Anda di halaman 1dari 15

SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN

SEPTEMBER / 2019

HBIS3903

KAJIAN TEKS HADITH – BUKHARI DAN MUSLIM

NO. MATRIKULASI : 700907086031001


NO. KAD PENGENALAN : 700907086031
NO. TELEFON : 018-2994558
E-MEL : ahmadzaidi445@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

1
KANDUNGAN
MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 3
2.0 Sejarah Penulisan dan perkembangannya 4
2.1 Zaman Rasul
2.2 Zaman Sahabat
3.0 Pengajian Syarah Hadith Di Malaysia dan tokoh-tokohnya. 5

4.0 Metode syarah hadith yang digunakan di Malaysia 6

5.0 Metodologi penulisan sebuah karya syarah hadith ilmuan/penulis


tempatan yang digunakan di masjid/surau tempat anda. 9
6.0 Empat Contoh syarah hadith yang di sampaikan oleh Ustaz Abdul Halim

al-Hadi 11

6.1 Mensyarahkan hadith berdasarkan ayat al-Qur’an.


6.2 Mensyarahkan hadith dengan Ḥadith.
6.3 Mensyarahkan hadith dengan Al-Athar
6.4 Mensyarahkan hadith dengan mengemukakan pendapat ulama Mutaqaddimin dan
Mutaakhirin.
7.0 KESIMPULAN 13
APENDIKS 14

2
1.0 Pendahuluan

Ilmu Syarah hadith merupakan salah satu ilmu yang penting dalam kajian ilmu hadith yang
memberi kefahaman dan huraian serta penjelasan terhadap sesuatu yang disandarkan kepada
Nabi SAW.Ilmu Syarah Hadith bukanlah perbincangan baru dalam tradisi keilmuan Islam.Ianya
bermula sejak awal lagi dizaman para muhaddithin.Ilmu syarah hadith agak sedikit
terkebelakang dari aspek perkembangannya dan aspek penulisannya jika dibandingkan dengan
cabang ilmu hadith yang lain.Hal ini adalah kerana ilmu syarah hadith ini merupakan berkaitan
dengan ilmu-ilmu seperti ilmu hadith itu sendiri,lughah,nahu,usul fiqh,sirah dan seumpamanya.

Definisi Ilmu Syarah Hadith:-

‘syarah’ berasal dari kata bahasa arab yang beerti penjelasan atau huraian yang agak panjang dan
teratur untuk menjelaskan sesuatu,kedudukan,masalah pendapat dan lain-lain.

(Muhammad Abu Layts, 2005) Hadith pula di sudut terminologinya didefinisikan sebagai
sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW baik di sudut ucapan,perbuatan,taqrir,sifat tubuh
badan secara lahiriah dan akhlak,baik sebelum diutus menjadi Rasul mahupun sesudah menjadi
Rasul.

Ilmu Syarah hadith juga boleh diistilahkan sebagai ilmu Fiqhul Hadith.Istilah-istilah tersebut
adalah sama maksudnya iaitu mendapat keterangan dan pemahaman yang sebenarnya terhadap
sebuah hadith.Tugasan ini ditulis bagi menggambarkan definisi ilmu syarah
hadith,perkembangan ilmu ini,sejarah penulisan syarah hadith serta tokoh-tokohnya di
Malaysia dan metodologi penulisan yang digunakan di Malaysia.

3
2.0 Sejarah Penulisan dan perkembangannya

2.1 Zaman Rasul

Zaman Rasul Sejak daripada awal Nabi Muhammad SAW menekankan umat Islam supaya
membudayakan ilmu pengetahuan sebagaimana firman Allah Taala Surah Al-Alaq:

Maksudnya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk).

Semenjak lebih 1400 tahun yang lalu pengajian hadith telah pun berjalan yang mana Nabi
Muhammad SAW merupakan tenaga pengajar yang utama dalam pengajian hadith, Nabi
Muhammad SAW hanya mempunyai beberapa murid pada masa tersebut antaranya ialah
khadijah Binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib, Abu Bakar al-Siddiq dan Zaid Bin Harithah.
Dengan itu kebanyakkan daripada murid-murid Nabi Muhammad SAW mempunyai ingatan
yang kuat dan mereka amat memahami tentang prinsip-prinsip agama Islam. Pada peringkat
pertama hadith tidak dibenarkan untuk ditulis kerana bimbang bercampur dengan Al-Quran, bagi
menjaga hadith-hadith yang disampaikan oleh baginda maka diizinkan untuk mencatat hadith-
hadith yang dinyatakan oleh baginda SAW (Mohd Army Yusop 2011).

