Anda di halaman 1dari 1

IMPAK TEKNOLOGI KOMPUTER KEPADA MANUSIA

Pendahuluan Teknologi komputer boleh ditakrifkan sebagai kemudahan yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.Komputer juga memudahkan kita mencari pelbagai maklumat yang boleh mewujudkan pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan.Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya.

Peranannya sebagai agen perubahan tidak pernah berkurang tetapi semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan kewujudan komputer. Dewasa ini, ia telah berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh yang lebih mendalam ke atas kehidupan manusia. Contohnya penggunaan rangkaian internet telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi serta berkembangnya modal antarabangsa kapitalis. Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang membangun(Arun, 1999).

Komputer memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia,bahkan sudah menjadi keperluan kepada masyarakat zaman sekarang. Ia memudahkan kita dalam pelbagai perkhidmatan dengan wujudnya internet . Contohnya perkhidmatan pembayaran bil,urusan bank,urusan jual beli,dan banyak lagi. Selain itu juga ia memudahkan pelajar dalam proses pembelajaran terutamanya dalam urusan mencari maklumat untuk kerja kursus,kajian dan sebagainya.

Disamping itu juga dengan adnya kemudahan teknologi komputer wujudnya perisian yang dinamakan E-mel yang memudahkan komunikasi yang berkesan dalam pelbagai hala. Kemajuan ini telah mendekatkan hubungan sesama negara dan man usia. Penggunaan teknologi digital optik fiber menggantikan filem dan video. E-mel ibarat pejabat pos, manakala jaringan telekomunikasi berupa posmen. Surat-menyurat dan maklumat dapat dihantar ke seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata sahaja asalkan dapat sambungan Internet. Perhubungan antara manusia telah dipermudah dan dipercepat lagi .

Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya rangkaian komputer komunikasi . Melaluinya, ungkapan katak di bawah tempurung tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari bagi menjengah maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu

Anda mungkin juga menyukai