Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MURID


KOAKADEMIK
PERSATUAN SCIENCE, TECHNOLOGY,
ENGINEERING AND MATHEMATICS (STEM)
2024/2025

SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

Disediakan oleh : Disemak oleh:

…………………………………… ……………………………………
Nama: Norina bt Mohd Nor Nama: Yusnida binti Mohd Sani
Jawatan: Guru Penasihat Jawatan: Penolong Kanan
Persatuan STEM Kokurikulum
SMK Putrajaya Presint 9(2) SMK Putrajaya Presint 9(2)
Tarikh: 23 Februari 2024 Tarikh: 26 Februari 2024

Diluluskan oleh:

……………………………………
…………
Nama: Mazira binti Mohd Zain
Jawatan : Pengetua
SMK Putrajaya Presint 9(2)
Tarikh: 26 Februari 2024

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MURID (STEM) 2024 1


1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan STEM adalah penting kerana ianya meliputi setiap aspek kehidupan seharian dan
dunia di sekeliling kita. Ia amat penting sebagai persediaan menghadapi cabaran dan kehidupan yang
berbeza di masa hadapan. Dalam hal ini, minat terhadap bidang STEM dalam kalangan murid perlu
diberikan perhatian khusus bagi menyokong kepada aktiviti PdPc di sekolah.
Sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk minat dalam membangunkan potensi dan
memperkasakan daya saing murid dalam bidang STEM dan kemahiran digital, saban tahun Bahagian
Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Karnival
STEM dan Karnival Digital peringkat kebangsaan sebagai platform kepada murid-murid
mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan yang diadakan di peringkat
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Kemahiran digital merujuk kepada kemampuan penggunaan teknologi digital dan media yang
berkaitan untuk mencari, memproses dan memproses maklumat secara efektif. Kemahiran digital juga
mencakupi kemampuan individu untuk berkomunikasi melalui media digital serta kemampuan
menyelesaikan masalah dengan bantuan teknologi dalam kehidupan seharian. Kemahiran tersebut amat
penting bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 (I.R 4.0). Revolusi Industri 4.0 adalah melibatkan
penggunaan teknologi digital seperti Internet of Things (IoT), Big Data Analytics, Artificial Intelligence
(AI), robotik dan percetakan 3D. Maka, individu yang tinggi kemahiran digital berpotensi tinggi untuk
berjaya dalam persaingan pasaran kerja. Adalah wajar murid-murid dibekalkan dengan kemahiran
tersebut.

2.0 MATLAMAT

Memupuk minat dalam membangunkan potensi dan memperkasakan daya saing murid dalam
bidang STEM bagi menghadapi cabaran masa depan serta mampu menyelesaikan masalah dalam
kehidupan seharian.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid dalam bidang penyelidikan dan
pembangunan inovasi STEM bersepadu.
3.2 Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran kecekapan global dalam
menghasilkan projek inovasi STEM bersepadu.
3.3 Memberi peluang untuk murid menjana idea kreatif dan kritis serta melaksanakan
penyelidikan dan pembangunan projek inovasi STEM bersepadu.
3.4 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik mengikut kaedah dan
prosedur yang betul mahupun produk inovasi STEM bersepadu.
3.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang STEM.
3.6 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses penyelidikan dan
pembangunan inovasi STEM bersepadu.

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MURID (STEM) 2024 2


3.7 Meningkatkan amalan Pembelajaran Berasaskan Projek ke arah proses penyelidikan dan
pembangunan inovasi STEM bersepadu.
3.8 Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kemahiran digital dalam kehidupan seharian
dan dunia perniagaan.
3.9 Mempromosikan pembelajaran teknologi digital dan memberikan peluang untuk
mempelajari kemahiran digital melalui pertandingan.
3.10 Membina keupayaan murid untuk mengendalikan dan menggunakan teknologi digital
dengan lebih berkesan.
3.11 Mendorong keusahawanan di kalangan murid dengan menggalakkan pembangunan
aplikasi dan produk digital yang inovatif.
3.12 Mengukuhkan jaringan komuniti dalam bidang teknologi digital dan membangun hubungan
murid dengan organisasi yang berkaitan.
3.13 Membangkitkan minat dalam bidang teknologi digital dan menyediakan platform untuk
murid untuk berkongsi idea dan projek yang berkaitan.

4.0 PETUNJUK PRESTASI

4.1 OUTPUT
Ahli atau bukan ahli Persatuan STEM melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti berkaitan STEM
serta menyertai pelbagai pertandingan koakademik berkaitan STEM di peringkat negeri dan
kebangsaan seterusnya memperoleh kemenangan.

