Anda di halaman 1dari 7

KEDUDUKAN AKIDAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

;
ZAMAN KHULAFA AL-RASHIDIN; ZAMAN UMAYYAH; DAN ZAMAN
ABBASIYYAH
Semua Nabi dan Rasul mengaku dan beriman bahawa tiada tuhan selain
Allah dan mengajak umat mereka untuk mempercayai hal yang sama
sepertimana firman Allah s.w.t. dlm surah Hud, ayat ke-50:
Lalu kami utus kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka
ia, maka apakah kalian tidak bertaqwa kepada-Nya) sendiri, (yang
berkata) : kalian sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan selain
dari Dia, maka apakah kalian tidak bertaqwa kepada-Nya)
Tugas Rasulullah s.a.w. adalah untuk mengajak manusia mengEsakan Allah s.w.t. dan melarang mereka ntuk mempersekutukan-Nya
dengan yang lain dengan menyampaikan semua yang diperintahkan olehNya.

Rasulullah

mengajak

manusia

melakukan

suruhan-Nya

dan

meninggalkan larangan-Nya.
KEDUDUKAN AKIDAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tauhid sebagai ilmu baru muncul pada abad ke-3 Hijriyah, namun di
zaman Rasulullah s.a.w., tauhid ditanamkan beliau secara mendalam
kepada para sahabat, baik melalui penjelasan, nasihat, mahupun sikap
dan tingkah lakunya. Segala aspek kehidupan bagi umat Islam berpunca
dari teras yang satu iaitu kalimah syahadah. Zaman ini juga merupakan
zaman model tamadun Islam keran hampir semua prinsip pada zaman
awal Islam berasal dari zaman ini. Selain dari itu, ia dinamakan sebagai
zaman kegemilangan Islam.

Pada zaman Rasulullah para sahabat menerima segala ajaran Islam


terus daripada Rasulullah, sekiranya ada persoalan, permasalahan atau
perkara yang tidak difahami mereka akan terus menemui Rasulullah dan
meminta penjelasan sehingga mereka memahami semua kemusykilan
yang timbul dalam diri mereka. Setiap persoalan tauhid yang timbul ketika
zaman Rasulullah akan diselesaikan melalui Al-Quran dan Hadis sehingga
para sahabat menerima dan memahami segala isi kandungan Al-Quran
dan Hadis yang berkaitan dengan tauhid. Dari hal ini juga, kepercayaan
sahabat dan umat Islam ketika ini sangat teguh tanpa sebarang keraguan.
Rasulullah telah menyatukan umat dan kaum muslimin serta menjaga
kedaulatan Islam. Untuk itu juga semua kaum muslimin mengembalikan
apa sahaja masalah mereka kepada Rasulullah.

Ilmu Aqidah pada zaman ini terkandung di dalam ayat-ayat al-quran dan
hadis Rasulullah s.a.w., dan ianya tidak dikumpul dan ditulis pada zaman
ini hingga menjadi suatu ilmu yang tersendiri seperti fiqh dan selainnya
atas beberapa sebab. Di antaranya ialah para sahabat pada ketika itu
hidup di dalam suasana Islam yang bebas dari ftnah-fitnah yang
menghancurkan kefahaman yang betul tentang agama Islam. Kalau diteliti
akan sebab sampainya para sahabat ke tahap taslim ini ialah
disebabkan keteguhan dan kekuatan iman dan Islam di hati-hati mereka.
Dan inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sepanjang berada di
Mekah sebelum hijrah, beliau mengukuhkan iman dan Islam di hati-hati
mereka agar tidak ada tentangan dan percanggahan dari mereka terhadap
ayat-ayat dan wahyu yang akan diturunkan. Firman Allah dalam surah alAnfal ayat ke -46:
Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu
berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah
semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi
segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta

orang-orang

yang

sabar.

Dari ini dapat kita fahami bahawa memahami akidah yang betul dan
mengenali Allah s.w.t. ialah asas bagi setiap muslim sebelum memahami
fiqh dan sebagainya.
KEDUDUKAN AKIDAH PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASHIDIN
Setelah Rasulullah SAW wafat, berlakulah pemerintahan khalifah Islam
yang pertama iaitu Khulafa Ar-Rashidin. Khulafa ar-Rashidin bermula
dengan Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina umar al-Khatab, Saidina
Usman bin Affan dan diakhiri dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
Pada peringkat awal pemerintahan Khulafa ar-Rashidin umat Islam
tidak ada perselisihan faham dalam perkara yang berkaitan dengan
tauhid. Mereka membaca dan memahami Al-Quran tanpa adanya takwil.
Mereka mengikuti Al-Quran dan menjauhi apa yang ditegah. Mereka
mensifatkan Allah dengan apa yang Allah sifatkan sendiri seperti mereka
mensucikan Allah daripada sebarang sifat yang tidak layak bagi kemuliaan
dan keagungan Allah. Apabila mereka berdepan dengan ayat yang
mutasyabihat

mereka

beriman

dengannya

mengikut

dengan

menyerahkan pentawilan kepada Allah sendiri.


