Anda di halaman 1dari 14

1.

1 PENGENALAN

Hadis ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada dari segi
perkataan, perbuatan atau iqrar (persetujuan). Nabi Muhammad s.a.w dan hadis merupakan
sumber kedua selepas al-Quran al-Karim. Allah s.w.t telah memerintahkan orang-orang
mukmin supaya berpegang teguh dengan hadis melalui ayat-ayat al-Quran dengan jelas.
Mereka yang menolak atau tidak menerima hadis Baginda adalah bukan daripada kalangan
orang-orang yang mukmin kerana ia berperanan untuk menjelaskan sesuatu ayat di dalam al-
Quran dan menunjukkan cara-cara perlaksanaan isi kandungan. Sebagai contoh, cara untuk
mendirikan solat, melaksanakan ibadah puasa dan mengerjakan haji serta membawa hukum-
hukum yang tidak disebutkan di dalam al-Quran sebagaimana dengan hukum yang berkaitan
dengan haram mengahwini seorang wanita bersama-sama dengan anak saudaranya dalam masa
yang sama.

Melalui hadis juga, umat Islam dapat mempelajari berkenaan dengan perintah dan larangan
Islam yang tidak dijelaskan secara mendalam di dalam al-Quran. Sunnah Rasulullah
merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya buat manusia. Di dalam hadis juga
mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan, hikmat, ajaran, panduan dan nasihat serta pedoman
tentang bagaimana untuk menghadapi pelbagai situasi dalam kehidupan seharian.
Penyampaian hadis juga biasanya dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w yang menyaksikan
atau mendengar secara langsung dari baginda.

Dalam sejarah, pengajian hadis merupakan salah satu elemen penting dalam keilmuan
Islam. Begitu juga dengan kedudukannya sebagai sumber kedua dalam Islam. Menurut Fadzil,
Deraman dan Amir (2014), ilmu hadis dilihat berkembang sesuai dengan ajaran Islam di mana
ia berkembang dalam bentuk formal dan tidak formal. Di sini mereka membahagikan
perkembangan pengajian hadis bermula dari institusi tidak formal seperti pondok, madrasah
dan masjid-masjid yang diwujudkan sendiri oleh tokoh-tokoh ulama. Sebagai contoh, institusi
ajaran Islam paling awal adalah masjid di mana ajaran-ajaran yang diajarkan dikenali sebagai
zawiyah. Pelbagai ajaran tentang Islam dapat dipelajari dan usaha pelajar-pelajar untuk
mendalami pengetahuan ilmu agama. Kemudian, apabila mereka kembali ke tanah air, mereka
mewujudkan sistem zawiyah untuk menyebarkan agama Islam kepada masyarakat tempatan
dan memberikan nama baru iaitu “sistem pondok” untuk menyesuaikan dengan suasana
tempatan. Dengan cara inilah, institusi pondok, madrasah dan masjid berkembang sesuai
dengan peredaran zaman dan institusi ini tidak hanya terhad kepada golongan kanak-kanak
sahaja. Akan tetapi, ia juga membuka peluang belajar terhadap golongan dewasa dan orang tua
untuk mendalami ilmu agama.

Sehingga hari ini, pengajian hadis berada di pentas seiring dengan perkembangan semasa.
Ia juga sekaligus menjadikan pengajian hadis antara salah satu mata pelajaran penting dan
menawarkan program pengajian yang khusus dalam bidang hadis sama ada di sekolah rendah,
menengah sehiggalah di institusi pengajian tinggi.

