Anda di halaman 1dari 6

Metodologi Penulisan Ibn

Kathir dalam tafsir



1.3 Metodologi Penulisan Ibn Kathir
Secara keseluruhannya ada 3 perkara penting yang menjadi asas metodologi Ibn Kathir dalam
tafsirnya iaitu pergantungan kepada sumber yang mathur, penerangan tentang Israiliyyat dan
penjelasan tentang hukum.[1]

1.3.1 Sumber Yang Mathur
Apabila mentafsirkan sesuatu ayat, Ibn Kathir akan merujuk kepada sumber yangmathur.
Sumber mathur( tafsir bil mathur) ialah penafsiran al-Quran yang bersandar kepada riwayat-
riwayat yang sahih menurut urutan yang telah disebutkan di dalam syarat-syarat seorang ahli
tafsir iaitu tafsir al-Quran dengan al-Quran, dengan sunnah, pendapat sahabat dan
tabiin.[2]Ringkasnya tafsir bil mathur ada 4 jenis iaitu:[3]
a) mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran
Contohnya apabila Ibnu Kathir mentafsirkan Istiazah dan menjelaskan hukumnya semasa
mentafsirkan surah al-Fatihah, beliau menyebut ayat yang memerintahkan orang mukmin
supaya memohon perlindungan dari Allah SWT darisurah al-araf yang mentafsirkan makna
istiazah itu.[4]

)Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan Maka berlindunglah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.(

b) mentafsirkan al-Quran dengan sunnah
Jika tidak didapati keterangan daripada ayat al-Quran, maka Ibn Kathir akan mentafsirkannya
berdasarkan hadis yang sahih. Contohnya semasa menafsirkan ayat 284 surah al-Baqarah:[5]



(Kepunyaan Allahlah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. dan jika kamu
melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan
membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa
yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Kuasa atas
segala sesuatu)

Semasa mentafsirkan ayat ini, Ibnu Kathir menyebut hadith-hadith ketika turunnya
ayat ini yang menunjukkan ianya sangat berat bagi sahabat kerana Allah memberitahu bahawa
Dia(Allah) akan menghitung lintasan hati mereka. Walaubagaimanapun lintasan di hati tidak
akan dihukum sehinggalah ialah dizahirkan dalam bentuk perbuatan. Di antara hadis
berkenaan ialah:

1) (Sesungguhnya Allah tidak menghukum umatku dalam perkara yang terlintas dihati selagi
mana tidak dilakukan atau diperkatakan-Bukhari)

2) (Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Sekiranya hambaku berniat untuk melakukan
sesuatu keburukan maka ia tidak akan ditulis, dan sekiranya dilakukan maka dicatat satu
keburukan, Sekiranya hambaku berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan maka akan ditulis
satu kebaikan, sekiranya dilakukan maka dicatat sepuluh kebaikan-Muslim)


c) mentafsirkan al-Quran dengan pendapat sahabat.
Apabila tidak terdapat keterangan daripada al-Quran dan hadis, beliau akan merujuk kepada
pendapat para sahabat. Ini kerana para sahabat merupakan orang yang adil dan mereka
merupakan orang yang paling mengetahui tentang keadaan wahyu semasa ianya diturunkan.
Ini berdasarkan kata-kata IbnuMasud: Demi Allah tidak suatu ayat itu turun kecuali aku
tahu bagi siapa ayat itu turun dan di mana turunnya. Dan, jika ada seseorang yang lebih
mengetahui dariku mengenai kitab Allah, pastilah aku akan mendatanginya.
Contohnya seperti tafsiran beliau untuk ayat 10 surah al-Baqarah berkenaan dengan
orang munafik. Firman Allah SWT:[6]

( Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa
yang pedih, disebabkan mereka berdusta)
Ibnu Kathir semasa mentafsirkan ayat ini menyebut beberapa tafsiran yang diberikan
oleh sahabat dan tabiin. Di antaranya tafsiran dari Ibnu Abbas, Ibnu Masud dan beberapa
sahabat nabi yang lain bahawa yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah dalam hati mereka
(orang munafik) ada perasaan syak lalu Allah menambah syak mereka. Beliau juga menyebut
pendapat para sahabat dan tabiin yang lain di dalam menafsirkan ayat ini

d) merujuk kepada pendapat tabiin
Cara ini merupakan cara terakhir dalam menafsirkan al-Quran dengan metode bil mathur. Ibn
Kathir berpendapat tafsiran tabiin dapat diterima apabila mereka tidak berselisih pendapat
mengenai sesuatu perkara. Jika mereka berselisih pendapat terhadap sesuatu tafsiran, maka
pendapat tersebut hendaklah diteliti terlebih dahulu dengan merujuk kepada kaedah bahasa al-
Quran atau sunnah atau merujuk kepada keumuman bahasa arab atau pendapat para sahabat
untuk menentukan kebenarannya.[7]

1.3.2 Penjelasan Tentang Israiliyat
Beliau juga menjelaskan dalam tafsirnya riwayat-riwayat Israiliyyat dan memberikan
pendapatnya berkaitan riwayat itu. Contohnya semasa menafsirkan kisah lembu betina,
selepas beliau mengemukakan riwayat-riwayat berkaitan lembu betina beliau menegaskan
bahawa riwayat ini diambil daripada kitab-kitab Bani Israel. Ia merupakan riwayat yang harus
untuk kita menukilkannya namun kita tidak sekali-kali membenarkannya dan tidak juga
menolaknya. Justeru itu, kita tidak berpegang dengannya kecuali apa yang bersamaan dengan
al-Quran dan sunnah[8]

1.3.3 Perbincangan Hukum Feqh
Selain itu, Ibn Kathir juga turut membicarakan masalah feqh. Apabila beliau mentafsirkan
ayat yang berkaitan dengan hukum, beliau akan menyebut pandangan para ulama disertai
dengan dalil masing-masing. Kemudian beliau akan mentarjihkan pendapat itu berdasarkan
dalil yang paling mantap. Sebagai contohnya semasa beliau mentafsirkan ayat 185 al-baqarah,
jika kamu dapat melihatnya maka berpuasalah. Beliau menyebut 4 masalah yang berkaitan
dengan ayat ini. Kemudian beliau menyebutkan pandangan para ulama tentangnya berserta
dalil mereka.[9]

Anda mungkin juga menyukai