Anda di halaman 1dari 15

Laporan Program Bina Insan Guru (BIG) PISMP Fasa 1 Semester 1 2014.

Selasa, 18 Februari 2014

Pada 18 Februari 2014, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor telah mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) di Kem DAgroloka, Jelebu, Negeri Sembilan. Para peserta program ini terdiri daripada pelajar PISMP 1.01. Program ini diketuai oleh Encik Elias Bin Abdul Kadir selaku Kem Komandan Program BIG Fasa 1 2014. TENTATIF PROGRAM Pada 18 Februari 2014, 8.00 -9.00 PG - Bertolak dari rumah di Pasir Puteh ke Kem Ko-Kurikulum di Pantai Merang, Setiu,Terengganu untuk menghadiri Program Bina Insan Guru (BIG).

9.00 10.30 pagi

Taklimat Umum dan SOP yang disampaikan oleh En.Mohamad Bin Abd Latiff.

- Beliau menerangkan tentang: v PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa

pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji. Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

v MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Peringkat 1Perkhemahan I ( 45 Jam ) yang akan dilaksanakan pada semester ke dua dan ke tiga.

5 jam pertama di laksanakan di IPGK dan 40 jam lagi dilaksanakan secara berasaskan sekolah ( school based ). Fokus aktiviti Peringkat 1 ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti 3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. 5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. 6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan sosial. 8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. 9. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan 10.30-11.00 pg REHAT

11.00-12-00

Tgh

--

Taklimat Penyediaan dan Mendirikan Khemah

Oleh En. Syukreri @ Syukri bin Mohamad Zin

En. Syukreri @ Syukri bin Mohamad Zin

Proses mendirikan khemah adalah satu aktiviti yang mudah. Namun sikap sambil lewa boleh membawa padah. Oleh itu, ketua perlu memastikan tapak khemah perlu sesuai, selamat dan selesa. Berikut ialah beberapa panduan mendirikan khemah yang boleh diaplikasikan.

SUMBER ASAS BENTUK MUKA BUMI PERHUBUNGAN SINAR MATAHARI DENAI BINATANG ARAH KIBLAT ARAH LALUAN ANGIN

SUMBER ASAS

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

BENTUK MUKA BUMI Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatubatu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur.

PERHUBUNGAN Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu.

Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara

SINAR MATAHARI Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah.

Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

MEMASANG DAN MENDIRIKAN KHEMAH Khemah didirikan (dipasang) untuk membuat tempat kediaman sementara bagi berteduh daripada panas dan hujan. Biasanya, Khemah diperbuat daripada kain tebal, kain layar, campuran palastik (nilon) dan sebagainya. Pada masa kini, khemah yang dibuat daripada nilon lebih popular kerana ia adalah ringan dan senang dibawa ketempat perkhemahanAnda seharusnya mengetahui nama bahagian yang terdapat pada khemah. Kebiasaannya, sebuah khemah mempunyai bahagian seperti dinding, bumbung, pancang, tali pancang, penahan angina, tiang daripada kayu atau besi pintu. Sesetengah khemah mempunyai pintu dan penahan angin. Terdapat juga khemah yang tidak mempunyai tiang besi yang siap. Selain itu,terdapat juga khemah pasang siap seperti khemah ridge. Cara-cara membuka khemah daripada beg

Mula-mula sekali kita hamparkan khemah

Setelah dibuka kita masukkan batang kerangka mengikut lubang yang disediakan dengan berhati-hati

Khemah bentuk igloo siap didirikan

Seramai lapan orang dapat mendiami khemah ini

KESELAMATAN DAN PENJAGAAN KHEMAH Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain dari memasuki khemah

12.00 1.00 ptg

Latihan Dalam Kumpulan Oleh En. Mohamad Yussoff bin Ali

Taklimat Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1) Latihan dalam kumpulan merupakan aktiviti wajib bagi mana-mana kem perkhemahan .Dalam taklimat ini para peserta diberitahu tentang kemahiran komunikasi yang melibatkan kemahiran interpersonel dan intrapesonel yang mana aktiviti LDK ini