Memandangkan pengajian hadis ini sangat penting untuk disebarkan secara meluas dan
masyarakat dapat mendalami ilmu hadis ini dengan lebih mendalam serta dalam diamalkan dan
dihayati sebagaimana al-Quran. Lantas, kajian ini amat perlu dijalankan untuk mengetahui
bagaimana perkembangan penawaran pengajian hadis ini berkembang khususnya dalam
bidang al-Quran dan al-Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

1.2 LATAR BELAKANG

Menurut Hashim (2006), sememangnya idea asas penawaran kursus yang berstatus khusus
mahupun umum sama ada di luar negara ataupun di Malaysia ialah melahirkan pelajar yang
berkualiti dan kompeten. Namun, setiap institusi pengajian tinggi di Malaysia yang
menawarkan kursus tersebut mempunyai objektif, misi, visi serta matlamat penawaran
tersendiri kerana setiap institusi mempunyai struktur dan penekanan yang berbeza. Begitu juga
di Universiti Kebangsaan Malaysia, pihak pentadbiran bukan sahaja menawarkan kursus
berbentuk “duniawi”, akan tetapi mereka juga menawarkan kursus berbentuk “ukhrawi”
supaya seimbang.
Justeru, kajian perkembangan penawaran pengajian hadith dalam bidang al-Quran dan al-
Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia adalah sesuatu yang
penting dan relevan dalam menjaga, memahami dan menyebarkan pengetahuan tentang hadith
dalam konteks Islam. Di samping itu, dalam beberapa tahun terakhir Universiti Kebangsaan
Malaysia telah memperluaskan penawaran pengajian hadith dengan memfokuskan pada bidang
al-Quran dan al-Sunnah. Hal ini merupakan satu hasil dari pengakuan akan pentingnya
pemahaman yang mendalam terhadap hadith sebagai rujukan kedua umat Islam dalam
memahami ajaran Islam.

Selain itu, kajian ini merupakan satu topik yang menarik untuk dikaji kerana ia berkaitan
dengan ilmu hadith di mana ia juga merupakan satu ilmu yang sangat luas serta kaya dengan
maklumat. Dalam kajian ini juga, ia sangat menekankan aspek kebolehpercayaan kerana ia
melibatkan elemen-elemen yang tersendiri yang bersesuaian dengan fungsi asas ilmu hadith
iaitu penyelidikan dan pembelajaran intensif tentang hadith termasuk metodologi, kritikan serta
pengajaran hadith kepada generasi muda.

Seterusnya, kepentingan dalam menguasai ilmu hadith adalah untuk melahirkan individu yang
berpengetahuan serta pemahaman yang tinggi dalam hal yang berkaitan dengan agama. Oleh
sebabkan itulah, ia menjadi perkara yang amat penting dan perlulah dipastikan bahawa individu
yang mengambil kursus pengajian hadith ini mempunyai asas pengetahuan agama yang kukuh.

Secara praktikal, perkembangan penawaran pengajian hadith ini dapat membuka mata
masyarakat di luar sana tentang tahap kefahaman serta pengetahuan mengenai hadis. Di
samping itu juga, melalui kajian ini penulis dapat mengutarakan pendapat serta membaiki
kelemahan dalam sistem perkembangan penawaran pengajian hadith dalam bidang al-Quran
dan al-Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia juga sebagai
satu langkah awal ke arah penambahbaikan kualiti pembelajaran dan pengajaran mengenai
hadith bahkan pelajar serta pengajar dapat mengambil manfaat dan langkah positif ke arah
pemantapan dan perkembangan hadith di Malaysia.
1.3 PERNYATAAN MASALAH

