Anda di halaman 1dari 44

OLEH : KU FASEHAH BT KU ZAHARI

PENGERTIAN HADIS SAHIH


• Hadis yang sanad di mana sanadnya bersambung daripada riwayat perawi
yang adil lagi dhabit hingga kepada kesudahannya, tanpa ada kejanggalan
Ibnu Al- syaz dan kecacatan ‘illah.
Salah

• Hadis yang bersambung sanadnya daripada riwayat perawi yang adil lagi
dhabit tanpa sebarang kecacatan dan kejanggalan.
Al-Nawawi

• Hadis yang bersanad yang bersambung sanadnya daripada riwayat perawi


yang adil lagi dhabit daripada perawi yang adil lagi dhabit sehingga
berkesudahan kepada Rasulullah SAW atau kesudanhannya daripada sahabat
Ibnu Kathir atau selainnya, tanpa terdapat syaz, atau tertolak, atau kecacatan ketara.
SYARAT HADIS SOHIH
Bersambung sanad
hadis

Hadisnya tidak Periwayatnya


mempunyai illah. bersifat adil

Hadisnya tidak Periwayatnya


syaz adalah dhabit.
SYARAT HADIS SAHIH
Menurut Imam As-Suyuti, 5 syarat wajib dalam kategori Hadis Sahih :
• Bersambung sanad hadis.

Iaitu tidak terputus-putus pada mana-mana tabaqat @ peringkat hingga


sampai kepada Rasulullah s.a.w. Menurut pendapat Imam al-Bukhari,
seseorang yang hendak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w
mestilah pernah hidup sezaman dengan Baginda dan berjumpa dengan
Baginda walaupun sekali.

• Periwayatnya hendaklah adil.


• Periwayatnya hendaklah dhabit (kuat ingatan).
• Hadisnya tidak syaz. (hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang
thiqah tidak bertentangan dengan perawi yang lebih thiqah
daripadanya/tidak janggal).
• Hadisnya tidak mempunyai ‘illah (tiada kecacatan).

Jikalau sesuatu hadis didapati tidak memenuhi syarat-syarat yang


disebutkan, maka martabat hadis mungkin akan menurun kepada hasan
bahkan dhaif.
Sahih Lizatihi
(sempurna)

Bahagian hadis
sahih (Hadis
Maqbul)
Sahih Lighairihi
(kurang
sempurna)
SAHIH LIZATIHI

 Hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuat dengan


keterangan lain.
 Memenuhi syarat-syarat hadis Sahih seperti yang disebutkan.
 Contoh hadis : "Tangan di atas (memberi) lebih baik dari
tangan di bawah (menerima)."
(H.R Bukhari dan Muslim).
SAHIH LIGHAIRIHI
 Hadis yang tidak mencapai tahap tertinggi dalam sesetengah
syaratnya.
 Hadis yang sahihnya kerana diperkuat dengan keterangan lain.
 Contohnya : hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang adil tetapi
kurang mantap ingatannya.
 Dengan kekurangan tersebut, ianya turun menjadi Hasan lizhatihi.
 Apabila terdapat riwayat yang lain menyokongnya dan memberi
kekuatan kepada hadis tersebut, ia meningkat menjadi Sahih
lighairihi.

 Jadi, Hadis Sahih Lighairihi pada asalnya adalah hadis Hasan


Lizhatihi yang memberikan tahap kekuatannya dengan terdapat
riwayat dan jalan yang lain.
CONTOH HADIS SAHIH LIGHAIRIHI

HURAIAN :

Seperti yang disebut oleh Ibnu Salah adalah Hadis yang diriwayatkan oleh
Muhammad Bin Amr daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah bahawa
Rasulullah SAW bersabda : "Kalau tidak kerana akan menyusahkan ke atas
umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka supaya bersugi (siwak)
setiap kali hendak solat. " (H.R Hasan).
TINGKATAN HADIS SAHIH
• Martabat hadis shahih itu tergantung tinggi dan rendahnya
kepada ke-dhabit-an dan keadilan para perawinya. Berdasarkan
martabat seperti ini, para muhadissin membahagikan tingkatan
sanad menjadi tiga iaitu:

• Pertama, ashah al-asanid iaitu rangkaian sanad yang paling tinggi


darjatnya. Seperti periwayatan sanad dari Imam Malik bin Anas dari
Nafi’ mawla (mawla = budak yang telah dimerdekakan) dari Ibnu
Umar.

