Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN SENI DOODLE

Seni doodle merupakan sebuah coretan gambar yang tidak mempunyai fokus dan dibuat
secara rawak. Doodle adalah satu bentuk penghasilan gambar yang mempunyai makna
konkrit atau mungkin terhasil dengan hanya memiliki bentuk-bentuk abstrak. Doodle Art
sendiri adalah suatu gaya menggambar dengan cara mencoret, abstrak, ada yang tidak
mempunyai makna dan kadang kala dihasilkan tanpa mempunyai bentuk yang benar namun
kelihatan unik dan menarik.
Jenis doodle yang sering dihasilkan termasuklah versi kartun situasi di sekolah,
televisyen atau komik watak terkenal termasuklah makhluk fiksyen, landskap, bentuk dan
corak geometri, tekstur, kain rentang dengan legenda dan animasi yang dibuat dengan
menggambar urutan adegan yang pelbagai. Sebuah karya doodle biasanya menggambarkan
perasaan pengkarya, ia boleh dilihat dari coretan-coretan yang dihasilkan, kadang kala seni
yang dihasilkan dalam keadaan tidar sedar pengkarya. Doodle art bertujuan untuk
menenangkan dan memberi kepuasan hati kepada pengkrya. Semakin tinggi nilai
sentimental yang diluahkan, karya yang dihasilkan semakin menarik, unik dan bermakna.
Pada masa kini Doodle art semakin berkembang. Rupa bentuk karya yang abstrak
dan mempunyai keunikan tersendiri membuatkan peminat hasil karya ini semakin bertambah
dari semasa ke semasa. Walaupun tanpa disedari, kita sebenarnya sering menghasilkan
karya doodle. Seperti contoh, coretan di kelas dan pada buku nota. Itu semua merupakan
salah satu tunjang dalam seni doodle art.
Doodle art adalah cara berkarya yang murah lagi menyeronokkan. Ia tidak
memerlukan media khusus seperti kanvas. Semua kembali kepada pengkarya doodle art itu
sendiri dalam memilih media dan gaya doodling yang selesa bagi dirinya. Doodle art
merupakan antara seni rupa dua dimensi dan merupakan salah satu cabang seni reka
bentuk grafik yang menarik. Berikut adalah Para Master Doodle art dunia seperti Uberkraaft,
Jabson, Rodrigue, Jim Bradsha dan James Clapham dan antara Doodlers terkemuka yang
lain adalah seperti Presiden Amerika sendiri iaitu Thomas Jefferson, Ronald Reagan dan Bill
Clinton. Mereka telah dikenali sebagai penggemar doodle art kerana sepanjang mesyuarat,
mereka sering mencoret-coret di atas kertas. Kini gaya doodle art banyak digunakan sebagai
salah satu elemen dalam reka bentuk grafik. Dengan menggunakan unsur doodle art, mesej
yang hendak disampaikan dalam karya lebih terkesan, santai, dan mempunyai nilai estetika
tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai