulu agar
masyarakat dapat membaca dengan betul sebelum mendalami ilmu Qiraat ini. Di samping
itu juga, pengetahuan sebegini sebahagian besarnya hanya mampu di pelajari di Timur
Tengah seperti Mesir, Syiria, Arab Saudi dan sesetengah negara arab yang lain maka
timbullah masalah kekurangan pakar-pakar yang khusus dalam bidang ini untuk
menerangkan kepada masyarakat pengetahuan tentang ilmu ini.

Keghairahan masyarakat Islam di Malaysia mempelajari seni ilmu bacaan al-


Quran ini semakin meningkat. Ini terbukti dengan adanya sambutan yang menggalakkan
terhadap kelas-kelas pengajian al-Quran samada dibawah kerajaan, swasta mahu pun
persendirian. Walaupun begitu, sebahagian besar kelas-kelas tersebut masih lagi belum
memperkenalkan ilmu Qiraat ini kerana lebih menekankan kepada memperbetul dan
memperelokkan bacaan.
Masyarakat Islam di Malaysia mula memahami bahawa bacaan yang mereka
pelajari selama ini adalah bacaan daripada riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi melalui
majlis-majlis dan tilawah al-Quran yang sebahagian besarnya menonjolkan identiti
bacaan ini sekaligus memperkenalkan kepada masyarakat Islam di Malaysia bahawa
bacaan yang dipersembahkan adalah mengikut bacaan riwayat Hafs bin Sulaiman al-
Khufi sepertimana yang mereka amalkan sebelum ini.

Disamping itu, dengan timbulnya beberapa Maahad Tahfiz samada dibawah


kerajaan atau pun swasta yang mengambil sukatan pelajaran daripada Universiti Al-
Azhar, Kaherah telah membuka sedikit ruang kefahaman masyarakat Islam di Malaysia
tentang ilmu Qiraat yang mana sebelum ini pengetahuan sebegitu hanya tertumpu kepada
individu-individu tertentu sahaja. Sukatan pelajaran yang diambil adalah diantaranya
mempelajari bacaan Qiraat melalui aliran al-Syatibiah dengan menggunakan matan al-
Hirzu al-Amaani Wa al-wajhu al-Tahaani.

Justeru itu, penggunaan aliran al-Syatibiah bagi riwayat Hafs bin Sulaiman al-
Khufi ini semakin popular dan terkenal dengan adanya sistem pelajaran yang sebegini
dan ramainya lepasan-lepasan pelajar dari maahad-maahad tahfiz. Hakikatnya, sebelum
aliran al-Syathibiah ini dikenali oleh masyarakat Islam di Malaysia sememangnya mereka
sudah pun membaca mengikut aliran ini tanpa mereka sedari.

Penubuhan Darul Quran (Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat) bermula pada


tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman
Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran
di Malaysia. Idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan
semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut
di perasmian Masjid Negara.

Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai


salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.
Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di
Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966. Dari tahun 1966 hingga tahun 1978
pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan
Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, pada tahun 1972
dan ianya diberi nama “Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat”.

Awal tahun 1979 Maahad Tahfiz ini diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat
Penyelidikan Islam, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun
1980. Selepas itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan
Chenderasari, Kuala Lumpur dan dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut
Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri
sehingga tahun 1983. Sehinggalah pada tahun 1984 Maahad Tahfiz telah lahir sebagai
sebuah Cawangan di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya
yang tersendiri.

Pada Tahun 1992 Maahad Tahfiz ini kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun
Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pula ditempatkan di
Jalan Ledang. Pada Tahun 1994 pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman
Tun Dr. Ismail, manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14 Sg. Semungkus Hulu
Langat Selangor. Pada tahun 1997 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan
taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan
diberi nama Darul Quran Akhirnya pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke
kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan juga di setiap negeri samada di


bawah kerajaan persekutuan, negeri atau persendirian di seluruh Malaysia, seperti
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Shah Alam Selangor, Maahad Tahfiz Al-Quran
Wal-Qiraat Pulai Chondong Kelantan dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN
Perak. Peranannya adalah sama iaitu mengembangkan ilmu al-Quran kepada seluruh
rakyat di negara ini khususnya pelajar-pelajar.
2.2 Peranan institusi-institusi yang terlibat