• Kedua, ahsan al-asanid, iaitu rangkaian sanad hadis yang yang


tingkatannya dibawah tingkat pertama diatas. Seperti periwayatan
sanad dari Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Anas.

• Ketiga. ad’af al-asanid, iaitu rangkaian sanad hadis yang


tingkatannya lebih rendah dari tingkatan kedua. seperti periwayatan
Suhail bin Abu Shalih dari ayahnya dari Abu Hurairah.
KEDUDUKAN HADIS SAHIH MENGIKUT
KARANGAN YANG MASYHUR
Tertib keutamaan adalah 7 tingkat :
1- Kitab/Hadis yg telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan
Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi).

2- Kitab/Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

3- Kitab/Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim.

4- Kitab/Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka
berdua tidak meriwayatkan di dlm Sahih masing-masing.

5-Kitab/Hadis yg mengandungi hadis sahih yang menepati syarat Imam Bukhari sahaja
tetapi tidak dimasukkan ke dlm kitab sahihnya.

6-Kitab/Hadis yg mengandungi hadis sahih yang menepati syarat Imam Muslim sahaja
tetapi tidak dimasukkan ke dlm kitab sahihnya.

7- Hadis yg bertaraf sahih menurut pandangan ulama selain drpd keduanya tetapi tidak
menepati syarat salah seorang drpd mereka (cth : Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dll.).
HUKUM BERAMAL

Para ulama bersepakat mengatakan Hadis Sahih


adalah WAJIB beramal dengannya secara mutlak.

Ia juga merupakan salah satu daripada hujah


syarak dan diterima pakai dalam menjelaskan dan
menentukan hukum syarak mengenai halal dan
haram serta untuk mentafsirkan Al-Quran.
HURAIAN HUKUM BERAMAL
1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya
apabila terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim,
sebagaimana pendapat yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan
kesahihannya.

2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari
dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-
Nakhbah.

3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya,


sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah
meriwayatkan Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis.

4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadis yg sahih jika


diketahui tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan
jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal
dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yg
melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu.
‫‪CONTOH HADIS SAHIH‬‬
‫‪Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Shahih-‬‬
‫‪nya jilid 4 halaman 18 :‬‬
‫‪kitab al- Jihad wa as-Siyar, Bab ma ya’udzu min al-jubni :‬‬
‫(الجهاد والسيار‪ ,‬باب ما يعوز من الجبن)‬

‫َسم ْع ُت َأبي َق َال‪َ :‬سم ْع ُت َأ َن َس ْب َن َما ِل ٍك َر ِضي هأَّلل َع ْنهم‪َ ،‬ق َال‪َ :‬كانَ‬
‫ه ُّ َ ه ه َ َ ْ َ َ ه َ َ ُ ُ ه ُ ه َ ُ ُ َ َ ْ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫ْ‬ ‫َ‬
‫ألن ِبي صلى أَّلل علي ِه وسلم يقول‪ :‬أللهم ِإ ِني أعوذ ِبك ِمن ألعج ِز‪،‬‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ ْ َ َ َ ْ ُْ َ ََْ ََُ ُ َ ْ َْ َْ َْ َ ْ‬
‫ات‪،‬‬‫وألكس ِل‪ ،‬وألجب ِن‪ ،‬وألهر ِم‪ ،‬وأعوذ ِبك ِمن ِفتن ِة ألمحيا وألمم ِ‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ََُ ُ َ ْ َ َ ْ‬
‫أب ألقب ِر‪.‬‬ ‫وأعوذ ِبك ِمن عذ ِ‬
Maksud Hadis :

Telah menceritakan kepada kami Musaddad, telah menceritakan


kepada kami Mu’tamir, ia berkata; Aku mendengar ayahku
berkata; Aku mendengar Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah
SAW berdo’a ; Ya Allah,aku memohon kepada-Mu perlindungan
dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut dan dari kepikunan,
dan aku memohon kepada-Mu perlindungan dari fitnah (ujian) di
masa hidup dan mati, dan memohon kepada-Mu perlindungan
dari azab di neraka.
HURAIAN TERJEMAHAN