Perselisihan pendapat dikalangan para sahabat berlaku hanya pada
perkara yang berkaitan dengan ijtihad di dalam masalah furu sahaja
bukan dalam masalah usul. Sebenarnya perselisihan pendapat dalam
masalah furu berlaku sejak zaman Rasulullah lagi. Berkaitan dengan
perkara usul dan tauhid, para sahabat menerima sahaja apa yang
diajarkan oleh Rasulullah. Mereka tidak membahaskan perkara-perkara
yang berkaitan atau berhubung dengan tauhid untuk mengelakkan dari
berlakunya perselisihan dan perpecahan dikalangan umat Islam. Para
sahabat lebih mengutamakan dan memberi penekanan dalam perkara
yang berkaitan dengan hukum amali sahaja. Setiap perkara yang timbul

mereka akan terus merujuk kepada Al-Quran dan hadis untuk mencari
jalan penyelesaiannya. Sekiranya masalah yang timbul itu tidak terdapat
dalam Al-Quran atau Hadis, mereka akan membuat perbandingan dengan
menggunakan kaedah qiyas dengan apa yang telah berlaku pada zaman
Rasulullah

dahulu.

Pada zaman awal khulafa al-Rasyidin juga masih belum timbul


perkara yang berkaitan dengan ilmu tauhid. Oleh kerana Islam semakin
berkembang, ulama telah memecahkan dan membuat pengkajian khusus
terhadap ilmu Tauhid atau ilmu Aqidah yang terpisah daripada ilmu lain
dengan sendirinya.
Pada masa zaman pemerintahan khalifah yang ketiga, berlaku
pertelingkahan dan kekacauan politik yang berakhir dengan terbunuhnya
Saidina

Usman.

Zaman ini merupakan zaman di mana terjadinya goncangan yang kuat


dalam akidah Islam kerana di timbulnya dua kumpulan yang sesat dari
ajaran dan fahaman agama Islam yang benar. Kumpulan yang pertama
merupakan kumpulan yang terlampau dalam hak Saidina Ali sehingga
mengangkatnya kepada martabat ketuhanan dan ianya diketuai oleh
Abdullah bin Saba. Kumpulan yang kedua pula merupakan kumpulan yang
terlampau dalam membenci Saidina Ali sehingga menghukumnya sebagai
seorang yang keluar dari agama Islam yang sebenarnya, kumpulan ini
dikenali

sebagai

Al-Khawarij.

Dari

dua

kumpulan

inilah

timbulnya

kumpulan-kumpulan lain yang menjadikan kefahaman dalam akidah Islam


menjadi haru-biru dan umat Islam menjadi terpecah kepada beberapa
fahaman

dan

puak.

Justeru itu, terbukalah ruang untuk mentakwilkan nas al-Quran dan hadis,
hal ini mempengaruhi

perkembangan ilmu tauhid, terutama lahir dan

tumbuhnya aliran-aliran teologi dalam Islam.


KEDUDUKAN AKIDAH PADA ZAMAN UMAYYAH

Pada Zaman Umaiyah Islam tersebar luas dan umat Islam bertambah.
Pertembungan budaya menyebabkan terbukanya pemikiran falsafah yang
diselaraskan dengan agama. Pada ketika ini masalah akidah menjadi
perdebatan yang hangat di kalangan muslim. Kemunculan berbagai aliran
fahaman merupakan implikasi politik yang membawa kepada masalah
teologi.
Di penghujung abad pertama Hijriyah, muncul pendapat golongan
khawarij yang mengkafirkan orang yang berbuat dosa besar. Pendapat ini
mendapat reaksi dari Mujiah yang muncul kemudian dengan pendapatnya
bahawa muslim itu tetap mukmin. Setelah itu lahirlah Mutazilah dengan
pendapatnya bahawa muslim itu tidak mukmin dan tidak kafir tetapi
berada di antara keduanya. Terdapat juga sebuah golongan yang
menamakan dirinya dengan ahlut tauhid, mereka berpendapat Allah tidak
mempunyai zat dan sifat supaya Allah benar-benar Esa. Akibatnya
muncul pelbagai kumpulan dan fahaman baru yang mengancam akidah
umat Islam seperti Mu'tazilah, Qadariyah, Jabariyah dan Murji'ah.

