Anda di halaman 1dari 4

AL-ISTI`AZAH DAN AL-BASMALAH 23 2.1 Bab al-Isti`azah 24 2.2 Definisi al-Isti`azah 24 2.3 Sighah al-Isti`azah 24 2.

4 Hukum Membaca al-Isti`azah 26 2.5 Bab al-Basmalah 29 2.6 Definisi al-Basmalah 29 2.7 Hukum Membaca al-Basmalah 29 Hukum dan Kaedah Membaca Basmalah

Hukum dan Kaedah Membaca Basmalah


Hukum Membaca Basmalah Para Ulamak Qurra bersepakat harus hukumnya membaca basmalah ketika memulakan bacaan awal surah kecuali pada Surah At-Taubah. Kaedah Membaca Basmalah Terdapat 3 wajah dalam membaca basmalah di antara 2 surah : 1. Membaca akhir surah, waqaf. Kemudian membaca basmalah, waqaf. Kemudian membaca awal surah berikutnya 2. Membaca akhir surah, waqaf. Kemudian membaca basmalah dan disambung membaca awal surah berikutnya 3. Membaca akhir surah, kemudian membaca basmalah dan disambung membaca awal surah berikutnya. Cara Membaca Awal Surah At-Taubah : ( 3 Wajah ) Terdapat 3 wajah dalam membaca awal Surah At-Taubah 1. Berhenti pada akhir Surah Al-Anfal dan mulakan awal Surah At-Taubah dengan nafas baru. 2. Saktah (berhenti sebentar tanpa bernafas) pada akhir Surah Al-Anfal dan sambung membaca awal Surah At-Taubah 3. Membaca sambung akhir Surah Al-Anfal dengan awal Surah At-Taubah

Hukum dan Kaedah Membaca Istiazah


Hukum Membaca Istiazah: Jumhur ulamak bersepakat menetapkan hukum membaca Istiazah ketika hendak memulakan bacaan Al- Quran adalah Sunat Muakkad (sunat yg. dituntut) Dalil : Surah An-Nahl Ayat (98) Maksudnya : Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, Maka hendaklah engkau

terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam.
Kaedah Membaca Istiazah Terdapat 4 wajah dalam membaca istiazah pada awal surah : 1. Membaca istiazah, waqaf. Kemudian membaca basmalah, waqaf. Kemudian membaca awal surah. 2. Membaca istiazah, waqaf. Kemudian membaca basmalah dengan disambung membaca awal surah. 3. Membaca istiazah dengan disambung membaca basmalah, kemudian waqaf. Kemudian membaca awal surah. 4. Membaca istiazah, basmalah dan awal surah tanpa waqaf.

BASMALAH
PERBAHASAN TENTANG BASMALAH Dalam adab tilawah, Basmalah atau bacaan pada awal surah hukumnya adalah sunat bagi semua Imam Qiraat kecuali pada surah al-Taubah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Ibn alJazari: Maksudnya: Pada awal surah semua Imam membaca dengan Basmalah Manakala bacaan Basmalah di antara dua surah merupakan khilaf antara ulama Qiraat. Ibn al-Jazari dalam Tayyibah al-Nashr menyatakan: x

Rumusan daripada matan tersebut adalah seperti berikut: 1. Qalun, Asim, Ibn Kathir, al-Kisaie dan al-Asbahani - membaca dengan Basmalah.

Ini berdasarkan Hadis Rasulullah SAW daripada Said bin Jubayr:

Maksudnya: Rasulullah SAW tidak mengetahui berakhirnya sesuatu surah sehinggalah turunnya Basmalah.

2.

Hamzah - (Wasal) Menyambung antara dua surah tanpa Basmalah. Ini menunjukkan bahawa bagi Imam Hamzah al_Quran kesemuanya adalah satu surah sahaja. Kaedah ini membolehkan para Qurra mengaplikasikan hukum tajwid pada huruf terakhir surah pertama dengan huruf awal surah selepasnya darisegi hukum hamzah wasal atau Qata, Izhar, Idgham dan sebagainya.