mencerminkan satu bentuk interaksi sosial yang mana amat perlu bagi membentuk kerjasama dan membina pesefahaman dalam melaksanakan tanggungjawab untuk kepentingan bersama. Jika wujud suatu komplik dalam perhubungan maka penyelesaian yang tuntas amat-amat diperlukan. Mengikut saranan penceramah aktiviti LDK dilaksanakan berdasarkan konsep ABC iaitu Advantanges Based Counserlling dilaksanakan secara trapeutik yang menjadi suatu aktiviti alternatif proses pengajaran dan pembelajaran di luar kelas atau bilik darjah.Proses pembelajaran yang terlibat merupakan aktiviti yang terjadi di luar kegiatan individu yang mana melibatkan 3 domain yang utama iaitu afektif,kognitif dan psikomotor. Manakala objektif utama LDK ialah bertujuan untuk peningkatan konsep kendiri,perkongsian pengalaman dan kejayaan serta mencapai matlamat bersama. Pelaksanaan LDK boleh dilakukan samada dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil mengikut kesesuaian bilangan peserta dan tema program.Di mana setiap kumpulan dikehendaki memilih ketua masing-masing.Matlamat atau arah tuju LDK adalah berdasarkan persamaan minat,konsep kendiri,pengalaman diri,matlamat diri dan keseronkan dalam belajar dan menimba ilmu secara kolatif dan untuk kebaikan bersama. Sebagai rumusan atau kesimpulan aktiviti LDK adalah melibatkan sesi perbincangan diantara fasilitator dengan peserta dari segi dapatan perasaan seronok atau tidak seronok di mana alasan diperkukuhkan sebagai hujah.Peserta juga diminta memberikan pendapat pro dan kontra bagi aktiviti yang dilaksanakan.Peserta diminta memberikan komen secara positif apa-apa perkaitan aktiviti yang dijalankan dengan pengalaman dalam kehidupan seharian. Ciri-ciri rumusan yang dikehendaki dalam aktiviti LDK adalah berkaitan dengan saranan aktiviti yang dapat menghubungkait dengan ciri-ciri tugas selaku seorang pelajar seperti berkaitan dengan personaliti dan penampilan,masa belajar yang tidak berpadanan,suka dengan tugasan belajar dan matlamat,pembelajaran bersifat kreatif dan berdaya saing,berkerjasama dan membina jaringan,menjadi anak dan pelajar yang membanggakan semua orang. Akhir sekali aktiviti LDK ditutup dengan ucapan terima kasih bagi penilaian diri sendiri yang bersifat refleksi metakognitif,afektif dan sosial.LDK juga boleh ditutup atau dileraikan dengan melontarkan kata-kata hikmah untuk renungan dan titik perubahan dalaman bagi mengharungi hari-hari seterusnya dalam kehidupan ini.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK 2 ) ( Ice Breaking) Perlaksanaan aktiviti LDK 2 adalah berkenaan ICE BREAKING. Kami menjadi peserta Program BIG dipusat Ko-Kurikulum,Merang,Setiu,Terengganu. Aktiviti ice-breaking yang kami laksanakan adalah dalam kumpulan besar dimana kesemua pelajar PPG unit sains dan unit BM1 ambilan Jun 2011 dikehendaki membuat bulatan yang besar.Kemudian Fasilitator memberikan1/4 bahagian kertas A4 kepada setiap peserta. Seterusnya para peserta diminta menulis nama panggilan semasa alam kanak-kanak dan lima sifat-sifat diri.Setelah selesai menulis peserta diminta mengulung atau melipat kertas tadi kemudian meletakkanya ke dalam bakul yang disediakan di tengah-tengah bulatan besar tadi.Kemudian fasilitator ice breaking meminta peserta semua mengambil kertas yang tertulis nama dan sifat-sifat tadi tetapi bukan yang diri sendiri. Peserta yang mendapat nama peserta lain atau sahabat baru diminta mencari siapa empunya diri dan menanyakan 5 soalan tambahan bekenaan diri peserta (kawan baru). Sebaik sahaja aktiviti pusingan ini selesai,para peserta program BIG diminta berada dalam bulatan besar semula.Seterusnya fasilitator mula meminta peserta program membaca dan memberi komen tentang personaliti kawan baru yang peserta kenali.Aktiviti membaca dan memberi komen ini berantai mengikut nama peserta kawan baru seperti mana yang terdapat pada tangan peserta.Aktiviti ini adalah kemuncak icebreaking ,memakan masa yang agak lama,beberapa gelagat nama pelik ,penerangan bagaimana nama tersebut diperolehi unsur-unsur lucu dan keseronokkan timbul bersama gelagat setiap perserta yang unik dan mempunyai kelainan yang tersendiri. Di akhir aktiviti ice-breaking,Fasilitator mendapatkan kesimpulan daripada peserta tentang maksud yang tersirat yang diperolehi oleh peserta semua berdasarkan aktiviti ice-breaking tadi.Selanjutnya Fasilitator merumuskan beberapa kebaikan perlaksanaan aktiviti ice-breaking ini.Antaranya ialah peserta lebih kenal dengan kawan baru (kejelekitan),terdapatnya nama panggilan yang lucu dan asing,kepelbagaian sifat-sifat peserta ,keyakinan dalam berucap di khalayak ramai,berfikiran terbuka memberi dan menerima seadanya kelebihan dan kekurangan seseorang di mana terserlahnya kehebatan dan keunggulan guru dalam interaksi sosial secara terbuka ini. KESIMPULAN

Di akhir aktiviti LDK, fasilitator berbincang dengan para pelajar tentang hasil aktiviti yang telah dijalankan. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan antaranya:

Apakah yang anda fikir tentang aktiviti yang telah dilakukan? Positif/negatif dan alasannya. Apakah yang anda rasa (perasaan) tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Seronok/tak seronok dan alasannya.