Hadis tersebut di atas telah memenuhi persyaratan sebagai hadis sahih,


kerana :

1. Ada sanad nya hingga kepada Rasulullah saw.

2. Ada persambungan sanad dari awal sanad hingga akhirnya. Anas bin
Malik adalah seorang sahabat, telah mendengarkan hadis dari Nabi SAW.
Sulaiman bin Tharkhan (ayah Mu’tamir), telah menyatakan menerima
hadis dengan cara mendengar dari Anas. Mu’tamir, menyatakan menerima
hadis dengan mendengar dari ayahnya. Demikian juga guru al-Bukhari
yang bernama Musaddad, ia menyatakan telah mendengar dari Mu’tamir,
dan Bukhari -rahimahullah- juga menyatakan telah mendengar hadis ini
dari gurunya.
3. Menepati syarat keadilan dan ke dhabitan dalam para periwayat di dalam
sanad ,mulai dari sahabat, iaitu Anas bin Malik r.a hingga kepada orang
yang mengeluarkan hadis, iaitu Imam Bukhari.

Anas bin Malik ra, beliau termasuk salah seorang sahabat Nabi saw, dan
semua shahabat dinilai adil.

Sulaiman bin Tharkhan (ayah Mu’tamir), dia siqah abid (terpercaya lagi
ahli ibadah).

Mu’tamir, (siqah)
Musaddad bin Masruhad (siqah).

Al-Bukhari –penulis kitab as-Shahih-, namanya adalah Muhammad bin


Isma’il al-Bukhari, dia dinilai sebagai jabal al-hifdzi (gunung hafalan), dan
amirul mu’minin fil hadis.

• Hadis ini tidak syadz(bertentangan dengan riwayat lain yang lebih kuat.
• Hadis ini tidak ada illah-nya.
HADIS
HASAN
Disediakan oleh :
Muhammad Syahrin B. Che Zakaria
PENGERTIAN
• Ibn Al-salah
– Pertama :
• Hadis yang tidak sunyi sanadnya dari perkara-perkara
yang terlindung di mana tidak tercapai keahlian
periwayatan hadis, asal sahaja perawinya tidak
termasuk dalam kalangan yang banyak kesalahan yang
diriwayatkannya, tidak berdusta, atau sebab-sebab lain
yang menyebabkan beliau fasiq, di samping ia
diriwayatkan melalui jalan lain.
• Kedua :
– Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang terkenal
lagi amanah namun tidak sampai ke peringkat
perawi hadis sahih kerana kekurangan dari segi
hafazan dan ketelitian.
– Ibn al-jawzi :
• “ hadis yang terdapat sedikit kelemahan serta andaian
sesuai diamalkan”.

– Ibn al-hajar :
• “ jika kurang dari segi ingatannya ia adalah hadis hasan
li zatih…
• Kesimpulannya, hadis hasan ialah hadis yang
bersambung sanadnya dan diriwayatkan oleh perawi
yang adil tetapi kurang mantap ingatannya daripada
riwayat perawi yang sama keadaannya hingga
kesudahan sanad tanpa ada syaz dan terhindar
daripada ‘illah.
KEDUDUKAN HADIS HASAN DAN
HUKUM BERAMAL DENGANNYA

• Menurut pendapat ulama, kedudukan dan


hukum beramal dengan hadis sahih adalah
sebagaimana berikut :
– Menurut pendapat majoriti ahli hadis, wajib
beramal dengan hadis hasan. Berhujah dengan
hadis hasan lizatih dan hasan lighayrih sama
dengan hadis sahih tetapi darjat perawinya tidak
mencapai darjat perawi hadis sahih.
– Menurut pendapat minoriti ahli hadis, seperti ibn
hibban, al-hakim, dan ibn khuzaimah, kedudukan
hadis hasan adalah setaraf dengan hadis sahih.
Walaubagaimanapun, mereka juga tetap
meletakkan darjat hadis sahih lebih tinggi dan
mestilah diutamakan terlebih dahulu apabila
berlaku pertentangan di antara keduanya.
SYARAT-SYARAT HADIS HASAN

• Perawinya bersifat adil.


