Anda di halaman 1dari 20

Tafsir Bi alMathur

Mohd Nurhafizi Bin Talang Mohd Rafiezuddin Nazmie Bin Sejeli Saiful Bin Nurdin

Tafsir Bi al-Mathur
tafsir

yang merujuk kepada al-Quran, AsSunnah dan pendapat para sahabat dan tabiin untuk menjelaskan atau menghuraikan maksud ayat Al-Quran tafsir daripada jenis ini hanya berpegang kepada riwayat yang sahih iaitu penafsiran alQuran dengan al-Quran sendiri, atau mentafsirkan al-Quran berpandukan hadis

Tafsir bi al-Mathur berkembang melalui dua cara iaitu:


Pertama:

Secara Lisan. Ia juga disebut sebagai periwayatan. Kedua: Secara penulisan atau pembukuan (tadwin).

Tafsir bi al-Mathur memerlukan kepada beberapa syarat

Mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah. Mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir, juga mengenai kata-kata para sahabat dan tabiin. Mampu untuk mengumpul dan menyatukan riwayat-riwayat yang bercanggah. Mengetahui tentang asbab al-nuzul dan nasikh mansukh. Tidak bersandar kepada riwayat Israiliyyat.

Sumber Tafsir bi al-Mathur


Tafsir Al-quran

dengan Al-quran Tafsir Al-quran dengan hadith Tafsir Al-quran dengan pendapat dan ijtihad para sahabat Tafsir Al-quran dengan pendapat tabiin

(1) Tafsir Al-quran dengan Alquran


Bentuk

tafsir seumpama ini adalah yang terbaik dan paling mulia. Bentuk tafsir seumpama ini adalah yang terbaik dan paling mulia.

Penafsiran terhadap ayatayat ringkas


Terdapat

Maksudnya:Yang

ayat yang ringkas di dalam alQuran, namun telah ditafsirkan dengan lebih jelas dan lengkap pada ayat yang lain. Contohnya ialah firman Allah dalam surah al-Fatihah: )( Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

)( ) ( )( Maksudnya:Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan itu? Sekali lagi, apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan itu? (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan Segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

) ditafsirkan dengan firman Perkataan ( Allah dalam surah al-Infitar ayat 17-19:

Pentafsiran secara yang lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk menyeluruh (mujmal)
Dimaksudkan

dengan ayat yang berbentuk menyeluruh ialah sesuatu yang tidak jelas dalilnya. Contohnya ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187: Maksudnya:dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. ) yang bermaksud fajar telah Perkataan ( menerangkan maksud perkataan benang putih dan benang hitam

Pentafsiran dengan mengkhususkan ayatayat yang umum


( ) ) ( ( ) Maksudnya:Dan ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak tentu hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?. (al-Syuara: 224-226)
firman Allah S.W.T:

Ayat

umum di atas telah dikhususkan dengan pengecualian terhadap penyair-penyair yang beriman seperti firman Allah dalam surah al-Syuara ayat 227:

) (
Maksudnya:Kecuali

orang-orang yang beriman dan beramal soleh (daripada kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

Pentafsiran melalui ketentuan ikatan terhadap sesuatu ayat yang mutlak


Contohnya

ialah berhubung dengan hukum darah yang diharamkan di dalam Islam. Terdapat tiga ayat al-Quran yang menunjukkan darah itu secara mutlak iaitu ayat 173 surah al-Baqarah, ayat 3 surah al-Maidah dan ayat 115 surah al-Nahl. Firman Allah S.W.T:


Maksudnya:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. (al-Baqarah: 173).

Darah


Maksudnya:Katakanlah

yang telah disebut secara mutlak dalam ayat ini dikaitkan dengan darah yang mengalir (al-masfuh) dalam ayat yang lain. Firman Allah:

(Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. (al-Anam: 145).

Pentafsiran melalui ayat-ayat nasakh


firman Allah:

( ) Maksudnya:Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, Dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (Wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah : 240).

Ayat

di atas menyatakan tentang edah wanita yang kematian suami iaitu setahun lamanya. Kemudian ayat ini dimansukh atau diganti dengan ayat lain yang menyatakan bahawa edahnya ialah empat bulan sepuluh hari, sebagaimana firman Allah:


Maksudnya:

Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beredah) selama empat bulan sepuluh hari. (al-Baqarah : 234).

Tafsir al-Quran dengan alSunnah


Nabi

Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling layak untuk mentafsir al-Quran. Hal ini adalah kerana al-Quran itu sendiri telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, justeru Nabilah orang yang paling memahami al-Quran. Sehubungan dengan itu, para sahabat apabila menghadapi sebarang kemusykilan mengenai al-Quran akan terus merujuk kepada Nabi s.a.w bagi memahami ayat tersebut.

(2) Tafsir Al-Quran dengan alSunnah (al-hadith )


) (

Maksudnya:Orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman, mereka itulah orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang yang mendapat hidayah petunjuk. (al-Anam: 82) Maksud zulm (kezaliman) di dalam ayat di atas bukanlah merujuk kepada sebarang kezaliman, akan tetapi ia ditafsirkan sebagai perbuatan yang syirik berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w yang menyatakan sedemikian..

(3) Tafsir al-Quran dengan Pendapat dan Ijtihad Sahabat

( )
Maksudnya: Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai satu yang padu), lalu Kami pecahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (al-Anbiya: 30) Ibnu Abbas menafsirkan langit yang padu ialah langit yang tiada hujan, manakala bumi yang padu ialah bumi yang tiada tumbuhan. Manakala lalu Allah pecahkan keduanya ditafsirkan sebagai turunnya hujan dan tumbuhnya tumbuhan.

firman Allah:

(4) Tafsir al-Quran dengan Pendapat Tabiin


Para

ulama tidak bersependapat mengenai tafsiran melalui pendapat Tabiin. Sebahagian ulama berpendapat bahawa tafsir mereka termasuk dalam kategori Tafsir bi al-Mathur. Manakala sebahagian ulama yang lain menyatakan bahawa pendapat Tabiin termasuk dalam kategori Tafsir bi al-Rayi.

firman Allah:

) (

Maksudnya:Dan

sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. (al-Hijr: 99) Mujahid seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Munzir dan Ibn Abi Hatim dalam mentafsirkan al-yaqin pada ayat di atas telah menyatakan bahawa ia bermaksud al-maut (kematian).

Anda mungkin juga menyukai