4.2 OUTCOME
Murid-murid semakin berminat untuk menerokai bidang STEM dan pelbagai potensi diri dapat
digilap serta ditonjolkan melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti termasuklah pertandingan
berkaitan STEM.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Ahli / bukan ahli Persatuan STEM.

6.0 PELAKSANAAN

TARIKH / MASA: Bermula Mac 2024


TEMPAT : SMK Putrajaya Presint 9(2) dan sekitar Putrajaya.

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MURID (STEM) 2024 3


7.0 ATUR CARA PROGRAM / JADUAL

Hari Masa Penglibatan


2-5 hari seminggu 2.30 hingga 4.30 petang Peserta pertandingan.
(sehingga hari pertandingan) Guru pembimbing.

Sesi perjumpaan kelab / persatuan. 2.30 hingga 5.00 petang Ahli persatuan.
- Persatuan STEM Guru-guru penasihat.

8.0 AJK PELAKSANA

Pengerusi : Mazira binti Mohd Zain [Pengetua]

Tim. Pengerusi : Yusnida binti Mohd Sani [PK Kokurikulum]

Naib. Pengerusi 1: Mazanah binti Ibrahim [PK Pentadbiran]

Naib. Pengerusi 2 : Noraini binti Abu Othman [PK Hal Ehwal Murid]

Naib. Pengerusi 3 : Nor Azizah binti Ngah [PK Pendidikan Khas]

Penyelaras : Nozura binti Abdul Karim @Sab [GKMP Sains dan Matematik]
Noor Syarliza binti Alias [GKMP Teknik dan Vokasional]
Nur Azyma binti Ismail [GKMP Kemanusiaan]
Dr Syafini binti Ismail [GKMP Bahasa]

Jawatankuasa STEM : Nor Shakeela binti Nadzri [Penyelaras STEM]


Noraida binti Mohamad [Penolong Penyelaras STEM]
Norzuraini binti Zulkifli
Nur Fatin Afiqah binti Kamaruzaman
Nur Shidah binti Rasli
Shahidatul Idayu binti Shahizam
Salmiah binti Abdullah
Hasni binti Shaib

Guru Penasihat : Norina bt Mohd Nor


Persatuan STEM Norzuraini binti Zulkifli
Nur Fatin Afiqah binti Kamaruzaman
Nur Shidah binti Rasli

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MURID (STEM) 2024 4


Guru Pembimbing : Nor Shakeela binti Nadzri [Young Innovators Fair]
Nik Hasmarizan binti Nik Hasan [Bridge Building Competition/ 3D Design]
Salmiah binti Abdullah [STEM Decathlon Challenge]
Nur Fatin Afiqah binti Kamaruzaman [Drone Challenge]
Shahidatul Idayu binti Shahizam [Drone Challenge]
Norzuraini binti Zulkifli [Robotik]
Nor ’Aini binti Abdullah [STEM Talent Show]
Nur Akmar binti Azman [STEM Talent Show]
Norina bt Mohd Nor [Kuiz Kemahiran Digital/ PSDC]
Rafidah binti Abidin [Kuiz Kemahiran Digital]
Shazwanee binti Mohd Rone [STEMPreneur]
Hasmawati binti Yusof @Bosu [Poster Saintifik]
Fatma Hanum binti Ibrahim [Gami-Code]
Rumaizah binti Mohamed [Web Builder Challenge]
Nor Nadzirah binti Nadim [Petrosains Science Drama Competition]
Aisyah binti Abdul Jalil [Petrosains Science Drama Competition]
Suhaila binti Mohd Sarad [Petrosains Science Drama Competition]

Jawatankuasa SARANA Ibu Bapa (PIBG)

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA ASAS PENGIRAAN JUMLAH

1 Makan dan Minuman Peserta RM 10.00 x 66 pek RM 660.00

2 Bayaran jurulatih / peralatan (Rujuk Pengurusan Aktiviti) RM 5745.00

JUMLAH RM 6405.00

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MURID (STEM) 2024 5


10.0 PENGURUSAN AKTIVITI

Bil Aktiviti Guru Pembimbing Tempoh/ Tarikh Kos


(Jurulatih /
Peralatan)

1 Petrosains Science Drama Nor Nadzirah binti Nadim Januari - Jun RM 2000.00
Competition (PSDC) Aisyah binti Abdul Jalil 2024
* Kolaboratif dengan panitia Suhaila binti Mohd Sarad
Bahasa Inggeris. Norina Mohd Nor

