Anda di halaman 1dari 8

PERKEMBANGAN HADITH DI MALAYSIA

Pada kurun ke-19 dan 20 penulisan hadith semakin berkembang dan tersebar di Malaysia
khususnya di Nusantara. Walaupun penulisan tersebut agak ketinggalan dalam penghasilan
karya dan kerana pada ketika itu umat Islam di Malaysia masih belum menguasai hadith-hadith
Rasulullah dengan lebih mendalam. Namun begitu, walaupun ia agak ketinggalan tidak
bermakna pengajian hadith tersebut tidak dipelajari pada ketika itu. Hakikatnya, pengajaran
dan pengajian hadith tetap wujud di institusi-institusi pengajian Islam di Semenanjung
walaupun silibus atau skop serta penekanan terhadap pengajian hadith tersebut berbeza.

Perkembangan pengajian hadith di Malaysia mula berkembang dengan rancaknya apabila


seorang tokoh dari luar telah berhijrah ke Kelantan. Demikian, kedatangan Tok Khurasan telah
banyak mengubah corak dan gaya kehidupan serta pengajian hadith di Malaysia terutama di
negeri Kelantan. Sebagaimana yang dijelaskan, pengajian hadith semakin berkembang di
Malaysia pada hari ini kerana dari hasil titik peluh, usaha dan pengorbanan ulama-ulama yang
terdahulu melalui hasil catatan dan penulisan serta penekanan dalam mengajar dan memberi
kefahaman kepada umat Islam tentang hadith-hadith Nabi s.a.w.

Kaedah-kaedah Pengajian dan Pengajaran Hadith di Masjid atau surau di Malaysia

Pengajian dan pengajaran hadith di masjid atau surau di Malaysia pada keseluruhannya
mempunyai banyak persamaan serta tiada jurang perbezaan yang ketara dari segi kaedah
penyampaian. Di samping itu, kitab yang digunakan dalam pengajian, pengajaran serta
pendekatan terhadap hadith juga tiada beza. Seperti di masjid-masjid ataupun di surau sehingga
kini masih utuh sebagai salah satu tempat pengajian hadith dan juga memainkan peranan yang
penting penyebaran hadith. Walaupun ada yang menganggap di masjid atau surau hanyalah
tempat untuk solat sahaja, namun terdapat banyak manfaat yang kita dapat di sana.

Selain itu, menurut kajian lepas, tenaga pengajar menggunakan teknik satu hala sahaja iaitu
tenaga pengajar hanya membacakan satu hadith dari kitab-kitab tersebut dan kemudiannya
mereka memberi penjelasan dengan lebih mendalam terhadap makna hadith. Misalnya, mereka
menggunakan kitab-kitab hadith yang tertentu seperti Kitabul Fitan dan Mustika Hadith. Jika
terdapat perbezaan pandangan daripada ulama’ tentang hadith yang diajarkan itu, maka mereka
akan menjelaskan secara terperinci kepada pendengar. Dari segi pemilihan topik pula, menurut
penulis dalam kajian lepas, terdapat tenaga pengajar yang hanya mengajar mengikut topik di
susun oleh pengarang kitab dan ada juga sebahagian daripada tenaga pengajar, mereka
mengajar mengikut topik semasa dan mengajar mengikut kesesuaian dan mudah difahami oleh
masyarakat.

Kitab-kitab jawi juga turut diajarkan oleh tenaga pengajar di masjid atau surau di Malaysia.
Namun, di dalamnya mempunyai beberapa hadith yang tidak berautoriti serta ia akan
mempengaruhi masyarakat yang masih terlalu naif tentang kesahihan hadith. Justeru, ia
menjadi satu tanggungjawab kepada tenaga pengajar atau orang yang berilmu untuk
menjelaskan tentang status hadith supaya masyarakat boleh membezakan antara hadith sahih
dengan hadith dhaif dan palsu agar tidak tersebar dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Kitab-kitab yang digunakan dalam Pengajian Hadith Tradisional di Malaysia