Al-Quran al-Karim, al-Hadith, al-Ijmak dan al-Qias merupakan tiga sumber yang
penting dalam sistem perundangan Islam dan ia juga menjadi satu teras utama dalam kehidupan
umat Islam. Ketiga-tiga sumber ini tidak boleh dipisahkan kerana ia menjamin keberkatan
hidup seseorang muslim di dunia mahupun di akhirat. Justeru, al-Hadith merupakan sumber
kedua selepas al-Quran menjadikan sumber yang perlu dihayati, difahami, dipelajari serta
diberi penekanan terhadap pembelajaran hadith. Realitinya, perkembangan pengajian hadith
pada masa kini sangat mencabar dan berada dalam serba kurang kerana pelajar-pelajar tidak
mampu mendepani cabaran-cabaran dan mengambil mudah tentang pengajian hadith ini. Oleh
yang demikian, penulis diminta untuk mengkaji tentang bagaimana perkembangan penawaran
pengajian hadith dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Oleh itu, penulis diberi keutamaan untuk mencari pendekatan dan jalan terbaik bagi
melaksanakan kajian terhadap perkembangan penawaran pengajian hadith di Universiti
Kebangsaan Malaysia dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah dan dapat mengenal pasti
bagaimana pengajian hadith berkembang dari tahun ke tahun, metod pengajian hadith, sejarah-
sejarah pengajian hadith di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana Universiti
Kebangsaan Malaysia dalam fakulti Pengajian Islam memberi penekanan terhadap pengajian
hadith dan bagaimana pula pengajian hadith tersebut berkembang berlandaskan kurikulum
pendidikan dan metodologi pensyarah dalam memainkan peranan selaku pemberi contoh yang
terbaik untuk pelajar-pelajar. Di samping itu, penulis juga dapat melihat dan menilai bakat serta
pengetahuan pelajar-pelajar melalui perkembangan penawaran pengajian hadith dalam bidang
al-Quran dan al-Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
1.4 PERSOALAN KAJIAN

Dalam perkembangan penawaran pengajian hadith dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah di
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia terdapat beberapa soalan yang
menjadi fokus utama dalam kajian. Antaranya:

i. Bagaimanakah sistem pengajian hadith dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah di Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
ii. Sejauh manakah perkembangan penawaran pengajian hadith dalam bidang al-Quran
dan al-Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
iii. Apakah langkah-langkah menangani masalah dalam perkembangan penawaran
pengajian hadith dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah di Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
iv. Apakah cadangan penulis dalam mengembangkan lagi penawaran pengajian hadith
dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Penyelidikan dan kajian ini mempunyai beberapa tujuan yang sangat penting dan objektif yang
amat menarik. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Menganalisis perkembangan pengajian hadis dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah di


Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 1990 sehingga 2023.
2. Mengetahui sejarah-sejarah penubuhan mata pelajaran hadis dalam jabatan al-Quran
dan al-Sunnah.
3. Menilai kesan-kesan terhadap sistem perkembangan pengajian hadis dalam bidang al-
Quran dan al-Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Ia juga dikenali sebagai kajian dokumentasi atau
perpustakaan kerana penulis mengaplikasikan metode dokumentasi sebagai metode untuk
mengumpulkan data-data kajian.
a. Kajian Perpustakaan

Kajian perpustakaan adalah kajian yang tidak melibatkan aktiviti lapangan. Metodologi ini
lebih menjimatkan masa dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Dalam kajian ini, penulis perlu
mencari bahan-bahan rujukan seperti buku, jurnal, majalah, kertas kerja kajian lepas serta
bahan bacaan di internet. Kajian perpustakaan ini digunakan untuk mendapatkan data-data
tentang definisi, teori, konsep, sejarah-sejarah serta asas-asas ilmu yang relevan dengan kajian
ini.

b. Pengumpulan Data

Data-data dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian dikumpulkan melalui sumber
buku-buku dan kitab-kitab yang berkaitan dengan pengajian hadith, kertas kerja, serta jurnal.
Di dalam kajian ini, penulis menggunakan beberapa kaedah seperti berikut:

i. Kaedah Historosis

Kaedah ini dugunakan untuk memaparkan tentang latarbelakang sejarah perkembangan


penawaran pengajian hadith di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang al-Quran dan al-
Sunnah. Justeru itu, kaedah ini digunakan pada bab ketiga dalam kajian ini.

ii. Kaedah Dokumentasi

Kaedah ini dilaksanakan melalui pembacaan sambil menganalisis semua dokumen yang
berkaitan dan bersesuaian dengan tajuk kajian. Dengan menganalisis dan penelitian terhadap
data-data dan maklumat, maka ia akan dirumus kepada satu kesimpulan yang bermakna yang
sesuai dengan maklumat kajian.