• Perawinya bersifat dhabit(walaupun tidak mencapai
taraf dhabit hadis sahih).
• Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir
riwayat.
• Tidak berlaku sebarang syaz atau kejanggalan.
• Tidak ada sebarang ‘illah padanya, iaitu tidak cacat.
PEMBAHAGIAN HADIS HASAN

• Hasan lizatih.
– Hadis yang mempunyai salsilah sanad bersambung
yang diwakili oleh para perawinya yang adil tetapi
kurang sedikit kedhabitannya dari dhabit hadis
sahih, namun tidak janggal dan tidak ada
kecacatan.
• Hasan li ghairih.

– Hadis yang tidak diketahui dengan jelas keadaan


perawinya dari sudut sifat dan kelayakan perawi,
sama ada perawi itu kuat atau lemah.
– Walaubagaimanapun, perawi hadis hasan lighairih
bukanlah seorang yang pelupa, juga tidak banyak
melakukan kesalahan dalam periwayatan hadis,
juga tidak ada kecacatan, tidak dituduh melakukan
pemalsuan atau pembohongan pada hadis serta
bukan seorang yang fasik.
• Merupakan hadis dha’if, tetapi diangkat
taraf kepada hasan lighairih kerana
disokong oleh hadis lain atau riwayat lain
yang sama pada lafaz dan maknanya.
Hadis hasan lizatih :

‫ما رواه الترمذي من طريق محمد بن عمرو عن أبي‬


‫سلمة عن أبي هريرة أن رسول هللا صلى هللا عليه‬
‫ لو ال ان اشق على أمتي ألمرتهم بالسواك‬: ‫وسلم قال‬
.‫عند كل صالة‬
Maksudnya : imam al-tirmizi meriyatkan
melalui jalan sanad muhammad bin ‘amru,
daripada abu salamah daripada abu hurairah
r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda :
sekiranya tidak kerana bimbang menjadi
bebanan terhadap umatku, nescaya aku
akan memerintahkan mereka agar bersugi
setiap kali hendak menunaikan solat.
• Dalam rangkaian sanad ini, perawi yang
bernama Muhammad bin ‘Amru kurang
sempurna penjagaan hadisnya sebagai perawi
dhabit, dimana hafalannya kurang baik.
Hasan li ghairih:

: ‫حديث أبي سعيد الخدري رضي هللا عنه‬


.‫ال ضرر وال ضرار‬
Hadis ini asalnya hadis dai’f
tetapi ia turut diriwayatkan
oleh al-dar qutni dan al-hakim
yang menyokong hadis ini
bertaraf hasan lighairih.
HADIS MARDUD
(HADIS DHAIF)

MARTABAT HADIS
DAN
HUKUM BERAMAL
(oleh : Fatihah Ab Rahman)
PENGERTIAN
• Dari segi bahasa:
– Bermaksud lemah, lawan kepada
kuat.
• Dari segi istilah Ahli Hadis :
– Menurut Ibnu Al-Salah : Setiap hadis
yang tidak menepati syarat-syarat
hadis Sahih dan juga syarat hadis
Hasan.
– Ia adalah hadis yang gugur satu atau
lebih syarat-syarat Maqbul.
SEBAB HADIS DHAIF LEMAH
(SUDUT HUJAH)

TIDAK CUKUP TERDAPAT


PERIWAYATANNYA
SYARAT-SYARAT KECACATAN ATAU
KURANG DHABIT
SAHIH ILLAT

TERDAPAT
SANAD TIDAK
KEGAGALAN ATAU
BERSAMBUNG
SYAZ
JENIS-JENIS HADIS DHAIF

2 SEBAB
UTAMA

2) Tuduhan
1) Sanad Gugur.
terhadap Perawi.
HUKUM BERAMAL

1) PENDAPAT yang dipelopori oleh Ibn Al-Arabi


(Mazhab Maliki), al-Bukhari, Muslim dan Ibn
Hazm (bermazhab Syafie) :