2.2 Zaman Sahabat

Sesungguhnya kaedah yang digunakan oleh zaman sahabat tidak jauh bezanya dengan kaedah
yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan hadith. Selain daripada
hafalan para sahabat menitikberatkan kepada penulisan dan dibukukan supaya umat yang akan
datang dapat merujuk penulisan yang telah dibuat (Mohd Army Yusop 2011).

Setelah kewafatan Rasulullah SAW para sahabat mengembara ke negeri-negeri di bawah


pemerintahan Islam untuk mendapatkan hadith dari sahabat lain yang mengajar di negara jajahan
tersebut atau sebagai wakil khalifah di sana. Mereka berbuat sedemikian kerana ingin
memastikan keaslian sesuatu hadith yang tidak didengarinya tetapi terdapat sahabat yang lain
telah mendengar secara langsung dari Rasulullah SAW. Para sahabat amat berhati-hati dalam
meriwayat dan menerima sesuatu hadith agar setiap kalimah yang keluar dari mulut mereka

4
adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW tanpa sebarang kesilapan dan
kekeliruan. Antara langkah berhati-hati, Saidina Umar r.a. mengingkari banyak periwayatan
hadith atau sebarang khabar tanpa disertai dengan saksi. Begitu juga yang dilakukan oleh Saidina
Abu Bakar r.a, Zubair r.a dan lain-lain sahabat.

Mereka melakukan demikian sebagai langkah berhati-hati supaya tidak terjatuh dalam kesalahan
dalam periwayatan (Muhd Ajjaj Al-Khatib 1988). Demikian itu gambaran secara ringkas
berhubung pengajian hadith yang berlangsung daripada zaman Rasul hingga ke zaman sahabat
yang mana metodologi yang digunakan dalam pengajian hadith kedua-dua zaman tersebut
hampir sama.

3.0 Pengajian Syarah Hadith Di Malaysia dan tokoh-tokohnya.

Pada zaman kini merupakan hasil usaha yang dimainkan oleh para ulamak terdahulu dalam
memahamkan masyarakat Islam tentang hadith-hadith Nabi Muhammad SAW. ramai tokoh-
tokoh ulamak melayu dalam memperkembangkan pengajian hadith antaranya Tuan Guru Pak Cu
Him, Haji Awang nusantara dan lain-lain. Kebanyakkan daripada tokoh demikian banyak
memberi sumbangan dalam pengajaran hadith, kebanyakkan daripada mereka mengajar kitab
hadith seperti Riyadhus salihin, sahih al-Bukhari, Bulughul Maram dan sahih Muslim. Apa
yang menarik pengajian Hadith di dunia melayu ialah beberapa karya penulisan mereka masih
dipelajari sehingga kini. Sebagai contoh kitab Bahrul Mazi yang dikarang oleh Syeikh Idris al-
Marbawi yang mana kitab tersebut merupakan kitab jawi dalam bidang hadith yang masih dibaca
dan dipelajari di tanah air (Fauzi Deraman et al. 2010).

Institusi masjid merupakan sebuah institusi yang terpenting dalam memperkembangankan


pengajian hadith. Kebiasaanya pengajian hadith di masjid di Malaysia dijalankan selepas waktu
maghrib dan waktu subuh. Namun tidak dinafikan bahawa ada juga masjid yang tidak
menyediakan pengajian hadith di masjid ini disebabkan kurangnya tenaga pengajar yang
berkelayakan yang mahir mengajar dalam bidang hadith. Kebanyakkan daripada masjid-masjid
menyediakan pengajian kitab seperti Riyadhus salihin, hadith 40 Imam Nawawi, Bulughul
Maram, dan Mastika hadith (Fauzi Deraman et al. 2010) . Fauzi Deraman et al. (2010)
membuktikan bahawa dalam pengajian di masjid terdapat tokoh tanah melayu yang pakar dalam

5
bidang hadith yang mengajar pengajian hadith di masjid, tokoh tersebut ialah Dr Abdul Hayei
sukor yang mana beliau mengajar kitab hadith sahih al-Bukhari di Masjid Tun Abdul Aziz
Petaling Jaya Selangor.