Darul Quran dan Maahad Tahfiz menunaikan fardu kifayahnya dengan menjadi
satu pusat untuk mengembangkan ilmu Qiraat terhadap masyarakat. Dengan menunaikan
tuntutan ini juga maka ia merupakan satu usaha ke arah memelihara al-Quran dari
sebarang penyelewengan dengan melahirkan generasi huffazul Quran yang berpendidikan
dunia dan akhirat, Melalui pendidikan di Darul Quran juga akan melahirkan insan yang
mempunyai personaliti yang tinggi.

Pendidikan di Darul Quran dan Maahad Tahfiz juga bertujuan melahirkan pelajar
dalam bidang tahfiz dan Qiraat. Seterusnya para pelajar di sini juga di beri pendedahan
dengan ilmu dakwah dari segi kepimpinan, metodologi, komunikasi dan psikologi
dakwah di mana dengan ini akan melahirkan generasi pendakwah yang akan dapat
menjana masyarakat Islam yang berilmu dan dapat menjadi insan yang terpuji.

Darul Quran memainkan peranan yang penting ke arah melahirkan para huffaz
dan du’at yang berkemahiran dalam bidang al-Quran seterusnya berwibawa dan
berketrampilan melalui program Diploma Tahfiz Al-Quran dalam kerangka membina
ummah yang berkualiti. Darul Quran dan Maahad Tahfiz juga berobjektifkan untuk
melahirkan golongan professional yang hafiz, generasi yang bertakwa, berilmu dan
bermanfaat serta mahir lagi berketrampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara.
Pendidikan di Darul Quran dan Maahad Tahfiz turut menyediakan asas penjanaan ke arah
melahirkan generasi cendekiawan yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman
kegemilangan keilmuan Islam.

Pada 16 April 1983 graduan-graduan dari Darul Quran telah diberi pengiktirafan
oleh JPA setaraf dengan diploma Universiti Institut Teknologi Mara bagi membolehkan
pelajar-pelajar lepasan Darul Quran ini menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam
atau swasta sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau jawatan
lain dalam bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, berwibawa serta mempunyai
personality yang tinggi. Ia juga diiktiraf oleh universiti dalam dan luar Negara, khususnya
di Timur Tengah. Graduan Darul Quran berpeluang mengikuti program ijazah Pertama di
pusat-pusat pengajian tinggi seperti :
1-Maahad Qiraat Al-Azhar Al-Syariff
2-Universiti Malaya
3-Universiti Kebangsaan Malaysia
4-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
5-Kolej Universiti Islam Malaysia
6-Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kassim, Sumatera, Indonesia.

Manakala lepasan SPM dari Maahad Tahfiz, pelajar bebas memilih IPTA/IPTS
dalam dan luar negeri mengikut cita-cita masing-masing. Pelajar yang lulus dalam
peperiksaan STAM pula boleh memilih mana-mana institut pengajian di Timur Tengah,
seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Madinah, Jordan dan lain-lain. Pelajar yang
menduduki peperiksaan STTQ pula berpeluang untuk menyambung pengajian secara
terus dalam bidang Quran & Qiraat di Universiti Al-Azhar Cawangan Shoubra, Mesir.

Secara ringkasnya Darul Quran dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat serta
institusi seumpamanya yang ditubuhkan di setiap negeri samada di bawah kerajaan
persekutuan, negeri atau persendirian di seluruh Malaysia mempunyai peranan yang sama
iaitu;
 mengembangkan ilmu al-Quran kepada seluruh rakyat di negara ini
khususnya pelajar-pelajar.
 Melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan al-Quran, berilmu,
beramal dan bertakwa dan efisyen tentang isi kandungan al-Quran serta dapat
merealisasikan dalam masyarakat.
 Menyediakan kemudahan mengkaji al-Quran dan mempelajari Ulum al-
Quran.
 Menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkan Ulum Al-
Quran kepada masyarakat.
 Melahirkan individu yang mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh,
bertakwa kepada Allah s.w.t. dan berakhlak mulia dan menjadi rujukan masayarakat
 Memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang
penyelewengan.
 Menyediakan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
samada di dalam atau luar negara.