Menurut Fauzi Deraman, Ishak Hj. Sulaiman dan Faisal Ahmad Shah (2010) mendapati
bahawa kurun ke-19 kitab-kitab yang diajarkan di institusi Tradisional adalah seperti Matn al-
Arba oleh Imam al-Nawawi, Bulugh al-Maram oleh Ibn Hajar, Riyadh al-Salihin oleh Imam
al-Nawawi dan Mukhtar al-Ahadith oleh Ahmad Hasyimi. Pada kurun ke-20 pula adalah Sahih
al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Dalam bidang ilmu hadith dirayah pula, mereka menggunakan Matn al-Bayquniyyah sebagai
kitab utama untuk dipelajari. Syeikh Wan Ali Abdul Rahman al-Kalantani pula adalah ulama’
pertama yang menghasilkan karya hadith dalam bidang penulisan iaitu al-Jawhar al-Mawhub.
Para ulama’ pada ketika itu menggunakan tulisan Jawi.

Pengajian Hadith di Institusi Formal di Malaysia

Menurut Kamus Dewan (Edisi Empat), formal bermaksud menurut peraturan tertentu iaitu
sama ada dari segi bentuk, ciri-ciri, cara dan sebagainya sama ada ia diterima ataupun dianggap
wajar serta menurut aturan, menurut ada kebiasaan atau pun rasmi.

Sekiranya difahami daripada pengertian tersebut, institusi pengajian secara formal membawa
maksud sesuatu badan atau organisasi seperti universiti, sekolah, maktab atau sebagainya yang
ditubuhkan bagi tujuan pembelajaran mengikut sistem pengajian dan peraturan rasmi yang
sudah ditetapkan di institusi tersebut.

Namun begitu, sistem pengajian hadith di sekolah atau di institusi tidak sama seperti di pondok
atau masjid akan tetapi ia mempunyai matlamat serta tujuan yang sama iaitu untuk memberi
kefahaman tentang hadith kepada pelajar-pelajar Islam. Meskipun pembelajaran ilmu hadith di
sekolah atau universiti berbeza dengan sistem di pondok atau masjid kerana di sekolah atau
universiti tidak menjadikan pengajian hadith sebagai subjek utama berbanding sistem di
pondok atau masjid. Tetapi, ia digabungkan di dalam sukatan subjek-subjek tertentu.

Pengajian hadith di sekolah-sekolah juga mempunyai perbezaan dalam sistem pengajaran ilmu
hadith di mana jika di sekolah menengah kebangsaan subjek hadith digabungkan dalam subjek
pengetahuan agama iaitu pelajar diajar tentang hadith-hadith pilihan dalam jumlah yang sangat
kecil. Dan pelajar juga diberi pilihan sama ada ingin mengambil subjek agama ataupun tidak.
Di samping itu, pengajian ilmu hadith juga dikhususkan untuk Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama (SMKA) dengan jumlah yang lebih banyak iaitu sebanyak 82 hadith untuk lima tahun
pengajian serta ditambah pula dengan pengajian Mustalah al-Hadith di tingakatan 4 dan
tingkatan 5.

Ia sangat berbeza di sekolah-sekolah agama yang ditadbir oleh kerajaan-kerajaan negeri kerana
mereka menggunakan sukatan sendiri atau sama ada menggunakan sukatan di al-Azhar di mana
pengajian ilmu hadith diajar sebagai satu subjek utama.

Tokoh-tokoh dan Karya-karya kitab Hadith

1. Al-Jawhar al-Mayhub oleh Syeikh Ali Abdul Rahman al-Kalantani (1820 M – 1912 M)

Nama sebenar beliau ialah Wan Ali bin Wan Abdul Rahman dan dikenali sebagai Wan Ali
Kutan. Beliau dilahirkan pada tahun 1820 M di Kota Kubang Labu, Tumpat, Kelantan.
Seorang ulama’ yang altif dalam mengamalkan tareqat dan menyertai kumpulan tersebut
iaitu al-Naqsyabandi, al-Syazili, dan tareqah Ahmadiyyah. Beliau juga pernah menerima
sanad dari gurunya dan sanadnya bersambung hingga ke pengasas tareqat tersebut. Selain
al-Jawhar al-Mayhub, beliau juga menghasilkan Zahrat al-Murid fi’Aqaid al-Tauhid,
Majma’ al-Qasid wa al-Awaid dan beberapa karya yang lain berbentuk manuskrip.