Begitu juga Dr. Muhamad Asri Zainul Abidin yang merupakan Mufti Negeri Perlis pada masa
ini,pernah mengajar sahih al-Bukhari di sebuah masjid yang bernama Masjid Kampong
Melayu.Antara tokoh-tokoh lain yang giat mengembangkan ilmu syarah hadith di masjid-
masjid,musolla-musolla dan di Institusi pengajian Tinggi Swasta seperti Dr.Khafidz Bin Soroni
yang merupakan Pakar rujuk ilmu hadith di Malaysia dan Dr.Rozaime Bin Ramle yang
merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

DR.ASRI DR.ABD HAYEI DR.KHAFIDZ DR.ROZAIME

Dalam penulisan tugasan ini juga menumpukan bagaimana metode syarah hadith yang
digunakan di Malaysia.

4.0 Metode syarah hadith yang digunakan di Malaysia

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Fauzi Deraman et al. (2010) Pengajian hadith di
masjid-masjid pada keseluruhannya ada persamaan dan tidak banyak perbezaan dari segi
metodenya, kitab yang diajar, pendekatan dan juga cara pengajiannya. Cara pengajian dan
penyampaian dapat dilihat melalui lima bentuk berikut:

1. Membaca kitab hadith tertentu. Kebanyakan kitab yang dibaca adalah kitab-kitab hadith dalam
Bahasa Melayu, seperti Bahr al-Mazi, Syarah Matan al-Arbain, Mustika hadith dan Riyad al-
Salihin.

6
2. Selain daripada cara di atas terdapat juga pengajian hadith yang dilakukan secara tematik.
Tajuk-tajuk yang ditumpukan dalam pengajian hadis ini ialah: hadith-hadith hukum, seperti kitab
terjemahan Bulugh al-Maram, dan akidah, seperti kitab Empat Puluh hadith Peristiwa Akhir
Zaman.

3. Tidak terikat dengan kitab yang tertentu, tetapi dirujuk kepada banyak kitab hadith yang
terkenal dengan penjelasan dan huraian yang luas mencakupi bidang syariah, akidah, tauhid,
akhlak, kemasyarakatan, politik dan sebagainya. Penekanan yang diberi oleh guru pula lebih
berdasarkan kepada pengkhususan, minat dan kitab-kitab hadith yang baik bagi mereka. Cara
begini biasanya dilakukan di masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana sesuai
dengan keadaan orang ramai di bandar yang umumnya mempunyai berbagai latar belakang
disiplin pengajian.

4. Kaedah penyampaian, kebanyakan guru-guru yang mengajar hadith di masjid mengambil kira
keadaan orang yang datang belajar. Oleh itu tenaga pengajar menerangkan dengan cara yang
sesuai dan mudah difahami masyarakat setempat, terutamanya orang-orang kampung yang tidak
berpelajaran tinggi.

5. Penyampaian lebih ditumpukan kepada memberikan kesedaran dan mengaitkan pengajian


dengan isu semasa yang berlaku, tidak terburu-buru untuk menghabiskan silibus kitab hadith
yang diajar, kerana pengajaran tidak terikat kepada masa yang tertentu untuk dihabiskan silibus
yang diajar. Pengajian hadith di masjid pada masa ini mendapat sambutan menggalakkan dari
pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya di bandar-bandar yang banyak terdapat pusat-pusat
pengajian tinggi. Pada keseluruhannya pengajian hadith di dalam sistem halaqah ini masih lagi
perlu diperbaiki dari segi kaedah penyampaian serta pendekatan-pendekatan yang sesuai dengan
keadaan semasa dan taraf pemikiran pendengar yang hadir, terutama di bandar-bandar kerana
kebanyakan yang hadir mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Bagi meningkatkan
lagi mutu pengajian hadith, usaha-usaha perlu ditingkatkan bagi menggalakkan masyarakat
mengikuti kelas pengajian hadith. Penceramah atau guru yang berkelayakan juga hendaklah
disediakan secukupnya, begitu juga orang-orang yang berkelayakan dalam bidang hadith
seharusnya tampil untuk menyampaikan pengajian hadith kepada masyarakat awam di masjid-
masjid khususnya (Fauzi Deraman et al. 2010)