KESIMPULAN

Ilmu qiraat adalah salah satu ilmu dan cabang-cabang ilmu yang ada hubungan
dengan al-Quran yang sewajarnya diberi perhatian yang serius. Ilmu Qiraat hendaklah
sentiasa di pelajari, dijaga dan disuburkan melalui pusat-pusat pengajian yang
mengajarkannya. Darul Quran salah satu dari pusat pengajian yang menghidupkan dan
melahirkan ahli Qiraat.

Semoga Darul Quran dan Maahad Tahfiz berjaya dalam misinya untuk
melahirkan para huffaz dan du’at yang berkemahiran dalam bidang al-Quran,
berrpersonaliti yang tinggi, bertakwa, berilmu dan melahirkan generasi cendekiawan
yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman kegemilangan keilmuan Islam.
Semoga Allah mempermudahkan jalannya dalam mendaulatkan dan menghidupkan
ilmu al-Quran. InsyaAllah.

3. Bincangkan peranan ilmu Qiraat dalam pemahaman Al-Quran. (10 markah)


Sesetengah ulama qiraat memberikan pengertian tafsir sebagai merangkumi
perkara-perkara yang berhubung dengan kedudukan kalam Allah s.w.t yang dimulai dari
sudut sanad atau sandaran lafaz dan pengertian makna yang berhubung dengan sesuatu
hukum. Ini termasuk sebab-sebab diturunkan sesuatu ayat dan masa sesuatu kejadian itu
berlaku. Sesuatu penafsiran yang dapat diterima sebagai hujah oleh ahli-ahli tafsir
mestilah mengandungi sususan ilmu bacaan (al-Qiraat), yang lengkap, ilmu usul dan
ilmu bahasa yang melingkupi nahu, saraf, balaghah, bayan, badi' dan sebagainya.1

“Jibril membacakan kepada aku dengan satu huruf lalu aku ulang-ulangi.
Senantiasalah aku meminta kepadanyaakan penambahan lalu dia (jibril) menambah
sehingga sampai tujuh huruf.” (Riwayat Al Bukhari).

Al-Quran yang diturunkan dengan tujuh huruf memberi kemudahan kepada


umat Islam untuk membaca dan mengamalkan hukum-hakam yang terkandung di
dalamnya. Penurunan al-Quran dengan tujuh huruf ini bermula pada zaman dakwah
baginda di Madinah setelah dakwah Nabi SAW semakin meluas ke seluruh tanah Arab.
Marhalah ini juga dikenali sebagai “Marhalah At-Tashil” yang membantu umat Arab
mengenali al-Quran dan menghayatinya mengikut lahjah kabilah masing-masing. Hasil
galakan dan panduan daripada Nabi SAW, generasi sahabat sangat tekun mendalami al-
Quran dengan seluruh wajah qiraat yang diturunkan. Setelah kewafatan baginda, para
sahabat telah bertebaran di seluruh Semenanjung Tanah Arab sehingga melahirkan
beberapa madrasah qiraat seperti Madani, Makki, Syami, Kufi dan Basri.

Kemudian datang generasi selepasnya sehingga melahirkan tokoh-tokoh yang


masyhur dalam bidang ini antaranya ialah sepuluh imam qurra’. Setelah zaman berzaman
ilmu qiraat semakin berkembang dengan kelahiran tokoh-tokoh dalam bidang ini seperti
Imam as-Syatibi (wafat 590H), Imam Ibnu al-Jazari (wafat 833H) dan lain-lain. Para
ulama juga telah membahaskan ilmu qiraat dalam pelbagai sudut untuk menambahkan
kefahaman terhadap al-Quran seperti sejarah ilmu qiraat, taujih al-Qiraat al-Mutawatirah,
taujih al-Qiraat as-Syazzah.
1
http://www.mindamadani.my/content/view/167/2/
Terdapat juga ulama berselisih pendapat dalam persoalan adakah kedua-duanya
merupakan perkara yang sama atau sebaliknya.

