Anda di halaman 1dari 3

KUMPULAN : 2

TAJUK : ILMU HADIS DIRAYAH


UNIT : PISMP PAI GSTT JUN 2013

Pengertian Ilmu Hadis Dirayah


Ilmu Hadis Dirayah telah diberikan dengan beberapa pengertian tertentu.
Menurut pengertian yang diberikan oleh majority ulama hadis ialah :
a) Ilmu yang memperkenalkan segala kaedah dan masalah yang mana dapat
diketahui dengannya keadaan perawi, hal-hal yang mempunyai kaitan
dengan sanad atau kecacatan hadis.
b) Ilmu yang mengkaji tentang persoalan-persoalan yang berkaitan dengan
keadaan perawi dan apa yang diriwayatkan dari aspek penerimaan dan
penolakan.
c) Ilmu yang membahaskan tentang sambungan atau hubungan hadis
kepada Rasulullah dari sudut kedudukan dan keadaan perawi, mengenai
kekuatan hafalan dan keadilan mereka, keadaan sanad sama ada ia
berhubung atau terputus.
d) Ilmu tentang kaedah-kaedah atau cara bagi menilai kesahihan atau
kedaifan sesebuah hadis, seterusnya bagaimana hadis itu disampaikan
dan sebab-sebab hadis itu didatangkan oleh Rasulullah s.a.w atau Asbab
Wurud al-Hadith.
e) Ilmu Hadis Dirayah adalah ilmu yang khusus membincangkan aspek lafaz
hadis

dan

perawi

dari

segi

sifat

dan

sebilangan

mereka

dalam

meriwayatkan hadis Rasulullah untuk menentukan darjat dan martabat


hadis Rasulullah, juga untuk memastikan hadis tersebut benar-benar dari
Rasulullah sebagai sumber kedua dalam Islam.
f) Suatu ilmu untuk mengetahui keadaan sanad dan matan sudut diterima
atau ditolak dan bersangkut paut dengannya. Dalam konteks lain, Ilmu
Hadis

Dirayah juga dikenali dengan :


Ulum al-Hadis
Mustalah al-Hadis
Usul al-Hadis

Skop Ilmu Hadis Dirayah


Skop dan maudu pengajian tentang ilmu Hadis Dirayah adalah berkaitan dengan
perkara berikut :

a) Sanad hadis (rangkaian perawi dari sudut sifat dan bilangan) yang sampai
kepada Rasulullah.

b)

Matan

(susunan

lafaz

Hadis

itu

sendiri).

Sebagai contohnya : Hadis riwayat Imam Malik daripada Yahya daripada


Malik daripada Nafi daripada Abdullah Ibn Umar, bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda ;


Terjemahannya : jangan seseorang kamu melakukan jual beli terhadap
jualan orang lain.
Sanadnya ialah Yahya, Malik, Nafi dan Abdullah Ibn Umar.
Matannya ialah :

Kedudukan matan hadis itu adalah merujuk kepada sanadnya dari segi sifat dan
bilangan mereka dalam satu-satu Tabaqah. Begitu juga kedudukan sanad melihat
keada kedudukan matan. Masing-masing saling berkaitan. Sanad yang sahih
akan

meliputi tiga perkara, iaitu :


Bersambung sanad.
Keadilan para perawi.
Dhabit. Iaitu penjagaan yang sempurna, baik secara hafalan didada atau

pada tulisan-tulisan.
c) Cara bagaimana hadis disampaikan oleh perawi kepada perawi yang lain.
d) Cara bagaimana perawi itu menerima daripada perawi yang
menyampaikannya.
e) Sebab-sebab hadis itu di datangi oleh Rasulullah.
f) Penilaian sama ada sesebuah hadis itu sahih atau tidak.
g) Kaedah-kaedah pengkelasan hadis.
Sebagai rumusannya, Ilmu Hadis yang menyentuh skop inilah sebenarnya
yang dimaksudkan dengan Ilmu Mustalah al-Hadis.

Faedah Mempelajari Ilmu Hadis Dirayah


Mempelajari Ilmu Hadis Dirayah banyak faedahnya, antaranya ialah :
a) Untuk

memperolehi

penilaian

terhadap

sesebuah

hadis

dari

segi

sanadnya, sama ada sah atau tidak.


b) Untuk beramal dengan sesebuah hadis yang diterima, sebagai hadis yang
baik.

c) Untuk menghindarkan dan ketepikan hadis yang tidak baik dan tertolak.
d) Menepis perkara-perkara Israiliyat dalam mentafsirkan hadis dengan
menggunakan kaedah yang sistematik.
e) Mengenal dan meyakini metod ulama hadis dalam mentakhrijkan hadis
sebagai

menambah

ilmu

pengajian

hadis

secara

menyeluruh

dan

sistematik.
f) Membongkar perkara-perkara tersembunyi yang tidak diketahui oleh
orang ramai dan mennggalakkan ulama menumpukan kajian dalam
bidang ini.
Hukum Mempelajari Ilmu Hadis Dirayah
Mempelajari Ilmu Hadis Dirayah melibatkan h kum berikut iaitu:
a) Fardhu

Ain

terhadap

setiap

individu

yang

berkemampuan

dan

berkebolehan untuk mempelajarinya.


b) Fardhu Kifayah terhadap kumpulan umat Islam, dimana semua umat Islam
berdosa kiranya mereka tidak mempelajari ilmu ini dengan mendalam.
Pengasas Ilmu Hadis Dirayah
Orang pertama yang dikatakan bertindak sebagai perintis pengajian Ilmu Hadis
Dirayah

ialah

Qadi

Abu

Muhammad

al-Hassan

Ibn

Abd.

Ramahramuzi yang meninggal dunia pada tahun 360 Hijrah.

NAMA AHLI KUMPULAN 2 :


1.
2.
3.
4.
5.

MARTINAH BINTI LOKMAN


SAIMAH BINTI MUSTAPHA
SITTI MARIAM BINTI BORNEO
ANISAH BINTI MD ZAKARIAH
FAIZATUL FARHA BINTI AWANG

Al-Rahman

al-

Anda mungkin juga menyukai