“ TIDAK HARUS beramal dengan hadis Dhaif


secara muthlak, sama ada hadis itu berkaitan
dengan perundangan atau hukum dan sama ada
berkaitan Fadhail al-A’mal.
2) PENDAPAT Imam Ahmad :

“ Jika berkaitan dengan GALAKAN dan


ANCAMAN, kami tidak terlalu ketat
mengenai sanadnya. Imam Ahmad
akan meriwayatkan hadia tersebut
dengan menyebut semua perwainya (
jika tiada yang thiqah untuk hujah).
“ Untuk BERAMAL dengan perkara berkaitan
KELEBIHAN AMALAN SOLEH SAHAJA ( spt
kelebihan BACAAN AQ & kelebihan ZIKIR)
3) PENDAPAT Imam al-Nawawi dan Ibn
Hajar al-Asqalani:

“Hadis Dhaif boleh dijadikan HUJAH


dalam perkara berhubung dengan Fadhail
‘Amal, kisah-kisah, galakan dan ancaman
serta seumpamanya.
“ TIDAK BOLEH dijadikan hujah syarak kerana
TIDAK BOLEH digunakan sebagai dalil dalam
perkara : AKIDAH, HUKUM DASAR.”
SYARAT BERAMAL
• Menurut pendapat al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani :

1) Hadis ini asalnya BOLEH BERAMAL spt Tilawah


AQ dan BERDOA.

2) Hadis ini TIDAK MENSABITKAN HUKUM SYARAK


/ menjelaskan SIFAT-SIFAT ALLAH. ( tidak berkaitan
AKIDAH&HUKUM HAKAM)
SYARAT BERAMAL

3) Ia BUKAN HADIS PALSU (Mawdu’).

4) Hendaklah BERHATI-HATI dari sudut PEGANGAN


ketika beramal dengannya.
HIKMAH MENGETAHUI
JENIS-JENIS HADIS
DISEDIAKAN OLEH :
MORFARAHIN BT HAMDAN
Mengelakkan Pendustaan (sekalipun
tanpa sengaja) Dalam Hadis
• Antara kepentingan mempelajari hadis ialah
untuk mengelakkan berlakunya pendustaan
kepada Nabi s.a.w. Pendustaan kepada Nabi
s.a.w. merupakan dosa yang sangat besar, bahkan
melebihi dosa berzina lagi. Dalam satu hadis yang
mutawatir, yang diriwayatkan oleh berpuluh-
puluh orang sahabat, Nabi s.a.w. bersabda:
Ertinya: “Sesiapa yang sengaja berdusta ke atasku
(mereke-reka sabdaan yang aku tidak sabdakan),
maka tempahlah tempatnya di dalam neraka”.
Hadis Adalah Sebaik-baik Ilmu

• Ilmu hadis merupakan ilmu yang paling


penting dan paling mulia. Dan orang-orang
yang berkecimpung secara mendalam dalam
ilmu ini merupakan orang-orang pilihan Allah.
Perkara ini diakui oleh para ulamak.
• Menilai hukum sesuatu hadis. Jika hadis itu
sahih, maka wajib diamalkan, dan jika tidak,
maka tidak wajib diamalkan.

• Mengetahu sejauh mana tahap kesahihan dan


kedhaifan sesuatu hadis. Ini kerana, ada juga
hadis dhoif yang boleh menjadi “hasan
lighairih”, lalu ia juga mesti diamalkan. Dan
juga hadis dhoif boleh diamalkan untuk
kelebihan amalan, jika ia tidak terlalu dhoif.
• Mencari pendapat yang lebih tepat tentang
hukum sesuatu hadis, jika berlaku khilaf di
kalangan ilamak tentang status hukumnya.

• Mengelakkan daripada kesilapan dalam


aqidah atau amalan, bila mengamlkan hadis
yang tidak diketahui kesahihannya.

• Tidak mahu secara tidak sengaja menyebarkan


hadis yang sudah tidak boleh disebarkan
seperti hadis palsu atau yang terlalu dhoif.
‫سكيان‬
‫تريما كاسيه !‬

Anda mungkin juga menyukai