Imam Badruddin Azzarkashi menyatakan bahawa Al-Quran dan Al-Qiraat adalah


2 hakikat yang berlainan. Ini kerana Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada
Rasulullah saw sebagai mukjizat dan keterangan. Sebaliknya Al-Qiraat pula adalah
kepelbagaian lafaz-lafaz wahyu itu pada huruf dan kaedah pembacaan seperti takhfif dan
tashdid. Al-Qiraat juga tidak dapat tidak diambil melalui proses talaqqi dan mushafahah.2

Doktor Muhammad Salim Muhaisin pula berpendapat bahawa Al-Quran dan Al-
Qiraat adalah dua hakikat dengan satu makna. Berdasarkan Al-Quran adalah masdar yang
seerti dengan Al-Qiraah. Al-Qiraat pula jamak kepada Al-Qiraah. Maka bagi beliau
kedua-duanya adalah mempunyai satu makna.3

Mutawatir adalah prasyarat utama dalam penerimaan sesuatu wajah sebagai Al


Qiraat Al Maqbulah (qiraat yang diterima) di samping bertepatan dengan rasm uthmani
dan satu wajah daripada wajah-wajah tatabahasa arab. Apabila sudah di wartakan sebagai
mutawatir, maka beramal dengannya adalah dibenarkan malah dituntut dan diberi dengan
sebaik-baik ganjaran. Selanjutnya mengaplikasikan seluruh wajah bagi qiraat mutawatir
adalah suatu kewajipan.

Ulama bersepakat bahawa kepentingan yang dimainkan oleh Qiraat Mutawatirah


dalam ilmu tafsir. Kepelbagaian bentuk bacaan yang sah sanadnya adalah merupakan satu
rahmat kepada umat Islam khususnya dalam bidang pensyariatan hukum-hakam. Ini
kerana kepelbagaian tersebut bukanlah bermaksud wujud pertentangan makna mahupun
pada aspek pentafsiran secara keseluruhan, bahkan ianya merupakan pelengkap di antara
satu sama lain yang mempunyai hubung kait.

2
http://ilmuqiraat.blogspot.com/2008/10/pengenalan-asas-ilmu-qiraat.html
3
http://mohamadredha.blogspot.com/2009/05/takrif-qiraat.html
Doktor Syaaban Muhammad Ismail dalam karangannya (Al Qiraat Ahkamuha wa
Masdaruha)4 menyatakan adalah mustahil terdapat pertentangan dalam nas Al Quran.
Sama ada kerana terdapat perbezaan pada makna , pertentangan pada maksud atau
berlawanan pada matlamat. Ini kerana semuanya akhirnya akan terdapat titik pertemuan
yang menghasilkan percambahan buah fikiran. Hakikat ini sebenarnya telah memberi
sumbangan yang besar kepada para cerdik pandai Islam dalam menangani thaqafah
Islamiyyah. Diantara disiplin ilmu yang terkesan daripada kepelbagaian wajah Qiraat
ialah hukum hakam syariah Islam.

Secara umumnya hukum syariah yang bercambah hasil kepelbagaian wajah ini boleh
dibahagikan kepada dua iaitu Ahkam I’tiqadiyyah (Aqidah) dan Ahkam A’maliyyah
(Feqah).