3. Khalaf al-Ashir- Membaca dengan saktah dan wasal (tanpa Basmalah).

4. Ibn Amir, Abu Amr , Yaqub dan al-Azraq membaca dengan 3 wajah iaitu Basmalah, al-Saktah dan Wasal.

Kesemua kaedah di atas adalah untuk kesemua surah kecuali antara surah al-Anfal dan surah selepasnya iaitu al-Taubah. Sekiranya diperhatikan dalam Mushaf Rasm Uthmani, setiap awal surah dituliskan Basmalah (walaupun terdapat khilaf ulama darisegi pengiraannya sebagai ayat) kecuali surah al-Taubah. Hal ini kerana pada zaman sahabat Mushaf al-Imam tidak dituliskan Basmalah pada surah tersebut dan ianya diakui dan dipersetujui oleh Saidina Uthman r.a. Ibn al-Jazari dalam Syarh Tayyibah al-Nashr menyatakan bahawa Basmallah tidak ditulis pada awal alTaubah kerana ia diturunkan dengan pedang (ketika perang Tabuk). Hukum ini hanya pada awal surah alTaubah sahaja, Justeru di tengah surah al-Taubah (khilaf) atau mana-mana surah lain hukumnya adalah harus sama ada ingin memulakan dengan Istiazah dan basmalah atau Istiazah sahaja sebagaimana kata-kata Ibn alJazari: Kebanyakan kitab-kitab tafsir membahaskan permasalah ini ketika menafsirkan ayat pertama surah alTaubah. Sebagai contoh Imam al-Qurtubi telah membawa lima pendapat ulama sebagai pencerahan kepada permasalahan ini; 1. Kebiasaan Arab Jahiliyyah jika ingin menamatkan perjanjian dengan sesuatu kaum, mereka akan menulis surat tanpa dimulai dengan Basmalah. Justeru apabila turun surah al-Taubah yang melepaskan perjanjian antara Rasulullah dan kaum Musyrikin (sebagaimana ayat pertama surah al-Taubah), Rasulullah mengutuskan Saidina Ali bin Abi Talib k.w dan beliau membacakan perutusan Rasulullah terhadap kaum Musyrikin (surah al-Taubah) sebagaimana tertulis, tanpa Basmalah sebagaimana adat mereka sebelum ini.

2.

Riwayat daripada al-Nasai bahawa Ibn Abbas r.a berkata: Aku bertanya Saidina Uthman r.a , Apakah yang membuatkan kamu menggabungkan surah al-Anfal (al-Mathani surah lebih kurang seratus ayat digabung dengan surah lain menjadi lebih kurang 200 ayat) dengan al-Taubah (al-Miayni- lebih kurang seratus ayat ) dan tidak ditulis antaranya Basmalah? Dan kamu letakkannya dikalangan tujuh surah yang panjang (alSabu al-Tiwal)?Jawab Saidina Uthman r.a: Adalah Rasulullah SAW apabila turun sesuatu ayat al-Quran, baginda memanggil penulis-penulis wahyunya dan bersabda: Letakkan letakkan ayat ini dalam surah sekian-sekian. Surah al-Anfal antara surah awal yang diturunkan dan al-Taubah antara yang terakhir dan kisah yang terdapat dalam kedua-duanya terdapat persamaan. Tatkala Rasulullah wafat baginda tidak menerangkan kepada kami bahawa al-Anfal adalah sebahagian daripadanya (al-Taubah) justeru kami menyangka ia sebahagian daripadaanya, lantas kami kombinasikannya sekali dan tidak menulis antaranya Basmalah. Al-Tirmizi mentakhrijkan hadis ini sebagai Hasan

3. Riwayat daripada Saidina Uthman r.a juga: Apabila turun awalnya (al-Anfal) turun bersamanya Basmalah. Diriwayatkan daripada Ibn Ijlan bahwa telah sampai kepada pengetahuan beliau bahawa surah al-Baraah adalah menyamai surah al-Baqarah atau lebih kurang. Justeru tidak ditulis padanya Basmalah (surah alAnfal sekiranya ditambah dengan surah al-Taubah , 75+129= 204 lebih kurang dengan surah al-Baqarah 286 ayat iaitu kategori al-Sabu al-Tiwal.

4. Riwayat Kharijah, Abu Ismah dan lain-lainnya: Ketika penulisan Mushaf pada zaman Uthman r.a para sahabat telah berselisih pendapat sama ada surah al-Anfal dan al-Baraah satu surah atau 2 surah berbeza. Maka ditinggalkan ruang antara dua surah bagi meraikan pendapat ianya dua surah berbeza dan ditinggalkan tulisan Basmalah bagi meraikan pendapat ianya satu surah sehinggalah kedua-dua pihak berpuas hati.

5. Berkata Abdullah bin Abbas r.a : Aku bertanya Saidina Ali: kenapakah tidak di tulis Basmalah pada surat alTaubah?Jawabnya: Kerana Basmalah adalah untuk keamanan (rahmat) dan Baraah diturunkan dengan pedang tiada keamanan padanya.

Akhirnya al-Qurtubi menyatakan bahawa pendapat yang paling sahih kenapa tidak ditulis Basmalah pada awal surah al-Taubah ialah kerana Saidina Jibril tidak membacanya ketika diturunkan surah ini. Allahu alam bi al-Sawab - Ibnu Yusuf.

Anda mungkin juga menyukai