c. Analisis Data

Setelah data-data dikeluarkan dan dikumpul, proses penganalisisan data akan dibuat. Justeru,
untuk mencapai objek kajian ini, penulis akan membandingkan kedua-dua jenis data daripada
terjemahan-terjemahan tersebut melalui dua kategori iaitu persamaan dan perbezaan.
i. Metode Induktif
Iaitu satu kaedah yang menghasilkan data-data melalui pola berfikir yang meluas
dengan cara pembuktian dari hasil maklumat-maklumat bersifat khusus sehingga
kepada maklumat yang bersifat umum. Sebagai contoh, perkembangan ilmu hadith
dari zaman Rasulullah s.a.w sehingga ke hari ini.

ii. Metode Deduktif


merupakan satu kaedah menganalisis data-data melalui pola berfikir untuk
menghasilkan kesimpulan yang khusus dari data-data yang bersifat umum. Sebagai
contoh, data-data perkembangan penawaran hadith dalam bidang al-Quran dan al-
Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun ke
tahun.

iii. Metode Komparatif


Satu kaedah perbandingan terhadap data-data, fakta dan pendapat yang diperolehi
bagi tujuan untuk menjelaskan sesuatu keadaan atau menghasilkan satu hipotesis.
Ia juga satu kaedah untuk membuktikan sejauh mana pengajian hadith berkembang
di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah.

1.7 KAEDAH LITERATUR

Penulis melakukan tinjauan awal terhadap kertas kerja atau tesis-tesis lepas yang sedia ada
yang berkaitan dengan tajuk kajian. Ia dijalankan bertujuan untuk menjadikan kajian ini
mempunyai nilai kefahaman yang tinggi serta supaya tiada pengulangan atau persamaan tajuk
kajian. Oleh yang demikian, terdapat beberapa bahan-bahan kajian lepas untuk dijadikan
sebagai bahan rujukan atau bahan bacaan. Antaranya:

Pertama, Ahmad Zubir Rosdi, Syed Najihuddin Syed Hassan dan Nurul Asiah Fasehah
Muhamad (2018) Pengajian Hadith Tradisional dan Moden: Tinjauan Awal Literatur. Melalui
imbasan awal penulis, terdapat beberapa kajian yang berkaitan dengan kajian ini iaitu penulis
menjelaskan dan membuktikan bahawa pengajian hadith berkembang mengikut peredaran
zaman. Melalui kajian ini, penulis menyatakan bahawa perkembangan pengajian hadis ini
mempunyai dua bentuk iaitu pengajian secara formal dan tidak formal.

Kedua, Pengajian Hadith di Madrasah Miftah al-Ulum Sri Petaling, Kuala Lumpur,
yang dikaji oleh Mohd Army (2011), pengkaji mendedahkan tentang keberkesanan metodologi
guru yang digunakan dalam memainkan peranan sebagai pendidik. Di samping itu, melalui
kajian ini penulis dapat menilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap ilmu hadith
dalam membentuk sahsiah diri serta pengamalan ibadah dalam kehidupan seharian. Kajian ini
juga turut merumuskan tentang sistem pentadbiran yang sistematik, tahap kurikulum yang
sewajarnya dalam memainkan peranan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan serta
mencapai matlamat yang berkesan di Madrasah Miftah al-Ulum Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Kajian daripada penulis Qutrennada Rosli dan Ahmad Yunus Mohd Noor (2017)
berkenaan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di Darul Ulum Ihya’ Ulumuddin Alor
Setar Kedah: Keberkesanan, Metodologi dan Persepsi Pelajar, bertujuan untuk menilai
keberkesanan pengajaran hadith menggunakan kaedah syarah serta mempelbagaikan kaedah
pengajaran guru hadith untuk menarik minat pelajar dalam pengajian hadith. Kajian ini
memfokuskan terhadap keberkesanan pengajaran ilmu hadith dari sudut tahap pengajian,
kelayakan serta kefahaman pelajar-pelajar untuk mencorak keperibadian akhlak yang baik
dalam diri mereka.