Al Ahkam I’tiqadiyyah
Ayat-ayat di bawah tajuk ini mempunyai perbezaan wajah yang mempunyai
hubungkait dengan persoalan aqidah Islamiyyah. Secara umumnya ia merupakan tuntutan
bagi mukallaf untuk berpegang dengan asas aqidah Islam yang sahih dengan dibahagikan
kepada 4 kumpulan iaitu ;
1. Ketuhanan ; 13 tempat
2. Kenabian ; 17 tempat
3. Perkara-perkara ghaib ; 13 tempat
4. Amal dan balasan ; 10 tempat

Contoh ayat yang berkaitan ialah firman Allah:


       
Lafaz “malik” dalam ayat 4 surah Al-Fatihah boleh dibaca dengan dua wajah
sama ada dengan “maaliki” atau pun “maliki”. Hasil daripada perbezaan ini ramai
ulamak memberi pandangan. Abu Amr Al Basri menyatakan bahawa raja adalah lebih
umum berbanding pemilik. Abu Ubaid Al Qasim ibn Salam pula menyatakan seluruh raja

4
http://syababghardhuffaz.blogspot.com/2006/10/qiraat-9.html
memiliki tetapi tidak sebaliknya. Hasilnya kita dapati bahawa Allah bersifat dengan
kedua-dua sifat ini. Dia adalah Raja yang Maha Memiliki.

Perlu diberi perhatian bahawa dalam ruang disiplin ilmu aqidah tidak dibenarkan
mengambil wajah yang tidak mutawatir sebagai sandaran hukum. Oleh itu wajah-wajah
yang menjadi rujukan dalam aqidah disyaratkan mutawatir. Tidak boleh daripada wajah
yang shaz atau yang lebih rendah daripadanya. Walaupun dalam contoh kita tadi terdapat
wajah-wajah yang lain tetapi tidak boleh dijadikan sandaran dalam memberi dilalah
dalam erti kata yang lain beristinbat daripadanya kerana tidak mutawatir.

Ini membuktikan perbezaan wajah Qiraat menjadi salah satu penyumbang


percambahan aliran pemikiran dalam aqidah Islam.

Al Ahkam Al Fiqhiyyah Al Amaliyyah


Ayat-ayat di bawah tajuk ini mempunyai perbezaan wajah yang mempunyai hubungkait
dengan persoalan ibadat dalam Islam. Secara umumnya ia merupakan tuntutan bagi
mukallaf untuk mengikuti hokum-hakam Feqah Islami dengan dibahagikan kepada 7
kumpulan iaitu ;
1. Ibadat ; 11 tempat
2. Muamalat ; 3 tempat
3. Nikah ; 7 tempat
4. Hudud ; 4 tempat
5. Jihad ; 10 tempat
6. Sumpah ; 2 tempat
7. Kehakiman ; 1 tempat

Contoh yang amat jelas adalah dalam firman Allah5:


 
  
 
5
Al-Quran, surah Al-Maidah, ayat 6
  
 
 
 
  

Lafaz “arjulakum” dalam ayat itu boleh dibaca dengan 2 wajah iaitu
“arjulakum” dengan fathah atau “arjulikum” dengan kasrah. Kedua-duanya adalah
Qiraat yang mutawatir. Perbezaan yang ringkas ini sebenarnya telah menerbitkan
perbahasan yang panjang. Dengan campur tangan pula dari sudut nahu maka telah
membawa satu perkataan dengan dua makna iaitu membasuh atau menyapu. Hasilnya
kita mengetahui tentang sumber istinbat kewajipan membasuh kaki dalam wuduk dan
keharusan menyapu khuf dalam situasi tertentu.

Begitulah dalam contoh-contoh yang lain. Umat Islam akhirnya akan


memperolehi faedah yang banyak hasil daripada ijtihad ulamak dengan ruang ibadah
yang lebih luas dan memberi peluang kepada seluruh manusia merasai kesesuai Islam
walau di mana mereka berada.

Ulama telah bersepakat menyatakan bahawa selain daripada Qiraat Tujuh dan
Sepuluh adalah merupakan Qiraat Shazzah. Ini kerana ianya tidak memenuhi salah satu
daripada rukun Qiraat yang tiga. Umumnya, Qiraat Shazzah dikatakan berpunca daripada
Mashahif peribadi para Sahabat r.a yang tidak dihapuskan setelah Saidina `Uthman
mengarahkan pembukuan semula al-Quran seperti mushaf Ibnu Mas`ud di mana
mushafnya telah diriwayatkan oleh generasi Tabi`in.