2. Karya-karya Hadith al-Marbawi

Beliau diberi nama Mohamed Idris bin Abdul Raof al-Marbawi al-Azhari dan diberi
gelaran al-Marbawi sempena nama kampung asal keluarganya iaitu di Lubuk Merbau,
Kuala Kangsar, Perak. Lahir pada 12 Mei 1896 di Kampung Masfalah Mekah al-
Mukarramah. Kesungguhan minat al-Marbawi terhadap bidang percetakan dan penerbitan
buku sehingga beliau sanggup membawa alat pencetakannya bersama ke Mekah ketika
berliau berhasrat untuk menetap di sana. Beliau juga terlibat secara langsung sebagai
pentashih kitab-kitab jawi sebelum diterbitkan oleh syarikat percetakan seperti syarikat
percetakan Mustafa al-Babi al-Hallabi. Antara guru-guru beliau adalah Syeikh Muhammad
Ibrahim al-Samaluti, syeikh Mahmud Ghunaym, Syeikh Muhammad Bahith, Syeikh Abu
al-A’la al-Falaki, al-A’llamah al-Makki al-Syeikh Muhammad ‘Ali Maliki, al-Ustaz
‘Abdul Wasif bin Muhammad, Tok Kenali, Tuan Husain Mohd Nasir al-Mas’udi al-
Banjari, Syeikh Wan Muhammad bin Wan Husain, Haji Yaakub Ligor, Haji Muhammad
Ali Salahuddin bin Awang.

Manakala karya-karya yang dihasilkan oleh beliau ialah

i. Kamus al-Marbawi
ii. Kitab Perbendaharaan Ilmu
iii. Mu’jam al-Kainah
iv. Tafsir al-Quran al-Marbawi – Juzuk Alif Lam Mi
v. Tafsir Surah Yasin Bahasa Melayu
vi. Kitab Bahr al-Madhi
vii. Kitab Idangan Guru Sahih al-Bukhari dan Muslim
viii. Kitab Bulugh al-Maram serta Terjemah Melayu
ix. Punca Agama dan Pati Hukum Ibadah
x. Nizam al-Hayat.

3. Karya-karya Hadith Mustafa bin Abdul Rahman (1918 M – 1968 M)

Nama beliau adalah Mustafa bin Abdul Rahman bin Mahmud bin Salleh. Dilahirkan pada
tahun 1918 M di Gunung Semanggol, Perak. Beliau dikenali sebagai Pak Wa manakala
dalam kalangan gurunya beliau dikenali dengan nama Mustafa Naim. Mustafa Naim
mempunyai daya ingatan yang kuat, rajin membaca, mengulangkaji serta rajin menulis.
Beliau dikenali sebagai seorang yang mempunyai kesungguhan dan komitmen yang tinggi
terhadap ilmu pengetahuan.

Karya-karya beliau adalah:

i. Bidang Tafsir: Tafsir al-Quran al-Hakim


ii. Bidang Hadith: Kitab Hadith Terjemahan Mukhtasar ibn Abi Jamrah, Hadith
Empat Puluh, Sabda dan Utusan Ilahi, Pedoman Hadith Junjungan Rasulullah
s.a.w dan Pelajaran Hadith untuk Penuntut-Penuntut Sekolah Agama di Tanah
Melayu (Mengandungi 124 Hadith al-Nawawi dan Maknanya yang Ringkas)
iii. Sejarah: Sejarah Ekonomi Islam, Ringkasan (Khulasah) Nur al-Yakin Sejarah
Sayid al-Mursalin, Ringkasan Sejarah Khulafa’ ar-Rasyidin (Abu Bakar, Umar,
Uthman dan Ali), Sejarah Pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah, Sejarah Pemerintahan
Bani ‘Umayyah, Ringkasan Sejarah Negara Islam di Sepanyol, Afrika, Syam dan
Semenanjung Arab, Sejarah Perkembangan Islam di Kepulauan Tanah Melayu
dan Indonesia dan Pemerintahan-Pemerintahan yang lain.
iv. Akhlak: Peribadi, Falsafah Hidup Rasulullah s.a.w, Ilmu Jiwa dalam Falsafah
Islam, Sendi Pergaulan Dalam Islam, Pesan Ayah: Pesan-Pesan Berguna Dunia
dan Agama, Akhlak dan Kewajipan dalam Islam dan Pedoman Budi.