7
Disamping itu juga menurut Fauzi Deraman et al. (2010) terdapat pelbagai kitab-kitab jawi
dalam bidang hadith yang diajar di masjid-masjid Malaysia, kewujudan hadith-hadith di dalam
kitab jawi tersebut sesetengahnya ada yang tidak berautoriti justeru menjadi tanggungjawab
tenaga pengajar supaya menjelaskan kepada masyarakat status dan darjat hadith-hadith tersebut
supaya hadith-hadith tersebut tidak terus tersebar di kalangan masyarakat. Menurut Abdul Hayei
Abdul Sukor (2006) terdapat juga golongan dalam masyarakat Islam berani menolak hadith-
hadith al-Bukhari dan menolak sebahagian besarnya hadith-hadith daripada kitab sunan,
sedangkan golongan ini tidak mengetahui dan mempelajari disiplin ilmu hadith serta tidak
mengetahui adanya hubungan dengan tradisi pengajian hadith yang ditinggalkan sekian lama.

Menyekat Penyebaran Hadith Palsu antara perkara yang berlaku dalam pengajian hadith adalah
memalsukan hadith dan menyebarkan hadith palsu. Perkara ini perlu ditangani dengan penuh
tanggungjawab iaitu melalui salah satu caranya ialah mengadakan halaqat pengajian hadith
samada pengajian berbentuk formal ataupun tidak formal. Penyebaran hadith palsu sangat
merbahaya kepada masyarakat Islam keadaanya boleh diumpamakan seperti kegiatan
memalsukan wang, sesungguhnya memalsukan hadith lebih teruk dan lebih parah kerana
memalsukan hadith masyarakat Islam boleh merosakkan agama dan akidah, berbanding dengan
memalsukan wang hanya memusnahkan ekonomi dan Negara (Abdul Hayei Abdul Sukor
2006). Nabi Muhammad SAW telah bersabda :-

Maksudnya:” Maka sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, bersiap sedialah dengan
tempat duduknya dalam neraka”.

(HR Bukhari & Muslim)

Memalsukan hadith antara fenomena yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW, apabila
manusia mula mengejar cita-cita keduniaan, tanpa mengira jalan yang ada di hadapannya, sama
ada benar atau salah, atau kerana didorong oleh salah faham terhadap ajaran Islam, lalu
mencampur adukkan antara sabda dan bukan sabda.

8
5.0 Metodologi penulisan sebuah karya syarah hadith ilmuan/penulis tempatan yang
digunakan di masjid/surau tempat anda.

Pemahaman yang baik terhadap metode penulisan kitab mampu membantu para pembaca dan
pengkaji kitab untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh pengarang kitab serta
kecenderungan mereka dalam bidang penulisan. Melalui kaedah pengkajian terhadap metode
penulisan sesebuah kitab, dapatlah dikenalpasti bentuk-bentuk penulisan atau manhaj pengarang
kitab dalam penulisan mereka secara tidak langsung memberi gambaran awal mengenai
penulisan mereka. Secara umumnya, terdapat beberapa metode utama yang digunakan oleh
ulama-ulama hadith dalam penulisan kitab syarah hadith.

Di dalam bab ini, tulisan tugasan ini mengemukakan metode umum dan metode penulisan (Ustaz
Abdul Halim al-Hadi 2007) dalam menulis kitab Ilham al –bari syarah Sahih Bukhari dalam
bahasa Melayu.Ustaz Abdul Halim al-Hadi adalah merupakan Mudir Madrasah Maarif al-
Wataniyyah dan ahli majlis fatwa Negeri Pulau Pinang yang meninggal dunia pada 18 Mei 1981
ketika berusia 77 tahun.

Metode Umum kitab Ilham al-Bari Syarah Sahih Bukhari versi Bahasa Melayu Lazimnya,
metode pensyarahan hadith dilihat seakan-akan sama dengan metode pentafsiran al-Qur’an. Para
ulama hadith menghasilkan karya-karya hadith mereka dengan mempersembahkan metodologi
pensyarahan yang berbeza-beza.