2 Young Mei - Oktober RM 200.00


Roboticists Challenge Norzuraini binti Zulkifli 2024
(Karnival STEM) Salmiah binti Abdullah
- 3 orang peserta Nur Shidah binti Rasli

3 Pertandingan Robotik Mei - Oktober RM 550.00


Petrosains RBTX Challenge 2024
- 3 orang peserta

4 National Robotics Jun - Ogos 2024 RM 710.00


Competition (NRC)
- 6 orang peserta
(menengah atas)
- 9 orang peserta
(menengah rendah)

5 Microbit Oktober - RM 400.00


Innovation Robotic November 2024
Competition
- 5 orang peserta
(menengah atas)
- 5 orang peserta
(menengah rendah)

6 Drone Challenge Nur Fatin Afiqah binti Mei - Oktober RM 99.00


(Karnival STEM) Kamaruzaman 2024 x 5 unit bateri
- 6 orang peserta Shahidatul Idayu binti = RM 495
Shahizam
7 Drone Edu Challenge Ogos 2024
- 6 orang peserta

8 Young Innovators Fair Nor Shakeela binti Nadzri Mei - Oktober RM 200.00
(Karnival STEM) 2024
- 3 orang peserta

9 Bridge Building Competition / Nik Hasmarizan binti Nik Mei - Oktober RM 100.00
3D Design Hasan 2024
(Karnival STEM)
- 3 orang peserta

10 STEM Decathlon Challenge Salmiah binti Abdullah Mei - Oktober -


(Karnival STEM) 2024
- 3 orang peserta

11 STEM Talent Show Nor ‘Aini binti Abdullah Mei - Oktober RM 200.00
(Karnival STEM) Nur Akmar binti Azman 2024
- 3 orang peserta

12 Kuiz Kemahiran Digital Norina bt Mohd Nor Mei - Oktober -


(Karnival Kemahiran Digital) Rafidah binti Abidin 2024

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MURID (STEM) 2024 6


Bil Aktiviti Guru Pembimbing Tempoh/ Tarikh Kos
(Jurulatih /
Peralatan)

- Tiada had bilangan


peserta

13 STEMPreneur Shazwanee binti Mohd Rone Mei - Oktober RM 200.00


(Karnival Kemahiran Digital) 2024
- 3 orang peserta

14 Poster Saintifik Hasmawati binti Yusof Mei - Oktober RM 200.00


(Karnival Kemahiran Digital) @Bosu 2024
- 2 orang peserta

15 Gami-Code Fatma Hanum binti Ibrahim Mei - Oktober RM 50.00


(Karnival Kemahiran Digital) 2024
- 3 orang peserta

16 Web Builder Challenge Rumaizah binti Mohamed Mei - Oktober RM 50.00


(Karnival Kemahiran Digital) 2024
- 3 orang peserta

17 Balloon Car Challenge Norina bt Mohd Nor Mac - November RM 20.00


Norzuraini binti Zulkifli 2024
18 Mechanical Car Challenge Nur Fatin Afiqah binti (Perjumpaan RM 20.00
Kamaruzaman mingguan
19 Humpty Dumpty Nur Shidah binti Rasli persatuan) RM 20.00

20 Gunung Berapi RM 50.00

21 Roller coaster RM 20.00

22 Roket Air RM 50.00

23 Buat Sabun RM 50.00

24 Buat Roti RM 50.00

25 Buat Aiskrim RM 50.00

26 Explorace RM 50.00

27 Sudoku RM 10.00

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MURID (STEM) 2024 7


11.0 KAEDAH PEMANTAUAN

11.1 Dikawal selia oleh pengetua, penolong kanan kokurikulum dan guru-guru kanan mata
pelajaran.
11.2 Laporan aktiviti (salinan keras/ salinan lembut) dihantar kepada penolong kanan
kokurikulum.
11.3 Rekod penglibatan murid-murid dalam pertandingan.

12.0 PENUTUP

Semua aktiviti yang dirancangkan ini diharapkan dapat mengasah bakat dan memaksimumkan
potensi murid agar menjadi individu yang serba boleh, berkeyakinan tinggi, mempunyai jati diri, kreatif,
inovatif, berdaya saing dan mampu menangani cabaran mendatang. Perancangan ini diharapkan
mendapat pertimbangan sewajarnya, diluluskan pelaksanaannya dan mendapatkan peruntukan
kewangan seperti yang dirancangkan berjumlah RM6,405.00 (Ringgit Malaysia: Enam Ribu Empat Ratus
Lima sahaja)

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MURID (STEM) 2024 8

Anda mungkin juga menyukai