Anda di halaman 1dari 17

Wirid secara berjemaah

Mohd Nurhafizi Bin Talang

Apa itu wirid?


WIRID ialah amalan zikir harian yang
ditetapkan oleh seseorang pada
dirinya seperti pembacaan ayat-ayat
dan surah-surah Al-Quran yang
tertentu atau zikir-zikir tertentu.

Bagaimanakah cara berzikir dan


berwirid selepas solat menurut asSunnah?

Kebiasaannya, masyarakat kita hari ini hanya


mengikut amalan yang kita warisi dari orangorang terdahulu dan kita tidak pernah bertanya
dari mana sumbernya. Masyarakat kita juga
sering berfikir bahawa asalkan amalan tersebut
nampak baik maka tidak ada salah ianya
dilakukan. Namun begitu, elok juga kita melihat
beberapa dalil dan pandangan para ulama
mengenai isu ini bagi tujuan menilai semula
amalan kita sama ada ia benar-benar menepati
maksud al-Quran dan hadis Rasulullah
(sallahualaihi wasallam).

Dalil- dalil dan pandangan ulama


Firman Allah (subhanahu wataala) yang maksudnya;
1. Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu,
dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak pula
menyaringkan suara , pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah
engkau jadi dari orang yang lalai. (Surah al-Araaf, ayat 205)
2. Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan
(dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang yang melampaui batas.(Surah al-Araaf, ayat 55)
Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah engkau
menyeru kepada Zat (Tuhan) yang pekak lagi jauh. Sesungguhnya
engkau sedang menyeru kepada Zat yang Maha Mendengar lagi
dekat bersama kamu (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud,
Tirmizi dan Ibn Majah)

Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah


(sallahualaihi wasallam) ada berzikir dan berdoa
selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara
beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan
ianya dilakukan mengikut adab yang betul.
Imam as-Syafii (rahimahullah) ada menyebut
perkara ini yang di antara lain menyatakan bahawa:
Saya (Imam Shafii) memandang baik bagi imam dan
makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah
selesai daripada solat. Kedua-duanya
menyembunyikan zikir , kecuali jika dia (imam) mahu
mengajar orang lain. Maka imam mengeraskan
suaranya, sehingga dia melihat orang telah
mempelajari daripadanya. Kemudian dia merendah
(memperlahankan) suaranya. (Kitab al-Umm, Jilid 1)

Imam an-Nawawi (rahimahullah), ketika mengulas kaedahkaedah berzikir selepas solat berjemaah, juga bersetuju
dengan kesimpulan Imam as-Syafii (rahimahullah). Rujuk
al-Majmu Syarah al-Muhadzab.
Imam al-Baihaqi (rahimahullah) ada menyebut bahawa:
Bahawa zikir dan doa sesudah solat harus disirrkan
(perlahankan) kecuali jika imam ingin mengajarkan zikir itu
kepada manusia, maka dijaharkan (dikuatkan) supaya dapat
dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui, maka
zikir dan doa itu harus disirrkan (diperlahankan).(Kitab Zikir
dan Doa-Doa Rasulullah (sallahualaihi wasallam), Sunan alKubra)
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (rahimahullah) juga menyebut
perkara yang sama bahawa:
Tidak disukai mengeraskan suara waktu berzikir dan berdoa.
Demikianlah juga pendapat golongan salaf dari para sahabat
dan tabien (orang selepas sahabat). (Kitab Fath ul-Baari,
syarah Sahih Bukhari)

Kesimpulannya, para ulama bersetuju


bahawa berzikir/berwirid selepas solat
adalah secara bersendirian dan
dilakukan secara perlahan-lahan.
Berzikir secara beramai-ramai dengan
suara yang kuat boleh menimbulkan
gangguan kepada jemaah lain yang
sedang bersolat iaitu bagi mereka yang
masih meneruskan solat kerana
terlewat (makmum masbuq) dan juga
bagi mereka yang sedang solat sunat
selepas itu (sunat badiah).

Anda mungkin juga menyukai