RUMUSAN

Fasilitator merumus semua aktiviti dengan mengaitkan dengan ciri-ciri dan tugas seorang pelajar: personaliti/penampilan masa belajar yang tidak bersempadan suka dengan tugas pelajar dan bermatlamat kreatif dan berdaya saing bekerjasama dan membina jaringan menjadi anak dan pelajar yang membanggakan

Sesi LDK 2

1.00 2.00 ptg

- Makan, solat dan rehat

2.00 4.30 ptg

- Aktiviti keselamatan di air oleh Tn. Haji Mohd Yazit bin Ismail

Aktiviti Keyakinan Di Air (Keselamatan di Air) Bagi perlaksanaan aktiviti keyakinan di air para peserta dipekenalkan dengan `life jaket. Baju keselamatan ini yang mana ciri-cirinya mempunyai pelampung ,tali pengikat,wisel.Kemudian peserta diberi taklimat dan praktik memakai jaket keselamatan ini.Setelah semua peserta bersedia,peserta mula dibawa ke gigi air `lagoon .Di sini peserta diminta membuat 3 barisan panjang menghadap laut. Perserta diberi sedikit taklimat tentang keselamatan dan ditanya tentang kemahiran berenang samada boleh atau tidak.

Seterusnya para peserta diminta memasuki air secara perlahan-lahan.Dalam ramairamai peserta itu rupa-rupanya ada peserta yang tidak yakin dengan jaket keselamatan yang dipakai. Peserta inilah yang banyak diberikan dorongan ,tunjuk ajar dan kata-kata semangat untuk meneruskan aktiviti di air. Bagi peserta yang nampak yakin dan bekemahiran berenang mula diperkenalkan cara-cara untuk memusingkan badan yang betul samada ke kiri atau ke kanan,cara-cara meletakkan kepala untuk berendam rehat,cara-cara melentang dan mentelangkuk kepala,cara-cara rehat berkumpulan iaitu silang kaki berempat ,cara pegang tangan kaki terangkat dan akhirnya cara berenang dengan teknik yang betul untuk mendapat daya tujah yang tinggi.

Setelah aktiviti di air selesai para peserta diminta membasuh dan menyidai jaket keselamatan yang telah dipinjamkan tadi.Kemudian ke kafetaria untuk majlis makan keropok serta majlis penutup program untuk kali ini.

6.0 Majlis Penutup

Majlis Penutup Program BIG Peringkat Satu Pelajar PPG Ambilan Jun 2011(unit sains dan BM 1) IPGM KSM di Pusat Ko-Kurikulum,Merang,Setiu,Terengganu di adakan secara ringkas bertempat di kafeteria, sambil-sambil peserta mendengar ucapan penutupan daripada ketua urusetia.Para peserta dihidangkan dengan keropok lekor yang panas-panas dan sedap. Dalam majlis ini pihak penyelaras meminta para pelajar PPG agar memanfaatkan pengalaman yang diperolehi di sini untuk kelangsungan generasi yang akan datang.Para Pelajar PPG diminta menyiapkan FOLIO Program BIG Peringkat 1 ini secepat mungkin dan dihantar kepada mentor masing-masing.Seterusnya ketua urusetia mewakili semua pegawai yang bertugas mendoakan keselamatan peserta dalam perjalanan pulang,sayornarai. Akhir sekali para peserta bersalam-salaman dengan semua pegawai sebagai tanda program BIG peringkat satu kali ini ditutup dengan rasminya. Sekian.

Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga di panjatkan kepada Allah S.W.T kerana saya, Amran bin Ab Hamid peserta Bina Insan Guru Siri 2/2012 dari Kelas Sains PPG Kohort 1 telah berjaya dan selamat menjalani kursus BIG ini dengan sempurna. Kursus Bina Insan Guru Siri 2/2012 yang diadakan pada 17 September 2012 telah dijalankan di tapak perkemahan kokurikulim UNISZA, Pantai Merang Setiu, Terengganu. Kursus BIG ini sememangnya wajar dilaksanakan kerana melalui penglibatan pelajar-pelajar PPG ini, matlamat program dalam membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru.Semoga dengan adanya program seperti ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan dan pengetahuan semua dalam memacu anak-anak didik ke arah jaya.

PENUTUP

Melalui Kursus Bina Insan Guru ini, insan guru dapat dilihat sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping menjadi role model kepada masyarakat Malaysia umumnya. Justeru, program Bina Insan Guru ini akan membantu para guru dalam memantapkan serta menguatkan jati diri dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) .

DISEDIAKAN OLEH:

.. (AMRAN BIN AB HAMID) DISAHKAN OLEH:

.. (EN ZAKARIA BIN SULAIMAN)

Anda mungkin juga menyukai