Antara metode syarah hadith yang digunakan oleh para Ulama adalah seperti metode tahlili
(terperinci), metode ijmali (ringkas), dan metode muqaran (perbandingan). Ketiga-tiga metode
ini mempunyai 60 peranannya yang tersendiri dalam memberikan kefahaman terhadap maksud
hadith yang disampaikan.

i. Metode Tahlili.Ulama hadith menggunakan metode taḥlili dalam menerangkan maksud-


maksud sesebuah hadith dengan lebih terperinci. Metode ini menghuraikan segala aspek yang
terkandung di dalam hadith serta menerangkan makna-makna yang tercakup di dalamnya sesuai
dengan kecenderungan dan kepakaran pensyarah hadith. Hadith yang disyarah mengikut metode

9
ini kebiasaannya membahaskan latar belakang sebab turunnnya hadith (asbabul wurud), kaitan
hadith tersebut dengan hadith yang lain, pendapat-pendapat ahli hadith termasuklah para sahabat
Nabi, tabi‘in dan tabi‘ tabi‘in tentang kefahaman hadith tersebut dan lain-lain lagi.

Antara kitab yang menggunakan metode tahlili ialah Fath al- bari bi Syarhil sahih Bukhari
dikarang oleh Ibn Hajar Asqalani, Al-Kawakib al-dirari fi Syarh Sahih Bukhari oleh Shams al-
Din Muḥammad ibn Yusuf Kirmani, Irsyad al Sari li Syarh Sahih Bukhari dan lain-lain lagi.

ii. Metode Ijmali.Metode ini hampir sama dengan metode taḥlili akan tetapi mempunyai batas
perbezaan yang agak tipis dari aspek syarahan dan huraian hadith. Dalam metode taḥlili, huraian
dan syarahan hadith dilakukan dengan lebih terperinci berbanding metode ijmali, kerana tidak
mempunyai ruang mengemukakan pendapat dan idea pensyarah hadith. Penerangan dan
syarahan yang dibuat adalah bersifat umum dan ringkas, walaupun adakalanya sebuah matan
hadith tertentu memerlukan huraian dan syarahan yang panjang lebar namun pensyarahan
tersebut tidaklah seluas dan terperinci seperti metode tahlili.

Antara ulama hadith yang menggunakan metode ini di dalam karya mereka ialah Muḥammad ibn
Ashrāf ibn ‘Ali Haidar al-Siddiqi dengan karya beliau ‘Aun al-Ma‘bud Sharḥ Sunan Abi Dawud,
dan Jalall al-Din al-Suyuti dengan karya bertajuk Syarḥ alSuyuti li Sunan al-Nasa’ī. Jika dilihat,
pensyarahan hadith yang menggunakan metode ini lebih ringkas, dan padat dengan gaya bahasa
yang mudah difahami oleh pembaca. Ini kerana pensyarah menjelaskan secara langsung maksud
sesebuah hadith dengan tidak mengemukakan pendapatnya dengan panjang lebar. Berbeza
dengan metode ijmali yang memberikan ruang yang banyak kepada pensyarah hadith untuk
mengemukakan pendapat dan idea-ideanya.

iii. Metode Muqaran.Metode muqaran berbeza dengan kedua-dua metode yang dibincangkan
sebelum ini. Dengan metode ini, pensyarah hadith dapat membandingakan hadith yang memiliki
redaksi yang sama atau redaksi yang berbeza, bahkan metode ini bukan sahaja membandingkan
hadith tersebut dengan hadith yang lain, akan tetapi ianya turut membandingkan pendapat-
pendapat ulama dalam mensyarah suatu hadith. Contoh kitab yang menggunakan metode
muqaran ialah kitab Sahih al-Muslim bi Syarh An-Nawawi dan Umdah al-Qari li Syarh Sahih
Bukhari. Berdasarkan penelitian dan kajian yang dilakukan, penulis mendapati Ustaz Abdul
Halim al-Hadi menggunakan metode ijmālī dalam pensyarahan beliau. Penulis mengatakan

10
demikian kerana pengarang kitab Ilham al-Bari Syarh Sahih Bukhari Bahasa Melayu ini tidak
mensyarah hadith secara terperinci atau tahlili dan syarahan yang dibuat beliau bersifat ringkas
dan umum, dengan tidak mengemukakan pendapat beliau secara peribadi. Ustaz Abdul Halim al-
Hadi juga tidak mengaplikasikan metode muqaran ketika mensyarah hadith Sahih Bukhari.
Walaupun beliau membawakan dalil-dalil alQur’an dan al-Hadith ketika mensyarah hadith,
namun ianya tidaklah bersifat muqaran atau dilakukan perbandingan di antara hadith yang
disyarah dengan hadith yang lain. Begitu juga ketika mengemukakan pendapat-pendapat ulama
sebagai hujah dan dalil, Ustaz Halim hanya membawakan pendapat tersebut tanpa membuat
sebarang perbandingan.