Walaupun Qiraat Shazzah tidak boleh dibaca sebagaimana Qiraat Mutawatirah,


tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan terhadap ilmu
tafsir al-Quran.
Di bawah, beberapa contoh Qiraat Shazzah dan peranannya dalam ilmu tafsir;

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah:


   
       
   
   
Maksudnya: “Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang (hendak) bertakwa”.6

Qiraat Ibnu Muhaysin membaca dengan bacaan Tanwin pada kalimah “raiba”
menjadi “raiban”. Dari segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan
bahawa inilah kitab yang tidak didapati keraguan di dalamnya.

Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan keterlibatan disiplin ilmu yang lain dalam kajian kita ini.
Perbezaan wajah ini akan lebih kita fahami dengan bantuan ilmu nahu, sorof, balaghah,
usuluddin, usul feqh dan sebagainya. Tugasan ini sebagai pengenalan agar dapat
dilakukan kajian demi kajian supaya lebih nampak jelas peranan Qiraat dalam hidup kita.
Sedikit sebanyak disiplin ilmu Qiraat memainkan peranan penting dalam metodologi
Islam. Manifestasi daripada itu, ilmu ini tidak boleh sama sekali dipandang ringan. Sudah
menjadi tanggungjawab kita semua untuk mendalami ilmu ini dan menyebarkannya
kepada masyarakat sekeliling.

6
Ibid, surah al-Baqarah, ayat 1 dan 2
4. Setiap Imam Qiraat mempunyai usul, huraikan DUA usul daripada tujuh imam
Qiraat. (10 markah)

Al Qiraat al Sab’ah ialah bacaan yang dinisbahkan kepada tujuh imam Qiraat yang
terkenal iaitu ;
 Imam Nafi’
 Imam Ibn Kathir
 Imam Abu ‘Amru
 Imam Ibnu Amir
 Imam ‘Asim
 Imam Hamzah
 Imam al Kisa’i

Setiap imam masyhur di atas mempunyai dua perawi dan sanad yang sahih, membawa
usul qiraat yang pelabagi wajah. Semua qiraat dan perawi dipilih melalui ketelitian yang
dibuat oleh ulama Ibnu Mujahid7 yang meninggal pada Tahun 324H.

1- USUL PERAWI IMAM NAFI’


Periwayat dari Imam Nafi’ ialah Qalun dan Warsy.
1. Contoh usul riwayat Qalun ialah:
   
  
     
Dibaca sukun atau silah pada Mim Jama’ - /‫عَلْيِهْمَعَلٌيِهُمو‬
َ

7
HBQE2203, Al-Qiraat, hal 79
2. Contoh usul riwayat Warsy ialah:
  
     


Dibaca Tashil pada Hamzah Fi Kalimah - ‫َءانَذرَتُهم‬

2- USUL PERAWI IMAM IBN KATHIR


Periwayat dari Imam Ibn Kathir ialah Al Bazi dan Qunbul
1. Contoh usul riwayat Al Bazi ialah:
    
 
Dibaca silah Ha al-Kinayah ‫عٌنُهو‬
َ

2. Contoh usul riwayat Qunbul ialah:


     
Dibaca qasar pada Mad Jaiz (2 harkat) ‫َيَدا َأِبي‬

3- USUL PERAWI IMAM ABU AMRU


Perawi dari Imam Abu Amru ialah Al Duri dan As Susi
1. Contoh usul riwayat Al Duri
    
 
Dibaca Tawassut (4 harkat) pada Mad Wajib Munfasil -
‫ا‬
2. Contoh usul riwayat As Susi
    
  
Dibaca Idgham Kabir pada - ‫ل‬
َ ‫َتَرَكْيّفَع‬
4- USUL PERAWI IMAM IBN AMIR
Periwayat dari Imam Ibn Amir ialah Hisham dan Ibn Zakuan
1. Contoh usul riwayat Hisham ialah:
     
Dibaca dengan Hazaf alif iaitu: ‫ك‬
ِ ‫َمِل‬

2. Contoh usul riwayat Ibn Zakuan ialah:


    

Dibaca Imalah pada huruf Jim iaitu kalimah yang bergaris .