4. Karya-karya Hadith Syeikh Abdul Halim al-Hadi


Nama penuh beliau ialah Haji Abduk Halim bin Haji Noh bin Haji Abdul Hadi bin
Mayan Terona. Beliau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Halim al-Hadi. Dilahirkan
pada tahun 1904 Masihi di Bayan Lepas. Kemahiran Syeikh Abdul Halim terbukti
dengan kemampuannya menghafal matan hadith beserta dengan sanadnya sekali.
Antara hasil penulisan beliau adalah Tajdhib Atraf al-Hadith, Ilham al-Bari Syarh
Sahih al-Bukhari, Syarah Sahih Muslim, Idah al-Kalam fi Arkan al-Islam, Risalah
Pengajaran Ugama dan lain-lain lagi.

5. Karya-karya Hadith Abu Bakar Palestin.


Nama sebenar beliau Haji Abu Bakar bin Haji Hanafiah bin Haji Taib bin Hj. Ismail
bin Ahmad al-Qadhi. Panggilan mesra beliau iaitu Pak Njang. Selain itu, beliau
mempunyai panggilan kehormatan iaitu Tok Sheikh Bakar. Gelaran Palestin pula
kerana beliau pernah merantau ke Palestin. Beliau dilahirkan pada tahun 1908 M di
Kapung Gandai, Kedah. Beliau pernah membuka pondok sendiri di atas tanah pusaka
miliknya yang dinamakan sebagai Pondok Ayer Hitam bersebelahan dengan Pondok
Haji Idris. Beliau juga pengasas Madrasah Darul Islam pada tahun 1958 dan juga
mengajar, menelaah serta mengarang kitab. Beliau meninggal dunia pada usia 90 tahun
yang bertarikh 6 Oktober 1998.
Hasil Karya-karya beliau adalah:
i. Catatan akhir beliau adalah Sabil al-I’tiqadiyyah bi Sharh Risalah al-
Qudsiyyah.
ii. Akidah: al-Wahid fi Bayan al-Tawhid, Tawhid al-Abrar bi Sharh Nuzum
Muhaammad al-Bisyar, Tawhid al-Afham bi Sharh Aqidah al-‘Awwa,, Ja’ al-
Lali bi Tawdih Manzumah Bad’al-Amali, Sharh al-Aqidah Pada Huraian
Nazam al-Jawharah, al-‘Abidin Hiya Ma’rifah Allah Rann al-‘Alamin, Bidayah
al-‘Abidin, Terjemahan al-Fiqh al-Akbar, Sharh al-‘Aqidah al-Salihah fi Bayan
al-Firqah al-Najiyah, Sahk ak-Murid bi Sharh Qawa’id al-‘Aqaid, Sabil al-
I’tiqadiyyah bi Sharh Risalah al-Qudsiyyah, al-Da’iy li Salam fi ‘Aqaid Ahl al-
Islam, Aqidah al-Tahawiyyah.
iii. Tasawuf: Risalah al-Nur, Kitab Mudhakarah Ma’a al-Ikhwan wa al-
Muhadasah Ma’a al-Ashab al-Raghibin fi Fanni al-‘Urfan, Risalah Qut al-
Salikin ila Allah Rabb al-‘Alamin, Kitab al-Kashf wa Tabyin fi Ghurur al-Khalq
Ajma’in, Kitab Hikam Ibn Madyan, Kitab al-Irshad al-Muta’abbidin, Bidayah
al-‘Abidin, Terjemahan Hikam Ibn ‘Ata Allah, Terjemahan Kitab Ayyuha al-
Walad.
iv. Fiqh: Kitab I’anah al-Musalli, Kitab Tadhkirah al-Musallli, Tadhkirah al-
Qadiyyah, Kitab Ibadah al-Najiyah, Kitab Tadhkirah al-Nashi’in, Kitab al-
Tatimmah fi Ibadah al-Sawm wa al-Salat, Kitab Hidayah al-Nasik.
v. Sirah: Kitab Nur al-Safa fi Akhbar al-Mustafa, Busra al-Labib fi Bayan Sirah
al-Habib, Kotab Qut al-Muhtaj fi Qissah al-Isra’ wa al-Mi’raj, Kitab Busyra lo
al-Bayt bi Shamail al-Habib, Kitab ‘Ilm Tarikh al-Nabawi.
vi. Hadith: Lubhah al-Hadith, Misbah al-Zalam, Arba’in li al-Nabhaniyyah.
vii. Karya-karya Lain: Iqaz al-Qawatif, Panduan Islam, Pancaran Islam.