Seterusnya, Ulum al-Hadith iaitu kajian lepas yang kami jadikan sebagai rujukan dalam
kajian ini. Kajian tersebut ditulis oleh Ustaz Mohammad Asri Tahiruddin yang merupakan
pensyarah di Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan. Ia bertujuan untuk mengetahui
tentang perkembangan ilmu hadith pada zaman Rasulullah s.a.w sehingga zaman yang serba
moden ini. Di dalam kajian tersebut juga, beliau menerangkan perbezaan ilmu dirayah serta
ilmu riwayah dan sebagainya lagi. Ia membuka minda penulis untuk mengkaji dengan lebih
mendalam lagi tentang ilmu-ilmu hadith ini. Secara umumnya, kajian tersebut dijadikan
rujukan di dalam bab kedua iaitu tentang konsep ilmu hadith.
Najah Nadiah Hj. Amran menghasilkan satu kajian tentang “Gerakan Anti Hadith Di
Malaysia: Suatu Kajian Internet”. Ia merupakan satu kajian yang melibatkan tentang
golongan-golongan anti hadith menerusi jalur internet. Zaman semakin moden, penyebaran
golongan-golongan anti hadith ini makin berkembang menerusi jalur internet yang sedia ada.
Melalui kajian ini, masyarakat didedahkan tentang bentuk-bentuk pertikaian dan perdebatan
serta aspek-aspek yang menjadi yang menjadi sasaran golongan anti hadith ini. Penulis juga
turut mengemukakan contoh-contoh dan bukti berserta hujah balas yang menampakkan realiti
isu ini sedang hangat di semua platform.

“Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar Terhadap Pengajian Hadith di Universiti


Sultan Zainal Abidin” , Nur Syuhadah Mohamed dan Mohd Akil Muhamed Ali. Ia merupakan
satu kajian yang bertujuan untuk mendedahkan tentang bagaimana bentuk perlaksanaan
pengajian hadith dan metode yang digunakan dalam pelajaran dengan menggunakan kaedah
kuantitatif yang berbentuk soal selidik. Di samping itu, ia juga turut menjadikan kajian ini
sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengajian hadith.

Seterusnya, kajian tentang “Analisis Pendekatan Pengajaran Ilmu Hadith di Institusi


Pengajian Tinggi Sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan” oleh Wahyu Hidayat Abdullah, Mohd
Ikhwan Zolkapli dan Nurul Fathonah Abdul Halim. Ia merupakan satu kajian tentang
penerapan asas memahami hadith dalam mata pelajaran serta mampu meningkatkan kefahaman
yang lebih baik mengenai hadith nabi s.a.w sebagai sumber kedua dalam agama Islam.
Tujuannya supaya pengajian hadith ini tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan dek kerana
zaman yang serba moden ini.

1.8 DEFINISI OPERASI KAJIAN

Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini turut dipaparkan dalam bahagian definisi
operasi kajian. Dalam kajian ini juga penulis mengemukakan beberapa istilah yang digunakan
serta ia membantu dalam memahami setiap istilah yang dibincangkan. Tajuk kajian adalah
Perkembangan Penawaran Pengajian Hadith dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah di Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
a. Perkembangan

Perkembangan ialah satu proses perubahan yang berlaku terhadap sesuatu perkara yang
melibatkan pelbagai aspek kehidupan. Ia juga terjadi dalam jangka waktu yang tertentu.
Perkembangan di sini boleh didefinisikan sebagai satu pola perkembangan yang berawal pada
konsepsi dan terus berlanjutan sepanjang hayat bersifat involusi. (Santrok Yussen 1992).
Namun, perkembangan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah bagaimana pengajian hadith
berkembang dari zaman Rasulullah s.a.w sehingga kini. Ia juga

b. Penawaran

Penawaran kebiasaannya digunakan ketika berlakunya jual beli. Akan tetapi, penawaran di sini
kita dapat lihat satu sistem yang menepati keperluan kualiti minimum sebelum sesuatu program
pengajian ditawarkan.

