Anda di halaman 1dari 4

Cadangan Membina Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif

Sepanjang menjalani latihan Pengalaman Berasakan Sekolah III, saya telah bercadang
untuk merancang kelas Tahun 1 Saidina Umar dalam membantu guru kelas tersebut iaitu
Puan Rahila Bt Sahar untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Sebelum
merancang, saya terlebih dahulu mengenalpasti kedudukan pintu dan tingkap. Hal ini
demikian kerana kedua-dua aspek ini adalah sumber cahaya dan udara, jadi ini dapat
membantu saya untuk merancang susun atur bilik darjah. Dalam pelan bilik darjah yang
saya bina, terdapat beberapa elemen yang boleh membawa kepada persekitaran bilik
darjah yang kondusif.
2.1 pelan bilik darjah
2.2 Perancangan Persekitan Fizikal
2.2.1

Meja guru

Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini adalah
amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun Satu. meja guru juga
hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid
dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di
belakang ini juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan
pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui setiap
gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat kerja berkumpulan atau individu
dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat
merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.
2.2.2

Kerusi dan meja murid

Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini ialah
kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan
selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan peringkat
tahap umur murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara berkelompok di mana
meja disusun secara berempat. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid.
Selain itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja
kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri.
Susunan kelompok membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling

membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun,
untuk membuat susunan secara berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan
murid tidak terlalu ramai dan keluasan kelas hendaklah luas. Guru juga hendaklah
memantau ahli kelompok supaya boleh bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif
kepada kumpulan. Guru juga bolehlah menempatkan setiap murid dalam kumpulan
mengikut pencapaian mereka. Hal ini akan memudahkan guru memberikan tugasan atau
latihan selaras dengan pencapaian murid.
2.2.3

Sudut multi-media

Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21
memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabungjalinan elemen-elemen ini
menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran.
(Weinstein & Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran kondusif sudut multi-media juga
perlu ada di dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan
jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada
di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan
murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan
kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan
bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media. Rasionalnya
adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau
kemalangan.
2.2.4

Sudut bacaan

Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini,
dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid.
Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah
mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar,
majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan
bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan
berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut
memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti
bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali
di atas rak selepas digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan
sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk
mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal

Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan


tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik
darjah.
2.2.5

Pencahayaan dan pengudaraan

Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan
guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang
mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru haruslah memastikan alat
elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat
kerosakan. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik
supaya tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan
dan pengudaraan. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk
pengudaraan.
2.2.6

Meja bulat

Meja bulat diletakkan di sudut kiri atau berdekatan dengan pintu di bahagian belakang kelas.
Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang mengenai aktiviti-aktiviti atau
tugasan-tugasan tertentu.
2.2.7

Tempat simpanan bekal makanan

Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah menyediakan
tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan semua murid dikehendaki
menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat ini perlu dilaksanakan. Hal ini kerana
sekiranya terdapat murid yang membawa bekal makanan dan diletakkan di meja murid,
andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan
mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik
perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid semasa belajar. Dengan adanya
tempat simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan lebih
kondusif.
2.2.8

Papan kenyataan

Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja murid, dan
gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. Dalam jadual
tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan kelas.
Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari.

Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid apabila
mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan
minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid pula dapat memberi input yang
bermanfaat kepada semua murid
2.2.9

Bakul sampah

Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid
perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.
2.2.10 Peti pertolongan cemas
Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti pertolongan
cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan
cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti
ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan.
2.2.11 Jam dan Kalendar
Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Kalendar
pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan
peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan
peristiwa-peristiwa penting sebegini.
2.2.12 Rak guru
Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan
bantu mengajar, fail-fail, termasuk untuk kegunaan murid

Anda mungkin juga menyukai