Ustaz Abdul Halim al-Hadi membawakan kaedah atau metode dalam penyampaian syarah
hadith beliau mensyarahkannya seperti:-

1.Mensyarahkan hadith berdasarkan ayat al-Qur’an.

2. Mensyarahkan hadith dengan Ḥadīth.

3. Mensyarahkan hadith dengan Al-Athar

4.Mensyarahkan hadith dengan mengemukakan pendapat ulama Mutaqaddimin dan


Mutaakhirin

5.Mensyarahkan hadith dengan mengemukakan pandangan gurunya atau ulama sezaman


dengannya.

6.Mensyarahkan hadith dengan menjelaskan kalimah gharib

6.0 Empat Contoh syarah hadith yang di sampaikan oleh Ustaz Abdul Halim al-Hadi

6.1 Mensyarahkan hadith berdasarkan ayat al-Qur’an.

Terjemahan Hadith: “Tanda beriman kasihkan Ansar, tanda munafik bencikan Ansar.”

Keterangannya: Erti Ansar dan munafik. Ansar, maknanya pembantu-pembantu Nabi SAW dan
dikehendaki Ansar di sini ialah ahli-ahli Madinah. Dan munafik, maknanya orang membuat

11
pura-pura, bermuka-muka, mulutnya manis hatinya busuk, dan munafik yang dikehendaki di
sini, ialah orang-orang yang menyamarkan diri sebagai orang Islam dan yang sebenarnya kafir.
Maka siapa yang kasihkan Ansar, ia dihitung sebagai orang yang beriman, dan siapa yang
bencikan Ansar, ia dihitung sebagai orang munafik, firman Tuhan orang-orang munafik
tempatnya dilapisan yang terkebawah sekali di dalam neraka.

6.2 Mensyarahkan hadith dengan Ḥadith.

Terjemahan Hadith: Bahawa junjungan SAW keluar bersama-sama dengan Saidina Bilal, maka
Saidina Bilal menyangka bahawa junjungan tidak akan memperdengarkan sebarang
persabdaannya kepada kaum ibu, tiba-tiba diberinya kepada mereka beberapa nasihat dan
disuruhnya mereka bersedekah maka dengan serta merta seorang dari mereka mulai keluarkan
subang dan cincinnya, dan Saidina Bilal menjemput dengan berlampikan hujung atau tepi
kainnya.

Berdasarkan hadith di atas, Ustaz Abdul Halim al-Hadi telah membuat penerangan dan syarah
hadith di bahagian ‘keterangan’ dengan mengemukakan sebuah hadith sebagai dalil syarahan
beliau. Bahawa nasihat junjungan SAW itu kira-kira beerti: bahawa saya lihat dalam neraka
kamulah hai kaum ibu yang paling banyak sekali menjadi ahlinya.

6.3 Mensyarahkan hadith dengan Al-Athar

Menurut istilah fuqaha, al-Athar bermaksud

“Hadith adalah nama bagi hadith marfu‘ (perkataan dan perbuatan Nabi SAW) Manakala Athar
adalah nama bagi hadith mauquf (perkataan dan perbuatan para sahabat dan tabi’in).

Manakala al-Nawawi mengatakan bahawa jumhur ulama samada ulama mutaqaddimin atau
muta’akhirin bersepakat bahawa tiada perbezaan di antara makna hadith dan athar. Dalam
mensyarahkan hadith-hadith Sahih Bukhari atau Sahih Muslim, Ustaz Abdul Halim al Hadi turut
menjadikan athar sebagai dalil penyokong di dalam syarahan beliau. Di dalam bab al-Tasyahūd
fi al-akhirah contohnya (Bab wajib membaca tahiyyat dalam duduk yang akhir) beliau

12
mengatakan bahawa terdapat banyak riwayat yang membicarakan tentang kalimah-kalimah
tasyahud. Antara petikan teks dari keterangan yang dibuat oleh beliau adalah: Keterangan:
Sesungguhnya kalimah-kalimah atau lafaz tasyahud (tahiyyat) itu terlalu banyak riwayat yang
diriwayatkan dari golongan sahabat-sahabat Rasulullah SAW.