c. Pengajian

pengajian merupakan satu penyelidikan yang mendalam serta terperinci. Manakala, istilah
pengajian yang dimaksudkan oleh penulis adalah satu kegiatan atau pembelajaran yang
mengandungi tiga aspek iaitu penyampai (guru), penerima (murid) dan bahan ataupun
maklumat (ilmu). Dari zaman nabi-nabi terdahulu serta di zaman Rasulullah s.a.w sehingga
zaman kini, pengajian hadith masih lagi menjadi rujukan kedua selepas al-Quran dan ia masih
dipraktikkan di sekolah, madrasah mahupun Institusi Pengajian Tinggi. Selain itu, sistem
“Talaqqi” digunapakai oleh sesiapa sahaja yang mempunyai ilmu pengetahuan, kefahaman
serta pengalaman yang lebih luas daripada pelajar atau orang yang ingin menuntut ilmu hadith.

d. Hadith

perkataan “Hadith” di ambil dari perkatah “Hadatha”, dari sudut bahasa bermaksud baru atau
cakap atau berita dan lawan baginya pula adalah sedia ada. Manakala, dari sudut istilah pula,
ia membawa erti sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada dari segi
perkataan, perbuatan, taqrir, sifat fizikal serta akhlaknya serta sama ada yang berlaku sebelum
dibangkitkan menjadi Rasul ataupun selepas baginda menjadi Rasul. Hadith juga seperti kita
sedia maklum bahawa ia merupakan rujukan kedua umat Islam selepas al-Quran dan
membacanya mendapat ganjaran pahala akan tetapi ganjarannya tidak seperti membaca al-
Quran. Di samping itu, hadith juga tidak terjaga dan tidak menjamin daripada kehilangan atau
dipalsukan oleh pihak-pihak tertentu, ia mempunyai bilangan yang banyak sehingga meningkat
ke ratusan ribu akan tetapi kebenarannya boleh ditolak atau diterima mengikut syarat-syarat
tertentu.

e. Pengajian Hadith

Salah satu tajuk kajian yang telah dikaji oleh penulis dan ia merangkumi metode Pengajian
Hadith pada zaman Rasulullah s.a.w, zaman sahabat, tabi’in serta tabi’ tabi’in dan diikuti
dengan tajuk Perkembangan Penawaran Pengajian Hadith di Universiti Kebangsaan Malaysia
dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah.

f. Universiti Kebangsaan Malaysia

Sebuah universiti termuka dalam Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1970 yang bermula di
Lembah Pantah, Kuala Lumpur. Ia dipindahkan dan mula berpusat di Bandar Baru Bangi pada
tahun 1977 serta mempunyai dua cawangan iaitu di Kuala Lumpur serta di Cheras.

g. Al-Quran dan al-Sunnah

Manakala, al-Quran dan al-Sunnah merupakan salah satu jabatan di dalam Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jabatan ini mempunyai dua modul iaitu modul tafsir
dan hadith sesuai dengan nama jabatan iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian yang penting kepada pelajar dan pensyarah yang terlibat dengan
kajian ini. Antaranya seperti berikut:

i. Untuk mendedahkan dan mempertingkatkan tentang kepentingan ilmu hadith,


pengajiannya serta metode-metode pengajaran.
ii. Untuk memberi penekanan terhadap pengajian hadith di Universiti Kebangsaan
Malaysia.
iii. Untuk meningkatkan penawaran pengajian hadith di masa akan datang.

1.10 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa penawaran pengajian hadith dalam
bidang al-Quran dan al-Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
memiliki perkembangan yang signifikan. Pihak Universiti menyedari bahawa pentingnya
pemahaman terhadap hadith dan merupakan salah satu sumber kedua dalam memahami ajaran
Islam. Selain itu, faktor perkembangan penawaran hadith ini juga dapat dilihat dari sudut tahap
pengajian, kelayakan, bidang pengkhususan serta tahap kefahaman pelajar yang juga turut
memberi impak dalam mengembangkan lagi penawaran pengajian hadith ini. Di samping itu
juga, bagi pihak pensyarah serta pihak Universiti sendiri perlulah memainkan peranan dalam
mengembangkan pengajian hadith ini supaya tidak diluput zaman. Hal ini kerana, ia sangat
penting bagi menghasilkan produk keluaran dalam bidang hadith semakin berkembang dan
menarik minat pelajar diluar sana untuk mendalami ilmu hadith.
1.11 RUJUKAN

Al-Tahhan, Mahmud. 2012. Mustalah al-Hadith: al-Bushra Publisher.