Dengan demikian dapat kita katakan, bahawa pada masa ini muncul
berbagai pendapat yang berbeza yang mengakibatkan perpecahan umat
Islam. Namun, pada zaman ini juga telah lahir tokoh-tokoh Islam yang
berjuang untuk menolak kepercayaan-kepercayaan yang salah ketika itu.
Mereka membicarakan kepercayaan yang benar menurut Al-Quran dan
Sunnah dan mula timbulnya perbicaraan ilmu tauhid secara khusus.

KEDUDUKAN AKIDAH PADA ZAMAN ABBASIYYAH


Pemerintahan Islam ketika zaman Abbasiyyah bertambah luas kawasan jajahannya sehingga
masuk ke wilayah Parsi dan Rom. Ramai orang-orang Ajam (bukan Arab) memeluk agama
Islam. Pada masa ini hubungan antara bangsa ajam dengan bangsa arab semakin erat dan
berkembang ilmu serta kebudayaannya. Kebanyakkan mereka ini dari dahulunya menganuti

agama Majusi, Brahman, Kristian dan sebagainya. Segala fahaman-fahaman yang terdapat di
dalam agama terdahulu menular di dalam agama Islam. Untuk membenteras fahamanfahaman yang salah ini, maka timbullah tokoh-tokoh ilmu tauhid yang membahaskan dan
menentang segala salah faham yang terdapat di dalam agama Islam pada ketika itu. Hujah
mereka terdiri daripada dalil Al-Quran, Hadis, akal dan adat digabungkan untuk memberi
kefahaman yang jelas kepada umat Islam agar mereka faham dan sentiasa mempunyai akidah
yang dituntut oleh syarak.
Ilmu akidah ketika zaman ini sangat berkembang pesat, banyak kitab-kitab dalam
pelbagai bahasa telah dihasilkan oleh ulamak ketika itu. Di antara gerakan ilmiah pada masa
ini ialah usaha menterjemahkan kitab-kitab filsafah dari bahasa yunani. Umat Islam ketika itu
juga sangat gemar mempelajari ilmu ini dan mereka dapat mengembangkan ilmu ini
mengikut hasil kajian yang telah diperolehi oleh mereka. Sebagai sokongan kerajaan ketika
itu terhadap perkembangan tamadun ilmu, telah diwujudkan universiti dan perpustakaan yang
besar sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran ilmu-ilmu yang tumbuh di dalam negara
Islam pada ketika itu.
Golongan mutazilah tidak dapat mempertahankan agama tanpa falsafah yunani.
Mulai masa ini muncul gerakan mempergunakan falsafah untuk menetapkan akidah-akidah
Islam dan ilmu kalam yang tidak ada di masa Rasulullah, sahabat, dan ilmu kalam mula
disebarkan melalui tulisan. Golongan mutazilah memperoleh kedudukan yang baik di
kalangan Bani Abbasiyyah, mereka mempergunakan kekuasaan untuk mengembangkan
fahaman Itizal.
Ketika pemerintahan Al Makmun terjadilah perdebatan yang memuncak di antara
ulama-ulama kalam, kerana Al Makmun membuka kesempatan yang luas bagi tokoh
mutazilah. Tindakan Al Makmun membantu mutazilah dengan kekerasan menyebabkan
masyarakat menjauhkan diri dari orang-orang mutazilah. Ketika ini muncullah Abu Hasan al
Asyari iaitu murid kepada Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al Jubbai al Mutazili.
al Asyari membantah pendapat gurunya dan membela mazhab Ahlus Sunnah wal
Jamaah. Beliau mengumpulkan dalil aqli dan naqli bagi pendapatnya dalam menolak faham
anmutazilah. Usaha al Asyari dibantu oleh Abu Mansur al Maturidi. Maka mazhab Itizal
menjadi lemah yang beransur lenyap dari masyarakat. Kemudian muncullah kelompok Abu
Hasan al Asyari yang mendalami ilmu mantiq.

http://www.ustaznoramin.com/2012/01/sejarah-timbulnya-ilmu-tauhid.html
http://chalwa-azzahra.mywapblog.com/sejarah-timbulnya-ilmutauhid.xhtml
http://dmasyq.blogspot.com/2011/01/sejarah-aqidah-islamiyah.html
http://tujuhpen.blogspot.com/2013/04/sejarah-akidah-akidah-ialah-imanatau.html

Anda mungkin juga menyukai