Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meneliti sistem penawaran pengajian hadith yang ditawarkan oleh
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang al-Quran dan al-
Sunnah. Perkembangan penawaran pengajian hadith pada masa kini sangat mencabar dan
berada dalam serba kekurangan kerana pelajar-pelajar tidak mampu mendepani cabaran-
cabaran serta mengambil mudah tentang pengajian hadith ini. Selain itu, tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk menganalisis perkembangan penawaran pengajian hadith dalam
bidang al-Quran dan al-Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
pada tahun 1990 sehingga 2023. Di samping itu, untuk mengetahui sejarah-sejarah penubuhan
mata pelajaran hadith dalam jabatan al-Quran dan al-Sunnah. Ia juga bertujuan untuk menilai
kesan-kesan terhadap perkembangan pengajian hadith dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah.
Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang berbentuk kajian dokumentasi atau
perpustakaan di mana kajian tersebut tidak melibatkan aktiviti lapangan. Data yang dikumpul
akan melalui proses penganalisian data iaitu kaedah yang menghasilkan pola berfikir secara
meluas dengan cara pembuktian dari hasil maklumat yang bersifat khusus kepada umum. Hasil
kajian ini menunjukkan pihak pentadbiran serta pensyarah menggunakan kepelbagaian metode
untuk mengembangkan lagi sistem penawaran pengajian hadith dalam bidang al-Quran dan al-
Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nilai tambah baru dalam
penawaran pengajian hadith pula merupakan salah satu contoh bagaimana perkembangan
penawaran ini berlaku. Di samping itu, faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
penawaran pengajian hadith dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah di Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia dapat dilihat dari sudut tahap pengajian, kelayakan, bidang
pengkhususan serta tahap kefahaman pelajar yang turut memberi impak dalam
mengembangkan lagi pengajian hadith ini. Implikasi kajian juga menunjukkan bahawa kajian
ini sangat penting bagi menghasilkan produk keluaran dalam bidang hadith semakin
berkembang dan dapat menarik minat pelajar diluar sana untuk mendalami ilmu-ilmu hadith.

Kata kunci : Perkembangan, penawaran, pengajian hadith, al-Quran dan al-Sunnah

Anda mungkin juga menyukai