5- USUL PERAWI IMAM ASIM


Perawi dari Imam Nafi’ ialah Syukbah dan Hafs
Contoh usul riwayat Syukbah:

‫ضحـى‬
ُ ‫َوال‬ (Imalah, tashil, raum atau isymam )
Contoh usul riwayat Hafs ialah:
    
    
 
Dibaca dengan Isymam (memuncungkan dua bibir mulut) pada kalimah yang bergaris
6- USUL PERAWI IMAM HAMZAH
Periwayat dari Imam Nafi’ ialah Khalaf dan Khalad
1. Contoh usul riwayat Khalaf ialah:
     
Dibaca dua wajah iaitu Saktah atau Tahqiq selepas huruf Lam yang

bertemu alif - ‫عوُذ‬


ُ ‫ل َأ‬
ْ ‫ ُق‬/ ‫عوُذ‬
ُ ‫ل ّ َأ‬
ْ ‫ُق‬

2. Contoh usul riwayat Khalad ialah:


     
Dibaca dengan dua wajah iaitu Tahqiq dan Naqal pada kalimah tersebut iaitu:
‫حُد‬
َ ‫ن‬
َ ‫ ُكُفَؤ‬/ ‫حُد‬
َ ‫ُكُفًوا أ‬

7- USUL PERAWI IMAM KISAI’


Perawi dari Imam Nafi’ ialah Abu Umar Hafs dan Abu Al Harith
1. Contoh usul riwayat Abu Umar Hafs
   
     
 
Dibaca dengan Imalah pada kalimah yang mempunyai ya iaitu:
‫ َقَلى‬/ ‫جى‬
َ‫س‬
َ / ‫حى‬
َ‫ض‬
ُ ‫َوال‬

2. Contoh usul riwayat Abu Al Harith:


    
Dibaca Imalah sebelum ha tanith ketika waqaf pada kalimah yang bergaris di atas.

Kesimpulannya, kebanyakan usul tidak kita ketahui secara mendalam kerana kurang
pendedahan dan tidak memperdalaminya secara khusus. Kebiasaanya kita hanya melihat
usul riwayat Hafs dari Imam ‘Asim yang tercatat di mukasurat akhir al-Quran.
Kebanyakan dari kita juga tidak memahami apa yang tercatat di situ kecuali sebahagian
yang memperdalami ilmu tajwid secara berguru. Jika sekadar membaca sahaja, tidak
memadai dan ditakuti salah pada lafaz sebutannya.
PENUTUP

Sesungguhnya al-Quran itu Kalam Suci, kata-kata Allah yang mesti dijaga dan dipelajari
cara bacaan yang betul. Pembacaannya juga hendaklah secara tartil, sepertimana firman
Allah yang telah dinyatakan di atas. Oleh amat wajarlah setiap umat Islam mempelajari
ilmu tajwid dengan bersungguh-sungguh demi menghormati dan menjaga kesucian
Kalamullah, mudah-mudahan pembelajaran ilmu tajwid akan dapat memperelokkan lagi
pembacaan al-Quran.

Adalah wajar pihak-pihak tertentu mengambil langkah dan usaha ke arah memperluaskan
lagi penyebaran ilmu tajwid kepada masyarakat terutama masyarakat Islam di Malaysia.
Untuk itu beberapa pandangan dan langkah perlu diambilkira dalam menjayakan usaha
tersebut, antaranya:

1. Pihak Kementerian seharusnya memasukkan matapelajaran ilmu tajwid dalam sukatan


pelajaran di sekolah rendah dengan lebih terperinci. Ini kerana buat masa sekarang
pelajaran ilmu tajwid hanya diajar secara umum di sekolah rendah, tidak terperinci
seperti sukatan pelajaran yang dahulu. Itupun diterapkan semasa murid berada di tahap 2
sahaja.