Nur Syahadah Mohamed & Mohd Akil Mohamed Ali. 2016. Tahap Pengetahuan dan Persepsi
Terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin. Jurnal UKM.

http://journalarticle.ukm.my/10762/

Qutrennada Rosli & Ahmad Yunus Mohd Noor. 2017. Pengajaran dan Pembelajaran di Darul
Ulum Ihya Ulumuddin Alor Setar Kedah: Keberkesanan, Metodologi dan Persepsi Pelajar.
Jurnal UKM.

http://journalarticle.ukm.my/11271/1/16351-61637-1-PB.pdf

Mohd Army. 2011. Pengajian Hadith di Madrasah Miftah al-Ulum Sri Petaling, Kuala
Lumpur. Jurnal UM.

https://www.scribd.com/document/391284764/Pengajian-Hadith-Di-Madrasah-Miftahul-
Ulum-Sri-Petaling-Kuala-Lumpur-2cdisertasi-Sarjana-Usuluddin-Mohd-Army-Yusop-
Igb030016-1

Umma Farida. 2013. Studi Pemikiran Fazlur Rahman Tentang Sunnah dan Hadis. STAIN
Kudus, Jawa Tengah, Indonesia.

https://media.neliti.com/media/publications/53286-ID-studi-pemikiran-fazlur-rahman-
tentang-su.pdf

Wahyu Hidayat Abdullah, Mohd Ikhwan Zolkapli & Nurul Fathonah Abdul Halim. 2020.
Analisis Pendekatan Pengajaran Ilmu Hadis di Institusi Pengajian Tinggi Sekitar Negeri
Perak Darul Ridzuan. KUIS.

http://conference.kuis.edu.my/thiqah/images/eprosiding2020/eproceedingthiqah20_024_AN
ALISIS-PENDEKATAN-PENGAJARAN-ILMU-HADIS.pdf

Kamus Dewan (2005), Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Zubir Rosdi, Syed Najihuddin Syed Hassan & Nurul Asiah Fasehah Muhammad. 2019.
Pengajian Hadis Tradisional Dan Moden: Tinjauan Literatur. Jurnal Usim.

https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/11269/1/Pengajian%20Hadis%20Tradi
sional%20Dan%20Moden%20Tinjauan%20Awal%20Literatur.pdf

Ahmad Yunus Mohd Noor & Qutrennada Rosli. 2017. Perkembangan Metodologi Pengajaran
dan Pembelajaran Hadith di Negeri Kedah. Jurnal Usim.

https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/5036/1/Perkembangan%20Metodologi
%20Pengajaran%20Dan%20Pembelajaran%20Hadith%20Di%20Negeri%20Kedah.pdf

Najah Nadiah Amran. 2001. Gerakan Anti Hadith Di Malaysia: Suatu Kajian Internet. UM.

Mohammad Asri Tahiruddin. Ulum al-Hadith. Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan.

http://darulridzuan.com.my/files/ULUM%20AL-HADITH.pdf

Abu Zaki Ismail, Mohamad Fuad Ishak, Mohd Khafidz Soroni, Mohd Farid Ravi Abdullah,
Syed Abdul Majid Ghouri, Mohd Norzi Nasir & Nurfida’iy Sa;ahuddin. 2019. Metode
Pengajian Hadis Klasik dan Kerangka Sistem Pendidikan Moden: Tinjauan di Maahad-
Maahad Tahfiz Selangor. KUIS.

https://www.researchgate.net/publication/341479851_METODE_PENGAJIAN_HADIS_KL
ASIK_DAN_KERANGKA_SISTEM_PENDIDIKAN_MODEN_TINJAUAN_DI_MAAHA
D-_MAAHAD_TAHFIZ_SELANGOR

Anda mungkin juga menyukai