6.4 Mensyarahkan hadith dengan mengemukakan pendapat ulama


Mutaqaddimin dan Mutaakhirin.

Terjemahan Hadith : “Sesungguhnya tiap-tiap perkerjaan (amalan) terletak di atas niat, dan
sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang menurut niatnya, maka siapa berpindah kepada dunia,
didapati dunia, atau kepada perempuan kerana berkahwin, maka berpindahnya terhenti di atas
tujuan yang telah berpindah ia dengan kerananya.”

Keterangannya: Bermacam-macam faham terbit daripadanya. Di sisi kebanyakan ulama


muta’akhirin cenderung fahamnya, bahawa tiap-tiap amalan (perkerjaan) yang diterima, atau
yang dihitungkan dia sah ialah amalan yang berserta dengan niat, maka faham ini telah memberi
isyarat, bahawa amalan-amalan yang dimaksudkan itu ialah amalan syar ‘iah yang berkehendak
kepada niat, dan selain daripada itu seperti makan minum dan lainnya, atau meninggal larangan,
tidaklah berhajat kepada niat. Dan di sisi ulama yang lain, termasuk setengah daripada ulama
mutaqaddimin, faham mereka ini bahawa segala amalan itu, ialah segala amalan umum, dengan
tidak berhad, dan faham ini telah mentafsirkan, bahawa segala amalan yang berhasil, terjadi
dengan sebab niat, pendeknya niat itulah yang menimbulkan sebarang amalan atau perkerjaan.

7.0 Kesimpulan

Daripada penulisan yang telah dilakukan penulis dapat menyimpulkan bahawa pengajian hadith
pada hakikatnya bermula pada zaman Rasulullah SAW. lagi sehingga disambung oleh generasi
para sahabat seterusnya tabiin dan tabi’ tabiin sehingga ke saat ini. Kajian ini juga menyentuh
pengajian hadith di Malaysia yang disampaikan oleh tokoh-tokoh di Malaysia dalam
menyampaikan sesebuah hadith.. Dalam pada itu institusi masjid berperanan sebagai pusat ibadat
dan penyebaran dakwah. Pengajian hadith merupakan sebuah medium penyampain dakwah yang

13
begitu penting kepada masyarakat untuk mewujudkan kefahaman dan pemeliharaan khazanah
hadith serta kitab-kitab hadith. Dalam tulisan ini juga menyatakan kitab-kitab yang digunakan
dalam pengajian hadith di masjid. Antara kitab yang digunakan oleh institusi masjid dalam
menyebarkan dakwah adalah kitab Riyadhus Salihin, hadith 40 Imam al-Nawawi, Bulughul
Maram, Bahrul Mazi dan Mastika Hadith.

Disamping itu juga didalam tulisan ini membawakan tokoh-tokoh yang telah bergiat aktif dalam
penyampaian pengajian hadith di masjid-masjid. Serta Metode para ulama dan pensyarah hadith
dari Malaysia yang telah diutarakan diatas.Diharap tulisan ini jelas memenuhi tajuk yang
diberikan.

(2963 Patah Perkataan)

14
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abdul Hayei Abdul Sukor (1988), Sejarah Pengajian Hadith di Kota Bharu. Kelantan: Majlis

Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, darul ibnu kathir, damsyik Beirut.

Al-Khatib, Muhd ‘Ajjaj (1988), al-Sunnah Qabl al-Tadwin, Maktabah Umm al-Qura li Tiba’ah

wa al-Nasyr.

Ibnu hajar al-asqalani (2014), Bulughul Maram. Saudi: Darul Tauzi’.

Imam Al-Nawawi (2008). Matan Al-Arbain An-Nawawi (text, translation and notes). Cet 3.

Petaling Jaya : Islamic

Kausar Niazi (1976), The Role of Mosque in Islam, Riyad: Darussalam, h. 10.

Mohd Army Bin Yusof (2011). Pengajian Hadith Di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling,

Kuala Lumpur. Tesis Ijazah Sarjana Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Muhammad bin Umar Bazmul, (t.t), ‘Ilm Syarh al-Hadith wa Rawafid al-Bahth fihi. t.p. 8. Al-

Qaradawi, Yusuf (1986), Thaqafah Al-Da`iyah, c.

15

Anda mungkin juga menyukai