6. Mastika Hadith: Sheikh Abdullah Basmeih (1913 M – 1996 M)


Nama penuh beliau ialah Sheikh Abdullah Basmeih bin Sheikh Muhammad Basmeih.
Gelaran Basmeih merujuk kepada kalimah Basumayh iaitu gelaran yang diberikan
kepada peniaga Hardamawt, Yaman. Dilahirkan pada Tahun 1913 M di Ma’abadah
iaitu satu kawasan yang tidak jauh dari Masjid al-Haram. Beliau pernah
menterjemahkan lebih 30 buah buku seperti Sejarah Hidup Baginda Ali dan Sejarah
Hiduo Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga pernah menjadi penulis bebas dan hasil
karya pada ketika itu ialah Panduan Kanak-Kanak Sembahyang, Muqaddam al-Quran
dan Taman Cerita-Cerita Melayu. Beliau meninggal dunia pada tahun 1996 M.
Hasil Karya-karya beliau dalam bidang penulisan
i. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran
ii. Siri Mastika Hadith (Muqaddimah Jilid 1,2 &3)
iii. Panduan Menguruskan Jenazah
iv. Khutbah Haji Wida’ Khutbah Rasulullah s.a.w
v. Kedudukan Masjid Dalam Islam
vi. Panduan Zakat dan Khairat.

Karya-karya terjemahan yang pernah dihasilkan ialah

i. Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w.


ii. Hikayat Salahuddin al-Ayyubi (4 Jilid, 1949)
iii. Tafsir al-Quran (Dalam Majalah Qalam)
iv. Sejarah Hidup Baginda Ali (2 Jilid, 1950)
v. Sejarah Hidup Siti Aisyah (2 Jilid, 1950)
vi. Sejarah Hidup Abu Bakar as-Siddiq (2 Jilid, 1951)
vii. Sejarah Hidup Umar al-Khattab (4 Jilid 1953)
viii. Sejarah Hidup Uthman Affan (2 Jilid, 1953)
ix. Intisari al-Quran
x. Panduan Wanita (Mengenai Iman, Islam dan Hukum Ibadah)
xi. Perempuan Islam
xii. Perempuan dan Pilihanraya (Fatwa Ulama al-Azhar, 1952)

7. Pelajaran Hadith: Dato’ Haji Ismail Haji Yusof (1915 M – 1988 M)


Ismail bin Haji Yusof merupakan seorang alim ulama yang banyak memainkan peranan
dan memberi sumbangan dalam menyampaikan ilmu-ilmu Islam di negara ini. Beliau
bukan sahaja dikenali dengan jawatannya akan tetapi dikenali juga melalui hasil
karyanya yang tidak ternilai harganya. Beliau dilahirkan pada tahun 1915 di Kampung
Gong, Pasir Putih, Kelantan. Sumbangan beliau melalui dari hasil penulisannya ialah
Punca Perselisihan Ulama, Panduan Mengerja Haji, Mencari Kebenaran,
Muqaddimah Mastika Hadith, Mastika Hadith jilid 1, artike-artikel di dalam Majalah
Pengasuh dan buku-buku teks bahasa Melayu dan Arab. Beliau meninggal dunia pada
tahun 1988 dan dikebumikan di Kubur Paya, Kampung Sireh.

8. Sarir al-Bab: Muhammad Zain Haji Ibrahim


Nama penuh pengarang ialah Muhammad Zain Haji Ibrahim. Kitab Sarir al-Bab ini
ditulis dalam Jawi, mempunyai 49 Halaman, diterbitkan dan dicetak di Matba’ah
Persama, Pulau Pinang. Ia memuatkan genap 50 hadith yang terdiri daripada hadith-
hadith yang sahih dan hasan sahaja. Faktor penulisan kitab ini adalah:
i. Satu bentuk sumbangan kepada agama Islam di dalam bidang penulisan.
ii. Memberikan manfaat di dalam pengajian umat Islam sebagai satu manfaat atau
faedah yang berkesinambungan dan tidak berputusan.
iii. Memenuhi permintaan masyarakat Islam yang cinta serta dahagakan ilmu
agama.

Anda mungkin juga menyukai