2. Pihak kementerian juga seharusnya memperkembangkan kelas- kelas aliran pengajian


tahfiz kepada pelajar-pelajar peringkat menengah. Ini kerana kebanyakan kelas tahfiz
diambilalih oleh pihak swasta atau kerajaan negeri sepertimana Maahad Sains Tahfiz
yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Walhal kelas seperti ini sepatutnya
wujud dalam semua negeri di seluruh Malaysia.

3. Menggalakkan pembacaan al-Quran bertajwid kepada golongan dewasa dengan


mengadakan pertandingan bacaan al-Quran secara bertajwid samada di peringkat
kampung, daerah, negeri dan lain-lain. Ini akan menggalakkan golongan dewasa berminat
untuk mempelajari ilmu tajwid.
4. Pihak tertentu samada swasta atau individu pula mengadakan kelas belajar tajwid. Ini
kerana kebanyakan hari ini kelas iqra’ dan qiraat sahaja yang tumbuh seperti cendawan
sedangkan kelas tajwid untuk kanak-kanak tidak begitu menggalakkan pertumbuhannya.
Oleh itu perlu ada inisiatif pihak tertentu untuk mewujudkan kelas ini.

5. Peranan media cetak juga amat penting di mana media cetak seperti akhbar-akhbar
tempatan mewujudkan ruangan untuk pembelajaran tajwid sepetimana “ Ruangan Belajar
Jawi bersama Pak Mat Lob” di dalam Utusan Malaysia. Dengan cara ini masyarakat akan
lebih mudah terdedah kepada pembelajaran ilmu Tajwid secara langsung berbanding
dengan buku Tajwid yang terpaksa mereka cari dan membelinya dikedai-kedai buku.

6. Pihak Media Massa seperti televisyen perlu mengadakan Forum “ Perbincangan


Mengenai Hukum-hukum Tajwid terutama untuk golongan dewasa. Tidak dinafikan
sudah wujud beberapa program di televisyen mengenai tajwid seperti Mari Mengaji di
TV9, Qiraatil Quran di TV1, Mari bertarannum di TV9, Kalam suci di TV Oasis dan
Akedemik al-Quran di TV9. Ianya lebih ditujukan kepada golongan kanak-kanak dan
remaja, apa salahnya pengajaran al-Qiraat tarannum disediakan untuk golongan dewasa.
RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim

Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz, Cetakan ketiga 1998. Ilmu Tajwid Al-Quran.
Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan.

Ahmad Badawi Abdullah, Ashraf Ismail, Penghantar Qiraat dan Hafazan,


Selangor: Pusat Perkembangan Pendidikan, UKM Bangi.

Haji Norakyairee Mohd Raus, Khairul Anuar Mohamad Al-Hafiz, Cetakan Ketiga
Julai 2009, HBQE 2203 Al-Qiraat, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Seri Kembangan, Selangor.

Abdullah Al-Qari b Haji Salleh (A.Q.H.A.S), (Cetakan ke limabelas -2006)


Kursus Qari dan Qariah. Pustaka Aman Press.

Surur Shiha buddin An-Nadawi ( Edisi 2007 –Jilid 1 & 2), Ilmu Tajwid Menurut
Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Melalui Toriq Asy-Syatibiah. Selangor: Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Mohamad b Abd Manaf, Cetakan Ketiga - Februari 2005, Tajwid Al-Quran,


Gombak, Kuala Lumpur : Al- Jenderaki Enterprise.

http://www.mindamadani.my/content/view/167/2/

http://ilmuqiraat.blogspot.com/2008/10/pengenalan-asas-ilmu-qiraat.html

http://mohamadredha.blogspot.com/2009/05/takrif-qiraat.html

http://tahfiz-qiraat-insaniah.blogspot.com/
http://www.ataphijau.com/2009/02/09/pengenalan-qiraat-sab%e2%80%99ah-
mutawatirah/

http://balliqul-ilm.blogspot.com/2008/10/penulisan-ilmu-tajwid-di-alam-melayu.html

http://syababghardhuffaz.blogspot.com/2006/10/qiraat-9.html

http://www.zainul.com/kkq/qiraat.htm